Apple Biru

Apple Biru


Isu Lahad Datu! Tian Chua Memang Celaka!Langgar Askar Melayu

Posted: 01 Mar 2013 07:00 AM PST


Inilah jenis manusia yang tak sedar diri. Kalau ikut beberapa pendedahan, dia jugaklah antara dalang-dalang yang disebut-sebut apa yang terjadi di Lahad Datu. Tiba-tiba Tian Chua kata insiden berdarah di Lahad Datu tersebut adalah lakonan. Apa punya bingung!

MyMassa imbas kembali kejadian pada 13 Mac 2010, kenderaan yang membawa Tian Chua telah melanggar seorang ASKAR MELAYU yang menunggang motosikal hingga maut. Puncanya, kerana Tian Chua tergesa-gesa hendak mengejar program ceramah politik.

Baca lagi DISINI

GEMPAR: Dr Maza Di Gelar Sundal?

Posted: 01 Mar 2013 06:00 AM PST


Adeeh! Terkejut jugak teman bila terima email printscreen nih! Tiba-tiba pulak Dr Maza digelar sundal. Apa cerita ni der! Macam marah sangat dengan Dr Maza ni. Bila teman baca, penulis ni mendakwa kawan rapat kepada Dr Maza mengenali dari dulu lagi. Sejak KIK. Apa tuh? Cer cerita sikit. Tapi komen-komen panas ni yang teman nak kongsi dengan kome semua supaya dijadikan panduan..

Kesian Dr Maza. Teringin nak jadi calon..Tapi apakan daya kan.kan..jual mahal la pulak!  Melepas la..

GEMPAR! Bendera BN Disabotaj Sewaktu Banjir

Posted: 01 Mar 2013 05:00 AM PST

Teman rasa deme ni busuk hati. Sepatutnya bantulah mangsa banjir dan bukannya ambil kesempatan. Ini perangai busuk yang dibawa-bawa sampai hitam.

Kejadian paling memilukan berlaku di depan bilik gerakan kg sri kinta. Sebanyak 16 bendera BARISAN NASIONAL telah di patahkan oleh pihak pembangkang. 

Ikuti kisah malang mangsa banjir DISINI

PANAS! Dr Maza Gertak UMNO Perlis?

Posted: 01 Mar 2013 04:00 AM PST



Teman telah menerima email dari seseorang yang berkisar cerita Dr Mohd Asri dan Dr Juanda yang masing-masing Mantan dan Mufti Perlis. Jika mengikut email tersebut, teman pasti penghantar email ini benar-benar mengenali kedua-dua tokoh tersebut. Ikuti kisah yang diluahkan oleh penghantar email tersebut.

Di tengah-tengah kesibukan dan kemeriahan politik ini, tiba-tiba muncul desas desus bahawa bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berhasrat bertanding pada pilihanraya kali ini. Seperti biasa, rakan karibnya yang merupakan Mufti boneka negeri Perlis Dr Juanda Jaya juga mengumumkan bahawa beliau amat berminat bertanding pada pilihanraya kali ini.

PKR dan PAS dilihat amat ghairah meminang kedua-dua mereka ini dengan pelbagai pertemuan antara mereka dengan pemimpin tertinggi parti. Mereka berdua dilayan seperti 'king maker'. Dr MAZA dan Dr Juanda dikesan berjumpa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Malah kedua-dua mereka begitu berbangga dengan pertemuan tersebut dengan dikicaukan di laman twitter masing-masing. Mereka juga mengakui dilamar oleh UMNO agar bertanding di pihak mereka.

Benarkah begitu? Apakah politik sebenar yang sedang dimainkan oleh Dr MAZA dan Dr Juanda ini? Sehingga kini, tidak ada pertemuan antara Dr MAZA dan Dr Juanda dengan Perdana Menteri mahupun Timbalan Perdana Menteri sepertimana pertemuan 4 jam antara Dr MAZA dan Dr Juanda dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Info dalaman dari Perlis juga mengesahkan bahawa UMNO sebenarnya sudah meluat dengan mainan politik Dr MAZA dan Dr Juanda yang sering dilihat membuat kenyataan bertentangan dengan kerajaan dan bersikap sebagai ahli politik lebih sudu dari kuah. Lalu mereka berdua tidak dipertimbangkan langsung sebagai calon untuk pilihanraya kali kerana mendapat tentangan dari akar umbi UMNO.

Umum mengetahui bahawa mereka berdua ini bukanlah orang Perlis. Dr MAZA adalah orang Pulau Pinang dan Dr Juanda pula berasal dari Sarawak. Atas ehsan Shahidan Kassim, mereka berdua dilantik ke jawatan Mufti Perlis. Rakyat Perlis mahukan pemimpin tempatan mewakili mereka di dalam pilihanraya kali ini. Kedua-dua ustaz ini adalah orang luar yang langsung tidak terlibat di dalam jentera akar umbi UMNO dalam menghadapi serangan hebat Pakatan Rakyat di seluruh negara.

Mana mungkin pemimpin yang lebih senior memberi laluan mudah bagi kedua-dua ustaz yang menghentam kerajaan selama ini bertanding di kawasan mereka?

Jadi jalan mudah diambil Dr MAZA dan Dr Juanda adalah dengan cara mengugut UMNO secara halus. Mereka mengisytiharkan bahawa merea bakal bertanding dan sedang memikirkan parti mana yang harus disertai. Ini sesungguhnya amat lucu tetapi licik. Lucu kerana bagi pejuang sebenar tidak akan berada dalam keadaan ragu-ragu untuk memilih parti mana yang akan mereka sertai apatah lagi hanya tinggal beberapa minggu saja lagi sebelum Najib mengumumkan pilihanraya. Mana mungkin orang-orang seperti ini dapat memperjuangkan aspirasi parti yang mereka sokong sedangkan hingga sekarang mereka keliru dalam memilih parti mana yang terbaik bagi memperjuangkan nasib rakyat?

Licik kerana mereka berdua sebenarnya sedang mencuba mendesak Shahidan Kassim selaku Pengerusi BN Perlis memberikan mereka kerusi untuk ditandingi di Perlis. Apabila mereka membuat desas desus bahawa mereka bakal meyertai Pakatan Rakyat, kononnya Shahidan Kassim akan takut kehilangan mereka dan memberi laluan untuk mereka berdua bertanding di Perlis! Inilah yang dilakukan oleh Dr MAZA dan Dr Juanda. Mereka hingga kini berteka-teki sambil mengharapkan Shahidan Kassim memberikan tawaran menarik yang mereka impikan.

Malangnya, PKR (terutamanya Anwar Ibrahim) dan PAS gagal melihat permainan politik licik kedua-dua ustaz bernafsu dunia ini. Mereka lupa bahawa Dr MAZA adalah ulamak kerajaan yang telah membelasah PAS dengan hujah-hujah ketaatan kepada pemimpin yang kini dimainkan oleh Fathul Bari dan rakan-rakannya. Marahnya PKR dan PAS terhadap Dr MAZA adalah hingga Ustaz Badrul Amin menggelarkan beliau Bapak Setan dan mahu memancung kepalanya! Malah anak Tuan Guru Nik Aziz, Ustaz Nik Adli malah pernah begitu marah kepada Dr MAZA hingga ditulis di blog peribadinya bahawa dia ingin menumbuk Dr MAZA hingga pecah berdarah gusinya!

Hakikatnya, mereka berdua amat berharap UMNO akan mengambil mereka dan memberikan kerusi empuk untuk mereka bertanding. Mereka membina populariti di Perlis dan tidak ada nilai atau impak pengaruh mereka di Pulau Pinang apatah lagi Sarawak. Namun demikian, ahli-ahli di dalam UMNO tidak dapat menerima mereka berdua apatah lagi bila mereka selalu celupar mengkritik UMNO supaya dapat meraih populariti dari kenyataan-kenyataan mereka yang kontroversi. 

Justeru mereka mengamalkan politik sesumpah dan politik gertak dengan menunggu saja peluang keemasan yang mereka idamkan sambil mempergunakan PKR dan PAS yang diacah-acah kepadaUMNO.

Pakatan Rakyat Perlis sudah pun mempunyai calon Menteri Besar nya sendiri iaitu Saudara Mohammad Faisol Abdul Rahman, Pengerusi PKR Perlis yang juga seorang pencinta ahlul bayt. Adalah malang jika Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih mengutamakan ustaz-ustaz lalang dan langau yang tidak pernah menyatakan kesetiaan pada mana-mana parti. Ibarat kata pepatah; 'kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan'.

Ali Reza Ahmed Askari

Pendang, Kedah.

GEMPAR: Perisik Filipina Dedah Dalang Di Lahad Datu

Posted: 01 Mar 2013 02:00 AM PST




Pihak Perisik Filipina melalui Inquirer News telah mendedahkan dalang sebenar disebalik peristiwa berdarah di Lahad Datu Sabah. Menurut laporan tersebut, terdapat tiga kumpulan yang menjadi dalang pencerobohan di kawasan itu antaranya ialah Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Anwar Ibrahim.

Laporan tersebut juga menyebut, seorang pemimpin utama Pakatan Rakyat di Sabah yang rapat dengan Anwar Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan pihak penceroboh serta menawarkan jaminan sokongan dari Pakatan Rakyat di Sabah.

Ini sekaligus membuktikan desas desus serta khabar angin tentang penglibatan pihak pembangkang di Malaysia didalam pencerobohan di Lahad Datu bagi menggugat keselamatan negara.

Setakat ini, dua anggota keselamatan negara dilaporkan terkorban didalam pertempuran dengan penceroboh di tempat kejadian. Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin dari Unit 69 Komando telah terkorban setelah mengalami kecederaan parah akibat tembakan mortar musuh.

Kekacauan beginilah yang dikehendaki oleh pihak pembangkang didalam negara bagi menunjukkan bahawa Malaysia tidak selamat dan stabil dibawah pemerintahan BN.

Ini semua merupakan agenda terancang Pakatan Rakyat yang terdesak untuk merampas kuasa dari kepimpinan kerajaan.

Gambar Terkini 5.30 PM: Dua Komando Polis Dikhuatiri Maut Terkena Serangan Mortar Pemberontak Sulu

Posted: 01 Mar 2013 01:35 AM PST



Terkini di Lahad Datu gambar diatas menunjukkan anggota polis di pos kawalan utama membawa dua mayat komando polis yang dipercayai terkorban di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah. Menurut sumber Bernama dua komando polis dikhuatiri terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini pada Jumaat.

Gambar di atas menunjukkan trak polis membawa mayat dua anggota polis yang terkorban di Kampung Tanduo. Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo. Mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.

TERKINI 4.30 PM Di Lahad Datu: Amaran Keselamatan

Posted: 01 Mar 2013 01:03 AM PST



Pantai timur Sabah diberikan amaran keselamatan yang tinggi berikutan pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan bersenjata Sulu di kampung Tanduo pada Jumaat.

Banyak kedai, perniagaan termasuk bank dan sekolah terus ditutup apabila berita mengenai insiden itu disebarkan ke seluruh negeri.

Polis Lahad Datu turut menasihatkan orang ramai supaya berada di dalam rumah dan tidak mempercayai khabar angin.

Ketua Polis Daerah Semporna, Asisten Superintenden Firdays Francis Abdullah berkata, kesemua mereka bersama-sama bersiap sedia dengan agensi keselamatan yang lain.

"Kami masih belum lagi menerima sebarang arahan darurat daripada pihak berkuasa yang lebih tinggi," katanya, sambil menambah bahawa langkah berjaga-jaga adalah perlu dan orang ramai harus tenang.

"Ramai yang bimbang bahawa masalah itu akan merebak ke Semporna, tetapi sebenarnya tiada apa perlu dibimbangkan kerana kumpulan bersenjata Sulu telah dikepung di Lahad Datu," katanya.

Semporna dan Lahad Datu berhadapan dengan seranan lanun dari selatan Filipina pada 80-an dan 90-an.

Inilah Wajah Anggota Kita Yang Syahid Di Lahad Datu ! Allahuakbar

Posted: 01 Mar 2013 12:44 AM PST


Teman dapat gambar ini daripada rakan blogger AAKJ. Jika benar gambar ini sebagai anggota keselamatan yang terbunuh, teman ingin melahirkan rasa simpati keluarga mangsa dan teman berdoa supaya rohnya tergolongan dalam kalangan orang-orang yang beriman. 

PANAS! Azwan Ali Sahkan Mahu Jadi Calon Bebas

Posted: 01 Mar 2013 12:30 AM PST



Apa cerita pulak ni! Azwan Aw Aw ni nak jugak jadi calon. Adeehh! Menurut sumber, Awan Aw Aw ni nak bertanding sebagai calon bebas. Azwan Aw Aw mulut celupar ni percaya peminat-peminat akan mengundi dia. Habis adik beradik nak jadi calon. Kerusi mana yang dipilih tidak disebut la pulak. Cakap la sekarang..heehe.. 

Kerana percaya dengan pengaruh yang dimilikinya, pengacara dan selebriti terkenal, Azwan Ali menyatakan hasratnya untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Beliau menegaskan, hasratnya untuk bertanding sebagai calon Bebas itu adalah benar dan bukan sekadar cakap-cakap kosong.

Azwan, 47, menegaskan yang beliau akan membuat keputusan kerusi manakah yang akan ditandingi selepas menilai maklum balas daripada para peminatnya.

"Ya... saya ada menulis beberapa kali di Twitter tentang hasrat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum akan datang. Alhamdulillah maklum balas sangat menggalakkan.

"Buat masa ini saya tidak mahu bercakap apa-apa dahulu, kita lihat apabila tiba masanya nanti," katanya kepada mStar Online.

Azwan yang juga adik kepada Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali berkata, beliau tidak akan mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sepertimana yang diperkatakan oleh ramai pihak dalam laman sosial.

Beliau juga tidak berhasrat untuk mewakili mana-mana parti sekiranya ada tawaran.

"Saya memang berhasrat untuk bertanding tapi bukanlah di Pekan sepertimana yang diperkatakan dan jauh sekali untuk mencabar Perdana Menteri," katanya lagi.

Jelas Azwan, hasratnya untuk bertanding itu dibuat selepas melihat semakin ramai golongan selebriti mula menyertai parti politik.

"Saya rasa saya ada pengikut saya sendiri. Jika kita lihat, ada juga calon Bebas yang kita tidak kenal langsung pun cuba untuk bertanding. Saya yakin saya ada pengaruh," katanya.

Jelas Azwan, jika perkara itu menjadi kenyataan dia mahu memperjuangkan nasib individu sepertinya selain bercita-cita untuk menjadi seorang pemimpin parti politik yang unik.

Lahad Datu 3.00 PM: 10 Pemberontak Sulu Dipercayai Maut

Posted: 28 Feb 2013 11:32 PM PST


Sekitar jam 3.00 petang masih tiada laporan rasmi di pihak keselamatan. Teman yakin semua rakyat Malaysia mendoakan keselamatan anggota-anggota keselamatan Malaysia yang bertugas di Lahad Datu. Menurut sumber terkini, Jumlah individu yang maut atau cedera dalam insiden tembakan balas di antara pihak keselamatan Malaysia dan pemberontak Sulu dipercayai meningkat.

Sumber maklumat yang diperoleh dari Kampung Tanduo di sini mendakwa sekurang-kurangnya 10 lelaki Sulu bersenjata mati dan empat lagi cedera. Namun kelihatan sebuah ambulans dilihat berada di Felda Sahabat, lokasi insiden tembakan berlaku diantara pasukan keselamatan Malaysia dan kumpulan penceroboh bersenjata Sulu, Filipina di Lahad Datu, Sabah.

TERKINI : Dua Anggota Polis Terbunuh dan Dua Tentera Malaysia Cedera

Posted: 28 Feb 2013 11:11 PM PST



Laporan terbaru melalui Bernama dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina. Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo. Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.

Pada pukul 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku. Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut.


Sementara itu dua anggota tentera Malaysia yang cedera dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, tempat kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina berkubu, diterbangkan ke Hospital Lahad Datu di sini. Mereka dibawa dengan sebuah helikopter tentera pada pukul 1.50 tengah hari pada Jumaat.

Sebaik tiba, seorang daripada mereka diusung dengan katil bergerak manakala seorang lagi dibawa dengan kerusi roda menuju ke wad kecemasan hospital berkenaan.

Kedua-dua mereka dilihat mempunyai kesan darah pada pakaian celoreng mereka dengan wajah menahan kesakitan.

TERKINI 2.30 PM : Dua Pemberontak Sulu Dipercayai Maut Berbalas Tembakan

Posted: 28 Feb 2013 11:00 PM PST



Sumber terkini dari Lahad Datu menyebut sekurang-kurangnya dua pengikut Sultan Sulu dipercayai terbunuh manakala tiga polis cedera dalam insiden berbalas tembakan di Kampung Tanduo,di sini awal pagi Jumaat.

Menurut laporan pertama yang tersebar dari kawasan insiden, tiga polis yang cedera diterbangkan ke Sandakan.

Sehingga pukul 12.45 tengah hari Jumaat, penduduk kampung berkata mereka masih lagi terdengar bunyi tembakan.

Bagaimanapun, pasukan keselamatan Malaysia masih belum mengesahkan laporan pertama yang tersebar berikutan bunyi tembakan yang kedengaran di Kampung Tanduo kira-kira pukul 11 pagi Jumaat.

Polis juga enggan mengulas jika tembakan itu adalah langkah awal bagi mengusir lelaki bersenjata yang diketuai oleh Azzimudie Kiram, adik Sultan Sulu Jamalul Kiram III.

Mutakhir Di Lahad Datu Pada 2.00 PM : 10 Pemberontak Sulu Dipercayai Maut

Posted: 28 Feb 2013 10:43 PM PST



Menurut laporan mStar Online sejumlah umlah individu yang maut atau cedera dalam insiden tembakan balas di antara pihak keselamatan Malaysia dan pemberontak Sulu dipercayai meningkat.

Selepas laporan pertama yang melaporkan dua pengikut Sulu terbunuh dan tiga anggota polis Malaysia cedera, maklumat yang diperoleh dari Kampung Tanduo mendakwa sekurang-kurangnya 10 lelaki bersenjata Sulu mati dan empat lagi cedera.

Namun, tiada laporan mengesahkan mengenai empat anggota keselamatan yang cedera atau berlaku sebarang kematian.

Mutakhir Di Lahad Datu! Penceroboh Di Gempur!

Posted: 28 Feb 2013 10:33 PM PST



Mutakhir!!!!! Perkembangan terkini suasana dan keadaan sekitar di Kg. Tandao, Lahad Datu, Sabah.

Sumber 1 yang mengikuti perkembangan ini menyatakan telah berlaku tembakan di kawasan itu antara tentera kerajaan Sulu dengan tentera Malaysia di Lahad Datu.

Bagaimanapun ia tidak diketahui anggota dari pihak mana yang terbunuh dalam kejadian tersebut.
Akhbar Philippine Star melaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kubu pihak penceroboh tersebut hari ini.

Akhbar itu memetik laporan radio yang menemubual beberapa saudara-mara Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram, termasuk adiknya Azzimudie Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu, sebagai berkata terdapat beberapa kematian dalam kejadian tersebut.

Panggilan telefon itu walaubagaimanapun terputus.

Adik Sultan Sulu, Jamalul Kiram III iaitu Raja Muda Agbimuddin Kiram mendakwa pasukan keselamatan Malaysia pada Jumaat mula melepaskan tembakan ke arah kumpulan bersenjata dari Filipina yang menceroboh masuk ke sebuah kampung di Sabah.

Dalam satu temu bual bersama radio dzBB kira-kira pukul 10 pagi Jumaat, Agbimuddin Kiram yang juga ketua kumpulan tersebut berkata, mereka telah ditembak dan terpaksa mempertahankan diri.

"Biglang pumasok sa amin (Mereka datang dengan tiba-tiba), kami perlu mempertahanakan diri sendiri," kata Raja Muda Agbimuddin Kiram.

Ketika ditanya masa pasukan keselamatan Malaysia bertindak, dia berkata: "Oras na ito (pada waktu ini)."

Bunyi tembakan kedengaran ketika temu bual itu diadakan.

Temu bual itu kemudiannya terputus.

Dalam temu bual kedua dengan stesen radio, Agbimuddin Kiram berkata, dia menerima laporan bahawa beberapa anggotanya cedera dan memberitahu mereka tidak akan ada berundur atau melakukan gencatan senjata.

"Meron na (Terdapat anggota yang cedera)," katanya dalam temu bual itu apabila ditanya jika ada anggotanya yang cedera, beberapa saat selepas temu bual pertama itu terputus.

Ketika ditanya sama ada terdapat polis Malaysia yang cedera, dia berkata:"Ewan ko (Saya tidak tahu).

Namun menurut satu lagi sumber 2 di lapangan, menafikan berlaku insiden tersebut. Apa yang berlaku ialah pasukan Keselamatan Negara kita masih bersabar, memberi ruang kepada rundingan, dan tiada tembak-menembak berlaku antara pasukan keselamatan negara dan pihak penceroboh.

Apa yang berlaku ialah, pihak penceroboh yang keadaan Panik, Kelaparan dan Bergaduh sesama mereka tidak dapat mengawal emosi masing-masing.

Terdapat di kalangan penceroboh, mula melepaskan tembakan ke udara di kawasan kedudukan mereka, menembak binatang-binatang yang boleh dijadikan makanan, dan bunyi tembakan itu bukanlah peristiwa tembak-menembak antara pasukan keselamatan negara kita dengan pihak penceroboh.

Tindakan tidak bertanggungjawab pihak pembangkang menghebahkan berita palsu tentang tembak-menembak tersebut sangat tidak bertanggungjawab kerana ianya memberi kesan negatif kepada negara dan penduduk di kawasan Lahad Datu.

Faktanya, Kedaulatan Negara kita mesti dipertahankan dan Keselamatan rakyat Malaysia mesti diberi keutamaan.

Harap rakyat Malaysia bertenang dan berhati-hati dengan berita-berita palsu dari pihak pembangkang.

PANAS!Gambar Yang Buat Abby Abadi Meroyan Sawan

Posted: 28 Feb 2013 08:00 PM PST



Teman betul-betul bersetuju dengan Duke of UMNO yang komen pasal Ustazah Abby Abadi ni. Sejak masuk PAS banyak sangat la fatwa-fatwa yang dikeluarkan oleh Ustazah Segera PAS ni. Dah macam setaraf ulama la pulak,.

Masa Abby Abadi isytihar dirinya jadi ahli PAS seumur hidup, maka melompat sakan la pak-pak lebai PAS bila mak janda tu jadi geng depa. Depa sambut besar-besaran dan puji Abby macam "ostazah segera" tu dah jadi bini no.2 depa...heh!

Time tu, sapa yang hentam Abby, pak-pak lebai PAS yang gatai-gatai tu akan hentam balik. Depa bela Abby depan belakang. Abby Abadi la kononnya paling Islam dalam dunia ni...heh!

Itu la yang terjadi bila seseorang artis tu isytihar masuk PAS....kononnya itu tanda demokrasi dan kita perlu hormat keputusan Abby. WTH? Aku tak kisah pun Abby masuk PAS. Masuk la. Artis yang kurang IQ dialu-alukan masuk PAS...memang itu je level depa tu..heh!

Tapi...apa kata depa kalau tengok gambar macam kat bawah ni..? Aku rasa mau depa meroyan 9 bulan macam orang pompuan "period". Orang pompuan dah mandi wajib 3 kali pun depa dok tak habis-habis "period" lagi...

Adoiii..!!! Demokrasi la ni. Ikut suka hati artis la nak join parti mana pun. Tak salah pun depa masuk UMNO, kan? Takkan la tindakan artis dihalalkan jika masuk PAS saja dan diharamkan masuk UMNO? Wal halallluku wal harammmumu..?

Yang pentingnya, artis-artis yang masuk UMNO ni tak keluarkan fatwa ikut sedap mulut saja. Tak macam Abby, dia keluarkan fatwa ikut suka hati dia saja. Mak bapak dia pun dia hina, apatah lagi orang lain...kan? Itu la akhlak artis masuk PAS..heh!

Lagi gambar DISINI

Demi Raja Yang Disanjung Tinggi, Kenapa Disanggah Kerana Politik

Posted: 28 Feb 2013 07:12 PM PST

Perbuatan biadap seorang lelaki berbangsa Cina yang menunjukkan isyarat lucah terhadap Permaisuri Agong di Lapangan Terbang Pulau Pinang baru-baru ini, telah mengundang kecaman hebat oleh orang ramai yang menganggap perbuatan biadap itu bukan sahaja tidak rasional untuk dilakukan, malah apa yang dilakukan langsung tidak menghormati kalangan mereka yang menyanjung tinggi akan Institusi Diraja Berperlembagaan.Kecaman demi kecaman sehingga ramai yang mencadangkan agar si pelaku tersebut sewajarnya "harus ditendang keluar daripada rumah dan pergi kesana semula!".

Sehingga kini, masih ramai lagi yang mengutuk perbuatan biadap tersebut.Sewajarnya rakyat marah, terkesan, serta peduli terhadap apa yang berlaku, apatah lagi soal lambang Negara telah dikotori sebegitu rupa. Tambah parah apabila Institusi ini sering dipersoal serta dipertikai oleh pembangkang, yang menghasut rakyat dengan cerita-cerita fitnah sehingga ada yang termakan ekoran tidak memahami sepenuhnya fungsi dan amanah yang digalas oleh Institusi Raja Berperlembagaan ini.Maka muncul perbuatan biadap, tidak sopan, melulu, semberono dan seangkatan dengannya gara-gara tidak berfikir secara bernas. Adakah mungkin kita terlalu banyak orang yang hanya mengguna kepandaiannya dengan membaca sahaja? Yakni apa yang dibaca termasuk apa yang kita lihat, mahupun kita dengar, berupa mesej atau informasi terkini kita terima bulat-bulat sahaja. Maksudnya disini kita tidak mentafsir dahulu sesuatu perkara sebelum mengambil tindakan.

Sebagai contoh, lihat apa yang berlaku sekarang, majority si pelaku adalah golongan yang telah diracuni pemikirannya, ekoran kekeliruan dan kesangasian diwujudkan oleh orang yang berpolitik.Lihat sejarah bagaimana Malaysia dibentuk dahulu.

Negara kita telah memilih sistem demokrasi berparlimen iaitu raja berperlembagaan. Sistem diguna pakai sehingga kini, malangnya tidak dilihat keberjayaannya sejak dahulu oleh kebanyakkan kita. Adakah ini semua berpunca kerana kita terlalu fokus memandang ke depan, atas faktor kemajuan? Sehingga kita tidak lagi melihat kebelakang, samada kita telah terlepas pandang, mahupun memang ramai yang dah terlajak ke hadapan. Apa pun yang pasti, semakin ramai yang terlanjur kini adalah bukan memperlihatkan ketamadunan langsung, malah "rentak yang ditari dahulu semakin sumbang dan terlanggar kaki…!".Kita memang mengekalkan sistem beraja, tetapi dengan perlembagaan. Bermaksud Raja bukan berkuasa mutlak, kerana kuasa yang dimiliki telah dipecahkan oleh doktrin pengasingan kuasa kepada tiga kelompok berasingan iaitu eksekutif, perundangan dan kehakiman. Namun yang utama, terletak dibawah kuasa raja berperlembagaan iaitu menjadi ketua turus angkatan tentera, berkuasa untuk memanggil, menangguhkan serta membubar parlimen, selain menjadi lambang Islam kepada negara, bangsa, bahasa, serta menjaga hak-hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera, dan lain-lain lagi yang utama.Dengan adanya Raja, dan kuasa yang dimilki sebenarnya adalah untuk menseimbangi kuasa yang di urus tadbir 3 badan tadi. Sebab itulah Raja menjadi lambang kepada negara kita, kerana menjaga semua rakyat supaya mampu hidup dengan adil dan saksama, serta menjamin keharmonian dan kesejahteraan kita bersama. Sebagai contoh dengan menjaga hak-hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera. Hak yang sering dipersoal dan dipertikai pihak parti politik pembangkang, dakwa mereka tidak berlaku adil terhadap bangsa lain, malah tidak relevan dan harus diubah. Sebenarnya kita harus lihat dahulu konteks ini.

PM umum berita gembira kakitangan awam 11 Mac?

Posted: 28 Feb 2013 05:06 PM PST

Kertas kajian mengenai perubahan gaji penjawat awam yang sudah mencapai tangga gaji maksimum telah dikemukakan kepada kerajaan untuk pertimbangan Jawatankuasa Kabinet Gaji, kata Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata kajian itu dilakukan oleh pihaknya bersama Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berikutan perkara itu merupakan antara masalah yang dihadapi dalam perkhidmatan awam di negara ini.

Katanya, penilaian telah dibuat terhadap kalangan penjawat awam yang sudah mencapai had atau tangga gaji maksimum dengan kebanyakan mereka ini mempunyai skor 80 hingga 85 ke atas dalam Laporan Penilaian Prestasi Tahunan.

"Ia menunjukkan penjawat awam itu telah melaksanakan tugas dengan cemerlang tetapi jika dilihat skim gaji, kita dapati ada yang terhenti dan sampai ke tahap maksimum," katanya dalam Program Temubual Bersama Radio Sandakan FM yang bersiaran semalam.

Ketua Setiausaha Negara berkata, masalah gaji sudah capai had maksimum atau statik dalam kalangan penjawat awam perlu perubahan selari dengan perkembangan semasa yang menyebabkan kenaikan kos hidup dan inflasi di negara ini pada kadar satu setengah peratus yang turut dihadapi penjawat awam.

Katanya, kertas cadangan itu turut meliputi cadangan kenaikan dua hingga lima peratus untuk penjawat awam yang sudah capai had gaji maksimum.

Menurutnya, perkara itu sedang dibincangkan di peringkat Kabinet dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dijangka membuat pengumuman secepat yang boleh.

Beliau yakin kerajaan akan mengambil perhatian perkara itu selepas meluluskan kenaikan pencen sebanyak dua peratus setiap tahun bermula tahun ini kepada pesara kerajaan.

Ali berkata, pada Sesi Amanat Perdana Menteri kepada Perkhidmatan Awam pada 11 Mac ini di Putrajaya, Perdana Menteri dijangka mengumumkan berita gembira kepada 1.4 juta penjawat awam di negara ini.

"Kita tunggu sahaja perdana menteri membuat pengumuman tidak lama lagi dan kalau ada insentif kita sama-sama tunggu.

"Tahun ini amat penting kerana kita perlu lihat kerajaan mengucapkan terima kasih kepada semua penjawat awam," katanya.

Katanya, untuk faedah jangka panjang, pihaknya kini meneliti mengenai 86 jenis elaun penjawat awam disebabkan ada antara elaun itu sudah lama belum dikaji semula seperti elaun perumahan.

"Kami sedang melihat dan mungkin ia akan mengambil masa lebih sikit kerana kena perlu melihat balik semua elaun dan juga akan ada implikasi kewangan yang lebih," katanya.

Pada akhir program itu, beliau meminta penjawat awam di seluruh negara meneruskan perjuangan mereka untuk membaiki perkhidmatan diberikan kepada rakyat dan hala tuju negara ke arah pencapaian negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

Beliau berkata, penjawat awam mesti bersikap kreatif dan inovatif secara lebih proaktif dengan disertai sikap positif, peribadi yang mulia dan berintegriti.

Katanya, tugas sebagai penjawat awam adalah untuk menyampaikan perkhidmatan cemerlang kepada rakyat. - Bernama

GEMPAR! P. Bala Dapat Tawaran Berlakon Filem Bollywood

Posted: 28 Feb 2013 04:00 PM PST



Kalau nak menfitnah, macam-macam cara la boleh buat. Cipta segala bagai skrip drama hebat. Sampai boleh cipta satu lakonan bollywood gitu! Ceramah 'Siapa Arah Bunuh Altantuya' yang disampaikan oleh penyiasat persendirian, P.Balasubramaniam jelas menunjukkan tiada sebarang bukti yang dapat ditunjukkan berhubung penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kematian model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Bila Ditanya...MANA BUKTI?
"MINTA MAAF, SUDAH LAMA…JADI SAYA LUPA,". Adeeh!! Gitu pulak!

Lihatlah Wajah-Wajah Yang Sambut Kepulangan Balasundram

Posted: 28 Feb 2013 03:00 PM PST



Kepulangan penyiasat persendirian yang pernah diupah oleh Razak Baginda, tetapi mempunyai hubungan seksual dengan Altantuya Shiiribu, model Mongolia yang mati dibunuh, diberikan sambutan besar-besaran oleh para penyokong Pakatan Rakyat. Walaupun semuanya tahu bahawa Balasubramaniam balik ke Malaysia selepas punca kewangannya menarik diri dan tidak lagi menaja kehidupannya dan keluarga di Chennai, India, namun para pecacai dan pemimpin Pakatan Rakyat, cuba menterbalikkan fakta tersebut.

Sehingga sekarang, para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Anwar Ibrahim dan PKR, masih lagi menekankan dan cuba membuatkan rakyat Malaysia percaya bahawa pembunuhan Altantuya mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor. Para pecacai Pakatan, biarpun telah diberikan fakta dan sanggahan terhadap tohmahan dan fitnah mereka, masih lagi meneruskan kerja-kerja jahat dan hodoh demi sebuah kuasa Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. 

Sehingga sekarang, para pecacai Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim dan keseluruhan Pakatan Rakyat, masih tidak menarik balik tohmahan serta fitnah mereka, bahkan masih berusaha untuk memperkemas serta menajamkan fitnah mereka dengan kaitan apa-apa sahaja, asalkan Najib Abdul Razak dan Rosmah Mansor boleh dikaitkan. 

Justeru kepulangan P.I Balasubramaniam yang disambut oleh hampir 50 orang pemeluk akidah Pakatan Rakyat termasuklah para pemimpin mereka di KLIA, kembali menghidupkan peluang buat Anwar Ibrahim pada fasa terakhir. Namun selain daripada masalah pendana yang tidak lagi mahu meneruskan pemberian wang kepada Balasubramaniam, sebenarnya lelaki India itu juga perlu memberikan banyak penjelasan tentang banyak perkara. 

P.Balasubramaniam merupakan bekas anggota polis yang telah dipecat kerana melakukan RASUAH ketika menjalankan tugas. 

P.Balasubramaniam terpaksa mencipta atau merekayasa cerita bohong serta karut tentang pembunuhan Altantuya Shiiribu apabila dia ditangkap setelah menyonglap RM50,000 duit milik Razak Baginda. Wang berkenaan sepatutnya diserahkan kepada Altantuya Shiiribu di Hotel Malaya. Balasubramaniam juga telah diketahui telah melakukan hubungan seksual dengan Altantuya Shiiribu tidak lama sebelum wanita itu dibunuh akibat salah faham arahan oleh Sirul dan Azilah. 

Ada maklumat yang mengatakan, Razak Baginda meninggalkan Altantuya Shiiribu apabila mengetahui hubungan sulit wanita itu dengan Balasubramaniam yang telah diupah untuk 'menjaga' wanita jelita berkenaan. Besar kemungkinan jugalah, Balasubramaniam yang mengeluarkan arahan agar Altantuya Shiiribu dibunuh kepada Sirul dan Azilah dengan mengakalkan mereka kononnya, arahan tersebut datangnya daripada Razak. Balasubramaniam berbuat begitu agar tembelang dia mencuri duit Razak tidak diketahui sampai bila-bila. 

Orang pertama yang memasyhurkan cerita tentang pembunuhan Altantuya Shiiribu dan mengaitkannya dengan Najib Abdul Razak serta Rosmah Mansor adalah Raja Petra Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai RPK. RPK sudah lama menarik balik ceritanya dan sudah pun 'membetulkannya'. Bahkan dia mengakui, semua cerita tersebut adalah rekaannya semata-mata dengan beberapa nama individu sebenarnya tidak wujud. Namun 'pembetulan yang dilakukan oleh RPK, kurang dipedulikan oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan, sebaliknya mereka terus berusaha menggunakan fakta-fakta karangan RPK dengan menjadikannya sebagai cerita dongeng.

P.Balasubramaniam mencipta cerita dalam Akuan Bersumpahnya yang pertama, kononnya Rosmah Mansor berada di tempat kejadian sewaktu Altantuya dibunuh. Anwar Ibrahim dan konco-konconya menjaja cerita tersebut. Namun akhirnya bukti terpacul yang menunjukkan pada tarikh dan masa di mana Balasubramaniam mendakwa kononnya Rosmah Mansor membunuh wanita Mongolia tersebut, Rosmah Mansor sebenarnya berada dalam satu majlis bersama anak-anak yatim.

Najib Abdul Razak yang cuba dikaitkan juga, telah bersumpah laknat, tidak mengenali bahkan tidak pernah berhubungan dengan wanita Mongolia tersebut. Sedangkan Anwar Ibrahim pula, bersusah payah cuba mendapatkan bantuan daripada PAS agar dia tidak perlu bersumpah laknat atas beberapa tuduhannya terhadap Najib dan Rosmah termasuklah video lucahnya bersama-sama seorang pelacur dari China.

Sumber

Tu Dia! Mulut Anwar Ibrahim Masuk Lalat

Posted: 28 Feb 2013 02:00 PM PST



Kerajaan menyasarkan 90 lagi Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) akan beroperasi tahun ini selepas ia mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Ketua Unit Pengurusan dan Pelaksanaan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Mohd Fariszan Ahmad berkata penambahan itu melibatkan 25 buah di Sabah, Sarawak (30), Labuan (dua) manakala 33 premis lain di semenanjung.

"Sehingga kini kita ada 87 KR1M seluruh negara dan pada awal pelaksanaanya, hanya terdapat 250 produk, tetapi dengan sambutan yang amat baik, maka produk KR1M bertambah menjadi 405 ketika ini," katanya kepada Bernama Radio24, di sini Khamis.

Beliau berkata kerajaan bercadang untuk memberi tumpuan di kawasan bandar bagi pembinaan KR1M kerana fokus utamanya adalah untuk mengurangkan bebanan penduduk berpendapatan rendah dan sederhana di kawasan bandar.

"Berikutan permintaan yang tinggi oleh rakyat selepas kita melancarkan KR1M yang pertama di Stesen LRT Kelana Jaya pada 11 Jun 2011, ia perlu diperluaskan sebagai satu gerakan nasional," katanya.

Fariszan berkata kerajaan juga menyasarkan 1,000 premis makanan menyertai projek Menu Rakyat 1Malaysia MR1M tahun ini bagi menambah bilangan sedia ada iaitu 3,572 premis yang menawarkan harga makanan yang lebih murah kepada orang ramai.

"Selain daripada KR1M dan MR1M, kerajaan juga akan menambah bilangan Kedai Kain Rakyat 1Malaysia KKR1M sebanyak 30 lagi menjadikannya 34 buah menjelang akhir tahun ini," katanya.

Sehubungan itu beliau berkata KPDNKK di setiap negeri dan daerah akan memantau semua inisiatif itu bagi memastikannya berjalan seperti dirancang. - BERNAMA

Tiada Halangan Wartawan Luar Negara Buat Liputan PRU

Posted: 28 Feb 2013 01:00 PM PST



Tidak ada halangan bagi wartawan dari luar negara untuk membuat liputan pilihan raya umum ke-13, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata bagaimanapun jika mereka datang dengan tujuan politik, pihak berkuasa tidak dapat melayan permohonan mereka keseluruhannya.

"Kita tidak ada halangan, malah wakil Reuters, CNN, CNBC, New York Times dan Herald Tribune, semua ini memang ada wakil mereka di sini dan saya tidak nampak kenapa lawatan mereka jika dirancang perlu ditolak. Kementerian akan bekerjasama dengan mereka.

"Setakat ini tidak ada wartawan yang diusir atau disuruh keluar dari negara ini kecuali seorang senator dari Australia baru-baru ini, tetapi itu bab lain, tidak berhubung dengan wartawan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Dewan Undangan Negeri Lui peringkat Parlimen Jelebu di padang Felda Lui Muda dekat sini Khamis.

Rais yang juga anggota Parlimen Jelebu berkata wartawan tidak perlu mempunyai satu visa khas wartawan atau penulisan, tetapi jika mereka melanggar undang-undang negara ini, mereka akan dikenakan tindakan.

Beliau berkata setakat ini tidak ada permohonan daripada wartawan luar negara untuk membuat liputan pilihan raya umum ke-13.

"Kalau mereka memohon untuk datang sebagai pelawat, kami tidak ada halangan bagi mereka berbuat demikian tetapi sekiranya mereka datang dengan tujuan politik tentu sekali pihak berkuasa tidak dapat melayani permohonan mereka keseluruhannya.

"Setakat ini tidak ada kontroversi pun, tetapi kalau dengan niat yang jahat atau pun menghuru-harakan negara atau merancang untuk menggulingkan kerajaan, tentu sekali mereka tidak dapat diterima," katanya.

Rais berkata terserah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk menentukan jenis liputan yang wajar diberi kepada wartawan luar negara.

"Memang dalam keadaan sekarang mereka menulis dalam keadaan yang 'menyebelah' kepada pihak-pihak tertentu dengan tujuan antarabangsa tertentu.

