BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


EKSKLUSIF !!! #ESSZONE KUBURKAN AGENDA ANWAR IBRAHIM CETUS KEGANASAN DI SABAH !!!

Posted: 27 Mar 2013 12:07 PM PDT


Pewujudan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) yang diumumkan Perdana Menteri pada 25 Mac lalu adalah satu langkah yang kena pada tempat dan masa bagi menangani pencerobohan pengganas Sulu yang dipercayai didalangi oleh pembangkang.Kerajaan Barisan di bawah pimpinan Datuk Seri Najib berjaya mengekang serta mengalahkan usaha jahat pembangkang yang mahu memporak perandakan negara menjelang pembubaran parlimen dan Pilihan Raya Umum ke 13.Walaupun keadaan agak getir pada peringkat awal tatkala pasukan keselamatan berdepan dengan gerombolan pengganas yang lengkap bersenjata,namun berkat kerjasama pasukan polis dan tentera melalui konsep Lautan Biru (Blue Ocean Strategy) yang menjadi asas kepada program transformasi Perdana Menteri,ancaman terhadap kedaulatan negara mampu di atasi dengan baik.Jika dahulu pembangkang menggunakan isu kehadiran ramai pendatang tanpa izin dan penduduk tanpa negara di bumi Sabah untuk menyerang kerajaan, kini mulut mereka sudah terkunci apabila tertubuhnya ESSZONE. 

ESSZONE yang merangkumi 10 daerah di sepanjang 1,400 kilometer pesisir pantai timur Sabah meliputi Kudat,Kota Marudu,Pitas,Beluran,Sandakan,Kinabatangan,Lahad Datu,Kunak,Semporna dan Tawau mempunyai matlamat jangka pendek dan panjang.Rasional menubuhkan ESSZONE bukanlah mainan politik tetapi berpunca daripada insiden pencerobohan di Lahad Datu oleh pengganas Sulu yang mengorbankan dua komando polis serta pembunuhan kejam dan tidak berperikemanusiaan enam anggota.Langkah kerajaan untuk memastikan pencerobohan pengganas Sulu tidak bertukar menjadi tragedi yang lebih ngeri boleh dilihat daripada tindakan untuk menambah sebanyak lima lagi batalion tentera dengan sokongan pihak polis.Di samping itu lima lagi balai polis akan di bina di Sabah bagi memperkukuhkan keselamatan orang awam dan ketenteraman negeri. ESSZONE akan berpusat di Lahad Datu sebagai 'central command' mengawal serta memantau 10 daerah di dalam kawalannya di sepanjang pantai timur Sabah.Objektif jangka pendek sudah menunjukkan hasil yang amat memberangsangkan walaupun dalam fasa awal melawan pengganas Sulu,negara bersedih kerana kehilangan 10 wira.

Sehingga kini 65 musuh berjaya ditembak mati manakala 110 lagi individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012 sementara 416 yang lain ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk berada dalam zon larangan Operasi Daulat.Agenda pembangkang untuk mencetus huru hara ketika negara di ambang pilihan raya dengan mendalangi mengguna isu tuntutan kesultanan Sulu nampaknya sudah dipatahkan dan peranan Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim sebagai bapa petualang dalam krisis keselamatan di Sabah akan ditelanjangkan tidak lama lagi.Usaha pantas kerajaan menggembeleng aset ketenteraan serta keselamatan negara secara pantas dan efisien untuk memerangi pihak yang cuba menodai kadaulatan negara membuktikan kemampuan luar biasa pasukan polis dan tentera Malaysia.Ketika Anwar mengadakan komplot sulit dengan sekutunya,Nur Misuari dari MILF,mungkin beliau terlupa memikirkan kekuatan dan kemampuan pasukan keselamatan Malaysia untuk melindungi negara daripada sebarang pencerobohan.Anwar tidak lagi boleh berselindung dengan apa-apa alasan untuk membersihkan dirinya daripada isu pencerobohan pengganas Sulu kerana bukti pembabitan beliau seperti yang didedahkan oleh media asing seperti Reuters, Phillipine Daily Inquirer dan Manila Times sudah cukup jelas dan nyata.

Cubaan kroninya seperti Tian Chua juga yang menuduh UMNO yang mendalangi peristiwa berdarah di Sabah untuk mengalih pandangan rakyat juga tidak dipercayai lagi oleh rakyat.Dakwaan jahat dan tidak masuk akal itu dibuat hanya untuk terus mengapi-apikan hati rakyat serta mempengaruhi minda rakyat supaya bangkit menentang kerajaan.Kerjasama erta yang diberikan oleh rakyat tempatan termasuk mereka yang berketurunan Suku terhadap usaha pasukan keselamatan untuk membanteras pengganas Sulu membuktikan segala yang didakwa pembangkang adalah pembohongan semata-mata. Kewujudan ESSZONE pada matlamat masa panjang pula akan memastikan kemajuan dan pembangunan negeri Sabah seperti mana yang dinikmati rakyat sekarang akan terus kekal.Ia bertindak sebagai serampang dua mata  mengekang kemasukan pendatang asing serta kegiatan penyeludupan oleh kumpulan pendatang asing di samping memastikan keselamatan penduduk negeri Sabah terjamin. 

ESSZONE bukannya satu tindakan kerajaan yang terburu-buru kerana model pelaksanaannya berdasarkan kepada Markas Keselamatan Kawasan Rajang atau RASCOM (Rejang Security Command) yang telah diimplementasi pada tahun 1970an di Sarawak bagi menangani ancaman komunis ketika itu.Kejayaan RASCOM menghapuskan ancaman pengganas komunis di Sarawak berjaya membawa keamanan ang berkekalan hingga ke hari ini. Keamanan ini seterusnya diterjemahkan kepada kemajuan serta pembangunan sosio-ekonomi yang pesat yang dinikmati oleh rakyat Sarawak keseluruhannya.Penubuhan ESSZONE juga mampu meningkatkan tahap keselamatan negeri yang besar seperti Sabah seperti mana matlamat yang sama dicapai oleh RASCOM.Selepas wujudnya ESSZONE,rakyat Sabah akan melihat dengan sendiri betapa perancangan dasar ekonomi itu akan melonjak dalam keadaan aspek keselamatan dan ketenteraman awam dapat dipulih serta dipertingkatkan.Impian pembangkang untuk menjadikan Sabah sebagai batu loncatan untuk mereka menuju ke Putrajaya sudah berkubur dengan adanya ESSZONE.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! SUAMI KEPADA SEPUPU TAIB MAHMUD ORANG ANWAR IBRAHIM ??? APA MAKNANYA TU ???

Posted: 27 Mar 2013 12:07 PM PDT


saya ceritakan dulu tentang insiden lahad datu,lepas itu saya dedahkan cerita sebenar siapa suami kepada sepupu taib mahmud.Setelah terdedah pendalangan pembangkang dalam insiden Lahad Datu,tentulah pelik sekali jika masih ada rakyat Sabah yang memilih pembangkang dalam Pilihanraya kali ini.Di tambah lagi apabila semua orang boleh melihat sendiri bagaimana pembangkang,terutamanya Anwar Ibrahim langsung tidak mengecam pihak Sulu setiap kali merujuk kepada insiden tersebut, tetapi hanya mengutuk kerajaan dan pasukan keselamatan negara.Nampak jelas,yang Anwar cuba menjaga hati pihak Sulu dan juga MNLF.Tetapi,di masa yang sama,pembangkang langsung tidak menjaga hati anggota-anggota keselamatan negara mahupun keluarga mereka-mereka yang terkorban.Malah,pembangkang menuduh semuanya sebagai sandiwara,mempertikai kedudukan syahid mereka,malah tidak kurang juga penyokong pembangkang yang mentertawa dan menghina wira-wira negara itu.Sikap tidak sensitif,tidak patriotik dan pengkhianatan pembangkang terhadap Sabah dan Malaysia khasnya,menyebabkan peluang mereka untuk bertapak di negeri itu hancur sama sekali. Maka, tumpuan pembangkang pantas beralih kepada Sarawak pula. 

Justeru,terbitlah sebuah 'filem pendek' baru di Youtube,lakonan sepupu Taib Mahmud,Norlia dan Fatimah Rahman yang telah lama menyimpan dendam terhadap Ketua Menteri itu.Video tersebut berkisar perbincangan antara kedua mereka dengan 'pelabur' dan 'peguam' mengenai cadangan pelaburan melalui 'jalan belakang' iaitu secara tidak telus,tanpa mengikut prosedur tetapi hanya melalui ahli keluarga Taib Mahmud terus kepada Taib Mahmud.Kononnya untuk memperlihatkan kepada dunia,betapa korupnya Taib Mahmud.Melihat dari gerak laku,skrip,tempat dan watak-watak terbabit,kesahehan video tersebut yang kononnya diambil secara 'candid' atau tidak disedari,amatlah meragukan.Malah,jelas sekali bahawa ianya telah dirakam dengan sengaja dan semua pihak yang terbabit di dalamnya sedia maklum mengenai rakaman tersebut.Ini tentulah tidak mengejutkan kerana seperti yang dikatakan tadi,sepupu Taib Mahmud itu mempunyai dendam lama yang belum berbalas terhadap Taib Mahmud.Dendam bermula apabila 30% dari konsesi balak bapa mereka, Rahman Yakub, telah dibatalkan sejurus selepas Taib Mahmud menjadi Ketua Menteri pada 1981.Alasan Taib Mahmud,bapa mereka telah mengamalkan nepotisme secara kronik di mana lesen pembalakan telah dianugerahkan kepada diri sendiri dan sanak keluarga terdekatnya sahaja.


Perbalahan dalam keluarga ini menjadi parah apabila Rahman Yaakub disingkirkan dari jawatan Yang diPertua Negeri pada tahun 1985.Beliau kemudian melancarkan serangan balas terhadap Taib Mahmud pada tahun 1987 melalui apa yang dipanggil 'Ming Court Affair 1987' dengan mengumpul tandatangan bagi mengusulkan undi tidak percaya terhadap anak saudaranya.Namun,beliau gagal apabila Taib Mahmud mengadakan pilihanraya secara tiba-tiba dan menang.Walaupun kerusi yang dimenangi Taib Mahmud adalah tipis iaitu 28 daripada 48,tetapi ia bertambah kemudiannya apabila 8 lagi ADUN menyertainya.Justeru,dendam keluarga Rahman terhadap Taib Mahmud terus membara dan diwarisi oleh anak-anaknya.Jika ini belum cukup untuk membuktikan bahawa video tersebut merupakan lakonan semata-mata, maka suami Norlia iaitu,Justin Jinggut mungkin mampu menjelaskan segala-galanya.Ini kerana Justin Jinggut adalah seorang yang akrab dengan Anwar Ibrahim dan sedang melobi sakan untuk tempat yang tinggi di dalam PKR sempena PRU ini.Justin Jinggut adalah bekas Timbalan Presiden SNAP dan pernah bertanding atas tiket BN pada tahun 1990 tetapi tewas kepada Billy Abbit dari Bebas. Ditubuhkan pada 1961,SNAP pernah menjadi parti komponen Barisan Nasional Sarawak. Pendaftaran parti tersebut bagaimanapun,telah dibatalkan pada 2002 berikutan gagal mematuhi notis ROS. 

Sebagai Timbalan Presiden,Justin Jinggut telah bertindak memfailkan semakan kehakiman terhadap keputusan ROS,bagaimanapun ia ditolak Mahkamah Tinggi pada 15 September 2006.Pada 23 Jun 2010, Mahkamah Rayuan mengekalkan pendaftaran parti itu selepas membenarkan rayuan Justin untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.Pada 21 Februari 2012 Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran ROS untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan.Bagaimanapun,keputusan kekal bahawa pendaftaran SNAP terbatal.Maka,tidak hairan jika Justin sanggup melakukan apa saja untuk bertapak kembali di dalam politik dan isterinya pula sudah tentu lebih dari bersedia untuk membantu apatah lagi dengan peluang untuk membalas dendam yang telah lama membara terhadap sepupunya,Taib Mahmud.Walaubagaimanapun,nampaknya dendam tetap tidak terbalas kerana video berkenaan ternyata terlalu dangkal dan lemah lakonannya.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! ANWAR IBRAHIM AKAN BERSUMPAH AWAL BULAN APRIL ??? FUYOOOO !!!

Posted: 27 Mar 2013 05:00 AM PDT


Laman Suara PR akhirnya memberi sedikit harapan untuk puak pembangkang mengeluh lega setelah begitu lama menunggu Anwar Ibrahim bersumpah mubahalah sepertimana yang dituntut oleh berbagai pihak.Menurut laman tersebut,Anwar akan bersumpah pada suatu hari Jumaat minggu pertama bulan april di hadapan Masjid Negara,Kuala Lumpur A.K.A Minggu Depan.Acara tersebut akan turut disaksikan oleh Ulama-ulama besar PAS seperti Nik Aziz dan Hadi Awang termasuk beberapa tokoh agama luar negara.Ia dijangka menjadi 'bom' untuk mematikan terus UMNO dan BN menjelang PRU nanti.Memetik laporan laman tersebut, Anwar akan bersumpah laknat bagi menafikan fitnah UMNO bahawa beliau meliwat Saiful Bukhari secara paksa.Nampaknya,dua perkataan terakhir dalam kenyataan laman Suara PR mengenai sumpah ini,iaitu 'secara paksa' telah membuatkan ramai pihak pembangkang sendiri merasa tidak senang duduk.Mereka tertanya-tanya sesama mereka,apakah ini bermakna Anwar meliwat Saiful atas dasar rela ???

Ini kerana isu di sini bukan 'rela atau paksa' tetapi 'liwat atau tidak'.Sekali pandang,ayat laman Suara PR tersebut jelas menyatakan yang Anwar telah meliwat.Laman Suara PR sering menjadi sasaran puak pembangkang sendiri terutamanya PAS kerana pendiriannya yang jelas dalam soal LGBT,hubungan Anwar dengan Yahudi serta keterbukaan dengan idea Malaysia Malaysia DAP.Terdapat sindrom penafian yang hebat di kalangan PAS bahawa itulah pendirian parti yang mereka anuti,iaitu Parti Pakatan Rakyat.Secara dasarnya,PR adalah parti berfahaman liberal dan terbuka kepada pluralisme.Ini adalah hakikat yang laman Suara PR begitu nekad mempromosi dan PAS pula begitu galak menafi,manakala Anwar begitu giat berdolak dalih mengenainya.Difahamkan laman Suara PR diwujudkan oleh pihak Anwar bagi menguji,sekali gus mengasak minda masyarakat Malaysia agar menerima fahaman pluralisme dan liberalisme.Namun,selagi masyarakat masih tidak mampu menerimanya,Anwar akan mengambil pendekatan selamat dengan menafikan bahawa laman itu adalah di bawah kawalannya.

Keputusan Anwar untuk bersumpah akan 'kesucian' dirinya walaupun setelah dua kes liwat berlalu, dan dua video disebarkan amatlah meragukan.Apatah lagi apabila desakan untuk beliau berbuat demikian telah lama kedengaran tetapi ditepis dengan alasan 'bersumpah-sumpah bukanlah cara Islam' dan berbagai-bagai alasan lagi.Malah laman Suara PR juga turut mengulangi alasan ini dengan berkata "sumpah Muhabalah ini, sebetulnya bukanlah sebahagian dari ajaran Islam pun sebaliknya amalan serupa yang diceduk dari agama lain dengan sedikit pengubahsuaian." Namun,laman tersebut tetap menyambut baik keputusan Anwar bagi memuaskan hati segelintir umat Islam yang katanya,'telah terbiasa dengan amalan tersebut sejak zaman-berzaman'. Malah,kata penulis laman tersebut lagi,'orang Hindu juga percaya pada sumpah laknat' dengan merujuk kepada tindakan mendiang Bala yang turut bersumpah mengenai kes pembunuhan Altantuya. 

Untuk rekod,mangsa dalam kes liwat II iaitu Saiful Bukhari telah pun bersumpah laknat pada 15 Ogos 2008,dengan diiringi oleh bapanya sendiri yang kini berpaling tadah.Malah Saiful juga dikhabarkan telah bersumpah dan berdoa di hadapan kaabah.Tindakan Saiful benar-benar memberi tamparan hebat sehingga menyebabkan ramai yang meninggalkan Anwar.Oleh itu,segelintir pencacai Anwar mungkin merasa gembira dengan berita Anwar akan bersumpah ini dan menganggap ia sebagai satu peluru tepat bagi mematikan terus tuduhan liwat ke atas pemimpin mereka itu.Namun,suka atau tidak,mereka harus akui bahawa dua perkataan terakhir yang ditulis oleh laman Suara PR telah menjadi peluru yang memakan tuan.Untuk pengetahuan Anwar,biarpun beliau masih mempunyai sokongan yang agak kuat dari orang Melayu melalui PAS,tetapi sedarlah bahawa sokongan tersebut adalah kerana mereka berada dalam sindrom penafian bahawa Anwar benar-benar seorang biseksual tegar.

Jelas,bahawa sokongan yang diterima Anwar adalah atas dasar penipuan semata-mata.Sekiranya Anwar menunjuk dan mengakui hakikat dirinya yang sebenar iaitu seorang biseksual,serta berdiri atas nama liberalisme,pluralisme,LGBT dan pro-Yahudi,maka sokongan terhadap Anwar mungkin tidak cukup untuk memenuhi sebuah padang sekolah sekali pun.Hakikatnya,Anwar adalah seekor sesumpah dan mampu melakonkan apa saja watak bagi meraih sokongan.Anwar tahu bahawa beliau tidak akan punya apa-apa lagi di dunia ini jika beliau menghentikan segala lakonan tersebut.Apapun,kita tunggu dan lihat sahaja bagaimana sesumpah ini akan bersumpah melaknat dirinya sendiri jika beliau bercakap bohong.Tetapi,jangan pula terkejut jika beliau bukannya bersumpah pada hari tersebut,tetapi hanya menyumpah-nyumpah seranah sesiapa sahaja yang bertanyakan mengenainya.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! VIDEO PEMIMPIN PKR MELAKUKAN ADEGAN SEKS TERSEBAR !!!

Posted: 27 Mar 2013 01:37 AM PDT


Itu diaa.Memang tak dapat dipisahkan Seks dan PKR.Dari atas sampai ke bawah semua yang tak boleh pakai.semua tak bermoral.Parti tak bermoral macam ni nak pimpin negara ??? Kepada yang tak kenal siapa lelaki di atas,Meh saya bagi sedikit info lelaki ini.Nama dia ni Saharudin Hamid,merupakan seorang ahli majlis di MPSP Kedah juga merangkap Ketua Penerangan PKR Cabang Merbok.dia ni dengan geng-geng pernah menghentam YDP Majlis sebagai menggalakkan aktiviti tak bermoral dengan percambahan pusat urut.Tetapi dia jugalah yang melawat premis-premis berkenaan untuk bersantai-santai,tak kurang dengan itu,mengepow pemilik premis agar dapat terus menjalankan operasi.Menuduh YDP dan SU kepada YDP sebagai ejen UMNO,menghantar memorandum kepada MB Azizan untuk menukarkan YDP,Pn Rozaina binti Datuk Paduka Haji Radzi.Permohonan dia memorandum ditolak.Walaubagaimanapun SU kepada YDP ditukarkan. 

ANDA NAK LIHAT VIDEO ADEGAN SEKS ITU ???


UNTUK SELANJUTNYA 

Saharudin Hamid ni sering buat cubaan mensabotaj YDP MPSPK.Ada antara blog-blog pembangkang yang pernah memuatkan memorandum bantahan terhadap YDP MPSPK dibuat oleh ahli majlis.Nama beliau turut tersenarai.Yang tak boleh blah tu,Sewaktu lawatan PM ke Kedah,saya difahamkan dialah orang yang berjaya memperoleh projek katering yang menjadi rebutan.Ekoran dari itu,beberapa rakan dari dalam parti sendiri telah mencemburuinya.Dalam pada dia kuat menghentam kerajaan BN,projek katering dari BN jugak yang dikejarnya.Ibarat anjing yang diberi tulang kemudiannya menggigit tangan tuannya sendiri.Saharudin Hamid suka menyentuh bab agama dan kepimpinan,namanya dah Ahli Politik.Percaturan dan lakonan di hadapan mata umum terpaksa dilakukan demi meraih sokongan sesetengah pihak.Walaupun dunia gelapnya tidak ramai yang tahu.video ni didedahkan sebab glamer.Tapi untuk rakyat tahu supaya tidak lagi ditipu orang Pemimpin tak bermaruah ini.Tak ke gila beb,Baru kenal tak sampai 2 Jam dah boleh buat macam tu.Bukan main lagi dok cakap pasal agama dan lakanon baik di depan rakyat.Tapi hakikatnya ??? Ini lah perangai sebenar pemimpin PKR.Dari atas sampai ke bawah semuanya tak boleh pakai.

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! BUKTI PR AKAN BANGKRAPKAN NEGARA DIDEDAHKAN !!!

Posted: 26 Mar 2013 10:00 PM PDT


Sorakan puak-puak PR terhadap kata-kata Tun Musa Hitam bahawa PR tidak mungkin akan membankrapkan negara dengan sengaja,masih lagi kedengaran.Bagi PR,kata-kata tersebut merupakan perangsang semangat setelah tidak mampu menepis fakta dan angka yang dibentangkan oleh pihak kerajaan yang menunjukkan Buku Jingga mereka akan membangkrapkan negara ini.Manakala Manifesto baru PR pula dijangka akan menyebabkan defisit meningkat kepada 11.5% KDNK berbanding BN 4.0% dan hutang pula meningkat sehingga 62.1% KDNK berbanding BN 54.6%.Kenyataan ini dibuat setelah mengambilkira semua janji-janji manis yang ditabur PR dan digabungkan dengan angka-angka pendapatan serta perbelanjaan,termasuk anggaran potensi dan risiko keadaan semasa di dalam negeri dan juga global.Dengan itu,saya menyimpulkan bahawa satu-satunya cara bagi PR untuk tidak membangkrapkan negara ialah dengan merombak semula Buku Jingga serta mengtongsampahkan terus manifesto mereka sekiranya mereka menang pilihanraya.Dalam ertikata lain,mengambil sikap "cakap tidak serupa bikin" atau "tidak menepati janji" atau lebih tepat "berbohong".Ini tentunya bermakna mereka perlu merangka bajet yang baru tanpa berdasarkan apa yang diperkatakan atau dijanjikan mereka dahulu.Walaubagaimanapun,ini tidak bermakna yang bajet baru mereka ini akan menjamin pentadbiran ekonomi yang baik,apatah lagi dengan rekod 'Perdana Menteri PR' yang begitu corot dalam soal ekonomi.Bagi melihatnya dengan lebih jelas,pembaca Badut Rakyat perlu merujuk kepada kedudukan wang tunai Selangor semasa pemerintahan BN iaitu 2003 – 2007 : 

Pada tahun 2003 kedudukan wang tunai Selangor berada pada RM325.38 juta,2004 - RM427.64 juta,lalu meningkat lagi pada tahun 2006 kepada RM565.47 juta dan sehingga tahun 2007 wang tunai Selangor berjumlah RM738.05 juta.Tetapi,pada tahun 2008,apabila PKR mengambil alih dan Anwar Ibrahim menjadi Penasihat Ekonomi Selangor,kedudukan kewangan negeri mencatatkan trend yang menurun seperti berikut : 2007 – RM776.44 juta,2008 – RM733.64 juta,2009 – RM617.20,lalu menjunam terus pada 2011 kepada RM390.89 juta. 

Angka di atas adalah berdasarkan Laporan Ketua Audit Negara bagi Negeri Selangor pada tahun yang berkenaan.Jika ini belum cukup untuk membuktikan ketidak-cekapan Anwar Ibrahim dalam mentadbir ekonomi,maka kita wajar melihat prestasinya dalam menangani krisis kewangan ketika menjadi Menteri Kewangan iaitu pada tahun 1997 : Di tangan Anwar,pasaran bursa Malaysia dari Februari 1997 yang berada pada mata 1300 terus menjunam tanpa kawalan sehingga Julai 1998 bursa Malaysia berada di paras terendah pernah direkodkan iaitu 261.33.Apabila Anwar dipecat pada 2 September 1998 dan Tun Mahathir mengambil alih sebagai Menteri Kewangan,beliau telah bertindak merombak semula perancangan Anwar yang menggunapakai strategi IMF serta memperkenalkan strategi baru.Hasilnya,pasaran bursa Malaysia pantas mengalami pemulihan di mana pada penghujung September 1998 sejurus Anwar dipecat,pasaran mencatatkan mata peningkatan segera iaitu kepada 400 dan terus meningkat serta pulih perlahan-lahan di mana pada awal tahun 2000,pasaran bursa berada di paras 980.Sebagai perbandingan lagi,Datuk Seri Najib juga mengambil alih jawatan Menteri Kewangan pada ketika krisis ekonomi berlaku iaitu pada tahun 17 September 2008.

Beliau pada mulanya terpaksa bergelut dengan pasaran bursa menjunam sehingga pada penghujung tahun tersebut,mencatat paras serendah 801.27.Awal tahun 2009,beliau yang mungkin telah mendapatkan 'momentum',bertindak membentangkan bajet mini RM60billion.Keadaan nampak memberangsangkan sehingga beliau dilantik menjadi Perdana Menteri pada 3 April 2009.Seterusnya,bursa Malaysia mencatatkan peningkatan yang agak konsisten sehinggalah di penghujung 2012, di mana ia berada di paras tertinggi ialah 1699.68.Jelas,kepimpinan yang bijak mampu memulihkan keadaan walaupun ketika krisis dan ketika orang lain melihatnya sebagai mustahil.Tetapi kepimpinan yang tidak cekap seperti Anwar Ibrahim,hanya akan menambahkan krisis dan membawa negara ke arah kehancuran, iaitu miskin lalu bangkrap terus. 

Bayangkan,jika Anwar Ibrahim yang mengambil-alih negara pada 2008,iaitu ketika krisis kewangan global, tidakkah beliau hanya akan membawa kita melalui jalan yang sama yang dibawanya ketika krisis 1997 ??? Dan bayangkan jika beliau menang dalam pilihanraya kali ini dan menjadi Perdana Menteri,apakah jaminan yang beliau tidak akan membawa kita ke arah jalan yang sama yang dilalui oleh Selangor hari ini ??? Bayangkan jika krisis ekonomi melanda lagi,apa akan jadi kepada Malaysia,kepada kita,jika negara berada di dalam tangan pemimpin yang tidak cekap dan buta ekonomi seperti Anwar Ibrahim ??? yang pelik anwar ibrahim hanya bercerita berkenaan ketika anwar iadi menteri kewangan,nasib baik Tun Mahathir Pandai,Kalau Tidak ??? Hakikatnya,Anwar Ibrahim adalah graduan Pengajian Melayu,pendokong sastera yang mana cakap-cakapnya berbunga-bunga,penuh retorik dan mainan bahasa.Ini ertinya,Anwar bukan manusia yang dilahirkan dengan penguasaan otak kiri iaitu kecekapan menganalisa atau melihat logik matematik yang diperlukan untuk memahami ekonomi. 

Anwar adalah manusia yang dikuasai oleh bahagian otak sebelah kanan,iaitu seni,abstrak yang bebas mengenterpretasi sendiri dan lebih banyak dikuasai emosi.Negara tentunya dalam bahaya jika seorang Perdana Menteri melihat angka seperti perkataan atau syair yang boleh disusun dan diubah-ubah sesuka hati dan itu belum lagi diambil kira risiko Anwar menyusun dan mengubah angka itu agar masuk ke akaunnya sendiri dan akaun keluarganya atau akaun Tuan-tuannya,anak-anak ikannya,gundik-gundiknya,rakan-rakannya dan mereka-mereka yang menyimpan semua bukti rahsia gelapnya.Justeru, kata Tun Musa bahawa PR tidak akan membangkrapkan negara adalah kurang tepat.Yang tepatnya ialah,pemimpin PR tidak akan bangkrap,tetapi kemungkinan untuk mereka membangkrapkan negara amatlah besar dan tidak boleh dipandang ringan.Ekonomi negara bukan sesuatu yang boleh diperjudikan dan diletakkan di atas bahu sesiapa sahaja.Ia memerlukan kebijaksanaan yang khusus yang manusia seperti Anwar tidak mungkin mampu memahaminya.

RENUNG-RENUNGKAN

PAKATAN HARAM KANTOI !!! VIDEO BURUKKAN TAIB MAHMUD HANYA LAKONAN SEMATA-MATA !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 26 Mar 2013 07:00 PM PDT


Satu perkara yang harus dicernakan bagi memahami pembangkang Malaysia ialah apa saja yang dilihat salah bagi Barisan Nasional akan menjadi tidak apa sekiranya dilakukan oleh pemimpin mereka.Antaranya,tidak apa bagi Nik Aziz untuk berkuasa sehingga mati,tetapi adalah menjadi satu kesalahan besar untuk Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri lebih lama atau untuk Tan Sri Abdul Taib Mahmud untuk terus menerajui Sarawak iaitu melangkaui 30 tahun.Kini,Tun Mahathir telah pun bersara dengan meninggalkan Malaysia di puncak,dihormati dan dikagumi di seluruh dunia.Taib Mahmud pula belum bersara tetapi telah membuktikan komitmen yang berterusan,cekap dan berkebolehan membangunkan Sarawak di samping memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyatnya.Tetapi,Nik Aziz pula langsung tidak ingin bersara walaupun langsung tidak menjalankan tugas,melainkan berpolitik,berceramah,bertazkirah mengutuk dan menghukum orang sahaja kerjanya selama lebih 20 tahun sudah.Pun begitu,pembangkang tidak pula mempersoalkan Nik Aziz,tentang kenapa lebih 10,000 ekar tanah diberi kepada DAP,tentang kenapa Kelantan terus mundur,apa jadi dengan hasil pembalakan atau kenapa masalah air tidak dapat diselesaikan atau kenapa masalah moral semakin parah ??? 

Sebaliknya,mereka mencari-cari jalan untuk memburukkan Tan Sri Taib Mahmud walaupun rakyat Sarawak hidup dalam keadaan makmur dan sejahtera.Jelas,masalah pembangkang bukanlah berkenaan nasib atau kehidupan rakyat,tetapi berkenaan kuasa yang ada pada Taib Mahmud yang ingin direbut mereka.Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa Taib Mahmud merupakan benteng Barisan Nasional yang cukup ampuh menahan berbagai bentuk serangan selama bertahun-tahun.Memandangkan Pilihanraya semakin hampir,maka tidak hairanlah apabila tembakan untuk merobohkan benteng tersebut kembali kedengaran.Kali ini,bukan dari luar,tetapi dari dalam,iaitu dari sepupu Taib Mahmud sendiri,Norlia Rahman,dengan menyebarkan video yang memaparkan perbincangan mengenai projek yang melibatkan pelaburan langsung asing di mana kononnya terdapat unsur-unsur korupsi yang jelas di pihak Taib.Kononnya juga video tersebut adalah diambil secara sulit,tanpa disedari oleh watak-watak di dalamnya.Apa yang pembikin video ini tidak tahu ialah,video ini mudah ditangkis hanya dengan melihat kepada latarbelakang Norlia dan memahami motifnya.Norlia adalah anak kepada Rahman Yakub,iaitu bapa saudara kepada Taib Mahmud yang juga merupakan bekas Ketua Menteri dan Gabenor Sarawak. 


Dendam keluarga Norlia terhadap Taib Mahmud bermula sejurus selepas Taib Mahmud menggantikan bapanya sebagai Ketua Menteri pada 1981.Pada ketika itu,Rahman Yakub dicatatkan sebagai memiliki 70% dari lesen pembalakan Lembahan Mewah melalui anak-anak perempuannya,manakala 30% lagi dimiliki oleh Datuk Tajang Laing,ADUN Belaga.Taib Mahmud kemudiannya telah membatalkan 30 dari lesen pembalakan yang berkaitan dengan Abdul Rahman dan menuduh bapa saudaranya itu menganugerahkan 1.25 juta hektar konsesi balak bernilai RM22.5 billion kepada diri sendiri,keluarga dan sanak-saudaranya.Bermula dari situ,perbalahan keluarga ini menjadi semakin besar di mana pada tahun 1985,Taib sekali lagi menyinggung Rahman dengan menyingkirkan beliau dari jawatan Yang diPertua Negeri.Rahman berpeluang melancarkan serang balas pada 1987 yang dikenali sebagai 'Ming Court Affairs 1987' dengan mengumpulkan tandatangan ADUN dan mengetuai sekumpulan ahli politik Sarawak yang kecewa dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) dan PBDS untuk berkumpul di Hotel Ming Court,Kuala Lumpur bagi mendesak usul hilang keyakinan terhadap kepimpinan Taib. Bagaimanapun, Taib dapat menghidu konspirasi ini lebih awal dan mengadakan pilihanraya tergempar lalu menang tipis iaitu 28 daripada 48 kerusi dan kemudiannya bertambah 8 kerusi lagi dari ADUN yang berpaling tadah.

Jika Taib Mahmud tidak yakin bahawa tindakannya yang telah menyinggung bapa saudara sendiri sebagai tepat,tidak mungkin beliau berani menyelesaikan perkara ini melalui pilihanraya.Nampaknya,sepupu Taib Mahmud,Norlia tidak mempunyai keberanian yang sama untuk bersemuka dan 'beradu tenaga' dengan sepupunya mengikut jalan yang benar.Tetapi,beliau telah memilih untuk berlakon memburukkan Taib kepada orang ramai.Sedangkan jika benar beliau bercakap benar,apa perlunya lakonan itu ??? Seolah-olah melengkapi dendam Norlia terhadap Taib,Norliz juga merupakan isteri kepada Datuk Justin Jinggut,bekas Timbalan Presiden SNAP yang sedang giat mempromosi diri untuk mendaki tangga tertinggi dalam PKR Sarawak Datuk Justin juga diketahui mempunyai hubungan yang akrab dengan Anwar Ibrahim.Nah,bukankah telah dikatakan bahawa video tersebut mudah ditangkis ??? Walaubagaimanapun,sekiranya kita seorang yang rasional,kita tidak perlu pun pergi sejauh itu untuk menilai ketulenan video tersebut. Ini kerana lakonan dan situasi di dalam rakaman video tersebut kelihatan amat tidak masuk akal.Mana mungkin perbincangan berkenaan urusniaga yang begitu besar dan kontroversi dilakukan di antara orang asing dalam keadaan mesra dan santai di bilik hotel kecil.Perhatikan juga bagaimana skrip para pelakon yang tampak begitu sengaja menyebut secara terperinci hubungan orang itu dengan orang ini termasuk masalah dalaman keluarga Taib.Pendek kata,gerak badan,skrip,tempat,watak dan segala-galanya mengenai video tersebut adalah terlalu amat jelas merupakan satu penipuan terancang dan bukannya dirakam tanpa sedar.Oleh itu,pesan saya kepada pembangkang,apa kata untuk sekali sahaja,carilah isu yang benar-benar asli untuk berhadapan dengan BN.Cukup-cukuplah lakonan yang tidak masuk akal kerana ia sudah mula membuat kita merasa mual.Untuk kesekian kalinya,berhadapanlah dengan BN secara anak jantan,bukan secara homoseksual,biseksual atau pondan !!!

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! SUMBER DALAMAN PR DEDAH SENARAI CALON PRU 13 !!!

Posted: 26 Mar 2013 04:00 PM PDT


Yaa..senarai calon PR yg telah dikemas kini setakat 25 Mac 2013 telah terdedah Apa punya malang nasib PR,satu demi satu rahsia dan strategi mereka dibongkarkan oleh jentera parti mereka sendiri.Malah mereka yang mendedahkan bukan sebarangan orang tetapi dikatakan merupakan pimpinan peringkat tertinggi parti itu.Jika sebelum ini mereka begitu mendabik dada mengatakan mereka mereka mempunyai 'agen' di dalam pentadbiran kerajaan untuk membongkar kononnya terdapat banyak penyelewengan tapi sekarang sebaliknya telah berlaku.Ia dikatakan ekoran dari ketidakpuasan hati segelintir pimpinan tertentu yang merasakan disisih oleh Ketua Umum,Anwar Ibrahim.Mereka merasakan seolah-olah tidak dihargai walaupun telah menunjukkan sifat taat setia yang tidak berbelah bagi kepada. 

"Kenapa perlu meletakkan calon yang baru sahaja menyertai parti sedangkan kita tidak tahu lagi tahap kesetiaan mereka ???? Apa jaminan mereka akan kekal setia bersama parti dan tidak akan melompat parti ???" soal sumber dalaman yang marah dengan keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan.Mereka turut mempertikaikan keputusan pemilihan calon,yang dilihat tidak berdasarkan konsep merit.Hanya disebabkan rapat dengan Anwar mereka terus diberikan tempat,sedangkan pimpinan kawasan telah berhempas pulas bekerja untuk langsung tidak dipertimbangkan.Sebagai contoh,apabila nama Chegu Bard tidak tersenarai sebagai calon ada dikalangan pencacainya yang bangkit mempertikaikan,kononnya sumbangan dan pengorbanan yang telah diberikan kepada parti tidak boleh dipertikaikan.Malah melalui Solidariti Anak Muda Malaysia,kepimpinan Chegu Bard turut dikatakan menyerlah kerana berjaya menarik sokongan anak muda,walaupun pada hakikatnya Anwar tahu ia lebih kepada gerakan untuk menyaingi peranan Ketua AMK.Ada desas-desus yang mengatakan,apabila ditawarkan bertanding di kerusi Permatang Pauh,Chegu Bard telah menolak dan merayu agar dijadikan calon untuk kerusi Nibong Tebal. 

Berikut adalah senarai calon PR yang dikemas kini setakat 25 Februari 2013. 

SENARAI CALON PKR 

Sembrong - Onn Abu Bakar Johor Bharu - Jen (B) Md Hashim Hussein 
Pasir Gudang - Let Jen (B) Abdul Ghafir Abdul Hamid 
Segamat - Chua Jui Meng 
Batu Pahat - Syed Hamid Ali 
Selayang - William Leong Jee Ken 
Kuantan - Fuziah Salleh  
Kemaman - Azan Ismail
Padang Serai - N Surendran 
Kulim Bandar Baharu - Saifuddin Nasution Ismail 
Sungai Petani - Johari Abdul 
Pandan - Rafizi Ramlii 
Sabak Bernam - Dr Abdul Aziz Bari 
Bagan Serai - Dr Muhammad Nur Manuty 
Pasir Salak - Mustafa Kamil Ayub
Wangsa Maju - Dr Tan Kee Kwong 
Setiawangsa - Ibrahim Yaacob 
Lembah Pantai - Nurul Izzah Anwar
Bukit Katil - Shamsul Iskandar Md Akin 
Batang Lupar - Zulkifli Abang Engkeh 
Saratok - Ali Biju 
Hulu Rajang - Abun Sui Anyit 
Baram - Roland Engan 
Limbang - Baru Bian

SENARAI CALON DAP 

Gelang Patah - Lim Kit Siang 
Kluang - Liew Chin Tong 
Ipoh Timur - Thomas Su Ipoh 
Barat - Wong Kah Woh 
Batu Gajah - V Sivakumar

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...