CELAH GELEGAR

CELAH GELEGAR


GEMPAR!!! FLYOVER ELIT-PUTRAJAYA DIBAWAH SELIAAN PKNS RUNTUH!!!!

Posted: 28 Feb 2013 12:33 AM PST

Flyover elit-putrajaya iaitu jalan daripada Putrajaya menuju Shah Alam telah runtuh tengahari tadi. Pelbagai spekulasi telah diperkatakan di twitter tentang runtuhan ini. Hasil maklumat MB dari seorang jurutera di Lembaga Lebuhraya Malaysia mengesahkan runtuhan tersebut. Jambatan ini telah di tutup beberapa bulan yang lalu bagi kerja-kerja pembaikan. Semasa kejadian runtuhan ini berlaku, jambatan ini masih lagi di tutup.

Kerja-kerja pembersihan dan Siasatan sebab runtuhan ini berlaku sedang di siasat. Maklumat lanjut akan di maklumkan nanti di dalam sidang Media. Diharapkan tiada khabar angin yang tidak benar di sebarkan di dalam media maya ataupun medium lain. Nantikan penjelasan lanjut.

Berita yang baru MB dapat menyatakan jambatan ini berada di bawah seliaan PKNS. Adakah berlaku kecuaian di peringkat pentadbiran PKNS???

sumber:Malaysia Bangkit

Anwar tegaskan PR tidak akan melaksanakan hukum hudud jika berkuasa

Posted: 28 Feb 2013 12:06 AM PST


PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang mungkin akan dinamakan sebagai timbalan perdana menteri jika Pakatan Rakyat (PR) memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Bercakap dalam satu temuramah dengan akhbar Sin Chew Daily, Anwar menambah, perlembagaan negara tidak menghalang perlantikan dua orang timbalan perdana menteri.

Namun begitu Anwar menjelaskan bahawa PR buat masa ini belum secara terperinci membincangkan tentang penyandang kerusi itu melainkan memberi tumpuan kepada pilihan raya terlebih dahulu.

Dalam temuramah itu, Anwar juga memberi jaminan yang PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno hanya semata-mata untuk melaksanakan hukum hudud.

Ketua pembangkang itu turut memberi jaminan yang PR tidak akan melaksanakan hukum hudud jika mereka ditakdirkan berkuasa kerana sebarang perubahan polisi mestilah dibuat mengikut peruntukkan di bawah perlembagaan negara dan dipersetujui oleh semua rakan pakatan.

Anwar menyatakan keyakinan yang mendalam PR akan berjaya menumpaskan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kali ini dengan majoriti yang kecil.

Beliau menyatakan keyakinannya itu berdasarkan perkembangan pengaruh PR di negeri-negeri seperti Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.


Ke mana hukum hudud Pas?

SUDAH jelas dan nyata kini, matlamat Pas untuk memperjuangkan hukum hudud sudah berakhir.
Penegasan dan penentangan yang diberikan oleh beberapa pemimpin dalam pakatan pembangkang sudah memberi isyarat bahawa cita-cita Pas dalam soal itu sudah berkubur.

Pas kini perlu mengakui keberadaan mereka bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dalam pakatan tersebut semata-mata untuk mencari kuasa politik.

Parti itu sudah tidak berhak lagi bercakap soal melaksanakan hukum hudud atau memperjuangkan negara Islam. Pendedahan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bahru, Zulkifli Noordin bahawa pakatan pembangkang tidak pernah merancang untuk melaksanakan undang-undang Islam termasuk hudud jika berjaya memerintah negara ini, sudah menjadi bukti bahawa cita-cita Pas sudah berkubur.

Oleh itu, tidak perlulah lagi Pas hendak bersandiwara termasuk terus melemparkan tuduhan kepada UMNO bahawa parti itu mengamalkan semangat kebangsaan.

Jika pakatan pembangkang ditakdirkan memerintah Malaysia, Pas hanya menjadi 'pak turut' kepada PKR dan DAP sekali gus hanya akan menyebabkan mereka terikat dengan kesepakatan bersama iaitu terus mempertahankan dan mengamalkan Perlembagaan sekular sedia ada.

Pas seharusnya tidak perlu berdolak-dalih atau membuat kenyataan bahawa pelaksanaan hukum hudud tetap menjadi keutamaan mereka kerana dasar mempertahankan Perlembagaan sedia ada sudah dipersetujui dan ditandatangani oleh semua pemimpin pembangkang termasuk Pas.

"Itulah hakikatnya! Itulah faktanya! Bahawa perjuangan Pas untuk menubuhkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam tidak termasuk dalam dasar dan persetujuan bersama pakatan pembangkang.

"Itu hanya mimpi Pas, kata pemimpin pembangkang (yang lain)! Mimpi yang Pas tidak akan dapat capai selagi bersama pakatan pembangkang.

"Saya percaya ramai ahli akar umbi Pas tidak tahu yang undang-undang Islam tidak akan dilaksanakan, negara Islam tidak akan ditubuhkan serta Perlembagaan sekular sedia ada akan terus diamalkan jika pembangkang memerintah,"

[VIDEO] Balasubramaniam gagal kemuka bukti, akui benci kerajaan

Posted: 27 Feb 2013 08:08 PM PST


KUALA LUMPUR 28 Feb. - Penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam yang pulang ke negara ini Ahad lalu dengan disambut oleh beberapa pemimpin pembangkang gagal mengemukakan sebarang bukti berkaitan dakwaan penglibatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kematian wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Sebaliknya, `ceramah' yang disampaikan Balasubramaniam menimbulkan lebih banyak persoalan kepada hadirin yang berada di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di ibu kota malam tadi serta para pengikut di Internet serta pengguna twitter di `hashtag' #tanyabala.

Apa yang jelas, penyiasat persendirian yang pernah membuat akuan bersumpah (SD) mendakwa Najib terlibat dalam kes itu, tetapi kemudiannya menarik balik tuduhan berkenaan dalam SD kedua, mengakui membenci kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak dia berumur 14 tahun.
Walaupun berucap dan menjawab soalan yang dikemukakan oleh moderator, Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin selama kira-kira satu jam setengah, Balasubramaniam dilihat seolah-olah hanya melontarkan tohmahan dengan `bermodalkan air liur'.

Dengan penguasaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris yang kurang baik, penyiasat persendirian itu juga dilihat gugup apabila terhenti menyampaikan ucapan dan beberapa kali berkata: "Minta maaf, sudah lama (kes ini) jadi saya lupa."

Sebagai contoh, dia mendakwa pernah mengambil gambar Altantuya sewaktu wanita itu berada di hadapan Bangunan Getah Asli di ibu kota pada sekitar 2006 sewaktu dia berkhidmat dengan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda namun tidak pula menunjukkan gambar tersebut.

Penyiasat persendirian yang pernah lari ke luar negara selama kira-kira tiga tahun selepas membuat SD kedua berkenaan turut mendakwa pernah membuat rakaman perbualannya dengan peniaga permaidani, Deepak Jaikishnan berkenaan tawaran Deepak sebanyak RM100,000 bagi menarik balik SD pertama, namun rekod tersebut tidak diperdengar kepada hadirin.

Selain itu, Balasubramaniam juga tidak menjawab pelbagai soalan yang dikemukakan para pengikut twitter di #tanyabala berkenaan secara terus tetapi Badrul Hisham bertindak menyaring serta memilih soalan yang perlu dijawab penyiasat persendirian tersebut.

Salah seorang pengguna twitter @lisajariffin turut mencabar Badrul Hisham yang menggunakan nama @chegubard supaya bekas calon Ketua Angkatan Muda Keadilan itu bertanya kesemua soalan yang dikemukakannya di twitter bagi membuktikan keikhlasan mereka dalam pendedahan kes tersebut.

Balasubramaniam serta Badrul Hisham juga tidak membuka ruang kepada hadirin untuk bertanya soalan dan kemudiannya penyiasat persendirian itu `melarikan diri' ke kereta yang sedia menunggunya bagi mengelakkan diri daripada ditemui para pemberita selepas selesai ceramah.

 

Rafizi Sahkan PR Akan Hapuskan Dasar Ekonomi Baru (DEB) bila Perintah Putrajaya

Posted: 27 Feb 2013 06:35 AM PST


PETALING JAYA: Pakatan Rakyat akan menghentikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) secara berperingkat sekiranya ia mengambil alih Putrajaya, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

"Kita akan keluarkan fasa DEB apabila kita bergerak ke hadapan ke arah dasar yang berasaskan keperluan," katanya pada taklimat mengenai manifesto pilihan raya Pakatan Rakyat di sini, Rabu.

Beliau berkata, Pakatan akan memfokuskan dasar ekonomi dan menstrukturkan ekonomi ke arah menyasarkan pendapatan isi rumah RM4,000 di bawah manifestonya.

Beliau mempertahankan manifesto Pakatan sebagai untuk semua rakyat Malaysia dan berkata, ia perlu dibaca berserta dengan dokumen-dokumen berkaitan dasar Pakatan termasuk yang sebelum ini iaitu Buku Jingga. 


Dasar Ekonomi Baru (DEB)

Sebelum 1970, polisi pembangunan Malaysia disasarkan terutamanya untuk menggalakkan perkembangan dengan penekanan yang lebih ke atas pasaran eksport. Walaupun ekonomi berkembang dengan cepatnya dalam tempoh ini pada purata tahunan 6.0 peratus, terdapat kekurangan penekanan dalam aspek pengagihan, menghasilkan ketidakseimbangan di antara kumpulan etnik dengan memberi kesan negatif sosial dalam bentuk rusuhan kaum pada tahun 1969.

Pelancaran Dasar Ekonomi Baru (NEP) pada tahun 1971 merupakan sejarah pelan ekonomi Malaysia. NEP menekankan pentingnya bagi mencapai sasaran sosio ekonomi seiring dengan mencapai objektif perkembangan ekonomi sebagai satu cara mewujudkan keharmonian dan perpaduan di dalam negara yang mempunyai pelbagai kumpulan etnik dan agama. Sasaran utama adalah perpaduan negara. Untuk mencapai sasaran ini, dua strategi utama telah diwujudkan:
  • Untuk mengurangkan kemiskinan tegar tanpa mengira bangsa melalui kenaikan taraf pendapatan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan untuk semua rakyat Malaysia.
  • Untuk menyusun semula masyarakat bagi memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi agar mengurangkan dan seterusnya menghapuskan identifikasi kaum dengan fungsi ekonomi.
Salah satu aspek penting NEP adalah berada di premis ekonomi yang berkembang pesat. Perkembangan adalah syarat yang perlu untuk menyediakan peluang bagi yang miskin dan golongan yang kurang bernasib baik untuk membolehkan mereka keluar dari kemiskinan dan turut serta di dalam aktiviti aliran utama ekonomi. Tambahan lagi, ia memastikan yang bahawa pengagihan tidak berlaku dari peruntukan semula kekayaan yang ada tetapi dari pengembangan dan punca baru kekayaan. Perlaksanaan strategi untuk membasmi kemiskinan dan penyusunan semula masyakat menghasilkan kemajuan yang ketara dalam pengagihan pendapatan menjelang 1990. Kadar isi rumah yang hidup di bawah taraf kemiskinan menurun dari 49.3 peratus pada tahun 1970 kepada 16.5 peratus pada tahun 1990 dan menurun lagi kepada 5.1 peratus pada 2002.

Dalam istilah penstrukturan ekuiti korporat, lebih dari dua per tiga ekuiti korporat di Malaysia dimiliki oleh warga asing pada tahun 1970, sementara Bumiputera , kaum pribumi yang mewakili dua pertiga dari jumlah penduduknya , memiliki hanya lebih sedikit dari 2 peratus. NEP menetapkan sasaran penstrukturan berupa 30:40:30, di mana menjelang 1990, pegangan kaum Bumiputera patut mencapai 30 peratus, rakyat Malaysia yang lain 40 peratus dan warga asing 30 peratus, di dalam konteks ekonomi yang berkembang. 

Pada tahun 1990, bahagian ekuiti Bumiputera bertambah kepada 20.4 peratus dari keseluruhan jumlah ekuiti korporat, dan pegangan rakyat Malaysia yang lain bertambah kepada 46.8 peratus dan 25.1 peratus untuk warga asing. Walaupun Bumiputera tidak mencapai sasaran 30 peratus pegangan ekuiti menjelang 1990, kemajuan yang dihasilkan oleh mereka adalah cukup besar berbanding dengan kedudukan mereka pada tahun 1970. 

Menjelang 2002, disebabkan jumlah nilai ekuiti berkembang dengan pesat, pegangan semua kumpulan bertambah dalam nilai mutlak. Walaupun bahagian warga asing jatuh kepada hampir satu pertiga, nilainya bertambah 30 kali ganda berbanding dengan kedudukan mereka pada tahun 1970. 

Strategi pembasmian kemiskinan Malaysia sentiasa memfokuskan kepada pembangunan sumber manusia dan kualiti kemajuan hidup. Program-program yang berkaitan menekankan projek yang menjana pendapatan dan bukan bantuan kebajikan, kecuali dalam kes-kes terkecuali di mana bantuan secara langsung diberikan.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...