BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! INSIDEN LAHAD DATU !!! PORTAL KANADA SAHKAN ANWAR IBRAHIM DALANG PENCEROBOHAN !!! APA LAGI ??? SAMANLAH !!!

Posted: 09 Mar 2013 04:00 AM PST


gambar di bawah adalah pendedahan terbaru dari portal kanada yang menyatakan anwar ibrahim adalah dalang pencerobohan insiden di lahad datu.lihat video di bawah



ANDA NAK LAGI ???


UNTUK SELANJUTNYA


RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! KAITAN INSIDEN LAHAD DATU DAN KES LIWAT DIDEDAHKAN !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 08 Mar 2013 09:00 PM PST


Selepas gagal dalam meraih sokongan kerana insiden Lahad Datu telah meragut nyawa, PKR muncul dengan satu isu lama yang diperhangatkan iaitu kes Liwat 2.

Apakah persamaan antara kedua-duanya ??? Lihat poster di bawah.


Sebelum ini PKR pernah muncul dengan tagline ASAL BUKAN UMNO (ABU).NamunABU kurang berkesan untuk meraih sokongan rakyat atas pagar.Kini pakar-pakar strategi PKR kembali dengan tagline yang baru iaitu KONSPIRASI.Sekarang ini pemimpin PKR sedang mencetak minda (mind conditioning) para penyokong mereka dan rakyat atas pagar dengan perkataan KONSPIRASI.

Jika mereka berjaya,apa sahaja kesalahan,penyelewengan,korupsi atau salah laku pakatan pembangkang yang dibongkarkan atau terbongkar akan dituduh sebagai KONSPIRASI pihak lawan.Ianya akan diulang-ulang supaya sebati dengan pemikiran penyokong mereka dan rakyat atas pagar. 

*Teringat zaman Reformasi dulu bila Anwar mencetak minda penyokongnya dengan KRONI,KORUPSI dan NEPOTISME (KKN) untuk menjatuhkan Tun Mahathir.Malangnya bila berkuasa,Anwar Ibrahim dan pemimpin pembangkang lebih teruk daripada musuh mereka.Sebab itulah perkataan itu ditinggalkan dan digantikan dengan KONSPIRASI. - My Massa



RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! ISU LAHAD DATU !!! KEPADA KERAJAAN !!! TOLONG JANGAN LAYAN PERMOHONAN GENCATAN SENJATA !!!

Posted: 08 Mar 2013 06:00 PM PST


Perkembangan terkini di Lahad Datu menyatakan yang pihak pengganas Sulu sudah mula menunjukkan tanda-tanda kekalahan.semala mereka telah menyuarakan tuntutan agar gencatan senjata diumumkan.Antara alasannya adalah untuk mengebumikan mereka yang terkorban dan berharap agar permintaan tersebut dipenuhi berdasarkan persefahaman sesama agama.Sudah tentu sekali permintaan sebegini tidak perlu dilayan apatah lagi dengan alasan sedemikian.Jika semangat persaudaraan dalam Islam yang diambilkira,insiden menceroboh dan membunuh saudara seagama dengan kejam di Lahad Datu,tidak seharusnya berlaku langsung.Justeru,saya lihat bahawa permintaan pihak pengganas merupakan satu permintaan yang ganjil dan tidak konsisten dengan tindakan mereka yang begitu nekad dan berani mati sebelum ini.Seluruh dunia tahu bahawa kerajaan Malaysia telah memberi mereka masa yang cukup panjang untuk mereka keluar dari negara ini secara baik.Namun,sikap diplomasi Malaysia telah dibalas dengan kebiadapan dan keganasan.Malah,pihak pengganas juga kelihatan begitu nekad untuk memperbesarkan lagi isu ini dengan menjemput kuasa asing untuk campurtangan dan membantu mereka. 

Jelas,pihak Sulu tidak pernah memikirkan akibat dari tindakan mereka sama ada ke atas nyawa rakyat Sabah yang tidak berdosa,mahupun kepada umat Islam dari segi perpaduan dan kekuatan ummah,serta imej agama Islam itu sendiri,yang sudah teruk tercemar dengan sikap umat Islam yang gemar bersengketa sesama sendiri.Sesungguhnya inilah yang kerajaan Malaysia cuba elakkan apabila memilih cara diplomasi dalam menanangi pencerobohan puak Sulu.Namun,memandangkan puak Sulu langsung tidak menghormati kebaikan Malaysia,maka kerajaan Malaysia tidak punya alasan yang cukup baik untuk memenuhi permintaan mereka untuk melancarkan gencatan senjata.Pihak pengganas Sulu nampaknya telah tersilap menilai kredibiliti pihak pertahanan dan keselamatan Malaysia melalui sikap diplomasi yang ditunjukkan di peringkat awal. 

Pendekatan Malaysia ialah,yang baik dilayan dengan baik,tetapi pengganas yang telah berikrar akan terus menentang kita hingga ke titisan darah terakhir,tidak mungkin diberi peluang untuk mencari 'masa tambahan' melalui gencatan senjata.Oleh itu,pengganas Sulu tiada pilihan,selain dari menyerah diri sepenuhnya kepada pihak berkuasa Malaysia.Untuk pengganas Sulu,terimalah hakikat bahawa Sabah bukan negara anda.Rakyat Sabah tidak mungkin ingin diperintah oleh pengganas yang sanggup memperjudikan nyawa mereka.Sultan palsu anda juga tidak layak memerintah,jadi apalah jenis negara yang akan anda dapati di bawah pemerintahannya ??? Jika kini anda meminta sedikit masa untuk menyemadikan rakan yang tumpas,maka jika anda melengahkan sedikit masa lagi,anda akan dapati tiada siapa lagi yang tinggal untuk menguburkan sesiapa,di pihak anda.

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...