tun faisal dot com |
#RCISabah: Anwar wajar di`ISA'kan kerana beri IC, kerakyatan? Posted: 22 Jan 2013 05:30 PM PST #RCISabah : Azmin Ali Gelabah Kerana Buku Lest We Forget 'Projek IC' Kaitkan Anwar IbrahimSambung dari artikel sebelum [SINI] Sebagaimana saya katakan dalam artikel sebelum bahawa pusingan pertama pendengaran awam Suruhanjaya di Raja (RCI) di Mahkamah Tinggi Sabah sepanjang 5 hari dengan keterangan dari 29 orang saksi, ianya telah menimbulkan lebih banyak persoalan. Reaksi gelabah Azmin Ali yang cuba 'menyingkirkan' nama Anwar Ibrahim dalam 'Projek IC' juga menimbulkan tanya-tanya. Menurut Azmin Ali ada pihak yang akan mengaitkan Anwar Ibrahim dalam projek tersebut walaupun keterangan dari 29 orang saksi sepanjang pusing pertama RCI, tiada seorang pun mengaitkan Anwar Ibrahim. Pihak manakah yang dimaksudkan oleh Azmin Ali akan mengaitkan Anwar Ibrahim dalam 'projek IC' tersebut? Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu menyusuri kronologi 'Projek IC' walaupun sehingga ke hari ini tiada satu senarai nama dan nombor IC yang dituduh dipalsukan dikemukakan sebagai bukti. Jangan Kita Lupa 'Gagasan Sabah Baru' Kita tidak boleh menafikan bahawa sekitar pada tahun 1994 gabungan Tun M dan Anwar Ibrahim telah memberi janji 'Gagasan Sabah Baru' dan dicetuskan dalam manifesto BN semasa Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sabah 1994. Lim Kit Siang mengkritik Anwar Ibrahim dan BN pada 15 Februari 1994 kerana memberi janji dan harapan palsu kepada rakyat negeri Sabah antara janji yang dipertikaikan oleh Kit Siang adalah 'BN akan membasmi kemiskinan di Sabah dalam masa 6 tahun. Melalui manifesto 'Gagasan Sabah Baru' dan peranan Anwar Ibrahim, Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sabah 1994 menyaksikan BN merampas kuasa dari PBS setelah 4 penggal berkuasa - apabila beberapa ADUN mereka bertindak melompat ke dalam BN dan ada yang menubuhkan parti sendiri. Untuk rekod sebelum itu dalam tahun 1990 - PBS telah memenangi 25 kerusi, manakala BN 23 kerusi, selepas itu PBS meninggalkan BN dengan menyertai Gagasan Rakyat yang dianggotai oleh Semangat 46 dan DAP. Selepas insiden lompat-melompat, PBS hanya tinggal 3 orang wakil rakyat iaitu Maxismus Ongkili, Joseph Pairin dan Datu Amirkahar Tun Datu Mustapha. Dalam keadaan ini Pairin tiada pilihan selain melepaskan jawatan sebagai Ketua Menteri pada 17 Mac 1994 di mana ia menggemparkan rakyat Sabah. Tahun 1990 hingga 1994 merupakan tahun yang dikatakan wujudnya 'Projek IC' untuk memenangkan BN di Sabah oleh beberapa saksi yang memberi keterangan dalam prosiding RCI. Individu yang memainkan peranan penting dalam kejayaan BN dalam Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri di Sabah tahun 1994 adalah Anwar Ibrahim. Adakah Azmin Ali tahu bahawa Anwar Ibrahim antara individu yang berperanan dalam 'Projek IC' kerana umum mengetahui betapa kuatnya pengaruh Anwar Ibrahim waktu itu.maka tidak hairanlah awal-awal lagi Azmin Ali tampil menyatakan ada pihak akan mengaitkan Anwar Ibrahim? Persoalan ini wajar ditimbulkan lebih-lebih lagi Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak mencabar Anwar Ibrahim memberitahu kebenaran tentang pendatang tanpa izin kepada RCI : "beliau (Anwar) seorang amat berkuasa dan tahu apa yang berlaku di Sabah". -Datuk Seri Salleh Said Keruak PBS Kaitkan Anwar Ibrahim Siapakah yang mengaitkan Anwar Ibrahim dalam 'Projek IC', adakah ia benar-benar berlaku atas restu pemimpin kerajaan atau ia sekadar teori yang dimainkan oleh pembangkang? Selain Mutalib, Dr. Cheong Eng Leong (bekas pemimpin PBS kini AJK PKR)merupakan individu yang mensensasikan teori 'Projek IC' ini dengan mengatakan ia wujud untuk menangkan UMNO di Sabah melalui buku Lest We Forget yang dihasilkan sekitar 2006, menariknya antara individu yang dikatakan terlibat dalam 'Projek IC' adalah Anwar Ibrahim sendiri. Hal ini turut dilaporkan Malaysiakini bertarikh 21 Mei 2011 - malah Anwar Ibrahim dalam kenyataan tersebut berkata tiada sebab untuk kita halang individu yang telah tinggal 20-30 tahun dari diberi kerakyatan : Melalui laporan malaysiakini di atas, bukankah menunjukkan Anwar Ibrahim juga dikaitkan dengan 'Projek IC' yang mana isu ini beliau jadikan sebagai modal untuk menghentam kerajaan? Pada awalnya Anwar Ibrahim percaya bahawa kerajaan tidak akan menubuhkan atau menyiasat sepenuhnya hal ini kerana melibatkan Kementerian Dalam Negeri. Tetapi jangkaan Anwar Ibrahim nampaknya meleset, ternyata PM benar-benar mahu satu siasatan menyeluruh dalam kes 'Projek IC'. Mungkin kerana terlalu prihatin dengan kehendak rakyat terutama anak Sabah, lebih-lebih lagi hasil inkuiri yang pernah dijalankan pada Februari 1997 oleh Jawatankuasa Terpilih Parlimen ke atas sejumlah penjawat awam yang ditahan bawah ISA tidak pernah didedahkan kepada umum. Maka PM DS Najib Tun Razak bertindak drastik menubuhkan RCI sekaligus menepati konsep tranformasi yang dilaungkan. Tahun 1997 merupakan era Anwar Ibrahim masih berkuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri, waktu itu juga inkuiri tersebut menyaksikan keengganan pegawai JPN untuk hadir beri keterangan. Satu lagi persoalan timbul, kenapa ketika Anwar Ibrahim berkuasa hasil inkuiri yang dijalankan tahun 1997 tidak didedahkan kepada umum? Adakah puak pembangkang sedar perkara ini? Bukan sekali, bukan dua kali bahkan sudah berkali-kali 'Projek IC' timbul. Bermula 'Projek IC 60an, Projek IC 80 an hinggalah Projek IC 90 an' tiada satu bukti atau senarai nama yang dikemukakan. Sebaliknya peristiwa dan kisah 'Projek IC' ini berkisar kepada 'hear-say' sebagaimana saya katakan sebelum ini, isu ini hanya menjadi panas setiap kali tibanya Pilihan Raya Umum. Satu paparan dari tahun 2008 menjelang Pilihan Raya Umum saya pertontonkan kepada saudara. Sebagai penutup untuk episod ini, jika pembangkang mendesak Tun Mahathir disepina supaya hadir memberi keterangan berhubung isu ini. Wajarlah Anwar Ibrahim juga turut disepina kerana beliau merupakan pencatur kemenangan Pilihan Raya Undangan Negeri Sabah tahun 1994. Lebih-lebih lagi namanya turut dikaitkan dalam buku Lest We Forget. |
[Video] Graduan Mesir Masuk DAP taubat, tak mau jadi murtad lagi? Posted: 22 Jan 2013 01:19 PM PST Selepas terkeliru aqidah meletakkan sosialisme dan pluralisme lebih tinggi daripada Islam, Wan Khairuddin mula sedar dan bertaubat? |
You are subscribed to email updates from tun faisal dot com To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment