Saudara/Saudari tuanhamba, Saya ingin memaklumkan kepada anda semua mengenai paparan baru blog peribadi saya. Untuk itu, saya mengajak anda semua untuk terus melayarinya di www.1Malaysia.com.my. Lawatan Kerja Ke Negeri Sembilan | | Saya melancarkan PR1MA Seremban Sentral. Baru-baru ini, saya dan isteri telah ke Seremban dalam rangka lawatan saya selama sehari ke Negeri Sembilan. Program saya yang pertama di Seremban ialah melancarkan PR1MA Seremban Sentral di dewan Majlis Perbandaran Seremban (MPS). PR1MA Seremban Sentral yang mempunyai lebih 5,000 unit pangsapuri mampu milik itu dijangka siap sepenuhnya pada 2016. Projek perumahan mampu milik yang diusahakan Kerajaan itu bertujuan untuk membantu penduduk bandar berpendapatan sederhana memiliki rumah sendiri Selain itu, dalam lawatan tersebut, saya juga berkesempatan menghadiri Majlis Perasmian Program Mengubah Destinasi Anak India Malaysia di Politeknik Port Dickson. Semasa berucap, saya tegaskan bahawa tembok pemisah yang menghalang kita kepada prinsip keadilan sosial dan meritokrasi perlu dihapuskan agar rakyat berpendapatan rendah tidak terpinggir dari arus pembangunan negara. Itu adalah janji saya kepada rakyat dan saya akan pastikan setiap janji itu terus ditepati. | | | Saya menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya. | Sebelum ini, saya membuat blog saya menegnai ‘Menandatangani Ikrar Integriti Pilihan Raya’. Anda boleh baca di sini. | | | Perkembangan Terkini Saya hadir ke Majlis Perhimpunan Perdana Anak-Anak Kelate 2013. | Anda juga boleh mengunjungi galeri gambar-gambar saya di blog saya. | | | | Untuk mengikuti segala pekembangan terkini mengenai isu semasa negara, ikuti saya di Facebook dan Twitter serta lawati laman web saya, 1Malaysia.com.my. Kongsikan maklumat ini kepada ahli keluarga serta sahabat handai anda dan ajak mereka untuk melanggan maklumat terkini menerusi laman web saya. Diharapkan anda semua dapat meneruskan sokongan kepada saya sebagai Perdana Menteri agar kita dapat bersama-sama membawa negara ini ke peringkat yang lebih tinggi. Admin 1Malaysia | | |
|
-------------------------------------------------------------------------------
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment