Kedah Ke KL - MctHeory |
- HOT INFO! Kisah Pelik, Wanita Ini Bersuami Dua!!
- PANASS!! Ladang Rakyat Ketepikan Hak Kaum Melayu!!
- GEMPAR!! BTN Sekarang Jadi Pusat Perternakan Cacai Anwar Ibrahim?
- HOT! #IsuAirSgor: Gangguan Air di Wangsa Maju, Mak Lampir Zuraida Meroyan Salahkan Syabas!!
- TUDIAA!! 20 Ribu Mahasewel Pakatan Memberontak Naik Lori Telur?
- PANASS TERKINI!! Akhirnya Kes Madrasah Salihiah Diselesaikan Luar Mahkamah!! #TukarKedah
HOT INFO! Kisah Pelik, Wanita Ini Bersuami Dua!! Posted: 04 Jan 2013 07:17 AM PST
Namun apa yang terjadi di Batu Pahat amat mengejutkan apabila seorang wanita yang masih bersuami lagi telah berkahwin satu lagi. Perbuatan wanita lewat 30-an yang dipercayai menduakan suaminya dengan menikahi lelaki lain, terbongkar apabila dokumen pernikahannya dengan doktor ditemui pihak berkuasa. Bertindak hasil aduan orang ramai dan siasatan selama beberapa hari, serbuan Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Agama Islam Johor (Jaij) Batu Pahat dilakukan di sebuah vila semasa Operasi Ambang Tahun Baru, kira-kira jam 2 pagi semalam. Timbalan Ketua Penguat Kuasa Jaij Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, setelah menerima aduan, pihaknya melakukan semakan dengan pihak berkuasa di Thailand dan mendapatkan salinan dokumen pernikahan wanita terbabit. Katanya, semasa serbuan dilakukan, pada mulanya wanita berkenaan enggan mengaku bernikah secara senyap di selatan Thailand bersama seorang lelaki berusia 40-an, yang turut berada di rumah berkenaan. Mereka bernikah di Thailand Julai lalu. "Kami berjaya mendapatkan salinan dokumen pernikahan mereka, namun serbuan dilakukan untuk mendapatkan salinan asal surat nikah berkenaan dan bukti yang lebih kukuh kami peroleh iaitu gambar pernikahan mereka. "Begitu licik wanita ini. Setelah hampir satu jam kami mencari, namun dokumen berkenaan gagal kami temui. Bagaimanapun setelah didesak beberapa kali, akhirnya dia mengaku telah bernikah dan dokumen berkenaan disorok dalam kotak kasut yang diletakkan di bonet kereta. "Kami difahamkan doktor yang menjadi 'suami kedua' diberitahu yang wanita terbabit sudah bercerai dengan suami pertamanya," katanya. Saiful berkata, kes seumpama itu kali pertama berlaku di daerah ini dan rumit diselesaikan kerana perlu dilakukan dengan teliti kerana banyak kesalahan dilakukan. Beliau berkata, buat masa ini, pihaknya membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 27(1)(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997 dan siasatan terperinci akan dilakukan berhubung perceraian yang didakwa oleh wanita terbabit dengan suami pertamanya. "Saya harap kes seperti ini dijadikan iktibar dan jika ada kemusykilan terhadap nikah atau kahwin, orang ramai boleh buat rujukan kepada kami. "Kami akan terus cari punca sebenar dan bantu selesaikannya kerana tidak boleh wanita mempunyai dua suami dalam satu-satu masa. "Jika wanita ingin berkahwin lain, dia perlu melalui proses perceraian dengan suami terdahulu, namun ia juga perlu melalui hukum ditetapkan syarak," katanya. | ||||||||
PANASS!! Ladang Rakyat Ketepikan Hak Kaum Melayu!! Posted: 04 Jan 2013 04:37 AM PST Projek Ladang Rakyat pada asasnya bermatlamat untuk membantu Kerajaan PAS Kelantan dalam usahanya mengurangkan masalah kemiskinan tegar serta meningkatkan keupayaan sosio-ekonomi Negeri dan menaikkan taraf hidup penduduk. Ladang Rakyat yang berkeluasan 81,095 ekar merangkumi Jajahan Gua Musang, Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah ini bagaimana pun sehingga kini gagal membantu seramai 4,767 orang penduduk miskin yang telah dipilih sebagai Peserta Ladang Rakyat itu. Ini terbukti sebagaimana dalam Laporan Audit Negara 2011 (LAN 2011) beberapa bulan lepas yang telah membuat beberapa teguran terhadap projek Ladang Rakyat anjuran Kerajaan PAS Kelantan yang didapati gagal mencapai objektifnya. Para peserta hanya memperolehi dividen RM200.00 sebulan manakala hak milik tanah dinafikan, jauh berbeza sekali dengan nasib peneroka FELDA yang bukan sahaja memiliki hak milik tanah sekurang-kurangnya 10 ekar seorang malah turut menerima elaun bulan dan rumah sendiri. Sementara itu peluang bekerja menambah pendapatan di Ladang Rakyat pula hanya memanfaatkan 282 penduduk tempatan sahaja, selebihnya seramai 639 orang pekerja adalah warga asing. Ternyata projek Ladang Rakyat telah gagal menjayakan misi yang diamanahkan untuk membantu rakyat miskin sebaliknya tauke-tauke Cina DAP dan Cina Singapura lebih mendahulukan soal keuntungan dalam mengenyangkan perut sendiri. Kerajaan PAS Kelantan rupanya seperti sengaja membiarkan sahaja perkara ini berlanjutan tanpa mengambil langkah pembetulan. Tauke-tauke Cina yang lebih terangsang untuk mengaut kekayaan hasil bumi Kelantan tetap terus diberi keutamaan berbanding anak negeri sendiri. Malah sebahagian besar tanah Ladang Rakyat dan hasil bumi kayu balaknya hanya berlegar dikalangan tauke-tauke Cina dan syarikat proksi mereka dengan tempoh pajakan berpuluh tahun ke hadapan. Lebih 50,000 ekar daripada keluasan 81,095 ekar tanah Ladang Rakyat dikuasai tauke-tauke Cina ini. Termasuklah 10,526 ekar (4,259 hektar) tanah hutan balak di Gua Musang yang dimiliki secara bersama oleh pemimpin bersaudara dari DAP Perak, Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Min melalui syarikat Upaya Padu Sdn Bhd. Selain syarikat milik pemimpin DAP itu, beberapa syarikat milik tauke Cina seperti Leong Hup Holding Sdn Bhd(LHH) turut menguasai pajakan tanah yang luasnya mencecah 10,095 ekar selama 99 tahun juga di Gua Musang. Manakala tanah seluas 7,500 ekar tanah Ladang Keruing Teknik yang asalnya milik Yayasan Islam Kelantan (YIK) di Relai, Gua Musang juga kini telah dipajakkan kepada syarikat Suurban Sdn Bhd, milik tauke Cina dari Johor. Mengikut sumber dalaman PAS, hasil traksaksi melibatkan syarikat Suurban Sdn Bhd yang disempurnakan oleh seorang wanita Melayu sebagai orang tengahnya turut memberi manfaat jutaan ringgit kepada seorang pemimpin PAS Kelantan yang sepatutnya sumbangan itu asalnya untuk tabung parti. Betulkah? Apapun, melihat pada pelbagai urusan pajakan dan pemilikan tanah yang banyak berkisar dikalangan tauke-tauke Cina sahaja, ternampak jelas Ladang Rakyat yang sinonim dengan gelaran Ladang Air Mata Rakyat ini wujud khusus untuk kepentingan para kroni Kerajaan PAS Kelantan sahaja. Penguasaan tanah-tanah di Selatan Kelantan termasuklah di Ladang Rakyat oleh tauke Cina dari DAP dan Cina Singapura ini kian lama akan jadi umpama "Belanda dapat tanah", hasil kekayaan yang sepatutnya untuk kepentingan pribumi akhirnya hanya menguntungkan orang lain sahaja. Maka ada benarnya lirik yang tertulis dalam lagu Warisan, "anak kecil main api, terbakar hatinya yang sepi, air mata darah bercampur keringat, bumi dipijak milik orang." Penuh nasihat dan membangkitkan jatidiri serta merintis kesedaran ramai. Patutlah para pemimpin PAS amat fobia bagaikan ketakutan dan meroyan hilang akal bila lagu Warisan mendapat perhatian ramai, rupanya mereka tahu lagu itu membawa mesej kesedaran yang jika dihayati oleh rakyat Kelantan natijahnya menyebabkan pemimpin PAS tak cukup tanah lari bertempiaran. | ||||||||
GEMPAR!! BTN Sekarang Jadi Pusat Perternakan Cacai Anwar Ibrahim? Posted: 04 Jan 2013 01:57 AM PST BERITA PECAH BLOG!!! Rupanya ada lagi perosak-perosak kerajaan yang masih senang dengan pangkat dan selesa menghuni kerusi empuk pemberian kerajaan namun masih melakukan kerja-kerja yang lebih menjurus kepada kehancuran kerajaan. Siapa punya angkara? Ronda-ronda di facebook sebentar tadi terlihat pula satu posting bergambar yang dikeluarkan oleh Apa Sengeh-sengeh (boleh lihat di SINI) yang menunjukkan gambar Ketua Pengarah BTN, Raja Arif dan salinan surat meminta sijil yang dikeluarkan oleh pihak ABIM. ABIM??? Setahu aku, ABIM ni pusat pengkaderan penyokong bontot Anwar sejak dulu lagi. Memandangkan yang Anwar pun pernah jadi kepala ABIM, jadi tidak mustahil ada lagi saki baki pengikutnya dan kemungkinan besar juga yang ABIM masih bersama Anwar untuk menjatuhkan kerajaan dan menentang pentadbiran Najib Razak. Bukan niat aku nak menjatuhkan agensi kebanggaan negara ini tapi cuma hairan dengan sikap beberapa kepimpinan dalam BTN yang aku lihat lebih cenderung kepada pembangkang sejak kebelakangan ini. Surat di atas menjadi saksi yang BTN menjalin hubungan yang baik dengan ABIM walau dah mengetahui yang organisasi terbabit adalah penyokong kuat kepada Ketua Pembangkang Malaysia. Minta tolong Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan untuk jelaskan dengan sejelas-jelasnya apakah peranan sebenar BTN dalam menjalinkan kerjasama yang utuh antara ABIM. Minta Ahmad Maslan beritahu kepada rakyat kenapa diluluskan peruntukan sebegitu besar (RM73,000.00) untuk menjalankan lima kursus kepimpinan hanya kepada ABIM Sabah. Sedangkan banyak lagi program-program anjuran kelab atau persatuan yang solid menyokong kerajaan tidak diendahkan untuk pemberian dana bagi melakukan program. Tidak tahu mana silapnya tetapi amat berharap sama ada Ahmad Maslan atau Raja Arif menjawab supaya agensi BTN tidak lagi tercalar menjelang pilihanraya ke-13 ini. Dalang sebenar dalam agenda menjatuhkan kerajaan semakin dikenalpasti. Kami rakyat marhaen tak pandai nak bodek dan tak pandai nak duduk kerusi empuk di atas tapi kami terpaksa jujur untuk mengatakan ada beberapa perkara yang kelihatan fishy yang mana umpama BTN ini membantu kumpulan penyokong Anwar untuk terus menghentam kerajaan Najib yang sedia ada. Mohon pencerahan... Sumber JawaBer6 | ||||||||
HOT! #IsuAirSgor: Gangguan Air di Wangsa Maju, Mak Lampir Zuraida Meroyan Salahkan Syabas!! Posted: 03 Jan 2013 11:02 PM PST Gangguan air di Wangsa Maju tempohari membangkitkan kemarahan penduduk Wangsa Maju kepada Kerajaan Negeri Selangor yang selama ini dipertanggungjawabkan mengawasi Syabas untuk menjaga kebajikan air disekitar Lembah Kelang, termasuk Wangsa Maju. Disebabkan keadaan itu, Zuraida atau nama glamornya Mak Lampir mengamuk buat sidang media, kononnya dia tak dapat menerima alasan dari Syabas yang mengatakan masalah gangguan air di Wangsa Maju disebabkan rumah pam di Wangsa Maju mengalami kerosakan, akibat pengunaan pam yang melebihi kapasitinya Mc taktau la si Mak Lampir ni faham ke tak, apa masalah yang sebenarnya. Lima buah rumah pam di Wangsa Maju mengalami kerosakan pam akibat pengunaan kapasiti yang berlebihan. Dalam bahasa pasarnya, rumah pam tu dah TERGUNA LEBIH MUATAN!! Mak Lampir ni nak salahkan Syabas semata-mata, dia tau ke siapa punya kerja sebenarnya ni? Syabas sebenarnya sudah menghantar report dari kepada Kerajaan Negeri Selangor. Ya lah orang nak ambil alih Syabas, takkan nak luluskan CAPEX atau segala penambahbaikan. Nanti takder alas an nak cakap Syabas tak buat kerja. Untuk pengetahuan Mak Lampir dan pembaca semua. Khalid sengaja menyekat CAPEX untuk kegunaan Syabas dari tahun 2009 lagi. Sedangkan Syabas dalam laporannya menyatakan, CAPEX tersebut untuk kegunaan baik pulih fasiliti air dan NRW disekitar Lembah Kelang. Maknanya baik pulih alatan, pam, fasiliti dan paip-paip air. Syabas dah Nampak permintaan air meningkat tapi Kerajaan Khalid masih buta lagi.. Sejak pada itu, Kerajaan Negeri Selangor langsung tidak membantu Syabas, malah sering mensabotaj dalam apa jua usaha Syabas untuk memajukan taraf perkhidmatannya. Bila terjadinya perkara seperti ini, pada siapa yang harus kita salahkan? Pada Syabas? Atau pada orang yang mensabotaj Syabas? Kerajaan Negeri Selangor mempunyai peratusan saham dalam Syabas. Sepatutnya pemegang syer saham Kerajaan Negeri Selangor dalam Syabas maklum atas perkara ini. Namun demi politik sempit, mereka sengaja biarkan Syabas bergelut untuk menguruskan air di Lembah Kelang. Agaknya dalam board meeting, pengarah yang mewakili Kerajaan Negeri pun menentang segala usaha penambahbaikan yang diketengahkan!! Sudah la CAPEX di sekat, hutang Kerajaan Negeri Selangor kepada Syabas sebanyak RM2 billion juga tidak dibayar. Jadi macam mana Syabas nak uruskan baikpulih jikalau ada paip, fasiliti atau pam yang rosak? Ini semua perancangan sulit Khalid untuk menjahanamkan Syabas. Bila Syabas dah tak mampu nak menguruskan air di Selangor. Khalid akan menjadi 'hero' dengan membeli Syabas dengan harga yang rendah. Kononnya pembelian itu untuk menyelamatkan Syabas dan demi penstrukturan air di Selangor. Kata Khalid, penstrukturan air di Selangor, boleh membantu air di Selangor lebih cukup dari sekarang. Serius Mc tak faham apa kena mengena penstrukturan air dengan masalah kekurangan air di Selangor. Kadang-kadang politik Khalid Gagap ni buat perkara yang tak masuk akal. Mungkinkah akal Khalid tak setaraf dengan akal-akal kita semua? Sebab tu kita tak dapat faham apa yang dia fikirkan! he he.. Kepada Mak Lampir Zuraida, kalau taktau isu dan sebab musabab perkara ini. Mc harap Mak Lampir perlu mengajukan soalan ini pada Khalid, kenapa tak luluskan CAPEX pada Syabas? Apa punya teruk puak ni, nak suruh buat kerja cantik, tapi duit tak bagi, disekat, hutang taknak bayar. Macam mana orang nak buat kerja? Kalau Mc jadi Syabas, dah lama Mc sabotaj air kat rumah Khalid, biar dia rasa macam mana rakyat diseluruh Lembah Kelang rasa bila takdak air. Orang tak berapa cerdik macam Khalid nak kena ajar macam tu saja. he he.. McTheory: Khalid bebal, Zuraida bengong, sesuai la dua ekor ni.. hehe.. Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone | ||||||||
TUDIAA!! 20 Ribu Mahasewel Pakatan Memberontak Naik Lori Telur? Posted: 03 Jan 2013 07:18 PM PST
Semalam bertempat di Dataran Merdeka Seramai 20
Perkara yang melucukan ialah tadi aku perhatikan mereka bawa sebuah lori yang selalu kita nampak menganggkut 'TELUR AYAM' dan dibelakangnya mereka letak khemah...Lori sekarang ini trademark puak Pakatan Rakyat ke apa ni...kikiki... KANG KENA TAHAN POLIS DAN JPJ UMNO JUGA DISALAHKAN!!!KAHKAHKAH Memang epik gila!!!hahaha
Kesemua mereka malu hendak mengaku yang mereka menyokong Pakatan Rakyat..tapi bila ditanya adakah mereka menyokong Barisan Nasional maka mereka maki hamun BN kata Perompak Rakyat dan macam-macam lagi perkataan Hina yang tidak melambangkan mahasiswa cerdik...
Kehadiran seramai 20 Lucu juga..mereka yang tidak mengaku mendapat 1 sen pun duit Pakatan Rakyat malu dan merasakan diri mereka hina jika mengaku mereka menyokong pakatan rakyat. Sumber asal Harapan Esok McTheory: kah kah kah.. macam-macam pelik la perangai puak sewel ni.. | ||||||||
PANASS TERKINI!! Akhirnya Kes Madrasah Salihiah Diselesaikan Luar Mahkamah!! #TukarKedah Posted: 03 Jan 2013 04:36 PM PST Masih ingat dengan peristiwa Madrasah Salihiah? Madrasah yang berumur 103 tahun, terletak diatas tanah wakaf. Madrasah ini juga yang mahu dirampas oleh Pas untuk dibangunkan tanah wakafnya menjadi Shopping Mall. Punca begini, waris tanah wakaf tersebut, memberi amanah kepada MAIK untuk uruskan Madrasah terbabit, namun MAIK salahguna amanah dengan menjual tanah wakaf tersebut kepada taukeh cina dari Penang untuk projek Shopping Mall. Semuanya atas nasihat dan saranan dari Pas Kedah. Patutkah sebuah jabatan agama, menjual tanah wakaf yang diwakafkan untuk dijadikan madrasah dan surau? Kalau dijual untuk dibangunkan menjadi tempat yang elok-elok takpa juga. Tapi, tapak wakaf madrasah dan surau, hendak dijadikan shopping mall, yang dah tentunya akan ada banyak maksiat. Bersungguh-sungguh Pas Kedah dan MAIK mahu merampas tanah wakaf. Dengan harapan, mereka boleh robohkan Madrasah dan surau terbabit untuk jadikan shopping mall. Lawak betul, sebuah parti Islam dan jabatan agama Islam, mahu rampas tanah wakaf untuk dijadikan shopping mall? ha ha ha.. dunia sudah terbalik! Disebabkan kejadian pelik itulah, waris tanah wakaf dan rakyat Kedah yang prihatin bangkit mempertahankan Madrasah Salihiah. Malah mereka bertekad untuk mempertahankan Madrasah sehingga ketitisan darah yang terakhir. Pelbagai onak dan duri yang mereka hadapi untuk mempertahankan madrasah salihiah. Pelbagai orang politik, NGO dan segala agensi mereka merayu untuk bantu bersama namun segala usaha gagal. Laporan polis, laporan SPRM, malah memfailkan kes ini ke mahkamah untuk mempertahankan madrasah terbabit. Di mahkamah pun pihak madrasah menghadapi pelbagai rintangan. Akhirnya mereka hanya berharap pada jalan terakhir, iaitu mengadap menyembah duli yang maha mulia Sultan Kedah, yang kini menjadi YDP Agong. Setelah mereka adukan permasalahan mereka pada Yang Dipertuan Agong, akhirnya YDP Agong dengan bijaksananya menyelesaikan perkara yang genting ini dengan mudah. Setelah berbincang panjang lebar diantara pihak Istana dan pihak madrasah. Pihak madrasah setuju untuk memberikan tanah wakaf terbabit pada kerajaan negeri untuk dimajukan. Kerana, Kerajaan Negeri perlu ganti tanah wakaf terbabit dengan saiz yang sama dan tidak jauh dari tapak asal wakaf. Maksudnya dalam qariah yang sama. Kemudian, MAIK terpaksa memulangkan wang rm1.43juta kepada pewaris madrasah. Kerana tanah wakaf itu asalnya milik pewaris madrasah. Jadi duit itu hak pewaris. Akhirnya segala permasalahan selesai begitu saja. Semua ini atas kebijaksanaan YDP Agong, merangkap Sultan Kedah. Kalau harap kerajaan negeri Kedah, sampai kiamat pun tak selesai hal ini. Apa yang kerajaan negeri Kedah tahu, rampas tanah, buat serupa hak mak bapak depa punya, tanpa sebarang ganti rugi atau ganti tapak. Selamatlah Sultan Kedah dengan adil menyelesaikan permasalahan ini. Mc harap, lepas ni tidak ada lagi sengketa yang berlaku kat madrasah tu. Cuma Mc terkilan dengan kerajaan Pas Kedah, kenapa nak tunggu Sultan Kedah selesaikan? Pas Kedah taktahu hukum hakam ke? Atau Pas Kedah lebih nampak hukum DUIT dan harta DUNIA dari hukum akhirat. Jadi mereka pun sanggup gadaikan tanah wakaf untuk meraih sumber kewangan. Teruk betui la Kerajaan Pas Kedah ni. Mengaku Islam tapi kerja tak macam orang Islam pun. Alhamdullilah.. selesai sudah masalah Madrasah Salihiah. Apakah KUIN juga perlu mengadap bantuan dari YDP Agong untuk selesaikannya? Kalau semua YDP Agong nak selesaikan, Pas Kedah jadi kerajaan buat apa? McTheory: Pas Kedah tak layak jadi Kerajaan Negeri, jadi tukang kutip sampah layak la!! |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment