BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! NIK AZIZ TAK TAHU JANTINA PSY ??? APA CERITA NI ???

Posted: 11 Feb 2013 12:30 AM PST


Memang memalukan apabila Mursyidul Am PAS,Nik Abdul Aziz Nik Mat gagal mengenal pasti jantina penyanyi popular dari Korea,Psy yang tika ini popular dengan lagu tarian kuda,Oppa Gangnam Style.Nik Aziz dilaporkan telah dengan selambanya menegaskan artis Korea yang membuat persembahan di Pulau Pinang hari ini perlu menutup auratnya kerana menyangkakan Psy adalah seorang perempuan.Bila kebebalannya ditegur oleh wartawan,cepat-cepat pula Nik Aziz cuba pusing cerita bertanyakan samada lirik lagu Oppa Gangnam Style itu memberi kesan positif atau sebaliknya kepada golongan muda.Itu tabie Nik Aziz yang sudah terkenal dengan perangai semula jadinya yang jarang sangat mahu mengaku kesalahan dan kelemahan diri sendiri,sebaliknya lebih kerap bersilat kata semata-mata untuk menutup kelemahannya.Tinggi benar egonya,mungkin mencecah langit agaknya.Dah buat silap pun masih cuba berdolak-dalik.Tak sedar diri betul.Punyalah riuh rendah seluruh negara bercakap mengenai fenomena Oppa Gangnam Style,rupanya ada lagi yang duduk di bawah tempurung terpinggir dari dunia nyata tapi masih bernafsu besar untuk turut serta bercakap mengenainya. 

Tak pasal-pasal komennya itu menjadi bahan gelak tawa orang ramai di masa yang sama menyebabkan aib kepada rakyat Kelantan kerana memiliki seorang Menteri Besar yang gemar bercakap semberono dan tanpa usul periksa.Umum tahu fokus PAS tika ini ialah mengaitkan isu kemaksiatan dengan program hiburan sempena Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru yang dianjurkan oleh BN itu,dengan demikian PAS berharap akan mendapat kredit dari kalangan pengundi beragama Islam.Hakikat yang berlaku tidak pun mengikut kehendak PAS, sebaliknya malu yang dapat gara-gara kebebalan Mursyidul Amnya sendiri.Nampak sangat keprihatinan yang cuba PAS tonjolkan itu sengaja dibuat-buat untuk tujuan politik kepartian sahaja.Lagipun jika PAS serius ingin bercakap soal kemaksiatan dan lagho yang berlaku dalam program bercorak hiburan,sepatutnya PAS telah ke depan membantah tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang menganjurkan konsert hiburan larut malam pada November 2012 yang lalu. 

 Dalam konsert di Batu Feringgi Pulau Pinang itu,muda mudi keturunan Cina,India serta Melayu bukan setakat bercampur gaul jantan betina malah ramai yang tunggang terbalik dek penangan arak Carlsberg.Sehingga sekarang PAS senyap sunyi dari mengulas kemaksiatan yang jelas berlaku di konsert hiburan anjuran Kerajaan DAP Pulau Pinang,barangkali PAS sengaja memejamkan mata kerana terlalu takut untuk menegur khalifah Lim Guan Eng yang menjadi pujaan ramai pemimpin PAS agaknya.Hatta persembahan hiburan separuh bogel anjuran PKR di Kulim, Kedah pun tidak kedengaran sebarang teguran dari PAS.Di masa yang sama,Nik Aziz pula hingga kini ibarat syaitan bisu tak terfikir untuk turut sama membantahnya.Apa pun,malu besar yang ditanggung oleh PAS disebabkan kebebalan Nik Aziz mengulas isu Psy Gangnam Style ini wajarlah dijadikan iktibar sepanjang zaman.Di samping itu,alang-alang sudah terserlah kebebalannya,eloklah Nik Aziz meludah ke muka sendiri,dengan demikian bila tiba-tiba sahaja mulutnya gatal untuk komen itu ini,akan terdetik kesedarannya untuk mendalami isu sebelum membuka mulut berusnya itu.

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! WAN AZIZAH TERIMA ANUGERAH !!! SIDDIQ FADHIL SINDIR PR !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 10 Feb 2013 09:00 PM PST


Agaknya tika ini Presiden PKR,Wan Azizah Wan Ismail masih lagi kembang bangga tak sudah-sudah terkenangkan dirinya tiba-tiba sahaja mendapat Anugerah Khas Saiyyidatina Khadijah semasa Himpunan Helwa Kebangsaan (HKK) 2013 baru-baru ini.Anugerah tersebut yang disampaikan oleh Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah),Dr Siddiq Fadzil itu khabarnya sebagai penghargaan di atas 'keberanian Wan Azizah menegakkan keadilan,kebenaran dan memperjuangkan Islam ke arah perubahan'.Entah di mana beraninya Wan Azizah dan tak tahu di mana letaknya keadilan dan kebenaran Islam yang diperjuangkan oleh isteri kepada Ketua Umum PKR itu sehingga timbul idea dari Dr Siddiq untuk menyamakan Presiden PKR itu dengan Saiyidatina Khadijah binti Khuwailid RA,sukar sekali untuk umum mencari logiknya. Fikirlah kot mana pun memang tak logik langsung untuk Wan Azizah mendapat anugerah yang memperalatkan nama isteri kesayangan Nabi Muhammad S.A.W tatkala suami Presiden PKR itu sendiri terpalit dengan bermacam skandal seks dan pernah pula menjadi banduan dek kerana kesalahan rasuah salah guna kuasa. Pernahkah Nabi Muhammad S.A.W terlibat dengan skandal seks ataupun menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan sendiri ??? Tentu sahaja tidak.Adakah kesetiaan Siti Khadijah kepada Nabi Muhammad s.a.w terserlah disebabkan mempertahankan sikap bobrok suaminya ??? Tentunya tidak sama sekali. Sebaliknya Siti Khadijah setia dan berterusan menyokong suaminya disebabkan kebenaran dakwah yang di bawa oleh Nabi Muhammad S.A.W yang menyeru manusia ke jalan yang diredhai Allah S.W.T Apakah Anwar sepanjang penglibatannya serius berdakwah ke jalan yang benar sebagaimana Nabi Muhammad S.A.W ??? Langsung zero.

Yang ada pun,sejak tahun 1970-an asyik mengajak rakyat berdemo atas jalan, sepanjang 1980-an hingga Ogos 1998 aktiviti berdemo berhenti seketika,kemudian selepas itu hingga sekarang memanjang menyebarkan propaganda dan dakyah mengajak khalayak memenuhi jalanraya sampaikan hampir tergugat ketenteraman awam.Lantas apa tujuan penganugerahan tersebut kepada Wan Azizah dan apa signifikannya dengan Anwar ??? Sekadar untuk melengkapkan Anugerah Tuhan yang pernah dilabelkan oleh Wan Azizah kepada suaminya atau wujud sindiran serba sinis yang menuntut kewarasan akal memikirkannya ??? Jika dikatakan Wan Azizah memiliki sikap tidak terburu-buru dan tidak mudah panik sebagaimana isteri Nabi Muhammad S.A.W amat tidak kena sekali jika dilihat pada sejarah pembohongan Wan Azizah yang pernah mempropagandakan kisah suaminya disuntik dengan darah HIV positif. Hatta untuk umpamakan Wan Azizah sentiasa bersifat tenang dan boleh menenangkan orang lain seperti mana Siti Khadijah,lagilah tak tercapai dek akal memandangkan suatu ketika dulu Wan Azizah pernah menimbulkan kekalutan umum sehingga kalut ribut negara disebabkan demonstrasi jalanan gara-gara tuduhan Wan Azizah kononnya Anwar telah diracun dengan arsenik. Adakah propaganda jahat yang dimainkan oleh suami isteri yang mengepalai PKR ini seiras dengan gerak kerja dakwah Nabi Muhammad s.a.w yang dibantu oleh Siti Khadijah ??? 

Lagilah tak sama jauh panggang dari api. Nak dikatakan gaya hidup Wan Azizah menyamai akhlak dan gaya hidup sederhana isteri pertama Nabi Muhammad s.a.w jauh sekali,bagai langit dengan bumi bezanya. Wan Azizah hidup di rumah banglo yang harganya mencecah tujuh lapan juta ringgit,sedangkan Siti Khadijah hidup biasa-biasa sahaja dan sederhana gayanya. Malah dari segi sifat penyayang pada suami pun sukar sekali untuk disama tarafkan Wan Azizah dengan Siti Khadijah. Mana pernah Siti Khadijah cemburu buta dengan suaminya, sedangkan Wan Azizah pula pantang melihat ada jantan lembut yang rapat dengan Anwar terus sahaja memasang perisik untuk memantau pergerakan suami sendiri.Lagikan pula,Siti Khadijah dan Nabi Muhammad s.a.w bertemu jodoh tanpa halangan dan tidak pula berkahwin ikut pintu belakang, berbeza sekali dengan Wan Azizah dan Anwar yang menikah di sempadan Siam dek kerana tidak mendapat restu dari bapa si perempuan.Campur tolak bahagi dan darab,memang umpama langit dengan bumi bezanya antara Siti Khadijah dengan Wan Azizah.Barangkali,mungkin pada perkiraan PKR,penganugerahan itu mampu menaikkan imej parti itu setidak-tidaknya di kalangan pengundi Melayu Islam walau hakikatnya senario semasa menunjukkan lebih ramai yang tersenyum sumbing mengenangkannya.

Ramai pemerhati politik melihat penganugerahan itu sebenarnya hanyalah satu bentuk sindiran daripada Dr Siddiq kepada Anwar supaya dapat mencetuskan kesedaran Ketua Umum PKR itu supaya kelak jangan lagi gemar menabur janji sana sini tanpa menilik kemampuan diri. Alang-alang isteri sedikit cuba dipropagandakan dan digambarkan seolah-olah menyamai sikap isteri Nabi, takkanlah Anwar masih nak meneruskan sikapnya yang langsung tidak mengikut perwatakan Nabi Muhammad S.A.W,tak gitu pembaca Badut rakyat Sekalian ??? Bukankah Nabi Muhammad S.A.W terkenal dengan gelaran Al-Amin yakni orang yang boleh dipercayai dan dipegang kata-katanya,justeru itu Anwar selaku politikus yang gemar menjual temberang dan propaganda adu domba itu elok sangatlah mengambil iktibar supaya serasi dengan anugerah tersebut.Jika dipandang dari sudut itu, memang nampak ada kewajaran untuk wujudnya anugerah tersebut,walaupun sinis dan agak menyindir maksudnya paling tidak pun ada juga maslahat umumnya.Tapi mampukah Anwar berubah dan tidak lagi meneruskan tabienya yang suka temberang,mengadu domba dan menabur janji yang tidak pasti ??? Tak payah mimpilah,Anwar akan kekal sebagai Anwar,tabie semula jadinya itu sukar untuk diubah,selagi masih ada segelintir yang mudah terpesona dengan lenggok pidato lidah bercabangnya selagi itulah Anwar akan terus menjual temberangnya.

RENUNG-RENUNGKAN 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...