PISAU.NET |
- Inside Story on Votes Rigging by DAP
- Nizar Fitnah 207billion Elak Terbabit Tanah Ngeh & Nga?
- Live! Coffe Corner Bicara 1Malaysia
- 10 Ribu Permohonan Di Tolak,DAP Sekali Pohon Dapat Tanah Sebesar Putrajaya
- Apa Perlu Bantah Isu Nama Allah,PAS Kata Boleh.
- Kenapa PAS Bagi Tanah Kepada DAP?
Inside Story on Votes Rigging by DAP Posted: 09 Jan 2013 11:26 AM PST StopTheLies-The boo boo over the election results of the just concluded DAP elections seem to cast a huge cloud of suspicion, rather than the claim that the party is being transparent. It also points to the outrageous manipulation, so evidently to put an elected Malay into the central executive committee (CEC) to check a possible mass resignation of Malay members. There are many questions which have been left unanswered by the party's secretary-general Lim Guan Eng who obviously has a hidden hand in the juggling act of the results. Why disclose the blunder only after 19 days after the Dec 15 polls following outrageous backlash from the Malay members that not a single Malay was voted into the CEC. One cant help but speculate that the blunder occurred too coincidentally and everything seem to point to a deliberate attempt to undo the party's anti-Melayu tag after the party polls. Not a single Malay candidate who contested for a CEC post got voted in and this had sparked outrage by Malay members who felt that they have been marginalised in DAP. Enraged Johor DAP vice-chairman Ahmad Ton fired several salvos at the party for not living up to its Malaysian-Malaysia stand. Fearing Malay members resigning en bloc in protest, Guan Eng had to concoct something quick. The story goes that he and a few of his trusted men then hatched this idea of a computer glitch and conveniently catapulting his political secretary Zairil Khir Johari from 39th position to the 20th spot to qualify a place in the CEC. The vote rigging was also a face saving measure for Guan Eng as both Zairil and his other political secretary Ng Wei Aik had failed to secure a place in the CEC. Wei Aik only secured 407 votes putting him in 34th position. So in the name of a computer glitch, the number of votes secured by Guan Eng's blue eyed boy Zairil suddenly jumped from 305 to 803. From 39th position, which is way way out to qualify a place in the CEC, the obvious is too obvious that he managed to scrape through to now get a place in the highest decision body of the party. If it is manipulation disguised as human error and blamed on technical glitch, then the question arises – Why the election director Pooi Weng Keong got to resign. It does not make sense. On one hand, Guan Eng is saying computer glitch, on the other hand, he called a press conference to proudly say that the party is transparent and that Pooi had taken the liberty to resign. WHY should Pooi resign if it is computer problem and has nothing to do with human error. Caught you there, Guan Eng. They say if you want to bluff, at least learn how to bluff intelligently. Don't try to concoct the whole election fiasco thing, then blame on computer glitch, then get Pooi to resign to portray that the party is transparent. The people are not so stupid as to believe all these. At stake now is the party's so called Competency, Accountability and Transparency slogan. If DAP wants to live up to its CAT propaganda, it should call for fresh party polls so that whatsoever ambiguity can be ironed out. The election fiasco, which is politically glaring and gravely suspicious, is flawed with manipulation and deceit, and ridiculously senseless in blaming computer glitch. So much about calling for a Free and Fair Elections. If even in their own backyard, they can't get it right or worse still rigging votes, DAP should stop talking big about electoral reforms and all. Please stop all the lies. | ||
Nizar Fitnah 207billion Elak Terbabit Tanah Ngeh & Nga? Posted: 09 Jan 2013 07:00 AM PST Nizar dan Harakah Kantoi lagi berbohong. Usaha meremehkan minda rakyat kononnya kerajaan menggelapkan wang 207 billion ternyata satu lagi pembohongan dan fitnah. Kedutaan Jepun menafikan bahawa mereka ada membuat pembayaran sebesar itu. Apa yang menariknya dengan jumlah sebesar itu haprak khawarij anjing belaan Ngeh dan Nga ini berkata setiap mangsa bakal perolehi seorang RM3 juta. Maka menyalak dan berkokok sakanlah kalangan haprak pakatan seolah perolehi satu lagi modal untuk membuat fitnah. Tahukah anda Jepun hanya membayar pampasan USD2,300 kepada hamba seks Perang Dunia Kedua.Mahkamah Yamaguchi pada 28 April 1998 telah memerintahkan kerajaan Jepun untuk membayar USD2,300 pampasan kepada mangsa . Japan Court Backs 3 Brothel Victims Manakala FMT mendedahkan penafian oleh pihak Kerajaan Jepun. KUALA LUMPUR: The Japanese embassy today denied any knowledge of the RM207 billion compensation for Japan's Death Railway project as pursued by PAS' Mohamad Nizar Jamaludin.
Pisau kata "Nizar diam isu tanah Ngeh dan Nga Kenapa?" | ||
Live! Coffe Corner Bicara 1Malaysia Posted: 09 Jan 2013 04:55 AM PST *Sila klik refresh jika tiada paparan tv. PANDUAN PENGGUNAAN Untuk menonton dan mendengar siaran web ini, anda perlu memuat turun aplikasi di bawah terlebih dahulu: Pengguna Windows : Klik Di Sini Pengguna Mac : Klik Di Sini Pengguna Linux: Klik Di Sini Keperluan Komputer Minima: Windows XP/Vista/7/Server 2003/Server 2008 atau Mac OS X 10.4+ Minima Pentium 4 2.4GHz dan 256MB RAM Adobe Flash Player 10 (Klik di sini sekiranya anda tiada aplikasi ini atau versi lama) Keperluan Rangkaian Minima: Minima jalur lebar berkelajuan 150Kbps atau HSDPA Fungsi NAT Traversal dibenarkan di Firewall rangkaian anda | ||
10 Ribu Permohonan Di Tolak,DAP Sekali Pohon Dapat Tanah Sebesar Putrajaya Posted: 09 Jan 2013 01:35 AM PST Apa istimewanya Ngeh dan Nga ? 10 ribu permohonan rakyat untuk dapatkan tanah di Daerah Chiku ditolak. Sebaliknya tanah sebesar Putrajaya diperolehi oleh Taikun DAP Perak. Rakyat Kelantan harus sedar mereka yang miskin dan tak berwang tak boleh memiliki tanah. Memandangkan Kerajaan negeri Kelantan harus memikirkan keuntungan YIK maka dibolehkan pihak lain memiliki tanah sebesar Putrajaya. Berdasarkan undang-undang tanah, keseluruhan negeri Kelantan merupakan rizab orang Melayu dan orang luar yang bukan anak Kelantan tidak boleh membeli tanah di negeri ini kecuali ada kelulusan daripada Exco. Sekiranya tanah itu untuk komersial, ia sepatutnya dibuat secara tender terbuka, bukan dipilih terutama pihak yang ada hubungan dengan parti yang memerintah negeri!Jika betul ia untuk komersial kenapa tak diberi kepada anak tempatan atau anak syarikat milik kerajaan negeri? Tahukah anda pengerusi YIK adalah Nik Aziz. ? Tahukah anda sehingga sekarang walaupun satu forum diadakan kononnya untuk menjawap fitnah mengenai isu tanah langsung tidak menjawap sebaliknya audien tertanya tanya ketika itu kenapa tidak jawap persoalan mengenai kenapa tanah sebesar Putrajaya terlepas ke tangan orang luar.:Ketika forum Isu Tanah Di Kelantan ,PAS gagal sama sekali untuk jawap 20 persoalan yang dibangkitkan oleh Unspinner.Unspinner: Persoalan-persoalan yang tidak dijawap oleh Nik Aziz dan PAS Kelantan. Plihanraya lepas adalah pada Mac 2008 dan Nizar jadi MB pada akhir bulan March 2008 bersempena tarikh lahirnya ke 51. (tarikh yang lebih tepat akan diconfirmkan kemudian). Sumber maklumat yang belum didedahkan akan sahkan transaksi adalah pembayaran pada janji sokongan memilih Nizar sebagai MB. 1. Betulkah ini tanah Rizab melayu? Baca SINI 2. Kenapa PAS mengulang lagi kesalahan memberi tanah 300,000 kepada syarikat CIna Singapura pada tahun 1964? Baca SINI 3. Kenapa PAS cuba memusingkan dan menipu fakta mengatakan projek ini diberi kepada Upahdaya kerana diluluskan oleh Dato Awang Adek dan Dato Peter Chin sedangkan mereka hanya memberikan surat sokongan dan kuasa menukar nama dna meluluskan adalah kuasa kerajaan kelantan? Baca Utusan SINI 4. Dari sokongan Dato Awang Adek untuk usaha baik tak kira usaha UMNO atau PAS, mereka dapat wang RM16 juta pinjaman dari agensi kerajaan berhubung Forest. Kenapa tanah ini perlu dibuat secara usahasama sedangkan YIK dapat pinjaman dan hanya RM2 juta diguna. Iklan property agent kata hanya 1 juta? Baca SINI 5. Adakah wang pinjaman itu masih terus diberikan jika ianya telah diberikan keapda Ngeh dan Nga? Baca SINI 6. Kenapa nilai Upahdaya RM31 juta menurut dato Hamidah tapi nilai tanah RM36.8 juta? Baca SINI 7. Tunggakan bayaran Upahdaya pada YIK adalah RM5 juta untuk 2007-2012 dan Upahdaya bayar RM1.5 juta masa tukat nama kepada Ngeh. Bila balance nak dibayar? 