tun faisal dot com

tun faisal dot com


#WacanaSinar @tunfaisal - Transformasi politik tingkat kuasa mahasiswa

Posted: 26 Feb 2013 07:30 PM PST




Tranformasi kerajaan BN tingkat kuasa politik mahasiswa
SELASA, 26 FEBRUARI 2013 18:55  
WARTAWAN AGENDADAILY  

Transformasi politik yang dibawa kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) telah meningkatkan kuasa politik mahasiswa menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13), kata bekas aktivis mahasiswa, Tun Faisal Ismail Aziz.

Menurut beliau, dengan pindaan yang dibuat menggambarkan keterbukaan kerajaan untuk memberi kesamarataan dalam sistem demokrasi kepada rakyat termasuk mahasiswa.

Beliau berkata, mahasiswa pada masa kini bebas untuk berpolitik secara terbuka, sekali gus mendapat peluang untuk menjadi calon pada pilihan raya umum ini.

Namun, Tun Faisal berkata, kebebasan yang diberikan perlu diiringi dengan panduan supaya tidak menimbulkan sebarang perkara tidak diingini.

"... kita bagi ruang untuk mereka bebas berpolitik, tapi perlu ada juga yang menjadi panduannya. Kita bagi kepercayaan kepada pelajar, ini menjadi medan terbuka kepada mahasiswa untuk memberi sokongan secara terbuka dan menjadi calon PRU13," katanya dalam satu forum di Shah Alam tadi.

Pada 19 April tahun lepas, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, yang membenarkan penuntut universiti terbabit dalam politik dan memegang jawatan dalam persatuan serta pertubuhan di luar kampus.

Mengulas lanjut, Tun Faisal yang juga Pengerusi Unit Media Baru (UMB) UMNO  berkata, tranformasi politik membabitkan pindaan Auku tidak menghalang kebebasan berpolitik, tetapi memberi panduan dan mengelakkan sifat partisan di kalangan pengajar serta mahasiswa di institut  pengajian tinggi.

Tun Faisal juga berkata, parti politik boleh mengambil kesempatan terhadap mahasiswa untuk menjadikan mereka sebagai tonggak dalam pergerakkan parti pada PRU13.

"... transformasi tak menghalang pelajar berpolitik, tapi kita tak mahu ada budaya partisan dalam kampus termasuk pensyarah dan mahasiswa.

"Keterbukaan atau kebebasan ini juga akan memberi peluang kepada parti politik menjadikan mahasiswa sebagai tonggak utama mereka pada pilihan raya kali ini," katanya.

Selain Tun Faisal, barisan panel forum Wacana Sinar Wacana Sinar bertajuk Kuasa Politik Mahasiswa di terdiri daripada Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia, Muammar Ghadafi; Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad; penganalisis politik, Prof Dr Azmi Hassan dan Presiden Gabungan Mahasiswa Islam (Gamis), Azan Safar.

Sementara itu, Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia, Muammar Ghadafi menyangkal sama sekali dakwaan sesetengah pihak yang melabel golongan muda terutamanya mahasiswa mengikut parti dan "bendul."

Menurutnya, label tersebut sebagai tidak adil kepada mahasiswa.

"Adalah tidak adil kita memberi label pada mahasiswa itu. Sama ada dia ini pakatan (Pakatan Rakyat) atau dia ini barisan (Barisan Nasional). Menurut kajian, pola kecenderungan orang muda adalah terhadap parti yang ada asas kukuh dan calon pula dipilih yang benar-benar telus serta boleh harap.

"Jadi, untuk mengatakan siswa ini sokong BN atau PR tak adil. Adalah tidak adil untuk kita meletakkan label mahasiswa... semua pakatan, semua kerajaan kerana mereka bersifat intelektual," katanya.

Katanya, mahasiswa membangkang atau menyokong sesuatu isu atas dasar ilmu bukan kerana menyokong mana-mana pihak.

"Apabila mereka membangkang, tak semestinya mereka duduk dalam pembangkang. Apabila mereka menyokong bukan kerana mereka penyokong. Mereka menyokong atau membangkang atas dasar ilmu itu sendiri.

"Kalau tajuk itu beri kesan yang baik kepada negara contohnya, dasar-dasar kerajaan yang membawa perkara yang baik kepada siswa sudah pasti mereka akan menyokong, tidak kira haluan kiri atau kanan.

"Saya percaya ia berlaku di kampus. Jadi, tak tepat (label) kerana mereka mempunyai pemikiran yang lebih," katanya.

Ketika moderator menyifatkan mahasiswa sebagai lemah dan bendul, Muammar membidas kenyataan tersebut.

"Saya terpaksa untuk tidak setuju dengan kenyataan Prof (moderator) yang menyatakan siswa ini lemah, bendul. Pertama kita kena tengok kenapa topik ini menjadi begitu hangat?... kerana mahasiswa ini mempunyai satu nilai ilmu.

"Komen daripada mana-mana pihak yang mengatakan mereka ini lesu saya sangat tidak setuju. Saya cukup terasa apabila Prof mengatakan mahasiswa kita lesu, lemah. Kita ada banyak contoh. Tidak kira mereka menyokong atau tidak kerajaan. Mereka bergiat aktif, begitu lantang bersuara menyatakan pandangan mereka," katanya.

Menutup bicaranya, Muammar akui malu dengan tindakan sesetengah pihak yang mencemarkan status mahasiswa sebelum ini.

"Saya malu dengan kelakuan sesetengah pihak sebelum ini. Mahasiswa (sepatutnya) tahu mana baik dan mana buruk.

"Mereka ada nilai ilmu, jadi, apabila nilai ilmu itu hilang, maka akan hilanglah keistimewaan sebagai mahasiswa... masyarakat pandang rendah pada mahasiswa," katanya.-26/2/2013




Hasan Ali - #ManifestoBukanJanji janji kosong, syok sendiri PR #PenipuRakyat

Posted: 26 Feb 2013 05:30 PM PST



Menawarkan apa saja, teknik untuk menang PRU13



KENYATAAN YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI MENGENAI MANIFESTO PAKATAN RAKYAT

Pakatan Rakyat telahpun  membentangkan manifesto mereka dalam Konvesyen Pakatan Rakyat yang berlangsung di Shah Alam pada hari ini. 

Penelitian ringkas yang dibuat menunjukkan bahawa manifesto tersebut tidak ada yang baru. Semuanya memang telah diwar-warkan dan menjadi pengetahuan umum sejak dari awal-awal lagi. Ianya dibuat sebagai tawaran untuk memujuk rakyat supaya berpaling kepada Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13.

Yang jelasnya beberapa perkara dapat disimpulkan seperti berikut :

Manifesto yang dibentangkan tidak mengambil kira langsung keberlangsungan umat Melayu sebagai umat pribumi dan perlaksanaan syariat Islam seperti yang tertanam di hati sanubari ahli dan penyokong PAS. Amat jelas samada disedari oleh pimpinan-pimpinan tertinggi PAS ataupun tidak, manifesto ini merupakan satu pendekatan tersembunyi untuk menukar imej PAS yang sebelum ini tegak dengan Islam dan Melayunya supaya menerima hakikat "Malaysian Malaysia", "samarata" dan "samarasa". 

Manifesto tersebut tidak memberi penjelasan langsung rangka kerja mengagungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu. Bangsa Melayu yang masih serba serbinya ketinggalan terutamanya di bidang ekonomi dan penguasaan kekayaan negara seharusnya perlu terus menerima asuhan, bimbingan, galakan dan pakej bantuan menyeluruh bagi melonjakkan pencapaian mereka supaya menjadi bangsa bermaruah yang mampu bersaing diperingkat nasional mahupun global bila Malaysia menjadi negara maju nanti.

Manifesto Pakatan Rakyat mengenepikan langsung pembangunan keinsanan dan kerohanian. PAS sebagai salah sebuah parti Islam yang kini merupakan salah sebuah parti komponen Pakatan Rakyat biasanya mengutarakan konsep insan sepadu yang mesti dibangunkan seutuhnya. Ini bermakna di samping kemajuan material, pembangunan seharusnya menekankan aspek mental dan intelektual terutamanya spiritual yang akan menjamin lahirnya masyarakat yang seimbang pembangunannya. Sementara di peringkat individu seimbang juga syaksiah keperibadiannya. Rakyat sedemikianlah yang di harap mampu menjelmakan konsep "Baldatun Tayyibatun Warabbun Ghaffur" seperti yang disebut berulang kali oleh pimpinan PAS.

Apa yang ditawarkan pada analisa akhirnya lahirlah manusia-manusia yang teguh kedudukan material yang lazimnya mudah menonjolkan sifat-sifat keangkuhan, kesombongan dan kebongkakan demi mengejar "superiority material". Akhirnya segelintir rakyat mungkin boleh mencapai kelebihan material itu dengan menidakkan sebahagian besar masyarakat yang merupakan kelompok majoriti yang tidak mempunyai persediaan untuk sama-sama merebut peluang material yang ada di hadapan mereka. 

Kita sudah menyaksikan bagaimana masyarakat barat melalui proses untuk mencapai tahap kemajuan dan kesejahteraan material seperti yang dibangga-banggakan. Atas tekanan material semata-mata akhirnya masyarakat dibebani dengan berbagai penyakit masyarakat samada yang timbul daripada masyarakat itu sendiri atau yang diimport daripada luar. 

Rata-ratanya masyarakat tidak mempunyai benteng pertahanan untuk mempertahankan keutuhan nilai-nilai sosio budaya, akhlak, budi pekerti dan tata susila dan kekuatan dalaman yang sangat diperlukan untuk menongkah cabaran abad yang berikutnya.

Seperti yang di ulas panjang lebar sebelum ini tawaran-tawaran yang dikemukakan tidak lebih daripada janji-janji kosong setakat untuk menggamit keyakinan pengundi untuk memilih Pakatan Rakyat dalam PRU ke 13. Yang paling mudah bagi mereka nanti bila sampai masanya bila janji-janji dituntut oleh rakyat, dengan mudah mereka akan mengatakan "manifesto bukan satu perjanjian". Ini menggambarkan bahawa kalimat-kalimat dalam manifesto itu tidak lebih lebih daripada sususan ayat-ayat yang disalut dengan gula-gula manis untuk memikat hati rakyat. Bila sampai masanya mereka mencari seribu dalih memberi justifikasi mengapa manifesto tersebut tidak dapat dilaksanakan.

Para penganalisa politik sehinggi kini menyebutkan bahawa tawaran Pakatan Rakyat dalam konteks pembangunan sebuah negara seperti Malaysia dapat disamakan seperti mimpi disiang hari. Pakar-pakar ekonomi pula menghujahkan seandaianya sebahagian apa lagi kesemua butiran-butiran manifesto itu hendak dilaksanakan, Malaysia akan terjerumus ke dalam kancah negara muflis. Ketika itu pihak yang menawarkan bintang dan bulan tersebut mudah mencuci tangan sebaliknya rakyatlah yang akan menanggung bahana dan derita yang mungkin berpanjangan hingga ke beberapa generasi yang akan datang.

Bagi mereka yang belum mempunyai pengalaman mengurus dan mentadbir sebuah negara, tawaran-tawaran yang dibuat lebih mudah untuk dinukilkan. Sebaliknya kepada pihak yang sudah berpengalaman mengurus negara sudah tentu mengambil kira berbagai faktor terutamanya faktor boleh atau tidak boleh tawaran itu dilaksanakan. Kita belum melihat tawaran daripada BN lagi. Seandainya BN juga dalam masa terdekat ini dapat mengemukakan manifesto mereka, maka bolehlah rakyat membuat penelitian dan mengambil satu posisi terhadap kedua-dua manifesto tersebut.  Barulah rakyat boleh menilai yang mana yang lebih munasabah dan yang mana yang boleh dipercayai serta yang mana yang mempunyai kredibiliti untuk diberi mandat di dalam PRU ke 13 nanti.

Setakat yang  dapat kita saksikan di negeri-negeri dalamana Pakatan Rakyat diberi peluang oleh rakyat untuk mentadbirnya, fakta-fakta menunjukkan bahawa sebahagaian yang dijanjikan dalam manifesto untuk masing-masing negeri tidak berjalan seperti yang diharapkan. Harga rumah yang rata-ratanya melambung tinggi menjadi penyebab orang-orang Melayu di Pualu Pinang dan Selangor keluar mencari tempat kediaman di kawasan-kawasan pinggiran bandar, luar bandar dan kawasan terpencil menghampiri hutan simpan yang mampu dimiliki sesuai dengan pendapatan isi rumah mereka.    

Seperkara lagi bagi Pakatan Rakyat mereka boleh janjikan apa sahaja. Lantaran kemungkinan untuk memenangi Putrajaya masih jauh daripada yang diangan-angankan. Oleh itu tektik yang paling mudah tawarkanlah apa sahaja. Beri rakyat bulan dan bintang. Manalah tahu, kalau ada di antara rakyat yang boleh terpengaruh dengan janji-janji politik yang ditaburkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan yang terkenal lunak dan bijak mengabui mata dan minda rakyat.


Hanya rakyatlah yang semestinya bijak. 55 tahun kita merdeka, sepatutnya tidak ada golongan rakyat di Malaysia yang masih boleh digula-gulakan. Tidak ada lagi golongan rakyat di negara ini yang sanggup diperkotak-katikkan kebolehan minda dan kebijaksanaan membuat keputusan. Rakyat Malaysia sudah dimasukkan ke dalam kumpulan rakyat yang berpendidikan. Rakyat yang boleh menentukan masa depan untuk diri, keluarga, masyarakat dan negaranya sendiri. 


YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI
Presiden JATI Malaysia
TTDI, KL
25 Februari 2013  



#ManifestoBukanJanji : Analisis sekilas pandang manifesto PR #PenipuRakyat

Posted: 26 Feb 2013 01:12 PM PST



"Manifesto Bukan Janji-Pakatan Hancurkan Rakyat"

Analisis awal intipati 'Manifesto Bukan Janji' PR :

1) Caruman Wanita & Bantuan Warga Emas

Mahu dilaksanakan di peringkat persekutuan, namun tawaran sebegini telah ada pada Manifesto PR Selangor pd PRU-12 namun adakah terlaksana?

Mencarum takaful RM2500 utk warga emas, memberi elaun ibu tunggal dan memberi elaun khas kepada suri rumah, sudah hampir hujung penggal, mana pelaksanaannya?

Peringkat negeri pun tak terdaya, inikan pula peringkat persekutuan!




2) Islam Agama Persekutuan- Di mana Hudud?

Apakah selama ini BN tidak menjunjung Islam sebagai agama rasmi persekutuan? Persoalan utama, di manakah pelaksanaan huhud yg dicanang-canang oleh PAS? Tiada langsung komitmen ke arah pelaksanaan hudud disebut dalam manifesto ini, adakah PAS terpaksa melupakan asas perjuangan mereka dek kerana tekanan dari DAP dan PKR?

Semua maklum, pertelagahan isu hudud dalam PR sangat kronik terutama antara DAP dan PAS! Akhirnya, PAS terpaksa mengaku kalah!

3) Gaji Minimum RM1,100??

Apakah PR terlepas pandang bahawa komitmen ini sedang dalam proses pelaksanaan. Kementerian Sumber Manusia bersetuju melaksanakan gaji minimum pada kadar RM900, kadar yang berpatutan mengikut kemampuan industri, apakah PR semberono menaikkan kadar kpd rm1100? Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia pernah menyarankan sekiranya kadar minimum ditetapkan tinggi ianya akan membawa kesan negatif kepada perniagaan dan boleh menyebabkan gulung tikar.

Tidak gentarkah sokongan Cina hilang wahai pemimpin PR?

4) Tawaran 'Hapuskan' dominan!

Projek Lynas, projek RAPID di Pengerang, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), konsesi-konsesi tol, Syarikat Perumahan Negara Berhad dan PTPTN adalah antara yang ditawarkan untuk dihapuskan sekiranya mereka berkuasa. Tawaran mereka ini hadir tanpa sebarang mekanisme yang jelas! Kata mahu mewujudkan 1juta peluang pekerjaan namun segala projek dan agensi yang dikatakan 'milik kroni BN' hendak dihapuskan, apakah nasib-nasib pekerja di situ? Adakah ini dinamakan 'Kerajaan Rakyat'?

Ingatan buat PR, jangan terlalu buas menawarkan pelbagai penghapusan, takut nanti, rakyat sendiri menghapuskan kalian!

5) Perumahan Selesa?

Di Pulau Pinang, Laporan Audit Negara mendapati tiada langsung rumah selesa mampu milik dibina. Malahan, golongan berpendapatan sederhana didapati sukar membeli rumah kerana purata harga rumah dijual pada RM400,000 ,RM600,000 dan RM 1juta. Di Selangor pula, Projek Datum Jelatek adalah bukti jelas komitmen PKNS telah jauh songsang dari matlamat asal penubuhannnya. Harga dari serendah RM700,000 kepada jutaan ringgit, inikah terjemahan 'rumah selesa mampu milik' oleh PR?

Sahabat 1Malaysia, walau apa yang dicanangkan, berpeganglah kepada pesanan seorang pemimpin PR, Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa 'manifesto bukanlah satu perjanjian' akibatnya intipati '"Manifesto Bukan Janji': Pakatan Hancurkan Rakyat" HANYALAH retorik, populis dan tidak jelas hala tujunya!


Hulubalang kanan


#BoLaWeiii!! Maluuu lagi,, #ManifestoBukanJanji PR tak iktiraf gerakan Royalti Kelantan

Posted: 26 Feb 2013 03:52 AM PST


Yang dalam manifesto pun, PR cilok tak tunaikan, inikan pulak yang tak tulis dalam manifesto macam Royalti  Minyak Kelantan. Sesungguhnya PR memang tak mau tunai janji dan tak iktiraf puak-puak gerakan Royalti yang tergolek dog beriya-iya naik basikal.. heh, heh, heh.. bo la weiiii!




TERLEPAS PANDANG ATAU MEMANG TAK NAK BAGI

Kenyataan bahawa ada ralat didalam buku menifesto pembangkang yang dilancarkan semalam seharusnya menjadi bukti bahawa pembangkang membuat sesuatu keputusan secara melulu. 

Cetakan buku menifesto tersebut tidak menulis bahawa akan memberi royalti kepada Kelantan dan Terengganu dan hanya tertuluis untuk Sabah dan Sarawak. 

Masakan perkara sebegini boleh dikatakan terlepas pandang sedangkan pembangkang sendiri yang sentiasa melaungkan royalti minyak untuk Kelantan hingga mengadakan himpunan 'R' kononnya untuk menuntut royalti minyak bagi negeri tersebut dari kerajaan pusat. 

Dengan tidak menamakan dua negeri tersebut ke dalam menifesto maka jelas terbukti bahawa pakatan pembangkang hanya memikirkan cara untuk memiliki kuasa ke Putrajaya dengan cuba mencari undi dari negeri Sabah dan Sarawak yang dilihat sebagai kubu kuat Barisan Nasional. 

Ini juga adalah bukti sepertimana yang kita sedia maklum bahawa janji atau menifesto pakatan pembangkang tidak mungkin akan ditunaikan kerana bagi pakatan pembangkang, menifesto itu bukanlah sebuah janji dan ia tidak semestinya ditunaikan oleh kerajaan jika mereka memerintah.


-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...