House PK

House PK


GEMPAR BERAPI! BETUL KE SPRM SUDAH MENJADI ANJING PAKATAN???

Posted: 07 Feb 2013 01:29 AM PST

Aku ada hati sikit panas la, bermacam-macam pendedahan sudah kita lakukan, tetapi nampaknya SPRM terus tidur, kalau bab BN bukan main laju lagi, seawal subuh SPRM akan serbu punya, kalau bab Pakatan SPRM buat bodoh je dan paling hina sekali bilamana SPRM kata takde kes.

Khabarnya ada seorang dalang paling besar dalam SPRM ni, dalang ni jawatan dia sangat besar dalam SPRM dan mamat ni adalah penyokong tegar PAS serta semua conman-conman yang boleh suap dia. Inilah masalahnya bila badan yang mencegah rasuah sendiri terlibat dalam RASUAH! Ini bukan aku kata tetapi ramai yang bercerita di luar sana, aku nak share dengan korang artikel Flying Kick pasal SPRM ni.

Sungguh pelik melihat tindak tanduk SPRM atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Kelembapan SPRM cukup ketara biarpun SPRM tidak disirami hujan. Namun dari satu segi pula, SPRM cukup efisien dan cukup pantas seolah-olah merekalah yang paling hebat di dunia ini.

Pendedahan demi pendedahan yang dibuat berhubung penyelewengan serta salah laku melibatkan para pemimpin Pakatan Rakyat, langsung tidak berbekas dan menandakan ada tindakan yang akan diambil oleh SPRM. Sebaliknya SPRM kelihatan cukup bersahaja dan buat-buat pekak badak dalam menangani masalah yang diutarakan serta didedahkan oleh pelbagai media.

Kes pembalakan-pembalakan di Kedah yang secara jelas melanggar pelbagai peraturan dan akta. Penggubahan status tanah wakaf khas secara haram sehinggakan berlaku perintah mahkamah, kes perubahan status tanah rezab Melayu untuk membolehkan kewujudan sebuah kubur swasta terbesar di tengah-tengah perkampungan Melayu di Sungai Kob melibatkan Pejabat Daerah, Pejabat Tanah dan Galian, Exco dan Menteri Besar, pencurian pasir dan mineral sama ada di kawasan-kawasan yang telah digazetkan, mahupun di kawasan-kawasan yang tidak langsung mendapat kelulusan sebagaimana di kaki Gunung Bongsu, di Bukit Kachi dan sebagainya, semuanya jelas telah membuktikan betapa SPRM menjadi buta, tuli dan hati mereka terkatup rapat.

Kalau di Selangor, dari awal lagi, kes pasir telah didedahkan namun sehingga kini tiada sebarang tindakan susulan daripada SPRM. Memang benar, SPRM ada mengambil keterangan daripada beberapa orang Exco dan ADUN, malangnya selepas kena gertak dek Pakatan Rakyat, SPRM bagaikan budak kecil yang terkincit dan terberak dalam seluar. Asal Pakatan Rakyat buka mulut sahaja, SPRM akan lari menyorok sambil terketar-ketar ketakutan.

Pendedahan berhubung pemilikan harta secara tidak sah melibatkan Azmin Ali dan Zuraidah Kamaruddin, misalnya, sehingga kini terbiar. Tiada sebarang tindakan daripada SPRM. Bahkan pegawai-pegawai tinggi SPRM yang sebelum ini cukup bercinta dengan kamera dan mikrofon, juga menikus dan hilang terus.

Cuba kalau melibatkan pemimpin UMNO dan Barisan Nasional...

Khir Toyo diekori, diawasi dan dipantau 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Walaupun Khir Toyo bersedia untuk memberi keterangan kepada SPRM, agensi berkenaan telah menghantar orang-orangnya menunggu dan membuat intipan dengan begitu jaya. Tidak cukup bukti, SPRM pandai pula mencari orang yang berkaitan dan seterusnya menggunakan keterangan bercanggah saksi tersebut untuk menghadapkan Khir Toyo ke mahkamah. Keterangan-keterangan yang bercanggah, tidak stabil dan tidak keruan telah dimanipulasi sehingga akhirnya, mahkamah mendapati Khir Toyo bersalah.

Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka... hanya kerana kenduri kahwin anaknya, SPRM melayannya sepertimana SPRM melayan Khir Toyo. Cukup efisien dan cukup hebat. Walaupun Ketua Menteri Melaka itu bersetuju untuk memberikan keterangan dan menjelaskan kedudukan yang sebenar, SPRM tidak peduli. Sangat tegas untuk mengambil tindakan yang lebih keras ke atas Ali Rustam.

Konon-kononnya SPRM sedang bekerjalah. Dan apabila SPRM sedang bekerja, maka sebarang keputusan yang dibuat, tidak boleh dibantah. Jangan tegur SPRM sebab SPRM sedang melakukan kerja-kerja pencegahan rasuah.

Kononnyalah!

Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam dihadapkan ke mahkamah kerana rasuah. Bersorak para penyokong Pakatan Rakyat kerana kes tersebut disahkan sebagai UMNO makan rasuah. Janice Lee gelapkan beratus ribu ringgit duit derma untuk sekolah Cina di tapak yang tidak wujud di Pandan Perdana, SPRM terus senyap sepi.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Pandan dihadapkan ke mahkamah kerana rasuah, sekali lagi para penyokong Pakatan Rakyat bersorak kerana UMNO dan Barisan Nasional semakin jelas mentekedaghah rasuah. Lim Guan Eng melakukan transaksi tanah dan terlibat dalam skandal rasuah mafia di Pulau Pinang bagi memastikan Pulau Pinang terus di tangan DAP dan kegiatan maksiat, dadah serta pelacuran tidak dikacau, haram SPRM tak pergi siasat dan tak berani nak sentuh Lim Guan Eng!

Bersungguh-sungguh SPRM menyiasat tentang kes RM40 juta Musa Aman tetapi pada masa yang sama, SPRM haram tak berkutik apabila melibatkan RM3 bilion Anwar Ibrahim...

Itu sedikit sahaja contoh-contohnya... kalau nak disenaraikan kesemuanya, rasa-rasanya lebih banyak kes berbanding jumlah sebenar penduduk Malaysia melibatkan SPRM dan tindak tanduk agensi berkenaan yang cukup memalukan.

Sekarang ini, pendedahan berhubung Talam Corporation Bhd di Selangor dan KUIN di Kedah sedang dilakukan. Kita nak tengok sejauh manakah SPRM akan bertindak atau sekali lagi SPRM sedang mencari-cari pemimpin UMNO-BN yang manakah untuk mereka siasat, uar-uarkan dan kemudian cerita tentang Talam Corporation dan KUIN senyap begitu sahaja.

Bukankan taktik sebegitu sudah terbukti dilaksanakan oleh SPRM selama ini?

PANA TAHAP VAVI! TARIAN SEPARUH BOGEL DI KEDAH! BUKTI PAS MEMANG GILA SEKS!

Posted: 06 Feb 2013 08:00 PM PST




Seronok unker-unker Cina tu dok tengok perempuan separuh bogel tengah menari atas stage tu kan? Layan beb...ini adalah majlis anjuran PKR sempena Tahun Baru Cina! Wow! Hebatnya kerajaan PAS Kedah. Hmm Nikcy Ajis mintak PSY yang nyanyi lagu Gangnam Style menutup aurat tapi pada masa sama kerajaan PAS Kedah bagi kebenaran untuk tarian separuh bogel! Bebal punya Nik Aziz, yang jantan suruh tutup aurat, yang betina tergedik-gedik ni dia halakan pulak!

PKR dan lendir memang takleh dipisahkan! Agak-agak korang la China Doll mana satu jadi teman Anugerah Batang Bengkok ek?

EKSKLUSIF! DR ZAMBRY SUDAH JADI MB PERAK 4 TAHUN! MARI KITA LIHAT BAGAIMANA PERAK BERKEMBANG DIBAWAH PENTADBIRAN BELIAU!

Posted: 06 Feb 2013 06:00 PM PST

Semalam genap empat tahun Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak yang ke-11.

Bercakap kepada pemberita di Ipoh selepas majlis ringkas memperingati peristiwa itu, beliau menegaskan, ia bukanlah satu keistimewaan sebaliknya satu tanggungjawab yang harus dipikul dengan penuh rasa amanah dan ikhlas.

"Saya akan terus bekerja seperti mana saya bekerja dari peringkat mula.

"Ia bukan keistimewaan bagi saya tetapi tanggungjawab yang perlu dipikul dengan penuh rasa amanah dan keikhlasan," katanya lagi.

Majlis ringkas yang dibuat tanpa pengetahuan Menteri Besar Perak itu turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Puhat Mat Nayan, Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Gazali Jalal dan barisan exco negeri termasuklah Exco Kesenian, Kebudayaan dan Belia negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, Exco Penerangan, Perladangan dan Pembasmian Kemiskinan; Datuk Saarani Mohamad, Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Hal Ehwal Bukan Islam; Datuk Dr Mah Hang Soon dan Exco Pelajaran negeri, Datuk Mohamad Zahir Abdul Khalid.

Hasil pentadbiran dan pengurusan yang cekap, kerajaan negeri Perak terus melakar kejayaan demi kejayaan yang pastinya dicemburui pihak luar terutamanya pembangkang.

Laporan Ketua Audit Negara 2012 contohnya memuji pengurusan kewangan kerajaan Perak, jabatan dan agensi di bawahnya kerana prestasi lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Laporan itu turut menunjukkan rekod baik dicapai hasil tindakan kerajaan negeri dan jabatan negeri yang memberi tumpuan dan fokus sejak pelaksanaan Indeks Akauntabiliti oleh Jabatan Audit Negara bermula 2007.

Ia juga memperlihatkan tahap prestasi prestasi pengurusan kewangan di 11 jabatan dan agensi negeri bagi 2011 juga berada pada tahap baik dengan dua lagi menerima penarafan sangat baik.

Selain itu, semakan di tujuh jabatan pula mendapati kawalan bajet, terimaan dan perbelanjaan berada pada tahap sangat baik manakala kawalan pengurusan di tahap baik.

Tidak dinafikan, sejak Barisan Nasional (BN) mengambil alih pentadbiran negeri daripada Pakatan Rakyat (PR) sehingga ke hari ini, pelbagai usaha dan pendekatan dilaksanakan untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti kepada rakyat.

Penerokaan sumber baru seperti sektor pelancongan dan perkhidmatan secara tidak langsung menambah hasil negeri yang sedia ada kerana tidak mahu terlalu bergantung kepada sektor pertanian dan berasaskan mineral.

Bukan setakat cemerlang dalam pengurusan kewangan, Perak juga menjadi negeri pertama di Malaysia yang melaksanakan Program Transformasi Secara Menyeluruh (SWAT) dan bakal dicontohi negeri-negeri lain selepas ini.

Negeri Perak juga berjaya memastikan kesemua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Pejabat Tanah dan Daerah (PDT) termasuk Pejabat Setiausaha Kerajaan negeri memiliki Pelan Strategik Organisasi dan Pelan Strategik ICT yang lengkap mengikut format yang ditetapkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

Selain itu, Pejabat SUK Perak menjadi pejabat pertama yang mempunyai Pelan Pengurusan Risiko tersendiri selain menjadi negeri pertama yang memiliki Pelan Kesinambungan Perkhidmatan yang ditetapkan oleh MAMPU.

Kini, jelas terbukti pengurusan kewangan dan pentadbiran yang cekap oleh kerajaan negeri mampu merealisasikan sasaran gagasan Perak Amanjaya.

Dengan transformasi yang dilaksanakan di peringkat negeri dengan slogan Tiada Tertinggal, Tiada Terpinggir, rakyat Perak seharusnya memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Menteri Besar bagi memastikan negeri ini terus maju, aman dan makmur.

Perak juga menjadi satu-satunya negeri yang menganjurkan Hari Bertemu Rakyat bagi memberi peluang kepada rakyat untuk menyuarakan masalah mereka secara terbuka kepada Menteri Besar.

Sejak diperkenalkan kira-kira empat, 75 peratus daripada lebih 25,000 aduan rakyat berjaya diselesaikan oleh kerajaan negeri.

Di bawah gagasan Perak Amanjaya yang menggariskan tujuh teras upaya, rakyat Perak berpeluang meningkatkan taraf sosio-ekonomi mereka melalui pelbagai pendekatan dan bantuan yang disalurkan melalui agensi kerajaan negeri seperti Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) dan Pusat Kerjaya Amanjaya (PEKA).

Ekonomi negeri juga berkembang pesat dengan pelaburan mega yang diterajui oleh Syarikat Vale di Teluk Rubiah dan DRB Hicom di Proton City, dekat Tanjung Malim.

Sumber: Perak Today

VIDEO PANAS ISU KALIMAH ALLAH YANG WAJIB DITONTON!

Posted: 06 Feb 2013 04:00 PM PST

PANAS! TUN M DEDAHKAN RANCANGAN ANWAR UNTUK JATUHKAN KERAJAAN!

Posted: 06 Feb 2013 06:54 AM PST

Untuk artikel penuh, KLIK SINI

PANAS BERAPI! BEBALNYA NIK AZIZ, MACAMANA DIA BOLEH JADI MB SELAMA INI?

Posted: 06 Feb 2013 04:00 AM PST

Ni betul-betul lawak...

Ada ke patut Nik Aziz bagi nasihat kepada PSY Gangnam, penghibur dari Korea Selatan yang bakal membuat persembahan di Pulau Pinang sempena sambutan Tahun Baru Cina dengan tajaan sebuah syarikat korporat, agar menutup auratnya ketika membuat persembahan.

Alahai...

Takkanlah Nik Aziz tak diberikan nasihat oleh para penasihatnya yang ramai di sekelilingnya yang PSY Gangnam tu seorang lelaki dan dia tidak pernah buka aurat pun sepanjang membuat persembahan walaupun jelas, dia bukannya beragama Islam.

Lawak!

Patutnya, sebelum bagi nasihat kepada PSY Gangnam, Nik Aziz bukak dulu mata luas-luas dan cuba tegur Cina-Cina yang buat persembahan sempena Tahun Baru Cina di Kedah dan di Pulau Pinang tu yang terdedah sana sini sekalipun mereka rakyat Malaysia, hidup dengan orang Islam dan terdedah kepada Islam kerana Malaysia adalah Negara Islam.

Tapi berani ker Nik Aziz buat teguran macam tu? Sanggup ker Nik Aziz dengar leteran dan maki hamun puak-puak DAP?

Nak sambut harijadinya pun, di rumah Karpal Singh walaupun pada masa yang sama Karpal Singh bersungguh-sungguh balun Majlis Syura Ulama PAS. Inikan pula nak tegur penghibur-penghibur wanita yang mengambil bahagian dalam persembahan sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang dan Kedah?

Tak kena sembur dengan Teo Nie Ching pun dah dikira mujur sangat-sangat!!!

House PK: Bagus artikel Flying Kick ni, Nicky Ajis ni memang bebal orangnya, inilah buktinya. Aduh, macamana seorang bebal boleh jadi MB? Owhhhh Kelantan.... Nik Aziz mengingatkan aku kepada Pak Lah yang suruh Menteri ke China mintak maaf kerana sangka si Tun Dol itu rakyat China alih-alih perempuan bogrl ketuk ketampi tu adalah rakyat Malaysia keturunan Melayu..keh keh keh...

CILI KASI TARUK! DAP MEMANG ANTI RAJA MELAYU ISLAM! INI BUKTINYA

Posted: 06 Feb 2013 02:52 AM PST

KEBELAKANGAN ini DAP seakan naik sawan untuk merekrut pemimpin dari kalangan keluarga diraja di negara ini. Mula-mula Tunku Aziz Tunku Ibrahim dilantik sebagai Naib Pengerusi DAP.

Apabila Tunku Aziz meninggalkan parti tersebut, DAP menyasarkan pula kerabat diraja Negeri Sembilan atau lebih tepat lagi anakanda Yamtuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Zain Al-Abidin Ibni Tunku Mukhriz.

Malah disebutkan juga, nama Tunku Zain telah ditetapkan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang baru jika Pakatan haram ini berjaya menawan negeri tersebut dalam pilihanraya akan datang. Penulis sendiri melihat perkara ini (Pakatan menawan Negeri Sembilan) sebagai angan-angan besar, lagi pulak nak menamakan calon Menteri Besar dari kalangan mereka?

Anak Yamtuan Besar pulak tu!! Belum pernah berlaku dalam sejarah negara kita keadaan demikian (ketua negeri dan ketua kerajaan mempunyai pertalian darah). Di situ sahaja sudah nampak terlalu tinggi mimpinya.

Tapi biarkanlah mereka dengan angan-angan itu, cuma penulis suka nak menyelongkar alasan disebalik DAP menumpukan keluarga diraja untuk menjadi pemimpin mereka.

Sudah tentu, kalangan keluarga diraja ini yang bersetuju menyertai parti tersebut akan diberi jawatan tertinggi dalam DAP, seperti mana dalam kes Tunku Aziz yang bukan setakat dilantik sebagai Naib Pengerusi DAP, malah dilantik sebagai Senator, mewakili negeri Pulau Pinang.

Baca seterusnya di Perak Today...
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...