Fail Sulit - Azmin Ali ganti Khalid MB Selangor jika...

Selamat jalan Khalid Ibrahim yang akan mengundur diri dari jawatan Menteri Besar selepas PRU 13 ini. Mahu tidak mahu Khalid Ibrahim tidak lagi bergelar MB Selangor sama ada keputusannya BN menang kembali di Selangor ataupun Pakatan Kekal mentadbir sepenggal lagi.
 
Mesyuarat Pakatan semalam telah memutuskan Khalid Ibrahim tidak akan bertanding di Dun Ijok yang mana kerusi tersebut akan diberi kepada DAP dengan Khalid Ibrahim mengambil kerusi Parlimen Ampang dari Zuraidah yang akan berpindah ke Parlimen Gombak.

Azmin Ali akan kekal bertanding di Dun Bukit Antarabangsa kerana hasil mesyuarat Pakatan telah memutuskan jawatan pengarah Pilihanraya Pakatan bagi menghadapi PRU 13 ini digalas oleh Azmin Ali manakala khalid Ibrahim bertindak sebagai pembantu.

Azmin Ali juga telah disebut sebulat suara oleh pemimpin Pakatan Selangor untuk mengambil kerusi MB jika Pakatan berjaya mengekalkan kemenangan mereka sepertimana PRU12 yang lalu.

Maklumat lanjut akan menyusul nanti. Coz Gomo akan maklumkan seorang exco kerajaan negeri Selangor yang tidak akan bertanding pada PRU 13.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...