UMNO Online - “Masa Depan ATM Dan Bekas Perajurit Dipertahankan – Najib” plus 9 more |
- Masa Depan ATM Dan Bekas Perajurit Dipertahankan – Najib
- Pelbagai Cabaran Menguji Minda Bakal Menanti 100 Pasukan Dalam ‘Media Hunt 2012′ UMNO
- Pemuda Sipitang Dekati Akar Umbi Tangkis Fitnah Pembangkang
- NGO Wants Police To Investigate Distribution Of Video Clip ‘Ubah Rocket Style’
- Public Can Pay Last Respects To Kanang At Suarah Hall Tomorrow
- Soi Lek Pertikai Ketelusan DAP Berhubung Pemilihan Jawatan CEC
- Pemilihan DAP : Selepas Ubah Pun Melayu Masih Kalah
- Pas Kini Kena ‘Kifarah’ Dosa Mengkafirkan UMNO
- 500,000 Pekerja Swasta Bersara Jika Umur Persaraan Berkuatkuasa 1 Julai
- NGO Starts Signature Campaign Against Guan Eng’s Proposal Over Use Of Word “ALLAH”
Masa Depan ATM Dan Bekas Perajurit Dipertahankan – Najib Posted: 04 Jan 2013 07:46 AM PST KUALA LUMPUR, 4 Jan – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata masa depan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), bekas-bekas perajurit dan kesinambungan perjuangan pahlawan terdahulu akan terus dipertahankan demi kelangsungan pembinaan negara bangsa. Perdana Menteri berkata perjuangan kerajaan membangunkan negara menjadi lebih mudah kerana bekas anggota tentera bijak menilai dengan terus meletakkan kepimpinan kerajaan yang telah terbukti berjaya pada tempat sewajarnya. Sambil menempelak pihak yang disebutkan sebagai ‘puak sebelah sana’, Najib berkata beliau tidak boleh memberi jaminan nikmat dan penghargaan yang diterima ATM dan bekas perajurit yang diterima ketika ini berkelangsungan sekiranya kerajaan yang ada ditukar. “Sudah tentu perjuangan kerajaan ialah untuk membina sebuah negara bangsa yang dihormati, disegani, berjaya yang kejayaannya dilihat kerana perjuangan tentera mempertahankan kemerdekaan. “Kita berjaya kerana anda meletakkan kepimpinan negara pada tempat yang sewajarnya yang tahu mengurus negara, yang tahu menilai pengorbanan para perajurit, yang ada agenda untuk membangunkan ATM akan mempertahankan maruah ATM,” katanya. Hadir sama isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Datuk Muhammad Abdul Ghani. Berucap ketika merasmikan persidangan perwakilan PBTM ke-87 dan Sumbangan Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia (SVTB1M) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini, Perdana Menteri berkata semangat ‘Harimau Malaya’ dan Force 136, yang tidak ingin melihat kuasa berpindah ke tangan yang lain dan ikrar untuk mempertahankan kerajaan yang ada perlu diteruskan walaupun mereka kini bergelar bekas tentera. Najib juga berterima kasih kepada perajurit dan bekas anggota tentera yang terus meletakkan kepercayaan kepada kerajaan dengan kesedaran bahawa masa depan negara, ATM dan PBTM tidak boleh dipisahkan dengan kerajaan sedia ada. “Siapa boleh jamin masa depan kita, siapa boleh menjamin kelangsungan Rejimen Askar Melayu Diraja tanpa kerajaan yang ada hari ini, tepuk dada tanya selera. “… Dan inilah sebenarnya mengapa kita berjuang, mengapa kita meletakkan ‘nyawa kita dihujung tanduk’ sebagai para perajurit yang telah berjuang selama ini, sebab itulah negara terhutang budi pada anda semua,” katanya. Sehubungan itu, Perdana Menteri mengajak para perajurit dan PBTM yang dianggotai oleh lebih 200,000 untuk memperbaharui ikrar melangsung dan meneruskan perjuangan untuk membina negara kerana kini bukan masa untuk membuat percubaan atau bermain-main, kerana tindakan itu bakal memberi sesuatu kesan yang besar kepada negara. “Kalau sebelum ini sebahagian daripada rakan-rakan kita telah terkorban dimedanperang, mengenang mereka satu bab, tapi yang lebih penting ialah perjuangan mereka itu belum lagi berkesudahan dan perlu diteruskan walau kita telah menjadi bekas tentera,” katanya. Pada majlis itu Najib menyerahkan replika cek berjumlah RM224 juta kepada Ahmad Zahid yang kemudiannya menyampaikannya kepada Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV) Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan, sebagai simbolik pelancaran penyerahan sumbangan RM1,000 secara sekaligus kepada 224,000 orang veteran ATM tidak berpencen. |
Pelbagai Cabaran Menguji Minda Bakal Menanti 100 Pasukan Dalam ‘Media Hunt 2012′ UMNO Posted: 04 Jan 2013 04:28 AM PST KUALA LUMPUR 4 Jan – Pelbagai cabaran menarik menguji minta dan kecekapan bakal menanti 100 pasukan dalam acara 'Media Hunt 2012' UMNO bermula esok hingga Ahad ini. Program berkenaan yang disertai 400 peserta itu akan bermula di Putra World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur bakal menjelajah Negeri Sembilan serta Melaka dengan pelbagai acara menarik telah disusun oleh pihak penganjur. Program ini adalah kali kedua diadakan bagi meraikan petugas media dan pelbagai pihak lain yang bertungkus lumus terlibat menjayakan Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang lalu. Pelepasan peserta di PWTC dijangka akan dilaksanakan oleh Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan dan para peserta akan berhenti di Seremban, Negeri Sembilan dan sejurus selepas itu, mereka kemudiannya akan dilepaskan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan. Peserta 'Media Hunt 2012' seterusnya akan bergerak ke Melaka dan berhenti rehat di rumah Setiausaha Kerja UMNO Malaysia, Datuk Ab Rauf Yusoh di Masjid Tanah dan peserta akan dilepaskan pula oleh Timbalan Ketua UMNO Masjid Tanah, Datuk Kapt (B) Abd Karim Sulaiman. Menanti peserta 'Media Hunt 2012' di Dataran 1Malaysia Pantai Kelebang pula adalah Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Idris Haron untuk minum petang dan kemudiannya pada sebelah malam akan diadakan jamuan makan malam bersama Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam. Acara pada hari Sabtu tidak kurang hebatnya apabila para peserta akan berlegar di bandar Melaka dan dijangka berakhir pada sebelah petang. Hampir seluruh media, agensi kerajaan dan blogger yang bekerjasama menjayakan Perhimpunan Agung UMNO 2012 lalu menghantar penyertaan. Antaranya media dari TV3, RTM, Astro, Utusan Malaysia, Berita Harian, TV Al Hijrah, Sinar Harian, Bernama, Kosmo, Hot FM, Radia 24, NST, TV 9, NTV7, Kementerian Penerangan, UMB, KL Post, Bomba, HKL, PWTC, CIMB, Kementerian Pertahanan, KDN, DBKL, Prime Network, ABN News, Polis Trafik & Kelab UMNO Luar Negara. -MediaUMNO |
Pemuda Sipitang Dekati Akar Umbi Tangkis Fitnah Pembangkang Posted: 04 Jan 2013 04:19 AM PST SIPITANG, 4 Jan – Pergerakan Pemuda UMNO Sipitang akan terus mendekati akar umbi bagi memastikan fitnah dan pembohongan pembangkang akan diketahui. Ketuanya, Yamani Hafez Musa berkata Pemuda akan memastikan akar umbi memperolehi maklumat dan fakta yang tepat dan tidak dipergunakan oleh pembangkang. “Sasaran kita juga tertumpu kepada golongan belia kerana kita mahu golongan ini tahu apa yang dimahukan oleh pembangkang terhadap mereka,” katanya ketika ditemui pada program lawatan ke Hospital Sipitang di sini. Katanya Pemuda akan memberikan penjelasan berhubungan isu-isu yang dimainkan dan disebarluaskan oleh pembangkang. Menurutnya rakyat khususnya akar umbi perlu dimaklumkan mengenai pembohongan dan fitnah pembangkang “dan usaha Pemuda akan berterusan dari masa ke semasa.” Pada lawatan ke hospital tersebut, Hafez yang turut disertai oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Sipitang Matbali Musah serta ahli jawatankuasa Pemuda UMNO Sipitang itu beramah mesra dengan pesakit yang menerima rawatan. |
NGO Wants Police To Investigate Distribution Of Video Clip ‘Ubah Rocket Style’ Posted: 04 Jan 2013 04:14 AM PST BALIK PULAU, Jan 4 – Six non-governmental organisations (NGOs) in Penang today lodged police reports concerning the rampant distribution of the video clip, ‘Ubah Rocket Style’, on Youtube. Among the NGOs involved were Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan Islamiyah Daerah Barat Daya and Persatuan Bekas Polis Daerah Barat Daya. IRIMM general secretary Zainol Abidin Ahmad said the video clips, which were in the Malay language and English language versions, gave a negative image to the country’s top leadership and should not be made into a public viewing. “The contents of the video showed that they (DAP) try to instil hatred among the multi-racial community against the country and they appeared desperate to win support by insulting the national leadership,” he told reporters after lodging a report at the Barat Daya District Police Headquarters, here. He said the police report also urged the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) and the Home Ministry to take legal action against the individuals responsible for making the video and to retract its showing on Youtube. The 3.39-minute video clip which was comical in nature was launched at the 16th DAP National Congress on Dec 15, carried cynical lyrics which ridiculed the security forces, insulted the leader’s wife, besides highlighting Penang Chief Minister Lim Guan Eng shouting ‘Ubah Rocket Style’ with the mascot Nuri. |
Public Can Pay Last Respects To Kanang At Suarah Hall Tomorrow Posted: 04 Jan 2013 04:13 AM PST KUCHING, Jan 4 – Starting tomorrow, the body of Datuk Temenggong Kanang anak Langkau would be placed at the Suarah Hall here to enable the public to pay their last respects. Sarawak Information Department, in a statement here today, said the public who wish to pay their last respects can do so over the next two days as the body of the national hero would be taken to the St Thomas’ Cathedral on Sunday at 1pm for the funeral service. Kanang would be laid to rest at the heroes’ burial ground in Jalan Budaya here at 3pm on Sunday, the statement said. At present, Kanang’s body was placed at the Bukavu Hall in Penrissen Camp to enable his immediate family members to pay their last respects. Among those who paid their last respects to Kanang today were Defence Minister Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi and Deputy Science, Technology and Innovation Minister Datuk Fadillah Yusof. Present were Third Infantry Brigade Commander Brig Gen Datuk Redzuan Baharuddin and Ninth Infantry Brigade Commander Brig Gen Datuk Stephen Mundaw. Speaking to reporters, Ahmad Zahid said Kanang was a national icon for the young generation as he was always invited to deliver talks and share this experiences with the National Service trainees. “On behalf of Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak, I would like to extend my deepest condolences to the family of Kanang. The deeds and contributions he made were not just for Sarawak, but for Malaysia as a whole. “Today, we have also present an initial donation to his wife, Datin Brawang Chunggot and she will also receive donations from the Armed Forces Board and Foundation accordingly,” he said without disclosing any details of the donations. Meanwhile, Fadillah called on the young generation to observe and appreciate the contributions made by Kanang to the country. “He was a hero with strong determination to defend the country from communist insurgents. What’s more important is his principle of ‘Agi Idup Agi Ngelaban’ should become the motivation for us to always defend and preserve the country’s independence,” he said. |
Soi Lek Pertikai Ketelusan DAP Berhubung Pemilihan Jawatan CEC Posted: 04 Jan 2013 04:02 AM PST KUALA LUMPUR, 4 Jan – Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mempertikaikan ketelusan DAP yang mengakui berlaku kesilapan dalam pengiraan pemilihan jawatan Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) parti itu selepas dua minggu pemilihan berlangsung. Beliau berkata insiden itu merupakan sesuatu yang pelik kerana kesilapan hanya membabitkan dua pemimpin dan bukan kesemua calon yang terlibat dalam pemilihan berkenaan. “Apa yang lagi luar biasa ia melibatkan seorang Melayu, dan kerana kesilapan ini, dia (Zairil Khir Johari) dipilih sebagai anggota Jawatankuasa Pusat DAP. Adakah ia sengaja dilakukan supaya dapat memenuhi apa yang sering diperkatakan oleh DAP bahawa mereka adalah sebuah parti yang dikatakan pelbagai kaum, dan bukan sebuah parti yang dikatakan berasaskan kaum Tionghua?,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Jumaat. Sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan DAP mengakui berlaku kesilapan dalam pengiraan undi semasa pemilihan jawatan CEC pada Dis lalu dan menerusi keputusan yang dipinda itu, Zairil Khir Johari yang pada mulanya berada pada kedudukan 39, kini menduduki kedudukan 20. Vincent Wu, yang pada mulanya mendapat tempat keenam dengan 1,202 undi, telah jatuh ke tempat ke-26 kerana parti itu mendakwa beliau sebenarnya hanya meraih 669 undi. Dalam pada Dr Chua turut mempersoalkan kewibawaan DAP untuk mentadbir negaraini dan mengubah nasib rakyat yang berjumlah 28 juta, memandangkan pemilihanjawatan dalam parti yang hanya membabitkan 1,800 anggota, tidak dapat diuruskan dengan cekap, amanah dan telus. “Saya rasa kecewa dan terperanjat terhadap apa yang berlaku dalam pemilihan parti DAP dengan slogan yang diutarakan oleh DAP ialah ‘Ubah’. Kononnya DAP berwibawa dan mampu membuat perubahan kepada nasib dan membela nasib rakyat Malaysia. “Tetapi dalam pilihan parti yang melibatkan hanya 1,800 anggota mereka melakukan kesilapan dan perkara ini didapati selepas dua minggu,” katanya. |
Pemilihan DAP : Selepas Ubah Pun Melayu Masih Kalah Posted: 04 Jan 2013 03:15 AM PST DAP dok ingat orang Malaysia ini bodoh agaknya ya, sebab itu tanpa rasa ralat sikitpun, parti itu dengan tak malunya semalam mengumumkan secara terbuka pemilihan dalam Kongres parti tersebut bulan lepas ada 'kesilapan' semasa proses pengiraan ahli Jawatankerja Eksekutif Pusatnya. Tak semena-mena, Zairil Khir Johari Bin Abdullah yang asalnya hanya mendapat 305 undi, tiba-tiba diumumkan mendapat 803 undi dan menduduki kedudukkan terakhir sekali dalama CEC, iaitu tempat ke 20. Peningkatan hampir 200% atau 498 undi!! Macam mana tu? Biasa kalau ada silap pun tak le sampai 498 undi, dahlah jumlah perwakilan 1,823 orang saja, bukan 18,000!! Kalau setakat 20 ke 30 boleh fahamlah, ini…….. Jangan lupa, ini kita cakap pasal DAP tau, parti yang paling kuat melalak mendakwa orang lain tak betul, tak profesional, hanya dia saja yang betul dan professional. Tapi dalam pemilihan yang dia uruskan sendiri pun boleh pulak berlaku kesilapan mengira undi kononnya. 'Kesilapan' ini pulak berlaku setelah parti itu dikecam teruk rakyat Malaysia kerana mengamalkan politik perkauman menebal sehinggakan 85% dari 20 jawatan ahli CEC yang dipertandingkan dalam Kongres lepas dimenangi oleh cina. Bakinya, 2 dimenangi punjabi dan satu lagi baru India. Iban, kadazandusun, murut, bajau? Sorilah, ini semua tak masuk dalam kamus DAP. Yang ada hanyalah cina,cina,cina,cina,cina,cina,cina, Punjabi, baru India, last sekali……Melayu. Orang asli pun tak layak. Orang pun hairan, macam mana DAP yang diterajui seorang akauntan bertauliah boleh tersilap mengira undi para perwakilan yang taklah berapa ramai mana, 1,823 orang saja pun, berbanding SPR yang menguruskan lebih 13 juta pengundi tapi sering mendapat kecaman DAP. Jadi yakin dan percayalah bahawa semua ini adalah wayang DAP untuk menunjukkan seolah-olahnya parti itu adalah sebuah parti berbilang kaum. Orang terencat akal saja yang percaya kecaman terhadap DAP berhubung kemenangan 85% cina dalam CEC dan 'kesilapan' dalam proses pengiraan undi yang menyaksikan 'kemenangan' Zairil ini tidak berkaitan. Ini semua sudah ada kira-kira di belakang pasal Guan Eng tertekan nak dapat undi Melayu. Mula-mula Guan Eng paksa semua perwakilan berbahas dalam bahasa Melayu untuk beli jiwa orang Melayu, tapi bila keputusan keluar, perwakilan DAP yang memang rasis ini tetap memilih majoriti cina juga untuk menduduki jawatan dalam CEC. Jadi inilah cara terdesak Guan Eng – ubah keputusan dan beri kemenangan kepada Setiausaha Politiknya sendiri. Zairil Khir Johari Bin Abdullah. Percayalah, kalau keadaan seumpama ini berlaku dalam UMNO, pergghhh..berbuih mulut Guan Eng mengutuk, tergigit lidah sampai nak putus pun Guan Eng akan upayakan juga untuk bercakap. Pun begitu, Guan Eng jangan haraplah selepas 'ubah' keputusan pemilihan ini, orang Melayu akan sokong DAP, sebab Zairil itu dari sudut biologinya masih lagi cina totok. Pendek kata, selepas buat tindakan paling tidak demokratik pun (dengan mengubah keputusan perwakilan), CEC DAP masih lagi 85% dikuasai cina, cuma kali ini ada sedikit perbezaan, cina itu guna nama Melayu!! Ada jugak yang menari gangnam pakai seluar dalam dengan turban saja ni kang, tengoklah. mykmu.net |
Pas Kini Kena ‘Kifarah’ Dosa Mengkafirkan UMNO Posted: 04 Jan 2013 02:55 AM PST KUALA LUMPUR, 4 Jan – Penganalisa politik, Prof Madya Dr Samsul Adabi Mamat menyifatkan percanggahan pendirian dan perbuatan kepimpinan Pas dalam melakukan perkara yang pernah mereka fatwakan sebagai haram, sehingga sanggup mengkafirkan kepimpinan dan ahli UMNO satu ketika dulu merupakan satu kifarah terhadap parti tersebut . Jelasnya, hari ini dengan jelas bahawa Pas sendiri telah melakukan satu demi satu perbuatan yang pernah mereka fatwakan sebagai haram satu ketika dulu. "Saya yakin, rakyat sudah sedia maklum, melalui amanat Haji Hadi kepimpinan Pas mendakwa bahawa UMNO kafir kerana mengekal sistem undang-undang penjajah. Namun, baru-baru ini, Pas bersama kepimpinan Pakatan Pembangkang melalui Buku Jingga bersetuju pula untuk mengekalkan undang-undang sedia ada yang mereka katakan undang-undang penjajah sehingga sanggup melabelkan UMNO sebagai kafir. "Selain itu, UMNO juga pernah dikafirkan oleh kepimpinan Pas kerana mengadakan kerjasama dengan parti-parti politik bukan Islam seperti MCA dan MIC tetapi hari ini, mereka juga telah melakukan perkara yang sama, malah lebih teruk apabila bersekongkol dengan DAP yang secara terang-terang menentang sebarang perlaksanaan undang-undang dan syariat Islam," tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini. Tambahnya lagi, apabila dikritik, Pas memberikan alasan bahawa kerjasama mereka dengan parti politik bukan Islam seperti DAP itu adalah sebahagian daripada tahaluf siyasi. "Jika begitu bermakna UMNO telah melakukan tahaluf siyasi lebih awal dari Pas lagi. Bahkan tahaluf siyasi yang dilakukan oleh UMNO hari ini lebih baik berbanding Pas di dalam Pakatan Pembangkang dan berjaya mengekal syiar Islam serta membangunkan ekonomi dan pembangunan negara. "Kepimpinan Pas juga pernah mengkafirkan UMNO kerana mendakwa UMNO mengekalkan undang-undang penjajah dan mengadakan kerjasama dengan parti bukan Islam, tetapi hari ini apa yang dilakukan oleh Pas amat bercanggah dengan pendirian dan pegangan mereka sebelum ini," ujarnya. Jika dilihat daripada sudut pendekatan Pas hari ini, beliau menegaskan bahawa tidak syak lagi bahawa parti tersebut mengamalkan kaedah pendekatan teori Machiavelli di mana prinsipnya teori tersebut adalah matlamat menghalalkan cara. "Memang jelas bahawa Pas hanyalah memperalatkan agama dan menipu rakyat demi untuk meraih sokongan untuk menawa Putrajaya. Apa yang Pas fatwakan sebagai haram sebelum ini, hari ini mereka sendiri yang lakukan perbuatan 'haram' tersebut. Bila UMNO buat mereka kata kafir, tetapi bila mereka sendiri lakukan tidak mengapa pula. "Justeru itu, saya menyeru agar rakyat di negara ini, khususnya umat Islam agar melihat apa yang dilakukan oleh Pas ini dengan mata dan hati yang terbuka. Jika dilihat dengan pemikiran yang terbuka, kita akan nampak bahawa Pas hanyalah mempergunakan agama untuk semata-mata untuk kepentingan politik mereka," akhiri beliau. -MediaUMNO |
500,000 Pekerja Swasta Bersara Jika Umur Persaraan Berkuatkuasa 1 Julai Posted: 04 Jan 2013 02:49 AM PST PUTRAJAYA, 4 Jan – Majlis Perhubungan Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) mendakwa lebih 500,000 pekerja swasta akan tamat perkhidmatan jika pelaksanaan umur persaraan minimum 60 tahun untuk sektor itu berkuatkuasa mulai 1 Julai. Justeru, Presidennya Mohamed Shafie BP Mammal mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak campur tangan dalam penentuan tarikh penguatkuasaan umur persaraan minimum untuk pekerja sektor swasta dengan menetapkannya pada 1 Januari, bukannya 1 Julai. “Dianggarkan dari Januari hingga Jun terdapat sekitar setengah juta pekerja yang bersara iaitu hampir seratus ribu pekerja bersara setiap bulan merangkumi syarikat kecil dan besar. “Apa yang kita mahu pada hari ini ialah tarikh kuatkuasa dan tarikh pelaksanaan itu mestilah disatukan. Jadi mereka yang telah bersara pada 1 Januari hingga Jun, terus diambil untuk bekerja,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengetuai kira-kira 300 anggota UNI-MLC menyerahkan memorandum kepada pegawai khas perdana menteri di sini hari ini. Menurutnya keputusan kerajaan yang menetapkan tarikh kuat kuasa umur persaraan pada 1 Julai ternyata mengecewakan pekerja yang terjejas dan anggota keluarga mereka. Pekerja juga perlu diberi peluang untuk memilih opsyen sama ada untuk terus bekerja sehingga 60 tahun atau menamatkan perkhidmatan mereka pada usia 55 tahun. |
NGO Starts Signature Campaign Against Guan Eng’s Proposal Over Use Of Word “ALLAH” Posted: 04 Jan 2013 02:46 AM PST GEORGE TOWN, Jan 4 – A non-governmental organisation today launched a signature campaign in protest against the proposal by Penang Chief Minister Lim Guan Eng for the government to allow the use of the word “Allah” in the Malay version of the Christian Bible. Jaringan Melayu Pulau Pinang (JMPP) said it would gather the signatures of Muslims in Penang and hand the list along with 25 copies of police reports on the matter to the Inspector-General of Police soon. JMPP coordinator Mohamed Hafiz Mohamed Nordin said it was not the intention of the NGO to create an anti-Christian atmosphere. “If anti-Guan Eng, yes. We are campaigning for the people against Guan Eng,but not because he is Chinese,” he told reporters after launching the campaign following Friday prayers at the Kapitan Keling Mosque, here. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment