Manifestos - pembangkang silap tulis pasal isu minyak ha ha ha

Ketua UMNO Bahagian Wangsa Maju, Datuk Dr. Mohd Shafie Abdullah berkata kesilapan dalam manifesto terbaru Pakatan Pembangkang berhubung isu royalti minyak membuktikan, bahawa manifesto yang diuar-uarkan itu dibuat secara tergesa-gesa, tidak cermat dan hanya menjadi bahan  sebagai penyedap halwa telinga rakyat sahaja.
 
Katanya lagi, ia memperlihatkan  bahawa kepimpinan Pakatan tidak serius di dalam merangka program untuk kebaikan rakyat, sebaliknya tergesa-gesa mengeluarkan manifesto tersebut semata-mata untuk bersaing dengan program dan janji-janji kerajaan.
"Bak kata pepatah, manifesto itu hanyalah seumpama melepas batuk di tangga saja. Macam mana mereka mahu mentadbir negara, jika manifesto pun dibuat dalam keadaan yang tergesa-gesa sehingga berlakunya kesilapan yang amat ketara.
"Bahkan bila ditanya, kepimpinan mereka pula menyalahkan pencetak dengan alasan pencetak lupa mahu memasukkan isu royalti tersebut sebelum dicetak. Apakah mereka tidak memeriksa kandungan manifesto itu sebelum dicetak? Ini memperlihatkan sikap kepimpinan Pakatan yang tidak cermat serta teliti dalam memberi janji kepada rakyat," tegasnya kepada UMNO Online di sini hari ini.
Sebagaimana kurang cermatnya mereka dalam meneliti kandungan manifesto sehingga berlakunya kesilapan seperti itu, maka begitu jugalah sikap mereka apabila mahu menunaikan janji-janji di dalam manifesto mereka itu.
"Kita semua sudah sedia maklum, betapa kerajaan Pakatan gagal menunaikan janji-janji mereka di beberapa buah negeri yang mereka kuasai. Apabila didesak, apabila mahu disaman oleh kerajaan, mereka putar belit dengan mengatakan bahawa manifesto itu bukan janji pula.
"Inilah sikap Pakatan Pembangkang yang cuba memperalatkan rakyat demi kepentingan kuasa politik mereka dengan menabur pelbagai janji-janji manis sebelum pilihanraya. Apabila berkuasa, mereka lupa janji-janji mereka itu, bahkan menidakkan pula janji-janji mereka kepada rakyat," ujarnya lagi.
 
Justeru itu kata beliau, biarpun seribu manifesto yang dikeluarkan oleh Pakatan Pembangkang, ianya sudah tidak ada nilai kerana rakyat di negeri-negeri yang dikuasai oleh mereka hari ini, sudah sedar bahawa manifesto itu hanyalah sekadar satu helah untuk menagih undi dari rakyat.
"Mereka boleh janji macam-macam pada rakyat, tetapi rakyat hari ini bukan bodoh. Mereka sudah lihat bagaimana kerajaan Selangor, Pulau Pinang dan beberapa buah negeri di bawah penguasaan Pakatan Pembangkang yang gagal menunaikan janji-janji di dalam manifesto mereka itu.
 
"Apabila rakyat menuntut janji, macam-maca alasan yang diberikan sehingga Menteri Besar Selangor sendiri mengatakan bahawa manifesto itu bukan satu janji. Jadi untuk apa lagi dikeluarkan manifesto jika kepimpinan Pakatan Pembangkang menganggap manifesto itu bukan satu janji.
"Saya yakin, rakyat di negara ini tidak akan mempedulikan manifesto mereka itu, kerana sudah terbukti selama ini manifesto Pakatan hanyalah satu umpan dan janji manis semata-mata. Dan selepas menang pilihanraya, mereka buat acuh tak acuh untuk melaksanakannya sebagaimana sikap mereka yang acuh tak acuh dalam merangka manifesto terbaru ini sehingga berlakunya kesilapan seperti yang kita lihat hari ini," ujarnya
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...