tuanhamba, Melakukan Lebih Lagi Untuk Masyarakat Cina Pada Tahun 2013 | | Saya menggaul dan melambung ‘Yee Sang’ bersama dengan pemimpin BN yang lain di rumah terbuka Tahun Baru Cina BN. Perayaan paling penting dalam kalendar masyarakat Cina iaitu Tahun Baru Cina sudah hampir tiba. Kini, seluruh Malaysia sudah pun tidak sabar untuk merasai suasana perayaan yang cukup dikenali dengan hidangan pelbagai makanan, hiasan berwarna merah serta dendangan lagu tradisi Tahun Baru Cina yang boleh didengari di kedai-kedai serta pasaraya besar. Ada di antara mereka juga telah mula menghiasi rumah masing-masing dengan hiasan berwarna merah. Ini menandakan yang kita akan meraikan perayaan yang sangat meriah ini bersama. Saya sendiri tidak sabar untuk menikmati ‘Yee Sang’. Pada perayaan tersebut, pelbagai juadah makanan boleh dinikmati bersama. Yee Sang adalah makanan tradisi yang merupakan simbol tuah, kemakmuran serta kesihatan yang baik. Pada saya, perayaan ini juga menunjukkan betapa pentingnya masyarakat Cina di negara kita. Ayahanda saya, Allahyarham Tun Abdul Razak, mempunyai pandangan yang sangat jelas mengenai masyarakat Cina yang banyak membantu dalam pembangunan negara sejak kita mengecapi kemerdekaan dan saya akan mewarisi wawasan beliau itu. Saya tidak boleh bayangkan sekiranya Malaysia tidak mempunyai budaya Cina yang telah sebati dalam masyarakat kita yang majmuk ini. Saya dapat rasakan yang semangat itu telah diturunkan kepada generasi seterusnya kerana anak saya sendiri, Ashman kini boleh bertutur dalam bahasa Mandarin dengan fasih! Anda boleh baca seterusnya di blog saya bertajuk ‘Melakukan Lebih Lagi Untuk Masyarakat Cina Pada Tahun 2013’ di sini. | | | Selamat Menyambut Hari Thaipusam. | Sebelum ini, saya membuat perutusan saya sempena Thaipusam 2013. Anda boleh baca di sini | | | Perkembangan Terkini Saya turut sama menyambut Tahun Baru Cina di Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional Pulau Pinang. | Anda juga boleh mengunjungi galeri gambar-gambar saya di blog saya. | | | | Untuk mengikuti segala pekembangan terkini mengenai isu semasa negara, ikuti saya di Facebook dan Twitter serta lawati laman web saya, 1Malaysia.com.my. Kongsikan maklumat ini kepada ahli keluarga serta sahabat handai anda dan ajak mereka untuk melanggan maklumat terkini menerusi laman web saya. Diharapkan anda semua dapat meneruskan sokongan kepada saya sebagai Perdana Menteri agar kita dapat bersama-sama membawa negara ini ke peringkat yang lebih tinggi. Admin 1Malaysia | | |
|
-------------------------------------------------------------------------------
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment