CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


Kementerian Pertahanan jawab dakwaan Ghafir

Posted: 13 Mar 2013 07:42 AM PDT

KUALA LUMPUR 13 Mac - Kementerian Pertahanan hari ini mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menjawab dakwaan bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Datuk Ghafir Abdul Hamid yang mendakwa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hanya "duduk di bawah rumah orang dan di reban ayam" ketika Ops Darurat.

Ghafir membuat dakwaan itu ketika berucap pada Forum T anjuran Akademi Pak Sako di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor di Jalan Maharajalela di sini semalam.

Berikut kenyataan penuh Kementerian Pertahanan kepada Utusan Online berhubung peranan ATM di Lahad Datu:

1. Misi yang diberikan adalah jelas mengikut peringkat strategik iaitu membantu PDRM mengawal situasi keselamatan sekiranya rundingan dengan penceroboh tersebut gagal. Di peringkat operational dan taktikal, pasukan diberikan misi yang lebih spesifik mengikut tugasan yang dilaksanakan seperti operasi mengepung dan mencari, penggeledahan, pembersihan, sekatan dan lain-lain berdasarkan perisikan yang diterima. Ianya hanya diberikan kepada pasukan yang melaksanakan tugas dan tidak dihebahkan kepada pihak umum untuk mengekalkan kerahsiaan.

2. Pelaksanaan sesuatu tugas operasi seperti yang dinyatakan sebelum ini, memerlukan pasukan diaturgerakkan di perkampungan, di kawasan atau di tempat yang sukar. Tugasan ini akan dilaksanakan asalkan misi yang ditetapkan tercapai.

3. Dalam konteks perisikan ianya dilaksanakan secara kolektif diperingkat stategik, operational dan taktikal yang melibatkan ATM, PDRM dan agensi keselamatan yang lain. Proses risikan ini memerlukan maklumat yang diterima ditapis dan dinilai mengikut keutamaan serta disahkan sebelum sebarang ketetetapan operasi dilaksanakan. Harus diingatkan sebarang maklumat perisikan yang diterima mestilah tepat. Perisikan yang tidak lengkap dan dibuat secara tergesa-gesa boleh menjejaskan perlaksanaan operasi dan dikhuatiri menimbulkan spekulasi serta boleh dieksploitasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab."

Anwar JANJI RM700,000 Kepada PI Balasubramaniam

Posted: 13 Mar 2013 06:06 AM PDT

However, Raja Petra says the money was not paid in full and this resulted in Balasubramaniam contacting Deepak Jaikishnan.

(FMT) - In his latest posting, Raja Petra Kamarudin has revealed how private investigator P Balasubramaniam was allegedly conned of the RM700,000 promised to him by Anwar Ibrahim.
Citing a Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) source who quoted carpet businessman Deepak Jaikishnan's statement to the MACC, the Malaysia Today webmaster claimed that Balasubramaniam was promised the amount in return for his first statutory declaration to implicate Prime Minister Najib Tun Razak and his wife Rosmah Mansor in the murder of Mongolian national Altantuya Shaariibuu.

In July 2008, Raja Petra said a prominent lawyer introduced Balasubramaniam to lawyers R Sivarasa and Americk Sidhu.

"Sivarasa then arranged for Balasubramaniam to meet Anwar to discuss signing a SD to directly implicate Najib and Rosmah in Altantuya's murder.

"Balasubramaniam met Anwar twice, the first time a few days before the SD was signed and the second time on the SD day itself wherein he sat beside Anwar and gave his press conference flanked by his lawyer," he added.

The first time the prominent lawyer brought Balasubramaniam to meet Anwar, Raja Petra said he was promised RM700,000.00 if he agreed to come up with the SD by July 1, 2008.

"Anwar had agreed to pay the RM700,000 through the lawyer and the payment was to be made in two stages – Part A, RM200,000, immediately and Part B, RM500,000, after the press conference.

On July 1, 2008, Balasubramaniam made the SD and proceeded to conduct the press conference on July 3, 2008, organised by Anwar and his lawyers at the PKR headquarters.

"Unfortunately for Balasubramaniam, after the press conference, the lawyer only paid him RM100,000 although he had received RM200,000 from Anwar.

"The lawyer told Balasubramaniam that Anwar had instructed for the balance to be paid after a few days. The balance of RM500,000 – the lawyer pocketed all to himself without Balasubramaniam knowing," he added.

'Perfect timing'

Raja Petra said a vexed Balasubramaniam then tried to contact Anwar through Americk and other people he knew in PKR such as Sivarasa.

However, he added that Anwar never responded at all to him because the latter believed that Balasubramaniam was fully paid.

At the same time, Raja Petra said Balasubramaniam started getting calls from the Brickfields police station and he became worried.

"He started to panic as Anwar was not responding and the lawyer had just cheated him of his only income to enable him and his family to leave Malaysia. Balasubramaniam didn't know that the lawyer cheated him.

"Balasubramaniam, the next day after waiting for Anwar or his lawyer to call him, realised that he had been cheated of his promised money. 

 He then contacted Deepak [Jaikishan] through a mutual friend, Suresh, and asked to meet Deepak so that he could relate what had happened. Deepak informed Suresh that he would first discuss this matter with Rosmah and get back to him as soon as possible," he added.

That afternoon, Raja Petra said, Rosmah called Deepak regarding the SD matter and the discussion got to Balasubramaniam.

Peguam Filipina : Pertemuan Anwar – Misuari Cetus Pencerobohan Di Lahad Datu

Posted: 13 Mar 2013 05:14 AM PDT

AIDCNews – 12/03/13 – Jess Dureza, seorang peguam Filipina dan Presiden serta Ketua Pegawai Eksekutif, Jurucakap Yayasan Mindanow berkata berdasarkan sumber yang boleh dipercayai pertemuan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Ketua MNLF (Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro) berkaitan dengan isu Sabah iaitu 'pembersihan IC'.

"Saya telah dimaklumkan oleh sumber yang kukuh bahawa pertemuan antara bekas Timbalan Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, tokoh yang didakwa dan ditahan tetapi dibebaskan daripada tuduhan liwat dengan Nur Misuari Pengerusi (MNLF), juga tokoh yang didakwa dan ditahan serta dibebaskan daripada tuduhan pemberontakan (dan) sudah pasti mereka bukan bercakap tentang kes masing-masing.

"Ya. Mereka membincangkan tentang isu 'pembersihan IC' di Sabah. Namun, keputusan perbincangan itu masih tidak jelas,katanya ketika menulis di panaynewsphilippines.com bertajuk "Lift Sabah food blockade"


Menurutnya. penubuhan Suruhan Diraja untuk menyiasat kebanjiran pendatang haram di Sabah yang dijalankan kerajaan Malaysia tentunya akan memberi kesan terhadap masyarakat Tausug Sulu Filipina di negeri itu.

"Jangan kita lupa faktor Misuari-MNLF. Ini semua mesti diambil kira,"katanya.

Jess Dureza yang pernah menjadi Pengerusi, Panel Perunding dengan MILF berkata Nur Misuari mempunyai dua alasan kukuh 'membenci' kerajaan Malaysia.

Pertama, dendam peribadi terhadap penahanannya oleh Polis Diraja Malaysia pada tahun 2001, dan keduanya, beliau merasa dipinggirkan dalam perjanjian damai antara MILF dengan kerajaan Filipina anjuran Presiden Filipina, Benigno S. Aquino III yang turut disaksikan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Oktober 2012.


"Yang pasti, Pengerusi MNLF, Nur Misuari masih merawat perasaan sakit (hati)nya semasa ditahan kerajaan Malaysia, menjadi asas kepadanya untuk membangkitkan 'kempen menuntut Sabah.'
"Penghinaan terhadapnya berkaitan Rangka Kerja MILF tajaan Malaysia terlalu terbuka untuk diabaikan. Saya tidak dapat membuktikan, tetapi mengesyaki beberapa elemen Pengerusi MNLF, Nur Misuari adalah sebahagian daripada pasukan bersenjata di Lahad Datu."

mrkinabaluboy, di antara blog yang paling awal mendedahkan pertemuan Anwar-Misuari itu diterjemahkan dalam bentuk pencerobohan pengganas di lahad Datu.

"Dalam suasana Malaysia akan mengadakan pilihan raya dalam masa yang terdekat, pada 4 bulan yang lepas, Anwar telah berjumpa dengan Nur Misuari. Anwar telah meminta bantuan Nur Misuari supaya membuat sesuatu "crime" dan yang terkini menghantar kumpulan Suluk berpakaian tentera ke Lahad Datu.
"Situasi ini adalah cara-cara Anwar menarik sokongan dan menghuru-harakan negara. Dengan nasihat Anwar dan dengan bantuan Misuari, mereka mencuba menghuru-harakan keadaan,"dedahnya.

Lebih 2 Kali Anwar Dikesan Bersemuka & Berbual Dengan Misuari

sumber: AIDC

[PENGKHIANAT] Wikileaks Dedah Nur Misuari BERNIAT TAKLUK SABAH & Hubungan Dengan ANWAR Tahun 2007 Lagi

Posted: 12 Mar 2013 11:52 PM PDT

KUALA LUMPUR 12 Mac - Laman web Wikileaks pada 2007 pernah mendedahkan pemimpin Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), Nur Misuari (gambar) yang ketika itu menjadi tahanan di rumahnya mempunyai hasrat menakluk Sabah dari Malaysia.

Kabel 07MANILA1534 bertarikh 11 Mei 2007 di laman web itu mendedahkan, peguam MNLF, Ombra Jainal pernah menyifatkan Nur Misuari sebagai orang yang tepat untuk mendapatkan semula Sabah dari Malaysia.

Maklumat itu terdapat dalam http://wikileaks.org/cable/2007/05/07MANILA1534.html.

Menurut maklumat itu, Nur Misuari masih marah terhadap Malaysia kerana menahan dan menyerahkannya kepada pihak berkuasa Filipina pada Januari 2002.

Perkara 6 di dalam kabel itu menyatakan, Nur Misuari pernah memberitahu seorang pemimpin kanan Angkatan Tentera Filipina (AFP), Mejar Jeneral Ben Dolorfino bahawa apabila masanya, MNLF mungkin boleh menyerang Sabah pada pukul 5 pagi dan mengambil alihnya pada pukul 7 pagi.

Pada 2007, Nur Misuari yang ditahan di rumahnya atas dakwaan melakukan keganasan ketika itu cuba mendapatkan perintah mahkamah untuk membenarkannya pulang ke bandar Jolo bagi berkempen sebagai Gabenor Sulu.

Menurut Wikileaks, dalam maklumat itu, Nur Misuari juga pernah dilaporkan mendakwa beliau secara peribadi adalah pewaris sah yang berhak menuntut Sabah berdasarkan darah keturunan rajanya dan menyalahkan Malaysia sebagai ejen yang menimbulkan huru-hara di Sulu.

Pendedahan di Wikileaks itu juga menyatakan Fuad Kiram yang mengisytiharkan dia sebagai Sultan Sulu telah memberikan gelaran Datu (putera raja) Kesultanan Sulu dan Borneo Utara (Sabah) kepada Nur Misuari ketika pemimpin MNLF itu ditahan di rumahnya pada 14 Mac.

Kabel itu turut mendedahkan bahawa Dolorfino pernah memberi komen tentang kebimbangan Malaysia terhadap niat Nur Misuari itu yang masih mempunyai beratus pengikut di negeri itu.

''Malaysia juga bimbang mengenai hubungan beliau dengan pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan sebagai 'rakan lama' Nur Misuari,'' menurut kabel itu.

Menurut kabel itu, beberapa pegawai dari Malaysia telah mengadakan sekurang-kurangnya tiga pertemuan dengan Nur Misuari atau isteri-isterinya seperti yang dinyatakan oleh Jainal dan Dolorfino.
Maklumat itu terdapat dalam http://wikileaks.org/cable/2007/05/07MANILA1534.html.

"Dolorfino berkata, pada pertemuan 10 April, rombongan khas daripada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (pada ketika itu) telah memberitahu Nur Misuari agar tidak mencampuri urusan politik dalaman Malaysia.

"Menurut Jainal pula, Nur Misuari berjanji kepada wakil Abdullah bahawa beliau tidak berniat untuk terlibat dalam urusan dalaman Malaysia," kata Wikileaks.

Kabel itu turut menyatakan bahawa Dolorfino berpendapat yang Malaysia mahu mencari jaminan yang lebih kukuh bahawa Nur Misuari tidak meneruskan isu tuntutan Sabah itu.


Ghafir bekas Timbalan Panglima TD perleceh ATM 'duduk reban ayam'

Posted: 12 Mar 2013 08:54 PM PDT

LEFTENAN JENERAL (B) DATUK GHAFIR ABDUL HAMID... Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat.

GHAFIR Abdul Hamid (dua dari kanan) berucap sebagai anggota panel semasa Forum T bertajuk 'Solidariti Lahad Datu' anjuran Akademi Pak Sako di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor di Kuala Lumpur malam tadi. Turut menjadi anggota panel ialah Fathi Aris Omar (kiri) dan Wilfred Bumburing (dua dari kiri

KUALA LUMPUR 13 Mac - Menyedari masyarakat tidak menerima sebaliknya mengutuk mereka kerana mendakwa pencerobohan pengganas di Sabah sebagai sandiwara, pentas-pentas ceramah pembangkang kini beralih pula memburuk-burukkan pasukan keselamatan negara.

Terbaru malam tadi, bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Datuk Ghafir Abdul Hamid yang kini berceramah di pentas-pentas pembangkang, memperleceh cara Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menangani pengganas dari Sulu itu sehinggakan kini hanya "duduk di bawah rumah orang dan di reban ayam".

Beliau dengan mudah membuat kesimpulan sendiri bahawa kegagalan risikan awal khususnya oleh ATM telah membuatkan pasukan keselamatan dalam keadaan terkejut menyelesaikan masalah di sana.

Ghafir juga seolah-olah memperkecilkan peranan pasukan keselamatan apabila mendakwa Ops Daulat telah gagal pelaksanaannya sehingga ke hari ini.

Ketika berucap ketika menjadi anggota panel Forum T anjuran Akademi Pak Sako bertajuk 'Solidariti Lahad Datu' di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor di Jalan Maharajalela di sini, beliau berkata:

"Tiada misi jelas dalam operasi ketenteraan di Lahad Datu, kita tengok sekarang tentera duduk di bawah rumah orang, di reban ayam. Sepatutnya agensi keselamatan lain yang buat itu.

"Kerajaan juga gagal menafsir Perjanjian Geneva mengenai peperangan sehingga mengakibatkan polis yang terpaksa mengetuai operasi pada peringkat awal.

"Sepatutnya dari awal lagi kerajaan mengklasifikasikan pengganas Sulu sebagai aggressor (penyerang) bukan intruder (penceroboh) agar ATM boleh terus ambil tindakan dari awal."

Turut menjadi panel pada forum itu ialah Ahli Parlimen Tuaran, Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Editor portal propembangkang, Malaysiakini, Fathi Aris Omar.

[UPDATED] Lahad Datu: Seorang tentera gugur, 3 pengganas terbunuh

Posted: 12 Mar 2013 06:12 AM PDT

LAHAD DATU - Seorang anggota pasukan tentera terkorban dan tiga penceroboh militan terbunuh dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, dekat Tanjung Batu di sini hari ini.

Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan militan itu berlaku pada 10.45 pagi. Dalam pertempuran kedua itu, pasukan keselamatan berjaya menembak mati tiga pengganas terbabit manakala dua lagi melarikan diri manakala seorang anggota keselamatan terkorban.

"Seorang anggota keselamatan gugur," katanya.

Anggota tentera tersebut berpangkat prebet, Mohd. Hurairah Ismail. Jenazah Allahyarham akan diterbangkan dari Tawau ke Kota Bahru, Kelantan esok. Jenazah akan dikebumikan di kampung halaman Allahyarham di Pasir Mas.

Zulkifeli berkata, pasukan keselamatan diserang hendap oleh kumpulan pengganas pada 7.45 pagi dan selepas itu mereka melarikan diri sebelum dijejaki pasukan keselamatan dan berlaku pertempuran.

Dalam kejadian, kira-kira jam 10.45 pagi itu, prebet berkenaan dikenali sebagai Ahmad Hurairah Ismail, 24, bersama beberapa anggota lain dari Tujuh Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) berpangkalan di Tawau sedang menjejak saki baki pengganas yang sebelum itu, pada kira-kira jam 7.45 pagi bertempur dengan mereka di Sungai Nyamuk.

Mangsa yang cedera di pipi kemudian diberi rawatan kecemasan sebelum diterbangkan ke Hospital Duchess Of Kent di Sandakan untuk rawatan lanjut. Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia kira-kira jam 1.30 tengah hari.

Sehingga kini sembilan anggota keselamatan terkorban dalam insiden pencerobohan itu manakala 57 penceroboh militan ditembak mati.

Zulkifeli berkata, Kampung Tanduo kini telah bersih sepenuhnya daripada ancaman penceroboh militan dan operasi pasukan keselamatan kini diperluas ke Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...