BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! LAHAD DATU CRISIS !!! THE LESSON FROM TIMOR LESTE !!! MUST READ !!!
- EKSKLUSIF !!! ANWAR IBRAHIM BAPA SANDIWARA MALAYSIA !!! NAK TAHU KENAPA ??? WAJIB BACA !!!
- EKSKLUSIF !!! SURAT TERBUKA FAEKAH KEPADA TUN M !!! HEBAT !!! MEH BR NAK AJAR SIKIT !!!
- EKSKLUSIF !!! PENCEROBOHAN LAHAD DATU !!! AMIBIL IKTIBAR DARI SEJARAH TIMOR TIMUR !!! WAJIB BACA !!!
- PENCEROBOHAN LAHAD DATU !!! TERIMA KASIH KERAJAAN ATAS KETEGASAN BERKENAAN KENYATAAN BIADAP TIAN CHUA !!!
- HOT NEWS !!! PKR MASIH CUBA POLITIKKAN PENCEROBOHAN LAHAD DATU !!! APA CERITA NI ???
- KANTOI !!! LELAKI DALAM GAMBAR BERSAMA ANWAR IBRAHIM DI KENAL PASTI !!! VIDEO INSIDE !!!
| HOT NEWS !!! LAHAD DATU CRISIS !!! THE LESSON FROM TIMOR LESTE !!! MUST READ !!! Posted: 16 Mar 2013 12:00 PM PDT Do you still remember Timor Leste ??? It is a small region owned by Indonesia since 1976 to 1999.Only by 2002,it was separated from Indonesia and now known as Democratic Republic of Timor Leste.How did this happen and who is the mastermind behind this matter which caused chaos in Indonesia ??? To get the answer,we need to go back to history.A part of the reasons why Timor Leste decided to make their exit from Indonesia was because of a conference known as Asia Pacific Conference on East Timor 2 (APCET II) held in Kuala Lumpur in November 9,1996.Prior to that,APCET I Conference was held in Manila in May 1994.The objective behind both conference was clearly to discuss on the liberation of the region from Indonesia why including international intervention.However,the conference was rejected by UMNO Youth and one of the people who opposed to it is Saifuddin Nasution who was the Movement Secretary for Malaysia UMNO Youth.From the rejection made by UMNO Youth,PAS went up and questioned by UMNO Youth opposed to the APCET II,making it look like PAS is supporting the idea of separating East Timor away from Indonesia.One of the NGOs which was active in the efforts to organize APCET II was SUARAM,an MGO which now often criticizes the government especially in Scorpene submarine issue. Other individuals who supported APCET II also include Tian Chua and R.Sivarasa.Coincidentally,both these PKR leaders went to Manila,Philippine on February 7,2013,about a couple of days before Sulu terrorists sneaked to Lahad Datu,Sabah. About two years after the APCET II conference,Indonesia was hit with Reform era,involving one of Anwar Ibrahim's close friends,Amien Rais who hoped to become the next President, replacing Suharto.A year later,as Indonesia was under the leadership of President BJ Habibie,a poll was taken in Timor Leste region and the result was in favor to the separatist movement. The result was then followed by big riots involving the clash between Muslims and Christians.Three years later,Timor Leste became a new country where it is the main base in spreading Christianity in this region.The history of Timor Leste could just happen again, where this time,it could involve Sabah,especially when another one of Anwar's close friend, Jefrrey Kitingan was arrested under ISA due to claims of him trying to separate Sabah away from Malaysia.A few months before Sabah intrusion began,Jefrrey Kitingan was said to have met up with one of the 'Sultanate of Sulu' heir,while Anwar had a few meetings with former MNLF leader, Nur Misuari who really wants to take over Sabah. Coincidentally,Nur Misuari has close relationship with Jamalul Kiram III and he is a strong supporter towards trying to get back Sabah and it is a coincidence that most of Jamalul Kiram III's followers are MNLF members who are loyal towards Nur Misuari.Meanwhile,report from Reuters recently quoted a statement from Philippine army's intelligence confirming that the intrusion in Lahad Datu was led by an invitation given by Malaysian Opposition Leader, Anwar Ibrahim.The interesting part is,these few months,Anwar kept on singing the song "Sabah Nak Hilang" (Sabah Will Be Gone),as if he is expecting something like Timor Leste to happen, perhaps yes,perhaps no.Whatever it is,we should learn from Indonesia's dark history as they lost Timor Leste.We do not want Sabah to repeat the history and obviously majority Sabahans do not even want to be led by Jamalul Kiram III who clearly proved how evil he is. GAZE-PONDERS |
| EKSKLUSIF !!! ANWAR IBRAHIM BAPA SANDIWARA MALAYSIA !!! NAK TAHU KENAPA ??? WAJIB BACA !!! Posted: 16 Mar 2013 08:30 AM PDT Sejak dari mula berlakunya peristiwa pencerobohan di Lahad Datu,Sabah sehinggalah ke saat ini di mana proses pembersihan giat dijalankan untuk menghapuskan saki baki pengganas Sulu,perkataan sandiwara tidak pernah lekang dari mulut para pemimpin dan penyokong PR.Sama dada melalui tulisan atau ucapan,mereka cuba mencipta persepsi umum konon segala yang terjadi di Sabah tika ini hanyalah satu sandiwara politik.Bila ia gagal mencapai matlamat yang diingini,sebaliknya mengundang pula amarah rakyat mulalah mereka bersilat lidah mencipta seribu satu alasan.Itu kehebatan PR,bijak dalam bab memperlekehkan orang lain dan amat pantas dalam hal mempolitikkan isu demi mencapai matlamat politik kepartian mereka.Di masa yang sama cukup berpengalaman dalam mencipta pelbagai alasan untuk membebaskan diri dari bebanan kesalahan.Jika diimbas sejarah lama sejak hampir 15 tahun lalu,perihal sandiwara politik sebetulnya amat sinonim dengan Anwar Ibrahim dan pakatan pembangkang yang diketuainya.Modus operandinya sama sahaja seperti Lahad Datu yakni mencetus kesangsian umum terhadap Kerajaan BN kemudian meraih laba politik untuk kepentingan sendiri.Dulu gerombolan pembangkang yang sama jugalah yang menghebohkan kononnya Kerajaan BN telah berkonspirasi untuk membunuh Anwar dengan menyuntik darah HIV+ ke dalam tubuhnya sehingga menimbulkan kemarahan ramai penyokong reformasi pro Anwar. Kalut ribut satu negara dibuatnya.Bila sandiwara suntikan darah HIV+ reda dan gagal menyebabkan kejatuhan Kerajaan BN,maka pembangkang menyebarkan pula kisah Anwar diracuni dengan arsenik. Sekali lagi negara dilanda keributan,tambah kalut jadinya bila kuncu-kuncu Anwar menyebarkan cerita sedih kononnya hayat Anwar hanya berbaki setahun sahaja.Sekali lagi ujian darah dilakukan dan sekali lagi juga terbukti tiada racun arsenik yang mengalir dalam darah Anwar,tapi seperti biasa pembangkang tanpa rasa malu tetap menyebarkan propaganda yang nyawa Anwar dalam bahaya.Sepanjang proses perbicaraan kes meliwat Azizan,bekas pemandu isterinya,Anwar meneruskan pula sandiwara baru datang ke mahkamah dengan lehernya memakai pendakap leher dan berkerusi roda bagi mencipta gambaran dirinya dizalimi sehingga mengalami kecederaan pada tengkuk dan patah tulang belakangnya.Ada yang percaya dan yakin dengan kebenaran sandiwara itu sekalipun terbukti semasa dalam penjara Anwar sebenarnya sihat walafiat boleh ke sana ke mari tanpa pendakap leher dan tidak perlu berkerusi roda, hatta boleh pula bermain sepak takraw dan ping-pong.Bagi yang waras akal dan celik mindanya tentu tertanya,andai benar Anwar pernah disuntik dengan darah HIV+,diracuni dengan arsenik manakala leher dan tulang belakang patah akibat dizalimi,habis siapa pula gerangannya si Ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang tika ini yang saban hari aktif meracau berceramah keliling negara tanpa henti ??? Hantu raya belaan Anwarkah ??? Tentu sekali tidak, kerana memang itulah Anwar Bin Ibrahim yang dulunya sibuk bersandiwara mendakwa diri di racuni arsenik dan disuntik darah HIV+ serta patah tengkuk dan belakangnya. Sihat dan terus aktif sekalipun perangainya makin hari dah nak sama dan hampir serupa dengan perangai hantu raya dan Anwar ini jugalah yang sibuk mendakwa dirinya dalam bahaya bila mana kereta yang dinaiki Wan Azizah tiba-tiba mengalami kerosakan dan tersadai selama sebulan di bengkel kereta,alang-alang kereta dah rosak maka dikatakannya kerosakan itu akibat konspirasi orang lain untuk membunuhnya. Gagal menarik perhatian ramai dengan cerita sandiwara kereta rosak,alih-alih bila timbul isu dia meliwat pembantu peribadinya sendiri yang bernama Saiful Bukhari,tak semena-mena Anwar melompat lari bersembunyi di Kedutaan Turki atas alasan ada cubaan untuk membunuhnya.Anwar yang lantik Saiful jadi pembancuh kopi kemudian di bawanya Saiful ke hulu hilir baik di dalam dan luar negara,Anwar yang memandai toron Saiful,akhirnya Anwar jugalah yang mendakwa ada konspirasi nak membunuhnya selepas Saiful membuat laporan polis dakwa diliwat.Bijak tak bijak sandiwara Anwar,apa sahaja yang dicipta olehnya,orang lain yang kena tanggung getah nangkanya.Dia yang bijak mencipta sandiwara orang lain pula yang dituduh sedang bersandiwara dan berkonspirasi terhadapnya.Hebat bukan ??? Sebab itu bila tiba-tiba sahaja terpancul perkataan sandiwara atau konspirasi politik dari mulut Anwar atau juak-juak balacinya,sejarah lama jangan kita lupakan.Perkataan itu cukup sinonim dengan Anwar dan amat mahir dijayakan oleh juak balacinya dalam usaha mereka untuk meraih kepentingan politik.Apa yang berlaku di Lahad Datu semuanya menjurus Anwar Ibrahim,sebab itu juaknya yang bernama Tian Chua paling awal terloncat macam beruk cuba mencetuskan persepsi dengan segera menuduh pencerobohan di Sabah itu adalah sandiwara dan konspirasi politik Kerajaan Pusat.Satu jari tuju pada orang lain,empat jari tuju pada dirinya sendiri.Itulah kebiasaan Anwar,Bapa Sandiwara Malaysia. RENUNG-RENUNGKAN |
| EKSKLUSIF !!! SURAT TERBUKA FAEKAH KEPADA TUN M !!! HEBAT !!! MEH BR NAK AJAR SIKIT !!! Posted: 16 Mar 2013 05:00 AM PDT artikel ini panjang sedikit dari biasa.saya harap anda baca sampai habis yer pembaca Badut Rakyat.Faekah Hussin,Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor telah menulis surat terbuka kepada mantan Perdana Menteri,Tun Dr. Mahathir Mohamed,bagi menangkis kenyataan negarawan tersebut bahawa hak keistimewaan orang Melayu serta kesucian agama Islam akan terancam sekiranya PR terus berkuasa di Negeri Selangor.Kata Faekah,kenyataan tersebut melampaui batas,celupar dan menunjukkan yang Tun Mahathir ketinggalan jauh dari perkembangan politik semasa selain menghina Institusi Agama dan Raja di Selangor.Lebih menarik,Faekah juga seolah-olah khuatir yang kenyataan tersebut akan menjadi liabiliti kepada slogan 1Malaysia yang dipromosi oleh BN.Faekah memulakan warkah terbukanya dengan membentangkan penghormatan tertinggi dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada Sultan-sultan yang menjadi pengawal kesucian agama Islam,sambil menekankan kedudukan Klang sebagai Bandar DiRaja,iaitu tempat di mana Tun Mahathir membuat kenyataan tersebut,bagi menunjukkan sanjungan PR terhadap Institusi Raja-raja Melayu.Katanya,PR menyerahkan semua urusan agama Islam kepada Majlis Agama Islam Selangor dan Jabatan Agama Islam Selangor tanpa sebarang campurtangan politik.Faekah mengemukakan bukti-bukti peruntukan yang tinggi untuk masjid, sekolah agama,elaun guru KAFA sebagai menguatkan hujah yang PR tidak meminggirkan kesucian agama Islam.Selain itu,Tun Mahathir juga dituduh Faekah sebagai menghina pembelajaran agama,memperlekehkan aktiviti qiamullail tetapi berlagak sebagai jaguh agama.Faekah juga tidak segan silu menghina perkataan 'mantan' sebagai membawa maksud tidak relevan lagi.Entah 'ulama' mana yang dirujuk Faekah yang mengajar perkara ini,saya tidak tahu tetapi benarlah bahawa 'hanya jauhari yang mengenal manikam' iaitu hanya yang bijaksana yang mampu mengenali dan menghargai kebijaksanaan.Allah SWT telah mengingatkan kita bagaimana manusia sebelum kita menolak seruan Nabi agar belajar dari sejarah mereka-mereka yang terdahulu yang telah menafikan ajaran Nabi-nabi yang diutuskan kepada mereka,telah dihancurkan kerana keangkuhan dan kesesatan tersebut.Manusia yang sesat dan kehilangan arah selalunya adalah manusia yang membelakangkan sejarah dan pandangan orang-orang yang berjasa dan berpengalaman.Mereka inilah manusia yang bodoh dan angkuh. Maka jelaslah sudah bahawa Faekah bukanlah 'jauhari'.Dengan memperlekehkan Tun Mahathir,yang diiktiraf sebagai pemimpin agung bertaraf dunia maka maka tidak hairanlah Faekah kini sesat kerana kebodohannya.saya ingin bertanya Faekah,sejak bila PR menghormati Sultan,mahupun YDP Agong ??? Bukankah ADUN PKR yang menempelak Sultan dengan mendakwa jawatan SUK tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor dan dengan biadapnya menyuruh baginda agar mengikut sahaja keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) ??? Jika benar PR menjunjung Institusi Raja-raja,kenapakah kerajaan Selangor gagal menepati protokol apabila tiada seorang pun Pegawai Tinggi Kerajaan termasuk Menteri Besar sendiri hadir menyambut Permaisuri Agong ketika perasmian Festival Lagu-lagu Islamik Antarabangsa pada 4 Julai 2010 ??? Malah kerajaan Selangor langsung tidak menghebahkan majlis tersebut sehingga tidak mendapat hadirin yang mencukupi ??? Pada bulan April 2010,Sultan Selangor telah menitahkan agar tindakan tegas diambil terhadap pihak yang menggunakan masjid untuk berpolitik.Tetapi titah tersebut telah disanggah oleh Nik Aziz dalam satu sidang media keesokannya, dengan berkata, "Siapa ajar tidak boleh cakap politik dalam masjid.Ini ajaran karut yang ditinggalkan Inggeris dan digunakan oleh Muslim.Sungguh dukacita,inilah politik,ini kerja saki baki ajaran penjajah Barat yang mengasingkan agama dan politik." Ini adalah antara bukti penderhakaan PR terhadap Sultan,maka masihkan Faekah ingin menipu kononnya parti itu sentiasa taat setia kepada Sultan dan mempertahankan Raja-raja Melayu ??? Apa Faekah ingat rakyat tidak tahu bahawa antara perjuangan utama DAP ialah untuk menghapuskan Institusi Raja-raja Melayu ??? Atau Faekah sahaja yang tidak tahu ??? Maka salahkah jika Tun Mahathir memberi amaran tentang bahayanya parti PR kepada nasib orang-orang Melayu dan agama Islam ??? Tun Mahathir bukan graduan bidang agama,begitu juga Faekah. Namun,Tun Mahathir layak diberi gelaran 'ulama' yang bermaksud 'orang yang berilmu',manakala Faekah adalah jauh panggang dari api untuk gelaran itu.Ini kerana jasa dan kebijaksanaan Tun Mahathir telah terbukti terbentang di hadapan mata,di seluruh pelusuk negara.Pemikiran Tun Mahathir pula dijadikan rujukan oleh pemimpin dan cendekiawan seluruh dunia.Sedangkan Faekah nampaknya langsung tidak mampu berfikir.Segala apa yang difahami oleh Faekah tentang kritikan Tun Mahathir mengenai pembelajaran agama menunjukkan kedangkalan dan kejahilan Faekah dalam memahami isu agama dan pemikiran Tun Mahathir secara mendalam. Faekah harus faham bahawa bukan semua yang memakai nama agama itu tidak boleh dikritik dan bukan semua yang bersalut 'logo' agama itu benar dan baik.Sekolah-sekolah agama sejak di era pemerintahan Tun Mahathir telah terbukti menjadi kilang mengeluarkan produk ekstrem dan bingung yang akhirnya tidak membawa kebaikan kepada manusia mahupun negara.Sauk dan Memali adalah antara bukti jelas yang boleh dijadikan rujukan.Lebih buruk,produk sekolah ini menjadi pengacau atau pemusnah kepada segala kebaikan yang ada.Ini kerana sebahagian besar dari sekolah-sekolah ini tidak mengajar agama Islam yang sebenar-benarnya,tetapi cenderung membasuh pemikiran kanak-kanak dengan fahaman politik parti sekutu PR,iaitu PAS,yang ternyata sempit dan menyesatkan.Asas agama Islam iaitu kasih sayang dan nilai-nilai murni peradaban,serta kepentingan mempelajari ilmu dunia bagi melengkapkan diri untuk menjadi Khalifah, telah diabaikan hampir secara sepenuhnya di sekolah-sekolah agama ini. Justeru,walaupun mereka ini semua mampu menghafal segala macam doa dan juga Al-Quran,kita perlu mengakui pahitnya kebenaran bahawa bukan lagi sesuatu yang asing hari ini apabila mendengar berita berkenaan produk dari sekolah-sekolah ini terlibat dalam aktiviti samseng,zina,buang bayi malah aktiviti songsang.Inilah yang ditegur oleh Tun Mahathir iaitu belajar agama dengan mengutamakan hukum-hakam, tanpa terlebih dahulu menghayati asasnya seperti mengenal dan mencintai Allah SWT bagi membentuk hati yang ikhlas,jujur yang menjamin hubungan yang baik antara sesama manusia demi kebaikan seluruh alam.Kewujudan sekolah-sekolah agama sebegini tentulah harus dikekang sebelum negara dipenuhi dengan manusia-manusia yang celaru,keliru dan buntu dalam mencari arah hidup mereka sementara menunggu ajal menjelma.Mana tidaknya,apabila sebahagian besar dari mereka didapati tidak mampu mencapai keputusan yang cukup baik untuk meneruskan pengajian ke peringkat tertinggi.Antara segelintir yang mampu pula,sebahagian besarnya terkandas separuh jalan.Sebahagian yang lain pula memilih untuk meneruskan pengajian di negara-negara yang turut mengalami kekeliruan yang sama, sambil mencampur-adukkan pula antara budaya dengan ajaran agama. Apabila kesemua mereka pulang ke Malaysia,mereka tidak punya kelayakan untuk bekerja di dalam mana-mana sektor pun.Satu-satunya bidang mereka ialah agama-politik.Akhirnya,walaupun kurang kelayakan,mereka terpaksa menjadi guru agama atau membuka sekolah agama sendiri yang dan mengajar agama mengikut kefahaman mereka sepertimana yang diajar oleh sekolah-sekolah agama politik mereka dahulu.Lalu kekeliruan mengenai agama pun berkembang biak apabila semakin ramai ibubapa yang inginkan anak mereka mendekatkan diri dengan agama memilih untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah milik produk-produk ini.Selama itu juga,tiada siapa yang berani mempersoal atau mengkritik ajaran mereka ini dan segala apa yang diajar,ditelan sebagai benar hanya kerana mereka menggunapakai nama 'agama'.Kerana itulah kita tidak hairan apabila masalah moral turut meningkat sejajar dengan meningkatnya jumlah sekolah-sekolah agama ini sepertimana yang dibanggakan oleh Faekah dan sekiranya Faekah mampu berfikir lebih dalam sedikit,maka beliau mungkin faham bahawa masalah MURTAD yang semakin parah di Selangor juga sedikit sebanyak berpunca dari kekeliruan yang dibawa oleh produk-produk sekolah agama-politik ini.Sikap 'orang agama' yang lahir dari sekolah tadi,jarang sangat menepati ciri-ciri Islam dan inilah yang menjadi antara punca Islam diragui.Sikap mereka yang gemar menghukum, menyindir dan menghina orang yang dianggap jahil menyebabkan golongan yang sedang 'mencari' agama menjadi cuak sehingga memilih untuk lari dari Islam dalam mencari ketenangan atau kebenaran. Selain itu,amalan agama yang berkisar soal hukum hakam sahaja,tanpa ditanam asas yang kuat,menyebabkan ramai anak muda walaupun cukup arif tentang hukum-hakam dalam Islam,turut mudah dipesongkan akidahnya sehingga menjadi murtad.Tun Mahathir jelas telah menganalisis dan mengkaji perkara ini secara mendalam dan dari segi jangka masa panjang,yang mana otak Faekah tidak mungkin mampu melakukannya. Walaupun tidak mampu berfikir sejauh itu,tidak perlulah Faekah pura-pura tidak tahu bagaimana bossnya, Khalid Ibrahim telah tanpa berfikir dua kali memilih untuk menempelak Jabatan Agama Islam dan membela gereja apabila kes MURTAD didedahkan dan tidak perlulah Faekah pura-pura lupa bahawa Datuk Dr. Hasan Ali yang merupakan antara yang paling lantang mempertahankan akidah umat Islam,telah ditekan dari berbagai sudut sehingga akhirnya terpelanting keluar dari PAS dan kepimpinan PR Selangor,semata-mata ingin mempertahankan Islam.Isu Kalimah Allah juga menunjukkan betapa PR tidak mampu mengekang ancaman terhadap Islam oleh DAP.PKR secara terbuka menyokong penggunaan Kalimah Allah di dalam kitab Injil walaupun tahu bahawa tujuannya adalah untuk memudahkan puak Kristian memurtadkan umat Islam. Manakala PAS pula tidak mampu bersuara tegas dan masih berdolak dalih mengenainya dengan bercakap berlainan rentak di hadapan DAP,di hadapan pengikutnya dan di dalam media perdana.Entah apa keputusan PAS sehingga kini kita masih tidak mendapat jawapan yang pasti,kerana jika mengikut Majlis Syura,larangan hanya termaktub ke atas ahli PAS sahaja di mana DAP atau siapa sahaja yang bukan ahli PAS,tentulah boleh menggunakan Kalimah Allah di dalam kitab Injil dan apa jua kitab agama.Namun,bila diajukan dengan kenyataan tersebut kepada PAS,mereka menafikannya pula.Oleh itu,tidak usahlah Faekah bersusah payah memetik angka untuk menunjukkan PR turut mempertahankan agama Islam,tetapi lebih baik Faekah menjelaskan bagaimana peningkatan peruntukan dan jumlah sekolah agama itu turut seiring dengan peningkatan kes murtad dan pertumbuhan pusat hiburan dan maksiat di Selangor. RENUNG-RENUNGKAN |
| EKSKLUSIF !!! PENCEROBOHAN LAHAD DATU !!! AMIBIL IKTIBAR DARI SEJARAH TIMOR TIMUR !!! WAJIB BACA !!! Posted: 16 Mar 2013 01:30 AM PDT Masihkah pembaca Badut Rakyat ingat dengan nama Timor Timur ??? Pasti ramai pembaca yang mengingatinya,ia adalah sebuah wilayah kecil milik sah Indonesia sejak 1976 hingga 1999.Bermula tahun 2002 ia kemudiannya secara rasmi terpisah dari Indonesia dan dikenali sebagai Republik Demokratik Timor Leste.Bagaimana wilayah Timor Timur akhirnya menjadi sebuah negara dan siapakah dalang yang bertanggungjawab menyebabkan Indonesia berpecah ??? Untuk menjawab persoalan itu,elok kita sama-sama menelaah sejarah kerana sejarah adalah guru kita,ia boleh dijadikan iktibar, pengajaran malah teladan berguna.Sebahagian punca yang merintis kepada keluarnya Timor Timur dari Indonesia disebabkan wujudnya sebuah forum Asia Pacific Conference on East Timur 2 (APCET II) yang diadakan di Kuala Lumpur pada 9 November 1996.Sebelumnya,Sidang APCET I pernah diadakan di Manila pada bulan Mei 1994.Tujuan penganjuran kedua-dua forum tersebut amat jelas untuk membincangkan isu pembebasan wilayah itu dari Indonesia dengan turut melibatkan campur tangan antarabangsa.Bagaimana pun persidangan itu di bantah oleh Pemuda UMNO dan salah seorang penentangnya ialah Saifuddin Nasution yang ketika itu adalah Setiausaha Kerja Pergerakan pemuda UMNO Malaysia. Berikutan tentangan yang dilakukan oleh Pemuda UMNO tika itu,PAS pula bangkit sebagai pengkritik mempertikaikan kesungguhan Pemuda UMNO membantah Sidang APCET II,seakan memperlihatkan PAS menyebelahi usaha memerdekakan Timor Timur dari Indonesia.Salah satu NGO yang terlibat aktif menjayakan Sidang APCET II ialah SUARAM,sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang kini aktif mengecam Kerajaan Malaysia khususnya dalam isu Kapal Selam Scorpeane.Watak lain yang turut sama menyokong APCET II termasuklah Tian Chuan dan R.Sivarasa.Kebetulan yang amat menarik,kedua-dua pemimpin PKR ini telah ke Manila,Filipina pada 7 Februari 2013 yang lalu,dua tiga hari sebelum pengganas Sulu menceroboh Lahad Datu,Sabah.Kira-kira dua tahun selepas Sidang APCET II,Indonesia dilanda ribut reformasi yang sebahagian puncanya melibatkan sahabat karib Anwar Ibrahim iaitu Amien Rais yang bercita-cita untuk menjadi Presiden Indonesia menggantikan Suharto. Setahun kemudiannya, sewaktu Indonesia di bawah pimpinan Presiden BJ Habibie akhirnya satu pungutan suara di Wilayah Timor Timur diadakan yang memihak kepada gerakan pemisah.Selepas itu diikuti dengan berlakunya rusuhan besar-besaran melibatkan pertempuran antara orang Islam dan Kristian.3 tahun kemudiannya Timor Timur muncul sebagai sebuah negara baru di mana ia juga kini merupakan tapak utama penyebaran agama Kristian di rantau Nusantara. Ringkasan sejarah kemunculan Timor Leste (Timor Timur) tak mustahil boleh berulang semula,yang mana kali ini mungkin melibatkan Sabah pula sementelah lagi salah seorang sekutu Anwar iaitu Jefrrey Kitingan pernah di tahan di bawah ISA berikutan dakwaan cuba membawa Sabah keluar dari Malaysia.Malah beberapa bulan sebelum berlakunya pencerobohan di Lahad Datu,pemimpin kepercayaan Anwar di Sabah itu pernah menemui waris 'Kesultanan Sulu',manakala Anwar pula pernah beberapa kali menemui rakan akrabnya yang pernah memimpin MNLF iaitu Nur Misuari yang diketahui umum begitu bercita-cita untuk menakluki Sabah.Kebetulan juga Nur Misuari mempunyai hubungan rapat dengan Jamalul Kiram III dan merupakan penyokong kuat kepada tuntutan ke atas Sabah dan kebetulan juga sebahagian besar pengganas Sulu tajaan Jamalul Kiram III merupakan anggota MNLF yang setia kepada Nur Misuari.Dalam pada itu,laporan oleh Reuters baru-baru ini yang memetik kenyataan sumber risikan tentera Filipina mengesahkan pencerobohan yang berlaku di Lahad Datu ada kaitan dengan jemputan dari Ketua Pembangkang Malaysia iaitu Anwar Ibrahim.Tambah menarik lagi, sejak beberapa bulan kebelakangan ini Anwar kelihatannya cukup bergembira menyanyikan lagu "Sabah Nak Hilang" seakan satu bayangan akan ada sesuatu yang besar seperti Timor Timur bakal berlaku. Mungkin ya,mungkin tidak.Apa pun sejarah hitam Indonesia kehilangan Timor Timur sewajarnya dijadikan iktibar dan diambil pengajarannya.Kita tidak mahu Sabah mengulangi sejarah tersebut dan tentu sahaja majoriti rakyat Sabah langsung tidak terdetik untuk berada di bawah kekuasaan Jamalul Kiram III yang sudah terbukti kekejamannya itu. RENUNG-RENUNGKAN |
| Posted: 15 Mar 2013 10:00 PM PDT Tindakan untuk mengherat Naib Presiden PKR,Tian Chua ke muka pengadilan pasti mengembirakan majoriti rakyat Malaysia khususnya balu,anak dan kaum keluarga,para perwira yang telah terkorban sepanjang Ops Daulat dilakukan.Malah menurut rakan-rakan media yang sedang bertugas di Lahad Datu ketika ini,berita mengenai pendakwaan tersebut telah di sambut dengan ucapan 'Alhamdulillah' dan 'terima kasih PM'.Ia secara tidak langsung membuktikan bahawa,kenyataan ahli parlimen batu yang biadap dan kurang ajar itu,telah menimbulkan kemarahan di kalangan anggota-anggota keselamatan negara yang sedang berkorban nyawa di Lahad Datu.Malah menurut salah seorang rakan yang dihubungi sebentar tadi,mengatakan ada dikalangan penduduk kampung yang melakukan 'sujud syukur' tanda berterima kasih atas ketegasan kerajaan berhubung kenyataan tersebut.Tian Chua,telah dihadapkan ke mahkamah Seksyen Kuala Lumpur atas tuduhan mengikut Seksyen 4 (1)(b), di bawah Akta Hasutan 1948 atas kenyataannya pada 1 Mac yang mengatakan tragedi pencerobohan bersenjata di Lahad Datu adalah merupakan sandiwara BN/Umno.Ekoran kenyataan tersebut,ia telah menimbulkan kemarahan sebilangan besar rakyat Malaysia yang bangkit menyatakan bantahan atas kenyataan tidak bertanggungjawab itu.Malah tragedi yang telah mengorbankan 9 orang anggota keselamatan negara juga dilihat sebagai percubaannya untuk mengalihkan tumpuan masyarakat terhadap dakwaan media antarabangsa yang mengaitkan Anwar sebagai dalang utama. Lebih malang ada dikalangan pimpinan PKR yang di temui mengatakan,ia adalah merupakan permainan dan putar-belit media BN/Umno,sedangkan kenyataan tersebut adalah merupakan laporan yang dikeluarkan oleh Suara Keadilan yang juga merupakan media rasmi PKR.Di sebalik pelbagai kata-kata cacian dan nista yang dilemparkan kepada mereka,menurut rakan media yang membuat laporan langsung dari 'Pusat Media, Ops Daulat' semangat perwira negara tetap tinggi dan bersemangat.Malah menurutnya (rakan media yang hanya ingin dikenali dengan panggilan Azmi) ketika dimaklumkan mengenai korban terbaru yang menimpa anggota tentera tempoh hari,majoriti pasukan keselamatan yang ada telah menitiskan air mata.Walaupun bersedih dengan kejadian yang menimpa rakan sepasukan mereka itu,mereka tetap meminta kebenaran dari pegawai atasan agar segera memberikan kebenaran kepada mereka menyertai misi yang dijalankan."Berdiri bulu roma dan semangat saya ketika ketika melihat peristiwa itu semalam,dengan linangan air mata,mereka terus meminta kebenaran agar diberikan kesempatan untuk menyertai misi menjejaki saki baki penceroboh Berita mengenainya gugurnya rakan sepasukan,tidak langsung mematahkan semangat juang mereka,malah telah menjadikan mereka terus bersemangat untuk berdepan dengan para penceroboh" katanya.Mengulas lanjut mengenai perkembangan di sana,Azmi turut menjelaskan ketika ditanya apakah tidak wujud sebarang perasan takut dikalangan anggota keselamatan yang kerap berdepan dengan situasi mencemaskan itu ??? Mereka menjawab mereka yakin dan redha dengan ketentuan dari Allah serta doa rakyat Malaysia dan keprihatinan pemimpin kerajaan telah menyebabkan semangat mereka terus kuat dan membara RENUNG-RENUNGKAN |
| HOT NEWS !!! PKR MASIH CUBA POLITIKKAN PENCEROBOHAN LAHAD DATU !!! APA CERITA NI ??? Posted: 15 Mar 2013 07:00 PM PDT Kenyataan bekas timbalan tentera,Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid mendakwa seolah-olah kerajaan cuba mempolitikkan isu pencerobohan ini dan dilihat gagal menekankan keselamatan negara jelas membuktikan dirinya pengkhianat negara.Sepatutnya selaku veteran bekas timbalan tentera yang sudah lama berkhidmat dan menabur bakti demi mempertahankan tanahair yang tercinta ini,Abdul Ghafir seharusnya berfikiran rasional dan matang memberi teguran dan nasihat membina.Tindakan beliau menuding jari menyalahkan kerajaan sewenang-wenangnya secara tidak langsung memperlihatkan kedangkalan serta sifatnya bermotifkan dendam kepada kerajaan semata-mata.Selepas menyertai PKR baru-baru ini,tindak tanduk serta kenyataan juga jelas mencerminkan watak peribadi Abdul Ghafir yang sebenar iaitu seorang yang rakus,tamakkan kuasa serta pangkat,kemungkinan namanya tersenarai sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13).Dalam sidang media di ibu pejabat PKR,bekas timbalan tentera,Leftenan Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid berkata kegagalan pasukan perisikan negara mengesan kemasukan penceroboh Selatan Filipina di Lahad Datu menyebabkan anggota keselamatan negara terkorban. Menurutnya, insiden pencerobohan di Sabah dapat dikekang lebih awal sekiranya pasukan itu memberi tumpuan kepada keselamatan negara berbanding isu tempatan.Beliau yang kini ahli PKR mendakwa Bahagian Staf Perisikan Pertahanan (BSPP) lebih memberi tumpuan kepada isu politik tempatan berbanding mendapatkan maklumat mengenai ancaman luar."Saya ingin menegaskan disebabkan kegagalan ini, kebertanggungjawaban itu tidak boleh diambilkira,kalau kita semua rasa kalau ini yang perlu dijelaskan, mereka perlu jelaskan," katanya kepada pemberita.Mengulas lanjut,Abdul Ghafir selain itu mendakwa seolah-olah kerajaan cuba mempolitikkan isu pencerobohan ini dan dilihat gagal menekankan keselamatan negara."Kita tidak sepatutnya arahan politik diberikan,sepatutnya ada arahan yang jelas datang daripada operasi,politik tidak boleh masuk campur dalam urusan keselamatan negara," katanya yang merujuk kepada Amerika Syarikat yang tegas dalam soal keselamatan dan ketenteraan.Kerajaan melancarkan Ops Daulat pada 2 Mac lalu setelah beberapa anggota keselamatan negera terbunuh dalam serangan hendap di Kampung Tanduo.Setakat ini seramai 57 orang penceroboh bersenjata Sulu yang diketuai oleh Agbimuddin Kiram berjaya dibunuh manakala 9 anggota keselamatan terkorban.Jamalul Kiram III yang mendakwa sebagai Sultan Sulu menuntut hak sebahagian daripada Sabah. Dalam perkembangan berkaitan,Perdana Menteri Datuk Seri Najib sebelum ini mengingatkan agar pemimpin pembangkang tidak membuat andaian berhubung tindakan yang dilakukan oleh tentera dan polis terhadap kumpulan penceroboh tersebut.Datuk Seri Najib menyelar pihak tertentu terutama pemimpin pembangkang yang mendakwa tindakan mempertahankan kedaulatan negara dari peceroboh bersenjata Sulu sebagai 'sandiwara UMNO'.Polis beri amaran individu hina,persenda pasukan keselamatan negara dikenakan tindakan undang-undang.Sementara itu,Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran terhadap individu atau pihak yang menyebar dan membuat sebarang ulasan negatif mengenai tindakan pasukan keselamatan negara.Bercakap dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam,Khalid menegaskan arahan telah dikeluarkan supaya mengesan individu yang mengeluarkan kenyataan yang mencerca dan menghina tindakan pasukan keselamatan kita ini. Beliau berkata demikian bagi merujuk kepada kenyataan Naib Presiden PKR,Tian Chua memperlekehkan pasukan keselamatan negara yang sedang bertarung nyawa untuk hapus penceroboh bersenjata Sulu."Ini satu perbuatan yang amat keji.Jadi saya minta hentikan sebarang 'statement' yang menghina, mempersenda dan memperlekeh apa jua tindakan keselamatan negara kita kerana kita akan menjejaki mereka sehingga dapat," katanya.Jelasnya,polis dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memantau semua laman web dan media sosial bagi mengenal pasti mereka yang terlibat.Susulan itu,Khalid memberitahu polis sudah membuka dua kertas siasatan berhubung perbuatan memperlekeh pasukan keselamatan Beliau berkata pihaknya akan berbincang dengan Peguam Negara bagi menentukan tindakan berdasarkan undang-undang yang akan dikenakan terhadap mereka yang ditahan kerana disyaki mempunyai kaitan dengan penceroboh militan itu."Biar kita berunding dahulu dengan pihak Peguam Negara untuk siasat kes ini di bawah Seksyen 130 Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA 2012) dan Kanun Keseksaan," katanya. RENUNG-RENUNGKAN |
| KANTOI !!! LELAKI DALAM GAMBAR BERSAMA ANWAR IBRAHIM DI KENAL PASTI !!! VIDEO INSIDE !!! Posted: 15 Mar 2013 04:00 PM PDT saya takkan ulas panjang berkenaan dengan gambar ini.anda lihat sendiri gambar di atas dan bandinkan gambar di bawah.sama atau tidak ??? inilah yang rakyat nak jadikan perdana menteri ??? ![]() ![]() MINTA MAAF BAGI GAMBAR BESAR !!! SAYA NAK ANDA LIHAT BETUL - BETUL DARI BELAKANG MAMAT YANG NAK CIUM ANWAR IBRAHIM INI !!! BANDINGKAN GAMBAR DI ATAS !!! ANDA NAK LAGI ??? UNTUK SELANJUNTYA RENUNG-RENUNGKAN |
| You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.









No comments:
Post a Comment