tun faisal dot com

tun faisal dot com


[Video Penuh] #WacanaSinar : Kuasa Politik Mahasiswa

Posted: 28 Feb 2013 07:30 PM PST





WACANA SINAR : KUASA POLITIK MAHASISWA

Pada 26 Februari 2013 ( Selasa )

2.30 petang

Di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam

Panelis :

1) Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad
2) Bekas aktivis pergerakan mahasiswa, Tun Faisal Ismail Aziz
3) Penganalisis politik dari UiTM, Prof Dr Azmi Hassan
4) Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia, Muammar Ghadafi Datuk Jamal
5) Presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Azan Safar.
Moderator: Prof Datuk Mohamad Abu Bakar dari Universiti Malaya.




Pindaan Auku tingkat kuasa politik pelajar
JAMILAH HAMZAH
26 Februari 2013

Tun Faisal

Tun Faisal antara anggota ahli panel yang menjayakan Wacana Sinar yang mengupas tajuk "Kuasa Politik Mahasiswa" hari ini. - Foto Sinar Harian oleh ROSLI TALIB

SHAH ALAM – Transformasi politik yang dibawa kerajaan, antara lain meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) telah meningkatkan kuasa politik mahasiswa menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata bekas aktivis mahasiswa, Tun Faisal Ismail Aziz hari ini.

Beliau berkata demikian pada Wacana Sinar Siri 17: Kuasa Politik Mahasiswa di sini.

Menurutnya, dengan pindaan yang dibuat menggambarkan keterbukaan kerajaan untuk memberi kesamarataan dalam sistem demokrasi kepada rakyat termasuk mahasiswa.

Beliau berkata, mahasiswa pada masa kini bebas untuk berpolitik secara terbuka, sekali gus mendapat peluang untuk menjadi calon pada pilihan raya umum ini.

Namun, Tun Faisal berkata, kebebasan yang diberikan perlu diiringi dengan panduan supaya tidak menimbulkan sebarang perkara tidak diingini.

"... kita bagi ruang untuk mereka bebas berpolitik, tapi perlu ada juga yang menjadi panduannya.

"Kita bagi kepercayaan kepada pelajar, ini menjadi medan terbuka kepada mahasiswa untuk memberi sokongan secara terbuka dan menjadi calon PRU13," katanya.

Pada 19 April tahun lepas, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, yang membenarkan penuntut universiti terbabit dalam politik dan memegang jawatan dalam persatuan serta pertubuhan di luar kampus.

Mengulas lanjut, Tun Faisal yang juga pengasas media Umno berkata, tranformasi politik membabitkan pindaan Auku tidak menghalang kebebasan berpolitik, tetapi memberi panduan dan mengelakkan sifat partisan di kalangan pengajar serta mahasiswa di institut  pengajian tinggi.

Tun Faisal juga berkata, parti politik boleh mengambil kesempatan terhadap mahasiswa untuk menjadikan mereka sebagai tonggak dalam pergerakkan parti pada PRU13.

"... transformasi tak menghalang pelajar berpolitik, tapi kita tak mahu ada budaya partisan dalam kampus termasuk pensyarah dan mahasiswa.

"Keterbukaan atau kebebasan ini juga akan memberi peluang kepada parti politik menjadikan mahasiswa sebagai tonggak utama mereka pada pilihan raya kali ini," katanya.

Selain Tun Faisal, barisan panel terdiri daripada Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia, Muammar Ghadafi; Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad; penganalisis politik, Prof Dr Azmi Hassan dan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis), Azan Safar.

Forbes : Senarai 50 Terkaya di Malaysia, Kuok masih nombor 1

Posted: 28 Feb 2013 02:30 PM PST


Balik-balik dia kaya.. bila saya mau kaya?


Malaysia kini ada 14 bilionaire - Senarai Orang Terkaya Malaysia 2013

Robert Kuok kekal sebagai orang terkaya Malaysia dengan kekayaan bernilai AS$12.5 bilion, demikian menurut senarai terkini orang terkaya Forbes.
   
Malaysia juga kini mencatatkan kekayaan bernilai 14 bilion dolar, melonjak daripada 11 setahun yang lepas.
   
Indeks Komposit Kuala Lumpur  telah bergerak naik empat peratus sejak  tahun lepas dan dalam tempoh itu, keluaran dalam negara kasar negara mengukuh 6.4 peratus.
   
Dalam proses itu, seramai 23 taikun di senarai itu menyaksikan kekayaan mereka meningkat dengan Robert Kuok mendahuluinya untuk lapan tahun berturut-turut dengan kekayaan bersih AS$12.5 bilion.
   
Pegangannya termasuk Shangri-La Hotels, Kerry Properties dan the South China Morning Post, akhbar berbahasa Inggeris terkemuka di Hong Kong.
   
Tempat kedua ialah Ananda Krishnan yang menyaksikan kekayaannya meningkat daripada AS$9.9 bilion pada 2012 kepada AS$11.7 bilion tahun ini.
   
Antara urus niaga terbaru yang menambahkan kepada kekayaannya ialah penjualan kepentingan dalam syarikat telekom gergasi Maxis dan penyenaraian syarikat pengendali TV berbayar Astro, yang dijadikan persendirian pada tahun 2010 dan mengumpul AS$1.5 bilion dalam proses ini.
   
Lim Kok Thay, anak lelaki kepada usahawan kasino terkenal, mendiang Lim Goh Tong pula mengendalikan Genting Group dengan rangkaian resort dan kasino di Malaysia,  Singapura, Hong Kong, Filipina dan United Kingdom dan 43 peratus kepentingan dalam Norwegian Cruise Line.    
   
Beliau berkongsi kekayaan bersihnya yang bernilai AS$6.6 bilion itu dengan ibunya, Lee Kim Hua yang berusia 82 tahun dan anggota keluarganya yang lain.
   
Senarai 50 orang terkaya di Malaysia tahun ini termasuklah sembilan anggota baharu.
   
Antara bilionair yang pertama kali memasuki senarai ialah taikun auto Tan Heng Chew dan keluarganya yang menduduki tempat ke-11 dengan kekayaan bernilai AS$1.2 bilion.
   
Keluarga itu memiliki Tan Chong Motor Holdings yang memasang kenderaan bermotor, menghasilkan alat ganti dan berurus niaga kelengkapan perindustrian dan barangan pengguna.
   
Shahril dan Shahriman Shamsuddin, adik beradik di belakang kejayaan Sapura Group, turut memasuki ranking bilionair selepas penggabungan bernilai AS$3.7 bilion antara SapuraCrest dan Kencana Petroleum (dikendali oleh Mokhzani Mahathir, di tangga ke-15 dengan AS$980 juta).
   
Kedua-dua adik beradik itu muncul di tangga ke-12 dengan harta bernilai AS$1.05 bilion, naik daripada AS$845 juta tahun lepas.
   
Tahun lepas merupakan tahun bertuah untuk taikun perjudian, Chen Lip Keong, yang mengasaskan kumpulan kasino Kemboja, NagaCorp, yang telah mengaut keuntungan daripada hasil perniagaan itu.
   
NagaCorp menguasai secara monopoli kasino-kasino di Phnom Penh sehingga 2035. Beliau turut menceburi bidang perhotelan, restoran, runcit dan kompleks hiburan yang sedia untuk siap pada 2015.
   
Tahun ini, minimum bersih bernilai AS$145 juta diperlukan untuk layak dalam senarai itu yang dikumpul menggunakan maklumat pegangan saham dan maklumat kewangan yang diperoleh daripada keluarga dan individu, bursa saham, penganalisis, pangkalan data persendirian, Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan sumber-sumber lain.
   
Angka bersih adalah berdasarkan kepada harga pasaran dan kadar tukaran pada penutup pasaran 14 Februari lalu. Syarikat-syarikat persendirian dinilai menggunakan nisbah kewangan dan perbandingan lain dengan syarikat-syarikat serupa yang diniagakan awam.
   
Senarai 14 orang terkaya Forbes di Malaysia ialah:

    1) Robert Kuok - AS$12.5 bilion,
    2) Ananda Krishnan - AS$11.7 bilion
     3) Lim Kok Thay - AS$6.6 bilion
     4) Teh Hong Piow - AS$5.6 bilion
     5) Quek Leng Chan - AS$4.8 bilion
     6) Lee Shin Cheng - AS$4.5 bilion
     7) Yeoh Tiong Lay - aS$2.8 bilion
     8) Syed Mokhtar AlBukhary - AS$2.75 bilion
     9) Tiong Hiew King - AS$1.8 bilion
     10)Vincent Tan - AS$1.3 bilion
    11)Tan Heng Chew - AS$1.2 bilion
     12) Shahril & Shahriman Shamsuddin - AS$1.05 bilion
    13)Chen Lip Keong - AS$1.01 bilion
    14)Lee Oi Hian & Lee Hau Hian - AS$1 bilion

Senarai penuh boleh dilihat di www.forbes.com/malaysia, serta keluaran terbaharu Forbes Asia. - Bernama





-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...