Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Setarafkah Amanat Hadi dengan amanat Nabi?

Posted: 25 Jan 2013 07:17 AM PST


Jika benar Hadi Awang ni ulamak pewaris nabi, sudah tentu dia takkan buat buat amanat yang merosakan ukhwah umat Islam di Malaysia. Sepatutnya Hadi mencari jalan untuk menyatukan umat Islam, bukannya dengan membuat amanat jahat bermotifkan politik.

Akibat amanat jahat inilah yang terjadinya peristiwa Memali di Baling. Paling menyedihkan bila berlaku pemberontakan dan mereka yang menentang kerajaan ini dianggap mati syahid. Mayat mereka tidak dimandikan malah ditanam begitu saja.

Siapa agaknya nak menanggung dosa mereka ini? Hadi nak tanggung ke? Atau Nik Aziz sanggup untuk menanggungnya? Fikir la wahai saudara ku sesama Islam.

McTheory:
Ulamak akhir zaman.. salahguna agama untuk kepentingan diri.

PANASS!! Video Jamil KUIN Lari Ketika Soal Jawab Dengan Staff Di Dedahkan!!

Posted: 25 Jan 2013 04:37 AM PST


Rakaman suara diatas telah dirakam ketika perjumpaan antara barisan kepimpinan pentadbiran KUIN dengan semua staff pada 15 Januari lalu..Dalam perjumpaan inilah menyebabkan Jamil serta konco konconya lari meninggalkan dewan kerana takut ditanya dengan soalan soalan Panas..

Klik SINI untuk baca artikel "Jamil Lari Nak Jawab Soalan Staff" dan Klik Sini untuk artikel berkenaan KUIN

TUDIAA!! Kalimah Allah Tak Eksklusif Seperti Mana Tokong 'Penang'!!

Posted: 25 Jan 2013 01:17 AM PST


Ramai yang terkejut dengan laporan akhbar semalam yang menyatakan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Tokong Lim Guan Eng, sekali lagi mengulangi bahawa apa jua acara baru atau yang pertama kali diadakan yang ingin menggunakan perkataan 'Penang', perlu mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri lebih dahulu. Alasannya ialah untuk memastikan penglibatan parti politik mana agar tidak disalahguna. Kenyataan tersebut dibuat sebagai membidas penganjuran Penang Run 2013 pada Hari Thaipusam.

Memandangkan acara tersebut disokong oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri, maka kenyataan Tokong Lim ini dengan sendirinya membawa maksud bahawa Jabatan tersebut telah dinafikan kuasa untuk meluluskan sesuatu acara, sekali gus menunjukkan cengkaman kuat kuku besi sang Tokong.

Tidak pernah dalam sejarah, seorang Ketua Negeri mengambil langkah sebegitu angkuh dengan memilik-sendirikan nama negerinya bagaikan hak mutlak keturunannya. Bagaimana jika kerajaan persekutuan meletakkan syarat agar parti pembangkang mendapatkan kelulusan sebelum menggunakan nama Malaysia di dalam acara mereka?

Bagaimana pula dengan Pakatan Rakyat menyalahgunakan nama 'Rakyat' dalam nama parti itu dan juga dalam acara-acara anjuran mereka, seperti Himpunan Kebangkitan Rakyat"? 'Rakyat' dalam konteks PR hanya membawa satu maksud, iaitu 'rakyat Malaysia' sedangkan parti itu tidak mewakili semua rakyat. Malah majoriti rakyat menolak PR sepertimana yang dapat dilihat dengan jelas dalam HKR#112 di mana hanya 45,000 sahaja 'rakyat' yang terlibat.

Jika mengikut logik Tokong Lim yang tak tahu mengira atau sengaja menipu undi, PR wajib mendapatkan kebenaran dari seluruh rakyat sebelum menggunakan nama Rakyat dalam setiap program mereka. Ini kerana, penyalahgunaan nama 'rakyat' boleh menimbulkan salahfaham kononnya semua rakyat terlibat dalam program PR tersebut.

Nampaknya, semakin dekat pilihanraya, semakin terserlah pula segala perangai buruk si Tokong Lim Guan Eng ini. Tidak cukup dengan ingin merampas hak agama Islam, iaitu Kalimah Allah, untuk diguna di dalam kitab Kristian, kini beliau ingin menafikan hak rakyat Pulau Pinang ke atas nama negeri mereka sendiri.

Tindakan Guan Eng ini dilihat sebagai satu paranoia, iaitu takutkan bayang-bayang sendiri, sentiasa merasa tidak selamat dan tidak percaya kepada sesiapa sahaja. Seorang Ketua Menteri yang mendapat sokongan rakyat tidak mungkin akan mengalami paranoia sebegini. Jelaslah, bahawa Guan Eng cukup sedar bahawa rakyat Pulau Pinang membencinya.

Bukan kita tidak tahu yang Guan Eng membenci kaum lain, maka adalah perkara biasa jika benci dibalas benci. Bagaimana rakyat boleh menghormati dan menyayangi Ketua Menteri yang tidak mempercayai mereka dan sentiasa merancang untuk 'menghalau' mereka?

Inilah dikatakan bahawa politik DAP adalah politik rasis. Sikap rasis membawa rasa benci yang ekstrem. Dan ekstremisme pula membawa kepada tindakan tidak rasional dan seterusnya, bodoh. Hanya politikus yang bodoh sahaja yang dengan sengaja mencabar umat Islam dengan isu Kalimah Allah, terutama di ambang pilihanraya. Kononnya ingin melihat umat Islam semakin berpecah, tetapi keangkuhannya menyebabkan beliau gagal mencongak kemungkinan yang sebaliknya, iaitu umat Islam semakin membuka mata dan mula bersatu.

Oleh kerana Guan Eng langsung tidak menghormati kaum dan agama lain, maka beliau juga tidak berhak untuk menuntut penghormatan kepada diri, kaum dan agamanya. Beliau menuntut kebebasan menghentam dan menyalahgunakan hak kaum dan agama lain maka beliau tidak berhak menentang perbuatan yang sama dilakukan ke atas dirinya.

Apapun, beliau bernasib baik kerana masih ramai umat Islam negara ini yang waras dan bijak. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada Guan Eng jika sikap yang sama ditunjukkan di negara-negara Islam lain.

Oleh itu, hari ini kita hanya menyaksikan bagaimana beberapa orang puak PAS telah berani memijak bendera DAP walaupun mereka masih terikat sebagai balaci DAP.

Namun, hari esok belum tentu, jika Guan Eng meneruskan kebiadapan dan keangkuhan ini, mungkin kepalanya juga akan dipijak akhirnya.

Justeru, eloklah Guan Eng belajar cara menghormati orang lain, yang mana nampaknya tidak pernah diajar oleh ibunya. Skil menghormati orang adalah penting bukan sahaja untuk berkomunikasi dengan berkesan atau untuk berpolitik, tetapi juga untuk keselamatan diri.

Sekadar peringatan untuk Guan Eng, paranoia atau takutkan bayang-bayang sendiri adalah sebahagian dari masalah psikologi. Cukuplah rakyat Pulau Pinang terpaksa bertahan dengan Ketua Menteri yang rasis, chauvinis, kiasu, bodoh, tidak telus dan tidak cekap, janganlah di tambah kekusutan ini dengan masalah psikologi lagi.

GEMPAR!! Haron Din Mula TOLAK Ceramah Untuk Pas!!

Posted: 24 Jan 2013 10:38 PM PST


Penyokong Harun Din sudah mula bangkit. Mereka nampaknya dah letakkan banner di beberapa kawasan antaranya Bandar Baru Bangi dan Sg Besi. Orang PAS yang sudah tidak sehaluan dengan pendirian Azmin Ali dan Anwar Ibrahim berkenaan penggunaan Kalimah Allah nampaknya akan menolak Pakatan. Sumber gambar ambil kat SINI


Menurut sumber Shah Alam Rebels, Prof. Dato' Dr. Harun Din dikatakan telah menolak pencalonannya sebagai calon Pas pada pilihan raya umum akan datang.

