Gelombang Rakyat

Gelombang Rakyat


VIDEO PANAS - PRO ULAMA' PAS TAMPIL DEDAH SALAH GUNA KUASA PARASIT.

Posted: 12 Feb 2013 11:37 PM PST




Pendedahan 2 Pemimpin PAS ini tidak sewajarnya dipandang remeh. Memang mereka bukan pimpinan atas PAS. Akan tetapi ini merupakan antara Pimpinan akar umbi yang semakin jijik melihat kerosakan kepimpinan Parti yang kian membiak menerusi agenda kotor Puak2 Parasit.

Lebih memualkan kegiatan politik yang mentafsir maksud tersirat penyalahgunaan kuasa dan wang yang rakus.





TONTON VIDEO DI ATAS. Ini adalah sebahagian dari ribuan pimpinan PAS akar umbi yang tertipu dengan agenda politik kotor puak2 parasit.

HARON DIN KEMBALI B'TANDING PRU13 - "SAYA TEKAD BAWA JIHAD USTAZ NASHA..!!"

Posted: 12 Feb 2013 06:43 PM PST




Kelihatan keputusan Timb. Mursyidul Am PAS Haron Din untuk bersara dari bertanding pada Pilihan Raya Umum Malaysia bersifat sementara. Haron Din dilihat 'menarik semula' persaraan tersebut setelah mengesahkan bakal bertempur menjadi salah seorang calon pada PRU13 kelak.

Kenyataan terbaru beliau tidaklah mengejutkan Pimpinan BN sebenarnya. Akan tetapi, ianya telah mengejutkan puak2 Parasit PAS yang punyai misi menumbangkan Haron Din dari terus berkuasa dalam parti.






Lonjakan Haron Din secara drastik itu mencacatkan agenda Puak Parasit yang berjaya menghakis pengaruh tokoh2 Pro Ulama' seorang demi seorang. Malah sumber menjelaskan keputusan beliau bagi mewakili suara akar umbi Pro Ulama' setelah wakil tertinggi Ustaz Nasharudin berjaya ditumbangkan tanpa bermaruah.

Ianya bukan sahaja diputuskan beliau sejurus pemecatan Ustaz Nasha, Haron Din didakwa khuatir ketirisan tokoh2 Pro Ulama PAS di Dewan Rakyat setelah melihat tahap kesihatan rakan akrab beliau mewakili Parlimen Baling Ustaz Taib Azamuddin yang kian uzur berdepan penyakit yang ditanggung sekian lama.






Sudah puak2 PKR pimpinan Anwar berang dengan sikap Haron Din. Anwar semakin bosan dengan 'gangguan2 liar' puak2 Pro Ulama' dari mencapai misi beliau menggenggam jawatan Perdana Menteri Malaysia.

Kuasa Pro Ulama' PAS di Dewan Rakyat yang dilihat bakal lupus serta merta sejurus PRU13 menjadi pendorong buat Haron Din. Beliau bakal menghalang sebarang usul yang menentang arus perjuangan Islam, sebagaimana yang dihujahkan Khalid Samad berkaitan penggunaan Kalimah Allah di Parlimen 1 ketika dahulu.






Kini, pelan baru dilaporkan sedang dipergiat bagi menghalang Haron Din menjadi salah seorang calon mewakili PAS pada PRU13.

Persoalannya, setelah Hasan Ali dan Ustaz Nasha 'tumpas'. mampukah Haron Din menjadi kubu dan benteng pertahanan Kumpulan Pro Ulama'?

Kebalkah kekuatan Haron Din berdepan dengan ugutan2 dari puak2 Parasit.

Mungkin ini peluang terakhir.


TUN M : ORANG MELAYU MESTI GUNA AKAL KEKAL KUASA MELAYU.

Posted: 12 Feb 2013 02:07 AM PST





Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan kaum Melayu betapa pentingnya untuk mengekalkan kuasa politik yang dimiliki selama ini.

Beliau berkata demikian pada program 'Santai Bersama Y.A.Bhg Tun Dr. Mahathir Mohamad' di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB) baru-baru ini, dengan menjelaskan bahawa kedudukan Melayu di negara ini hanya boleh diperbaiki sekiranya kuasa politik kekal di tangan mereka.

Katanya, sebagai contoh Malaysia telah berusaha keras sejak negara mencapai kemerdekaan lagi pada tahun 1957 untuk mempertingkatkan kedudukan orang Melayu dengan berbekalkan ilmu pengetahuan agar mereka tidak lagi bergantung harap kepada kerajaan meskipun terpaksa menelan kos yang tinggi.

"Tujuan kita hendak kuasa politik ialah supaya kita dapat memperbaiki kedudukan kita.

"Sebab itulah apabila kita merdeka, maka kita berusaha membekalkan orang Melayu dengan ilmu pengetahuan. Perbelanjaan yang cukup banyak ditumpukan kepada perbekalan ilmu supaya orang Melayu tidak lagi bergantung kepada kerajaan," katanya.

Namun begitu, beliau menegaskan usaha-usaha yang dijalankan kerajaan setakat ini masih belum mencapai matlamatnya.

Meskipun mengakui terdapatnya orang Melayu yang berjaya di dalam perniagaan dan menjawat jawatan penting di dalam syarikat-syarikat korporat, namun menurut Dr Mahathir yang mentadbir negara ini selama 22 tahun, jumlah mereka masih lagi kecil berbanding kaum lain.

Justeru katanya, dengan memiliki kuasa politik jurang dikalangan masyarakat yang tidak seimbang ketika ini akan dapat diperbetulkan.

"Tetapi kita dapati kita tidak mencapai matlamat kita sepenuhnya. Sementara ramai juga yang dapat biasiswa, ilmu pelajaran, dapat pegang jawatan tinggi, bahkan dapat berniaga dengan jayanya. Tapi jumlah mereka sangat kecil.

"Sebab itu kita kena membantu mereka yang belum mempunyai kekuatan. Untuk itu, kita perlu berkuasa dalam bidang politik..politik memberi kuasa kepada kita untuk memperbetulkan jurang di dalam masyarakat kita..keadaan tidak seimbang dalam masyarakat kita," ujar beliau.

Dalam masa yang sama, beliau turut menasihatkan masyarakat Melayu di negara ini supaya tidak terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan.

Sebaliknya, beliau menggesa orang Melayu untuk lebih berdikari dan memajukan diri supaya ia akan lebih disegani oleh lain-lain kaum di negara ini.

"Orang yang kuat tak perlu pertolongan..sebaliknya orang yang lemah perlu mendapat bantuan. Jadi kalau kita nak tentukan nasib kita, kita boleh bergantung kepada bantuan yang mana kadang-kadang datang kadang-kadang tidak..

"Sebaliknya kalau kita perkuatkan diri kita, sampai orang pun takut tengok badan kita begitu tegap sekali, kita tak perlu kepada bantuan lagi," katanya.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...