Apple Biru

Apple Biru


Lahad Datu: Malaysia Tolak Dakwaan Tindakan Kejam Terhadap Warga Filipina Di Sabah

Posted: 13 Mar 2013 01:00 PM PDT


Kerajaan Malaysia sekeras-kerasnya menolak dakwaan media Filipina kononnya berlaku pencabulan hak asasi manusia terhadap warga Filipina semasa operasi mengusir pengganas Sulu di Sabah baru-baru ini.

Kementerian Luar, dalam kenyataan malam Rabu, berkata dakwaan yang disiarkan oleh akhbar 'Inquirer' pada 9 dan 10 Mac lepas, didapati tidak mempunyai bukti dan justifikasi serta bercanggah dengan amalan kewartawanan profesional.

"Dakwaan yang dilaporkan itu adalah rekaan pembohongan oleh mereka yang berniat merosakkan serta menimbulkan ketegangan hubungan baik dan erat antara Malaysia dan Filipina," katanya.

Akhbar itu mendakwa pasukan keselamatan negara bertindak kejam dengan menyasarkan warga Filipina keturunan Suluk dan Tausug di Sabah berikutan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan Semporna.

Kenyataan itu menyebut Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib, yang terbabit dalam operasi itu, telah menafikan dakwaan itu dan perkara itu turut disahkan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Kementerian itu berkata kerajaan Malaysia memberi jaminan bahawa pihak berkuasa akan terus bertindak mengikut undang-undang dalam negara dan antarabangsa dalam melaksanakan tanggungjawab dalam menghadapi pengganas bersenjata dari selatan Filipina itu.

"Tidak perlu diingatkan bahawa kumpulan pengganas itu telah melakukan tindakan keganasan dengan pembunuhan kejam dan kekejaman di Lahad Datu dan Semporna," katanya.

Kenyataan itu menyebut langkah perlu akan diambil bagi memastikan keperluan kemanusiaan semua orang awam di kawasan berkenaan akan ditangani sepenuhnya.

Pihak berkuasa Malaysia dengan sokongan padu semua rakyat Malaysia, akan kekal berdiri teguh dalam usaha melindungi keamanan dan keselamatan serta mempertahankan kedaulatan negara, katanya. - BERNAMA

Kami Bertempur Dengan Pengganas Sebenar, Bukan Sandiwara

Posted: 13 Mar 2013 12:00 PM PDT


Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin menegaskan pasukan keselamatan bertempur dengan pengganas sebenar dan bukan satu sandiwara sebagaimana yang dicanangkan segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab.

"Saya tidak faham jika orang kata sandiwara. Nyawa dipertaruhkan... kami menghadapi musuh sebenar dan bukan lakonan.

"Dua anggota tentera dan lapan anggota polis terbunuh, adakah itu sandiwara? Tepuk dada tanya selera," katanya kepada pemberita selepas menghadiri pengkebumian Allahyarham Kpl Ahmad Hurairah Ismail di Kampung Bayu Lalang, di sini, Rabu.

Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu, Sabah.

Seorang lagi anggota tentera, Kpl Ahmad Farhan Ruslan pula terkorban dalam kemalangan jalan raya di Km 37 Lahad Datu-Tungku ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan dalam operasi itu.

Terdahulu, lebih 3,000 hadir di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra bagi menyambut ketibaan jenazah dua pahlawan negara itu, yang diterbangkan melalui pesawat Charlie C-130, pada kira-kira 9.50 pagi.

Jenazah Ahmad Farhan dibawa ke rumah ibu bapanya di Perumahan Desa Darulnaim II, Pasir Tumboh.

Jenazah Ahmad Farhan dikebumikan mengikut istiadat ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Madrasah Pohon Celagi, Pasir Hor.

Menyifatkan Allahyarham seorang anggota yang berani, Zulkifli berkata siasatan mendapati Ammad Hurairah sempat berbalas tembakan dengan beberapa pengganas sebelum gugur di medan perang.

"ATM akan membantu keluarga Allahyarham, apa saja yang kita mampu," katanya.

Zulkifli turut menyampaikan sumbangan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) kepada Ismail Husin, 55, iaitu ayah kepada Ahmad Hurairah selepas pengkebumian tersebut.

Sementara itu Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed yang turut hadir pada pengebumian itu meminta rakyat Malaysia bersatu dan menghentikan spekulasi berhubung soal keselamatan negara memandangkan ramai anggota keselamatan gugur ketika berjuang di perbatasan.

"Hentikan sagala tohmahan dan fitnah ini yang akhirnya akan meruntuhkan kita dan kita bertanggungjawab sebagai warganegara yang setia pada negara. Kita tak mahu satu pun suara sumbang yang memberi kata-kata yang menunjukkan kita tidak peka dengan kehibaan (yang dialami keluarga mangsa).

"Kita semua rakyat Malaysia amat terhutang budi dan kita berdoa semoga barisan hadapan akan teruskan perjuangan mereka untuk pastikan negara kita selamat sampai bila-bila," katanya.

Bekas Panglima Tentera Darat Tan Sri Mohd Sharom Nordin berkata pengorbanan yang dilakukan oleh Allahyarham mencerminkan sikap taat dan setia kepada negara walaupun nyawa yang menjadi pertaruhannya.

"Kalau ada lagi orang mengatakan ini semua sandiwara, saya tak tahu nak cakap apa... rakyat kita, tentera kita sendiri... hari ini anak Kelantan telah mempertaruhkan nyawa untuk kedaulatan negara.

"Hilangkan syak wasangka, ini satu pengorbanan yang diterima Allah S.W.T.," katanya. - BERNAMA

Gaji Baru Tentera, Polis – Satu Tamparan Buat Pembangkang

Posted: 13 Mar 2013 11:00 AM PDT


Seaman manapun sesebuah negara, pasukan polis dan tentera wajib diberi keutamaan. Ini kerana keamanan bukanlah terletak sepenuhnya ke atas bahu kepimpinan, tetapi separuh daripadanya adalah terletak pada elemen yang tidak mampu dijangka.

Jenayah dan ancaman keganasan dari dalam dan luar negara bukan sesuatu yang boleh dianggarkan dari segi jumlah dan masa seperti menganggarkan pendapatan atau perbelanjaan negara. Justeru, perancangan dan strategi keselamatan dan pertahanan hanya boleh dibuat dengan mengambilkira senario terburuk.

Oleh yang demikian, pembelian senjata-senjata dan alat-alat canggih untuk pertahanan dan keselamatan tidak wajar dipersoalkan oleh mana-mana pihak.

Kita amat kesal apabila pembangkang sering menjadikan kos pembelian alatan dan senjata pertahanan serta keselamatan negara sebagai isu. Malah, lebih dikesalkan lagi apabila mereka seolah-olah sengaja mengumpan agar kerajaan mendedahkan butir-butir terperinci maklumat pertahanan dan keselamatan. Beberapa kenyataan mereka dilihat sebagai merbahayakan negara, terutama apabila mempersoalkan kegunaan dan membangkitkan mengenai kelemahan senjata atau alat pertahanan yang ada.

Tidak cukup dengan itu, pembangkang juga giat menghasut rakyat agar membenci pihak polis. Setiap kes jenayah dilapor dan digembar-gemburkan manakala setiap kejayaan besar pihak polis dipandang sepi. Dalam banyak kes, polis digambarkan sebagai jahat dan penjenayah dibela oleh pembangkang, terutama yang melibatkan 'orang mereka'.

Sehinggakan apabila negara diceroboh dan kedaulatannya diancam, pembangkang masih terus membawa sikap memusuhi, memperlekeh dan menghina pasukan keselamatan dan pertahanan negara.

Jika ini bukan satu pengkhianatan, maka apakah ia?

Maka, kita tidak hairan apabila terdedahnya penglibatan pembangkang dengan pengganas yang menceroboh negara ini.

Bagaimanapun, kita wajar mengucapkan Alhamdulillah kerana ketika pembangkang mengguris dan meremukkan hati keluarga wira-wira kita yang terkorban di Lahad Datu dan Semporna, kerajaan Barisan Nasional bertindak pantas memberi pengiktirafan ke atas pengorbanan mereka. Kenaikan pangkat diberi kepada yang pergi, bukan sahaja sebagai mengenang jasa tetapi juga bagi membolehkan balu-balu mereka menikmati imbuhan tambahan bagi menampung hidup tanpa ketua keluarga.

Lebih dari itu, kesemua pasukan tentera dan polis juga kini menikmati pelarasan gaji setara dengan penjawat awam yang lain sepertimana yang diumumkan Perdana Menteri hari ini. Harapan kita agar keprihatinan Perdana Menteri ini membuatkan mereka tidak luntur semangat untuk terus menjaga keamanan negara demi kita semua.

Persetankan kata-kata penghinaan yang dilemparkan puak pembangkang, kerana yang hinanya adalah mereka, bukan pasukan polis dan tentera kita. Buktinya, manusia yang paling kuat menghina polis iaitu Tian Chua, telah terpaksa 'memakan najis sendiri' apabila meminta bantuan polis untuk menyelamatkan diri dari dibelasah rakyat yang cintakan negara dalam satu program ceramahnya.

Pembangkang kini menerima tamparan hebat apabila strategi jahat mereka memakan diri. Rakyat kini melihat sendiri betapa murninya tugas mengawal keselamatan dan keamanan negara, yang mana bukan semua manusia mempunyai keberanian atau kemampuan untuk memikulnya.

Rakyat juga menggeleng-gelengkan kepala melihat betapa hinanya pembangkang Malaysia yang sanggup mengkhianati negara sendiri, memperjudikan nyawa rakyat termasuk penyokong sendiri, menyebabkan pasukan keselamatan negara terbunuh dan kemudiannya memperlekeh dan menghina kematian mereka pula…

Jika pembangkang bukan syaitan, maka apakah mereka?

Suara Generasi Baru

Anwar Macam Cacing Kepanasan Bila Baca Nih!

Posted: 13 Mar 2013 10:00 AM PDT


Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) mengiktiraf dan menghormati keputusan rakyat Sabah menyertai Malaysia pada 1963, kata Pengerusinya Muslimin Sema.

Beliau berkata, rakyat Sabah berhak menentukan masa depan mereka dengan menyertai Malaysia 50 tahun lepas dan hak ini tidak boleh dipertikai mana-mana pihak.

"Kami (MNLF) akur dengan kehendak rakyat Sabah untuk menentukan nasib mereka sendiri. Mereka telah membuat keputusan untuk menyertai Malaysia dan kami menghormati keputusan mereka, itulah pendirian kami," katanya dalam temu bual eksklusif dengan Bernama melalui telefon dari Manila hari ini.

Muslimin, yang juga naib datuk bandar Cotabato City di selatan Filipina berkata, dalam kunjungannya ke Sabah pada 1973, beliau melihat sendiri kebahagiaan yang dinikmati rakyat negeri itu setelah menyertai Malaysia.

"Mereka telah membuat keputusan dan kami menerima keputusan mereka itu," kata Muslimin sambil menjelaskan bahawa beliau mempunyai ramai saudara mara di Sabah, yang setia kepada negara mereka, Malaysia, dan menjalani kehidupan dengan penuh sejahtera. - Bernama

PANAS! Tian Chua Babi Akan Pupus!

Posted: 13 Mar 2013 09:00 AM PDT


Rasanya tiada tempat lagi untuk Naib Presiden PKR, Tian Chua untuk melarikan diri. Boleh dikatakan hampir setiap hari dia dikecam, dikutuk dan dihambur dengan maki hamun atas keceluparan mulutnya sendiri yang menghina pasukan keselamatan yang bersabung nyawa di Lahad Datu, Sabah.

Masyarakat Malaysia, dari segenap lapisan sama ada dari peringkat pemimpin tertinggi kerajaan BN, hinggalah ke peringkat rakyat biasa, semuanya mengecam Tian Chua semahu-mahunya.

Malah jika boleh, para pemimpin pembangkang pun mahu menghentam Tian Chua. Tapi mungkin takut pada Anwar dan risau namanya tidak disenarai sebagai calun PRU ke-13, mereka terpaksa berdiam diri dan mengutuk dari "belakang"…

Persoalannya, di celah-celah cemuhan yang dihadapi Tian Chua itu, masihkah Naib Presiden itu "bermimpi" untuk dicalonkan sebagai Ahli Parlimen atau ADUN pada PRU ke-13 nanti?

Dia sekarang berstatus Ahli Parlimen Batu dan apakah dia akan mempertahankan status tersebut pada PRU ke-13 kelak?

Kalau pun dia tercalon di situ nanti, apakah rakyat Malaysia di parlimen itu akan "senang hati" memberikan undi padanya seperti mana dulu pada tahun 2008?

Saya tertanya-tanya, selain dikecam bertubi-tubi, Anwar Ibrahim selaku ketuanya langsung tidak bersuara mempertahankan Tian Chua mahupun "tumpang sekaki" menghentam Naib Presiden partinya itu.

Apakah Anwar diam "tanda setuju" dengan kenyataan Tian Chua itu? Maksudnya Anwar setuju bahawa pasukan keselamatan negara sengaja menggadai nyawa mereka untuk menjayakan "sandiwara" di Sabah?

Kalau Anwar sanggup mengeluarkan kenyataan membela rejim Zionis Yahudi Israel tempohari, mengapa dia tidak memberi komen terhadap insiden di Lahad Datu?

Atau Anwar sendiri terkapai-kapai menepis dakwaan yang mengaitkannya dengan gerakan konspirasi yang dikatakan berkait rapat dengan sekutunya, Nur Misuari yang sememangnya dibenci oleh masyarata Tausug di Filipina?

Orang seperti Anwar dan Tian Chua inikah yang diharapkan rakyat negara ini untuk memimpin negara? Mujurlah Anwar bukan Perdana Menteri dan Tian Chua bukan Menteri Kabinet. Kalau tidak, saya yakin hancur Malaysia dikerjakan mereka dan konco-konconya…

Suara Generasi Baru

Lahad Datu : Kisah Sedih Teman Wanita Wira Negara Koperal Ahmad Hurairah

Posted: 13 Mar 2013 08:00 AM PDT

Ibu kepada Koperal Ahmad Farhan, Roslawati Ghani menyiram pusara anaknya

"Dia pergi kerana negara dan saya tahu semua rakyat berbangga dengannya.

"Apakan daya ALLAH lebih menyayangi dia dan saya terima dengan penuh keredaan bahawa insan yang saya sayang telah pergi buat selama-lamanya,"

Ungkapan sayu teman wanita wira negara Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah, 24, yang terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan pengganas di Sungai Nyamuk Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu, Sabah semalam. Teman pun rasa sayu. Menurut laporan Bernama, kedua-duanya  berhasrat untuk bertunang dan melangsungkan perkahwinan secara serentak sebaik pulang selepas menamatkan misi di Lahad Datu. Apa kan daya, Allah lebih menyayanginya..

Nordiana Kamaruddin, 23, yang ditemui di kediaman Allahyarham di Kampung Bayu Lalang di sini, berkata kali terakhir dia menerima khimat pesanan ringkas (SMS) daripada Allahyarham tiga hari lepas yang memintanya menjaga diri dengan baik.

Jenazah Ahmad Hurairah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lalang di sini dalam penuh istiadat ketenteraan pada 12 tengah hari.

GEMPAR! Tentera Malaysia Duduk Di bawah Rumah Orang dan Di Reban Ayam

Posted: 13 Mar 2013 07:00 AM PDT


Teman rasa malu jugak! Bila seorang bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Datuk Ghafir Abdul Hamid yang mendakwa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hanya "duduk di bawah rumah orang dan di reban ayam" ketika Ops Darurat. Wei! Nama pu  kerja risikan. Buat-buta tak tau pulak! Apa la bodoh biul! Teman ingat bila pernah duduk kerusi Timbalan Panglima Tentera Darat, pandai! Rupanya bodoh! Bukan bodoh lagi tapi biul dan bangang! Selalunya orang bodoh bangang je masuk Pakatan Rakyat. Maklum la, pernah mintak jadi directorship beberapa GLC dengan kerajaan BN tapi tak lepas sebab bodoh biul. Mintak tu pulak jadi chairman dan CEO. Orang bodoh mana boleh duduk kerusi tu! Ptuiii!!!

Berikut kenyataan penuh Kementerian Pertahanan kepada berhubung peranan ATM di Lahad Datu:

1. Misi yang diberikan adalah jelas mengikut peringkat strategik iaitu membantu PDRM mengawal situasi keselamatan sekiranya rundingan dengan penceroboh tersebut gagal. Di peringkat operational dan taktikal, pasukan diberikan misi yang lebih spesifik mengikut tugasan yang dilaksanakan seperti operasi mengepung dan mencari, penggeledahan, pembersihan, sekatan dan lain-lain berdasarkan perisikan yang diterima. Ianya hanya diberikan kepada pasukan yang melaksanakan tugas dan tidak dihebahkan kepada pihak umum untuk mengekalkan kerahsiaan.

2. Pelaksanaan sesuatu tugas operasi seperti yang dinyatakan sebelum ini, memerlukan pasukan diaturgerakkan di perkampungan, di kawasan atau di tempat yang sukar. Tugasan ini akan dilaksanakan asalkan misi yang ditetapkan tercapai.

3. Dalam konteks perisikan ianya dilaksanakan secara kolektif diperingkat stategik, operational dan taktikal yang melibatkan ATM, PDRM dan agensi keselamatan yang lain. Proses risikan ini memerlukan maklumat yang diterima ditapis dan dinilai mengikut keutamaan serta disahkan sebelum sebarang ketetetapan operasi dilaksanakan. Harus diingatkan sebarang maklumat perisikan yang diterima mestilah tepat. Perisikan yang tidak lengkap dan dibuat secara tergesa-gesa boleh menjejaskan perlaksanaan operasi dan dikhuatiri menimbulkan spekulasi serta boleh dieksploitasi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab." (UTUSAN)

Match For Hope : Bolasepak Malaysia-Palestin Untuk Tabung Palestin @shaberyc

Posted: 13 Mar 2013 06:00 AM PDT


Pasukan bola sepak negara akan berentap dengan pasukan Palestin di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang pada 26 Mac ini dalam satu perlawanan amal bola sepak antarabangsa bagi mengutip dana untuk Tabung Bantuan Rakyat Palestin dan Tabung Wira Negara Lahad Datu. 

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata hasil kutipan tiket dan derma, termasuk sumbangan badan swasta bagi menjayakan acara itu, akan dibahagi untuk dua tabung berkenaan. 

Beliau meminta orang ramai datang beramai-ramai memeriahkan acara itu sebagai simbolik dalam memapar semangat patriotik di samping menzahirkan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin. 

Katanya, kejayaan penganjuran perlawanan amal itu akan menyerlahkan lagi keprihatinan seluruh rakyat Malaysia berbekal semangat 1Malaysia, yang berdiri teguh menyokong perjuangan rakyat Palestin. 

Ahmad Shabery berkata ia juga akan menyerlah penghargaan seluruh rakyat kepada anggota pasukan keselamatan negara yang terkorban dalam mempertahan negara tercinta di Lahad Datu, Sabah sekali gus mengajak semua masyarakat menghayati nilai kedaulatan negara untuk sama-sama dipertahan. 

"Ini julung kali Kementerian Belia dan Sukan menganjurkan perlawanan amal antarabangsa seumpama ini, ia diharap dapat menjadi satu usaha berterusan dalam membantu inisiatif keamanan, bukan sahaja untuk negara tapi juga buat keamanan di peringkat antarabangsa," katanya. 

Ahmad Shabery berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan logo acara perlawanan itu yang bertema "Voices of Malaysia, Match For Hope" di bilik mesyuarat bangunan Kementerian Belia dan Sukan di sini. 

Acara anjuran kementerian dengan kerjasama Majlis Sukan Negara, yang ditauliah Persatuan Bola Sepak Malaysia itu, bermula pada 8.45 malam dan jualan tiket grandstand RM150, terrace RM20 dan kanak-kanak RM10 diurus Ticket Hotline, Wisma FAM Kelana Jaya. 

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia, di ranking 159, bertemu Palestin, di ranking 153, ialah pada perlawanan kelayakan Piala Dunia 2011, yang berakhir dengan keputusan Palestin menewaskan Malaysia 4-3. -- BERNAMA

GELAS PECAH: Komander Musa Tak Mati, Sedang Minum Kopi Tongkat Ali! Kahkahkah!

Posted: 13 Mar 2013 05:00 AM PDT


Adeeh! Peperangan Minda! Supaya motivasi pengikut-pengikut bertahan. Agenda perang yang biasa. Rasanya kebanyakkan orang dah tau teknik ni. Tak payah nak tipu der! Teman rasa Komander Musa ni pemberi semangat pengikut-pengikut Sultan Sulu untuk berperang. Kalau dah mampus, moral dan motivasi pengikut-pengikut akan down dan mungkin akan menyerah diri atau cabut balik kampung..

Menurut laporan Bernama, keluarga Kiram menyanggah kenyataan pasukan keselamatan Malaysia yang mendakwa "Komander Haji Musa" yang juga bekas komander Moro National Liberation Front (MNLF) yang merupakan salah seorang pemimpin tertinggi militan Sulu terbunuh dalam Ops Daulat.

Jurucakap Sultan Sulu Abraham Idjirani memberitahu saluran media ABS-CBN News beliau telah bercakap dengan ketua kumpulan Agbimuddin Kiram yang mengesahkan Musa masih lagi hidup, bercanggah dengan laporan di sini.

"Beliau masih lagi hidup dan mereka telah berkumpul semula pada 1.00 pagi Rabu. Mereka minum kopi. Laporan berita Malaysia salah," kata Idjirani menurut portal atas talian saluran tersebut.

Jurucakap tersebut turut didakwa mempertikaikan angka kematian anggota kumpulan itu dengan mengatakan hanya 23 orang terbunuh setakat ini.

Teman rasa Komander Musa tengah minum kopi dalam alam barzah la kot sebab dah mampus! Itu pun nak nafikan jugak ke? Sama la perangai rakan sekutu Sultan Sulu ni, Anwar yang asyik nak spin aje dan kaki penipu! Piirahhh!!!

GEMPAR! Anwar Akan Dtembak!!!

Posted: 13 Mar 2013 04:00 AM PDT

Menggemparkan! Pendedahan YB Zulkifli Noordin, bekas peguam Dato' Seri Anwar Ibrahim berhubung strategi dan tindakan yang sedang dan akan dirancang oleh Anwar Ibrahim dan orang-orang kanannya menjelang PRU ke 13.


Di antara pendedahan Zulkifli Noordin ialah :

1. Berlaku tembakan untuk menarik simpati rakyat kepada pembangkang.

2. Anwar akan menunjukkan jam Omega yang sebelum ini didakwa hilang semasa aksi akrobatik dengan China Doll. Tetapi jam itu jam baru.

3. Anwar akan bersumpah tetapi tidak boleh pakai.

4. Wakil-wakil rakyat bekas Pakatan pembangkang akan dipujuk dengan habuan untuk masuk kembali pembangkang dan mengeluarkan kenyataan mereka dibeli oleh DS Najib Razak.

5. Azmiin akan berlakon di depan ibunya.

6. Mereka yang terlibat dalam kes Al-Tantuya dibayar untuk pusing cerita dan mengaku kononnya Najib Razak terlibat.

7. Bekas pegawai DS Rosmah Mansor dipujuk dan dibayar untuk memburuk-burukkan nama isteri Perdana Menteri itu.

Ikuti video di bawah tentang pendedahan terbaru ini :

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=cwQbAdlo6hg

Baca Lagi DISINI

ALFATIHAH: Jenazah Dua Wira Negara Selamat Disemadi

Posted: 13 Mar 2013 02:25 AM PDT

Husin Ismail, 55 (dua, kanan) menyiram air di pusara anaknya, Allahyarham Koperal Ahmad Hurairah di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bayu Lalang di Pasir Mas, pada Rabu

Jenazah dua wira negara Kpl Ahmad Hurairah Ismail dan Kpl Ahmad Farhan Ruslan yang gugur dalam Operasi Daulat menentang militan dari Sulu semalam, selamat dikebumi di kampung halaman masing-masing.

Jenazah Ahmad Hurairah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Lalang, tidak jauh dari rumah keluarganya di sini, manakala Ahmad Farhan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Madrasah Pohon Celagi, Pasir Hor di Kota Baharu.

Upacara pengebumian kedua-dua wira negara itu diadakan penuh istiadat ketenteraan dan turut dihadiri anggota dan pegawai tinggi tentera.

Jenazah Ahmad Hurairah dan Ahmad Farhan tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dengan pesawat Charlie C-130 pada pukul 9.50 pagi, dan dibawa ke kampung halaman masing-masing dengan van jenazah.

Terdahulu jenazah kedua-dua wira negara itu tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang sejurus sebelum 8 pagi. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi antara yang menyambut ketibaan kedua-dua jenazah dan memberi penghormatan terakhir kepada wira negara itu.

Ahmad Hurairah, 24, terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan militan di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu di Lahad Datu, Sabah semalam manakala Ahmad Farhan, 21, terbunuh dalam kemalangan di Jalan Tungku, Lahad Datu semasa dalam konvoi untuk Operasi Daulat.

Jenazah Ahmad Hurairah tiba di rumah keluarganya di Kampung Bayu Lalang di sini untuk disembahyangkan pada pukul 11.15 pagi.

Antara yang turut sembahyang jenazah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakub.

Suasana agak hiba seketika apabila Zulkifli menyerahkan sumbangan daripada pelbagai pihak kepada bapa Allahyarham, Ismail Hussin, 54, sebaik selesai majlis pengebumian itu.

Di KOTA BAHARU, jenazah Ahmad Farhan dibawa ke rumah keluarganya di Taman Desa Darulnaim II, di Pasir Tumboh di sini dan disemadikan pada pukul 12 tengah hari.

Antara yang hadir pada pengebumian wira negara itu ialah Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad dan pegawai-pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia.

Abdul Latiff kemudian menyerahkan bendera Malaysia yang membaluti keranda kepada bapa Allahyarham.

Ruslan ketika ditemui di tanah perkuburan itu berkata beliau amat berterima kasih di atas penghargaan pasukan tentera apabila memberi penghormatan terakhir yang begitu tinggi terhadap anaknya.

"Saya reda dengan pemergian anak saya yang memang berminat mewarisi jejak saya untuk menjadi askar sejak kecil lagi," kata bekas tentera itu yang menamatkan perkhidmatan terakhirnya di Kem Terendak, Melaka pada 2004. -BERNAMA

BREAKING NEWS 4.30 PM : Tentera Laut Filipina Memintas 35 Pengikut Sultan Sulu di Perairan Tawi Tawi

Posted: 13 Mar 2013 01:30 AM PDT


Menurut Laporan PhilStar.com, Angkatan Tentera Laut Filipina telah memintas pengikut Sultan Sulu Jamalul Kiram III ketika rondaan di dalam dua buah bot di perairan wilayah Tawi-Tawi pada pagi Rabu.

Jurucakap Tentera Laut Lt Komander Gregory Fabic berkata bahawa bot yang sarat dengan sekurang-kurangnya 35 pengikut Sultan Sulu tersebut telah dipintas di perairan Bandar Andoligan pada sekitar 6:30 pagi.

Fabic berkata bahawa unit rondaan Tentera Laut merampas senjata api dan peluru dari dua bot tersebut.. Salah seorang pengikut adalah perempuan.

Pihaknya masih lagi menyiasat samada bot tersebut menuju ke Sabah atau sebaliknya.

BONGKAR! Balasubramaniam Dibuang Kerja Kerana Terlibat Kes Culik

Posted: 13 Mar 2013 01:00 AM PDT


Apabila disampaikan sesuatu berita, maka perkara pertama yang dilakukan oleh seorang yang rasional tentulah memeriksa ketepatannya.  Jika ketepatan diragui, maka tentulah kita akan mula mempersoal sipembawa berita untuk memahami motifnya.  

Begitulah halnya dengan berita mengenai penglibatan Dato' Seri Najib dan isteri dalam pembunuhan model Mongolia, Altantuya Sharibuu dan juga kes rasuah dalam pembelian kapal selam scorpene.   Berita ini telah pun terbukti sebagai palsu sehingga memaksa pihak yang menjadi 'juaranya', iaitu SUARAM, menyepi diri kerana malu, manakala Balasundram (Bala) dan Raja Petra Kamaruddin (RPK) yang menjadi pembawa berita utama, melarikan diri ke luar negara.    Penglibatan pembangkang sebagai dalang terserlah seluas-luasnya selepas itu.  


Malangnya, setelah SUARAM mengaku kalah apabila penipuannya terdedah, pihak pembangkang tidak berputus asa cuba memainkan isu yang sama dengan berbagai alat dan cara, antaranya dengan menggunakan si penjual karpet, Deepak Jaikishan.  

Deepak, si pembawa berita untuk pusingan kedua ini, telah turut dibuktikan sebagai bermasalah dan mempunyai agenda tersendiri untuk mengenakan Dato' Seri Najib.  Wang, merupakan motif utama, selain publisiti, memandangkan Deepak mengalami masalah besar dalam perniagaannya yang telah dibina berbelas-belas tahun.   Cakap-cakap Deepak yang berbelit dan bertentangan dengan kenyataannya sendiri sebelum ini dengan sendiri membuktikan karektornya yang gemarkan publisiti murah dan bahawa berita yang dibawanya tidak harus dipercayai.  

Kedudukan pembangkang yang terdesak akibat terkantoi menjadi dalang keganasan puak Sulu, serta kegagalan mereka menangani isu-isu berbangkit seperti Kalimah Allah, hudud, Amanat Hadi, Pemilihan DAP yang kotor, selain isu-isu semasa mengenai skandal pemimpin-pemimpin mereka yang tidak kunjung henti, telah memaksa pembangkang mengitar semula isu Altantuya walaupun hakikatnya ia telah selesai dengan keputusan kalah mati di pihak pembangkang.    

Pembangkang dikatakan kalah mati dalam isu ini bukan sahaja kerana terbukti berita yang dibawakan adalah palsu, tetapi juga kerana semua pembawa berita yang diupah mereka turut dibuktikan sebagai tidak punya kredibiliti.  

Seperti juga Deepak dan SUARAM, pembawa berita dalam pusingan pertama iaitu Bala dan RPK juga mempunyai kredibiliti yang lemah.  RPK yang telah pun dibuktikan sebagai pernah dirawat kerana sakit jiwa di waktu muda, kini telah pun membuat U-turn mengakui bagaimana beliau sebenarnya bukanlah seorang yang mempunyai integriti seperti yang diwar-warkannya.  Malah, beliau hanyalah penulis upahan yang sanggup mereka-reka apa saja cerita berdasarkan arahan atau dengar cakap.   

Namun, mungkin masih ramai yang tidak tahu mengenai Bala iaitu tentang siapakah sebenarnya Bala dan kenapakah beliau sanggup memfitnah pemimpin negara?   Sedikit maklumat yang umum tahu mengenai Bala ialah beliau merupakan bekas pegawai polis.  

Lebih dari itu, tahukah anda bahawa Bala menjadi 'bekas' pegawai polis bukan kerana beliau bersara atau berhenti secara sukarela, tetapi kerana mempunyai sikap yang bertentangan dengan nilai-nilai kepolisan mahupun kemanusiaan.  Dalam ertikata lain, Bala yang dilahirkan dengan ciri-ciri seorang penjenayah.  

Nama sebenar Bala ialah Balasubramaniam A/L Perumal, No. Kad Pengenalan:  600928-08-6235, lahir di Batang Padang, Perak.  Beliau menyertai PDRM pada 3 Mei 1981 dan disahkan dalam jawatan pada 3 Mei 1984.   Sebagai Konstabel, beliau pernah bertugas dalam unit semboyan daripada tahun 1982 hingga 1984.  Pada tahun 1992, beliau yang berpangkat Lans Koperal, bertanggungjawab atas  Tugasan Am dalam cawangan pentadbiran di Balai Polis Sentul, sebelum bertukar ke Cawangan Khas di Petaling Jaya pada 1994.  

Pada tahun 1995, bagaimanapun, Bala telah dikenakan tindakan tatatertib dengan gajinya ditahan atas siasatan jenayah bersabit Pantai Repot 4434/95 Kes Sek. 3(1) Akta Culik oleh Ketua Polis Selangor, dengan merujuk kepada PKS 498/95 bertarikh 1/11/1995.  

Kes tersebut bukanlah satu-satunya kes jenayah yang melibatkan Bala. Hakikatnya, Bala telah terlibat dengan banyak kes sebelum ini yang turut membawa kepada tindakan tatatertib.   

Jelaslah bahawa Bala bukanlah jenis manusia yang boleh dipercayai, seperti juga Deepak, RPK, SUARAM dan keseluruhan Pakatan Pembangkang yang menjadi dalang mereka.  Logiknya, hanya orang-orang yang jahat atau berniat jahat sahaja yang akan terlibat dengan bekerjasama dengan penjenayah seperti Bala.  

Atas rentetan kesalahan yang berbagai dan tidak lagi dapat diampunkan, maka pihak atasan membuat keputusan bahawa Bala tidak lagi wajar diberi peluang.  Akhirnya, Bala telah dipaksa meletakkan jawatan dalam masa 24 jam dengan notis sebulan gaji pada 2 Februari 1998.  

Dari situ, Bala kemudiannya beralih kepada dunia Penyiasat Persendirian yang tentunya lebih bebas dan lebih mudah untuk mendekati penjenayah, termasuk pengkhianat negara.   Penglibatannya dalam kes Altantuya pastinya dilihat sebagai peluang terbaik untuk menjadi kaya dengan sekelip mata.   Namun, setinggi-tinggi tupai melompat, akhirnya Bala lari keluar negara.   

Dan rasanya tidak perlulah dipersoalkan kehidupan Bala di sana yang tampak mewah dan selesa seperti juga RPK, berdasarkan gambar-gambar mereka di London yang diedarkan dengan megah sebelum ini, adalah atas tajaan siapa….  

sumber

UPDATED 3.00 PM : Serangan Hendap di Kg Simunul

Posted: 13 Mar 2013 12:23 AM PDT

Kereta perisai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memasuki kawasan perkampungan bagi memburu saki baki pengganas Sulu selepas sembilan hari Ops Daulat dilancarkan di Lahad Datu pada Rabu

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kejadian serang hendap terhadap anggota keselamatan di Kampung Simunul, di sini 2 Mac lepas mempunyai kaitan langsung dengan pencerobohan militan di Lahad Datu.

"Kes serang hendap di Semporna yang mengakibatkan enam anggota keselamatan terkorban bukan kes terasing daripada kes pencerobohan pengganas di Lahad Datu sejak 12 Februari lepas," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan penduduk Kampung Senallang Lama, kira-kira lima kilometer dari pekan Semporna, iaitu lokasi seorang pengganas dibelasah sehingga mati oleh penduduk.

Dalam kejadian itu sekumpulan pegawai dan anggota polis diserang hendap ketika memasuki perkampungan air terbabit untuk menjalankan operasi setelah mendapat maklumat mengenai terdapat kumpulan bersenjata di kawasan berkenaan.

Kejadian pada 8 malam itu menyebabkan enam anggota keselamatan terkorban manakala enam musuh berjaya ditembak mati.

Mengenai penahanan 97 individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan keganasan di Lahad Datu dan Semporna, Hishammuddin berkata jumlah yang sebegitu besar menunjukan kerajaan amat serius dalam soal keselamatan dan keamanan negara. "Jika tindakan tidak dilakukan sekarang, lebih banyak nyawa mungkin terkorban," katanya sambil memberitahu bahawa kesemua mereka masih dalam siasatan.

Beliau berkata akta yang ada mencukupi untuk mengendalikan kes serius seumpama itu -BERNAMA

BONGKAR! Pengakuan Yuktes Vijay, Peguam Kes Liwat II Anwar

Posted: 12 Mar 2013 11:30 PM PDT

Yuktes Vijay (bertanda bulat)

Menarik!!!…Kenyataan oleh bekas peguam yang terbabit di pihak Anwar Ibrahim dalam Liwat II, Yuktes Vijay yang mendedahkan kisah sebenar apa yang terjadi (di sebelah pihak pembelaan Anwar) semasa kes dibicarakan…

Selama ini kita tahu bahawa para peguam Melayu/Islam Anwar Ibrahim melarikan diri daripada membela beliau. Sebab itu semasa Liwat II, hampir tidak ada langsung peguam Melayu/Islam yang mahu mewakili Anwar Ibrahim.

Mungkin mereka tahu sesuatu yang menyebabkan mereka malas nak mewakili Anwar.

Takpe…itu kisah lama.

Kali ini, seorang peguam India pula yang nyata sudah bosan dan jemu serta marah yang teramat dengan perangai Anwar, tampil membuat pelbagai pendedahan.

Yuktes Vijay adalah peguam yang terbabit secara langsung dalam Liwat II bagi pihak Anwar Ibrahim.

Yuktes berkerja dengan salah seorang peguam Anwar dan beliau melakukan semua kerja-kerja penyelidikan dan mencari bahan untuk mempertahankan Anwar.

Beliau telah menghantar email ke sebuah portal berita menceritakan rasa bosannya melihat sikap bermuka-muka Anwar dalam isu Liwat II.

Beliau antaranya sangat kecewa kerana Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sanggup merendahkan diri ke tahap yang begitu hina apabila mempergunakan bapa Saiful untuk faedah mereka.

Yuktes memberitahu, ketika perbicaraan, Anwar sebenarnya gentar untuk memberikan pengakuan dan bersoal-jawab di kandang saksi. Anwar bimbang dengan soalan-soalan yang mungkin ditanya barisan pendakwaraya.

Dalam email berkenaan, Yuktes turut melontarkan beberapa persoalan yang menghantui dirinya dan mahukan para penyokong Pakatan Rakyat bertanya sendiri kepada Anwar untuk mendapatkan jawapan.

Antaranya:

-Mengapa Anwar secara spesifik dan secara peribadi meminta Ketua Kakitangannya, Ibrahim Yaakob menghantar Saiful ke apartment (di mana liwat didakwa berlaku) membawa dokumen sedangkan ada kakitangan yang lain untuk berbuat demikian.

-Bagaimana Saiful tahu kod untuk masuk ke apartmen itu adalah Mokhtar, yakni nama Ketua Keselamatan dan adik ipar Anwar?

-Bukti video yang dihantar ke Makmal Ghandi di New Delhi mengesahkan kehadiran Saiful di apartmen berkenaan, jadi bagaimana kehadiran Saiful di sana boleh dipersoalkan?

-Mengapa Saiful diberikan layanan istimewa seperti bilik sendiri, keistimewaan untuk mengikuti Anwar dalam lawatan ke luar negara walaupun Saiful adalah kakitangan baru?

-Pembantu khas Anwar kini, Najwan Halimi pernah menghantar email kepada Anwar memaklumkan kesetiaan dan sayangnya kepada Barisan Nasional (BN), kenapa Anwar tidak pedulikan hal berkenaan?.

Menyedari Anwar tidak mampu bertahan soalan-soalan bertalu daripada pihak pendakwaraya, pasukan peguambela memutuskan untuk Anwar agar tidak memberikan sebarang keterangan atas alasan beliau tidak diberikan perbicaraan yang adil.

Anwar berjaya dalam menipu (conning, deceiving and cheating) masyarakat dengan membawa watak yang menyerupai Mandela (Nelson Mandela). Beliau bukan Mandela, tetapi penipu yang hebat, katanya.

Peguam berkenaan juga mempersoalkan siapa yang membayar satu jumlah yang sangat besar kepada dua pakar luar negara iaitu Dr Brian Macdonald dan Dr David Wells yang bercakap bagi pihak Anwar semasa perbicaraan.

Yuktes kata beliau tahu identiti seseorang bergelar Datuk yang membayar untuk semua perbelanjaan berkenaan yang bukan sedikit jumlahnya dan Anwar tidak mengeluarkan satu sen pun duit beliau. Yuran guaman juga dibayar oleh Datuk berkenaan katanya.

Beliau walaupun mengetahui siapa Datuk yang menampung semua perbelanjaan Anwar, pada peringkat ini memilih untuk merahsiakannya.

"Masalahnya ialah jika PKR boleh melontar soalan seperti siapa membiyai perbelanjaan perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri, mengapa tidak persoalan dari mana jumlah wang yang besar untuk membayar pakar-pakar berkenaan datang? Jika seorang bekas banduan yang sekadar Ketua Pembangkang boleh menggunakan Datuk untuk membayar yuram guamannya, apa salahnya kalau ada Datuk yang hendak bayar perbelanjaan perkahwinan anak perempuan Perdana Menteri," soalnya secara analogi.

Mengenai Saiful

Berkaitan dengan mangsa liwat, Saiful pula, Yuktes tidak tahu banyak mengenai anak muda berkenaan.

"Satu benda yang boleh saya katakan ialah beliau dinafikan keadilan akibat Pengawai Penyiasat, Jude Perreira, mengabaikan protokol yang diberitahu Jabatan Kimia kepada beliau dan kemudian memutuskan untuk buat kerja ikut gaya sendiri.

"Memang ada DNA Anwar dalam dubur Saiful. Satu-satunya perkara yang menghalang Hakim daripada mensabitkan Anwar adalah rantaian bukti berkenaan terputus (akibat sikap bodoh pengawai penyiasat)," katanya.

Peguam berkenaan berulang kali menegaskan bahawa air mani Anwar ada dalam bubur Saiful namun disebabkan rantaian bukti yang terputus serta persoalan mengenai intergriti sampel yang diperoleh, bukti kukuh berkenaan terpaksa diketepikan.

Peguam berkenaan bagaimanapun berjanji akan menulis lebih lanjut dan lebih menyeluruh mengenai isu penolakan bukti yang kukuh berkenaan dalam email yang akan datang.

APA YANG MENARIK….PEGUAM ITU MAHUKAN ANWAR MENYAMANNYA ATAS PENDEDAHAN BERHUBUNG LIWAT II…DIA BERKATA DIA TIDAK SABAR UNTUK BERTEMU ANWAR DI MAHKAMAH BERHUBUNG ISU INI.

Di bawah adalah kenyataan asal Yuktes yang dikarang dalam bahasa Inggeris.

LETTER: From Yuktes Vijay, via e-mail

I read with anger the news that Saiful's dad has joined PKR. I knew from Day 1 that the party was devoid of any integrity but for it to stoop to this extent is just mind boggling. I was working with one of Anwar's long-time lawyers during the whole course of Sodomy 2 and was involved in A-Z of the trial itself.

When I say A-Z, it means from meeting the forensic and DNA experts to reviewing of the documents to finding case laws for his submissions. I was involved in everything. I do not wish to mention the name of the lawyer here as I revere him as my mentor and I do not wish to drag him into this frustration and anger pouring of mine.

Why Anwar never took the stand?

Anwar claimed that he was never offered a fair trial. The truth is he was never brave enough to take the stand. He was never going to withstand the questions that were about to be put forward to his now ally Datuk Yusof. If you Pakatanians have doubts, why not ask him these questions and get valid, acceptable and not logically challenging answers for it.

Why did Anwar personally and specifically request his Chief of Staff, Ibrahim Yaakob to send Saiful to the apartment carrying documents when there were other staff there;

How come Saiful was aware of the code to enter the apartment which was 'Mokhtar', the name of Anwar's security chief and brother-in-law? ;

Video evidence that was sent to Gandhi Labs in New Delhi confirmed the presence of Saiful in the apartment, so how can Saiful's presence in the apartment be refuted;

Why was Saiful afforded special treatment i.e. he was given his own room, privilege of following Anwar for overseas trips though he was a new staff;

Anwar's current aide, Najwan Halimi had previously e-mailed Anwar and told him about Saiful's apparent afflictions to BN. Why was the call not heeded by Anwar?

Fearing that Anwar will not be able to withstand the onslaught by the Prosecution, the defence team then decided to ask him not to take stand uder the pretext that he was not offered a fair trial. Anwar excelled in conning, deceiving and cheating the public by assuming a Mandela like persona. He is no Mandela, merely a good con artist.

Fund for the overseas experts

The surprising factor here is why no one has ever questioned the fees that were involved in paying the forensic experts, Dr Brian Macdonald and Dr David Wells. Contrary to what the general public have been made to believe, they were paid hefty sums to defend him. When they were here, they stayed in Shang-ri La Hotel for a number of days.

Where did the money to pay the hotels come from? Did Anwar pay from his own pocket? No, he does not even pay his lawyers. So, he had very rich Datuks funding him. I do know the name of the Datuk, but for the reasons known close to me I will not disclose the name.

The problem is if PKR can throw questions as to the wedding expenditure of the Prime Minister, why not question where the money to pay these experts came from? If a former convict and a mere Opposition Leader can have Datuks funding his legal expences, what is wrong in having Datuks funding the wedding of the PM's daughter?

Saiful

I don't know much about Saiful. The only thing I can say is that the reason he was denied justice is that the Investigating Officer, Jude Perreira, ignored the protocols told to him by Jabatan Kimia and decided to do his things his own way.

There were traces of Anwar's DNA in his rectum. The only thing that stopped the judge from convicting Anwar was the "break in the chain of evidence". I will write a full piece on this soon. This drama itself deserves a full piece write up.

In a nutshell, there was evidence of Anwar's semen in Saiful's rectum. However, due to a break in chain of evidence and the question mark over the integrity of the samples, the evidence was not used.

So the judge had no other way of corroborating Saiful's evidence.

Conclusion for Part 1

Anwar is a consummate liar. He is using Saiful's dad to play up his victim role in order to garner votes. We all know for a fact that since he got acquitted he has lost that bit of "charm" about him as he has nothing to yell about anymore. I really hope he sues me so that I can prove in Court what I have just mentioned.

Remember Anwar Ibrahim, I grew up adoring you. I know your modus operandi and I aspired to be you. Sue me please. Let the public watch Anwar vs Anwar clone (which is me) in action. And remember the e-mails, Astroboy? I have all of them saved. Come get me!

The writer, a former Anwarista, worked in Anwar's Sodomy 2 trial for the defence-FMT

Mynewshub

BREAKING NEWS 1.00 PM 13 Mac: Perdana Menteri Mengadap Yang Dipertuan Agong Mohon Perkenan Bubar Parlimen Hari Ini?

Posted: 12 Mar 2013 10:25 PM PDT


Teman tak pasti bilakah pembubaran Parlimen tetapi gambar diatas adalah gambar terbaru yang teman dapat dari seorang rakan facebook. Kelihatan kenderaan rasmi Perdana Menteri keluar dari Istana Negara sekitar jam 12.50 tengahari tadi. Teman menjangkakan Perdana Menteri mengadap Yang Dipertuan Agong untuk mohon perkenan pembubaran Parlimen dalam masa terdekat ini. Ini bermakna Pilihanraya Umum yang ke 13 akan berlangsung dalam tempoh 60 hari dari tarikh pengumuman tersebut. Kemungkinan hari ini atau esok pengumuman pembubaran Parlimen akan dibuat oleh Perdana Menteri.

Sama-sama kita nantikan siren akan berbunyi. BERJUANG!!!!

KEPALA HOTAK KAUU! Kakak Pengganas Sulu Tuduh Polis Tembak Adiknya Kejam! BODOH!!

Posted: 12 Mar 2013 10:00 PM PDT


Pelik! Pelik! Pasukan Polis tembak pengganas Sulu yang didakwa adik seorang suku sakat pengganas dikatakan kejam. Weii! Bodoh! Adik mike tu pengganas. For sure kena tembak la wei! kejam ke? Itu pun setakat tembak je. Tak macam pengganas Sulu membunuh dan merobek-robek mayat anggota keselamatan negara yang terkorban. Itu apa pulak? Samapi mata dicungkil dan dilapah-lapah macam binatang kome buat. Sepatutnya itu la yang kejam! Kepala Hotak Kau!!!

Kakak pengganas ni menggunakan media Filipina Inquirer.net untuk melepaskan perasaan marahnya kepada pasukan polis yang dituduh bertindak kejam. Kalau dah masuk Zon Merah buat-buat bodoh pulak. Memang celaka!!!!

OPERASI DAULAT : SIDANG MEDIA PESURUHJAYA POLIS SABAH

Posted: 12 Mar 2013 09:31 PM PDT


Keadaan keselamatan di Bandar Lahad Datu telah pulih sepeti sedia kala. Walau bagaimanapun, kawasan-kawasan operasi masih di tutup untuk orang ramai.

Selain itu, kawasan operasi diteruskan di kawasan Tanjung Batu, Sungai Bilis dan Sungai Nyamuk untuk mengesan pengganas-pengganas yang masih bebas. Operasi mengeluarkan mayat-mayat pengganas masih diteruskan.

Pesuruhjaya Polis Sabah mengesahkan seorang anggota tentera telah terbunuh dalam kemalangan yang berlaku di KM 37, Jalan Lahad Datu pada 12 Mac 2013 jam 7.30 pagi.

Setakai ini, jumlah pengganas yang terbunuh seramai 56 orang, 25 mayat pengganas telah berjaya dibawa keluar dari kawasan operasi manakala 97 orang di tangkap dan disiasat di bawah SOSMA 2012.

UPDATED 12.00 PM : Agbimuddin Kiram Diburu Dipercayai Bersembunyi Di Tanjung Batu

Posted: 12 Mar 2013 09:24 PM PDT


Agbimuddin Kiram yang mengetuai pengganas Sulu dipercayai masih bersembunyi bersama anak buahnya di sekitar Tanjung Batu dan beberapa kampung sekitar Felda Sahabat 16, Lahad Datu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata Agbimuddin dipercayai berusaha melepasi kepungan pasukan keselamatan tetapi diyakini tidak akan mampu berbuat demikian berikutan kepungan ketat di darat dan laut oleh pasukan keselamatan.

Beliau berkata demikian pada sidang media, di Felda Sahabat 16, pada pagi Rabu.

TERKINI 11.00 Pagi : Jenazah Dua Anggota Tentera Gugur Tiba Di Pengkalan Chepa

Posted: 12 Mar 2013 09:17 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengaminkan bacaan doa ketika memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail dan Prebet Ahmad Farhan Roslan yang tiba di Pangkalan Tentera Udara Malaysia (TUDM) di sini, Rabu. Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar

Jenazah dua anggota tentera yang terkorban dalam Ops Daulat kelmarin selamat tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini, jam 10 pagi Rabu menggunakan pesawat Charlie C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

UPDATE 13 MAC 9.15 Pagi : Jenazah dua anggota tentera gugur di Lahad Datu tiba di Pangkalan TUDM Subang

Posted: 12 Mar 2013 06:29 PM PDT


Jenazah dua anggota tentera yang terkorban dalam Ops Daulat menentang pengganas Sulu di Lahad Datu semalam, tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang di sini hari ini.

Pesawat C-130 milik TUDM yang membawa jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dan Ahmad Farhan Roslan, 21, mendarat sejurus sebelum 8 pagi.

Ahmad Hurairah terkorban dalam pertempuran dengan pengganas di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu manakala Ahmad Farhan terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Jalan Lahad Datu-Chenderawasih ketika menghantar makanan untuk anggota keselamatan dalam operasi itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi antara yang menyambut ketibaan kedua-dua jenazah.

Najib dan Ahmad Zahid memasuki pesawat dan memberi penghormatan terakhir kepada kedua-dua wira negara itu. Allahyarham Ahmad Hurairah merupakan anggota Angkatan Tentera Malaysia pertama yang terkorban sejak insiden pencerobohan pengganas di Sabah bermula 12 Feb.

Anak kelahiran Kelantan itu terkorban dalam pertempuran yang berlaku pada 10.45 pagi semalam yang turut menyaksikan seorang lagi perajurit cedera dan dua musuh terbunuh.

Sehingga kini, 10 anggota keselamatan gugur dalam insiden pencerobohan bersenjata itu manakala 56 musuh ditembak mati. - BERNAMA

GEMPAR! Kerajaan UMNO Expired 8 Mac 2013

Posted: 12 Mar 2013 05:00 PM PDT


Haduh!!! Kesian betul tengok puak - puak Pakatan Haramjadah ni. Tahap mentaliti diorang ni memang mengalahkan budak sekolah tadika.

Nak kata lekeh, rasanya blog SH ni pun tak de la lekeh mana. Sekurang - kurangnya, SH tau jugak sedikit sebanyak mengenai perundangan Negara.

Ini tidak. Main tulis ikut sedap Kepala Lutut diorang je. Tak de lansung nak mengkaji sebelum diorang nak tulis satu - satu artikel.

Buat penat je mamat ni berjaga sampai pukul 5 pagi hanya semata - mata untuk menulis sampah macam ni. Taraf macam ni, tak berbaloi nak berjaga sampai subuh.


Kalau setakat nak ambik logik macam ni, tak payah jadi blogger la. Buat malu je kat puak - puak Pakatan Haramjadah tu. Benda mudah macam tu pun dia tak tau ke?

Memang la kalau diikutkan tarikh pembuangan Undi bagi PRU ke 12 hari tu pada 8 Mac 2008. Tapi orang tak ambik tarikh 8 Mac tu.

Yang diambil kira ialah tarikh angkat sumpah semua Ahli Parlimen dan juga ADUN bagi Kerajaan Negeri. Kalau diikutkan, tarikh tersebut jatuh pada 24 April 2013.

Maknanya, Kerajaan yang ada sekarang ni masih sah dan Parlimen tidak boleh lagi dibubarkan secara automatik. Itu pun dia tak paham jugak ke?

Kalau Parlimen bubar secara automatik sekali pun, Kabinet masih lagi ada 60 hari untuk mentadbir Negara. Bermakna, Perdana Menteri dan Menteri Kabinet semua masih ada kuasa. Kalau itu pun dia tak paham, tak payah jadi blogger la woi!!!

Sumber

Tun M Kutuk Kekejaman Pengganas Sulu

Posted: 12 Mar 2013 04:00 PM PDT


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengutuk perbuatan kejam pengganas Sulu yang disifatkan sebagai tindakan di luar batas kemanusiaan dan agama Islam.

Katanya kerajaan dan rakyat Malaysia sudah lama memberi layanan baik kepada orang Sulu memandangkan ramai di kalangan mereka sudah lama tinggal di Sabah dan menjadi maju sebagai rakyat Malaysia.

Dr Mahathir berpendapat kerajaan Malaysia juga wajar menimbangkan untuk mengurang atau melupuskan pemberian wang saguhati RM5,300 setahun kepada waris Sultan Sulu kerana tindakan menceroboh Sabah.

Kerajaan Malaysia selama ini hanya meneruskan janji yang dibuat oleh penjajah dengan kesultanan Sulu lama, katanya kepada pemberita selepas menghadiri perasmian Konvensyen Usahawan Tani 1Malaysia di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang di sini, Selasa.

Katanya Sabah kini telah maju dan kerajaan Malaysia bertanggungjawab melaksanakan pemodenan Sabah.

Turut hadir ialah Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP) Datuk Seri M. Kayveas.

Dalam pada itu Dr Mahathir juga menyambut baik langkah kerajaan menaikkan gaji polis dan tentera selaras dengan penjawat awam lain sebagai menghargai jasa mereka.

Katanya apa yang berlaku di Sabah membuatkan kerajaan menilai semula peranan yang dilaksanakan pasukan keselamatan. BERNAMA

Siapa Yang Sudi Sembahyangkan Mayat Pengganas Filipina Di Sabah?

Posted: 12 Mar 2013 03:00 PM PDT


Ramai yang terlalu emosi apabila mendapat tahu tentang tindakan kejam para pengganas yang menceroboh kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah, yang memperlakukan mayat perwira-perwira negara yang terkorban lebih buruk dari haiwan.

Memang benar. Saya sendiri marah-marah dengan perlakuan tidak bertamadun oleh para pengganas dari Filipina itu. Kononnya mereka beragama Islam, tapi akhlaknya lebih buruk dari syaitan.

Pun begitu, Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Supt Shamsuddin Mat, punya pendirian yang tersendiri berhubung mayat-mayat pengganas yang berjaya ditumpaskan di dalam Ops Daulat di sana.

Misalnya, mayat-mayat pengganas Filipinan yang beragama Islam di kawasan di bawah kuasanya baru-baru ini disempurnakan dengan baik dan disembahyangkan dengan sempurna oleh Shamsuddin serta para pegawainya.

Begitu murni sungguh akhlak beliau. Meskipun dihidangkan racun berbisa, beliau dan anak-anak buahnya masih mampu bertindak sebagai umat Islam yang baik dengan menunaikan kewajipan fardhu kifayah sebagaimana yang ditetapkan oleh Islam.

Inilah bayangan Islam sebenar. Islam tidak mengajar umatnya bertindak secara emosi dan mengikut perasaan marah.

Sabda Rasulullah SAW di dalam hadis Baginda yang membawa maksud bahawa sifat amarah itu berasal dari syaitan dan kita umat Islam diseru supaya tidak terpengaruh dengan sifat mazmumah tersebut.

Siapa di antara kita yang mampu mencontohi akhlak yang ditunjukkan oleh Shamsuddin itu? Anda mampu mengawal emosi anda?

Biar apa pun, kita sebenarnya tidak dapat lari dari kenyataan bahawa para pengganas yang menceroboh itu beragama Islam. Sama ada Islamnya dipandang Allah SWT atau tidak, itu urusan Allah dan hambaNya.

Kita sebagai umat Muhammad SAW wajar mengawal emosi apabila berdepan dengan ujian sebegini hebat dariNya. Mungkin ada hikmah dari apa yang berlaku. Namun sama ada kita mengambil iktibar atau tidak, itu terserah pada diri masing-masing, bukan?

Suara Generasi Baru

Insiden Pengganas Sulu Pengajaran Berguna Malaysia

Posted: 12 Mar 2013 02:00 PM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu sebagai peristiwa yang bukan sahaja membuka mata kerajaan, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia, terutama di Sabah, tentang betapa pentingnya meningkatkan persiapan untukmenghadapi ancaman luar.

Sambil menegaskan bahawa kerajaan tidak akan memandang ringan tentang keselamatan negara, beliau berkata segala usaha akan dilakukan untuk memastikan pasukan keselamatan diberi latihan yang sebaik mungkin, dilengkapi peralatan lebih canggih dan sentiasa bersedia untuk menangani kejadian seperti itu.

"Saya rasa kita telah menikmati suasana aman dan stabil yang begitu lama di Malaysia. Komunis meletak senjata pada 1989 dan sejak itu, Malaysia dilimpahi suasana aman dan stabil dalam tempoh yang cukup panjang.

"Kejadian itu (serangan di Lahad Datu dan Semporna) merupakan ancaman luar dan kita perlu menanganinya. Jadi, sekiranya kami membuat keputusan menambah perbelanjaan untuk pertahanan dan keselamatan, janganlah rakyat mempertikaikannya pula.

"Mereka perlu melihatnya sebagai langkah untuk melindungi keselamatan, kedaulatan dan integriti wilayah kita," katanya dalam program Conversation with the PM melalui TV3 Selasa malam.

Sambil menegaskan bahawa kerajaan tidak akan berkompromi tentang keselamatan, kedaulatan dan integriti wilayah Malaysia, perdana menteri berkata: "Kita perlu berusaha sedaya upaya untuk memastikan rakyat Malaysia, tanpa mengira di mana mereka berada di negara ini, berasa selamat, terjamin dan masa depan mereka juga dipelihara oleh kerajaan."

Pasukan keselamatan Malaysia melancarkan 'Operasi Daulat' pada 5 Mac selepas pengganas Sulu membunuh lapan anggota polis di Kampung Tanduo dekat Lahad Datu dan Kampung Simunul di Semporna pada 1 dan 2 Mac.

Kumpulan pengganas itu bersembunyi di Kampung Tanduo sejak 12 Feb dan tidak mengendahkan sikap baik kerajaan yang sedia berunding tentang penyerahan diri mereka.

Sehingga kini, 54 pengganas terbunuh dan kira-kira 100 orang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas bersenjata itu.

Najib seterusnya menegaskan bahawa usaha menjamin keselamatan negara bukan sahaja menjadi tanggungjawab pasukan keselamatan dan kerajaan, tetapi juga semua rakyat Malaysia melalui peranan masing-masing, termasuk memberi sokongan kepada kerajaan.

Bagaimanapun, Perdana Menteri memberi jaminan bahawa Malaysia memiliki kemampuan dan aset yang mencukupi untuk melindungi keselamatannya.

"Saya rasa, untuk menangani pencerobohan bersenjata, kita memiliki aset yang diperlukan, tapi, seperti yang saya nyatakan tadi, peristiwa ini membuka mata kita, di mana terdapat jurang dari segi kemampuan kita, dan kita harap akan dapat merapatkan jurang ini," kata Najib.

Beliau berkata memandangkan timur Sabah mempunyai lantai laut sepanjang lebih 1,000 km, maka negeri itu menghadapi "cabaran besar" dari segi keselamatan dan sejajar dengan itu, langkah lebih ketat perlu diambil.

"Kita pastinya perlu mempunyai lebih banyak aset dan sistem pengawasan yang lebih berkesan (di sana)," kata beliau.

Ketika melawat Lahad Datu baru-baru ini, Najib mengumumkan penubuhan satu kawasan keselamatan khas yang merentas dari Kudat ke Tawau -- kira-kira sepanjang 1,400 km -- untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan di timur Sabah.

Diminta mengulas dakwaan media asing bahawa pengganas Sulu bertindak demikian kerana dihasut pihak tertentu di Filipina, termasuk mereka yang menentang presidennya, Najib berkata: "Apabila saya bercakap dengan Presiden (Benigno) Aquino, beliau memberitahu saya bahawa pihak mereka akan memulakan siasatan. Sebenarnya, beliau membuat kenyataan yang sungguh menarik iaitu mereka terdiri daripada golongan yang agak miskin.

"Sudah tentu mereka tidak memiliki kemampuan untuk melancarkan operasi seperti itu terhadap Malaysia dan oleh itu, beliau berpendapat mereka mendapat pembiayaan dari tempat lain.

"Apa yang disyaki itu nampaknya mempunyai asas yang cukup kuat, tapi kita perlu membuat siasatan dan bukti yang secukupnya perlu diperoleh sebelum kita boleh menuding jari kepada sesiapa," katanya.

Ditanya sama ada serangan pengganas di Lahad Datu akan menjejaskan peranan Malaysia dalam proses damai di selatan Filipina, Perdana Menteri berkata ia merupakan dua isu berlainan kerana proses damai itu melibatkan kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Najib berkata pengganas di Lahad Datu agak berbeza daripada MILF dan mereka membuat tuntutan yang aneh dan tidak diiktiraf kerajaan Malaysia.

"Sebab itulah mereka menggunakan keganasan dan ini sesuatu yang mendukacitakan. Bagaimanapun, kita akan tangani perkara ini dengan cara yang kita fikir wajar," katanya. BERNAMA
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...