Walaupun belum dipastikan kesahihannya, sumber menjelaskan, Harun Din juga menolak untuk terlibat sebagai jentera Pas pada kempen pilihan raya akan datang.

Jika benar, keputusan itu sudah pasti memberi sedikit tekanan kepada jentera Pas Perlis bagi menghadapi PRU-13.

Khabar angin mula bertiup kencang apabila Harun Din dilihat tidak aktif dalam aktiviti parti melainkan hanya hadir di dalam mesyuarat Majlis Syura Pas sahaja.

Perubahan itu dilihat bermula sejak pemilihan parti yang lepas. Ini mungkin berkait rapat dengan keputusan pemilihan yang tidak berpihak kepada golongan ulama di dalam Pas.

Harun Din juga dikatakan menolak sebarang undangan untuk berceramah di dalam program yang dianjurkan pakatan haram. Sebaliknya hanya berceramah jika tiada unsur politik.


McTheory:
Nampaknya Haron Din dah kenal yang mana kaca, yang mana permata.

PANASS!! Apabila Anwar Ibrahim KUTUK Tun Dr Mahathir Keturunan India!!

Posted: 24 Jan 2013 07:17 PM PST



Nak tersembut apabila Mc baca Anwar Ibrahim kutuk Tun Dr Mahathir mengenai asal usulnya. Gambar ni Mc pinjam dari CTS. Tak sedar diri sungguh la si Anwar Ibrahim ni. Berani dia kutuk orang, sedangkan dirinya sendiri pun sama. ha ha ha.. bangang tak sudah la si calon PM puak Pakatan ni.

Anwar Ibrahim adalah seorang pengecut, dayus dan tiada telur. Sesudah beliau menghina bapa Tun Dr Mahathir sebagai pencari ular di Kerala, India, beliau tidak berani mengakui bahawa beliau keturunan India. Datuknya dari India. Itu fakta! Kesahihan beliau sebagai anak di dalam nikah masih menjadi tanda tanya. Komen-komen pembaca beliau seperti di atas telah dibuang! Inikah pemimpin yang diagung-agungkan oleh PGayR? Inikah prinsip keterbukaan yang beliau selalu laung-laungkan. Membuang komen di Facebook. "Block" orang di Twitter.

Anwar Ibrahim seharusnya tidak malu untuk menjawab dari mana asal usul Datuknya. Siapa ibu kandung beliau yang sebenar. Dari mana asal usul isterinya Dr Wan Azizah. Di manakah mereka berkahwin kerana tidak mendapat restu daripada bapa Dr Wan Azizah. Apa Anwar Ibrahim ingat beliau boleh sembunyikan semua ini? Sebelum beliau ingin menghina orang lain, semak dan teliti dahulu segala kurap, sopak dan nanah di badan. Jangan suka membuka pekung di dada!

McTheory:
Anwar lupa kot, kisah kena kejar dengan parang dengan pak mertuanya dulu..

PANASS!! Akhirnya Permainan Jahat Setpol MB dan Ketua Blogger Pas Kedah Terbongkar!! #TukarKedah

Posted: 24 Jan 2013 04:38 PM PST



Seorang ahli perniagaan menyelar Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak kerana cuba menyalahkan pihaknya akibat kegagalan projek pembalakan di Papua New Guinea (PNG) membabitkan Perbadanan Menteri Besar Kedah (PMBKed) yang menandatangani perjanjian dengan syarikatnya, MAS Incorporated Ltd.

Datuk Abdul Manaf Abdul Hamid, ahli perniagaan dari Kedah, berkata Azizan seharusnya menerangkan perkara sebenar dan bukan menjadikan dirinya sebagai 'kambing hitam' apabila projek yang dirancang secara usahasama itu gagal.

"Saya yakin Menteri Besar diberi maklumat salah oleh pegawai-pegawainya sehingga dia hendak saman agar saya pulangkan balik bayaran muhibah sebanyak RM1.2 juta yang menjadi hak saya.

"Dalam perjanjian dijelaskan bahawa bayaran ini tidak boleh dituntut balik sama ada projek berjaya atau gagal. Adakah pegawai-pegawai dia (MB) tidak tahu hal ini," kata Abdul Manaf pada sidang media tempohai

Ahli perniagaan itu tampil untuk membersihkan namanya selepas dituduh oleh Setiausaha Politik Azizan, Muhammad Sanusi Mohd Nor dan Ketua Penerangan PAS Kedah Zulkifli Yahya sebagai juara putar alam dan penyeleweng berkaitan kegagalan usahasama projek pembalakan PMBKed dan MAS Incorporated Ltd di PNG.

PMBKed dan MAS Incorporated menandatangani perjanjian usahasama projek pembalakan pada 2008 dengan agensi itu membeli 70 peratus kepentingan dalam MAS Incorporated Ltd pada harga RM31.21 juta untuk memajukan dua kawasan seluas 114,429 hektar di PNG manakala Abdul Manaf memegang baki ekuiti.

Kegagalan projek itu didedahkan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2011 yang menyatakan sebuah agensi di bawah Menteri Besar Diperbadankan kerajaan negeri Kedah pimpinan PAS mengalami kerugian berjumlah RM13.49 juta apabila pegawai-pegawai agensi itu menamatkan pelaburan pada Mac 2010.

Laporan itu antara lain menyatakan sebab utama berlaku kerugian ialah ketidakupayaan kewangan PMBKed dan pengurusannya yang lemah.

Abdul Manaf, bekas duta sebelum bersara daripada perkhidmatan kerajaan, kecewa kerana menteri besar pernah menyatakan beliau sendiri akan menggerakkan usaha agar projek itu berjaya selepas perjanjian ditandatangani.

"Apabila projek ini gagal dia mula keluarkan kenyataan bercanggah untuk menutup kelemahan kerajaan negeri….cakaplah perkara benar. Tak usahlah nak laksana projek ini jika tidak mampu dan tiada wang.

"Cabaran saya agar pihak berkuasa kerajaan negeri Kedah membuktikan dakwaan bahawa terdapat penyelewengan dalam usahasama pembalakan dan perladangan yang gagal di PNG belum dijawab sehingga hari ini," kata Abdul Manaf.

Katanya pajakan 99 tahun projek itu membabitkan kawasan seluas 41,150 hektar 100 peratus masih lagi di bawah namanya selepas memutuskan hubungan dengan PMBKed pada 2011 dan sedang berunding dengan syarikat lain untuk melaksanakannya.

Nampak sangat Azizan tidak mengetahui permainan diantara setpol dan ketua blogger Pas Kedah yang haprak tu. Dua ekor ni sebenarnya hanya nak kaut harta kekayaan negeri Kedah dengan menipu Azizan. Kemudian mencari kambing hitam untuk disalahkan.

Apa nak jadi dengan Kerajaan Negeri Kedah yang kacau bilau ni. Semua nak mengaut harta kekayaan sehingga memusnahkan pendapatan negeri.

Mc nampak ada unsur sabotaj dalam perkara ini. Lebih-lebih lagi apabila Zulkifli Yahaya tu orang kuat kepada Phahrolrazi, jadi pembaca fikirla sendiri.

Jujur Mc nak beritahu pembaca, kalau Pas terus memerintah Kedah, nescaya negeri Kedah akan gulung tikar selepas ini. Percayalah.. puak ni bukan tahu mentadbir.. masing-masing nak kayakan diri sendiri saja.

Jadi jangan undi Pas.. cukuplah dengan sekali!

McTheory:
Masa untuk berubah.. sedar-sedar la diri tuu..
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...