UMNO Online - “Tengku Adnan Respects PM’s Confidence In Naming Him Putrajaya Candidate” plus 4 more

UMNO Online - “Tengku Adnan Respects PM’s Confidence In Naming Him Putrajaya Candidate” plus 4 more

Link to UMNO Online

Tengku Adnan Respects PM’s Confidence In Naming Him Putrajaya Candidate

Posted: 09 Feb 2013 02:09 AM PST

PUTRAJAYA, Feb 9 – Barisan Nasional (BN) secretary-general Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor expressed his respect for Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak’s confidence in entrusting him with the defence of the Putrajaya parliamentary seat at the 13th General Election.

“Recently, the Prime Minister announced me as the Putrajaya parliamentary candidate,” he said, adding that as BN chairman it was Najib’s prerogative to finalise the candidates list.

He was speaking to reporters after presenting the 1Malaysia People’s Aid (BR1M) to 3,500 eligible Putrajaya residents, here today.

On Feb 7, Najib, who is UMNO President, made the announcement before a crowd of 2,500 guests at Sekolah Sultan Alam Shah’s Golden Jubilee celebrations in Putrajaya.

Tengku Adnan is Putrajaya’s first people’s representative since 2004 and managed to defend the seat in the 2008 general election by defeating Pas candidate, Mohamad Noor Mohamad.

On a separate development, he criticised the Selangor and Penang state governments’ alleged cowardly action of removing Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak’s posters and banners wishing the Chinese community ‘Happy Chinese New Year’.

He was of the opinion that it clearly proved the opposition could not accept the Najib’s popularity with the people, which he described as being at its highest, and that they were also scared of losing in the upcoming general election.

“I don’t understand why they were nervous. We put up the posters in Selangor and Penang, but they took them down. He was only wishing ‘Gong Xi Fa Chai’ for the peace, harmony and well-being of the people,” he said. – MediaUMNO

Janji Kelantan Bangunkan Lembah Sireh Satu Pembohongan – Mustapa

Posted: 09 Feb 2013 02:02 AM PST

KOTA BAHARU, 9 Feb – Umno Kelantan hari ini mempertikaikan keupayaan kerajaan Kelantan pimpinan PAS untuk menunaikan janjinya membangunkan kawasan Lembah Sireh di sini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata sewajarnya rakyat Kelantan sudah merasai nikmat pembangunan di Lembah Sireh itu yang mula dilaksanakan sejak 2007.

“Banyak janji tapi tidak ditunaikan. Ini satu perkara serius. Kita baca hari ini projek itu hendak dilanjutkan ke tahun 2020. Ini satu penganiayaan dan penipuan kepada rakyat negeri ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada 1,000 penerima di Sekolah Kebangsaan Chica Menyabung di sini, hari ini.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengulas laporan sebuah akhbar semalam bahawa kerajaan negeri akan menyambung projek di Lembah Sireh itu sehingga 2020.

Pada Julai 2003, Kerajaan negeri telah memeterai perjanjian dengan sebuah syarikat pemaju melibatkan jumlah pelaburan mencecah RM2 bilion bagi melaksanakan projek pembangunan dan pengindahan tebing Sungai Kelantan di Lembah Sireh.

Melalui perjanjian yang dimeterai ini Kerajaan Kelantan perlu menyerahkan kira-kira 1,000 ekar tanah kepada pihak syarikat dan sebagai syarat balasannya, syarikat terbabit perlu memberi sumbangan terutama dalam bentuk pembangunan fizikal bernilai lebih RM350 juta.

Antara pembangunan fizikal yang dijanjikan adalah projek pembinaan masjid bernilai RM20 juta, Jambatan Palekbang (RM150 juta) dan stadium tertutup wanita bernilai RM25 juta.

Laporan Ketua Audit Negara 2011 mendedahkan projek tersebut penuh dengan pelbagai kelemahan meragukan berikutan masih terlalu banyak yang dijanjikan gagal dilaksanakan.

Mustapa berkata ini menunjukkan kredibiliti kerajaan BN lebih berintegriti berbanding PAS biarpun telah diberi mandat memerintah Kelantan sejak 22 tahun lalu.

Beliau berkata jika benar projek pembangunan di situ baru mencapai lima peratus pelaksanaannya, ia membuktikan kelemahan ketara dan kegagalan kerajaan Kelantan.

“Yang menjadi mangsa adalah kita sebagai rakyat Kelantan yang terus hanyut dengan janji-janji manis mereka yang sebenarnya tidak berkemampuan untuk melaksanakan projek yang dianggap besar ini.

“Mengikut maklumat (yang diterima), yang kenyang perut adalah pengarah-pengarah syarikat terbabit. Penipuan atas daratlah (penipuan secara terang-terangan) kepada rakyat Kelantan,” katanya. – MediaUMNO

Pembangkang Harus Terima Peringatan Awal PM Akur Keputusan PRU 13 – Nazri

Posted: 09 Feb 2013 01:36 AM PST

TAIPING, 9 Feb – Pembangkang perlu terima peringatan awal Perdana Menteri supaya mereka tidak menimbulkan huru-hara sekiranya kalah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Nazri berkata pembangkang harus mencontohi kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sedia menerima kekalahannya di lima negeri pada pilihan raya umum lepas.

“Walaupun kita kalah di beberapa buah negeri kita tak ada masalah langsung untuk serah kerajaan itu kepada pembangkang,” katanya selepas menyampaikan bantuan Azam Tani Fasa 1 kepada 20 penerima di sini hari ini.

Nazri mengulas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang berharap pembangkang menerima keputusan PRU-13 dan tidak mencari alasan untuk menimbulkan huru-hara sekiranya mereka kalah dalam pilihan raya itu.

Katanya, peringatan awal adalah untuk mengelakkan perkara itu berlaku selepas keputusan PRU-13 diumumkan.

“Perdana Menteri menyebut perkara ini kerana kecenderungan mereka(pembangkang) melakukan aktiviti-aktiviti demonstrasi yang negatif dan menghasut rakyat.

“Kecenderungan pembangkang seolah-olah mereka sahaja yang betul dan hari ini usaha untuk memburukkan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dilakukan begitu hebat sekali, saya rasa ada kecenderungan itu di pihak mereka sekiranya mereka tidak menang dalam pilihan raya nanti,” katanya.

Beliau berkata Perdana Menteri mahukan rakyat lebih berhati-hati dan tidak menyokong usaha pembangkang untuk memporak perandakan rakyat selepas pilihan raya nanti.

Demonstrasi pembangkang menghasut rakyat supaya membenci BN kerana (dituduh) zalim adalah tidak betul kerana kerajaan BN adalah kerajaan yang baik, katanya.

“Kita (kerajaan BN) sudah buat segala apa yang kita janji…pembangkang hanya janji macam-macam tapi tidak tunaikan,” katanya.

“Dalam keadaan (negara) stabil, aman damai, dia (pembangkang) mungkin nak kalah itu ada, sebab itu mereka sedang berusaha cari jalan bagaimana nak mendatangkan perasaan marah rakyat terhadap BN,” katanya. – MediaUMNO

Jentera BN Tidak Boleh ‘Santai’ Dengan Golongan Muda

Posted: 08 Feb 2013 11:28 PM PST

KOTA KINABALU, 9 Feb – Jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) tidak boleh bersikap ‘santai’ atau sambil lewa dengan permintaan dan harapan golongan muda terhadap kerajaan, khususnya menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi.

Ketua Puteri Umno Sabah Musliati Moslimin berkata sokongan golongan tersebut terhadap BN amat penting memandangkan golongan belia merupakan 40 peratus daripada jumlah rakyat di negara ini.

“Kita juga mesti ingat sistem dan tuntutan sekarang adalah berbeza. Kita (jentera pilihan raya) perlu lebih responsif terhadap golongan muda.

“Semua jentera, khususnya Puteri Umno negeri, harus bergerak ke tahap maksimum bagi memastikan kesiapsiagaan parti menghadapi PRU-13,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Musliati berkata jentera pilihan raya Puteri Umno di seluruh negeri telah bersedia sejak lama untuk menghadapi pilihan raya umum pada bila-bila masa sahaja. – MediaUMNO

Turun Poster PM Ucap Tahun Baru Cina Tindakan Pengecut – Tengku Adnan

Posted: 08 Feb 2013 11:23 PM PST

PUTRAJAYA, 9 Feb – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor membidas tindakan kerajaan Selangor dan Pulau Pinang menurunkan poster dan kain rentang ucapan Tahun Baharu Cina oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sebagai pengecut.

Katanya tindakan tidak bermoral itu jelas membuktikan pembangkang tidak dapat menerima populariti Najib yang disifatkan berada di paras tertinggi di kalangan rakyat, selain takut akan kalah dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) nanti.

“Kita pun tak faham mengapa mereka menggelabah. Kita letak banner (kain rentang) Perdana Menteri di Selangor dan Pulau Pinang, mereka (kerajaan negeri) turunkan banner-banner PM yang hanya mengucapkan Gong Xi Fa Chai, supaya kita hidup aman, sejahtera dan damai.

“Kita (BN) nak buat sambutan Tahun Baharu Cina di Pulau Pinang dan nak bawa Psy (penyanyi popular Korea Selatan) pun mereka (pembangkang) menggelabah. Mereka minta orang ramai jangan datang, tekanan melalui penyokong mereka, juga ada surat ugutan kepada Psy,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 kepada setiap isirumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah kepada 3,500 penduduk Putrajaya, di sini hari ini.

Tengku Adnan yang juga anggota Parlimen Putrajaya menegaskan tindakan mencetuskan semangat kebencian dan kemarahan rakyat terhadap pemimpin utama negara, bukan budaya Malaysia.

Menurutnya, jentera pembangkang juga sering mengedarkan risalah berbentuk fitnah dan tomahan tidak berasas antaranya memperkecilkan kejayaan BN dan yang boleh mencetuskan rasa kebencian antara masyarakat berbilang bangsa dan agama.

“Kita juga tahu bahawa mereka (pembangkang) telah berbincang di Australia dan di Indonesia kononnya sekiranya mereka kalah dalam pilihan raya, mereka nak mulakan Arab Spring. Kalau kalah, maknanya rakyat dah beri mandat, terima sahaja, tetapi mereka akan salahkan kita (BN),” katanya.

Baru-baru ini, Najib yang juga Pengerusi BN meminta pembangkang supaya menghormati dan menerima keputusan yang dibuat rakyat tanpa perlu menimbulkan huru-hara sekiranya mereka kalah dalam PRU-13.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pula mengingatkan rancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimport demonstrasi jalanan ala ‘Arab Spring’ harus diambil perhatian serius memandangkan kemampuan Ketua Pembangkang itu menganjurkan demonstrasi besar-besaran sebelum ini tidak dapat dinafikan. – MediaUMNO

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...