BADUT RAKYAT |
- HOT NEWS !!! LIM GUAN ENG DAH GILA DAN MEROYAN KERANA PSY 'GANGNAM STYLE' ??? APA CERITA NI ???
- HOT NEWS !!! PUAK PR TERDESAK !!!! KATA PELAJAR BAWAH PROGRAM GENERASI GLOBAL FELDA ADALAH MELAYU BODOH ??? APA CERITA NI ???
- KANTOI !!! BUBAR DUN AWAL !!! SAH !!! KHALID GAGAP NAK LARI DARI TUNTUTAN RAKYAT !!! APA CERITA NI ???
- HOT NEWS !!! ANUGERAH SAIYYIDATINA KHADIJAH KEPADA WAN AZIZAH !!! ABIM MENGHINA ISTERI RASULULLAH S.A.W !!! APA CERITA NI ???
- HOT NEWS !!! KRISIS AIR SELANGOR !!! RM120 JUTA SEPATUTNYA DARI KERAJAAN SELANGOR !!! APA CERITA NI ??? TAKKAN KERAJAAN PUSAT TANGGUNG ???
HOT NEWS !!! LIM GUAN ENG DAH GILA DAN MEROYAN KERANA PSY 'GANGNAM STYLE' ??? APA CERITA NI ??? Posted: 07 Feb 2013 07:30 AM PST Apabila ego yang terlalu tinggi bertembung dengan perasaan bimbang, dan keadaan terdesak,pembaca Badut Rakyat bolehlah menjangkakan kekecohan di mana minda menolak untuk memahami potensi untuk kalah,jauh sekali menerima kekalahan.Inilah puncanya kekecohan terjadi apabila Guan Eng telah terpaksa menangani fakta bahawa tema kempen DAP,iaitu 'Ubah-Rocket Style' yang diilhamkan dari lagu Korea nyanyian Psy yang kini menjadi fenomena,bertukar menjadi 'lawan' apabila MCA menjemput penyanyi tersebut untuk membuat persembahan di Pulau Pinang sempena meraikan Tahun Baru Cina.Guan Eng jelas tidak dapat mengawal diri sejurus mendengar berita tersebut lalu menyeru mereka yang merancang untuk menghadiri persembahan itu pada Februari 11 agar memakai baju merah (sebagai menyokong DAP),kuning (sebagai menyokong BERSIH) dan hijau (sebagai membantah Lynas).Seperti yang dijangka,Guan Eng telah ditempelak oleh 'orang-orangnya sendiri' sehingga ada yang mula mempersoalkan kewarasannya.Masalahnya,merah adalah warna 'bertuah' dalam kepercayaan kaum Cina dan sudah menjadi tradisi warna ini dipakai pada Tahun Baru Cina.Tetapi,kalaupun itu bukan masalahnya,siapakah yang akan memikirkan politik ketika menghadiri persembahan hiburan ??? dan lagi,bukankah Guan Eng,sebagai seorang Ketua Menteri sepatutnya menyeru rakyat agar bersatu dan mengenepikan sentimen politik dalam menyambut Tahun Baru Cina ??? saya faham bahawa DAP telah bersusah payah melancarkan kempen bertemakan Gangnam.Parti itu juga telah berusaha membuat rakaman video,siap dengan pelakon yang meniru gaya Datin Seri Rosmah.Ianya dirakamkan sekitar KL termasuk stesen LRT dan telah melalui berbagai 'kesusahan' ketika pembikinan,antaranya,diarahkan berhenti oleh pihak berkuasa.Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP,Tony Pua,yang menerbitkan video tersebut begitu bangga memberitahu media bahawa video itu telah mendapat lebih 100 juta penonton dalam masa sebulan.Jelas,mereka begitu bangga dengan diri mereka sendiri kerana mmapu mempermainkan orang lain dan merakamkannya ke dalam video serta memuat-naik ke internet untuk tontonan seluruh dunia.Bagi DAP,video kempen bertemakan Gangnam itu bagaikan sebuah 'karya hebat',atau kempen politik paling bijak yang pernah difikirkan oleh sebuah parti politik. (Ini mengingatkan kita kepada sang Namewee,mungkin dia juga layak menjadi Ketua Menteri) Setelah ditempelak,kita menyangka yang Guan Eng akan bertenang dan berfikir semula dengan waras.Tetapi,sebaliknya,beliau menunjukkan tanda-tanda histeria.Siapa yang menyangka beliau boleh mengarahkan sesuatu yang paling bahlol iaitu supaya semua tentera sibernya memberi tekanan kepada Psy melalui facebook artis itu agar membatalkan persembahan di Pulau Pinang ??? Psy adalah seorang penyanyi,seorang artis,selebriti dari negara asing, tidak perlulah mengaitkan beliau dalam kegilaan politik DAP. Tidak cukupkah Guan Eng memalukan partinya,perlukah beliau memalukan seluruh rakyat Malaysia juga ??? Mungkin Guan Eng perlu menjalani pemeriksaan jiwa.Mungkin semua kuasa yang ada itu tidak tertanggung oleh dirinya sehingga ego semulajadinya yang sedia menjulang telah mencapai tahap tertinggi dan mula menimbulkan masalah.Lihat saja sikap dan tindakan Guan Eng akhir-akhir ini: Mula-mula Guan Eng menyangka yang Pulau Pinang itu adalah miliknya seorang,di mana sesiapa sahaja yang ingin menggunakan nama Pulau Pinang perlu mendapat kelulusannya.Adakah ini bermakna Penang Char Koey Teow,Penang laksa,Penang Run dan Penang Swimming Club semua miliknya ??? Tentulah tidak.Sesetengah nama itu telah pun digunakan sebelum Merdeka lagi dan sebelum Guan Eng berpindah dan bermastautin di Pulau Pinang.Nama sebuah negeri bukan dan tidak boleh sama sekali menjadi milik sesiapa.Justeru,Guan Eng tidak dan tidak boleh memiliki Pulau Pinang,tetapi beliau hanya diletakkan di tempatnya oleh rakyat Pulau Pinang untuk bekerja untuk mereka. Jika kita mengambil logik Guan Eng,maka setiap kamus dan laman web di dunia haruslah mendapatkan kelulusannya sebelum mencetak perkataan 'Penang'.Bagaimana jika nama USA atau China atau Malaysia juga perlu diluluskan setiap kali kita ingin menggunakannya ??? Apa lagi yang boleh ditafsirkan dengan logik Guan Eng ini selain dari percubaan mengenakan,menunjukkan dan melaksanakan kuasa diktatornya,termasuk ke atas sesuatu yang melangkaui kuasanya.Namun,kita tidak dapat mengelak dari merasakan ada sesuatu yang lebih lagi dari sekadar masalah tekanan ego berlebihan seorang diktator apabila Guan Eng menyatakan bahawa sesiapa yang memakai warna merah pada Tahun Baru Cina bermakna mereka menyokong DAP.Merah hanyalah warna,ia tidak dimiliki oleh sesiapa atau mana-mana parti.Sekurang-kurangnya,Guan Eng boleh membeli Pulau Pinang jika teringin sangat menjadikan pulau itu sebagai milik persendirian,tetapi Guan Eng tidak mungkin boleh membeli hak ke atas 'warna merah'.Apakah Psy telah menyebabkan Guan Eng menjadi gila ??? RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 07 Feb 2013 04:13 AM PST semalam berlangsungnya satu majlis di mana 100 pelajar yang baru menamatkan pengajian di bawah Program Generasi Baru Felda di Lim Kok Wing London baru-baru ini.turut hadir dalam majlis itu adalah Isteri PM Datin Seri Rosmah Mansor.beliau juga menyarankan pelajar-pelajar yang baru menamatkan pengajian di kota London itu terus berbakti kepada negara dalam membangunkan negara yang terus dipandang tinggi dimata dunia. UNTUK SELANJUTNYA tetapi dalam satu video puak PR kata sesuatu kepada pelajar itu.nak tahu apa dia ??? LIHAT VIDEO DI BAWAH DAN ANDA LIHAT KOMEN TERSEBUT !!! DAH TERDESAK SANGAT KER PUAK PAKATAN HARAM NI ??? SAMPAI MACAM TU SEKALI KOMEN MEREKA ??? RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 07 Feb 2013 12:30 AM PST Beberapa hari kebelakangan ini ramai rakyat Selangor yang kelihatan tersenyum sumbing dan saling bergelak ketawa sesama sendiri yang jika dilihat dari jauh tanpa mengetahui hujung pangkal cerita,orang lain yang melihat tentunya kehairanan.Sebenarnya kebanyakan rakyat Selangor ketika ini sibuk memperkatakan lawak terbaru yang dipersembahkan oleh Menteri Besar,Khalid Ibrahim yang baru-baru ini telah buang tabiat mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan dibubarkan selepas perayaan Chap Goh Mei.Menurut Khalid,pembubaran awal DUN itu akan dilakukan seandainya Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak masih tidak menetapkan tarikh pembubaran Parlimen di peringkat Pusat.Kononnya dengan berbuat demikian,maka Khalid bermimpi sekiranya tiba-tiba PM membubarkan Parlimen pada akhir Februari 2013 maka bolehlah beliau mendakwa Kerajaan Pusat telah tunduk kepadanya. Padahal, soal bila PM mahu mengumumkan pembubaran Parlimen patutnya tidak perlu dirunsingkan oleh Khalid. Jika sudah tidak sabar sangat,kenapa tidak sekarang Selangor membubarkan DUN ??? Bubar awal,serentak atau sebaliknya,tidak menjadi masalah bagi BN,mana-mana satu tetap memberi manfaat tersendiri kerana senario politik semasa sememangnya sudah memihak kepada BN.Tumpuan BN sekarang untuk memastikan waktu yang tepat supaya majoriti dua pertiga yang selesa di Selangor dan dua pertiga yang kukuh di peringkat Pusat benar-benar menjadi realiti.Namun demikian,disebalik pengumuman Khalid itu selang sehari dua kemudiannya Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim pula mengeluarkan kenyataan belum ada kata putus untuk melakukan pembubaran DUN berasingan dari Parlimen.Tak pasal-pasal Khalid malu sendirian kerana mendahului ketuanya.Bagi khalayak ramai pula,pengumuman MB selangor itu dilihat umpama lelucon politik yang sudah berulang kali diulang siarannya lebih-lebih lagi ia diwar-warkan ketika sebahagian pemimpin PR sibuk mempertikaikan ketelusan senarai daftar pemilih SPR serta keadilan perjalanan pilihanraya yang diuruskan olehnya.Tambah menggelikan hati khalayak bila mana kesediaan Khalid untuk membubarkan DUN bagi membolehkan pilihanraya negeri dilaksanakan secara berasingan dengan Parlimen itu timbul tatkala ramai rakyat negeri ini menuntut Kerajaan PKR Selangor menunaikan pelbagai tunggakan janji yang belum ditepati. Nampak sangat pengumuman itu hanyalah satu usaha untuk mengalih tumpuan umum disamping bertujuan mengelakkan Kerajaan Negeri pimpinan PKR dapat lari dari tuntutan rakyat.Jika Khalid fikir pengumumannya itu menyebabkan rakyat lupa janji PRU 12 2008 yang gagal dilunaskan oleh PR,memang silap besar.Tapi itulah kenyataannya,sudah menjadi satu tabiat semulajadi para pemimpin PR bila masuk bab berjanji merekalah yang ke depan, bila tiba masa rakyat menuntut janji,macam-macam alasan diberikan untuk mengelakkan diri dari menepatinya. Selagi segala janji belum ditepati,usahlah Khalid mahupun PR mengharapkan keajaiban tambahan pula disaat kedudukan dan imej PR di Selangor tika ini semakin merudum pada pandangan umum. Jika PRU 13 nanti,PR dapat mengekalkan sekurang-kurangnya 20 kerusi DUN itu sudah dikira bernasib baik,untuk dapat lebih dari angka itu,bolehlah PR sekadar bermimpi sahaja disiang hari RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 06 Feb 2013 09:00 PM PST Tidak cukup dengan perbuatan PAS menghina sahabat Rasululullah S.A.W dengan menyamakan Lim Guan Eng si kafir harbi,manusia rasis,angkuh dan penipu yang digelar 'Tokong' oleh bangsanya sendiri dengan Khalifah Umar Al-Aziz,kini ABIM pula menghina isteri Rasulullah S.A.W dengan menganugerahkan Wan Azizah,isteri peliwat tersohor Asia dengan 'Anugerah Khas Saiyyidatina Khadijah' pada Himpunan Helwa Kebangsaan (HKK) 2013,2 Februari lalu.Anugerah yang disampaikan oleh Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah),Dr Siddiq Fadzil kepada Wan Azizah di di Auditorium Jubli Perak,Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) itu dikatakan sebagai menghargai 'keberanian Wan Azizah menegakkan keadilan,kebenaran dan memperjuangkan Islam ke arah perubahan'. Tidak mungkin ABIM,atau nama penuhnya,Angkatan Belia Islam Malaysia,tidak tahu asal-usul, sejarah,sifat dan sikap serta perjuangan Saiyidatina Khadijah yang jauh amat bertentangan dengan Wan Azizah. Saiyidatina Khadijah binti Khuwailid RA adalah simbol Wanita Pertama.Saiyiditina Khadijah adalah wanita dengan keperibadian hebat dan punya pemikiran yang bijak,matang,serta tidak bergantung kepada status suami atau keluarga,tetapi mempunyai status sendiri.Beliau lahir dalam keluarga bangsawan yang disegani dan kerana kecerdasannya beliau telah diamanahkan untuk mengurus perniagaan keluarga. Sebagai seorang usahawan yang berjaya,Saiyidatina Khadijah begitu terkenal di kalangan masyarakat Quraisy.Pekertinya yang mulia,menyebabkan beliau amat disegani sehingga diberi gelaran ath-Thahirah (wanita suci).Pendek kata,beliau memiliki pakej lengkap,iaitu mulia,bijak dan juga kaya yang mana membuatkan ramai yang menaruh hati padanya walaupun setelah bergelar janda.Namun,hatinya tidak terbuka sungguhpun yang menaruh hati padanya itu bukan sahaja pemuda dan pembesar Quraisy,tetapi juga dari raja-raja yang memerintah negara.Allah S.W.T telah mentakdirkan yang hatinya hanya terbuka kepada Rasulullah S.A.W yang 25 tahun lebih muda darinya dan beliau mengambil langkah pertama merisik khabar melalui teman dan saudara untuk menyampaikan perkara itu kepada Rasulullah S.A.W.Hanya apabila mengetahui isi hati beliau dan bahawa Rasulullah S.A.W juga membuka hati kepadanya,barulah pihak keluarga Rasulullah S.A.W menghantar peminangan.Perkahwinan Saiyidatina Khadijah dengan Rasulullah S.A.W penuh dengan kasih sayang dan hormat menghormati. Rasulullah S.A.W senang meminta pandangan dan nasihat isterinya dan begitu juga sebaliknya.Saiyidatina Khadijah adalah pendorong semangat, penenang ketika gusar dan pembantu yang setia kepada Rasulullah SAW.Allah S.W.T telah memberikan kekuatan melalui Saiyidatina Khadijah bukan sahaja kepada Rasulullah S.A.W untuk menghadapi segala cabaran,tetapi juga kepada pengikut baginda di mana Saiyidatina Khadijah sentiasa bersedia mendermakan hartanya bagi memastikan mereka tidak mudah diperguna atau didera oleh musuh Islam. Kesimpulannya,Saiyidatina Khadijah bukan sahaja simbol isteri,ibu dan pejuang Islam,tetapi juga simbol wanita Islam yang sebenar,iaitu bijak,terhormat, berani dan punya pemikiran dan status tersendiri.Untuk itu,beliau telah dijanjikan syurga dan Rasulullah S.A.W sendiri mengiktirafnya dengan sabda "Sebaik-baik wanita di dunia ini ada empat orang iaitulah Maryam binti 'Imran, Asiyah puteri Muzahim (isteri Firaun), Khadijah binti Khuwailid dan Fatimah binti Muhammad." Berdasarkan hakikat ini,apakah yang melayakkan Wan Azizah menerima anugerah sempena wanita paling mulia ini ??? Dari segi keturunan,sejarah,sifat,sikap,perjuangan dan keperibadian Wan Azizah,semuanya bagaikan langit dengan bumi berbanding Saiyidatina Khadijah.Wan Azizah bukanlah seorang wanita yang terhormat kerana sanggup kahwin lari di Thailand dengan Anwar apabila hubungan mereka tidak direstui bapa Azizah.Mereka akhirnya diijabkabulkan pada 28 Februari 1980 tanpa majlis yang meriah dan tanpa gambar perkahwinan.Sebelum itu, mereka telah bercinta sakan ketika belajar,di mana Azizah sering membonceng motorsikal Anwar untuk bersiar-siar.Wan Azizah juga bukan lahir dari keturunan bangsawan,sebaliknya biasa-biasa sahaja.Dilahirkan di Singapura,Wan Azizah ditinggalkan bapanya yang ketika itu melanjutkan pelajaran di Singapura.Wan Azizah membesar di bawah jagaan dua orang bapa saudaranya secara bersilih ganti di Kedah dan Kelantan. Keadaan ini sedikit sebanyak menimbulkan masalah emosi di mana beliau disifatkan sebagai mempunyai simptom kekurangan kasih sayang. saya juga melihat alasan ABIM bahawa anugerah tersebut adalah bagi mengiktiraf keberanian Azizah 'menegakkan keadilan, kebenaran dan memperjuangkan Islam ke arah perubahan' amatlah melucukan kerana kalaupun Azizah punya keberanian, keberanian itu tiada kena mengena dengan keadilan,kebenaran atau Islam dan perubahan.Malah,ia adalah seratus-peratus bertentangan.Benar Wan Azizah berani, tetapi berani untuk membela peliwat,berani bersubahat untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Islam untuk diganti dengan pemimpin berfahaman plural,berani menipu,memfitnah dan menuduh pemimpin yang berjasa dan tidak bersalah sebagai zalim,berani bersekongkol dengan sesiapa sahaja termasuk musuh Islam untuk membawa perubahan ke arah liberalisasi.Anak kandung yang dididiknya sendiri juga terang-terangan mengiktiraf pluralisme agama dan turut berjuang bersama bapa peliwatnya dengan Wan Azizah setia membantu,menyokong dan membela mereka pada bila-bila masa dan dalam apa jua keadaan.Walaupun setia kepada suami adalah sesuatu yang mulia,tetapi setia membuta tuli adalah tindakan yang bodoh dan jahil iaitu amat bertentangan dengan ciri-ciri wanita Islam sejati yang diteladankan oleh Saiyidatina Khadijah.Wan Azizah bukan pejuang Islam, tetapi pejuang liberalisasi,pluralisme and LGBT selaras dengan pendirian suaminya. Oleh itu,walaupun beliau mungkin setia kepada suaminya sepertimana Saiyidatina Khadijah, tetapi beliau tidak wajar menerima sebarang penghargaan apatah lagi dalam bentuk anugerah atas nama tokoh yang mulia tersebut.Justeru,ABIM wajar menarik balik anugerah tersebut dari Wan Azizah kerana beliau jelas telah memilih untuk taat kepada suami melebihi taat kepada dari ajaran Islam.Kepada ABIM,jangan dihina wanita Islam ke tahap sebegitu rendah dan jangan dihina Islam sehingga begitu sekali dengan meletakkan sesuatu anugerah yang begitu mulia, kepada wanita yang menjadi talibarut pengkhianat agama, bangsa dan negara dan lebih-lebih lagi jangan dihina Saiyidatina Khadijah dengan mengaitkan beliau walaupun dengan hujung rambut atau hujung jari Wan Azizah. RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 06 Feb 2013 06:00 PM PST Kerajaan PKR Selangor yang diketuai Menteri Besar,Khalid Ibrahim dalam kebanyakan kenyataan media seringkali menuding jari menyalahkan kelemahan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) sebagai punca berlakunya krisis air di Selangor.SYABAS dituduh tidak berupaya menambah baik sistem bekalan air termasuk menukar ganti paip air lama yang menyebabkan kadar peratusan air tidak berhasil (NRW) di negeri itu masih berada di paras yang tinggi.Serentak dengan itu juga Khalid menjadikan alasan tersebut untuk menjustifikasikan pentingnya penstrukturan semula perkhidmatan air di negeri itu.Walhal umum mengetahui sejak Selangor diambil alih oleh PKR,kerajaan negeri telah bertindak membekukan perbelanjaan modal (Capex),akibatnya pemegang konsesi air itu terpaksa menghentikan kerja pembaikan serta menaik taraf paip.Bila mana naik taraf paip air dihentikan disebabkan Capex disekat,bermakna sasaran 19.98% NRW gagal dicapai.Tanyalah sesiapa pun hatta kanak-kanak yang baru masuk sekolah rendah pun tahu, tanpa modal perbelanjaan tidak mungkin barang lama berganti baru. Sedangkan ramai yang maklum sekiranya Capex tidak disekat, sasaran tersebut tidak mustahil dicapai.Sebagai contoh,dengan adanya Capex hasilnya pada tahun 2005 NRW yang ketika itu ialah 42.78% telah berjaya dikurangkan kepada 37.65 peratus.Manakala bagi tahun 2008 37.28% NRW berjaya diturunkan kepada 33.17%.Namun selepas Kerajaan PKR Selangor menyekat SYABAS menggunakan modal perbelanjaan Capex kesannya NRW kekal diparas 33%.Jelas sekali tujuan Kerajaan PKR Selangor menyekat Capex tujuannya tak lain tak bukan untuk mensabotaj SYABAS supaya orang ramai akan memfokuskan kemarahan mereka kepada syarikat konsesi air itu selanjutnya menyokong saranan MB Selangor untuk penstrukturan semula bekalan air.Menyedari masalah yang dihadapi SYABAS jika gagal ditangani segera kesan tempiasnya akan menyebabkan orang ramai berdepan risiko masalah bekalan air bersih akhirnya Kerajaan Pusat pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib telah mengambil inisiatif memberi peruntukan tambahan RM120 juta.Peruntukan itu adalah tambahan kepada dana RM606 juta yang telah diberikan kepada Syabas sebelum ini bertujuan untuk menambah baik bekalan air sekaligus mampu mengurangkan kesan sampingan terhadap kehidupan rakyat Selangor.Sepatutnya PKR dan rakan sepakatannya dalam PR yang memerintah Selangor tika ini yang sebetul-betulnya perlu memikul tanggungjawab membantu SYABAS apatah lagi Kerajaan Negeri sendiri memiliki kepentingan 30% dalam syarikat konsesi air itu.Dengan kata lain bantuan kewangan RM120 juta mahupun RM606 juta itu patutnya adalah tanggungjawab Kerajaan PKR Selangor dan bukannya Kerajaan Pusat. Tapi disebabkan MB yang paling lembap dalam sejarah negeri itu terlampau kemaruk mahu mengambil alih SYABAS demi kepentingan kroni sendiri akhirnya tanggungjawab tersebut gagal dilakukan.Mujurlah Kerajaan Pusat cepat menyedari denyut nadi kebimbangan khalayak umum, lantaran itu tanpa mengira perbezaan politik maka bantuan kewangan tetap disalurkan demi memastikan keselesaan rakyat disamping mengekang kesan sampingan lain terhadap perkembangan ekonomi negeri.Jika diharapkan Kerajaan PKR Selangor yang asyik mengutamakan kepentingan politik silap gaya saban minggu ada sahaja masalah bekalan air berlaku sebagaimana yang terjadi baru-baru ini.Apapun,majoriti rakyat Selangor kini semakin faham permainan politik Kerajaan PKR Selangor yang ternyata mendahulukan perihal politik kepartian mengatasi kepentingan khalayak,bukannya satu model kepimpinan yang baik.Cukuplah hampir 5 tahun rakyat Selangor dibuai retorik politik dan polemik yang tidak berkesudahan.Justeru itu,eloklah PRU 13 kelak ditalkinkan sahaja Khalid Ibrahim dan kerajaannya itu. RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment