CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


AHAD 17/3 10.15 pagi: Seorang lagi pengganas Sulu ditembak mati

Posted: 16 Mar 2013 10:37 PM PDT


LAHAD DATU 17 Mac - Seorang lagi pengganas Sulu terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di Kampung Tanjung Batu, di sini hari ini.

Walau bagaimanapun, Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, tiada anggota keselamatan tercedera dalam kejadian pada pukul 10.15 pagi itu.

Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim berkata, pertempuran antara anggota keselamatan dan kumpulan pengganas bermula jam 9.55 pagi tadi.


Sebelum ini, pihak Polis mendedahkan barangan tinggalan pengganas Sulu yang ditemui.

Dua laras senapang jenis M1 Garand, enam bilah parang panjang dan lima helai seluar dalam berwarna putih adalah antara pelbagai barangan peribadi milik kumpulan pengganas Sulu yang ditemui sepanjang hampir dua minggu Ops Daulat dijalankan.

Kesemua barangan itu termasuk berpuluh-puluh pakaian celoreng pelbagai warna, but perang dan beg sandang ditemui di beberapa lokasi persembunyian kumpulan pengganas yang mati ditembak di Kampung Tanduo dan Kampung Tanjung Batu dekat sini.

Turut ditemui dua kad perakuan tentera milik pemerintah pengganas Sulu di Sabah, Komander Musa yang masing-masing menggunakan nama Habib Musa A. Abdullah dan Gen. Musa A. Abdullah.

Pada kedua-dua kad itu tertera jawatan Musa sebagai Naib Ketua Staf Tentera Diraja Sulu yang berpangkalan di Tawi-Tawi, Filipina.

Komander Musa disahkan mati ditembak dalam pertempuran di Tanjung Batu yang turut mengorbankan 30 lagi pengganas lain pada 7 Mac lalu

Sumber memaklumkan, kesemua barang itu milik pengganas Sulu yang ditemui di dalam beg yang ditinggalkan selepas mereka diserang oleh pasukan keselamatan Malaysia.

Pakaian Seragam Pengganas Sulu

[GAMBAR HOMOSEKS][Video] Anwar Tuduh UMNO, Enggan Di Interview Pemberita

Posted: 16 Mar 2013 02:01 PM PDT




PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan gambar seorang lelaki miripnya mengadakan seks dengan seorang lelaki lain yang dimuatkan di dalam sebuah blog sebagai fitnah Umno dan media pro parti itu.

"Fitnah jijik Umno menjelang pilihan raya. "Umno menggunakan media untuk menyebarkan fitnah, itu namanya Melayu muslim," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Dialog Anak Muda bersama Anwar di Bandar Utama, di sini hari ini. 



Beliau berkata demikian selepas pegawal peribadi beliau beberapa kali melarang wartawan menghampiri Anwar untuk bertanyakan mengenai gambar-gambar itu yang disiarkan dalam blog rajagoyang360.blogspot.com. 

Malah seorang daripada mereka menuduh wartawan Antarapos sebagai munafik. Wartawan Antarapos, Siti Sofia Md Nasir dimaki dan dikasari beberapa kali oleh pengawal peribadi Anwar apabila beliau bersama wartawan Malaysiakini dan Agenda Daily cuba mendapatkan reaksi Anwar selepas majlis dialog itu. 

Anwar pada mulanya tidak mahu memberikan kenyataan dan akur dengan tindakan pegawai-pegawainya melarang wartawan daripada menghampirinya selepas majlis itu. 

Bagaimanapun sejurus selepas beliau keluar daripada bilik jamuan untuk pulang, Anwar terus menuduh Umno sebagai pihak di sebalik gambar-gambar itu. Gambar hitam putih yang dipaparkan dalam blog itu menunjukkan lelaki yang menyerupai Anwar memasuki sebuah bilik sehinggalah beberapa aksi mesra termasuk gambar bogelnya. 

Setakat ini pimpinan PKR yang dihubungi Antarapos enggan mengulas lanjut. Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin berkata beliau sudah menjangkakan terdapat siri baru skandal yang cuba dikaitkan dengan majikannya itu. 

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul pula enggan mengulas lanjut atas alasan belum melihat gambar-gambar itu. 

Sementara Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution dan Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad gagal dihubungi. 

Anwar sebelum ini didakwa dua kali di mahkamah di atas tuduhan liwat. Kali pertama ialah pada tahun 1998 apabila beliau didapati bersalah meliwat bekas pemandunya Azizan Abu Bakar ketika beliau masih dalam kerajaan. 

Selepas dipenjarakan enam tahun, Anwar akhirnya dibebaskan selepas Mahkamah Persekutuan membenarkan rayuannya. Pada 2008, Anwar dituduh meliwat bekas pembantu peribadinya Saiful Bukhari Azlan. Bagaimanapun beliau dibebaskan selepas Mahkamah Tinggi mempertikaikan bukti DNA yang dikemukakan oleh pendakwaraya. 

Sumber: AntaraPos

PKR tidak gentar gambar intim Terbaru "Anwar" & Gay

Posted: 16 Mar 2013 09:11 AM PDT


SHAH ALAM - Pendedahan terbaru 13 keping gambar memaparkan 'aksi mesra' seorang lelaki mirip Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan seorang lelaki tidak mendatangkan kebimbangan kepada PKR. 

Naib Presidennya, N. Surendran berkata, ia hanya satu lagi siri fitnah dengan niat jahat yang cuba dipalitkan ke atas ketua pembangkang itu dan akan menjadi "bahan ketawa" umum.

"Saya sendiri tidak berminat untuk melihat gambar dan video lucah ini, saya kira rakyat pun tidak berminat," katanya ketika dihubungi Sinar harian Online, hari ini. 

Beliau diminta mengulas penyebaran 13 keping gambar lelaki mirip Anwar dengan seorang lelaki lain sedang melakukan adegan mesra, di blog-blog pro-Umno. 

"Ini memang sekali lagi angkara jahat yang ditaja oleh Umno sendiri dan kita tak perlu melihat pun gambar-gambar lucah dan fitnah ini," katanya lagi.


Blog http://rajagoyang360.blogspot.com ini memuat naik gambar-gambar berkenaan kelmarin menerusi entri pertamanya. 


Pemblog Papa Gomo turut memuatkan link blog berkenaan di lamannya. 

Sehubungan itu, Surendran menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengenakan tindakan tegas kepada pihak yang bertanggungjawab menyebar gambar tidak bermoral kerana ia salah di bawah undang-undang negara ini. 

"Saya minta polis segera jalankan tugas," ujar beliau sambil berkata, fitnah terbaru ini tidak akan menggugat peluang Pakatan Rakyat dalam pilihan raya yang akan datang.

Berikut adalah gambar daripada video lelaki yang didakwa Anwar menjalin hubungan sex dengan China Doll yang didedahkan sebelum ini.



-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

1 comment:

  1. Bisik ke telinga Tuan Guru Nik Aziz Menteri Besar Negeri Kelantan tentang Peringatan Allah mengenai Kaum Lut yang sebenarnya kekal relevan selama-lamanya. Itupun kalau ummat Islam betul-betul faham dan ambil iktibar. (termasuk alim ulama, tok guru, ustaz, lebai, yg berserban, bersongkok, bertopi, dan yang tak pakai apa-apa dikepala.)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...