PAPA GOMO |
Ah Jib Gor Masih Tak Faham Walau Di Booo Cina DAP Pulau Pinang. Posted: 11 Feb 2013 06:00 PM PST Gua puji semangat kental Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak yang berhempas pulas untuk menjaga rakyat Malaysia tidak kira Agama dan bangsa. Konsep 1 Malaysia yang beliau bawa sememangnya wajar dipuji ditambah dengan pelbagai bantuan serta agihan buat rakyat Malaysia sejak beliau memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia menggantikan Pak Lah. Tapi semalam di Pineng sebuah negeri yang dikuasai DAP yang mana majoritinya adalah kaum Cina telah memberikan isyarat jelas buat Perdana Menteri bahawa konsep 1 Malaysia yang berlandaskan perlembagaan negara tidak disukai ataupun diminati oleh kaum Cina di Pulau Pinang. Mungkin segelintir sahaja kaum Cina yang tidak suka dengan konsep 1 Malaysia tetapi sedarlah wahai Dato Seri Najib Razak bahawa isyarat BOOO di Pineng merupakan isyarat jelas masyarakat Cina di Pulau Mutiara mahukan DAP sebagai peneraju mereka. Mereka bangga apabila DAP mentadbir mereka walaupun DAP tidak melakukan kebajikan ataupun bantuan buat rakyat Pinang. Ingatlah Dato Seri Najib Razak, rakyat Pineng mahukan Lim Guan Eng dan DAP. Tumpukan pada negeri negeri lain dan itu adalah lebih baik berbanding terus menumpukan Pineng yang akan terus kekal dibawah pentadbiran DAP untuk sepenggal lagi. Konsert PSY di Pulau Pinang Najib Razak : Are U Ready For PSY? Crowd : Yes Najib Razak : Are U Ready For BN Crowd : No Psssttt...Cukup cukup lah Tu Najib Razak.... takut orang Melayu kita pulak menyampah nanti. Undi PKR Bawa Kehancuran Negara Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara. |
Rejim Pakatan Selangor Terus Kayakan Diri Dengan Duit Pasir. Posted: 11 Feb 2013 04:00 AM PST Untuk rekod pada tahun 2009 pembahagian keuntungan bersih hasil jualan pasir diperolehi sebanyak RM 6.159 juta dan perbelanjaan pentadbiran sebanyak RM 4.677 juta. Pembagaian ini juga merangkumi pembayaran bonus kakitangan serta lembaga pengarah sebanyak RM 641,113.89 iaitu sebanyak 13.74% kenaikkan berbanding tahun sebelumnya. Bayaran kepada lembaga pengarah pula sebanyak RM 527,398.00 diperuntukkan yang mana tidak termasuk bonus. Jumlah keseluruhan hasil jualan pasir di Selangor yang telah diberikan kepada lembaga pengarah adalah sebanyak RM 1,168511.89 yang merupakan rekod pembayaran paling tinggi berlaku didalam Malaysia. Apa yang menjadi pertanyaan disini adalah pembayaran Gaji dan bonus kepada kakitangan Kumpulan Semesta Sdn Bhd yang begitu banyak sedangkan keuntungan yang diperolehi oleh kerajaan negeri Selangor adalah hanya sebanyak RM 1.39 juta sahaja. Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor seharusnya menjelaskan kepada rakyat akan kewajaran untuk KSSB menerima ganjaran gaji dan bonus sedangkan rakyat Selangor tidak mendapat manfaat hasil dari pasir yang dikorek oleh KSSB. Read More... Benar dan sememangnya benar belaka apabila hasil pasir Selangor hanya dinikmati oleh keroni keroni rejim Pakatan Selangor. Bukan sikit tapi dah bertahun mereka tadbir dah berbilion mereka kebas. Itu yang dipungut hasil penjualan pasirnya belum lagi kita kira lori pasir yang dijual tampa dikira ataupun dengan tepat jual secara haram pasir pasir ni. Gua harap rakyat Selangor sedar pekara ni, tentang kerajaan pakatan Sleangor yang menjanjikan rumah untuk golongan muda juga sampai ke hari ini tidak ada apa apa yang berlaku. Sebaliknya harga rumah di Selangor meningkat begitu ketara sehingga membuatkan golongan anak muda tidak mampu untuk memiliki sebuah rumah idaman mereka. Psssttt.... Datum Jelatek pulak hanya untuk warganegara Singapore... bangsat punya rejim pakatan. Undi PKR Bawa Kehancuran Negara Undi PAS Bawa Pepecahan Umat Islam Undi DAP Bawa Penindasan Bangsa Undi BN Bawa Kemakmuran Agama, Bangsa Dan Negara. |
You are subscribed to email updates from PAPA GOMO To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment