PAPA GOMO |
- Najib Razak Pakai Baju Cina Mampos
- Video Penasihat Ugama Menteri Besar Selangor Yang Ditangkap Khalwat
- Terkini - Ostaz Badrul Amin PKR Melarikan Diri Di Mahkamah Kajang
Najib Razak Pakai Baju Cina Mampos Posted: 13 Feb 2013 06:00 PM PST Najib Razak pakai baju Cina Mati? Pihak DAP Pulau Pinang baru-baru ini telah menurunkan banner dan bunting yang menunjukkan gambar PM memakai baju Tangzhuang sempenan sambutan Gong Xi Fa Chai atau Tahun Baru Cina. Malah pihak PR mendakwa baju yang dipakai oleh PM adalah sebenarnya baju yang dipakai oleh kaum Cina semasa upacara kematian sahaja. Pihak blogger pro PR juga memainkan isu ini dengan mendakwa PM tidak sensitif dengan budaya kaum Cina apabila memakai baju Cina mati ini. Jika kita lihat di bawah ini, Tangzhuang telah dipakai oleh para ketua negara semasa Persidangan APEC di Shanghai, China pada tahun 2001. Antara pemimpin dunia tersebut termasuklah Presiden China, Jiang Zemin; Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah; Presiden Amerika Syarikat, George W. Bush; Presiden Rusia, Vladimir Putin; Presiden Jepun, Junichiro koizumi, dan Presiden Indonesia, Megawati Sukarnoputri. Adakah mereka ini semua tidak tahu adat budaya masyarakat Cina dengan memakai baju Cina mati seperti mana yang dimaksudkan oleh PR. Atau PR sebenarnya yang tidak tahu adat budaya masyarakat Cina? Gambar ini diambil semasa Persidangan APEC di Shanghai pada tahun 2001. Amat jelas sekali, Presiden Jiang Zemin yang menjadi tuan rumah Persidangan APEC 2001 turut memakai baju Tangzhuang. Adalah tidak mustahil bagi Presiden Jiang sendiri tidak tahu adat budaya masyarakat Cina di Tanah Besar. Sebagaimana yang kita ketahui, amalan dan budaya masyarakat Cina di negara Malaysia ini sebenarnya berasal dari Tanah Besar China. Nampak sangat pihak DAP/PR dan blogger pro PR terdesak dan ketandusan isu untuk menyerang PM. PR sekarang mengamalkan dasar serang, serang, serang dan serang sahaja terhadap PM walaupun tidak munasabah. Janji imej PM perlu dijatuhkan oleh PR menjelang PRU 13. Apa sahaja yang PM buat semuanya salah. PR cemburu dengan kejayaan PM yang mampu menarik kembali sokongan kaum Cina terhadap PM dan sebab ini lah PR sedaya upaya terus menyerang imej PM. Kalau PR cemburu sangat suruh la Nik Abdul Aziz, Haji Hadi dan Anwar Ibrahim pakai baju Tangzuang ini dan gantung di seluruh pelusuk negara. Apa yang susahnya. Kalau pemimpin DAP seperti Lim Guang Eng, Lim Kit Siang pun malu nak pakai baju tradisional mereka jangan nak marahkan orang lain pula jika memakainya. Lagipun dari segi hukum Islam ia tiada masalah untuk dipakai oleh umat Islam. Isu pakai baju pun dijadikan isu oleh PR, isu kalimah ALLAH dalam Bible tidak pula mahu diserang habis-habisan Lim Guan Eng dan semuanya menikus sehingga sanggup menyatakan dasar PR akan meneruskan pengunaan kalimah ALLAH kepada semua orang. Ini yang patut dipertahankan dan bukannya soal remeh tentang pakaian. PR terdesak untuk raih sokongan rakyat. Sama-sama kita TOLAK PR kerana pemimpin PR sudah ketandusan idea untuk membangunkan negara tidak seperti PM Najib yang sentiasa banyak idea melalui pelbagai plan transformasinya. Psssttt..... Puak Pembangkang ketandusan modal nak menyerang Najib Razak...Kah Kah Kah Undi PKR Bawa Kehancuran Negara Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara. |
Video Penasihat Ugama Menteri Besar Selangor Yang Ditangkap Khalwat Posted: 13 Feb 2013 01:00 AM PST Bukan nak mengaibkan si Badrul Amin PKR ni tetapi nak jelaskan kepada rakyat bahawa punca penceraian beliau ini adalah kerana beliau berkahwin untuk kali yang ketiga bersama wanita isteri orang yang ditangkap khalwat bersama beliau di Kuantan pada tahun lalu. Penafian yang dibuat oleh Badrul Amin PKR yang juga merupakan PENASIHAT UGAMA kepada Menteri Besar Selangor seharusnya diteliti oleh rakyat terutamanya rakyat Selangor sendiri. Bagaimana Menteri Besar Khalid Ibrahim masih lagi berdiam diri dan tidak mengambil sebarang tindakan ke atas Badrul Amin yang telah terbukti ditangkap khalwat pada tahun lepas. Apakah beliau yang dinodai dengan masaalah moral layak untuk terus memegang jawatan PENASIHAT UGAMA MENTERI BESAR SELANGOR? Masaalah moral adalah penting apatahlagi bila membabitkan jawatan penting dalam kerajaan. Gomo rasa Rakyat Selangor patut tanya Khalid Ibahim mengapa tidak diambil tindakan ke atas Badrul Amin ini ataupun Khalid Ibrahim telah dipegang telornya oleh Badrul Amin tentang skandal Khalid Ibrahim sendiri dengan pembantu beliau? Psssttt... Gila lah beb, penasihat ugama Menteri Besar kena tangkap Khalwat. Isy.....gila gila Undi PKR Bawa Kehancuran Negara Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara. |
Terkini - Ostaz Badrul Amin PKR Melarikan Diri Di Mahkamah Kajang Posted: 12 Feb 2013 11:00 PM PST KAJANG 13 Feb. - Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR Dr Badrulamin Bahron dilaporkan kini berada di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat berhubung kes penceraian isteri keduanya di sini bermula jam 8:45 pagi tadi.Penceraian beliau dikatakan berlaku susulan daripada kes khalwat melibatkan dirinya pada tahun lalu. Read more...... Psssttt..... Puak pakatan nak kata fitnah jugak dengan benda yang dah nyata ni? Undi PKR Bawa Kehancuran Negara Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara. |
You are subscribed to email updates from PAPA GOMO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment