UMNO Online - “Kalimah Allah : 10 NGO Kuala Muda Desak Guan Eng Mohon Maaf” plus 9 more |
- Kalimah Allah : 10 NGO Kuala Muda Desak Guan Eng Mohon Maaf
- Antara Keberanian PM Ke Gaza Dan Retorik Mati Syahid Pas
- Orang Ramai Diminta Waspada Sindiket Penipuan Lesen BL1M
- BN To Approach Fence Sitters To Clarify Issues
- Jangankan Kabinet Bayangan, Jawatan PM Pun Gagal Dimuktamadkan Pembangkang
- Jabu Challenges Radio Free Sarawak To Operate Locally
- Wanita UMNO Diminta Peka Isu Semasa Menjelang PRU 13 – Shahrizat
- Perhimpunan Bakar Bible Tidak Berasas, Sengaja Digembar Gembur – Hishammuddin
- Kritik, Perlekeh Lawatan PM Ke Gaza – Penyakit Orang Dengki Dan Busuk Hati
- Penuntut Luar Negara Perlu Cerita Kebenaran
Kalimah Allah : 10 NGO Kuala Muda Desak Guan Eng Mohon Maaf Posted: 25 Jan 2013 04:15 AM PST SUNGAI PETANI, 25 Jan – Anggota 10 badan bukan kerajaan (NGO) daerah Kuala Muda pada Jumaat mengadakan demontrasi aman bagi mendesak Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memohon maaf secara terbuka berhubung penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu. Demonstrasi di hadapan Masjid Sultan Muzaffar Shah di sini selepas solat Jumaat itu disertai puluhan umat Islam antaranya mewakili Persatuan Masyarakat Sejahtera Harmoni Kuala Muda (Maksum), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kedah, Perkasa Kuala Muda dan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) cawangan Sungai Petani. Naib Pengerusi Maksum Rashid Hanafi berkata mereka memberi tempoh 48 jam kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu membuat permohonan maaf secara terbuka atau berhadapan dengan lebih banyak bantahan daripada masyarakat Islam. “Kami juga mahu dia (Lim) menghormati masyarakat Islam negara ini sebagaimana kita menghormati bangsa lain,” katanya kepada pemberita. Ketua cawangan PBTM Sungai Petani, Mohd Sattar Mohd Saad meminta pemimpin-pemimpin Islam Malaysia bersatu hati menghadapi pakatan pembangkang khususnya DAP untuk menegakkan hak Islam. “Kita tidak mahu nama Allah digunakan di dalam Bible,” katanya. |
Antara Keberanian PM Ke Gaza Dan Retorik Mati Syahid Pas Posted: 25 Jan 2013 04:03 AM PST Tika ini Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan anggota rombongannya sedang berada di Semenanjung Gaza, Palestin bagi memenuhi jemputan rasmi Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan undangan peribadi daripada Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh. Jemputan dari Mahmoud Abbas itu disampaikan kepada Dato' Seri Najib pada 3 Disember 2012 melalui Timbalan Pesuruhjaya Hubungan Antarabangsa Al Fatah Palestin, Dr Abdullah M.I. Abdullah. Manakala undangan daripada Ismail Haniyeh diterima pada 11 Disember 2012. Akhirnya 22 Januari 2013 sekitar 4.40 petang waktu Malaysia, Dato' Seri Najib dan anggota rombongannya tiba di Semenanjung Gaza, Palestin. Turut serta ialah isteri PM, Datin Seri Rosmah Mansor. Buat julung kalinya lagu NegaraKu berkumandang di Palestin sebagai meraikan detik bersejarah itu, sesuatu yang agak membanggakan ramai rakyat Malaysia setelah berpuluh tahun negara ini menjadi rakan setia menyokong perjuangan rakyat Palestin dalam menghadapi keganasan Israel. Tapi bagi segelintir penyokong pembangkang khususnya dari PAS dan PKR, mereka melihat keberanian PM melawat Palestin hanyalah satu propaganda politik untuk mencapai kelebihan sempenan PRU 13. Samada dalam media sosial seperti facebook, twitter, portal mahupun di dunia nyata itulah yang mereka perkatakan. Ada sebabnya mereka memfokuskan hal demikian, salah satunya bertujuan untuk menghalang perhatian umum daripada mengimbas kembali kenyataan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang pernah berikrar untuk menjamin dan menjaga keselamatan negara Israel. Bagi sebahagian besar rakyat negara ini pula, mereka melihat langkah berani Dato' Seri Najib memijak bumi Palestin khususnya Semenanjung Gaza sebagai sejarah besar yang tidak mungkin