BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! DEEPAK ISSUE !!! OPPOSITIONS IN DISARRAY AND LOSING CREDIBILITY,SEEKS INDIVIDUALS TO PUSH THEM UP !!!

Posted: 13 Feb 2013 03:00 PM PST


The opposition parties are now using carpet dealer Deepak Jaikishan to attract votes given the bad position they are in with internal frictions and silent enmity and distrusts among the leaders and members.Deepak,on the other hand seems to be ever willing as he is looking for a 'saviour' that can pull him out of the financial rut he is in at present.As far as he is concern,he will grab whatever he can to stay afloat and put himself in a position where he can call the shot,make himself needed and wanted by those in need and he is lucky as with the present political scenario,the opposition parties particularly Anwar Ibrahim are in need of anything that can help them further tarnish and run down the image and credibility of ruling BN especially Prime Minister Najib Tun Razak.Under pressure and facing erosion in influence and support,the oppositions are now targeting leaders in BN,attempting to relive the 2008 political thinking of the masses…which resulted in a political tsunami. 

However,as time passes by,the thinking masses who are voters see the reality of the 'game of deception' and 'politics of perception' played by oppositions and Anwar personally.Uneasy and the 'make-believed game' are exposed as the masses see the oppositions bluff as in a poker game,they now use individuals who are friends or former friends of BN leaders to strengthen or pump into the minds of the masses their 'make-believed' issues.Thus,Deepak and even issue of Sabah CM distancecousin in the Philippines are being sought to 'nail down' BN leaders,an attempt to deviate the masses' focus from their weaknesses and lies and cheats. Nothing they revealed or exposed were true after further checks and investigations and this worry them as influence erode as fast as the revelations of their bluffs. 

Given the situation they are in,it is no wonder they will not leave anything untouched as they do not want to lose the states they have won and the odds,as it is right now,are against them.In Selangor,voters in every group,just name it,are suing the state government for promises unfulfilled while in Penang the divide between Malays and Chinese are clearly visible and added to that is the divide in religion.In Kedah,the PAS government is antagonizing its partners by imposing fundamentalists laws,aimed at strengthening its support among the fundamental Muslims knowing very well that DAP and Chinese voters will not give a single vote to the party.The opposition pact is actually breaking up despite the leaders' statements they are united and working together well. And this break up has cause the parties,especially Anwar and PKR to seek individuals like Deepak to help them.

GAZE-PONDERS

KANTOI !!! PARTI TEMPATAN TOLAK ANWAR IBRAHIM DAN PR DI SABAH !!!

Posted: 13 Feb 2013 11:00 AM PST


Tilikan pawang politik bahawa PR di Sabah bakal berpecah dan punah semakin menjadi realiti yang pahit bagi pembangkang.Ini berikutan beberapa perkembangan terbaru berhubung kedudukan politik pembangkang di Sabah yang bercita-cita untuk menawan negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke 13 yang bakal diadakan dalam masa terdekat.Pertama adalah kenyataan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali yang mengesahkan PR telah menutup pintu perbincangan pengagihan kerusi dengan Parti Maju Sabah (SAPP) pimpinan bekas Ketua Menteri Yong Teck Lee.Ini kerana PR mendakwa SAPP bersikap keras kepala untuk membolot majoriti kerusi Parlimen dan DUN dan tidak mahu bertolak ansur dengan PKR,Dap dan Pas.Sikap parochial dan kenegerian ini menambahkan pening kepala Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim apabila pendirian 'Sabah Untuk Sabah' ini disokong pula oleh Parti Pembaharuan Negeri (STAR) yang diketuai oleh Dr Jeffrey Kitingan.Dr Jeffrey yang dikenali sebagai salah satu 'raja lompat parti' di Sabah pernah menjadi Naib Pengerusi PKR satu ketika dulu. Beliau meninggalkan PKR setelah bertelagah dengan Anwar yang menyisihkannya daripada jawatan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah lalu menubuhkan STAR. 

Situasi PR bertambah getir apabila Naib Ketua Wanita PKR Sabah dan beberapa pimpinan lain keluar parti minggu lalu menyebabkan Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin terpaksa mengeluarkan kenyataan untuk mententeramkan keadaan.Jika Anwar tidak dapat menyelesaikan isu pengagihan kerusi menjelang PRU13 dalam beberapa minggu lagi, nampaknya Pakata Rakyat terpaksa berdepan dengan pertandingan 3,4 malah 5 penjuru atau lebih di kesemua 60 kerusi DUN dan 25 kawasan Parlimen.Bukan sahaja ia terpaksa berhadapan dengan jentera pilihan raya Barisan Nasional yang lengkap,efisien dan kuat tetapi juga terpaksa menepis cabaran daripada SAPP,STAR serta barisan calo-calon bebas.Natijahnya undi pembangkang akan bercemperai di peti undi dan ini akan menjadi faktor kukuh yang menyumbang kepada kemenangan besar di Sabah. Pilihan Raya Kecil Batu Sapi pada tahun 2010 menjadi bukti sikap rigid SAPP yang berkeras untuk bertanding dan akhirnya calon PKR kalah di tangan BN.Nampaknya senario yang sama akan mempengaruhi keputusan PRU13 di Sabah nanti. Faktor agama adalah penting dalam politik Sabah terutamanya ajaran Kristian. 

Kedua-dua Teck Lee dan Dr Jeffrey adalah pelopor gerakan Kristian di Sabah termasuk juga dengan Wilfred Mojilip Bumburing yang kini berpihak kepada Pakatan Rakyat serta memimpin pergerakan Angkatan Perubahan Sabah (APS).SAPP dan STAR mahu mewujudkan satu blok yang terdiri daripada ahli-ahli Parlimen dan DUN yang beragama Kristian bagi menjayakan agenda kristianisasi di Sabah. Anwar sedar akan hakikat ini tetapi demi kerakusan politiknya beliau sanggup mengadaikan kepentingan Islam di Negeri Bawah Bayu itu.Anwar tahu undi Melayu tidak akan membawanya kepada impian ke Putrajaya dan kerana itu beliau rela sanggup bersekongkol dengan parti-parti Kristian untuk mendapat sokongan. Pendirian PKR yang pro-Kristian di sabah sudah tentunya akan menimbulkan rasa tidak senang dan ancaman kepada Pas.Pas kini berlaga angin dengan PKR dan Dap dalam isu kalimah ALLAH dan isu kristianisasi di Sabah turut akan menaikkan suhu politik dengan sekutu politiknya.

Apa hal sekali pun Dap akan tetap bersama PKR yang mempunyai dasar terbuka terhadap agama yang lambat laun akan meletakkan Pas dalam keadaan seperti melukut di tepi gantang. Jika PR berkeras mahu bertanding di semua kerusi DUN dan Parlimen ia bakal ditolak oleh pengundi Sabah sendiri yang sentiasa merasa parti-parti Semenanjung seperti PKR,Pas dan Dap terlalu bersikap angkuh.Anwar beranggapan rakyat sabah mudah digula-gulakan dengan pelbagai dakyah dan isu yang ditimbulkan terhadap BN.Pembangkang gagal melihat realiti bahawa negeri itu mempunyaim keinginan serta harapan yang tinggi untuk sama-sama maju setaraf dengan negeri-negeri di Semenanjung.Hanya BN yang berjaya memenuhi kehendak pembangunan rakyat Sabah selama 50 tahun bersama dalam Persekutuan Malaysia.Pembangkang hanya bermodalkan air liur dan jentera fitnah yang sentiasa bergerak meracuni fikiran rakyat tetapi gagal untuk menunjukkan kemampuan mentadbir atau membela nasib rakyat.Nasib negeri Selangor,Pulau Pinang,Kedah dan Kelantan yang diperintah pembangkang sudah cukup menjadi bukti kepalsuan janji-janji manis mereka.Tidak perlu lagi menipu rakyat Sabah atau Sarawak dengan manifesto yang mengandungi kata-kata kosong yang tidak bernilai dan membawa apa-apa erti.

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF AND HOT VIDEO !!! PENIPUAN PAS TERBONGKAR LAGI !!! MANA SEBENARNYA KUBUR MAT INDERA ???

Posted: 13 Feb 2013 07:26 AM PST


Kelmarin satu sidang media bersabit kubur Mat Indera telah diadakan di Hotel Taiping Perdana,Kampung Jambu,Taiping.Dalam sidang tersebut,penerangan yang eksklusif telah dibuat oleh 5 beradik yang merupakan keluarga penggali dan penjaga kubur,mereka adalah penduduk asal Kampung Jambu yang dahulunya dikenali juga sebagai Kampung Haji.Kampung yang wujud seawal pembukaan bandar Taiping itu didiami oleh seorang Haji yang dihormati oleh kaum Cina di sekitar bandar Taiping dan mereka menamakan kampung tersebut sebagai Haji Kampung (Kampung Haji).Akhir tahun 70an Kampung Haji yang dahulunya merupakan Kebun Jambu telah bertukar menjadi sebuah kampung tersusun dan dikenali sekarang sebagai Kampung Jambu,jika ditulis Kampung Haji pun surat-menyurat akan sampai. Kampung tersebut terbahagi kepada dua bahagian,iaitu sebelah timur dan sebelah barat dan pembahaginya ialah jalan raya ( Jalan Masjid) antara masjid daerah dan stesen bas. Lokasi kubur betul-betul terletak di belakang hotel tersebut.

Kelima beradik ini anak penggali kubur ini amat mengenali kubur Mat Indera yang menjadi lokasi permainan mereka zaman kanak-kanak.Mereka amat terperanjat apabila pemimpin Pas telah menunjukkan gambar kubur Mat Indera yang diluar peta minda mereka. Kubur yang disiarkan dalam akhbar Sinar Harian dan laman-laman blog adalah palsu.Bukti lain ialah kubur-kubur di kiri kanan kubur yang didakwa milik Mat Indera semuanya bertarikh dari Tahun 2004 hingga 2010,oleh itu kubur yang didakwa milik Mat Indera adalah milik orang lain. 

ANDA NAK LAGI ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA 

LIHAT VIDEO DI BAWAH





 RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! SAH !!! SUDAH TERBUKTI !!! PAS MENZALIMI USTAZ NASHA !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 13 Feb 2013 04:31 AM PST


Jangkakan ramai ada sesuatu yang tidak kena di sebalik pemecatan Ustaz Nasharudin Mat Isa dari Majlis Syura PAS ternyata benar apabila surat pemberitahuan hanya diposkan kepada bekas Timbalan Presiden PAS itu pada 30 Januari 2013 dan diterimanya pada 6 Februari 2013. PAS mengumumkan pemecatan itu pada 26 Januari 2013 melalui kenyataan media oleh Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS,Nik Zawawi Nik Salleh yang menyatakan Ustaz Nasharudin telah dipecat sebagai ahli Majlis Syura semasa badan tertinggi PAS itu bermesyuarat pada 13 Januari 2013.Jika kenyataan Nik Zawawi betul bermakna perjalanan parti itu ternyata agak bercelaru dan tidak terurus kerana mengambil masa yang agak lama untuk menyampaikan keputusan parti kepada ahlinya.Entah apa jenis kelayakan yang diambil kira sebelum Nik Zawawi dilantik sebagai Setiausaha,langsung tidak efisien kerja buatnya.Bukannya beribu keping surat yang perlu dihantar,hanya sekeping sahaja itu pun berminggu-minggu mengambil masa.Sehari dua sebelum pemecatan itu diumumkan, kelibat Ustaz Nasharudin dilihat menyertai rombongan bersama Perdana Menteri,Datuk Seri Najib di Gaza,Palestin telah menimbulkan kecurigaan dan rasa tidak senang di kalangan pemimpin PAS. 

Dilihat kronologi yang berlaku dalam tempoh itu,memang jelas kelihatan ada sesuatu yang tidak kena.Bak kata pepatah ada udang di sebalik batu.Pemecatan itu dilakukan memang disebabkan adanya agenda tersembunyi dan alasan kononnya Ustaz Nasharudin 'kerap tidak datang mesyuarat' hanyalah bertujuan untuk mengabui mata khalayak sahaja.Tambahan pula Mursyidul Am PAS,Nik Aziz Nik Mat selaku Pengerusi Majlis Syura Ulama PAS yang sering kali ponteng mesyuarat dan kalau datang pun kerap pulang awal,tidak pula dipecat walau sepatutnya sudah lama diambil tindakan berikutan ketidakberkesanan pimpinannya.Tak mustahil hakikat sebenarnya pemecatan itu dilakukan secara tergesa-gesa dan tidak pun dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Syura PAS pada 13 Januari 2013,sebaliknya ia hanya diputuskan melalui perbincangan tidak rasmi antara pimpinan PAS selepas gambar Ustaz Nasharudin dan PM di Palestin disiarkan media perdana.Walau apa senario sekalipun,tatacara pemecatan keanggotaan Ustaz Nasharudin dalam Majlis Syura Ulama PAS itu sendiri tidak menepati prosedurnya apabila Ahli Parlimen PAS Bachok itu tidak dipanggil untuk membela diri atau setidak-tidaknya diberi surat tunjuk sebab. 

Jelas sekali ia satu bentuk kezaliman dan amat tidak Islamik,amat bertentangan sekali dengan seruan keadilan yang sering diwar-warkan parti itu di pentas-pentas ceramah politik.Lebih sedekad lalu apabila Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO disebabkan masalah moral,ramai pemimpin dan penyokong PAS tampil mempersoalkan pemecatan tersebut yang dikatakan zalim dan tidak Islamik.Walhal tindakan pemecatan itu tidak pun dilakukan secara semberono tanpa usul periksa sebaliknya Anwar telah diberi peluang untuk membela diri dalam Majlis Tertinggi UMNO malah tidak dihalang melantik pasukan guaman sendiri bagi menghadapi perbicaraan di Mahkamah.Sekarang terbukti PAS adalah sebenar-benarnya parti yang zalim dan tidak Islamik serta telah bertindak secara kuku besi.Memang jelas PAS telah menzalimi Ustaz Nasharudin dan ianya berlaku hanya selang setahun selepas bekas Naib Presiden PAS,Dr Hasan Ali dipecat tanpa bicara dari parti itu.Belum memerintah negara sudah terbiasa dengan kelakuan buruk dan asyik menzalimi orang lain,andai diberi peluang memerintah negara tidak sukar dibayangkan kezaliman yang bakal PAS laksanakan terhadap pihak lain yang tidak sealiran dengannya.

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! ULAMA KELANTAN ISYTIHAR HARAM UNDI PAS PADA PRU 13 ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 13 Feb 2013 12:30 AM PST


Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini yang dianggotai para ulama,tok guru pondok,imam dan ustaz muda membuat pengisytiharan bahawa memberi undi kepada Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah haram.Pertubuhan itu iaitu Minda Pondok,Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati),Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK) dan Pendita turut menegaskan bahawa perjuangan menentang Pas adalah jihad kerana mengundi parti itu bermaksud menyokong DAP yang merupakan parti cauvinis yang menolak Islam dan memperjuangkan sekularisme.Sehubungan itu,kesemua NGO berkenaan yang diwakili pemimpin masing-masing berjanji akan menyediakan satu dokumen lengkap berhubung pengisytiharan tersebut untuk diberikan kepada raja-raja Melayu dan Majlis Fatwa Kebangsaan agar dapat dibincangkan dan menyelesaikan kekeliruan yang ditimbulkan oleh Pas selama ini. 

Pengasas Pondok Geting,Abdullah Sa'amah yang juga Penasihat Minda Pondok berkata,kegagalan Pas mempertahankan Islam terutama penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam tidak boleh dimaafkan sama sekali,malah demi politik para pemimpin Pas seolah-olah jahil agama."Membiarkan kalimah Allah digunakan seperti itu berdosa dalam hukum.Maknanya kita mesti mempertahankan kalimah Allah dan akidah orang Islam,dalam pilihan raya umum kita mahu perdana menteri dan timbalannya orang Islam maka di sinilah kita berjihad, kita jangan undi Pas.Saya bercakap mempertahankan kalimah Allah, saya rujuk empat kitab mazhab,kitab tafsir, kitab fekah dan banyak lagi rujukan.Boleh dikatakan menyeluruh kitab saya rujuk tetapi mereka tuduh saya jahil. Kesemua kitab ini menyebut bahawa kalimah Allah tidak boleh disekutukan, tidak boleh digunakan selain untuk agama Islam dan untuk mendaulatkan Islam.Ia adalah kalimah suci jadi kenapa kata saya jahil," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

Menurut Abdullah,Pas juga perlu ditolak kerana menyatakan sokongan padu kepada Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut menyokong hasrat DAP meskipun bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Ulama Pas. "Orang seperti Anwar ini kami orang pondok tidak boleh terima kerana terlalu nyata kepada kami satu daripada itu (perjuangan Anwar) adalah membenarkan kalimah Allah (digunakan oleh bukan Islam)," katanya.

Sementara itu,Ahli Jawatankuasa Minda Pondok,Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz berkata,kerjasama Pas dalam pakatan pembangkang yang kononnya atas nama tahaluf siyasi sebenarnya pada nama semata-mata, sebaliknya apa yang berlaku adalah Pas hanya kuda tunggangan DAP. "Tahaluf siyasi Pas adalah haram maka wajib kita menolak mereka atas beberapa fakta antaranya Pas bukan parti dominan dalam pakatan dan kerajasama itu dibuat dengan parti DAP yang kita tahu menolak penubuhan kerajaan Islam.Sebelum bertahaluf siyasi,perjuangan Pas adalah menubuhkan negara Islam,ingin melaksanakan hudud, persaudaraan sesama Islam tetapi selepas itu matlamat mereka berubah iaitu mahu kerajaan berkebajikan,hudud bukan lagi agenda utama dan mendoakan kemusnahan sesama Islam.Tahaluf siyasi yang sebenar telah jelas kita lihat dalam Barisan Nasional (BN) iaitu UMNO adalah 'imam' manakala MIC dan MCA adalah 'makmum' yang akan bersama-sama berjuang atas arahan imam," tegasnya. 

Ahli Jawatankuasa Ikatan Cendekiawan Islam Kelantan (ICIK),Mohd. Zawawi Awang pula berkata,permintaan DAP supaya kalimah Allah digunakan oleh orang bukan Islam sama seperti yang berlaku di Indonesia apabila ramai masyarakat Islam negara itu menyokong pemikiran sekular.Beliau memberikan contoh sebuah video yang dimasukkan ke dalam laman Youtube bertajuk 'Bible dalam bahasa Arab' yang dirakam di Institut Teologi Kalimatullah di Jakarta tentang bagaimana seorang pelajar Kristian membaca Bible dalam bahasa Arab di sebuah gereja."Gerakan ini sebenarnya sudah bermula berpuluh tahun dulu dan perkara sama kini cuba dibawa masuk ke Malaysia secara senyap-senyap tanpa kita sedari.Gerakan ini berjaya di Indonesia yang rakyatnya kira-kira 300 juta orang, jadi bayangkanlah jika kita membiarkan mereka bergerak di Malaysia pasti lebih mudah kerana rakyat kita cuma kira-kira 28 juta," tambahnya. - Utusan Malaysia 

RENUNG-RENUNGKAN

EKSKLUSIF AND HOT VIDEO !!! KONSERT PSY ANJURAN BARISAN NASIONAL DAN KONSERT DAP DI BATU FERINGGHI !!! MANA LAGI HEBAT DAN SEDIAKAN SEMUANYA HALAL ??? WAJIB LIHAT !!!

Posted: 12 Feb 2013 09:00 PM PST


kelmarin Barisan Nasional (BN) berjaya mengumpulkan hampir 100,000 orang pengunjung ke majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang.Ia terbuka dan bukan untuk ahli parti itu semata-mata.Pelbagai juadah telah dihidangkan,semuanya makanan dan minuman HALAL bagi membolehkan semua lapisan rakyat meraikannya bersama-sama dalam semangat 1Malaysia.Bagi memeriahkan acara,sebuah badan korporat,Mega Ultimate telah memaklumkan pada penganjur bahawa mereka mahu membawa penghibur terkenal dari Korea,Psy,untuk memeriahkan sambutan tersebut.Apatah lagi bila fenomena Gangnam Style cukup hebat melanda penggemar muzik di seluruh dunia termasuk di Malaysia.Kalau tak masakkan DAP melancarkan sebuah klip video parodi lagu itu dalam satu majlis besar-besaran di Kuala Lumpur baru-baru ini.Tajuk lagu Gangnam Style itu diubah menjadi Ubah Roket Style…majlis pelancaran video parodi itu boleh anda ikuti


UNTUK SELANJUTNYA


Di sini menunjukkan yang DAP juga peminat tegar Psy dan lagu Gangnam Style itu,sebab itu mereka memilih lagu berkenaan untuk diubah dan dijadikan alat untuk memancing pengundi mereka.Alih-alih bila Psy membuat persembahan kelmarin mereka pula yang meroyan tak tentu pasal.Sepatutnya mereka malu sendiri kerana merekalah parti politik pertama yang memulakan polemik Psy ini.Mereka sepatutnya berterima kasih pada Psy kerana sekurang-kurangnya penyanyi berkenaan tidak mengambil tindakan mahkamah kerana mereka telah melanggar hak cipta penyanyi itu dengan 'mencedok dan mengubah' lagu tersebut sesuka hati mak bapa mereka! Berbalik kepada isu berkenaan,DAP jangan lupa yang perangai mereka lebih teruk dan lebih jijik kerana menganjurkan program bersama dengan sebuah syarikat arak untuk mengadakan konsert di Batu Feringghi pada November lalu.

ANDA NAK LAGI ???


UNTUK SELANJUTNYA

Eh…lupa dalam konsert arak di Batu Feringghi itu,lagu Gangnam Style pun ada tau

LIHAT VIDEO DI BAWAH


Dari segi matematik,ia cukup mudah.Persembahan Psy di rumah terbuka Tahun Baru Cina kelmarin adalah SALAH kerana ia anjuran Barisan Nasional.Tetapi konsert arak di Batu Feringghi TAK SALAH kerana ia program kerajaan DAP.

Nor Azizuddin Abdul Manan wrote : 

APALAH SANGAT DENGAN RM 2 JUTA UNTUK PSY,ANWAR DITAJA BERJUTA-JUTA OK PULAK 

1. Hairan saya,marah sungguh pencacai Pakatan dengan kos perbelanjaan Psy ke Rumah Terbuka GXFC BN P.Pinang.Siap berhujah berjela-jela panjangnya,jika diberikan kertas dan pen,barangkali Malaysia akan menyaksikan rekod baru kritikan paling panjang pernah ditulis. 

2. Dah ler tuh,ader ler sorang MP Negeri Pulau Mutiara siap suruh tunjuk bukti mengatakan BN tidak menggunakan wang rakyat.Siap bari amaran,ingat tu amaran you !. Class gitu, Aww ! kata Mama Juwie. 

3. Untuk MP berkenaan,mai sini ceq nak habaq mai,Pihak penganjur sendiri sudah memaklumkan dalam sidang media beberapa minggu sebelum kedatangan Psy Kuda tu bahawa artis itu ditaja oleh salah sebuah company,BN Penang pun tak bawak keluar duit cuma kos penyediaan majlis termasuk katering,sewa khemah dan sebagainya dan tak pula guna duit sapa2 pun.Yang hang gelabah tu awatnya ?. Kalau BN guna duit sendiri,awat yang nak kalut ?. 

4. Yang peliknya,pemimpin ANUgerah hangpa tu siap naik jet peribadi, heli peribadi,pi "obersea" tiap2 minggu,sewa hotel mewah,kos rumah mewah kat Segambut Dalam tu,mai mana duit tuh ? Setakat gaji dan elaun Ahli Parlimen,berapa ribu sangat.Ish,takdak pulak hangpa nak kesah na ?. 

5. Baru ceq teringat kata orang2 tua kita dulukala,kuman seberang laut jelas terbongkang celik bijik mata nampak,walhal gajah besar gunung Jerai depan biji mata hangpa,habuq sekupang pun hangpa tak nampak.Betoi la kata otai2 kita dulu nie. 

6. Lagi satu,yang ceq seronok tuh,pencacai Pakatan nie kata,Psy tu merosakkan akhlak,tidak bawa unsur2 positif.Adoi,pecah perut ceq gelak besaq, tu yang Anwar dok berjoget lambak dalam hotel mewah dengan betina tembok besaq tu tak merosakkan akhlak ka ?. Awat la hangpa nie.Ni la yang orang dok kata, "pandai tak boleh diikut,bodoh tak boleh diajaq". 

7. Yang paling ceq kesian,page FB Najib Razak bersepah2 dengan kata2 bodoh pencacai Pakatan.Biaq la Cina nak kata NO pun,kami orang Melayu yang celik akai budi nie dok kata YES,tunggu masa nak tunjuk kuasa.Biar hangpa tau langit tu tinggi ka rendah. 

8. Ingat betoi2 na, "Pandai tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajaq". Nasihat !

RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! KERAJAAN NEGERI KEDAH SENGAJA BANGKRAPKAN KUIN KERANA KRONI ??? APA CERITA NI ???

Posted: 12 Feb 2013 06:00 PM PST


15 Januari lalu,Rektor Kolej Universiti Insaniah (KUIN),Prof. Dato' Wira Dr. Jamil Osman mengumumkan dalam satu sesi Taklimat Perpindahan ke Kampus Kuala Ketil yang diadakan di Dewan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah,bahawa staf dan pelajar KUIN dari kampus Mergong,Stargate dan Sungai Petani akan mula dipindahkan ke kampus tetap KUIN Kuala Ketil secara berperingkat.Bagaimanapun,ia hanya melibatkan Kulliyyah Muamalat,Hospitaliti & Perkhidmatan Halal dan Multimedia & Kreativiti.Beliau turut menyatakan bahawa KUIN kini dalam usaha menyediakan asrama pasang siap yang dapat menempatkan sekurang-kurangnya 1600 pelajar.Daripada kenyataan berikut,nampak seolah-olah KUIN tidak mengalami sebarang masalah.

Sedangkan,hakikatnya,KUIN sedang berhadapan dengan masalah kewangan dan pentadbiran yang meruncing.Pada 31 Oktober 2012,KUIN telah diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar untuk membayar RM1.599 juta kepada Syarikat Shake Cuisine Sdn Bhd. Syarikat tersebut bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan kediaman dan pengangkutan kepada 300 pelajar Insaniah di cawangan Insaniah Sungai Petani bagi tempoh tiga tahun bermula Januari 2009 hingga Disember 2011 dengan kadar bayaran ditetapkan dalam perjanjian sebanyak RM200 sebulan untuk setiap pelajar.Walaubagaimanapun,KUIN telah gagal memenuhi terma perjanjian dengan sempurna sehingga menyebabkan syarikat tersebut kerugian apabila terpaksa menanggung kos sewa rumah,pembelian barang-barang dan lain-lain kos berkaitan. 

Oleh itu,pada Mac 2012,Pengarah Urusan Shake Cuisine telah membuat tuntutan di mahkamah terhadap KUIN untuk baki bayaran dalam kontrak,RM200,000 bagi kerugian kos bayaran sewa stor barang serta kerugian akibat tidak dapat meneruskan perniagaan lain berjumlah RM1,259,939 selain faedah pada kadar lapan peratus setahun, kos dan lain-lain relief yang semuanya membawa kepada jumlah RM1.599 juta.Dengan masalah yang sebegini besar,saya hairan bagaimana Rektor KUIN dan kerajaan negeri masih boleh bertenang dan bersikap seolah-olah tiada apa-apa berlaku. Masalah KUIN bukannya kecil, dan telah pun didedahkan secara besar-besaran, termasuk tunjuk perasaan oleh kakitangan KUIN sendiri. 

Masalah kewangan yang disebutkan di atas hanyalah 'lanjutan' dari masalah pentadbiran yang amat parah berikutan amalan kronisme dan korupsi terang-terangan di kalangan pemimpin atasan.Kronisme berlaku dalam bentuk rangkaian di mana kroni tersebut juga turut melakukan nepotisme dengan melantik rakan dan ahli keluarga termasuk isteri dan abang serta menantu, kakak dan lain-lain lagi yang tidak punya kelayakan,pengalaman,pengetahuan malah masalah pendengaran juga,yang mana menyebabkan pentadbiran tidak dapat dijalankan dengan baik dan kelam kabut. Semua masalah ini telah dilaporkan secara bertulis,antaranya,Rektor tidak hadir tanpa cuti sakit melebihi 75 hari tetapi tidak dikenakan tindakan atau potongan gaji sepertimana yang tertakluk dalam kontrak. 

Rektor juga menubuhkan syarikat Insaniah Holdings kononnya untuk menjana pendapatan bagi mengelak dari terlalu bergantung kepada kerajaan negeri tetapi Rektor kemudiannya melantik kroninya sebagai pegawai-pegawai syarikat ini dengan memberi gaji yang terlalu tinggi iaitu RM4,000-RM35,000 tidak termasuk kemudahan-kemudahan serta elaun lain sedangkan skop kerja dan prestasi yang ditunjukkan adalah tidak setimpal.Lebih dahsyat,ada di antara kroni yang dilantik pernah disabitkan kesalahan jenayah kewangan oleh Suruhanjaya Sekuriti yang membawa akibat penjara 12 bulan, diberi tugas untuk mengurus kewangan.Selain itu,terdapat juga kroni yang terlibat dalam pecah amanah dalam mengendalikan wang yuran kursus perbankkan Islam di Thailand dan juga Kedutaan Nigeria.Beliau juga turut diberikan tanggungjawab dalam bidang kewangan. Insaniah Holdings tidak pernah menjana kewangan jauh sekali meraih keuntungan tetapi kakitangannya telah menerima bonus dari peruntukan kerajaan negeri.Masalah pentadbiran ini membawa kepada masalah kewangan yang bertimpa-timpa dan berlarutan serta berganda.Semakin lama mereka-mereka yang kotor dan korup ini dibiarkan menerajui KUIN,semakin parahlah kedudukan kewangan KUIN. Pendek kata,sesiapa sahaja pasti akan terduduk terkejut jika meneliti setiap masalah yang sedang dihadapi oleh KUIN seperti yang dilaporkan secara bertulis oleh kakitangan KUIN kepada Menteri Besar Kedah di dalam surat yang didedahkan oleh beberapa blogger Kedah,di mana surat tersebut mempunyai bukti penerimaan dari Pejabat Menteri Besar pada 12 Jun 2012.

Namun,yang menghairankan,Menteri Besar Kedah serta keseluruhan pentadbiran negeri Kedah,telah bertindak memekakkan telinga dan memejamkan mata.Tidak cukup dengan masalah di dalam KUIN sendiri,perlantikan kontraktor untuk kampus baru juga dilakukan secara tidak telus dan pembinaannya juga terdapat unsur-unsur penipuan atau manipulasi di mana pelan asal yang mempunyai asrama,cafeteria dan dewan kuliah 'bertukar' menjadi dewan kuliah dan taman perumahan,iaitu Taman Insaniah untuk disewa oleh para pelajar. Kafeteria dan asrama, telah ditiadakan tanpa alasan munasabah.Masalah KUIN sahaja sudah cukup untuk menjejaskan kewangan Kedah, dan ini belum lagi termasuk masalah-masalah lain di dalam anak syarikat kerajaan negeri yang membabitkan jutaan ringgit yang dibazirkan atau lesap begitu saja. 

Oleh itu,pembaca Badut Rakyat mesti faham kenapakah kerajaan negeri langsung tidak menunjukkan prihatin terhadap apa jua yang didedahkan ??? Apakah benar Menteri Besar Kedah begitu pekak dan buta ??? Apakah benar keseluruhan pentadbiran Kedah begitu bodoh dan bebal ??? Atau apakah mereka sebenarnya sedar dan sengaja membiarkan semua masalah ini berlarutan ??? Mungkinkah mereka sudah puas memegang jawatan ??? Atau,mungkinkah mereka sememangnya berniat untuk mengaut sebanyak yang mungkin melalui kroni mereka sebelum melepaskan semula Kedah kepada Barisan Nasional dalam PRU kali ini ??? Nampaknya,slogan Kedah Sejahtera sebenarnya hanyalah untuk kroni-kroni pemimpin PAS Kedah sahaja.

RENUNG-RENUNGKAN 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...