Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


INFO Misteri! Makhluk Apa Ciptaan Allah SWT Sebelum Jin dan Manusia?

Posted: 22 Feb 2013 07:17 AM PST


Dua minggu yang lalu, saya didatangi sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki di RIDAM. Pesakitnya adalah anak lelaki mereka.

Dari perbualan sebelum rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak tempat sudah di kunjungi. Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang muncul dalam Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa. Semuanya belum ditemui penawarnya.

Luahan tersebut membuatkan saya tersenyum. Lantas, saya katakan pada mereka sekeluarga bahawa mungkin masih belum ada rasi ubat . Kalau dah jodoh ubat dengan penyakitnya, insyaallah, sembuh lah penyakitnya..

Simptom gangguan pada pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu ketika waktu bulan mengambang sahaja. Pada waktu tersebut, pesakit akan merenung bulan kemudian menangis. Begitulah yang berlaku setiap bulan..

Maka, saya ambil pendekatan segera dengan teknik scan dan hampa kerana tidak dapat mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut.. Aiii...hairan sungguh.. lelaki tu nampak normal jer..

Lama saya dok termenung ketika berdepan dengan situasi tersebut, saya teringat pada Allahyarham Tok Ngah ketika berhadapan dengan kes yang hampir sama. Kata beliau, mungkin badan tengah kotor. Akibatnya, konsentrasi tiada.. Kan sunat kalau bersih. Apatah lagi kalau harum semerbak...

Lalu, saya minta izin pada pesakit untuk berehat sebentar. Sebenarnya, saya ingin mandi kerana baru teringat, saya baru saja selesai mengelap kipas syiling sebaik sahaja keluarga pesakit tiba di RIDAM. Selepas mandi, saya pakai wangian agar diri harum semerbak..

Setelah itu saya ke ruang rawatan untuk menyambung tugas rawatan. Ketika duduk berhadapan pesakit, tiba-tiba...

Pesakit: Ermm..wanginya... lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai minyak wangi apa ni..?

Kelihatan suara pesakit berlainan. Maka saya yakin, ketika itu, pesakit sedang kerasukan.

Saya: Minyak atar 1001 Malam. Tak pernah bau ker?

Pesakit: Pernah.. Tapi dah lama tak bau macam ni.. Masa kat Andalusia pernah la.. Harum betul baunya. Boleh bagi aku sikit?

Saya: Boleh.. Tapi kena kerjasama la.. Setakat minyak wangi, apalah sangat..

Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata saya..

Pesakit: Boleh..tapi aku tak suka orang belagak.. Kalau kamu boleh cakap dengan aku elok-elok, tanya lah apa kamu nak. Dengan nama Allah, aku tak akan tipu.

Saya: Ish...tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan sumpah baru tahu..Kamu ni Jin Islam ker?

Pesakit: Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.. Memang aku sembah Allah, tapi aku bukan Islam....

Saya: Hah...sembah Allah tapi bukan Islam..? Agama apa kamu ni?

Pesakit: Agama Monoteisme

Saya: Agama apa tu..?

Pesakit: Agama yang satu la.. Tuhan hanya satu yakni Allah...Tak sekolah ker?

*Terkena jugak RIDAM..

Saya: Kamu jangan main-main pasal agama ni...!..Kang....

*Masa tu tangan kanan dah diangkat..rasa nak lempang jer...

Pesakit: Aku tak tipu lah...Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat..Aku Poppy..Nama aku Mizari

*Tangan saya tak jadi di angkat. Terasa hendak tahu pula apa cerita berikutnya..

Saya: Poppy..? Makhluk apa tu..?

Pesakit: Wahai hamba Allah...banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum tahu.. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia..

Saya: Ceritakan...aku nak tahu..

Pesakit: Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi... Sebelum banyak puak kami di binasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri..

Kemudian dia menangis teresak-esak..

Pesakit: Puak kami dah kurang dari 1000.. Mungkin kerana kesalahan yang kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat kami....

Terduduk saya mendengar cerita si Mizari... Baru saya teringat akan sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud.. Cerita yang diberitahu menepati penerangan yang diberitahu dalam buku tersebut..

Saya: Kalau begitu, betul kah nama golongan kamu ini adalah Al-Hin?

Seraya itu dia mengangguk..

Pesakit: Al-Hin adalah nama makhluk.. Kami hidup berpuak-puak.. Aku dari puak Poppy..Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal. Nama puak lain banyak, tapi aku dah lupa....

Saya: Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka?

Dia terdiam sejenak..

Pesakit: Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu...

Saya: Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada kamu kecuali dengan izin Allah.. Tapi boleh aku tanya, kenapa aku tak dapat Scan kau tadi? Mana kau menyorok?

Pesakit: Aku tak pergi mana-mana. Memang dari tadi aku dalam badan ni. Jangan kau kecil hati pulak.. Setakat ini, dengan izin Allah, puak aku belum dapat di scan mana-mana perawat pun ketika mereka berubat. Mungkin kerana ada sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah...

Saya: Dah tu, sekarang ni kamu boleh bercakap dengan aku..macam mana pulak tu?

Pesakit: Itu kerana aku sendiri yang nak bercakap dengan kamu.. Bukan semua tau aku suka manusia...Aku nak duduk dengan kamu boleh? Kalau kamu izin kan la..

Saya: Tak payah la...aku selesa dengan sesama manusia.. kamu tak marah kan..?

Pesakit: Tak la..buat apa aku nak marah.. Kamu ada hak atas diri kamu..

Saya: Erm..boleh kamu bagi sebab..kenapa kamu duduk dengan budak ni?

Pesakit: Sebab dia kasi aku duduk dengan dia...

Dari badan pesakit tersebut, Mizari menceritakan penemuannya dengan budak tersebut ketika dia berjumpa di sebuah pusat rekreasi di Selatan tanahair. Katanya lagi, budak tu tak takut dengan dia..

Cerita tersebut disahkan bapanya. Memang anaknya ada mengikuti kursus kadet di tempat tersebut..

Saya: Wahai makhluk Allah, aku bukanlah dikalangan orang alim untuk mendakwah kamu. Tapi sudi tak kalau kau masuk Islam?

Pesakit: Maaf ya..Aku masih yakin dengan agama ku. La ikra hafiddin kan...?

Saya: Memang lah..tapi agama akhir zaman kan Islam..Kalau kamu menyembah Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni..?Agama yang disuruh dan dijamin Allah...

Pesakit: ku tahu...tapi aku bukan dari Jin dan Manusia.. Tiada satu pun nama kaum aku dalam Al-Quran...

Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56

Maksudnya:
Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.

Pesakit: Jadi, aku yakin dengan pegangan aku sekarang.. Aku tidak pernah menduakan Allah..

*Tidak ada apa yang mampu saya katakan padanya. Kelu saya bila mendengar hujahnya..

Saya: Kalau begitulah kata kamu, tiada apa yang mampu aku katakan lagi.. Tapi, dengan nama Allah, boleh tak kamu keluar dari badan anak ini? Kesian aku tengok mak bapak budak ni.. Kamu tak rasa kesian ker..?

Pesakit: Kesian jugak.. Banyak jugak la duit diorang habis pergi berubat.. Demi Allah, aku memang nak keluar, tapi, belum masanya lagi...

Saya: Dah tu, bila agak-agak kamu masa tu sampai..?

Pesakit: Sekarang..tapi dengan syarat..

Saya: Apa syaratnya? Kalau boleh mensyirikkan, aku tak nak la..

Pesakit: Aku nak salam kedua mak bapak budak ni..Aku nak mintak maaf sebab susahkan diorang. Lepas tu, aku nak kau doakan agar Allah pendekkan nyawa aku...boleh?

Saya: Syarat yang pertama tu insyaallah, boleh (kedua ibu bapa pesakit mengangguk sama).. Tapi, pelik la dengan syarat kedua tu..Kenapa?

Pesakit: Ada tak bapak budak ni cerita perangai pelik anak nya ni masa sakit tadi?

Saya: Yang mana? Yang suka tengok bulan mengambang tu ker?

Pesakit: Yelah...kamu tak nak tahu kenapa aku suka tengok bulan?

Saya: Aah...kenapa?

Pesakit: Aku tengah kira umur aku la tu...Kiraan masa aku sama macam kalendar Islam.. Puak kami mana pakai Kalendar masihi...

Saya: Oooo..tapi kau tak jawab lagi soalan kedua tu..

Pesakit: Sabar lah..maksud aku, aku kira umur untuk tahu hayat aku.. Dah lama sangat aku hidup.. Sunyi betul hidup aku...Aku nak kamu doakan agar Allah pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat...

Saya: Ooo...macam tu..Berapa dah umur kamu?

Pesakit: Sikit jer...baru 4 juta 130 ribu tahun..

Saya: Mak aiiii...lama nya kau hidup..

Pesakit: Betul..sebab tu aku nak kau doakan aku..

Saya: Insyaallah, kalau itu yang kau nak...Tapi, aku nak tanya soalan terakhir ni..Boleh?

Pesakit: Tadi kata suruh aku keluar...? Ni makin banyak tanya pulak ni..Hah..apa dia?

Saya: Boleh tak aku tengok kamu...Rasa nak tengok jer diri kamu tu...

Pesakit: Boleh dengan izin Allah...kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali sebelum tidur...Mintak pada Allah nak tengok aku.. Bukan aku yang izin..Allah yang izin.. Sekarang, boleh aku keluar..?

Saya: Dipersilakan wahai hamba Allah..Moga kamu tergolong dalam orang-orang yang beriman..

Sebelum dia keluar, dia mencium tangan kedua ibu bapa pesakit dan meminta maaf pada mereka.. Sekitar 5 minit selepas itu, pesakit tersedar.. Kelihatan penat dan lelah yang dialami akibat tenaga tubuh yang diguna oleh makhkluk lain..

Hanya sebagai syarat asas rawatan, saya bekalkan air dan limau rukyah untuk dibuat mandi dan minuman di rumah.. Pesakit pulang selepas itu..

3 hari kemudian, bapa pesakit menelefon saya dan mengatakan anaknya sihat sepenuhnya.. Dia mengajak saya ke jamuan doa selamat di rumahnya sebagai tanda kesyukuran dan nazar yang diniatkan..

Saya juga telah mengamalkan apa yang dikatakan oleh Mizari.. Alhamdulillah, saya dapat melihat parasnya..

Badannya berbulu putih, berwajah manusia yang tampan dan bersayap... Wallahualam.. Mungkin itu mainan mimpi....

Sekian..

- Fakul innamal ghaibulillah.
Sesungguhnya yang Ghaib itu kepunyaan Allah
(petikan sebahagian ayat dalam surah Yunus:20)

- sKy -

Crdt:http://www.mazeermohamad.com/

PANASS!! Dr Fadzilah Kamsah Jawab Kisah Video dan Serangan Blogger Pakatan Terhadap Keluarganya!!

Posted: 22 Feb 2013 04:37 AM PST


 Bismillahirrahmanirrahim. As salamu'alaikum shbt yg di muliakan Allah SWT. Selawat & salam ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW. Di doakan semuga kita semua di rahmati Allah SWT. Saya terpanggil utk memberi penjelasan krn maruah keluarga saya terjejas & utk mengelakkan salah faham & penjanaan dosa yg berterusan. Saya tak mampu nak jawab semua isu, cuma nak sebut mana yg termampu. Mempertahankan maruah diri & keluarga adalah jihad & jika mati dlm usha mempertahankan maruah diri & keluarga, insya Allah di kira mati syahid.

Pertamanya saya memohon ampun & maaf kpd semua pihak yg tersinggung dgn komen saya tersebut. Saya cuma seorg rakyat biasa & bkn bercakap sbg org politik. Saya langsung tidak bermaksud utk memalukan mana2 pihak. Amat malang sekali bila komen saya di politikkan hingga menyebabkan kemarahan berbagai pihak.

Rakaman temuramah tersebut di lakukan di PWTC selepas majlis Bantuan Amal Palestin. Saya telah di temuramah lebih 10 kali oleh berbagai stesyen TV, radio, akhbar, majalah & blogger. Suasana sekitar yg agak bising menyebabkan saya menguatkan suara saya utk menenggelamkan kebisingan di persekitaran. Ini menyebabkan suara saya di anggap kasar bila menjawab soalan2 yg di ajukan. Bila dah menjawab terlalu byk soalan, maka soalan drp blogger (penemuramah terakhir) saya jwb dlm kedaan yg tergesa gesa & mungkin tak berfikir dgn mendalam.

Bila bercakap tentang kezaliman, saya memberikan pandangan secara umum & membandingkan situasi di Malaysia dan situasi & penderitaan rakyat Palestin. Di Majlis Bantuan Amal palestin itu kita telah di terangkan melalui ucapan YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad, mengenai kezaliman Israel terhadap saudara seIslam kita di Palestin. Itu sebab saya katakan, berbanding penderitaan rakyat Palestin, kita di Malaysia amat bahagia & tidak di zalimi. Inilah konteks hujah saya ketika itu.

Sejak kecil saya telah di didik oleh ibubapa & guru2 saya utk sentiasa berbuat baik kpd org lain, membantu org lain setakat kemampuan & mendoaakan kebaikan org lain. Justeru, saya amat sedih bila org mendoakan kehancuran saudara seIslam sama ada di Malaysia atau di mana2 di dunia ini. Saya juga amat sedih jika tindakan kita itu di salah ertikan oleh org bukan Islam di Malaysia. Tindakan sedemikian juga boleh memberi ganbaran yg kurang positif kpd anak2 yg masih belum mampu berfikir dgn rasional spt org dewasa. Saya yakin masih byk cara yg lebih tertib & berhikmah yg boleh di gunakan.

Saya lihat diri saya sebagaai guru & pendakwah kerdil (walaupun saya bkn ustaz & jahil agama), dan akan berterusan mencari ilmu, berkongsi ilmu & membantu sesiapa saja yg perlukan bantuan nasihat & kaunseling. Inilah jihad kecil yg saya akan lakukan hingga akhir hayat saya.

Saya juga telah memberi teguran setakat kemampuan kepada berbagai pihak termasuk media di Malaysia melalui kursus yg saya kendalikan atau prog motivasi di media tempatan. Insya Allah teguran saya tidak tertumpu kpd pihak2 yg tertentu sahaja. Saya tak takut kpd sesiapapun di dunia ini, saya cuma takut kpd Allah SWT.

Di Mekah & Madinah tempohari saya telah berpesan kpd sahabat2 dari Malaysia utk tidak lupa mendoakan keselamatan Malaysia, agar semua org Islam di Malaysia bersatu & kita mati dalam husnul khatimah.

Saya amat sedih bila gambar2 anak2 saya yg sudah lebih 9 tahun yg lalu, di sebarkan semula. Gambar anak lelaki saya & isterinya juga di sebar seolah2 gambar masa berdating, walhal itu gambar2 selepas mrk berkahwin. Insya Allah anak2 saya telah berubah & saya telah berwasiat kpd mereka utk: Jaga solat 5 waktu, baca Quran tiap hari, tutup aurat setiap masa, buat apapun dgn terbaik, bantu org & jangan menyusahkan org lain.

Pesan Nabi SAW: Barangsiapa yg menutup aib saudaranya, maka Allah akan tutup aibnya di dunia & di akhirat. Saya seru diri saya & shbt yg di muliakan supaya tidak mengaibkan sesiapa di dunia ini. Bila nampak org buat silap, nasihatkan dia jika mampu & doakan agar Allah beri mrk hidayat, segera bertaubat & dpt berubah. Bila kita mengutuk org lain, kita seolah olah mengatakan kita ni sempurna & kita lebih baik drp org yg di kutuk itu.

Ingat pesanan Imam al Ghazali: Jika kamu nampak org jahat depan kamu, jgn sangka kamu lebih baik drp org itu. Org yg jahat itu mungkin sempat bertaubat sebelum mati, & kita yg kononnya baik ini (pastinya byk dosa) belum pasti sempat bertaubat sebelum mati.

Kita tidak maksum & semua kita buat silap. Org yg bertaubat, insya Allah akan di ampunkan semua dosanya. Moga shbt yg mulia dpt ampunkan semua dosa kami sekeluarga.

Dengan rendah diri saya memohon agar saudara Norsammudin dapat menurunkan atau delete video tersebut & semua shbt dpt delete gambar2 yg boleh memalukan keluarga saya. Doakan saya sekeluarga agar dpt menjadi insan yg Allah redha & dapat memberi sumbangan kpd rakyat di Malaysia.

Salam hormat & salam ukhwah drp saya sekeluarga. Moga Allah rahmati & lindungi kita semua. Aamiin. Wassalam.

sumber FB Dr Fadzilah Kamsah

 Alhamdullilah dengan penerangan Dr Fadzilah Mc harap semuanya selesai. Mc sedih apabila pencacai Pakatan menyerang keluarga Dr Fadzilah yang langsung tak ada kena mengena dengan politik dan kerjayanya. Be gentlemen la oii.. serang empunya diri, jangan serang anak bini. bodoh nak mampus!

Video yang agak kontroversi boleh tengok kat bawah ni,

TUDIAA!! Ustazah Meroyan Ni Buat Cerita Lagi, Mati Pun Salah UMNO/BN Ka?

Posted: 22 Feb 2013 01:17 AM PST


Mc sebenarnya dah malas nak layan si Ustazah songsang tahap gaban ni. Namun disebabkan dia berjaya menyakitkan hati Mc lalu Mc pun layan saja la cerita bodoh dia ni.

Klik untuk lebih jelas..

Sampai mati pun nak ambil kira UMNO/BN ke? Dengan sapa la si mangkuk hayun ni belajar? Tapi orang Pas memang macam tu. Mc pernah tengok, sebelum tinggalkan kubur, orang terakhir dari ahli Pas. Siap ketuk-ketuk tanah kemudian berbisik, "jangan tanya lebih sangat, tu orang kita tu" ha ha ha.. sampaikan dengan malaikat pun puak Pas ni nak claim. ha ha ha.. teruk bebenor.

Sampai situ saja komen Mc, apa kata pembaca pulak tolong komen. Apakah Pas akan bantu kita didalam kubur nanti? Tolong komen sat!

McTheory:

Doakan supaya Abby cepat kawin, hilang meroyan dia sikit..

PANASS!! Kisah Nik Aziz dan Parti 'Binatang' Semalaysianya!!

Posted: 21 Feb 2013 10:17 PM PST


Ada orang tanya Mc, hang tak terasa ka bila Nik Aziz panggil sapa yang pi ambil BR1M tu sebagai haiwan.

Bak kata Nik Aziz,

"Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.

Itu kata Nik Aziz, dia tu sapa?

Dia tu cuma Ulamak Pas, Musryidul Am Pas, jadi kata-kata yang dia keluarkan tu, hanya untuk orang Pas saja. Ahli Pas pun ramai yang pi ambil BR1M tu. Soo.. ahli-ahli Pas tu la yang dia maksudkan sebagai ayam dan lembu tu.

Bila ahli-ahli Pas dah jadi ayam dan lembu. Maka Pas sekarang ni dah tukar la jadi Parti Binatang Semalaysia. Dengan pimpinan Musyridul Am Binatang, Pok Nik Aziz.

Sebab hanya binatang saja yang boleh jadi ketua binatang. Kalau manusia, dia hanya jadi tuan. he he..

sambung baca lagi kisah Nik Aziz binatang kat SINI

McTheory:
Suka-suka hati kata orang binatang, binatang sungguh!

PANASS!! Gambar Rakyat Kelantan dah Jemu Dengan Nik Aziz!! #TukarKelantan

Posted: 21 Feb 2013 07:17 PM PST


Sejak bila Nik Aziz masuk Dap ni? he he.. tau la memang Nik Aziz sayang benar dengan Dap. Tapi takkanlah sampai macam tu sekali. Gambar Mc ambil dari Blog CTS.



Ini antara gelagat penyokong-penyokong PAS menyambut kepulangan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, daripada Mekah untuk menunaikan umrah, pagi tadi. Nampak gayanya tarbiyah Tok Guru supaya menyokong DAPig ternyata memberi kesan mendalam kepada penyokong-penyokongnya sehinggakan beliau balik dari umrah pun disambut dengan Roket dan bukannya Bulan. Sungguh taksub dan hadap sekali juak-juak PAS ini dengan DAPig ye? Oh ya, kalau tidak ada Roket bagaimana mahu ke Bulan ya Tok Guru?
Tengah hari tadi pula berlangsung perhimpunan Kami Sayang Tok Guru di Stadium Sultan Muhammad Ke IV. Harakahdaily maupun laman sosial Facebook Menteri Besar Kelantan langsung tidak meletakkan gambar-gambar sambutan Rakyat Kelantan yang diberikan kepada Tok Guru. Mungkin sambutan Rakyat Kelantan amat mengecewakan kot sehingga Harakahdaily tidak sanggup memuat turunkan gambar-gambar di stadium.



Memang tak ramai yang sambut Nik Aziz balik dari Mekah ni. Pelik? Kenapa ya? Ishh takkanlah orang Kelate takmau berkat dari Nik Aziz baru balik Mekah. Nak tengok gambar dan cerita lagi boleh klik SINI


McTheory:
Apakah ini petanda, Nik Aziz bakal di TOLAK!

PANASS!! Berapa Harga Sebenar Trak 'Kebajikan' Pas Ni?

Posted: 21 Feb 2013 04:37 PM PST


Semalam Pas lancarkan trak 'kebajikan'nya. Memang gah laa. Dulu PKR, lepas tu Dap, sekarang ni Pas pula. Perghh.. memang dahsyat. Siap ada trak untuk ceramah. Masuk kampung tak payah pakai pentas dah, ceramah atas trak saja. Hebat puak Pakatan haram ni.

Mc tak hairan kalau PKR beli trak, sebab Anwar banyak duit. Duit masa dia jadi TPM dulu, dia simpan guna nama Nurul Izzah berlambak-lambak lagi. Duit sponsor dari yahudi lagi, duit sokong Israel lagi. Banyaklah pendapatan Anwar ni.

Dap pula, duit hasil berniaga, persatuan cina berapa banyak salur kepada Dap. Itu yang cerah, persatuan gelap lagi, rumah urut, pelacuran dan pelbagai bisnes sampingan. Sebab tu Dap boleh hidup mewah. PKR dan Dap kita tak heran, lantak la duit depa memang banyak.

Tapi bila Pas beli trak, ini yang Mc fikir lama sikit. Mana datang duit Pas beli trak ni? Takkan duit Hadi Awang menabung dari kecik kot? Mat Sabu support? tak mungkin, dia sendiri makan pun tak cukup, mana mampu nak beli trak.

Mungkinkah Pas guna duit Memali yang telah lama hilang untuk beli trak ni? Atau Pas guna duit kutip Tol Kelantan yang tak buat-buat, sampai la sekarang. Mungkin juga, trak ni Pas beli dengan duit tabung ceramah seluruh Malaysia? Mungkin? atau mungkin tidak!



Siap bagi isyarat good tu.. memang dahsyat la Pak Hadi dan Mat Sabu. Ahli bawahan, siap bergolok bergadai berkempen bagi Pas menang. Ahli bawahan, beli kain, jahit bendera, pacak bendera, semua guna duit poket sendiri ,tapi dua ekor ni dok kerja perabih duit.

Lagi satu Mc sangsi, berapa harga sebenar trak 'kebajikan' Pas ni?

Harakah tulis RM100k sumber sini

Malaysiakini kata RM300k Sumber sini
Mana satu betul ni? Kedua-dua yang lapor tu, portal pro tegar pembangkang. Tapi harga trak tak sama. Bukan sikit perbezaannya, RM300K dengan RM100K, jauh beza tu. Tapi setahu Mc la, trak tu bukan murah harganya. Mungkin harakah nak tipu pembacanya dengan melaporkan trak tersebut hanya RM100k. Sedangkan pada hakikat sebenar, trak tersebut berharga RM300K.

Bab tipu menipu ni biasalah Pas, sampaikan harga trak tu pun dorang nak perbodohkan ahli Pas. Mungkin kalau letak harga RM300K tu nampak tinggi sangat kot.

Apa pun Mc nak minta penjelasan, berapa harga trak tu sebenarnya? RM100K atau RM300K? Lagi satu, mana datang duit Pas beli trak ni? Takkanlah Hadi menabung dari kecik kot? he he.. sila jawab dan tolong jujur dalam menyatakan harga trak tu.

Lagi satu, perasan atau tidak. trak PKR hanya gambar PKR. Trak Dap pun sama, hanya ada gambar Dap. Tapi trak Pas, ada ketiga-ketiga muka ketua Pakatan. Apa maksud semua tu?

McTheory:
Nampak sangat, Pas hanya diperbodohkan!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...