dilupakan, lebih-lebih lagi baru sahaja 2 bulan yang lalu rakyat negara itu diancam kekejaman tentera Israel. Lagipun keprihatinan Dato' Seri Najib dengan nasib umat Islam di wilayah bergolak sudah terbukti keikhlasannya. Dan ini bukanlah kali pertama Dato' Seri Najib sanggup berdepan dengan risiko kehilangan nyawa di wilayah yang sedang dilanda keganasan perang. Sekitar Disember 2009 dulu, PM juga pernah mengambil risiko yang sama apabila melawat Selatan Thailand bagi mengusahakan rundingan gencatan senjata diantara anggota pemisah Selatan Thai dengan Kerajaan Thailand, sekalipun tika itu letupan bom dan serangan hendap masih belum reda. Sedangkan Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri pun pernah mengakui ketakutannya untuk memijak bumi Selatan Thai kerana bimbang terkena tembakan. Nampak sangat kebaculannya. Memalukan. PAS yang sering menanam semangat perjuangan kepada ahli dan penyokongnya untuk mengejar ganjaran mati syahid, sedar tak sedar rupa-rupanya pemimpin utamanya sendiri tak sanggup menempuh risiko demikian kerana takut mati syahid serta terlampau sayangkan pangkat dan darjat duniawi. Sedangkan UMNO yang saban hari dituduh anti Islam dan tidak Islamik oleh PAS, namun para pemimpinnya tidak pula dilanda gundah atau ketakutan untuk menempuh cabaran besar kehilangan nyawa dan syahid tatkala membantu umat Islam di wilayah yang sedang bergolak. Inilah perbezaan nyata antara pemimpin UMNO dengan PAS. isuhot.com |
Orang Ramai Diminta Waspada Sindiket Penipuan Lesen BL1M Posted: 25 Jan 2013 03:29 AM PST KOTA KINABALU, 25 Jan – Orang ramai khususnya golongan belia disaran tidak terpedaya dengan sindiket penipuan pendaftaran program Bantuan Lesen 1Malaysia (BL1M) kelolaan Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) Pemuda Barisan Nasional. Pengerusi SHEB Pemuda UMNO, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin berkata langkah berwaspada itu berikutan pihaknya mengesan 27 kes sindiket terbabit di Kedah yang menawarkan perkhidmatan mengedarkan borang secara manual dan mengutip bayaran tunai. “Kita ingin tegaskan di sini bahawa kami tidak melantik mana-mana ejen individu dan kita tidak melakukan transaksi secara tunai. “Kami hanya menerima bayaran RM199 menerusi kiriman wang kepada My E.G. Services Bhd selaku vendor bagi mengurus program itu,” katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Pengerusi SHEB Pemuda UMNO Sabah, Bahrul Razha Chuprat di sini hari ini. Tengku Azman berkata pihaknya akan mengambil insiatif terbaik menangani perkara itu memandangkan masih dalam peringkat prapendaftaran dan ia akan dibuka secara rasmi bermula 1 Feb hingga 14 Feb ini. Beliau berkata pihaknya menyasarkan 35,000 penyertaan golongan muda dari negeri ini. Katanya program yang menarik semua golongan belia itu mendapat sambutan baik menerusi prapendaftaran yang diterima setakat ini termasuk 3,876 orang di Sabah. Beliau berkata pihaknya menerusi penolong setiausaha Pemuda UMNO Bahagian di di kesemua 222 kawasan Parlimen akan mengadakan pelbagai promosi untuk menarik minat golongan belia terutama menangani masalah golongan muda yang tidak mempunyai lesen di negara ini. Program yang menyasarkan 500,000 pemohon dalam kalangan orang muda itu menawarkan kursus bagi mendapatkan lesen motosikal kelas B2 pada kadar RM199, iaitu 50 peratus lebih rendah daripada harga biasa. Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dipetik berkata program BL1M terbuka kepada warganegara berusia antara 17 dan 40 tahun dan yuran RM199 meliputi permohonan lesen, gambar, kelas latihan amali, ujian teori undang-undang berkomputer dan praktikal di institut memandu. Orang awam yang berminat boleh mendaftar nama untuk menikmati insentif program itu melalui laman sesawang www.bl1m.my mulai hari ini dan mereka yang terpilih akan dihubungi setelah program itu dilancarkan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka melancarkan program itu pada akhir bulan ini. |