8. Kenapa tak batalkan Upahday adan beri kontrak baru pada Ngeh dan Nga? Adakah seperti di sebutSINI, Tengku Wong pegang sementara dari 2008 hingga Ngeh dan Nga masuk Upahdaya sekarang? 9. Kenapa kadar pajakkan terlalu murah untuk hanya RM100 dan RM150 setahun? 10. Menueurt pelbagai pernilaian, harga tanah ini sekurang-kurangnya RM30 juta. Salah satu iklan SINImeletakkan lebih RM35 juta. Bagimana Ngeh membayarnya kepada Upahdaya? Ini satu jumlah yang banyak Baca SINI 11. Kenapa pelbagai keprluan rakyat tak dibuat tapi boleh beri tanah untuk dipajak Cina murah-murah dan lama-lama. Kenapa tak diberi pelung ini kepada rakyat Kelantan atau orang Melayu? Baca SINI 12. Kenapa syarikat Upahdaya kepunyaan Tengku Wong (empunya asal) diberikan projek pada tahun 2007sedang dia gagal selesaikan projek pada kali pertama tahun 2000 dan ditarik balik pada 2004? Baca SINI 13. Mengapa Ngeh mula menafikan, dan kemudian mengaku terlibat dalam Upahdaya dan mengugut Dato Hamidah kerana mendedahkan serta Thomas Su melarang ADUN-ADUn DAP pertahan Nga dan Ngeh dalam sidang? 14. Jelaskan kenapa Karpal menegur ahli politik Dap mengelakkan dari transaksi yang akan menimbulkan syak [baca Agendadaily SINI] dan survey DAP mengesyaki ada berlaku skandal? BacaSINI 15. Kenapa SUA kata projek ladang Yayasan Islam Kelantan untuk pajakkan 50 tahun tapi iklan property agent tulis 70 tahun? Mana satu betul. 16. Ngeh kata ini untuk tanaman semula balak [baca Sg Rapat Online SINI] tapi SUA kata untuk tanam ladang kelapa sawit dan getah klon? 17. Kenapa Ngeh perlu bayar RM1.5 juta kepada YIK untuk beli syarikat Upahdaya? Baca SINI 18. Kenapa projek pembukaan ladang diberikan kepada Upahdaya kepada sebuah syarikat baru setahun yang tidak ada merit dan track record. Baca SINI. 19. Apa helah Ngeh untuk kata tanam semula balak dan bukan seperti yang dijanjikan sebagai getah dan kelapa sawit? 20. DAP Chong Chien Jen pernah menuduh syarikat balak mendapat keuntungan pulohan juta dari membalak tanah hutan 3,000 ha. Baca Apanama SINI. Kalau 4,000 hectar, berapa banyak? Angaran konservatif dari Akar Umbi SINI MINDA PONDOK SAHKAN ISU TANAH DI KELANTAN ADA UNSUR RASUAH DAN LAPORAN POLIS DIBUAT HARI INI Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Minda Pondok hari ini membuat laporan polis berhubung isu pemberian pajakan tanah di Gua Musang kepada syarikat yang dikaitkan dengan dua pemimpin Cina DAP Perak. Laporan dibuat Ahli Jawatankuasanya, Mohd. Syamsul Mohd. Yusof yang disertai lebih 20 ahli pertubuhan itu di Balai Polis Kubang Kerian kira-kira pukul 9.40 pagi ini. Menurut Mohd. Syamsul, laporan itu meminta polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan tersebut. Minda Pondok mendapati lebih 10,000 permohonan daripada penduduk di seluruh daerah Chiku yang mengusahakan tanah itu telah memohon untuk mendapatkan geran kepada Pejabat Tanah dan Daerah Gua Musang tetapi malangnya tidak satu pun diluluskan, bila tanah seluas 10,526 ekar tersebut diluluskan kepada cina DAP maka mereka mengesyaki ada unsur rasuah berlaku dalam pentadbiran Nik Aziz.--Kosmo Pisau kata "Bagi tau orang kampung Ngeh & Nga Dapat Tanah Sebesar Putrajaya.. " | ||
Apa Perlu Bantah Isu Nama Allah,PAS Kata Boleh. Posted: 08 Jan 2013 09:00 PM PST Sekarang ini apabila kita menghampiri PRU13 DAP seperti biasa tidak dapat lari daripada bermain dengan sentimen agama. Apatah lagi sekarang ini mempunyai tunggangan yang cukup setia seperti PAS. Isu nama Allah menjadi modal serampang dua mata untuk membunuh BN dan dalam masa yang sama untuk meraih undi daripada penganut Kristian.Ada yang berasa takut hilang undi jika bantah sambil berasa serba salah apabila melihat kesucian agama dilacurkan.Manakala ada yang juga disaman hanya kerana mempertahankan nama Allah. Dilema ini seharusnya tidak perlu timbul,Jika mahu silakan persetan kepentingan parti atau undi maka berperang saja dengan puak yang menuntut nama Allah itu. Jika berasakan perlu turutkan kehendak DAP dan PAS maka setuju saja.. DAP guna kristian ,PAS guna Islam.. PKR pula pluralisme dan liberal. Ketiga parti menggunakan pendekatan kebebasan agama dan spritual agar pengundi berasa lebih dekat bersama mereka. Ini approach kamikaze yang sudah menolak mentah mentah halal haram asalkan matlamat menghalalkan cara. Penentangan mengenai isu ini cukup melegakan DAP PAS dan PKR,strategi menyetap kerandut telur umat Islam membuatkan ramai yang senak, Untuk menoktahkan isu ini mudah.. sama ada yang menyokong dengan pakatan atau BN guna saja peti undi pada PRU13 nanti. Jika Pakatan menang maka mudahlah nanti kalangan anak anak anda menentukan agama mereka sendiri apabila berumur 18 tahun..mudah bukan..semudah pangkah sekeping kertas untuk tentukan masa depan anda... Bagi yang membantah,tak usah membuang masa sebab puluhan juta umat Islam dinegara ini tidak ada yang peduli sangat.. sokong saja tuntutan DAP sebab alim ulamak PAS dah keluarkan fatwa...mana la tahu bila pakatan memerintah satu hari nanti semua bangsa berbilang kaum dan juga agama boleh berkongsi rumah ibadat ..bukankah ini menjimatkan wang rakyat!.. DAP rancang edar 100,000 Bible percuma?PUTRAJAYA 7 Jan. - DAP diminta memberi penjelasan tentang dakwaan parti itu akan mencetak 100,000 naskhah Bible versi bahasa Melayu menggunakan kalimah Allah dan kemudiannya diedarkan secara percuma di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, beliau terkejut apabila difahamkan tentang dakwaan tersebut dan mahu DAP menyediakan jawapan sama ada perkara itu benar atau sebaliknya. "Saya tidak boleh beritahu maklumat saya itu, sebab itu saya hendak bertanya. Itu saya kata tadi saya difahamkan. Jadi saya minta DAP jawab sama ada betul atau tidak. "Saya juga minta Pas menyatakan pendirian sama ada mereka bersetuju atau tidak dengan tindakan ini," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.-Utusan | ||
Kenapa PAS Bagi Tanah Kepada DAP? Posted: 08 Jan 2013 04:30 PM PST Sehingga saat ini rakyat Kelantan masih bingung dan tercari-cari apa rasionalnya sehingga mendorong Kerajaan PAS Kelantan meluluskan pemilikan tanah pajakan seluas 10,526 ekar di Gua Musang kepada pemimpin Cina DAP dari Perak. Rakyat pribumi sendiri masih dibelenggu masalah hak milik tanah sekalipun sudah berpuluh tahun membanting tulang meneroka kawasan berkenaan demi sesuap nasi, alih-alih Cina DAP dari luar pula yang sakan meraih laba keuntungan sehingga tahun 2092. Untuk baki selama 79 tahun lagi dari sekarang hak milik pajakan tanah tersebut terus menjadi milik Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koh Ham dan sepupunya Nga Kor Min melalui syarikat swasta Upaya Padu sdn Bhd yang baru mereka ambil alih baru-baru ini. Soalnya kenapa dan apa jasa pemimpin DAP Perak itu kepada negeri ini sehinggakan keutamaan pajakan tanah yang luas mata memandang itu hanya dinikmati oleh mereka? Sedangkan sekelumit manfaat daripada mereka untuk menambah baik taraf kehidupan rakyat marhaen negeri ini langsung tak kelihatan. Padahal bukannya tidak ada syarikat berwibawa dan individu usahawan berkaliber yang terdiri daripada anak Melayu Kelantan yang jika diberi peluang seperti itu tentu sahaja akan memanfaatkannya demi kebaikan negeri dan anak watan sendiri. Kedua-dua pemimpin DAP Perak itu pula bukannya memiliki latar belakang sebagai usahawan genuine yang berjaya, sebaliknya sekadar pemimpin politik. Kalau pun PAS begitu terhutang budi mahu membalas jasa dek kerana sokongan DAP kepada perlantikan pemimpin PAS Perak, Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak tidak berapa lama dulu, bukan begini caranya. Cukup-cukuplah beribu ekar tanah di Perak diluluskan hak milik tanah 999 tanah di sana kepada Cina-Cina DAP, buat apa lagi di beri habuan tanah pajakan berpuluh tahun di Kelantan untuk memuaskan nafsu serakah pemimpin DAP pula. Dengan keluasan 10,526 ekar tanah di Kelantan itu yang hampir menyamai luas Pusat Pentadbiran Kerajaan Pusat di Putrajaya, sekiranya Kerajaan PAS Kelantan mengikut kaedah penganugerahan hak milik tanah mengikut acuan FELDA bermakna sekitar 1,000 buah keluarga bakal beroleh manfaat berupa tanah seluas 10 ekar tiap-tiap keluarga. Tapi disebabkan kepentingan politik dan dikaburi puncak kuasa yang tidak pasti, akhirnya tanah yang merupakan amanah rakyat itu hanya memberi manfaat kepada beberapa kerat politikus dan kroni pemimpin DAP dalam syarikat itu sahaja. Lebih menyakitkan hati rakyat bila mana hasil bumi Kelantan berupa kayu kayan balak yang nilainya berjuta-juta ringgit terus mengalir ke tangan orang lain. Bagaikan mengulangi sejarah air mata rakyat di awal dekad 1960-an dan 1970-an dulu di mana hasil bumi negeri di lebih 300,000 ekar tanah menjadi habuan sebuah syarikat milik Cina Singapura juga melalui kaedah pajakan tanah. Patutlah lebih 90% para peneroka FELDA di serata tanah rancangan seluruh negara begitu alergik dengan PAS, tentunya berkait rapat dengan kebimbangan yang hak milik tanah mereka bakal tergadai atau dipajak kepada Cina DAP atau Cina SIngapura seandainya PAS diberi muka memijak sesuka hati wilayah yang mereka pertahankan. Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat boleh sahaja mengugut rakyat dengan ancaman tindakan undang-undang dan saman misalnya dalam usaha untuk menutup kebenaran, namun rakyat tidaklah bodoh untuk terus berdiam diri membiarkan saja harta benda negeri dan hasil buminya terus mengalir ke tangan DAP. Dari Timur ke Barat, dari Utara ke Selatan Kelantan di setiap jajahan negeri ini ada sahaja suara-suara anak Kelantan yang bangkit menuntut jawapan konkrit. Kenapa, mengapa dan untuk apa tanah Kelantan dibiarkan menjadi milik DAP? Rakyat Kelantan menanti jawapan hari demi hari, namun yang ada cuma jawapan bersimpang siur daripada Kerajaan Negeri yang terus berbelit sambil menegakkan benang yang basah. Jika beginilah gaya PAS memerintah negeri, sikit-sikit pajak tanah, sikit-sikit tebang balak yang sebahagian besar hasilnya hanya menguntungkan segelintir manusia haprak sahaja, usahlah menangis tak berlagu bila PRU 13 tiba kelak rakyat bangkit membuang PAS jauh terperosok ke dalam longkang. |
You are subscribed to email updates from PISAU.NET To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment