Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Ustaz Kazim Di Maki Penganut Agama Pas!! #PasItuSesat

Posted: 21 Feb 2013 10:23 AM PST



Sabar la Ustaz, kalau ada seorang mengutuk dan membenci Ustaz, seribu lagi akan membela dan menyukai Ustaz. Ustaz pun tahu perangai puak sebelah sana tu. Depa akan mengutuk siapa saja alim ulamak yang tak menyokong depa.

Ustaz boleh teruskan cara Ustaz, Ustaz punya ceramah memang terbaik. Lebih-lebih lagi Ustaz sekarang ada rancangan di Astro Oasis, ramai pakcik dan makcik tertunggu-tunggu rancangan tu. Hinggakan ada yang berkumpul dikedai kopi untuk layan rancangan Ustaz tu beramai-ramai.

Kalau Ustaz masuk politik, Mc percaya, Ustaz lawan dengan Anwar Ibrahim kat Permatang Pauh pun Ustaz boleh menang. Tapi Mc hormati pendirian Ustaz yang tak mahu membabitkan diri dengan politik. Namun begitu, diharap Ustaz terus menentang kekufuran dan kejahilan. Tegakan agama Allah ini kejalan yang benar.

Rakyat Malaysia perlukan orang macam Ustaz Kazim ini untuk senantiasa menasihati umat Islam di Malaysia. Bukan macam Ustaz Pas, hanya pandai ceramah maki hamun dan fitnah. Langsung tak peduli apa nak jadi masyarakat Islam di Malaysia.

Kepada Ustaz Kazim, Mc dan rakan-rakan sentiasa menyokong perjuangan beliau!

McTheory:
Siapa yang maki Ustaz tu? Meh sini aku nak sekeh!

PANASS!! Kisah Nik Aziz Kata Mak Bapak Korang 'HAIWAN'!! #BR1M2.0

Posted: 21 Feb 2013 05:36 AM PST

Masyallah, lepas balik dari Mekah, Nik Aziz terus buat kenyataan yang menyakitkan hati jutaan rakyat Malaysia. BR1M 2.0 merupakan bantuan terbesar Kerajaan Pusat kepada rakyat Malaysia. Malah usaha kerajaan pusat itu disyukuri oleh jutaan rakyat Malaysia.
 
Namun usaha murni kerajaan pusat, dikutuk oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menyamakan usaha murni itu sebagai 'memberikan hampas kelapa dan padi serta jerami kepada ayam dan lembu'.

Menurut Menteri Besar Kelantan itu, pemberian wang ringgit sangat mendapat sambutan kerana sama dengan ayam dan lembu yang akan datang sekiranya manusia memberikan haiwan tersebut makanan yang digemari.

Sehubungan itu, beliau menambah, pemberian wang ringgit adalah salah di sisi Islam kerana ajaran Islam yang sebenar adalah memberikan ilmu kepada manusia.

"Orang yang menawarkan (wang) kepada orang, (sama seperti) kalau kita panggil ayam nak suruh ayam datang dekat, kita tabur hampas kelapa, tabur padi. Kalau nak panggil lembu kita bubuh (bagi) jerami.
 
Siapa masih ingat isu LISTEN Sharifah Zohra Jabeen Presiden SW1M mengunakan perumpamaan haiwan dalam penerangannya. Beliau di kritik hebat, malah dituduh menghina mahasiswa!
 
Kali ni, Nik Aziz secara jelas mengeluarkan kenyataan menghina para penerima BR1M!! Malah menyamakan dengan binatang! Mc nak tengok, pejuang-pejuang yang mengutuk Sharifah Zohra Jabeen tu, nak bersuara tak mengenai isu Nik Aziz ni.

Kepada pembaca yang mempunyai ibu bapa penerima wang BR1M. Tak sakit hatikah bila Nik Aziz kata ibu dan bapa anda serupa haiwan?

Selamatlah Nik Aziz ni orang tua, kalau muda, dah lama kena 'tampor' percuma!!

Ini tuan Lembu dan Ayam tengah bagi makan

Ini Ayama tengah dapat makan
Tua kutuk ni lembu gembira dapat jerami...
Ikuti kisah tauladan ini
Citer ni aku dengaq dari abg ipar aku sendiri..dia citer yang ada sorang cacai ni umo dalam lingkungan 70 an dari Sik, kedah p ambik duit BR1M kat dewan LHDN Sg.Petani.. 
Kat dewan tu ada sekumpulan sukarelawan BN dok bg roti n air kpd penerima2 BR1M ni..So orang tua ni ambik lah roti n air tu lps selesai ambik duit BR1M tu.. 
Sampai ja kat dpn dewan LHDN tu, tiba2 ja dia naik gila p lempaq roti tu sambil pijak2 n dok maki hamun n kata "ni aku pijak kepala pak ang najib oi" depan2 penerima BR1M yg lain.. 
So on the way dia balik, dia telah accident n dengan kuasa Allah, kaki dia yang dia gunakan untuk pijak roti tu telah hancur akibat digilis kenderaan berat.. SELANJUTNYA

PANASS!! Azizan Razak BAKAL Hancur Di Kerjakan Wanita BESI!! #TukarKedah

Posted: 21 Feb 2013 04:37 AM PST


Semalam satu sesi sidang media khas berkenaan isu KUIN yang diadakan di pejabat Pergerakan Wanita Umno Malaysia PWTC yang dikendalikan oleh Dato Seri Sharizat Abdul Jalil.

Dalam sidang media itu Ds Sharizat menegaskan kesediaan Wanita Umno dalam membantu kakitangan yang ditindas dan tidak dapat pembelaan langsung daripada Kerajaan Pas negeri Kedah dan juga Pengerusi KUIN merangkap Menteri Besar Kedah..

Dalam perjumpaan ini, Wanita Umno tampil untuk menawarkan khidmat guaman kepada kakitangan KUIN yang dinafikan hak mereka sebagai kakitangan KUIN.

Wanita Umno juga mengesa agar Pengerusi KUIN merangkap Menteri Besar agar membuat satu jawatankuasa khas bagi menyiasat isu isu yang dibangkitkan..


Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Jalil mendesak agar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agar menubuhkan jawatankuasa khas bagi menangani masalah yang melanda kakitangan Kolej Universiti Insaniah (KUIN).

Tegasnya, Azizan patut lebih bertanggungjawab dan menangani masalah ini dengan lebih bijak dan adil.

"Saya ingin bertanya kepada Azizan, dahulu mereka sanggup menukar perjuangan parti mereka dari memperjuangkan Islam kepada kebajikan.

"Tetapi kini bila ianya dituntut mengapa Azizan berdiam diri malah menuduh mereka yang bangkit menuntut hak dan kebajikan mereka dibela sebagai ejen yang diupah oleh UMNO. Sudahlah guna taktik yang sama... Dah basi... tuduhan ini sebenarnya merupakan satu penghinaan kepada semua kakitangan dan pelajar KUIN yang menuntut hak mereka," ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas perjumpaan khas bersama wakil kakitangan KUIN di Ibu Pejabat Pergerakan Wanita UMNO di PWTC, hari ini.

Pertemuan bersama wakil kakitangan KUIN ini juga disertai dengan wail-wakil peguam yang bersiap sedia untuk membantu khidmat nasihat peguam percuma.

Jelas Shahrizat khidmat nasihat guaman percuma ini adalah bertujuan memastikan hak dan kebajikan kakitangan dan saraan hidup keluarga mereka terbela.

"Kita melihat isu kakitangan KUIN menuntut hak dan kebajikan mereka adalah isu kemanusiaan kerana selain daripada lewat dibayar gaji, kakitangan juga berdepan masalah caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), potongan Lembaga Tabung Haji serta ansuran bank tetapi malangnya mereka kini diancam dengan tindakan tatatertib. Ada juga yang bakal diisytihar muflis.

"Bayangkan bagaimana mereka mahu hidup sekiranya mereka tidak bayar gaji tidak menentu dan diisytihar muflis. Lihat, isu KUIN inipun Azizan gagal tangani apatahlagi mahu mentadbir negeri dan seterusnya negara," ujarnya lagi. - Medan Tempur

Mc nak ulas sikit la hal ni. Dah bertahun kami TMK bersuara dalam blog mengenai isu KUIN. Namun tidak ada siapa pun yang peduli. Kalau ada pun cuma mengambil tahu sekadar untuk ambil tahu. Tapi kalau  membantu tu rasanya takdak kot.

Apa pun Mc ucap tahniah kepada Sharizat kerana sudi menjadi orang tengah untuk membantu nasib pekerja KUIN ni. Walaupun Sharizat bukan lagi Menteri Wanita dan Keluarga, namun tugas yang pernah beliau lakukan dulu, masih lagi ditanggung oleh beliau.


McTheory:
Lepas ni Jamil dan Azizan berhadapan dengan 'Wanita Besi'

PANASS!! Video Anwar Kutuk Nik Aziz dan Hadi Awang!!

Posted: 21 Feb 2013 01:17 AM PST


Inilah pakatan yang sebenar. Mereka tidak bersatu dan Anwar berupaya memperbodoh-bodohkan orang PAS. Video yang diletak dibawah memang khas untuk puak PAS. Selama ini kamu semua menyanjung Anwar.

Dalam masa yang sama Anwar merendah-rendahkan pemimpin kesayangan kamu semua. Ini pun orang PAS nak sokong pada Pakatan? Dengan jumlah kerusi yang sedikit dan bertanding di tempat yang PAS boleh kalah tal menjadikan PAS sebagai kuasa besar.

Persoalannya, siapa yang berkuasa dalam Pakatan dan siapa yang telah diperkudakan?

HOT! #IsuAirSgor Rakyat Selangor akan kembali ke zaman batu disebabkan kebodohan Khalid Gagap!

Posted: 20 Feb 2013 10:17 PM PST


Selangor ohh Selangor, lepas air bermasalah, kali ni letrik pulak. Macam mana Khalid jaga Selangor ni? Habis semua bermasalah. Kalau air takdak, letrik takdak, nanti Selangor serupa kembali ke zaman batu la nampaknya.

Entah kenapa PKR Selangor menghalang pembinaan pencawang letrik tersebut. Mungkin mereka merancang untuk mensabotaj Loji Langat 2 bila siap nanti. Sebab Loji Langat 2 akan memerlukan tenaga letrik yang banyak.

Bila tidak cukup bekalan letrik, Loji Langat 2 gagal untuk berfungsi dengan baik. Begitu busuk dan jijiknya perangai PKR Selangor ni. Biar pun ianya akan menyusahkan rakyat, janji kepentingan mereka untuk menghalang pembinaan Langat 2 tercapai.

PKR Selangor menghalang TNB dari membina pencawang baru. Pencawang tersebut hanya membabitkan laluan sejauh satu kilometer sahaja di Rawang bagi mengalirkan 1,000 megawatt (MW) tenaga elektrik dari stesen janakuasa baharu di Manjung, Perak ke Lembah Klang.

Mengikut Naib Presiden (Penghantaran) TNB, Datuk Rozimi Remeli, "Jika pencawang tersebut gagal dibina, ini bukan sahaja menyebabkan krisis tenaga tetapi menjejaskan operasi bekalan air Loji Langat 2.

"Ini kerana bekalan tenaga elektrik dari Manjung itu akan dihantar ke projek talian TNB Mahkota Cheras sebelum diagihkan kepada beberapa kawasan lain termasuk membekalkan elektrik bagi membolehkan Loji Langat 2 beroperasi kelak," katanya.

Malah TNB memberitahu, Kerajaan Negeri Selangor juga gagal memberi kerjasama dengan baik dalam mencari tempat untuk TNB menambahkan pencawangnya di kawasan yang memerlukan.

Jika berlaku sesuatu yang melibatkan kekurangan tenaga untuk menyalurkan bekalan letrik, pasti Kerajaan Negeri Selangor akan menyalahkan TNB dan meminta TNB bertanggung jawab, sedangkan semua punca masalah ini adalah kegagalan Kerajaan Negeri menyediakan tempat untuk TNB menambah pencawangnya.

Hal ini sama seperti masalah yang dihadapi Syabas. Sekatan Kerajaan Negeri Selangor terhadap CAPEX Syabas dan kegagalan menyelesaikan hutang, telah menyebabkan Syabas gagal dalam membaik pulih NRW (masalah pembaziran air disebabkan kerosakan) di kawasan sekitar Selangor yang bermasalah.

Akibatnya, bila pam di rumah pam rosak disebabkan terlebih kerja, Syabas pula disalahkan 100% dengan pelbagai tuduhan. Selamatlah Kementerian (Kettha) bertindak cepat dengan membina paip pintasan bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Kalau tak, sampai sekarang la penduduk di Wangsa Maju kena angkut air hari-hari. Semuanya disebabkan kedegilan Khalid dan Kerajaan Negeri Selangor untuk bekerjasama dengan Syabas dalam operasinya menyelia air di Selangor.


Benarlah kata Peter Chin, Khalid memang susah untuk diajak berbincang. Sudah la bebal, bodoh ditambah sombong pulak tu. Kalau perkara ini diteruskan, nampak gaya, penduduk Selangor akan menghadapi dua masalah besar kelak.

Air dan letrik, bila dua keperluan manusia masakini sudah tidak ada. Apa penduduk Selangor nak buat? Nak tengok saja? Atau nak bersabar dengan manusia bernama Khalid Gagap ni?

Disebabkan kebodohan dan kedegilan Khalid, rakyat Selangor bakal menjadi mangsa. Disebabkan kesombongan PKR Selangor, ia bakal menyusahkan rakyat kelak. Alamatnya, Selangor negeri maju, kembali la menjadi seperti zaman batu.


McTheory:
Bersediakah rakyat Selangor menghadapi semua ini?

PANASS!! Kenapa 11 DUN Pas di Kedah, Tolak Azizan Razak Sebagai Ketua? #TukarKedah

Posted: 20 Feb 2013 07:17 PM PST

Round 2..
Mc tak terkejut langsung dengan perkembangan terbaru pergolakan dalam Pas. Sebab kami TMK dah tahu lama dah masalah dalaman Pas ni. Tapi bila kami buat pendedahan, sapa sekor pun susah nak percaya. Malah ada yang kata kami ni fitnah.

Sedangkan maklumat dan sumber yang kami dapat adalah tepat dan boleh dipercayai. Pergolakan dalam Pas Kedah sebenarnya umpama belon yang sedang dipam secara pelahan-lahan, cuma tunggu masa nak meletup.

Patutnya belon tu lambat lagi meletup, tapi bila rakaman suara diantara Nasir Mustafa (Adun Kubang Rotan) dan pengikutnya di perisian 'Zello' telah membuatkan belon yang selama ini ditahan oleh Presiden Pas meletup juga!!

Selepas kantoinya Nasir Mustafa bersama konconya kerana mengutuk dan merancang untuk jatuhkan Azizan di Sungai Limau. Azizan Razak selaku pesuruhjaya Pas Kedah telah mengambil tindak balas dengan menghantar 'pasukannya' menyelidik dan membalas serangan kumpulan (sayap kiri Pas Kedah) yang diketuai oleh Phahrolrazi dan disokong kuat oleh Mat Sabu.

Mc juga diberitahu, 11 DUN yang membantah Azizan itu sebenarnya risau, nama mereka tidak tercalon semula pada PRU ke 13 ni. Atas kerana prestasi 5 tahun yang gagal dan Azizan sedang membersihkan (kumpulan sayap kiri) dari menjadi calon PRU ke 13.

Disebabkan risau tidak tercalon semula. Adun Pas dan konconya bangkit membantah dengan meminta Azizan letak jawatan dari menjadi Pesuruhjaya Pas Kedah dan secara automatiknya gugur jawatan MB Kedah darinya.

Bila Azizan turun, semestinya Phahrolrazi akan naik mengantikan Azizan. Lalu calon-calon Pas Kedah akan dipilih semula mengikut acuan Phahrolrazi. Ini kerana, bagi Pas, Pesuruhjaya Negeri berkuasa penuh melantik calon bagi negerinya.

Semua ini tidak ada kaitan dengan UMNO. Pas lemah atau kuat, itu tak penting. Paling penting UMNO perlu mencari kekuatan dalamnya sendiri. Kalau Pas bergolak, itu merupakan satu bonus bagi kita. Kerana jentera mereka juga berpecah-belah seperti mana sekarang. Hancur!!

Cuma satu saja Mc terkilan bila Azizan Razak tidak lagi menjadi MB Kedah. Phahrolrazi pro Mat Sabu, Timbalan Presiden Pas yang sememangnya kita tahu, digelarkan 'Bapak Syiah Malaysia'. Jadi faham-faham sajalah. Sudah pasti Mat Sabu akan bertanding di Pendang 'Parlimen syiah dalam rancangan' dan konco-konco Syiah lain akan naik bertanding, maka Kedah akan diubah menjadi 'negeri syiah' dalam perancangan rapi Mat Sabu.

Lepas ni, Mat Sabu tak payah la ke Satun, Thailand lagi untuk berjumpa dengan puak-puak Syiah bahagian utara, sebab Pendang hatta Kedah akan di'syiahkan' oleh Mat Sabu bersama konco-konconya nanti.

Sebagai Ahlus Sunnah Wal Jamaah, sudah tentu Mc menyokong Azizan meneruskan tugasnya sebagai MB dari diberikan kepada Phahrolrazi. Tapi PRU dah dekat, apa kata dari bagi kat Azizan, rakyat Kedah bagi balik kat UMNO. Sudah tentu pentadbiran UMNO bermazhab Syafie (Ahlus Sunnah Wal Jamaah). Tak payah nak risau lagi dah.

Jangan pandang ringan terhadap syiah, kerana syiah menghalalkan darah sesama Islam. Malah siapa yang tak mengikut ajaran syiah, akan diCOP kafir. Seperti mana Pas selalu buat kat UMNO. Sekarang ni mereka tak ramai, memang la mereka tunduk. Kalau mereka ramai, kita pun mereka tanam hidup-hidup.


McTheory:
Tolak fahaman syiah dari Kedah.. sebelum kita menyesal!

PANASS!! Pas Kedah Kacau Bilau, Kedudukan Azizan Bergolak Lagi!! #TukarKedah

Posted: 20 Feb 2013 05:46 PM PST

Senyum nak rebah!
 
Apa dah jadi dengan Pas Kedah ni? Depa dok kata depa bersatu, depa dok kata depa kuat. Tiba-tiba macam mana 11 DUN boleh tolak Azizan ni.

Semalam sebelas Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kedah dipercayai sepakat mendesak Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak supaya berundur dan melepaskan jawatan Pesuruhjaya PAS negeri kerana dianggap lemah dalam menerajui parti itu.

Ketua Unit Peti Undi (UPU) PAS, Megat Dewa Asri Ahmad mendakwa kelemahan kepimpinan Azizan gagal menyelesaikan masalah dalaman parti menyebabkan ramai di kalangan anggota PAS tidak berpuas hati dengannya serta berasa kecewa.

"Dari segi pentadbiran negeri tak dak masalah, tapi dalam parti beliau sangat lemah dan kami mahu beliau melepaskan takhtanya sebagai Pesuruhjaya PAS," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Komplek PAS Kedah Batu 9, Kota Sarang Semut dekat sini.

Asri mendakwa antara 11 DUN yang mahu Azizan berundur ialah Kota Siputeh, Bandar Baru, Alor Mengkudu dan Merbau Pulas.

Dakwanya desakan itu sebenarnya disokong Dewan Ulama PAS Kedah yang bermesyuarat hari ini dan perkara itu akan dibawa ke peringkat pusat untuk tindakan selanjutnya.

"Kami bagi sokongan kepada Ulama dan mahu selesaikan perkara ini di peringkat pusat, minta Azizan turun... kami mahu PAS Kedah kembali kepada dasar yang ditetapkan, ulama adalah dasar perjuangan PAS," kata Asri.

Sementara itu Azizan ketika diminta mengulas mengenai desakan itu berkata, ada pihak yang sengaja ingin menimbulkan huru-hara dan ia merupakan strategi yang dipercayai dirancang musuh PAS.

Beliau berkata, bagaimanapun sebagai sebuah negara bebas, sesiapa sahaja berhak untuk mengeluarkan kenyataan dan pihaknya hanya boleh lihat apa sahaja yang dilakukan mereka.

"Pimpinan-pimpinan bahagian semua bersatu dan tak ada masalah pun, tiba-tiba ada pulak pihak lain cuba timbulkan huru-hara. Apa lagi yang saya buat tak kena, saya dah cuba bangunkan negeri, buat yang terbaik untuk rakyat," katanya.

Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Zawawi ketika ditemui pemberita pula berkata setakat ini isu desakan supaya Azizan berundur belum pernah dibangkitkan dalam mesyuarat perhubungan yang dihadiri semua bahagian pada setiap bulan.

"Kalau ada perkara tak puas hati, patut guna saluran perhubungan... setakat ni tak sebut dalam mesyuarat perhubungan secara rasmi lagi," katanya.- BERNAMA

Betui ka Phahrolrazi taktau? Atau dia perancang utama. Tunggu artikel khas Mc lepas ni..


McTheory:
Kan dok kata dah, puak ni memang dok bergaduh tak habis
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...