BN To Approach Fence Sitters To Clarify Issues Posted: 25 Jan 2013 03:20 AM PST MUAR, Jan 25 – The Barisan Nasional (BN) will use the time left before the general election to explain and clarify current issues to fence sitters so that they would not be deceived by the opposition. BN deputy chairman Tan Sri Muhyiddin Yassin said with the political crisis faced by the opposition pact and the lies spread by them, many voters were confused to the extent that they did not know which party to support. “This normally happens whether in by-elections or the general election where some of the voters refuse to state their stand or have yet to make a decision. “In politics, these voters are categorised as fence sitters. It’s not that they are sitting on a fence, because during the election they will choose A or B or any political party. “In a situation when the opposition is facing a political crisis and is resorting to lies, the voters will be confused,” he said. Muhyiddin disclosed this to reporters after attending the Pagoh Overseas Umno Club’s MyAid Programme 2012 at the Sekolah Panjang Sari Hall, here today, which was also attended by his wife, Puan Seri Noorainee Abdul Rahman. Muhyiddin, who is also the Deputy Prime Minister, said this when commenting on the study carried out by University of Malaya’s Study Centre for Democratic Elections (UMCDEL) on the issue of fence sitters. He said that the existence of a negative social media had also resulted in a confusion and as such, the BN would address the problem by making clarifications. “We will give clarifications if there are certain issues which they don’t understand especially as the general election is fast approaching and causing more people to be confused. “This is because one group will say something, while another group will say semething else. “Many will not understand as they may not have enough information and are easily influenced. That’s why in the next few months, BN will try to provide information and clarifications to them,” he said. Muhyiddin also said there were significant differences of opinion among the opposition especially concerning several major issues such as the use of the term ‘Allah’ which showed that they did not have a common stand. |
Jangankan Kabinet Bayangan, Jawatan PM Pun Gagal Dimuktamadkan Pembangkang Posted: 25 Jan 2013 03:10 AM PST KUALA LUMPUR, 25 Jan – Kabinet bayangan yang dijanjikan oleh pakatan pembangkang untuk dipaparkan kepada rakyat sekiranya mereka mendapat mandat berkerajaan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 tidak mungkin menjadi realiti biarpun janji tersebut telah dilontarkan lebih empat tahun yang lalu. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Tiang, Suraya Yaacob menganggap bahawa kabinet bayangan yang dijanjikan pakatan pembangkang tidak akan menjadi realiti memandangkan jawatan Perdana Menteri di kalangan mereka pun terus menjadi persoalan. "Sepatutnnya adalah nama yang diangkat untuk mengepalai satu pentadbiran negara apatah lagi cita-cita pakatan pembangkang ini mahu menawan Putrajaya tetapi malangnya sehingga ke hari ini pemimpin tertinggi antara ketiga-tiga parti masih terus berdolak-dalik," katanya kepada UMNO-Online. Ujar beliau, dari awal kemenangan pakatan pembangkang ke atas lima negeri selepas PRU ke-12 hinggalah ke hari ini mereka telah meletakkan angan-angan tinggi iaitu mahu mengubah pentadbiran kerajaan Persekutuan daripada Barisan Nasional (BN) kepada kepimpinan mereka sendiri. "Masalahnya siapa yang bakal mengisi jawatan kabinet itu malah untuk jawatan Perdana Menteri pun rakyat terus keliru kerana tingkah setiap parti berbeza-beza tanpa ada kesepakatan. "Bayangkan, dalam muktamar Pas baru-baru ini pun anggotanya mahukan Haji Hadi sebagai calon Perdana Menteri sedangkan dalam Konvensyen DAP kemudiannya mereka meletakkan Anwar Ibrahim, namun dalam ketiga-tiga parti itu tidak pula diputuskan sehingga ke hari ini. Rakyat tertanya-tanya siapa sebenarnya bakal Perdana Menteri mereka dalam pakatan pembangkang." Jelas beliau, sewajarnya sebagai parti politik yang berjiwa besar dan mempunyai matlamat politik untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan pusat maka pakatan pembangkang mempunyai perancangan yang konsisten yang tidak berubah-ubah sebagaimana yang berlaku sepanjang penggal ini. "Inikah pemimpin yang mahu diangkat sebagai contoh untuk dipatuhi sedangkan dalam pakatan pembangkang itu sendiri penuh dengan penipuan dan sandiwara kepada rakyat walhal rakyat mahukan kebenaran. "Lebih malang lagi apabila ada pihak yang mempersoalkan kewajaran atau fakta yang diperkatakan oleh kepimpinan pakatan pembangkang maka jawapan yang diterima bukanlah penjelasan sebaliknya dibidas dengan jawapan jika tidak percaya samanlah walhal rakyat hanya mahukan ketelusan." Beliau yang juga Exco Pergerakan Wanita UMNO Malaysia menganggap pakatan pembangkang lebih banyak menyusahkan rakyat dengan memutarbelitkan fakta, mengelirukan dan membuat manipulasi apabila sesuatu penjelasan diminta. "Seorang pemimpin yang bertanggungjawab tidak akan meletakkan sebarang beban atas rakyat namun dengan pelbagai manipulasi dan pembohongan pakatan pembangkang sebagaimana janji kabinet bayangan yang gagal direalitikan maka banyak lagi penipuan akan dibuat menjelangnya PRU ke-13 ini," ujarnya lagi. - MediaUMNO |
Jabu Challenges Radio Free Sarawak To Operate Locally Posted: 25 Jan 2013 03:04 AM PST KUCHING, Jan 25 - Radio Free Sarawak (RFS) should operate locally in the state if they are really run by genuine Sarawakians, state Deputy Chief Minister Tan Sri Alfred Jabu said here, today. He said it was wrong for the radio service, which is currently broadcasted from outside Malaysia, to involve foreigners in their attempts to tarnish the image of the Sarawak government by trying to poison the minds of the people. Speaking to reporters after witnessing the signing of Petronas’ sponsorship to the Dayak Cultural Foundation here, he said RFS had also foregone ethics and moral in getting foreigners to sponsor their activities. However, he believed that the people in Sarawak would not be easily fooled by the lies spread by the station, which allegedly targets rural folks in the state. “We believe every report made should be based on true facts and its up to the people to judge what they (RFS) had reported,” he added. Meanwhile, Petronas contributed RM150,000 to the Dayak Cultural Foundation to assist efforts to preserve, nurture and promote the Dayak culture, in line with the national oil company’s continuous commitment to the preservation of Malaysia's traditional arts. Petronas’ group corporate affairs division senior general manager, Datuk Mohammad Medan Abdullah and Dayak Cultural Foundation's Managing Trustee, Tan Sri Datuk Amar Leonard Linggi Tun Jugah signed the sponsorship agreement. |
Wanita UMNO Diminta Peka Isu Semasa Menjelang PRU 13 – Shahrizat Posted: 25 Jan 2013 02:49 AM PST KEMAMAN, 25 Jan – Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil meminta semua jentera sayap parti itu peka dengan perkembangan isu semasa bagi menangkis tohmahan dan fitnah pembangkang, lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13). Beliau berkata pembangkang akan memperhebat tohmahan dan fitnah selain membangkitkan pelbagai isu untuk menyerang kerajaan Barisan Nasional bagi meraih undi rakyat, dan ketika inilah Wanita UMNO perlu memberi penjelasan kepada akar umbi berhubung perkara sebenar. “Secara umumnya, Wanita UMNO sudah bersedia menghadapi PRU-13 ini kerana kita sudah mulakan gerak kerja sejak empat tahun lalu bagi memantap dan mengukuhkan parti, malah kita sudah turun padang ke semua negeri sebanyak tiga kali. “Namun, saya sangat berharap agar jentera pilihan raya bersiap sedia dengan perkembangan isu semasa bagi menangkis serangan dan fitnah kepada kerajaan BN,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis sambutan Maulidur Rasul anjuran Wanita UMNO Kemaman yang disempurnakan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said. Berdasarkan maklum balas dan hasil gerak kerja selama ini, Shahrizat mengakui Wanita UMNO menerima banyak sokongan daripada akar umbi dan perkara itu sesuatu yang menggerunkan pihak lawan. Bagaimanapun, beliau tidak mahu jentera sayap parti terbesar UMNO itu berada di zon selesa dengan penerimaan baik rakyat akar umbi itu, sebaliknya terus bekerja kuat bagi memastikan BN menang besar pada pilihan raya kali ini. Mengulas berhubung isu Terengganu belum pernah mempunyai Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) wanita, Shahrizat berkata beliau sangat berharap Menteri Besar memberi peluang kepada calon golongan itu bertanding pada PRU-13. “Sebagai Ketua Wanita, saya akan terus memujuk Pengerusi Badan Perhubungan BN negeri untuk meletakkan calon wanita yang berkaliber dan berbakat, namun dalam masa sama, sangat menghargai usaha Menteri Besar Terengganu yang banyak memartabat pemimpin wanita dengan melantik Ketua Wanita UMNO Bahagian Marang Toh Puan Zaitun Mat Amin sebagai Anggota Dewan Negara. “Kalau ada rezeki, manalah tahu… rezeki di tangan Allah, kita hanya ikhtiar dan usaha agar Terengganu mempunyai calon wanita kali ini,” katanya. Kali terakhir Terengganu mempunyai Anggota Dewan Undangan Negeri wanita ialah pada 1960-an, dan selepas itu, hampir 40 tahun portfolio kebajikan wanita dipegang Exco lelaki. |
Perhimpunan Bakar Bible Tidak Berasas, Sengaja Digembar Gembur – Hishammuddin Posted: 25 Jan 2013 02:41 AM PST PUTRAJAYA, 25 Jan - Dakwaan kononnya akan berlaku upacara membakar Bible versi bahasa Melayu di Butterworth Ahad ini adalah tidak berasas dan sengaja digembar-gembur pihak tertentu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein. Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak dapat mengambil pendekatan rasional dan bertenang. “Menerusi makluman yang diterima daripada Perkasa (Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia) sendiri dan setelah ditanya kepada tuan punya badan, mereka menafikannya (upacara membakar bible),” katanya di sini hari ini. Beliau berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak mengambil mudah dan sentiasa memantau perkara itu. “Sesiapa yang menyebarkan berita palsu itu akan didedahkan. Saya berjanji dan beri jaminan perkara yang ada asas, kita akan teliti dan siasat,” katanya. Ahad lepas Polis Pulau Pinang menerima laporan daripada seorang paderi yang menemui risalah bertulis ‘jom bakar…pesta bakar bible Melayu demi masa depan cucu kita’ yang diletak di dalam peti surat di sebuah gereja di negeri itu. Terdahulu Hishammuddin hadir pada majlis penyerahan MyKad kepada B. Dinesh Kumar, 26, dan B.Reshina, 18, yang tercicir daripada mendapat MyKad berikutan masalah ketiadaan dokumen walaupun kedua ibu bapanya A. Maria, 52, dan R. Batumanathan, 54, adalah warganegara. Dalam perkembangan lain, Hishammuddin menegaskan tiada sesiapa pun boleh terlepas daripada tindakan undang-undang termasuk petugas Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang disyaki terbabit dalam sindiket menjual bayi. “Tiada maaf bagi sesiapa yang terbabit dalam kes ini…ramai lagi yang terbabit kerana sindiket itu bukan di kesan di negara ini sahaja sebaliknya di peringkat antarabangsa juga,” katanya. Media melaporkan kejayaan polis menumpaskan satu sindiket penjualan bayi di Pulau Pinang yang didalangi seorang wanita tempatan sejak tiga tahun lalu yang dipercayai mengaut keuntungan mencecah RM25,000 untuk seorang bayi. Wanita berusia 50-an itu dikesan turut bersekongkol dengan seorang doktor klinik swasta dan seorang petugas JPN. |
Kritik, Perlekeh Lawatan PM Ke Gaza – Penyakit Orang Dengki Dan Busuk Hati Posted: 25 Jan 2013 02:22 AM PST KUALA LUMPUR, 25 Jan – Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari menyifatkan kenyataan Ketua Pembangkang itu dan kenyataan Ketua Pemuda Pas, Nasruddin Hassan yang memperlekehkan lawatan Perdana Menteri ke Gaza, merupakan kenyatan yang datang dari orang yang busuk hati dan dengki terhadap keberanian Najib melawat Palestin untuk meninjau sendiri keadaan umat Islam di sana. Menurutnya, hari ini apa saja yang dilakukan oleh Perdana Menteri (PM) dan juga kerajaan BN hari ini akan dipandang serong dan diputar belit oleh pihak pembangkang dalam usaha mereka untuk memburukkan imej kerajaan di mata rakyat di negara ini. "Ini semua kenyataan yang bersifat dengki dan iri hati. Jelas puak pembangkang ini tak dapat nak sembunyikan rasa dengki dan iri hati mereka terhadap keberanian PM kita bila beliau sendiri melawat Palestin untuk meninjau keadaan umat Islam di sana. "Memang kita pelik melihat cara pemikiran puak pembangkang ini. Apa saja yang kerajaan lakukan semuanya mereka kecam dan kritik. Sampaikan PM ke Palestin yang sudah pastinya dengan tujuan yang baik, bukan untuk berpolitik atau berkempen pun dikecam sebegitu rupa. Inilah sikap pembangkang yang ego dan merasakan diri mereka lebih bagus dari orang lain," tegas beliau kepada UMNO Online di sini hari ini. Tambahnya, puak pembangkang juga hanya tahu bercakap dan mengkritik tetapi dari segi perlaksanaan langsung tidak ada. "Mereka ini suka cakap bergegar-gegar, tapi takda perlaksanaan dalam tindakan. Bila bab isu Palestin merekalah konon-kononnya jadi juara, tetapi bila PM sendiri melawat bumi anbiya itu, mereka kecam dan tuduh macam-macam. "Sepatutnya perkara-perkara baik yang dilakukan oleh kerajaan, tak payahlah kondem. Apatah lagi dalam isu Palestin yang sudah tentunya merupakan isu umat Islam sedunia dan bukan hanya di negara ini. Sepatutnya benda baik kita sokong, bukan kritik dan kutuk sana, kondem sini," ujarnya lagi. Justeru itu beliau menasihati kepimpinan Pakatan Pembangkang terutama Pas dan PKR agar berfikiran lebih matang dan terbuka dalam memberikan sebarang kritikan dan komen terhadap kerajaan. "Kita boleh lihat hari ini, apa saja kebaikan yang dilakukan oleh kerajaan baik di dunia mahupun di dalam negeri, semuanya dikecam dan dikritik oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang. Seolah-olah apa yang mereka buat itu baik belaka dari orang lain. "Jika beginilah sikap kepimpinan Pakatan Pembangkang, bagaimana mereka mahu menjadi pemimpin negara yang adil dan bijaksana? Mereka sendiri hari ini jelas tidak tahu untuk menilai samada perkara itu baik atau pun tidak. Apa yang mereka tahu, hanyalah untuk membuat provokasi untuk menghasut rakyat membenci kerajaan. Itu saja…," akhiri beliau. -MediaUMNO |
Penuntut Luar Negara Perlu Cerita Kebenaran Posted: 25 Jan 2013 02:17 AM PST KUALA LUMPUR 25 Jan – Penuntut luar negara harus berani menceritakan kepada masyarakat bahawa kehidupan di negara ini adalah lebih baik berbanding negara luar kerana mereka mempunyai pengalaman tinggal di negara berkenaan. Menteri Belia dan Sukan, Datuk Sero Ahmad Shabery Chik berkata penuntut terbabit mempunyai banyak kelebihan mengenai apa yang berlaku berbanding dengan penuntut yang menuntut di institusi pengajian tinggi tempatan. Menurutnya, sistem pendidikan sekarang membenarkan penuntut di pusat pengajian tinggi terbabit dalam politik dan telah diambil kesempatan oleh pembangkang menggunakan mereka untuk berceramah dan bercakap di pentas politik mengutuk kerajaan. "Walaupun `group-group' pembangkang ini kalah (pemilihan wakil pelajar) ketika bertanding, mereka ini adalah segelintir yang kecil yang aktif, mereka sanggup mengutip derma, mereka sanggup naik pentas Pas, pentas DAP untuk memburukkan kerajaan, ini adalah cabaran yang terpaksa kita lalui. "Bagi saya, anda yang berpeluang belajar di luar negara mempunyai kelebihan lebih besar berbanding peunutut dalam negara dan menceritakan perkara yang sebenar," katanya di majlis pelancaran Program My Aid – Kelab UMNO Luar Negara di ibu negara. Ikuti butiran lanjut ucapan Ahmad Shabery di umno youtube. |
You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment