UMNO Online - “Himpunan Jalanan Dilakukan Pihak Tertekan Untuk Racuni Pemikiran Rakyat” plus 9 more

UMNO Online - “Himpunan Jalanan Dilakukan Pihak Tertekan Untuk Racuni Pemikiran Rakyat” plus 9 more

Link to UMNO Online

Himpunan Jalanan Dilakukan Pihak Tertekan Untuk Racuni Pemikiran Rakyat

Posted: 09 Jan 2013 03:46 AM PST

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Tindakan segelintir pihak yang melakukan himpunan jalanan atau tunjuk perasaan umumnya dilaksanakan oleh mereka yang tertekan, kata Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Saya pun tak tahu mengapa mereka mahu menganjurkan satu tunjuk rasa tetapi umumnya ia dilakukan oleh kerana rasa tertekan," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Dilaporkan, satu perhimpunan yang digelar Himpunan Kebangkitan Rakyat akan dianjurkan pada 12 Januari ini yang dianggotai oleh parti pembangkang atas tujuan kononnya untuk memberi tekanan kepada kerajaan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 bagi menyelesaikan pelbagai isu tertangguh.

"Saya tahu, mereka mahu mengadakan himpunan ini kerana pada 2013 ini mereka akan mencapai kemerosotan yang ketara dalam PRU, tidak menang dan kemudiannya mereka akan menuduh BN menipu dan SPR tipu. Inilah masalahnya apabila mereka akan lihat apa saja yang dilaksanakan oleh kerajaan sebagai salah," ujarnya.

Jelas beliau lagi, segelintir pihak yang bertindak sedemikian mahukan sesuatu yang tidak diingini tercetus, malah mereka seolah-olah tidak rela kesatuan dalam kepelbagaian yang menjadi agenda negara diteruskan.

"Persoalannya kenapa perlu ada tunjuk rasa? Kalau nak kata SPR tak betul maka tak mungkin mereka akan ada wakil rakyat dalam Parlimen. Kalaulah SPR ini ikut telunjuk Barisan Nasional (BN) maka sudah pastilah 99.99 peratus adalah berpihak kepada BN dalam pilihan raya tapi SPR merupakan satu badan yang bebas, yang menjalankan tanggungjawabnya sebagai Suruhanjaya Pilihan Raya."

Jelas beliau yang juga Setiausaha Agung BN, rakyat Malaysia perlu disedarkan dengan sandiwara mereka kerana ramai orang yang cemburu dengan kedudukan negara ini yang mampu mengekalkan prestasi baik biarpun sebuah negara kecil.

"Saya berkeyakinan mereka yang nak menunjuk rasa ini mahu mendapat perhatian daripada luar negara, kawan-kawan mereka yang ada di luar negara terutamanya yang membiayai mereka kerana kalau tidak ada perbuatan sedemikian maka pembiayaan tidak akan dilaksanakan maka ini yang terpaksa dilakukan.

"Kalau nak bandingkan negara ini dengan negara-negara yang merdeka atau yang dekat dengan kita ternyata kita lebih maju daripada orang lain dengan kaedah 'unity in diversity'. Mereka mahukan satu kaedah kekacauan dan kucar-kacir berlaku dalam negara kita ini.

"Lebih malang lagi apabila ada orang Malaysia sendiri yang diperguna sebagai tali barut kepada pihak lain."

Tambah beliau lagi, rakyat hari ini tidak ada masalah malah hidup sejahtera dengan pelaksanaan kerajaan tetapi mereka inilah yang tukang meracuni pemikiran rakyat dan suka adu domba.

"Mereka barangkali lupa kita ini berbilang kaum, berbilang agama dan berbilang bangsa yang tentunya akan melibatkan pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India dan lain-lain yang turut mempunyai nafsu dan sifat kemanusiaan.

"Saya harap rakyat sedar dengan niat jahat mereka. Janganlah terikut-ikut dengan tindakan sedemikian." – MediaUMNO

SHAP Pastikan 7,530 PDM Aktifkan Sekurang-kurangnya 200 Program Sehari

Posted: 09 Jan 2013 03:36 AM PST

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata kesemua anggota Barisan Nasional (BN) di seluruh negara kini aktif menganjurkan program ‘Setiap Hari Ada Program’ atau nama singkatannya SHAP  di semua Pusat Daerah Mengundi (PDM) sebagai persiapan Pilihan Raya Umum ke-13.

Jelas beliau SHAP menetapkan sekurang-kurang 200 program dianjurkan sehari di 7,530 PDM seperti pertandingan futsal dan bola sepak di seluruh negara, dan demi memastikan program berjaya, setiap pusat mengundi akan mempunyai jawatankuasanya sendiri..

“Saya meminta kesemua anggota BN yang bertugas di pusat daerah mengundi bergerak aktif menjayakan program Shap ini.

"Selain program sukan, Shap juga menjalankan kerja-kerja kebajikan menerusi pemberian bantuan makanan kepada warga emas, OKU dan golongan miskin,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan dengan penduduk Flat Sri Melaka, Cheras, dan mendengar pelbagai masalah penduduk setempat ekoran krisis air tersebut dalam program tinjauan mesra penerangan BN di Cheras.

Mengenai kemelut air, Ahmad Maslan yang juga  Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata beliau akan meminta  Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) menyelesaikan segera krisis bekalan air sekitar Lembah Klang kerana ia (air) adalah keperluan harian penduduk setempat.

Justeru beliau krisis air itu dapat diselesaikan sebelum perayaan Tahun Baru Cina dan berjanji kepada penduduk di Flat Sri Melaka, Cheras di sini dan penduduk sekitar Lembah Klang yang terlibat bahawa kerajaan akan memastikan masalah itu tidak berlarutan.

“Saya akan menghubungi pihak Syabas dan memberitahu bahawa pengagihan air menggunakan lori dan tangki oleh Syabas kepada penduduk terbabit adalah tidak mencukupi kerana ia menyusahkan khususnya warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) yang perlu mengangkat baldi setiap hari sejak krisis bermula akhir bulan lepas (Disember, 2012),” katanya.

Isu Kalimah Allah : NGO, Ahli Akademik dan Ilmuan Islam Bidas Keputusan Pas

Posted: 09 Jan 2013 02:41 AM PST

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Beberapa Badan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), ahli akademik dan juga ilmuan Islam membidas tindakan kepimpinan Pas yang membuat kenyataan bersama-sama kepimpinan Pakatan Pembangkang yang lain bersetuju bahawa nama Allah boleh digunakan oleh penganut bukan Islam di negara ini.

Presiden Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor (IKKDAS), Ustaz Rosdi Long berpendapat bahawa perbincangan yang dibuat oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang, yang dihadiri oleh kepimpinan Pas itu merupakan satu perbincangan politik dan bukanlah perbincangan mengenai soal-soal akidah yang menjadi teras dalam Islam.

"Sudah saya nyatakan beberapa kali bahawa Isu kalimah Allah ini adalah isu akidah. Ianya bukan isu politik. Jadi di Malaysia, penggunaan nama Allah secara rasmi oleh mereka yang bukan Islam, dilihat tidak menambahbaikan keadaan, bahkan akan mewujudkan kekeliruan di kalangan masyarakat dan seterusnya boleh menimbulkan ketegangan memandangkan pemahaman yang amat berbeza dari sudut akidahnya,"tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Manakala bekas Naib Presiden Pas, Dato Nakhaie Ahmad menyifatkan kepimpinan Pas tidak faham bahawa perlunya melihat realiti masyarakat setempat sebelum membuat sebarang  keputusan berkenaan agama Islam, khususnya dalam isu penggunaan kalimah Allah ini.

"Kita tak boleh sewenang-wenangnya untuk buat sebarang keputusan tanpa melihat realiti sebenar masyarakat di negara ini. Kita tak boleh samakan Malaysia  dengan negara-negara luar seperti Indonesia atau pun negara-negara Arab.

"Penggunaan kalimah Allah oleh penganut agama lain jelas dapat menimbulkan kekeliruan di kalangan masyarakat di negara ini dan bertentangan dengan perlembagaan negara. Jadi, perkara tersebut tidak boleh diguna pakai di negara ini kerana ia boleh menimbulkan fitnah dan kekeliruan di kalangan rakyat di negara ini," jelas beliau.

Selain itu,  Deputy CEO for Student Affairs di Al-Madinah International University, Shah Alam, Dr. Fadlan Mohd Othman berkata isu pengguna nama Allah ini perlu dilihat daripada dua sudut, iaitu dari sudut ilmiah dan realiti masyarakat di negara ini.

"Jika kita lihat dari sudut ilmiah secara umum, ia tidak ada masalah tetapi jika dilihat daripada sudut realiti di negara ini, penggunaan nama Allah secara rasmi oleh penganut bukan Islam akan menimbulkan kekeliruan dan huru hara di dalam masyarakat di negara ini.

"Dalam realiti masyarakat Malaysia hari ini, nama Allah hanya boleh digunakan untuk agama Islam saja. Sebelum ini pun, kita tak pernah mendengar mana-mana pengikut agama lain yang memanggil Tuhan mereka dengan nama Allah di dalam negara ini.

"Jadi sekiranya kita bersetuju untuk memberikan kebenaran kepada penganut agama lain untuk menggunakan nama Allah merujuk kepada Tuhan mereka, maka ia boleh menimbulkan kesan yang tidak baik terhadap keamaman negara, memandang realiti masyarakat dan perlembagaan di negara ini amat berbeza dengan negara-negara lain," jelasnya.

Menurut pensyarah di Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Universiti Putra Malaysia, Dr. Amini Amir Abdullah berpendapat bahawa keputusan yang dibuat oleh kepimpinan Pakatan Pembangkang termasuk kepimpinan Pas berhubung isu penggunaan kalimah Allah merupakan satu penghinaan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Majlis Fatwa Kebangsaan telah pun menetapkan keputusan dan kepimpinan Pakatan Pembangkang sepatutnya menghormati keputusan tersebut. Namun jelas, mereka, terutama kepimpinan Pas menidakkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan dan tunduk kepada kehendak DAP yang membangkitkan kembali isu ini.

"Keputusan ini dibuat hanyalah berdasarkan kepentingan politik semata-mata dan bukannya memikirkan tentang soal-soal akidah dan kepentingan umat Islam dan negara secara amnya," jelasnya. -MediaUMNO

 

Pas Seperti Hilang Rasa Malu Bila Gagal Jawab Tuduhan Makan Harta Anak Yatim

Posted: 09 Jan 2013 01:36 AM PST

KUALA LUMPUR 9 Jan – Pas dilihat tidak serius untuk menyelesaikan kemelut Tabung Memali sepertimana yang didakwa oleh bekas ahli Pas seumur hidup, Zainon Ismail atau CN Al-Afghani meskipun ia membabitkan soal hak anak yatim.

Malah lebih mendukacitakan parti berkenaan lebih berminat kepada hal-hal lain khususnya perhimpunan yang dijadualkan di Stadium Merdeka Sabtu ini sedangkan isu Tabung Memali ini sudah berlarutan sekian lama.

Mengulas mengenainya Exco Pemuda UMNO, Datuk Zubir Zabidi berkata Pas sebagai sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam sepatutnya mendahulukan soal berkenaan daripada himpunan pada Sabtu ini kerana dakwaan terbabit cukup berat.

Menurut beliau bukankah dakwaan tersebut melibatkan penyelewengan terhadap hak anak-anak yatim yang sepatutnya mendapat tumpuan khusus kepimpinan Pas apatah lagi ketika ini Pas telah melaungkan perjuangan Negara Kebajikan.

"Tuduhan berkenaan perlu dibersihkan segera dan secepat mungkin. Apakah kepimpinan Pas melihat perhimpunan pada Sabtu ini lebih penting daripada segala-galanya… Apakah kerana Putrajaya soal melibatkan hak anak yatim diketepikan begitu sahaja.

"Ini perlu dijawab oleh kepimpinan Pas…Ini soal amanah. Jangan hanya mengejar kuasa dan kepentingan politik soal Tabung Memali sepertimana yang didedahkan oleh C.N AlAfghani diperam dan dibiarkan berlalu begitu sahaja," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau seterusnya menambah pelbagai persoalan timbul hari ini dan dengan dakwaaan oleh bekas orang kuat Pas sendiri, sudah tentu ianya akan menambahkan lagi pelbagai tanggapan kepada parti yang melaung-laungkan perjuangan Islam.

"Nak berdemonstrasi…nak berkumpul…nak berpolitik biarlah ada had dan batasannya.Terpulang kepada mereka..tetapi utamakan yang mana patut diutamakan dan yang mana sewajarnya didahulukan.

"Memakan harta anak yatim adalah dosa yang cukup berat.  Adalah sesuatu yang cukup memalukan kalau soal anak yatim ini pun Pas tak mampu selesaikan. Macam mana rakyat nak percaya mereka boleh pimpin negara ," soalnya. -MediaUMNO

Penang BN Worried About Shrinking State’s Economy If High Budget Deficit Continues

Posted: 09 Jan 2013 12:14 AM PST

GEORGE TOWN, Jan 9 – Penang Barisan Nasional (BN) Youth today expressed concern about the state economy shrinking if the “Pearl of the Orient”  continues to record a high budget deficit.

Penang MCA Youth chief, Tan Hing Teik said the DAP-led Penang government having recorded a budget deficit for two consecutive years was worrying people in the state.

He told reporters, here, today that the state government had recorded a budget deficit of RM210 million in 2012 and RM260 million projected for this year.

“Penang BN Youth wants Chief Minister Lim Guan Eng to focus on the state’s economy and control the budget deficit which is on the rise.

“When the BN government was ruling Penang, the state government since 10 years ago had never experienced such a high deficit,” he said.

Tan also urged the Penang government to explain the state’s reserves, with the state government said to be wasting public funds and managing the state less efficiently.

“We urge Guan Eng to explain this (high deficit) on Monday. If not, we’ll give the state government the runner-up certificate for being second in budget deficit amount for 2013.

On the state government’s announcement of having a surplus budget in 2012, Tan argued that the state government had received funds from the sale of state land.

Malaysia To Maintain 5 Pct GDP Growth This Year – Frost & Sullivan

Posted: 09 Jan 2013 12:01 AM PST

KUALA LUMPUR, Jan 9 – The Malaysian economy is expected to maintain a gross domestic product (GDP) growth of five per cent this year despite weak external demand, said Frost & Sullivan.

Its Partner and Head of the Automotive and Transportation Practice, Asia Pacific, Kavan Mukhtyar said the growth would be driven by strong performance in the oil and gas and construction industries.

“Many large infrastructure projects under the Economic Transformation Programme (ETP) like Iskandar Malaysia in Johor, Northern Corridor Economic Region (NCER) and East Coast Economic Region (ECER) are picking up momentum.

“The private residential projects in the country is also growing rapidly and this would drive the growth,” he told a media briefing on the automotive industry outlook today.

Mukhtyar expected the construction industry to register a 11 per cent growth this year compared with 15 per cent last year.

The mining and quarrying industry was expected to grow by three per cent in 2013, with oil and gas sector as the key driver, he said, adding the global oil prices would likely continue its upward trend this year.

The highly anticipated global economic recovery in 2013 coupled with the downstream investment for the long run would help to spur demand for the commodity.

“We expect the global economy to start picking up this year especially in the big consumption countries like the US and Japan, which is ruled by a new government, so there will be a push for economic recovery.

“Certainly, 2013 will be slightly better than 2012 but it won’t be able to cover up the restraint of the uncertainty that we see in the market place,” he said.

On the other industries, Mukhtyar expected manufacturing to post a growth of five per cent and services six per cent, contributed by strong domestic consumption, travel activities and investments.

Meanwhile, the agriculture industry would see an expansion of two per cent this year amid weak commodity demand for the first six months of the year.

Tindakan Undang-undang Terhadap Penyebar Berita Palsu – SKMM

Posted: 08 Jan 2013 10:15 PM PST

CYBERJAYA, 9 Jan –  Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengingatkan orang ramai tentang bahayanya penyebaran berita palsu menerusi internet dan sistem khidmat pesanan ringkat (sms).

Ini ekoran berita palsu mengenai kesihatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.

“Kami mengambil serius perkara ini. Siasatan sedang dijalankan dan seperti biasa kami bekerjasama dengan polis dan jika didapati melanggar undang-undang, mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang yang sedia ada,” kata Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi.

Katanya bawah seksyen 233 (1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, seseorang yang menggunakan internet atau telefon untuk menyebar berita palsu boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Jika didapati bersalah mereka boleh didenda RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

“Orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan berita tersebut melalui sms atau media sosial kerana berita palsu seperti yang ditulis dalam blog tersebut boleh mengganggu gugat keselamatan negara, kesejahteraan masyarakat dan merupakan pengaruh buruk terhadap kedudukan ekonomi masa kini,” katanya.

Kerajaan Selangor Usah Ikut Nafsu Politik Untuk Atasi Masalah Air

Posted: 08 Jan 2013 09:40 PM PST

KUALA LUMPUR 9 Jan – Kemelut bekalan air yang melanda penduduk sekitar ibu negara sejak minggu lalu perlu diberi perhatian serius, perkara ini perlu diselesaikan segera supaya tidak menyusahkan rakyat kerana bekalan air adalah keperluan asas dalam kehidupan seharian.

Ketua UMNO Bahagian Ampang, Datul Ismail Kijo menyifatkan masalah bekalan air yang melanda penduduk di ibu negara kebelakangan ini perlu ditanggani segera supaya apa yang berlaku itu tidak akan terus membelengui  dan memberi tekanan kepada rakyat.

Tegas beliau kerajaan Selangor khususnya tidak perlu mengikut nafsu politik mereka untuk atasi masalah tersebut sehingga rakyat merasa terseksa.

"Air keperluan asas, apa yang berlaku ini perlu diambil perhatian dan ditangani segera, kita perlu melihat jauh supaya kejadian sebegini tidak terus berulang, jumlah penduduk di Lembah Klang kian bertambah dan ingin membiarkan masalah ini terus berlaku.

"Masalah isu bekalan air ini tidak harus dipolitikkan, seharusnya perlu ada kerjasama dengan semua pihak terbabit untuk mencari jalan penyelesaian, cadangan kerajaan pusat untuk membantu menangani masalah bekalan air yang bakal dihadapi masa depan berikutan pertambahan penduduk.

"Apa yang dicadangkan itu adalah hasil daripada kajian yang dijalankan oleh pihak tertentu dan kita perlu bersedia dari sekarang untuk menghadapinya, jangan lakukan di saat-saat akhir kerana yang bakal menerima kesannya nanti adalah rakyat," katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung kemelut bekalan air yang melanda di beberapa kawasan di sekitar ibu negara sejak minggu lalu sehingga membebankan penduduk di kawasan terbabit yang menjejaskan kehidupan seharian mereka.

Ismail berkata, kerajaan Selangor dan Syabas perlu mencari jalan untuk mengatasi masalah berkenaan, dalam pada itu kedua-dua pihak perlu mengambil iktibar terhadap apa yang berlaku sekarang supaya permasalahan berkenaan bagi memastikan kemelut berkenaan tidak berterusan sehingga membabitkan kawasan lain.

Menurutnya, cara terbaik untuk menangani masalah berkenaan ialah mengenepikan persoalan politik dan menumpukan perhatian untuk mencari jalan bagi mengatasi masalah berkenaan supaya tidak terus berterusan yang menyusahkan rakyat akhirnya. -MediaUMNO

Buat Perhimpunan Bersih Tapi Pengundian Parti DAP Sendiri Tak Bersih – V S Mogan

Posted: 08 Jan 2013 08:36 PM PST

KUALA LUMPUR, 9 Jan – Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif DAP Pusat (CEC) di Kongres DAP ke 16 yang diadakan di Pulau Pinang pertengahan Disember lalu dikhabarkan berlaku kesilapan lantaran memperagakan sandiwara politik untuk agenda mereka, kata Ketua Penerangan MIC, Datuk V S Mogan.

Ujarnya, jika selama ini pakatan pembangkang termasuklah DAP sering melontarkan tuduhan terhadap kerajaan dengan mendakwa tidak demokrasi maka apa yang belaku dalam CEC baru-baru ini adalah bukti bahawa tuduhan tersebut lebih sesuai untuk mereka sendiri.

"Secara jelas menunjukkan bahawa pemilihan yang diadakan dalam CEC terbabit tidak ada ketelusan apabila suara demokrasi dinafikan yang kemungkinannya pindaan dibuat yang diakui atas nama kesilapan kerana ada tujuan tertentu yang tersembunyi," katanya kepada UMNO-Online.

Dilaporkan, sebuah akhbar berbahasa Inggeris baru-baru ini menyatakan DAP mengakui berlaku kesilapan dalam pengiraan undi semasa pemilihan jawatan CEC dan menerusi keputusan yang dipinda itu, Zairil Khir Johari yang pada mulanya berada pada kedudukan 39, kini berada pada kedudukan 20.

"Persoalannya kenapa tidak dilakukan pemilihan sekali lagi kerana mereka sendiri sering menuduh pihak lain tidak telus dan tidak demokrasi malah lebih buruk apabila sanggup mengadakan perhimpunan jalanan sebagaimana Bersih 1 dan Bersih 2 atas tuntutan kepada SPR dan kerajaan.

"Seeloknya pakatan pembangkang ini ukurlah baju di badan sendiri tanpa menjaga tepi kain orang kerana apa yang berlaku sekarang ini secara jelas menunjukkan wujudnya kepincangan bukan saja dalam pemilihannya tetapi juga ada perancangan politik."

Tegas beliau lagi, parti-parti pembangkang tidak layak untuk membuat sebarang tuduhan kepada SPR kerana apa yang berlaku dalam keputusan pemilihan CEC yang kemudiannya diakui berlaku kesilapan adalah sesuatu yang sangat mengaib dan memalukan. - MediaUMNO

Puad Again Warns Contractors Delaying School Projects

Posted: 08 Jan 2013 08:32 PM PST

SIBU, Jan 9 – Deputy Education Minister Dr Mohd Puad Zarkashi has again issued the ministry’s warning of stern action against contractors who fail to complete school projects on time.

He said the ministry had blacklisted a centralised contractor in Sarawak and would soon blacklist another.

Both contractors had been involved in the cabin system construction of new classrooms, dining halls and dormitories in a number of schools, he said at a news conference at the Sibu airport, here, last night.

Mohd Puad said that though one of them had completed seven projects, there had been a delay and the quality of work was poor.

“They are tarnishing the reputation of the ministry. At the same time, they are causing a lot of inconvenience and problems to students and disrupting the learning process,” he said.

Mohd Puad had earlier in the evening visited the SMK Pakan in Pakan in the Sarikei Division to see for himself the progress of work on a new project worth RM7.8 million there.

He said he was disappointed and angry that the centralised contractor had failed to complete the 18 new classrooms, four dormitories and one dining hall after having been awarded the project early in 2010.

Despite being given an extension until August 2012, the contractor had not even completed 10 per cent of the work, for instance, on the dining hall.

“We will appoint a new contractor and, at the same time, propose that the centralised contractor concerned be blacklisted,” he said.

Mohd Puad said that though there were several sick projects in the state last year, 58 had been completed and that on the whole, nationwide, there were only five per cent of failed school projects.

He also said that beginning this year, Sarawak had two new schools starting classes, namely SMK Julau in Julau and SM Sains Kuching Utara in Kuching.

-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...