BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! WONG TAK’S U-TURN ANGERS FOLLOWERS AND PARTIES IN OPPOSITION PACT !!!

Posted: 14 Mar 2013 12:00 PM PDT



DAP is now playing the race card by fielding self proclaimed Himpunan Hijau chairman Wong Tack,popularly known as arson Wong for his famous determination to burn down the Lynas plant if Pakatan wins the 13th general election.Wong Tack,shyly of course and humbly,accepted the offer by DAP,which at present anger the Himpunan Hijau's committee members who questioned his move because they had promised to stay impartial and non-partisan.Wong Tack had promised them their fight was only to have Lynas out of Kuantan purportedly to protect the environment and people from the alleged radiation from the processes in the plant.Now,with much grandeur and pom-pom,Wong Tack raised his hands together with DAP's owner Lim Guan Eng and pledged to serve the people of Bentong,Pahang.On Lynas ??? Well,he made an 'about turn' or 'U-turn' just like his boss in the pact Anwar Ibrahim "we will allow Lynas to operate after the company can prove it is not harmful to humans and environment." He claimed that this is after "weeks of intense discussion with the group's committee" and "with endorsements from leaders of the civil society,particularly on green issues". 

But how come the committee members came out in the Star daily asking Wong Tack why he went into politics when they had agreed to be free of political influence ??? So,imagine the 'U-turn' so suddenly was the thought of being an MP is too attractive for Wong ??? Or is Wong having the same mind as Guan Eng – racial ??? Would a "true environmentalist" use a political platform of an opposition and agreed to back Australian miner Lynas operating a controversial rare earths processing plant,if a new public inquiry proves it to be safe.Why wouldn't he stand for the general election on his own as Independent or under green banner (environmental flag) as some of the environmentalists in Europe and Australia did? And also if he and his group believed there is a need "to change the current regime",why not just throw their support behind the opposition pact instead of being a candidate of chauvinist party ??? Why is Wong so adamant about shutting down the Lynas to the extent of saying he was going to burn the plant decided to back a political pact that was willing to compromise their stand on Lynas ??? 

Until today,Wong Tack has never come out with any clarification on what Anwar has said in the interview but instead confirming he was going to contest under DAP ticket for Bentong parliamentary seat. Whatever Wong Tack had decided,it is obvious many people who stood behind him have now abandoned him, regretting their actions and for DAP,fielding Wong in Bentong has stir another friction because the seat was contested by PKR and now PKR is angry,after being openly displaced without any discussion. The opposition pact is in an obvious state of friction and disagreement on everything not just party's philosophies but even seats distribution.In reality,the end is near for the parties in the pact to disperse and go on their own strength and in this sense, there is actually no pact, just splinters of opposition trying to survive politically, not aiming for Putrajaya.

GAZE-PONDERS

KANTOI !!! BUKTI PAS SELAMA INI MENIPU RAKYAT TERBONGKAR !!! VIDEO INSIDE !!!

Posted: 14 Mar 2013 08:32 AM PDT


Selama ini apa yang PAS tak kata kepada orang Umno ??? semuanya ada kan ??? Terima upah RM 20-30,terima upah t shirt dan nasi bungkus dikatakan Umno rasuah.Umno beri duit.Sokongan kepada Umno dibayar dengan wang ringgit.tapi,Sokongan kepada mereka semuanya ikhlas dan tulen tanpa dibayar sesen pun.Kononnya mereka semua miskin dan tiada duit sehingga terpaksa kutip derma dari orang ramai.Itu dulu bolehlah kamu nak temberang,sekarang zaman kamera dalam poket,anda nak temberang apa lagi wahai puak PAS ??? Lihat video dibawah bagaimana seorang pemimpin Pas di Kelantan membahagi-bahagikan duit kepada mat-mat motor mereka


VIDEO INI ANDA NAK KATA APA PULAK WAHAI PEMBACA BADUT RAKYAT ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! HAYAT PAS KELANTAN KINI DI HUJUNG TANDUK !!!