"Oleh yang demikian, kita di negara ini harus bersikap adil juga. Tetapi dalam pada itu berhati-hati untuk melihat tujuan, niat dan juga perbuatan mereka," katanya. - BERNAMA

Pembangkang Guna Khidmat 2 Ekor 'Ular Hitam' Untuk Menipu Rakyat

Posted: 28 Feb 2013 12:00 PM PST


Bekas penyiasat persendirian P. Balasubramaniam (PI Bala) mungkin merasa sedikit hampa apabila sambutan kepulangannya di KLIA tempohari hanya menarik perhatian kira-kira 50 orang pemimpin dan penyokong PKR sahaja, berkali ganda kurang dari jangkaan awalnya.

Ia satu permulaan yang kurang baik sementelah lagi di saat PKR begitu terdesak memerlukan penampilan PI Bala untuk digandingkan dengan penjual karpet, Deepak Jaikishan bagi menjayakan kesinambungan ceritera fiksyen mengenai kematian model Mongolia, Altantuya Shariibuu.

Walaupun begitu, PI Bala masih boleh berbangga kerana kepulangannya tetap juga diberi sambutan ala-ala pemimpin parti, jauh lebih baik berbanding Helmi Malik yang terpaksa menanggung malu sendirian selepas kantoi menggunakan kad pengenalan palsu di Indonesia.

Bagi pembaca yang tidak mengenali siapa Helmi Malik, bolehlah membuat carian di Google mengenai berita dan gambar Exco Kerajaan PKR Selangor, Elizabeth Wong yang terkangkang bersama hutan belukarnya.

Paling penting sekembalinya PI Bala ke tanahair sudah ada kerjaya yang menanti, walaupun bukan lagi sebagai penyiasat persendirian, tapi setidak-tidaknya dengan menjadi penceramah untuk kempen politik PKR tentunya banyak habuan menanti setiap kali selesai berceramah.

Lagi pun inilah masanya untuk PI Bala membalas jasa PKR yang sejak lebih kurang 5 tahun lalu telah menanggung segala kos sara hidupnya di India. Tambahan pula bukan payah mana sangat pun untuk berceramah di depan khalayak, yang penting bijak memutar belit fakta yang diadun dengan temberang nescaya mendapat tepukan gemuruh dari penyokong pembangkang.

Ramai pemimpin PKR tahu gandingan PI Bala dengan Deepak kelak tidak mampu membawa pertambahan sokongan kepada parti itu memandangkan terlampau banyak keraguan umum terhadap kredibiliti kedua-duanya berikutan banyak versi cerita yang bertukar ganti fakta dan fiksyennya.

Ditambah pula dengan kes songlap RM50,000 wang milik Razak baginda yang sepatutnya diserahkan oleh PI Bala kepada Altantuya Shariibuu, lagilah membukit keraguan ramai terhadap apa sahaja kata-kata yang bakal diucapkan oleh PI bala semasa di pentas ceramah atau ketika temu bual dengan media.

Jika PI Bala tidak menggelapkan wang tersebut yang diterimanya di Hotel Malaya, tentunya Altantuya tidak perlu susah-susah datang ke Malaysia untuk menuntut wang dengan Razak Baginda malah tak mustahil kes kematiannya juga tidak berlaku.

Kasihan Altantuya dek kerana wang yang dituntut gagal diperolehnya manakala  disebabkan kesilapan Azilah dan Sirul salah faham dengan arahan Razak Baginda, akhirnya nyawa wanita malang itu berakhir dan mayatnya berkecai diletupkan dengan C4. 

PI Bala pula berseronok dengan wang yang disonglap dan tergamak mereka-reka cerita mengikut skrip garapan Anwar Ibrahim dan pemimpin PKR lain melalui Akuan Bersumpah Pertama (SD1) demi habuan tambahan semata-mata untuk mengaitkan kejadian pembunuhan Altantuya dengan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak.

Apa pun, PI Bala sudah membuktikan dirinya memang kebal dari perasaan malu atau bersalah, selepas SD2 yang menceritakan kebenaran sekaligus membatalkan SD1 yang penuh penipuan, kini PI Bala tiba-tiba kembali semula demi untuk menyambung penipuan SD1 selepas dijanjikan imbuhan baru.

Bimbang didesak kenapa tidak melakukan SD3 atau seterusnya bagi membatalkan SD1, maka kitab Hindu Bhagavad Gita dijadikan sandaran. 

PI Bala mungkin bangga kehebatan dalam memutar belit cerita dan mampu pula merekayasa pelbagai versi berbeza, namun berapa ramai yang sanggup terus ditipu olehnya? Ada memang ada, tapi tiba masanya kelak kebenaran hakiki akan menimbus kebatilan. Itu semestinya.

Sumber

TERKINI: Lahad Datu, Risalah Bahasa Suluk Minta Penceroboh Serah Diri

Posted: 28 Feb 2013 11:00 AM PST



Risalah-risalah dalam bahasa Suluk meminta penceroboh rakyat Filipina menyerah diri disebar di sekitar kawasan Kampung Tanduo sejak semalam tetapi setakat ini pihak keselamatan Malaysia belum menerima sebarang reaksi daripada kumpulan itu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata sejak risalah itu ditabur, belum ada maklum balas daripada kumpulan penceroboh itu.

"Saya percaya mereka telah mendapat 'flyers' itu," katanya pada sidang akhbar, Khamis, mengenai perkembangan terkini usaha menamatkan insiden yang bermula sejak kumpulan yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Sulu menceroboh perkampungan nelayan kira-kira 130km dari sini 12 Februari lepas.

Hamza berkata pasukan keselamatan tidak teragak menggunakan kekerasan sekiranya anggotanya terancam.

"Kami tidak mahu mereka (penceroboh) meletakkan pasukan polis atau pasukan keselamatan kita dalam satu situasi di mana kami tidak ada pilihan lain (kecuali mengambil tindakan kekerasan).

"Kita kena ingat bahawa tujuan kita adalah untuk menyelamatkan nyawa. Tapi nyawa pasukan keselamatan lebih penting daripada nyawa mereka (penceroboh)," katanya.

Hamza berkata sebarang tindakan oleh pihak keselamatan adalah berlandaskan peruntukan undang-undang serta mengambil kira sebarang kemungkinan dan kesan tindakan yang diambil. - BERNAMA
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...