Apple Biru

Apple Biru


Operasi Menjejak Pengganas Terus Diperhebat

Posted: 14 Mar 2013 09:00 AM PDT


Meskipun tempoh 24 jam berakhir tanpa sebarang pertempuran, Operasi Daulat yang memasuki hari ke-10, berlarutan dengan operasi menggempur serta menjejak pengganas di Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk dekat sini, terus diperhebat.

Selain dua kawasan itu, operasi membersih dan menjejak militan yang kini bergerak dalam kumpulan kecil terus diperkukuh, termasuk mempertingkat sekatan jalan raya di luar kawasan operasi.

Operasi menggempur habis-habisan itu juga menyaksikan ketibaan dua helikopter pelbagai guna milik Tentera Darat, Agusta Westland AW109, di padang markas Operasi Daulat di Felda Sahabat 16 hari ini.

Gambaran Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin semalam bahawa Operasi Daulat kini di penghujung semakin jelas, dan ketibaan helikopter jenis peninjau serta pengangkut menggunakan enjin berkembar itu akan terus memperkukuh kekuatan sedia ada dalam usaha menggempur pengganas sejak pencerobohan dikesan 12 Feb lepas.

Zulkifeli berkata ketibaan pesawat itu bakal disertai 12 kereta kebal perisai berantai, beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia secara berperingkat. "Langkah menguatkan pertahanan dan kawalan itu bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh negara ini sama ada di laut dan darat," katanya.

Berikutan gerakan ofensif yang makin diperhebat, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dalam sidang akhbarnya petang tadi sekali lagi mengingatkan orang ramai dan pengamal media agar tidak memasuki kawasan Operasi Daulat bagi menjamin kelancaran serta kejayaan operasi itu.

Beliau berkata sekatan jalan raya berterusan juga membawa kepada penahanan seorang lelaki yang didapati membawa bungkusan mengandungi dua pedang samurai dan tiga bilah parang.

"Lelaki berusia 30-an itu ditahan pada 10.40 pagi dan dibawa ke Balai Polis Cenderawasih untuk disoal siasat," katanya tanpa menjelaskan sama ada lelaki itu warga tempatan atau rakyat asing.

Sejak pencerobohan, pasukan keselamatan menembak mati 58 musuh, manakala di pihak Malaysia, lapan anggota polis dan dua tentera gugur.

Pasukan keselamatan turut menahan 97 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan itu manakala 156 orang lagi ditahan kerana berada dalam kawasan larangan.

Dalam pada itu, Malaysia tidak menolak kemungkinan menubuhkan Suruhanjaya Diraja (RCI) atau membuka kertas putih bagi menyiasat dakwaan kemungkinan ada pihak yang menjadi dalang di sebalik insiden pencerobohan di Lahad Datu.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jika dilaksana, penubuhan itu antara lain bertujuan mengenal pasti motif sebenar pencerobohan, termasuk kemungkinan ada pihak yang membiayai militan dari selatan Filipina itu untuk menggugat keamanan serta kedaulatan negara.

"Saya sendiri pun hendak tahu dalang di belakang pencerobohan ini, dan siapa yang membiayai atau merancang perkara menyentuh kepada keselamatan nasional," katanya pada sidang akhbar di Sandakan pada Khamis.

Hishammuddin, yang meninjau beberapa lokasi yang terlibat dengan insiden pencerobohan, turut memaklumkan secara keseluruhan, keadaan keselamatan di Sabah bertambah baik termasuk di Tawau, Semporna dan Sandakan dengan keyakinan masyarakat umum terhadap ketenteraman di negeri itu semakin meningkat. -BERNAMA

Lahad Datu: Antara realiti dan sandiwara.

Posted: 14 Mar 2013 08:00 AM PDT


Sebuah kereta perisai tentera di Kampung Tanduo, Lahad Datu berikutan pertempuran antara pasukan keselamatan dan penceroboh Sulu, baru-baru ini.

SEJAK menjadi wartawan profesional (sepenuh masa) lebih 24 tahun lalu, saya terlalu banyak bergelumang dengan politik. Saya dikelilingi oleh orang politik yang berbagai warna dan corak.

Maka itu kami sudah tidak hairan dengan permainan sepak-terajang, auta, silap mata dan sandiwara politik.

Namun, sepanjang kerjaya itu jugalah Anwar Ibrahim dilihat sebagai pemain yang cukup hebat. Permainan beliau cukup dengan muslihat yang licik. Permainannya sukar dikesan. Namun para wartawan cukup arif dengan pergerakan beliau.

Semasa "pemerintahan" beliau selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia dahulu, rata-rata kalangan wartawan seusia dan sezaman dengan saya ketika itu cukup "tidak begitu gemar dengan beliau".

Setiap kali duduk di meja minum, tiada perkara lain yang digossipkan, kecuali mengenai si Anwar ini. Pendek kata, semasa beliau dalam Kabinet lagi, kami para wartawan sudah mula menggossipnya. Ada sahaja yang tidak kena dengan gelagat si Anwar ini, baik dari segi perwatakannya, sikapnya, cara menovering-nya, penguasaannya terhadap "bos-bos" media kami, mengenai lingkungan sahabat-sahabat kroninya dan pelbagai lagilah.

Beliau dilihat cukup rakus dan kemudian kelihatan gelojoh. Cara hidupnya berubah sekelip mata daripada corak ABIM kepada korporat. Kroni-kroninya juga turut berubah.

Setiap kali minum teh tarik di atas meja (pada masa itu), ada sahaja kami mengata mengenai beliau. Ia termasuklah mengenai cara beliau berucap. Berbunga-bunga dan berfalsafah sehinggalah kami tidak faham apa yang mahu diucapkan.

Selepas beliau dipecat, maka terserlah lagi sikap beliau yang sebenar. Warna-warna sebenar kulit Anwar sudah terjelma. Terus-terang kami katakan itulah sebenarnya Anwar Bin Ibrahim. Beliau lebih licik lagi.

Beliau suka berdrama. Beliau suka berteater. Beliau suka bersyair. Beliau suka berpuisi. Sehingga dalam hal-hal realiti pun beliau suka bersandiwara.

Oleh itu tidak hairanlah, beliau pernah menuduh kerajaan meracunnya dengan racun arsenik. Sepanjang tempoh perbicaraannya dulu, dia memakai pendakap leher dengan imej mata lebam untuk menunjukkan simpati kepada rakyat. Drama sakit pinggangnya cukup mendebarkan dan macam-macam lagi.

Drama beliau cukup hebat. Disingkatkan cerita yang panjang, kini isu pencerobohan di Lahad Datu juga mahu didramakan.

Puak-puaknya tiba-tiba mengatakan itu semua sandiwara. Hulu balangnya, yang gemar tidur di depan trak FRU, Tian Chua mengatakan ia hanyalah ploy (muslihat) UMNO untuk menarik perhatian rakyat. Ada yang sanggup mengatakan tugas polis dan tentera adalah untuk mati dan berbagai-bagai lagi.

Tian Chua enggan memohon maaf kepada pihak keselamatan polis dan tentera apabila membuat tuduhan itu. Saya difahamkan beliau ada menghantar SMS kepada satu pihak mengatakan "saya serahkan nasib saya kepada Yang Maha Esa" namun tidak sekali-kali akan memohon maaf.

Orang Anwarinas dalam Pas juga mendakwa tragedi di Lahad Datu sebagai sandiwara.

Berikut ialah petikan berita Tian Chua yang ditulis oleh lidah rasmi PKR, Keadilan Daily.

KUALA LUMPUR 1 MAC: Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan UMNO untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.

Ahli Parlimen Batu itu berkata, insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan UMNO.

"Kita rasa pelik kenapa media Malaysia tidak melaporkan kejadian itu? Semua sumber laporan oleh media asing.

"Dari mana mereka dapat info sedangkan tidak ada wakil media yang dibenarkan membuat liputan? Malah berita yang dilapor itu setakat ini belum diketahui kesahihannya," kata Tian kepada Keadilan Daily.

Namun peliknya, sepanjang tempoh tragedi Lahad Datu itu tiada siapa pun daripada kalangan PKR mahupun Pas yang berkunjung ke Sabah mahupun Sarawak untuk menunjukkan rasa simpati mereka. Yang dilaporkan pergi hanya Lim Kit Siang ke Sabah iaitu dua hari selepas kejadian dan tokoh kerdil PKR, CheguBard hujung minggu lalu. Selain daripada itu tiada.

Tapi yang hairannya, sebelum tragedi Lahad Datu itu Anwar dan konco-konconya sering berulang-alik ke Sabah. Anwar ke Sabah pada Disember 2012 lalu bersama-sama Azmin Ali dan beberapa yang lain, sambil bergembira menyanyi dan menari lagu 'Sabah Akan Hilang'.

Benarkah beberapa ketika sebelum itu, Anwar difaham dan dikatakan beberapa kali ke Filipina. Tidak diketahui untuk tujuan apa?

Selepas daripada itu Anwar mengadakan Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) Januari lalu, sebelum meletusnya tragedi di Lahad Datu baru-baru ini.

Semuanya berlaku secara kebetulan. Pihak pembangkang terus menerus mengatakan bahawa BN akan kehilangan simpanan tetapnya (fixed deposit) di Sabah. Sabah mempunyai 25 kerusi Parlimen.

Tiba-tiba, nak jadikan cerita lebih kalut. Bekas penyiasat persendirian P. Balasubramaniam (PI Bala) balik dari tempat persembunyiannya di luar negara. Setibanya dalam negara, dia dibawa mengadakan ceramah di Dewan Perhimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur untuk mengaitkan PM dengan kes Altantuya. Malah semasa tiba di lapangan terbang dia secara terus terang mengatakan "pulang untuk membantu pembangkang".

Namun, ceramah itu dikatakan tidak mencapai matlamat yang dikehendaki. Apa yang dia cakap sebelum ini dan pada ceramah itu tidak konsisten. Tahu-tahu PI Bala dikatakan diserang sakit jantung pula semasa berceramah di Bachok, Kelantan. Dia kini berada di hospital.

Aktivis PKR, CheguBard dalam blognya kelmarin mendakwa PI Bala mungkin menjadi mangsa sihir(?!)

Berikut petikan CheguBard dalam Kedailan Daily kelmarin: Katanya, terdapat dakwaan mengatakan Balasubramaniam jatuh sakit kerana terkena ilmu sihir.

"Ada kawan-kawan sebut, angkara ilmu hitam. Saya tak tahu. Mereka (musuh Bala) boleh buat apa sahaja. Yang penting, kita tawakal kepada Maha Pencipta," kata Badrul.

Secara kebetulan atau sengaja mahu mengalihkan perhatian penduduk Malaysia daripada isu Lahad Datu, PKR tiba-tiba mengadakan sidang akhbar bapa Saiful, Azlan Bukhari.

Melihatkan tiada impak besar pendedahan Azlan berbanding pendirian anaknya Saiful yang terus mendakwa dia diliwat oleh Anwar, Azlan membuat satu lagi sidang akhbar di pejabat PKR kelmarin.

Itu juga tidak berjaya untuk menutup pendirian Saiful yang terus menuduh Anwar meliwatnya. Saiful pernah bersumpah laknat di dalam masjid diiringi oleh bapanya, Azlan.

Selagi saya berada dalam lingkungan kewartawanan Malaysia dan politik Malaysia maka sandiwara demi sandiwara ini akan terus berlaku.

REALITINYA: Tragedi pencerobohan di Lahad Datu dan Semporna serta kawasan sekitarnya telah mengorbankan lapan nyawa anggota pasukan keselamatan kita. Ia bukan main-main. Kita tidak tahu mengapa ada orang yang bermain sandiwara dalam hal ini? (Berita terbaru pagi semalam melaporkan seorang lagi anggota perajurit kita terkorban).

Anggota-anggota polis itu dibunuh, juga dengan penuh tipu muslihat melalui serangan gerila. Pengganas ini dikatakan cukup ganas dan kejam sehingga sanggup mencederaparahkan anggota badan anggota-anggota keselamatan yang dibunuh dan semasa mereka masih nazak. Tak perlulah saya perincikan keadaan jenazah para syuhada itu, terlalu sedih.

Hasil daripada tragedi pencerobohan itu, rakyat Malaysia telah bersatu. Soal keselamatan negara dianggap tidak boleh dikompromi.

Keselamatan berada di paras tertinggi keperluan hidup rakyat, mengatasi politik dan ekonomi.

Rakyat pelbagai bangsa termasuk kaum Cina yang menguasai ekonomi negara, mula menunjukkan sokongan secara semula jadi kepada peristiwa pencerobohan tersebut. Security First, kata mereka.

Tian Chua yang cuba mengalihkan perhatian daripada isu Lahad Datu itu ditolak rakyat. Lebih 1,000 repot polis dibuat di seluruh negara.

Tian Chua dikutuk di sini-sana.

DAP nampaknya cuba pejam mata dengan isu ini. Jika isu-isu lain, termasuk kes ahlinya terjun bangunan di Shah Alam dulu mereka mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Diraja, isu Lahad Datu mereka hanya meminta supaya ditubuhkan Jawatankuasa Parlimen. DAP senyap sunyi dalam isu kedaulatan negara yang dicerobohi ini.

Dalam PKR sendiri berlaku krisis antara ahli Melayu dan Cina. Ada sesetengah pemimpin Melayu mendesak Tian Chua dikenakan tindakan disiplin di atas keceluparannya. Ahli-ahli Cina hanya berdiam diri.

Semoga Malaysia yang indah dan kaya ini, terus aman dan damai.

Terima kasih diatas artikel menarik ini

Hot! Perjumpaan Sulit Ahli Parlimen BN Bersama Anwar!

Posted: 14 Mar 2013 07:28 AM PDT


Kelmarin berlaku satu perjumpaan sulit diantara Anwar dan beberapa Ahli Parlimen BN dan juga ahli Parlimen Bebas yang pernah keluar dari pakatan pembangkang. Perjumpaan yang dibuat secara tertutup ini berjalan hampir 3 jam di Kuala Lumpur.


Anwar menawarkan kepada beberapa ahli parlimen ini RM10 juta setiap seorang untuk lompat parti selepas PRu13. Menurut sumber Pisau , Anwar sedar  PRU13 nanti pakatan tidak mampu menang berdasarkan rating beliau dan pengaruh persepsi terhadap pembangkan jatuh menjunam. Maka sebagai langkah persediaan Anwar telah merangka beberapa strategi yang pasti akan mengejutkan negara.

Semasa perbincangan tersebut berlangsung dengan mesra sekali kerana dikalangan mereka yang hadir adalah rakan lama Anwar dan juga pernah menjadi wakil rakyat pembangkang. Tawaran yang diberikan cukup besar dan mampu mengelapkan mata apatah lagi segelintir yang hadir memang diketahui punyai masaalah kewangan.

Separuh dibayar selepas penamaan calon dan separuh lagi akan dibayar selepas pengumuman lompat parti. Itulah syaratnya,perkiraan yang dibuat Anwar hanya mahu majoriti mudah untuk mengambil alih Putrajaya maka perjumpaan yang dihadiri oleh ahli parlimen ini menurut sumber adalah diperingkat fasa ke 3 setelah beliau turut mengadakan rundingan di Sabah dan Sarawak.

Kita boleh lihat disaat ambang PRU13 beberapa muka yang pernah menjadi orang kuat Anwar sudah kembali. Rahim Ghaouse dikatakan membawa berkarung karung wang dari Australia dan London. Malah menurut sumber pihak Kastam dibayar ratusan ribu untuk  menyeludup wang tersebut keluar dari KLIA.

Apa yang menariknya ,PI Bala membuat comeback setelah sekian lama melarikan diri turut didedahkan menerima RM700 ribu daripada Anwar untuk membuat fitnah terhadap Najib dan Rosmah. Begitu juga ayah kepada Saiful Bukhari yang sebelum ini dituduh oleh CheguBard dan Anwar sebagai kaki judi dan mempunyai masaalah rumahtangga tiba tiba pulang kepangkuan PKR.

Pendedahan ini adalah sebahagian daripada maklumat eksklusif yang pasti akan memanaskan politik negara tidak lama lagi.


BREAKING NEWS : Budak Sekolah Kena Naya Dengan Pengganas Sulu!!! Wajib Tengok

Posted: 14 Mar 2013 06:55 AM PDT

Alahai! Kesian budak ni. Kena naya sungguh! Udah le namanya Wong Su Lu. Kebetulan pulak duduk di Lahad Datu. Sampai sanggup absent kat sekolah sebab nama dia sama dengan pengganas Sulu. Teman nak gelak pun ada, kesian pun ada. Secara kebetulan aje la kot! Kesian budak ni kena penaya! Adeehh!! Kome baca la!!!

Yang teman tak tahan bila budak ni cakap " You Die, I Die, Everybody Die"..heheee..

LAWAK WEH! Mari Tengok! Tian Chua Jadi Babi Hutan Pulak!

Posted: 14 Mar 2013 06:22 AM PDT


Lawak der! Macam budak-budak la pulak! Kesian! Nak lari mana? Kalau kome tengok pic ni, mesti kome gelak punya. Macam babi hutan kena tangkap. Bagi masuk dalam kandang..kahkahkah!!

Kisah Tian Chua yang cuba melarikan diri dari pertuduhan Akta Hasutan jadi buah mulut rakyat. Tengok perangai Tian Chua ni kena berkas dengan polis. Adeehh! Jadi babi panggang!..hahahaha..

UPDATED OP DAULAT 8.45 PM : Lelaki Ditahan Bersama Dua Bilah Pedang Samurai Disyaki Pengganas Sulu

Posted: 14 Mar 2013 05:51 AM PDT


Pasukan Keselamatan menahan seorang lelaki dipercayai ada kaitan dengan pengganas Sulu di kawasan operasi di Tanjung Labian, di sini hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, dalam kejadiam pada pukul 10.45 pagi itu pihaknya turut merampas dua bilah pedang samurai dan tiga bilah parang. - UTUSAN

HOT NEWS : Wan Azizah Syak Liwat 3 Berlaku

Posted: 14 Mar 2013 05:37 AM PDT


Demam pilihan raya ke13 yang hanya tinggal sejengkal sahaja cukup membuatkan presiden parti PKR resah gelisah. Namun dalam suasana resah gelisah yang hebat melanda parti itu, satu persatu keburukan sikap para pemimpin PKR terdedah.

Ditengah-tengah negara sibuk memperkatakan suaminya antara dalang dalam pencerobohan di Sabah, beliau dikejutkan dengan hubungan intim suaminya dengan boy muda.

Wan Azizah hairan bagaimana Anwar masih cuba mengulang tabiat buruknya. Sudahlah kesnya dengan Saiful belum selesai, kini sudah berani memasang angan-angan melempiaskan nafsu luar biasanya.

Wan Azizah amat bimbang hubungan rapat yang terjalin antara Anwar dengan Setiausaha Politik Ahli parlimen Ampang, Mohd Fareez Kamal. Takut-takut terjadi pisang berbuah tiga kali.

Cukuplah dia menanggung derita malu selama ini. Wan azizah tidak sanggup lagi melihat 'anu' suaminya dijaja dan dipertontonkan secara meluas. Biarlah dirinya dan cina doll sahaja yang mengetahui kehebatan Anwar.

Baru-baru ini Mohd Fareez telah mendedahkan dalam sepucuk surat yang ditujukan kepada Hadi Awang agar menasihati Wan Azizah. Menurutnya, Wan azizah adalah seorang yang akan melakukan apa sahaja jika didapati seseorang itu terlalu rapat dengan suaminya, termasuklah Azmin Ali.

Seperti biasa Anwar dan ahli pakatan pembangkang yang lain akan mengatakan ini semua rancangan Umno dan BN. Orang sendiri yang benci dengan kepimpinan parti, orang lain pula yang dituduh.

Paling baru, Mohd Fareez terpaksa membuat laporan polis setelah merasakan wujudnya ancaman yang diterima oleh diri dan keluarganya. Jadi kepada kakitangan parti PKR yang masih berkhidmat dengan Anwar, berhati-hatilah. 

Jika anda terlalu baik dengan Anwar anda akan kena...kena liwat atau diancam oleh wan Azizah. Moralnya, jangan berkhidmat dengan pemimpin yang lebih mementingkan punggung anda daripada kemakmuran negara. 

Laporan polis yang telah dibuat oleh Mohd Fareez : 

1. Saya seperti penama di atas dengan ini ingin membuat laporan polis kerana saya khuatir dengan keselamatan saya dan keluarga saya yang kini sedang terancam dan dalam bahaya.

2. Semasa menginap di Hotel Sama-Sama KLIA, saya telah diberitahu oleh pihak hotel terdapat beberapa orang yang tidak dikenali cuba mencari maklumat mengenai bilik penginapan saya. Saya percaya bahawa kemungkinan mereka ini adalah dari kalangan penyokong atau orang suruhan Datin Seri Wan Azizah yang marah dengan saya.

3. Saya yakin bahawa saya kini sedang diburu oleh para penyokong atau orang suruhan Wan Azizah, rentetan kesan daripada surat yang ditulis oleh saya kepada Tuan Guru Hadi Awang dan sisipan salinan kepada Tok Guru Nik Aziz serta YB Karpal Singh.

4. Dalam kandungan surat tersebut, saya telah meminta jasa baik Tuan Guru Hadi untuk menasihati Wan Azizah agar sedia berundur kerana beliau tidak layak untuk memimpin parti dan hanya YB Azmin Ali yang layak. Jelas, surat saya tersebut telah menimbulkan kemarahan Wan Azizah terhadap saya. 

5. Saya juga percaya bahawa Wan Azizah juga berniat mahu menghancurkan karier politik saya dalam Keadilan atas faktor cemburunya terhadap hubungan rapat antara saya dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kini ada pihak yang mengganggu gugat keselamatan saya dan keluarga.

6. Maka, saya memohon pertolongan dari pihak polis untuk memberi jaminan perlindungan dan keselamatan kepada saya dan keluarga dari pihak yang mahu mengecam saya.



CELAKA HARAM JADAH! Bekas Komando Dan Perajurit Dihina Pakatan Haram Sebagai Pondan

Posted: 14 Mar 2013 04:00 AM PDT


Saya tidak pasti siapa editor laman Suara Pakatan Rakyat yang semakin "ganas" menjaja propaganda Pakatan Haram setiap hari khususnya menjelang PRU ke-13 yang bakal menjelang tidak lama lagi. Tapi, laman itu semakin melampau..!

Terkini, laman keji itu mengutuk bekas-bekas perajurit yang mengecam Naib Presiden PKR, Tian Chua, yang menuduh insiden berdarah di Lahad Datu, Sabah, sebagai "sandiwara" yang didalangi UMNO.

Menurut penulisnya, Tian Chua semakin mendapat sokongan rakyat berhubung kenyataannya yang menghina nyawa-nyawa wira negara yang terkorban di Lahad Datu menentang pengganas yang dihantar "sultan palsu", Jamalul Kiram III.

Laman itu mendakwa gambar Tian Chua di pijak oleh "komando tua" yang bacul manakala Naib Presiden PKR itu tetap "istiqamah" bertegas dengan dakwaannya itu tanpa rasa bersalah kepada mana-mana pihak.

Saya tertanya-tanya, terdesak sangatkah sehingga laman itu sanggup melakukan sesuatu yang sangat bodoh dan bebal seperti itu?

Apakah editornya tidak dapat melihat betapa marahnya rakyat Malaysia terhadap Tian Chua atas kenyataannya yang biadap dan kurang ajar itu?

Sandiwara jenis apakah yang sanggup dilakukan sehingga menyebabkan anggota keselamatan kita dari PDRM dan ATM gugur syahid di medan pertempuran?

Laman pro-Pakatan Haram itu memperlekehkan tindakan rakyat yang marah pada Tian Chua, kononnya tangisan dan laungan bantahan yang dilakukan itu "dibayar" serta dilakukan semata-mata untuk meraih publisiti murahan!

Lebih kurang ajar lagi, portal itu mempersoal dan menyifatkan wira-wira negara yang terkorban di Lahad Datu itu sebagai kurang latihan, cuai dan tidak memiliki kelengkapan ketenteraan yang mencukupi bagi menghadapi pengganas di sana.

Tidakkah Pakatan Haram faham bahawa ajal maut itu ditangan Allah SWT. Sekiranya ajalnya sudah tiba, Izrail tidak akan menangguhkan ajal hamba Allah itu walau sesaat sekalipun tanpa mengira tempat.

Cuma, wira-wira negara yang terkorban itu begitu mulia sekali "pengakhiran" hayatnya apabila arwah-arwah itu diberi penghormatan untuk gugur syahid demi mempertahankan kedaulatan sebuah negara Islam yang menjadi contoh di seantero dunia!

Pengorbanan mereka tersimpan rapi di dalam lipatan sejarah dan nama wira-wira yang bersabung nyawa itu akan kekal mengharum dikenang sehingga ke akhir zaman oleh rakyat di negara ini. Faham?

Jadi, tidak timbul persoalan sama ada tentang soal cuai, tidak cukup latihan atau senjata tidak lengkap berhubung insiden di Lahad Datu itu. Semuanya ketentuan Allah SWT dan kita sebagai hambaNya sepatutnya redha dengan qadha dan qadarNya.

Puak-puak Pakatan Haram tidak percaya pada qadha dan qadar Allah SWT, kah?

Saya faham bahawa puak-puak Pakatan Haram sememangnya mendewa-dewakan Tian Chua. Saya juga tahu tentang sokongan tidak berbelah bagi terhadap kepimpinan PKR yang menyokong penuh Israel untuk bertindak menyerang Palestin.

Tapi, saya juga yakin bahawa rakyat di Malaysia tidak bodoh seperti penyokong-penyokong pembangkang itu yang dipercayai tidak menggunakan akal kurniaan Allah untuk berfikir. Rakyat tahu menilai kejijikan akhlak para pemimpin Pakatan Haram.

Namun saya ingatkan pada Tian Chua dan mana-mana pemimpin Pakatan Haram supaya tidak terlalu biadap kerana saya pasti bahawa rakyat tidak akan membiarkan penghinaan melampau dilontarkan pada wira-wira negara itu.

Bak kata pepatah Melayu, terlajak perahu mungkin boleh diundur, terlajak kata binasa badan". Pakatan Haram teringin sangat nak binasa cepat ke?

Mykmu.net

OH ZURAIDAH!

Posted: 14 Mar 2013 03:30 AM PDT


Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin akan menggunakan pelbagai helah untuk melindungi diri beliau daripada isu berkaitan kepimpinannya termasuk dalam hal membabitkan Mohd. Fareez Kamal Intidzam.

Menurut bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ampang, Mohd. Isa Mohd. Saidi, tindakan Zuraida menafikan Mohd. Fareez sebagai setiausaha politiknya memang sudah dijangka.

Sehubungan itu, beliau meminta wakil rakyat Parlimen Ampang itu menyatakan siapakah yang melaksanakan tugas-tugas menguruskan beliau selama ini jika bukan Mohd. Fareez.

''Mohd. Fareez memang setiausahanya dan memang tidak dinafikan lelaki itu juga yang membantu beliau membuat kerja-kerja membabitkan urusan Parlimen.

''Tetapi mengenali Zuraida, beliau memang suka membuat penafian terutama jika berdepan masalah,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

PADAN MUKA! CIkgu Biadap Mohd Lotfi Nor Akan Diambil Tindakan! Buang je Terus

Posted: 14 Mar 2013 03:04 AM PDT


Kenyataan Cikgu biadap ni dah dapat respon Kementerian Pelajaran Malaysia. Kenyataan Akbar tersebut menyebut tindakan tegas akan diambil ke atas Cikgu Laknat ni. Teman rasa elok dibuang terus je. Tindakan tatatertib yang lebih keras. Menghina pejuang dan wira negara mempertaruhkan nyawa demi menjaga keselamatan negara.


BREAKING NEWS : Dua Buah Helikopter Agusta Westland Milik Tentera Darat Tiba di Felda Sahabat

Posted: 14 Mar 2013 02:47 AM PDT


Dua helikopter pelbagai guna milik Tentera Darat, Agusta Westland AW109 tiba di padang markas Operasi Daulat di Felda Sahabat 16, dekat sini, Khamis.

Helikopter jenis peninjau dan pengangkut menggunakan enjin berkembar serta mampu memuatkan lapan penumpang itu diperlukan bagi mengukuhkan lagi kekuatan pasukan keselamatan dalam usaha menggempur pengganas sejak pencerobohan dikesan 12 Feb lepas.

Ia susulan pengumuman Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, semalam bahawa kekuatan dari segi aset dan anggota Operasi Daulat perlu ditambah untuk terus menggempur penceroboh militan khususnya di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk.

Zulkifeli berkata langkah menguatkan pertahanan dan kawalan itu bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh ke negara ini sama ada di laut atau di darat.

Selain helikopter itu, 12 kereta perisai berantai jenis Adnan dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia juga dijangka tiba di sini secara berperingkat.

Sejak pencerobohan, pasukan keselamatan menembak mati 56 musuh, manakala lapan anggota polis dan dua tentera gugur di pihak Malaysia. -BERNAMA

BREAKING NEWS : Gempuran Penamat Dalam Masa 48 Jam!

Posted: 14 Mar 2013 02:12 AM PDT


Angkatan Tentera DiRaja Malaysia (ATM) dijangka akan melakukan gempuran terakhir bagi menamatkan terus pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di kawasan Lahad Datu, Sabah.

Penulis menjangkakan gempuran akan dilakukan dalam tempoh 48 jam lagi.

Konflik Lahad Datu perlu dihabiskan segera bagi membuka laluan untuk kerajaan menumpukan pula kepada isu Pilihan Raya Umum Ke-13.

Mynewshub difahamkan pembubaran Parlimen terpaksa dibawa ke bulan hadapan berikutan isu Lahad Datu menuntut kerajaan berkuasa penuh menanganinya dan bukan kerajaan 'caretaker'.

Seperti yang kita tahu, semalam ATM telah pun mengumumkan ia akan menambah aset dan anggota untuk menggempur pengganas yang menceroboh negara di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu, sejak 12 Feb lepas.

Malah, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin memberi gambaran operasi daulat yang memasuki hari kesembilan (semalam), berada di penghujungnya dengan tumpuan menjejaki saki-baki pengganas yang kini bergerak dalam kumpulan kecil.

Beliau berkata 12 kereta kebal perisai berantai, beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia akan tiba hari ini di sini secara berperingkat.

Mynewshub difahamkan, helikopter berkenaan yang sedia dimuatkan dengan machine gun sudah pun mula terbang di kawasan Lahad Datu.

Zulkifeli berkata, langkah menguatkan pertahanan dan kawalan itu bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh ke negara ini sama ada di laut dan di darat.

Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman memberitahu Radio 24 bahawa Malaysia tidak akan menerima sebarang rundingan buat masa sekarang, termasuk rundingan yang dibuat oleh pihak ketiga seperti kerajaan Filipina.

Ini bererti hanya tindakan ketenteraan sahaja sebagai jalan penyelesaian terhadap krisis pencerobohan di Lahad Datu yang bermula sejak Februari lalu.

Hari ini, Op Daulat memasuki hari kesepuluh. Ketika gempuran pertama dibuat, sebanyak 8 jet pejuang termasuk jenis F18 dan hawak telah digunakan.

Walaupun pengganas Sulu yang merupakan pengikut Jamalul Kiram III ramai yang mati dalam serangan itu, namun sebahagian berjaya melarikan diri.

Kumpulan berkenaan yang sudah berpuluh tahun memiliki kemahiran perang gerila menyebabkan Op Daulat berlanjutan apabila pasukan komando terpaksa digerakan masuk ke zon merah bagi mengesan saki-baki pengganas.

Pada masa ini, Mynewshub difahamkan hanya tinggal kumpulan yang terlalu kecil pada waktu ini tetapi masih berdegil.

Mynewshub

PANAS! Pengerusi Anti Lynas Kena Sepak! Kahkahkah

Posted: 14 Mar 2013 01:43 AM PDT

Alahai! Kesian..Sekor kepala Anti Lynas, Wong Tack Pengerusi Himpunan Hijau tempelak dengan ahli sendiri. Ini berikutan keputusan Wong Tack akan bertanding dalam Pilihanraya ke 13 mewakili DAP bagi Parlimen Bentong. Aduyaii!! Ahli-ahli dah marah da weh!

Menurut laporan The Star, ahli-ahli Himpunan Hijau mendesak Wong Tack meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Himpunan Hijau di atas keputusannya terlibat dengan politik. hahaha...Kesian..Dah la kena tipu dengan Pakatan Rakyat. Lynas tak jadi la kena bakar la kot! Pakatan Rakyat pun sokong dengan Kilang Lynas. Apa cer? Bodoh! Buta je kena tipu dengan Pakatan Rakyat..Dalam diam Wong Tack tipu ahli-ahli Himpunan Hijau untuk berjuang demi kepentingan diri sendiri..kahkahkah!!

BREAKING NEWS LAHAD DATU: Tentera Ambil Alih! Siap Kau Pengganas!

Posted: 14 Mar 2013 01:22 AM PDT


Kementerian Pertahanan kini bertanggungjawab menjaga perairan timur Sabah sepanjang 1,400 km yang sebelum ini di bawah tanggungjawab Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, dengan arahan terbaharuitu, perairan Sabah yang dikawal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM),akan terletak di bawah tanggungjawab kementeriannya dengan dibantu Tentera LautDiraja Malaysia (TLDM).

"Saya menerima 'command' (kuasa pemerintahan) ini Jumaat lepas, yangsuratnya telah diserahkan kepada saya oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku menteri yang bertanggungjawab berhubung APMM.

"Command APMM di Sabah telah diserahkan kepada saya (Kementerian Pertahanan), tidak lagi di bawah JPM," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Panglima Angkatan Tentera Singapura, Leftenan Jeneral Neo Kian Hong di Kementerian Pertahanan di sini Khamis.

Ahmad Zahid menyifatkan penyerahan rasmi tersebut adalah perlu untuk mengkoordinasikan antara operasi yang dilakukan TLDM dan APMM.

"Saya mengucapkan terima kasih atas kepercayaan timbalan perdana menteri daninsya-Allah saya akan mengambil tanggungjawab ini untuk mempertahankan danmewujudkan tanggungjawab 'surveillance' (pengawasan) di kawasan 1,400 kmpersisiran pantai dan kawasan perairan di timur Sabah ini," katanya.

Beliau berkata, dengan penyerahan ini bermakna, Kementerian Pertahanan akanmembantu APMM dari segi penambahan aset baru dan keperluan lain yang perludibincangkan lanjut dengan Muhyiddin dan Ketua Pengarah APMM, Laksamana MaritimDatuk Mohd Amdan Kurish.

Menjawab soalan berhubung tangkapan di Sabah, Ahmad Zahid berkata: "Kita mempunyai hubungan yang baik dengan Filipina dari segi pertahanan. Setiausaha Pertahanan Filipina Voltaire T Gazmin telah hubungi saya melalui telefon dan beritahu beliau telah mobilisasikan tentera laut dan pengawal pantai.

Katanya, tangkapan yang dilakukan mempunyai dua bentuk iaitu mereka yang bakal menjadi penceroboh, iaitu yang datang dari kepulauan Sulu, ataupun yang datang dari perairan Malaysia masuk ke tempat mereka.

Mengenai lawatan tersebut, Ahmad Zahid menjelaskan ia adalah lawatan perpisahan Kian Hong kerana akan meninggalkan Angkatan Tentera Singapura sebelum bertugas dalam sektor awam.

"Dalam perbincangan itu, saya ada jelaskan apa yang berlaku di Lahad Datu. Tentunya walaupun mereka tak akan campur tangan dalam soal domestik di Malaysia, tetapi saya fikir sebagai sebuah negara Asean, mereka turut prihatin dengan permasalahan yang kita hadapi sekarang," katanya. - BERNAMA

HOT NEWS : Pencerobohan Haram & Kelakuan Kejam, Jamalul Kiram

Posted: 13 Mar 2013 10:30 PM PDT


KALAU takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Demikian juga adat berjuang. Cedera, luka atau terkorban adalah sunnahnya orang yang berjuang. Bahkan ia adalah cita-cita dan impian tertinggi orang yang beriman untuk terkorban. Rasulullah SAW bersabda maksudnya "Barangsiapa yang meninggal dan belum berperang serta belum berniat untuk berperang, maka ia meninggal berada di atas cabang kemunafikan."

Agama Islam mengatur urusan umatnya meliputi segenap hal. Dari ceruk dapur, dalam kelambu ke urusan pentadbiran negara hinggalah ke aturan di medan perang. Firman Allah SWT, "Dan perangilah di jalan Allah orang-orang yang memerangi kamu, (tetapi) janganlah kamu melampaui batas kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas." (Surah Al-Baqarah: 190)

Adab dan aturan perang dijelaskan dalam banyak ayat Al-Quran. Demikian juga dalam kitab-kitab hadis. Kita akan temui sebuah bab khusus membicarakan tentang jihad dan peperangan. Bab Jihad ada dalam Sahih Al-Bukhari, Muwatta Imam Malik, Sunan Abu Dawud, Bulughul Maram Ibnu Hajar Al-Asqalani dan beberapa kitab hadis yang lain. Imam Muslim mencantumkan bab Jihad wa Siyar (Ekpedisi Ketenteraan). Manakala Imam al Bukhari mengkhususkan sebuah bab lain memuatkan kisah-kisah peperangan yang disertai Rasulullah SAW dalam bab 'maghaazi'.

Ketika menerima berita beberapa aggota keselamatan gugur di Lahad Datu dan Semporna, tentunya kita bersedih. Namun atas iman kepada qada dan qadar Allah SWT yang menetapkan bahawa ajal mereka tertulis untuk mati di situ pada hari itu. Ini sudah dijelaskan oleh Allah SWT, "Katakanlah: "Sekiranya kamu berada di rumahmu, nescaya orang-orang yang telah ditakdirkan akan mati terbunuh itu keluar (juga) ke tempat mereka terbunuh." Dan Allah (berbuat demikian) untuk menguji apa yang ada dalam dadamu dan untuk membersihkan apa yang ada dalam hatimu. Allah Maha Mengetahui isi hati." (Surah Ali Imran: 154)

Namun yang membangkitkan kemarahan dan bertambah kebencian kita ialah cara mereka memperlakukan mangsa dan mayat aggota yang terkorban. Yang masih hidup diseksa bahkan yang telah mati dianiaya dengan perbuatan yang tidak dapat kita gambarkan. Sehingga tidak sanggup dituliskan.

Dalam sebuah hadis dikisahkan Rasulullah SAW,  jika mengangkat komandan tentera atau angkatan perang, Baginda memberikan wasiat khusus agar bertaqwa kepada Allah SWT dan berbuat baik kepada kaum muslimin yang menyertainya. Kemudian Baginda bersabda: "Berperanglah atas nama Allah, di jalan Allah, perangilah orang yang kufur kepada Allah. Berperanglah, jangan berkhianat, jangan mengingkari janji, jangan memotong anggota badan (mayat), jangan membunuh anak-anak.

Nampaknya pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) lebih dekat kepada sunnah Nabi SAW dan teladan para sahabat. Perang dan serang bukanlah pilihan pertama dalam ajaran Islam. Firman Allah SWT: "Sekiranya ada dua golongan dari orang-orang mukmin yang berperang maka hendaklah kamu damaikan di antara keduanya. Tetapi sekiranya salah satu dari keduanya bersikap melampau terhadap yang lain, maka perangilah golongan yang melampau itu sampai ia kembali kepada perintah Allah." (Surah Al-Hujurat: 9)

Sebelum melancarkan serangan demi mempertahankan rakyat dan tanah air, beberapa tawaran rundingan dibuat kepada pihak penceroboh. Bahkan pihak keselamatan telah menggugurkan surat-surat tawaran dari udara menggunakan pesawat. Surat-surat ini ditulis dalam bahasa Sulu.


Sehinggalah akhirnya peluang, hemat dan diplomasi pihak keselamatan dimanipulasi sehingga ada yang dibunuh secara tragik. Sungguh tindakan penceroboh itu bacul dan tidak bermaruah. Untuk mengekang keganasan merebak sehingga ke orang awam, akhirnya tindakan tegas diambil dengan menggempur penceroboh dari udara dan darat setelah dikepung dari darat dan lautan.

Sehingga semalam lebih 50 orang telah berjaya ditumpaskan. Namun kita tidak mendapati mayat dan jenazah penceroboh itu diperlakukan sebagaimana mereka memperlakukan jenazah pihak keselamatan kita yang terkorban. Walaupun hakikatnya kelompok yang mengganas dan memberontak iaitu kelompok khawarij dinyatakan oleh Nabi Muhammad SAW sebagai iblis, anjing neraka dan seburuk-buruk makhluk yang terbunuh sebagaimana disebutkan dalam sabda Baginda: "Mereka adalah sejelek-jelek bangkai di bawah naungan langit, dan sebaik-baik orang yang terbunuh adalah orang yang dibunuh oleh mereka."

Tindakan mengaib dan menzalimi mayat pihak keselamatan oleh penceroboh mengingatkan kita kepada apa yang dilakukan oleh pihak tentera bersekutu Amerika Syarikat terhadap mayat Saddam Hussein. Juga kekejaman pihak Syiah ke atas Ahlus Sunnah di Syria dan Iran. Bahkan mungkin lebih kejam dari itu sebagaimana kejamnya ahli sihir bernama Mona Fendi suatu ketika dahulu. Juga Itulah adalah adat dan tradisi orang Jahiliyah, mundur dan tidak bertamadun.

Sejarah Keganasan Kelompok Sesat dalam Islam

Namun sisi sejarah Islam punyai versi dan edisi tersendiri. Sejarah perkembangan Islam merakamkan munculnya kelompok sesat yang bertindak ganas dan melampau terhadap sesama umat Islam. Kejadian pembunuhan secara kejam sudah dicatat sejak zaman Khalifah Uthman Affan RA. Bahkan beliau sendiri wafat akibat tindakan kejam dari kelompok pemberontak dan pelampau Islam.

Ibnu Asakir meriwayatkan bahawa Kinanah Bisyr memukul rusuk dan ubun-ubun Uthman dengan tiang besi sehingga beliau tersungkur di sebelahnya. Lalu Saudan Humran Al-Murady memberikan pukulan lagi dan beliau pun terbunuh. Adapun Amr Hamiq melompat ke dada Uthman dan pada saat itu beliau menghembuskan nafas yang terakhir lalu ia menikam sembilan kali tikaman sambil berkata berkata: "Ada pun tiga tikaman aku lakukan kerana Allah SWT. Dan enam tikaman aku lakukan kerana dendam yang ada di dadaku."
Yang dibunuh secara kejam sedemikian rupa bukan sembarangan manusia. Itu Uthman Affan yang terkenal di kalangan para sahabat sebagai seorang yang lemah-lembut dan amat pemalu. Bahkan para malaikat dan Rasulullah SAW sendiri malu dengan Uthman Affan. Beliau termasuk sahabat yang Nabi SAW janjikan syurga, yang menginfakkan sejumlah harta yang sangat banyak kepada agama, yang menghabiskan seluruh hartanya untuk negara kaum Muslimin. Manusia sebaik ini diperlakukan sedemikian rupa. Justeru apa harapan yang tersisa kepada pemimpin umat Islam pada hari?

Justeru selayaknya golongan yang memberontak dan mengganas ini ketika di atas dunia dilabel sebagai seburuk-buruk makhluk yang terbunuh di bawah naungan langit. Manakala nasib mereka di akhirat dikhabarkan menjadi anjing-anjing dalam neraka. Dan sebaik-baik orang yang terbunuh ialah yang dibunuh oleh mereka.



Oleh: MOHD RIDUAN KHAIRI
Ketua Biro Penerbitan, Pertubuhan Ilmuan Malaysia.

BREAKING NEWS ! Dokumen Bukti Dalang Krisis Lahad Datu Di Bongkar

Posted: 13 Mar 2013 09:16 PM PDT


Kaitan antara ketua pemberontak Filipina Nur Misuari dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan dalam kabel diplomatik Amerika yang dibocorkan dari kedutaan Amerika Syarikat di Manila.

Laporan pada 2007 kepada Jabatan Negara itu menyifatkan Misuari, yang mengasaskan Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF), sebagai seseorang yang nampaknya masih menaruh aspirasi untuk "mendapatkan semula" Sabah dari Malaysia.

Ia berkata, pihak berkuasa Malaysia telah mengambil perhatian mengenai hubungan Misuari dengan Anwar, yang digambarkan sebagai kawan lama kepada pemimpin MNLF.

"MG Dolorfino (Komander Angkatan Tentera di Wilayah Negara Filipina, Mejar Jeneral Ben Dolorfino) mengulas bahawa Malaysia bukan hanya bimbang mengenai niat Misuari terhadap Sabah ... tetapi juga tentang hubungan beliau dengan Anwar baru-baru ini " kata kabel itu.
 

Kabel tersebut merupakan antara lebih 250,000 dokumen yang dibocorkan oleh laman web Wikileaks pada tahun 2010 dan boleh dibaca di wikileaks.org/cable/2007/05/07MANILA1534.html

XCLUSIVE VIDEO: Wajah Talibarut Pengganas Sulu Terbongkar!

Posted: 13 Mar 2013 07:50 PM PDT


Tu dia! Video perancangan pengganas Sulu untuk menyerang Sabah kini terbongkar. Punya celakanye pengganas ini. Tengok muka-muka laknat ni. Mohon sebar-sebarkan supaya anggota keselamatan dapat kenalpasti sekor-sekor pengganas yang mungkin sedang menyamar sebagai orang awam di Lahad Datu..

Ikuti terjemahan perbualan pengganas Sulu dalam video ini

Di awal perbualan...


"bang kamu awn pustu/pusu (kurang jelas awal perbualan)

klu kmu ada pusu (pusu=pengangkutan jenis laut yg mampu menampung 20-30 org)

manjari kumandan = boleh pinjam

yang tua keparat yang menanggalkan topinya....


berkata "kita tak boleh ke lahad datau buat je la panggilan suruh mereka ke lahad datu di sana PUSU kita"



http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=xu62haEiXyQ

HOT: MISTERI KEMATIAN TS YAHYA AHMAD ADA KAITAN DENGAN ANWAR IBRAHIM?

Posted: 13 Mar 2013 07:00 PM PDT


Tan Sri Yahya Ahmad satu nama yang cukup popular di tahun 90an.

Beliau adalah salah seorang usahawan atau tokoh koporat bumiputra yang berjaya dihasilkan di zaman Tun Dr Mahathir menjadi PM.

Beliau pernah menggegarkan dunia apabila membeli Lotus secara tunai. Pembelian tunai itu dilakukan setelah orang putih di Lotus tidak percaya kemampuan beliau untuk membelinya. Tanpa bercakap banyak beliau bawa wang tunai untuk membelinya.

Tan Sri Yahya semasa hidupnya mengetuai DRB Hicom. Banyak perniagaan yang dijalankan dibawah rangkaian DRB Hicom pada masa itu termasuklah Proton, Alam Flora, Intrakota dan banyak lagi.

Kejayaan Tan Sri Yahya banyak didokong oleh Tun Dr Mahathir. Boleh dikatakan beliau adalah anak emas Tun. Sewaktu melawat jenazahnya Tun menangis teresak-esak.

Tun banyak memberi serta meluluskan projek-projek perniagaan kepada DRB Hicom kerana sikap Allahyarham yang baik. Beliau tidak sombong, merendah diri serta menolong orang ramai. Satu projek yang kerajaan berikan kepadanya, seribu projek dia turunkan kepada usahawan-usahawan bumiputra yang lain.

Tun memang banyak bergantung kepadanya pada masa itu untuk menolong usahawan-usahawan bumiputra. Beliau tidak menipu Tun dan beliau boleh buat apa yang Tun arahkan dalam usaha menolong kaum bumiputra. Beliau lakukan dengan sejujur-jujurnya dan seikhlas-ikhlasnya.

Hubungan rapat antara Allahyarham dan Tun pada ketika itu menimbulkan ketidaksenangan ahli-ahli koporat lain yang berperangai lintah darat. Terutamanya kroni-kroni Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Anwar Ibrahim. Mereka dengki kerana semua projek-projek besar pada masa itu pergi kepada DRB Hicom.

Allahyarham pernah belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar bersama-sama dengan Anwar Ibrahim. Selain itu mengikut Wikipedia Anwar Ibrahim pernah berkrisis dengan Allahyarham semasa di UM.

Pada tahun bulan Mac 1997 awal-awal pagi rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kemalangan sebuah helikopter di Kuala Lipis Pahang. Helikopter berkenaan membawa Tan Sri Yahya dan isterinya dalam perjalanan ke Trengganu bagi melawat ibunya yang sedang sakit.

Sehingga kini misteri kemalangan helikopter berkenaan masih belum terjawab.

Ada cerita-cerita yang tersebar mengatakan kemalangan berkenaan telah diatur dengan rapi oleh orang-orang tertentu yang cemburu dengan kejayaan Allahyarham.

Sehari sebelum kemalangan yang meragut nyawa Tan Sri Yahya, allahyarham dikatakan menghadiri satu majlis makan malam bersama Bekas Pelajar Kolej Melayu Kuala Kangsar yang turut dihadiri oleh Anwar Ibrahim.

Apakah maknanya semua itu ? Tidak mustahil sekadar untuk mengabui mata orang ramai. Seperti dalam filem pun ada.

Banyak cerita yang mengatakan Anwar Ibrahim ada terlibat dalam merancang kemalangan berkenaan. Sejauh mana kebenarannya hanya pihak-pihak yang berkuasa sahaja mampu mengesahkannya.

Selepas Anwar dipecat cerita tentang kemalangan tersebut telah diputar belitkan. Kata orang-orang Anwar sebenarnya helikopter itu telah disabotaj untuk membunuh Anwar kerana keesokkan harinya kata mereka Anwar dijangka menaiki helikopter berkenaan untuk melawat Kedah. Oleh kerana Tan Sri Yahya menggunakannya terlebih dahulu maka beliaulah yang menjadi mangsa.

Tidak mustahil semua itu adalah wayang semata-mata. Anwar memang pakar dalam bab-bab berkenaan. Semoga pihak berkuasa dapat mencungkil balik kes ini demi keadilan kepada keluarga mangsa.

Bukan setakat kes ini, malah pihak berkuasa juga perlu menyiasat semula kemalangan yang melibatkan Datuk Aziz Shamsuddin yang mana isterinya telah terbunuh dalam kemalangan itu. Tidak ketinggalan juga kemalangan yang melibatkan Azizan Abu Bakar dimana isterinya serta anak yang masih dalam kandungan berusia sembilan bulan terbunuh.

Sumber

BREAKING NEWS : Hutang Negara Mencecah RM239.80 Billion,! Muflis Weh!

Posted: 13 Mar 2013 06:00 PM PDT


Teman terkejut jugak bila Pakatan Rakyat tengok nilai kos Janji Pakatan Rakyat nih berjumlah RM239.80 Billion. Adeeh! Biar betik! Boleh muflis negara macam nih! Mohon Sebarkan...

Jom kita pakat2 tengok mcm mana Pakatan Rakyat akan jadikan Malaysia muflis jika mereka memerintah negara. Anda lihat sendiri jumlah dana yg terpaksa ditanggung oleh Kerajaan jika mereka memerintah..Bayangkan negara memerlukan dana sebanyak RM239.8 billion untuk hapuskan tol, hapus PTPTN, hapus cukai etc..so Kerajaan nk ambil duit mana sedangkan semua sumber pendapatan utama Kerajaan telah dihapuskan? 

Takkan nak harap duit Petronas saja kot? Kalau nak tau, duit Petronas tu lah yang Kerajaan gunakan untuk bayar gaji & bonus kakitangan awam selama ni..so kalau semua nak korek duit Petronas, bukit pun botak licin..dah tu Malaysia bukannya negara pengeluar minyak terbesar dunia pun, dalam OPEC pun tak tersenarai..Indonesia yang byk minyak tu pun dah terkeluar dari negara2 OPEC sejak tahun 2008, apatah lagi Malaysia tak tersenarai langsung..Cai-cai apa mcm??? Ada otak tak?? hahahaHahahahakss

TIAN CHUA KENA TAHAN DIBAWAH AKTA HASUTAN.

Posted: 13 Mar 2013 05:00 PM PDT


Akibat dari kenyataan yang menuduh peristiwa berdarah di Lahad Datu Sabah sebagai sandiwara, Naib Presiden Keadilan Tian Chua akan didakwa dibawah Akta Hasutan.

Kes Tian Chua dilaporkan akan dihadapkan ke Mahkamah Jalan Duta pada pukul 9 pagi esok. Ini disahkan sendiri oleh Timbalan Ketua Penerangan AMK Malaysia, Rozan Azen Mat Rasip didalam laman Twitter beliau sebentar tadi.

Rozan juga menyeru seluruh rakyat Malaysia yang cintakan keadilan supaya hadir beramai-ramai bagi menyatakan sokongan kepada Tian Chua demi menegakkan kebenaran.


Naib Presiden Keadilan tersebut sebelum ini dengan pantas mendakwa insiden pencerobohan di Lahad Datu Sabah merupakan sandiwara Umno walaupun pada ketika itu ia telah mengorbankan 2 nyawa anggota Komando Vat69.

Tian Chua juga dilaporkan sebagai berkata bahawa semua peristiwa di Lahad Datu hanyalah semata-mata strategi Najib Razak untuk menangguhkan Pilihanraya Umum ke 13.

Sehingga kini, beratus-ratus laporan Polis telah dibuat keatas pemimpin PKR tersebut dan kemarahan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat semakin menebal dengan tindakan biadap beliau.


Krisis Lahad Datu: Pandangan Pemimpin Cina terhadap Anwar

Posted: 13 Mar 2013 04:00 PM PDT


Liew Vui Keong
He NEVER come, NEVER offer words of comfort but he is busy singing - "Sabah Dah Goyang Sabah Dah Hilang." How cruel!!!! We Sabahan must tell Anwar that Sabah 'Tak Akan Hilang' - LONG LIVE SABAH. Dipetik daripada Wall FB- Datuk Liew Vui Keong-Presiden LDP- parti kaum cina Sabah.

Jika kenyataan di atas ditelaah dengan lapang dada, jelas Anwar Ibrahim seseorang yang tiada perasaan, kerana Krisis Lahad Datu mengorbankan kaumnya sendirinya yakni melayu, kecuali seorang bumiputera daripada Sarawak.

Anwar tiada simpati langsung, bukan sahaja kepada perwira yang gugur, akan tetapi kepada keluarga yang ditinggalkan.

Malah rakan-rakan Anwar seperti Tian Chua, menuduh krisis Lahad Datu merupakan satu sandiwara. Kini, pula pembangkang mengutuk pasukan keselamatan sebagai kurang risikan taktikal, sehingga menyebabkan krisis Lahad Datu berlanjuatan sehingga sebulan.

Dakwaan demi dakwaan kepada pasukan keselamatan, sehingga ada memperlekeh tahap risikan mereka. Pembangkang mempersoalkan mengapa krisis Lahad Datu berlaku.

Perlu diingat, kerbau seribu mudah dikawal, manusia seorang sungguh sukar. Ini yang berlaku di Lahad Datu. Pengganas tidak datang berkumpulan. Mereka datang berperingkat. Mereka datang dengan orang-orang tua termasuk wanita dan kanak-kanak. Mereka datang tidak bersenjata. Mereka datang menyamar seperti merka yang benar-benar susah, tidak berkeupayaan.

Satu perkara, pengganas tidak mungkin termampu menjalankan tindakan pencerobohan tanpa dalang. Seperti kata Presiden Filipina, individu yang dikatakan punca daripada pencerobohan Lahad Datu adalah seorang yang papa kedana.

Seorang yang papa kedana mampu menyediakan persenjataan yang canggih yang sudah tentu berharga ratusan ribu. Pengganas mampu membeli rumah sebagai sarang di Kg Sri Jaya Simunul, Semporna, bukan sebuah tetapi 9 buah, pembelian secara tunai pula tu.

Kalau tiada dalang, tidak mungkin, Agbimuddin dapat bertahan lebih seminggu daripada gempuran pasukan keselamatan. Sudah tentu orang yang paling dikehendaki itu mempunyai jalinan dengan penduduk tempatan, sehingga memudahkan dia mengelak sebarang serbuan.

Tiada orang yang akan bersimpati tindakan seperti ini, kerana nyawa adalah taruhan, namun kerana kekuatan wang, maka seseorang itu sanggup bertindak.

Pengaruh wang, merupakan tindakan pengganas sulu berlaku. Atas sebab apa? Nothing To Lose bagi mereka. Misalnya Komonder Pangganas itu Haji Musa Abdulla hanya tinggal di sebuah gubuk buruk di Simunul Tawi-Tawi, demikian juga Jamalul Kiram III hanya tinggal disebuah rumah usang di Taguig City selatan Manila.

Demikan juga Ernesto Sambas, yang menyertai Haji Musa Abdulla ke Lahad Datu pada 9 Februari lalu, hanya mempunyai rumah usang di Tawi-Tawi.

Seperti kata pengganas, diawal perundingan dengan pihak Polis, bahawa kedatangan mereka adalah untuk memuktamadkan satu perjanjian. Perjanjian apa itu? sudah tentu berkaitan dengan wang.

Sebelum 21 Februari, apabila pengganas pada mulanya bersetuju mahu meninggalkan tanah Sabah, namun mahu berjumpa seseorang pemimpin Pembangkang berprofile tinggi; siapakah pemimpin itu? sehingga kini, belum ada pengesahan siapa pemimpin itu.

Namun, melihat kepada komen Presiden LDP itu, jelas, hingga kini, Anwar lah pemimpin yang tidak pernah mengeluarkan kata-kata mengutuk penerobohan pengganas itu. Komen Anwar hanya berkisar kepada mengutuk kerajaan dan pasukan keselamatan, dengan berbagai dakwaan.

Sesuatu yang jelas, apabila seseorang enggan mengutuk, maka seseorang itu merupakan sebahagian daripada kejadian itu. Anwar tidak selamanya mampu bertukar rupa; keggagalan mengutuk pengganas sulu, adalah salah satu kegagalan itu.

Sumber

Mangsa insiden pencerobohan gembira terima bantuan

Posted: 13 Mar 2013 03:00 PM PDT


Tiga bantuan diumum kerajaan semalam memberi khabar gembira kepada kira-kira 2,000 penduduk yang terjejas dengan Operasi Daulat, yang menyifatkan kerajaan prihatin terhadap nasib mereka biarpun dalam keadaan kecemasan.

Ketua Kampung Sungai Merah, Raut Bani, 50, berkata, pemberian itu membuktikan kerajaan mengotakan apa yang dijanji sejajar gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

"Kami berasa gembira kerana sekurang-kurangnya ia dapat meringankan beban kami yang lebih dua minggu kehilangan mata pencarian akibat pencerobohan ini. Kami mengucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana mengumumkan bantuan ini," katanya kepada kira-kira 389 penduduk yang kini ditempatkan di Dewan Serbaguna Cenderawasih.

Ketua Masyarakat Kampung Tanjung Labian, Assaffal Alian, 48, pula berkata, bantuan perumahan untuk masyarakat kampungnya adalah satu rahmat yang amat dinantikan selama ini.

"Dalam tempoh dua minggu ini, kami risau jika rumah kami musnah akibat serangan pengganas atau musnah dalam Ops Daulat. Ini menyebabkan kami tiada tempat untuk berlindung setelah dibenarkan pulang nanti," katanya.

Miskiah Maskun, 45, berkata, pemberian wang ehsan RM1,000 untuk setiap keluarga amat dialu-alukan sekali gus dapat membantu keluarga yang terjejas meneruskan kehidupan seperti biasa.

"Baguslah kerajaan nak bantu kami. Saya tidak akan lupakan jasa kerajaan...

saya berterima kasih sangat-sangat," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Silam, Salleh Kalbi berkata, bantuan itu merupakan komitmen kerajaan untuk memastikan rakyatnya mendapat kesejahteraan dan pembelaan.

"Bantuan kerajaan itu berbentuk dalam dua fasa, iaitu bantuan wang ehsan RM1,000 adalah berbentuk jangka masa pendek manakala bantuan perumahan dan penjadualan semula bayaran pinjaman dengan agensi kerajaan adalah satu langkah jangka masa panjang.

"Inilah kerajaan yang terbaik untuk rakyat kerana amat memahami denyut nadi rakyat meskipun dalam keadaan kecemasan seperti sekarang," katanya.

Semalam, kerajaan mengumumkan tiga bantuan untuk penduduk kampung yang terjejas dalam Ops Daulat berikutan insiden pencerobohan pengganas di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu di sini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pemberian wang tunai RM1,000 kepada setiap keluarga, bantuan pembinaan semula rumah yang musnah dengan kos setiap rumah RM50,000 serta pembaikan kecil untuk rumah yang rosak selain penjadualan semula bayaran pinjaman bagi penduduk yang berniaga dan meminjam daripada Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tabung Ekonomi Usahawan Nasional (Tekun Nasional) dan Amanah Ikhtiar. - BERNAMA

Lahad Datu: Malaysia Di Landasan Benar Lakukan Serangan Ofensif

Posted: 13 Mar 2013 02:00 PM PDT


Malaysia berada di landasan yang benar apabila melakukan serangan ofensif terhadap pengganas Sulu demi kedaulatan negara selepas insiden pencerobohan itu meragut nyawa anggota pasukan keselamatan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

"Percayalah apa yang kita lakukan ini adalah benar dan satu kebenaran...itu yang saya boleh katakan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri taklimat khas keselamatan di Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau, di sini, Rabu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan jurucakap Jamalul Kiram yang mendakwa dirinya 'Sultan Sulu', Abraham Idjirani, kononnya Malaysia melanggar Konvensyen Geneva berhubung cara Malaysia menangani insiden pencerobohan pengganas dari selatan Filipina di Lahad Datu.

Hishammuddin berkata kehilangan nyawa anggota pasukan keselamatan negara tidak berbaloi dengan 'tuduhan' itu kerana Malaysia melakukannya demi negara tercinta.

Beliau berkata pihaknya menyerahkan kepada kepakaran Peguam Negara untuk mengkaji dakwaan Jamalul Kiram itu daripada segi perundangan.

Mengenai Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM), Hishammuddin berkata semua pihak terlibat sedang bekerja keras untuk merealisasikan perkara itu dan perkembangannya sedang dipantau rapi.

Katanya tiada sebab untuk perkara itu tidak dapat dilaksanakan walaupun menyedari hakikat bahawa kawasan ESSCOM melibatkan kawasan pantai sepanjang lebih 1,400 kilometer untuk dikawal. - BERNAMA
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...