Posted: 14 Mar 2013 07:08 AM PDT


Perhimpunan Orang Kelantan Naik Angin yang dianjurkan oleh NGO PERKASA yang di adakan baru-baru ini sememangnya menyebabkan ramai pemimpin dan penyokong PAS di negeri itu jadi hilang pedoman tak keruan jadinya.Dianggarkan 15,000 orang rakyat negeri ini dari sekitar Pasir Mas,Kota Bharu dan beberapa Parlimen berdekatan berpusu-pusu membanjiri kawasan perhimpunan,mengakibatkan timbul kegeruhan dalam hati pemimpin PAS Kelantan.Mereka langsung tak menjangkakan ribuan rakyat Kelantan termasuk dari kalangan penyokong PAS sendiri sanggup hadir meramaikan majlis tersebut yang pada awalnya diramalkan oleh pimpinan PAS Kelantan hanya akan dihadiri kurang dari 1,000 orang.Kempen propaganda PAS Kelantan beberapa hari sebelum itu yang mendakwa bekas Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir selaku tetamu di majlis tersebut tidak akan dapat menarik perhatian ramai,nyata gagal sama sekali.Lain yang mereka harapkan,lain pula yang terjadi. Panas terik mentari langsung tidak dihiraukan orang ramai,jelas sekali semakin ramai rakyat Kelantan sudah nekad dan bertekad untuk beralih arah dan bertukar cita rasa selepas hampir 23 tahun memberi peluang kepada PAS memerintah negeri. 

Baru-baru ini pula,sekitar 10,000 orang rakyat Kelantan beramai-ramai memenuhi jalan-jalan sekitar Bangunan UMNO Negeri dalam protes mereka terhadap Kerajaan PAS Kelantan berhubung pemilikan tanah-tanah berpuluh ribu ekar yang kini dikuasai bukan Bumiputera termasuk pemimpin DAP.Beberapa hari selepas itu,hampir 15,000 orang anak rantau Kelantan sekitar kuala Lumpur,Shah Alam,Negeri Sembilan dan Melaka hadir memenuhi Stadium Putra Bukit Jalil memeriahkan Himpunan Perdana Anak Kelantan Di Perantauan yang dirasmikan oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak. Suasana sebegini meriah hanya lebih kurang 3 tahun kebelakangan ini sahaja terasa,terutama selepas PAS menang nyawa-nyawa ikan dengan majoriti 65 undi semasa PRK DUN Manek Urai 2009 yang sebelumnya dimenangi dengan majoriti 1,352 undi pada PRU 2008. 

Selepas PRK Manek Urai diikuti PRK DUN Galas yang kemudiannya ditawan kembali oleh BN dari PAS,gelombang kebangkitan semakin kuat dan sejak itu apa sahaja majlis anjuran UMNO di negeri Cik Siti Wan Kembang ini pastinya mendapat sambutan berbanding majlis anjuran PAS.Faktor pemecatan Dr Hasan Ali dan pengguguran Ustaz Nasharudin Mat Isa sebagai ahli Majlis Syura juga sedikit sebanyak mendorong kesedaran ramai rakyat Kelantan khususnya dari kalangan penyokong PAS veteran dan orang muda tidak berparti untuk turut sama menjayakan Gelombang Merah Kelantan Berubah yang dipelopori UMNO ketika ini.PRU 13 yang mendatang ini bakal meletakkan PAS semakin terperosok jauh ke hujung tanduk,malah berdasarkan kaji selidik terkini juga mengesahkan hampir pasti PAS akan cedera teruk tertusuk tanduk,jika tidak pun jatuh berkecai menemui ajalnya.Dengan UMNO semakin mengukuhkan kedudukannya di 25 DUN manakala PAS hanya bergantung harap pada 17 kerusi DUN sebagai kubu terakhirnya, sementara baki 3 DUN lagi semakin condong kepada UMNO,tidak syak lagi PRU 13 adalah PRU terakhir untuk PAS sebagai Kerajaan Kelantan.Insya-Allah.

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! PENCEROBOHAN LAHAD DATU !!! PUAK PR GELAR BEKAS ANGGOTA KOMANDO DAN POLIS PONDAN ???

Posted: 14 Mar 2013 05:00 AM PDT


Sehingga kini sudah 9 orang anggota keselamatan kita telah terkorban sementara 56 orang lagi pengganas Sulu telah di bunuh,tapi hingga saat ini juga pemimpin kanan PR,Tian Chua yang menganggap peristiwa pencerobohan di Lahad Datu,Sabah hanyalah sandiwara dan konspirasi UMNO masih lagi belum memohon maaf di atas keterlanjurannya.Berikutan kenyataan biadap itu,orang ramai termasuk para pesara pasukan keselamatan terdiri daripada bekas tentera,komando dan polis telah bangkit menyuarakan bantahan di merata-rata tempat seluruh negara,tapi nampaknya seperti tiada maklum balas sewajarnya dari PR.Sebaliknya para pemimpin PR dan penyokong mereka kelihatannya masih cuba menegakkan benang basah dan cuba mempertahankan pandangan Naib Presiden PKR itu apabila masing-masing terus bermain dengan teori konspirasi mengikut imaginasi sendiri.Jelas sekali,tindakan mereka seperti mengiakan persepsi ramai bahawa rata-rata pemimpin dan penyokong PR sememangnya tidak patriotik akibat terlalu taksub berpolitik.Dalam perkembangan terbaru,sebuah laman portal pro PR yang diketahui cukup menyanjung tinggi dan akrab hubungannya dengan Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim iaitu suarapakatanrakyat.com gah mendakwa Tian Chua langsung tidak terjejas dengan bantahan dan protes yang disertai oleh bekas anggota komando dan polis baru-baru ini.Malah portal itu juga tanpa berselindung menyifatkan bekas anggota komando dan polis yang terlibat dalam bantahan terhadap Tian Chua itu sebagai pondan dan pengecut.Ia nyata satu penghinaan yang amat kurang ajar dan amat jauh dari membantu meredakan keadaan.

Kalau pun benar portal pro PR itu berbangga dengan slogannya,"kritis, berani dan telus" sepatutnya kecaman sebegini tidak wajar disiarkan apatah lagi bekas anggota komando dan polis yang dihina itu amat besar jasa mereka sepanjang khidmat mereka kepada negara.Waima sekalipun rata-rata pesara pasukan keselamatan ini sudah tua namun semangat kental mereka tetap muda,hatta kalau diminta bertugas untuk berkhidmat di medan bakti,masing-masing pastinya sanggup melakukannya demi agama, bangsa dan tanahair. Perkara sedemikian tentunya mustahil sanggup dilakukan oleh Tian Chua atau admin portal suarapakatanrakyat.com,justeru itu daripada bertindak mempersendakan bekas pesara tentera serta polis,bukankah lebih baik jika kita menghargai semangat dan jasa mereka ??? Tak mustahil selepas ini lebih banyak bantahan akan berlaku,apatah lagi PR ternyata belum mengambil iktibar dan pengajaran berikutan kecaman dan protes berterusan dari orang ramai tika ini.Di lihat pada senario ini,gayanya seperti PR sedang menggali kubur sendiri.Jika ini yang berlaku dalam PRU 13 kelak, usah dipersalahkan para pengundi atau pun orang lain, sendiri bermulut cabul maka bahananya perlulah ditanggung sendiri. Bukan begitu Pembaca Badut Rakyat ???

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF !!! PENCEROBOHAN LAHAD DATU !!! VIDEO PENERANGAN KHAS LAHAD DATU DAN KAUM SULU TERSEBAR !!!

Posted: 14 Mar 2013 01:30 AM PDT



Temu ramah khas isu Lahad Datu-Sulu bersama Asree Sug (penulis buku TAUSUG & Kesultanan Sulu) berdasarkan persoalan orang awam yang telah diambil secara survey di laman sosial facebook.6 soalan terpilih yang diajukan kepada Asree Sug adalah : 

1. Siapa Asree Sug ??? 
2. Apakah perbezaan antara Tausug dan Suluk ??? 
3. Kenapa Tausug tidak mengaku diri mereka Filipino ??? 
4. Apakah keunikan buku yang ditulis oleh Asree Sug ??? 
5. Apakah komen Asree Sug berkenaan isu Lahad Datu-Sulu ??? 
6. Apakah ada penyelesaiannnya dari kaca mata Asree Sug ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! RAKYAT MALAYSIA MENANTI ANWAR IBRAHIM SUMPAH LAKNAT !!!

Posted: 13 Mar 2013 10:00 PM PDT


Di saat seluruh negara sedang memfokuskan tumpuan kepada isu pencerobohan di Lahad Datu,Sabah,tak semena-mena PKR cuba mencuri tumpuan umum dengan mengadakan sidang akbar secara tertutup bagi pihak ayah Saiful Bukhari iaitu Azlan Mohd Lazim.Habis sidang akhbar secara tertutup,sehari dua kemudiannya bapa Saiful itu mengumumkan penyertaannya dalam PKR.Hebat sandiwara yang dimainkan,seolah-olah mahu mengabui mata umum bahawa baru kini Azlan terdetik untuk berjuang bersama PKR.Walhal bukan satu rahsia pun,sedari dulu lagi Azlan merupakan penyokong tegar PKR dan hanya munculkan diri setelah heboh kes liwat II diperkatakan dan sepanjang hampir 5 tahun itu Azlan dilihat cukup bersungguh-sungguh membela nasib anak lelakinya.Malah dialah yang paling sedih dan marah bila mana Mahkamah terpaksa membebaskan Anwar Ibrahim kerana bukti tidak cukup kuat untuk mengaitkan Ketua Umum PKR itu dengan perlakuan meliwat anaknya,Saiful.Waima sebelumnya,semasa Saiful mengambil keputusan untuk bersumpah mubahalah (sumpah laknat),si ayah yang sama ini jugalah tanpa sebarang bantahan atau teguran telah bersetuju menemani anaknya untuk melakukan sumpah laknat menyerahkan kesaksian dan pengaduan kepada Allah S.W.T. 

Jika dibaca kenyataan media oleh Azlan yang mendakwa dirinya sejak awal lagi langsung tidak pernah mempercayai dakwaan Anwar telah meliwat anaknya,timbul persoalan penting kenapa sebagai seorang bapa,Azlan tidak mengambil inisiatif mencegah Saiful dari bersumpah secara Islam ??? Sumpah laknat yang dilakukan oleh Saiful pada hari Jumaat 14 Syaaban 1429 bersamaan 15 Ogos 2008 di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta,Kuala Lumpur telah disaksikan sendiri oleh Azlan yang menemani anaknya dari awal hingga akhir dan sumpah yang dilafazkan oleh Saiful itu sah dan menepati kehendak Islam. "Saya Mohd. Saiful Bukhari Azlan, Kad Pengenalan No. 850706-01-5687 pada hari ini bersumpah dengan lafaz Bismillah hirrohmanirrohim,Wallahi,Watallahi,Wabillahi,bahawa sesungguhnya saya telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun 2008 iaitu pada tarikh tersebut Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memasukkan zakarnya ke dalam lubang dubur saya.Jika saya berdusta atas pengakuan ini,maka saya berdusta terhadap ALLAH S.W.T dan saya sanggup menerima azab, dilaknat dan kutukan daripada ALLAH S.W.T sehingga ke kiamat". 

Sumpah sedemikian bukannya perkara main-main,jika sumpah yang dilafazkan oleh Saiful adalah palsu bermakna bila-bila masa bermula tarikh itu sehinggalah selewat-lewatnya setahun kemudian pastinya laknat akan menimpanya.Ibn Hajar Al Salam as Qalani,seorang ulama di zaman silam pernah menceritakan, "Berdasarkan pengalaman,sesiapa yang bermubahalah sedangkan dia berbohong,dia tidak akan dibiarkan lebih dari satu tahun dari hari mubahalah.Telah berlaku mubahalah antara ku dengan seorang taasub kepada golongan Mulhid,dia tidak dibiarkan selepas mubahalah itu melainkan dua bulan." Manakala seorang ulama dari India,al-Syeikh Abi al-Wafa' Thana' al-Amritsari juga pernah bermubahalah dengan seorang nabi palsu bernama Mirza Ghulam Ahmad al-Qadyani yang kemudiannya berakhir dengan laknat kebinasaan yang menimpa Mirza Ghulam setahun selepas mubahalah dilakukan.Selain Ibn hajar dan Syeikh Abi Al-Wafa,ramai ulama bersepakat bahawa penghukuman dari Allah S.W.T akibat sumpah laknat pasti tiba seawal 40 hari atau pun 2 bulan selepas mubahalah dan paling lama dalam jangka waktu setahun. 

Bermula 15 Ogos 2008 sehingga sekarang,sudah lebih 4 tahun berlalu Saiful bersumpah secara Islam dan Alhamdulillah sehingga kini Saiful dalam keadaan sejahtera dan tiada laknat yang menimpanya,ini bermakna jelas sekali sumpah mubahalah yang dilafazkannya benar dan dakwaan yang disebutkannya adalah betul.Tinggal lagi sekarang,sehingga kini Anwar selaku tertuduh masih enggan melakukan sumpah laknat seolah-olah Ketua Umum PKR itu kurang percaya atau agak meragui keadilan dan kekuasaan Allah S.W.T. Peliknya,akuan bersumpah (SD) yang sering menjadi modal politiknya mudah pula dijadikan kesaksian bisu dalam usahanya menegakkan benang yang basah. Tapi jika tiba-tiba Anwar terdetik untuk bersumpah mubahalah,pastikan kalimah "Wallahi, Wabillahi, Wataallahi" disebut nyata dan tidak diganti dengan ayat lain,kerana syarat dalam Islam menuntut setiap sumpah mubahalah perlu disertai ketiga-tiga kalimah tersebut atau salah satu daripadanya.Apa pun,sama-sama kita nantikan kejantanan Anwar sama ada masih wujud keyakinannya terhadap kekuasaan Allah S.W.T ataupun sebaliknya.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! LIM KIT SIANG KATA PEMERINTAHAN BN SEKARANG TIDAK SAH ??? TERDESAK SANGAT KER ??? MEH BR JAWAB !!!

Posted: 13 Mar 2013 07:00 PM PDT



Setelah puas berlagak seperti pakar strategi ketenteraan berhubung tragedi pencerobohan bersenjata di Sabah,pencacai pakatan pembangkang cuba menjadi pakar perlembagaan pula apabila Penasihat Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Kit Siang mendesak agar kerajaan persekutuan untuk segera mengumumkan pembubaran parlimen bagi memberi laluan kepada pilihanraya umum ke-13 (PRU13).Kit Siang turut mengatakan jawatan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri pada ketika ini tidak lagi sah kerana tempoh pentadbiran kerajaan sudah genap lima tahun.Murah dan dangkal sungguh perkiraan yang dilakukan.Entah macamana Kit Siang boleh bermimpi ingin menjadi pemimpin negara jika tidak mampu memahami perlembagaan dan undang-undang mengenai pilihanraya ??? Patutlah pemilihan CEC DAP juga haru biru jadinya,rupa-rupanya memang mereka ini 'lembab' sedikit otaknya.Mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-negeri,Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri (DUN),adalah terbubar dengan sendirinya setelah tamat tempoh lima (5) tahun daripada tarikh persidangan pertama Dewan yang berkenaan selepas satu-satu Pilihan Raya Umum,kecuali jika dibubarkan lebih awal dan untuk rekod,kali terakhir pilihanraya umum diadakan ialah pada 8 Mac 2008,apabila kerajaan pemerintah membubarkan parlimen pada 13 Februari 2008. 

Sejurus selepas parti yang mendapat kerusi majoriti membentuk kerajaan,sesuai dengan perkara 55 Perlembagaan Persekutuan,Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, telah bersetuju untuk menetapkan tarikh 28 April 2008 sebagai tarikh bagi Mesyuarat Pertama,Penggal Pertama,Parlimen Malaysia Yang Kedua Belas.Telah tertulis juga bahawa Pilihanraya Umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran tersebut.Peruntukkan yang serupa juga terkandung di dalam Perlembagaan Negeri-negeri bagi tujuan Pilihan Raya Umum Dewan Undangan Negeri.Oleh itu,bagaimana pula Kit Siang boleh menuduh pemerintahan BN sekarang sebagai tidak sah ??? Takkanlah Kit Siang terlalu gilakan kuasa sehingga tidak boleh mengira hari ??? Kanak-kanak sekolah Tahun Dua juga sudah tentu boleh mengira bahawa parlimen akan terbubar sendiri pada 28 April 2013 dan bahawa isu yang dibangkitkan kononnya Perdana Menteri sedang melaksanakan tugas tanpa mandat rakyat adalah satu bentuk provokasi dan pembohongan oleh orang yang tidak tahu mengira tetapi gila kuasa.Bagaimanapun,sekiranya pencacai pembangkang mengunapakai 'kefahaman' mereka dalam isu ini,iaitu kerajaan mempunyai tempoh 5 tahun bermula dari tarikh pilihanraya umum untuk membubarkan parlimen,maka mereka wajar membubarkan segera DUN-DUN di Kedah,Kelantan,Selangor dan Pulau Pinang.Tindakan ini pasti dilihat sebagai 'menghormati' Kit Siang yang secara tidak langsung menyatakan bahawa Azizan,Nik Aziz,Khalid Ibrahim dan Guan Eng bukan lagi Menteri Besar dan Ketua Menteri yang sah dan perlu segera meletakkan jawatan berdasarkan analoginya mengenai perlembagaan negara mengenai pilihanraya

RENUNG-RENUNGKAN
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...