tun faisal dot com |
- #ManifestoBukanJanji : Patutla teruk, yang rangka manifesto PR hanya pakar spin
- [Video] #ManifestoBukanJanji - Jom tengok Anwar tipu berapa kali!
- @tunfaisal - mahasiswa wajar jadi kritikal, bahas dasar semasa kursus BTN
#ManifestoBukanJanji : Patutla teruk, yang rangka manifesto PR hanya pakar spin Posted: 27 Feb 2013 06:41 PM PST Siapa yang menulis dan memikirkan manifesto PR ya? Patutlah lemah dah merapu. Mereka bukan pakar ekonomi, pakar pendidikan tinggi dan pendidikan, mereka hanya orang-orang politik atau orang-orang yang belum matang ilmu, kemahiran dan pengalaman mereka. Termasuk sejumlah yang pelupa dan tidak pandai mengira... Jawatan Kuasa Dasar Manifesto PR Husam musa - pelupa dan tak iktiraf gerakan Royalti? Rafizi ramli - Unjuran pendidikan tinggi pun salah, lagi nak cakap tentang pendidikan percuma Teo Nie Ching Zulkfli Ahmad Hatta Ramli Salahudin ayub - kemampuan intelektualisme dia pun kita dah tahu semasa dia berdebat dengan Datuk Saifuddin Abdullah Liew Chin Tong Dr Ong Kian Ming - Consultant dari parti yang tidak boleh mengira dengan betul ketika pemilihan parti walaupun undi tak sampai 2,000 Charles Santiago Nurul izzah Wong Chen Sivarasa Baru Bian Ahmad Tamrin Jani Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. |
[Video] #ManifestoBukanJanji - Jom tengok Anwar tipu berapa kali! Posted: 27 Feb 2013 01:30 AM PST |
@tunfaisal - mahasiswa wajar jadi kritikal, bahas dasar semasa kursus BTN Posted: 26 Feb 2013 10:00 PM PST Exco pemuda Umno kata BTN baik untuk siswa Ahmad Fadli KC 6:28PM Feb 26 2013 Exco pemuda Umno Tun Faisal Ismail Aziz mempertahankan kursus Biro Tata Negara (BTN) yang dianggapnya sebagai medan terbaik untuk pelajar universiti melontarkan pandangan kritikal terhadap polisi kerajaan. Ketua unit media baru Umno itu berkata pandangannya itu berdasarkan penglibatannya dalam gerakan mahasiswa sewaktu menuntut dalam jurusan farmasi di Universiti Sains Malaysia pada awal 90-an. "Kami adalah antara mahasiswa yang kritikal dahulu. Tempat yang paling kita suka jadi kritikal adalah kursus BTN sebab kita nak uji siapa punya provokasi lagi kuat, kita atau pegawai BTN," katanya. Beliau seterusnya menggesa mahasiswa agar mengambil contoh dan menjadikan kursus BTN sebagai wadah untuk mencabar idea-idea mereka sendiri di samping bersikap kritikal dan mendapat pemahaman lebih mendalam tentang dasar kerajaan. "Inilah tempat dasar-dasar kerajaan diceritakan untuk mahasiswa yang tak percaya atau tak yakin atau ada keraguan. "Inilah tempat yang sebaik-baiknya untuk kita jadi kritikal. Kita tak kisah pun dilabelkan pembangkang atau tidak," katanya dalam satu program wacana anjuran Sinar Harian di Shah Alam petang ini. Turut berkongsi pendapat sama dengan Tun Faisal adalah pengamat politik dan pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr Azmi Hassan. Tenaga pengajar di kursus BTN itu berpandangan bahawa program tersebut adalah medium terbaik untuk kerajaan menerangkan polisi-polisi mereka kepada mahasiswa. "Kalau kerajaan nak mengadakan BTN, biarkan mereka adakan BTN, itu hak kerajaan. "Tetapi pelajar boleh berfikir ke mana arah tuju mereka," katanya turut menjangka bahawa Pakatan Rakyat akan turut menggunakan BTN untuk menerangkan dasar mereka sekiranya menjadi kerajaan. "BTN jangan kita kaitkan dengan parti pemerintah, kita kaitkan dengan kerajaan pada hari itu. BTN menerangkan dasar-dasar kerajaan pada hari itu. "Katakan kalau Pakatan memerintah Putrajaya pada masa hadapan, mereka juga akan melakukan perkara yang sama. Ini bukan perkara yang pelik," katanya. Turut serta dalam wacana bertajuk 'Kuasa Politik Mahasiswa' petang ini ialah Pengarah komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, timbalan presiden Majlis Belia Malaysia, Muammar Ghadafi Jamal dan presiden Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung, Azan Safar. |
You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment