PAPA GOMO |
EKSKLUSIF - FAKTA Sulit Pilihanraya 2013 BN Menang 2/3 Majoriti Didedahkan. Posted: 07 Feb 2013 06:00 PM PST Apa sekalipun jawapannya bila tarikh pembubaran Parlimen adalah keputusan Dato Sri Najib Razak Perdana Menteri Malaysia dan bila tarikh Pilihanraya terletak dibahu Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia. Apa yang Gomo nak kongsikan dengan anda semua? Terus terang Gomo katakan memang Gomo terlibat dengan lebih mendalam untuk Pilihanraya ke 13 kali ini. Satu tugas yang cukup luar biasa yang memerlukan banyak tenaga sama ada fizikal dan juga mental. Level Gomo untuk pilihanraya kali ini adalah peringkat Nasional yang mana matlamat adalah untuk memenangkan BN dengan majority 2/3. Gomo sudah acap kali menghadiri mesyuarat tentang pilihanraya yang mana membabitkan peringkat negeri dan juga parlimen dalam Malaysia sejak tahun lepas lagi dan ada beberapa fakta yang Gomo nak kongsikan bersama pembaca agar mengetahui sedikit sebanyak apa yang bakal berlaku pada pilihanraya ke 13 nanti. Dibawah ini merupakan senarai negeri negeri yang akan dikekalkan oleh Barisan Nasional dengan undi kemenangan majoriti 2/3 pada PRU 13. 1.Johor 2.Melaka 3.Negeri Sembilan 4.Pahang 5.Terengganu 6.Perlis 7.Perak 8.Sabah 9.Sarawak Dibawah ini pula merupakan negeri yang setakat ini memihak kepada Barisan Nasional pada PRU 13 ini dengan menidakkan pentadbir waktu ini iaitu pakatan PAS,DAP dan PKR. 10.Kedah - 2/3 Undi memihak Barisan Nasional 11.Selangor - 2/3 Undi memihak Barisan Nasional 12. Kelantan - 50/50 (Bergantung kepada Calon) 13. Pulau Pinang - 50/50 (bergantung kepada strategi kaum Cina) Bagi Wilayah Persekutuan Labuan, Putrajaya dan Setiawangsa kemenangan adalah milik Barisan Nasional manakala bagi beberapa Parlimen dirampas kembali oleh Barisan Nasional. 1. Parlimen Wangsa Maju 2. Parlimen Bandar Tun Razak 3. Parlimen Lembah Pantai 4. Parlimen Titiwangsa 5. Parlimen Segambut 6. Parlimen Batu Ini merupakan analisis yang Gomo lakukan berpandukan beberapa mesyuarat tentang sentimen rakyat Malaysia akan politik masa kini. Antara faktor kemenangan Barisan Nasional dibegeri negeri yang mereka tabdir waktu ini: - Kecekapan pengurusan dan pentadbiran kerajaan Negeri serta menyelesaikan masaalah rakyat setempat. - Yang Berhormat menjalankan tugas dengan bijaksana bagi mengatasi pelbagai masaalah rakyat - "Janji Ditepati" yang diamalkan pentadbiran Barisan Nasional menjadikan rakyat menolak janji palsu pembangkang yang cuba mempengaruhi pengundi. Faktor kemenangan Barisan Nasional dibeberapa negeri yang ditadbir Pakatan PAS,PKR dan DAP waktu ini: - Tidak cekap dalam mengurus dan mentadbir negeri dari segala aspek termasuk Aspek Ekonomi, sosial dan lain lain. - Perbalahan pimpinan sesama sendiri akibat perebutan kerusi Dun dan Parlimen untuk ditandingi. - yang berhormat tidak cekap dalam mengurus masaalah rakyat setempat sebaliknya lebih kepada berpolitik. - Janji palsu kempen pilihanraya 2008 belum tertunai dan menjadikan rakyat menolak janji terbaru untuk pilihanraya ke 13 kali ini. Itu antara yang Gomo boleh nyatakan buat pembaca dan antara faktor faktor lain yang memenangkan Barisan Nasional dengan kemenangan 2/3 pada pilihanraya 2013 ini: - Tidak ada lagi undi SABOTAJ dari ahli Barisan Nasional sepertimana yang berlaku pada 2008. - Rakyat berpuas hati dengan pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak setelah mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Tun Abdullah Badawi. - Kebajikan rakyat dibandar dan desa terjamin dengan pelbagai inisiatif yang diberikan kerajaan. - BR1M memainkan peranan penting untuk rakyat menikmati hasil ekonomi negara. - Mahasiswa lebih percaya janji kerajaan berbanding pembangkang dalam isu pinjaman pendidikan dan Biasiswa. - Harga barang terkawal dan pelbagai subsidi dijelaskan oleh pihak kerajaan memberikan pemahanam jelas buat rakyat akan apa yang diberikan oleh kerajaan. - Rakyat akan keluar mengundi bagi memastikan Kemakmuran negara kekal terjamin. Rakyat yakin Bajet 2013 Barisan Nasional Mungkin ada beberapa lagi elemen lain yang membolehkan BN menang 2/3 untuk PRU kali ini namun Gomo sedikit gusar dengan strategi undi kaum Cina yang boleh membuat pusingan 360 darjah pada bila bila masa. Politik kaum Cina adalah bijak dengan menfaatkan setiap undi bagi membolehkan mereka menentukan siapa pemenang dikawan kawasan yang tertentu. Lagi satu pekara yang mengusarkan Gomo adalah di Kelantan yang mana PAS akan membawa masuk pengundi HANTU dari SIAM sepertimana yang berlaku sebelum ini bagi memastikan BN tewas di Kelantan. Pada peringkat Nasional pula Gomo juga dimaklumkan tentang gerak kerja pihak PKR yang dikepalai Anwar Ibrahim untuk mencetuskan kekecohan pada hari Pilihanraya berlangsung. Ini jelas sama sekali dengan kenyataan Anwar Ibrahim yang mahu menjadikan Malaysia sepertimana yang berlaku "Arab Spring". Untuk makluman pembaca semua waktu ini pimpinan Pakatan PAS,DAP dan PKR terutamanya di Selangor sedang bergiat aktif dalam menukar geran tanah, eset kerajaan negeri dan lain lian harta kerajaan negeri kepada syarikat Swasta yang mana merupakan keroni kepada pimpinan pakatan tersebut. Pimpinan Pakatan PAS,DAP dan PKR menetahui bahawa mereka akan tumbang pada PRU 13 ini jadi untuk itu habuan untuk kepentingan hidup mesti diambil terlebih dahulu bagi memastikan apabila BN mentadbir semula Selangor mereka masing masing sudah mempunyai modal untuk pusingan seterusnya bagi PRU 14. Rakyat merupakan pengundi yang benar benar penting buat negara Malaysia yang tercinta ini. Walaupun BN akan menang 2/3 pada PRU 13 nanti setiap undi adalah amat bermakna. Justeru itu Gomo mengesa kepada rakyat Malaysia untuk keluar mengundi pada hari pengundian nanti bagi memastikan undi anda merupakkan kebanggan buat anda semua. Najib Razak lebih diyakini untuk mentadbir Malaysia berbanding Anwar Ibrahim disebelah pihak pembangkang. Sekian sahaja apa yang Gomo telah kongsikan dan diharapkan agar kita dapat sampai menyampai antara satu sama lain untuk mendaftar sebagai pengundi dan mengundi Barisan Nasional pada PRu 13 nanti. Undi itu penting dan yakinlah bahawa negara kita adalah negara DEMOKRASI yang menentukan pemimpin melalui undi yang bersih sepertimana pilihanraya pilihanraya yang berlaku sejak Merdeka sehingga kini. Psssttt.... Banyak kejutan berlaku di Parlimen Pembangkang sebab itu mereka bina kekayaan waktu ini. Undi PKR Bawa Kehancuran Negara Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara. |
PANAS - Adun PKR Kota Damansara Yb Nasir Kini Jutawan Segera Posted: 07 Feb 2013 07:21 AM PST Hasil dari gerak kerja wartawan Mazidul Akmal Sidik tentang apa yang berlaku di Kompleks Muhibbah Petaling Jaya akhirnya membuahkan hasil apabila mendapati kompleks tersebut yang sebelum ini dimiliki PKNS telah dijual kepada syarikat Proksi YB Nasir Hashim yang juga Adun Kota Damansara PKR. Ikuti pendedahan lanjut rompakkan secara besar besaran pimpinan Rejim Kerajaan Pakatan Selangor tentang hasil negeri Selangor KLIK DISINI. Psssttt... Puak pembangkang dah tahu depa akan bungkus PRU ni, sebab tu depa Rompak selagi boleh. Bangsat!! Undi PKR Bawa Kehancuran Negara Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara. |
You are subscribed to email updates from PAPA GOMO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment