Kedah Ke KL - MctHeory |
- INFO SERAM!! Kenapa Gadis Melayu Selalu Kena Histeria!!
- HOT SOSIAL!! Pelajar Bunuh Diri Selepas Kecewa Dengan Teman Lelaki?
- HOT! #IsuAirSgor: Khalid dan Skandalnya Kambing Hitamkan SYABAS!!
- TUDIAA!! Kisah Anak Buah YB PAS Kena Tangkap Edar Dadah?
- PANASS!! Dap Buat Drama Bodoh Paling Bangang Untuk Tipu Melayu!!
- PANASS!! Kata-Kata Ayahanda Tun Dr Mahathir yang Patut Semua Ahli UMNO WAJIB Baca!!
- GEMPAR!! 3000 Pengundi Sungai Limau Tolak Undi Azizan Pada PRU 13 nanti!! #TukarKedah
INFO SERAM!! Kenapa Gadis Melayu Selalu Kena Histeria!! Posted: 05 Jan 2013 09:17 AM PST
Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain. Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina dan india. Di mana salah nya… … ..Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan. Kes histeria di sekolah kat BSB… ..Misteri di Asrama Puteri terjawab! Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sek itu. Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang engan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik.. Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!! Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu. "Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!" Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam???" Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab… ""Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan Tak Menarik Hati, Tiada Memikat"" ""Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik,Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK… "" ""Aduhai… (korang nyanyilah sendiri lagu ni sampai habis..) hehehehe….. sumber P/s: Sekadar hiburan tengah malam.. kalau tak reti nak melawak, pergi duduk dalam hutan looo.. | ||
HOT SOSIAL!! Pelajar Bunuh Diri Selepas Kecewa Dengan Teman Lelaki? Posted: 05 Jan 2013 07:18 AM PST Tekanan akibat bergaduh dengan teman lelaki dipercayai menjadi punca seorang penuntut perempuan Politeknik Tunku Syed Sirajuddin, Ulu Puah, di sini, mati petang semalam. Mangsa, Prema Parthiban, 20, penuntut jurusan Diploma Sains Kesetiausahaan dan berasal dari Kulim, Kedah, dipercayai kecewa selepas bergaduh dengan teman lelakinya malam sebelum kejadian. Timbalan Ketua Polis Daerah Arau, Deputi Superintendan Ishak Baharom berkata, pihaknya telah menerima laporan berkenaan kes tersebut daripada pihak pengurusan asrama. Menurutnya, siasatan masih dijalankan untuk mengetahui punca sebenar kejadian itu. "Setakat ini kita belum mendapat maklumat penuh berkaitan punca utama yang menyebabkan mangsa mati. "Pihak polis masih menjalankan siasatan untuk mengenal pasti punca utama kejadian itu ," katanya. Ishak berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk bedah siasat dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Terkejut dengar jeritan Sementara itu, menurut seorang kenalan rapat mangsa, mangsa pada mulanya dilihat berselisih faham dengan teman lelakinya di tangga asrama. Katanya, pertelingkahan antara pasangan kekasih itu menyebabkan beberapa penuntut lain yang berada di situ terkejut dengan jeritan mereka berdua. "Melihat pertelingkahan itu, kami beranggapan ia mungkin perkara biasa bagi mereka dan tidak terlalu menghiraukan kejadian itu. "Namun, tidak pula kami menyangka mangsa, yang dikenali sebagai seorang yang baik hati, ditemui mati di biliknya, selepas itu," katanya semasa ditemui di pekarangan politeknik, di sini semalam. Bergegas ke tempat kejadian Katanya, mereka dikejutkan dengan kejadian itu setelah seorang penuntut yang melalui kawasan itu ternampak mangsa sebelum menjerit meminta tolong. "Terkejut dengan jeritan itu, beberapa penjaga asrama dan pengawal keselamatan bergegas ke tempat kejadian sebelum menemui mangsa dalam keadaan tidak bermaya di dalam bilik yang didiaminya seorang diri. "Penjaga asrama yang berada di tempat kejadian menghubungi polis dan melaporkan kejadian tersebut kira-kira jam 3 petang semalam," katanya. Sumber | ||
HOT! #IsuAirSgor: Khalid dan Skandalnya Kambing Hitamkan SYABAS!! Posted: 05 Jan 2013 06:12 AM PST Mc ada membaca kenyataan Khalid dalam portal penipu rakyat Selangor iaitu SelangorKu. Kemudian Mc juga membaca kenyataan dari Setpol MB Selangor iaitu si andartu Faekah. Pelik juga Mc rasa, kedua-dua pasangan ini mengeluarkan kenyataan yang sama. Tahulah si andartu tu setpol MB, tapi cara si andartu ni keluarkan kenyataan umpama dari suara hati Khalid yang sememangnya benci dengan Syabas. Kedua-duanya mereka, mempertikaikan kerja Syabas yang kononnya tak mampu nak urus tadbir air di sekitar Lembah Kelang. Malah disebabkan gangguan air ini, Kerajaan Negeri Selangor berazam, bersungguh untuk mempercepatkan penstrukturan air di Selangor. Nak tergelak pun ada bila Mc baca kenyataan dari kedua-dua skandal ni. Kita bercakap pasal penstrukturan air. Bersungguh-sungguh ke Kerajaan Negeri Selangor nak buat penstrukturan? Sejak 2010 Khalid menawar untuk membeli, itulah tawaran harga yang terakhir dari Khalid, untuk membeli Syabas. Sejak dari tarikh itu, hinggalah sekarang, sudah pun 2 tahun, Kerajaan Negeri Selangor langsung tidak pernah memanggil Syabas untuk berbincang mengenai penstrukturan. Sudah la dulu mereka menawarkan harga yang rendah, tak berbaloi untuk Syabas terima, selepas di tolak, Kerajaan Negeri Selangor langsung tidak cuba untuk menawar dengan harga yang lebih tinggi, malah dengan sombong menutup segala pintu perbincangan. Siapa yang tak mahu berbincang sebenarnya? Nak beli dengan harga yang mereka tetapkan, apakah Khalid tak tahu cara untuk membeli sebuah syarikat? Apakah itu SUNGGUH-SUNGGUH yang diperkatakan oleh kedua skandal ini? Nampak sangat mereka berdua cuba untuk menipu rakyat Selangor. Pada sesiapa yang tak tahu menahu pasal Air di Selangor ni, mungkin akan mudah percaya dengan kenyataan kedua skandal terburuk tanah air itu. Tapi bagi rakyat Selangor yang sentiasa ambil tahu mengenai situasi air di Selangor, bermula dari penstrukturan hinggalah Kerajaan Negeri Selangor menangguhkan Langat 2. Tentunya, tidak akan terpedaya dengan kenyataan busuk kedua skandal tua ini. Kedua skandal ini juga menyentuh bahawa Syabas tidak pandai mengurus tadbir air di Lembah Kelang sehingga menyebabkan gangguan air di sekitar kawasan Kuala Lumpur dan beberapa tempat yang mengalami gangguan. Sebenarnya kerosakan dirumah pam akibat pengunaan terlebih muatan 'overload' telah menyebabkan pam rosak dan perlu dibaiki. Kerosakan pada rumah pam ini telah dituding seratus-peratus kepada Syabas. Sedangkan Syabas juga dibawah pengawasan Kerajaan Negeri Selangor. Mc dah penat nak terangkan pasal CAPEX Syabas yang disekat, dan hutang Syabas (RM2 billion) yang masih tidak dibayar oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kedua-dua ini adalah unsur sabotaj Kerajaan Negeri Selangor kepada Syabas, supaya Syabas tidak mampu beroperasi dengan baik. Apa yang terjadi sekarang adalah perancangan dari Kerajaan Negeri Selangor yang mahu menghuru-harakan keadaan supaya Syabas kelihatan tidak mampu menjaga air di Selangor hatta Lembah Kelang. Bila Syabas kelihatan tidak mampu, mulalah Khalid dan Exco Kerajaan Negeri Selangor yang lain bangkit menghentam Syabas, sama seperti sekarang. Kononnya Syabas tidak lagi relevan untuk urus tadbir air di Lembah Kelang. Sedangkan pada hakikatnya, mereka ini yang sedang membuat kacau dan onar di dalam Syabas supaya Syabas tidak dapat bekerja dengan baik. Apa saja peluang untuk menghentam dan memperdayakan Syabas, mereka ini tidak akan berlengah, malah dengan sengaja memburukan lagi keadaan. Semua ini mungkin perancangan dari Khalid dan konco-konco jahatnya. Kini mereka sedang menghentam Syabas berikutan gangguan air, siapa tahu, mereka ini juga yang akan menghentam Syabas jika Langat 2 tidak dibina, kononnya Syabas yang melaporkan kepada mereka bahawa Langat 2 tidak perlu dan tidak penting. Terkini, Xavier nasihat pengguna untuk menyaman Syabas. Satu nasihat yang memang bagus sebab si bebal ni suruh pengguna pun saman Kerajaan Negeri Selangor… Dr gigi ni memang bodoh.. Dah lah Kerajaan Selangor berdepan dengan saman air percuma sekarang bakal dapat saman air terputus he he he. Saman jangan tak saman, duit rakyat habis kat proses mahkamah jer nanti Semuanya mungkin dengan Pakatan Haram, kerana ketua mereka memang pakar berkonspirasi, setakat konspirasi air di Selangor, dan korbankan keperluan rakyat, itu perkara kecil, sebab dia pernah berkonspirasi korbankan hak melayu dan tanah air untuk digadaikan. Setakat air? Apala sangat, celah gigi je Anwar. heh.. Dengan penjelasan ini, Mc harap pembaca faham tentang apa yang berlaku di Selangor, dan mengapa gangguan air di kawasan anda sering berlaku. Kalau jumpa Khalid, jangan lupa simbah dia dengan air, lebih baik kalau air longkang! Kalau dia tanya kenapa, cakap je, ini hadiah air free dari penduduk Selangor. he he he.. P/s: Mereka sedang mengkambing hitamkan Syabas.. McTheory: Air pun dorang nak politik, bebal punya Khalid! | ||
TUDIAA!! Kisah Anak Buah YB PAS Kena Tangkap Edar Dadah? Posted: 05 Jan 2013 01:18 AM PST Suatu masa dahulu, PR menjadikan isu dari kisah kaum keluarga pemimpin BN yang ditangkap terlibat dengan najis dadah dan di mana polis dah jalankan tugas untuk tangkap. Tiada isu polis ditahan menjalankan tugas. Dan tiada isu untuk salahguna kuasa dan masuk campur tapi mereka tetap jadikan isu. Sekarang mahukah mereka jadikan isu dari peristiwa berikut: Pada hari selasa Januari 1hb, 2013, satu tangkapan narkotik dibuat oleh satu pasukan anggota narkotik yang diketuai oleh Sub Inspektor Wan Zain di belakang Sekolah Menengah Cherang Ruku, Pasir Putih pada lebih kurang 3 tengahhari. Mereka telah menahan dia orang lelaki Melayu - Wan Imran b. Wan Ramli, Penungang motosikal berumur 18 tahun dan Mohd Hapizul b. Mat Nasir sebagai pembonceng dengan ditemui 20 biji pil kuda. Selain itu, kedua-dua mereka gagal membawa dokumen perjalanan iaitu kad pengenalan) dan ditahan untuk ditahan dan lokap di IPD untuk siasatan lanjut. Difahami bahawa Wan Imran adalahg anak kepada Wan Ramli b. Wan Ibrahim, Penghulu Tetereh Tuga dan juga anak saudara kepada ADUN PAS, YB Wan Hassan b Wan Ibrahim wakil rakyat Semerak. Sambung baca SINI McTheory: Puak Pas apa pun takpa, dosa Nik Aziz boleh ampun.. janji Pas!! | ||
PANASS!! Dap Buat Drama Bodoh Paling Bangang Untuk Tipu Melayu!! Posted: 04 Jan 2013 10:18 PM PST SPR tak telus, SPR korup !! Inilah kata kata yang selalu dikeluarkan oleh para pemimpin pakatan bagi mengambarkan bahawa SPR adalah satu badan yang gagal untuk menguruskan pilihan raya di Malaysia.. Tapi sebaliknya yang berlaku apabila Dap mengakui bahawa terdapat kesilapan dalam pengiraan undi pemilihan CEC tempoh hari..Yang peliknya sudah beberapa minggu baru sedar terdapat kesilapan dalam proses pengiraan.. Aku tak pasti samaada kesilapan ini sengaja dibuat untuk mengalih isu kalimah Allah ataupun untuk menunjukkan Dap bukan anti Melayu..Memandangkan pemilihan CEC tempoh hari satu muka melayu pun tidak terpilih jadi macam macam cara mereka boleh buat.. Hari pulak tiba tiba si Pooi Weng Keong Pengarah Pemilihan Dap letak jawatan.. Kononnya nak tunjuk drama ciptaan baru Dap ni real..Lepas tu buat buat tak faham kenapa boleh jadi macam ni (salah kira) GEORGETOWN – Pengarah Pemilihan DAP, Pooi Weng Keong meletak jawatan ekoran kesilapan teknikal dalam pengiraan undi pada pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP Kebangsaan bulan lalu. Baca lagi pendedahan di blog DR MIM McTheory: Kalau ada Melayu yang percaya cerita ni, nampak sangat la bodohnya!! | ||
PANASS!! Kata-Kata Ayahanda Tun Dr Mahathir yang Patut Semua Ahli UMNO WAJIB Baca!! Posted: 04 Jan 2013 08:17 PM PST KATA-KATA TERAKHIR TUN DR MAHATHIR MOHAMAD sebelum meninggalkan kerusi PRESIDEN UMNO ketika PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 54. "Sesungguhnya musuh UMNO tidak kuat. Mereka tidak mungkin mengalahkan UMNO. Tetapi UMNO boleh mengalahkan UMNO. Saya tidak perlu hurai perkara ini. Kita semua tahu. Parti lawan tidak menang. Hanya UMNO yang kalah. Sesungguhnya UMNO tidak mungkin kalah jika kesetiaan kita kepada parti, pada bangsa dan agama tidak dilunturkan kerana kepentingan diri. Tidak ada parti politik di mana-mana yang lebih berjaya memulihkan maruah sesuatu bangsa, seperti UMNO. Daripada bangsa yang dijajah dan dihina, bangsa Melayu sekarang dianggap sebagai bangsa yang begitu berjaya sehingga menjadi contoh kepada ramai bangsa-bangsa lain di dunia. Jasa UMNO kepada orang Melayu, Bumiputera lain, bangsa Malaysia dan negara Malaysia amatlah jelas dan besar. Janganlah kekecewaan kita menghancur semula maruah bangsa kita Jika boleh saya ulangi, perjuangan kita, UMNO dan orang Melayu dan Bumiputera lain belum selesai. Banyak lagi yang perlu dibuat oleh kita. Hanya untuk mengekalkan kemerdekaan kita, kebebasan kita, memerlukan usaha yang gigih dan berterusan. Apatah lagi jika kita ingin memulih maruah bangsa dengan sepenuhnya dengan menjadi bangsa yang maju dalam sebuah negara maju. UMNO, saya ulangi bukan sebarang parti. UMNO adalah teras dan tunjang kepada parti yang memerintah negara tercinta ini. Kuat UMNO kuatlah Barisan Nasional, kuatlah Kerajaan Malaysia, kuatlah Malaysia. Lemah UMNO akan mengundang malapetaka kepada kita semua. Ini adalah kali terakhir yang dapat saya sampaikan ucapan perasmian dalam Perhimpunan Agung UMNO. Saya pohon maaf jika saya mengambil masa yang panjang untuk menyampaikan ucapan ini. Saya hanya ingin menyumbang kepada parti yang telah memberi peluang yang banyak bagi saya merealisasikan segala idea yang ada pada saya bagi pemulihan maruah bangsa saya, memajukan sedikit bangsa saya dan negara saya. Sama ada saya berjaya atau tidak bukan untuk saya menilaikannya. Rakyat dan sejarah yang akan menghukum dan menilai baik atau buruk khidmat yang telah saya berikan. Saya amat menghargai sokongan UMNO, orang Melayu dan Bumiputera dan rakyat Malaysia yang lain dan saya bersyukur dan berterima kasih kerananya. Saya juga pohon ampun dan maaf terhadap segala kesilapan dan kesalahan saya sepanjang saya berkhidmat dalam parti yang bertuah ini. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, yang telah memberkati hamba-Nya yang kerdil ini. Saya berdoa kepada-Nya supaya memelihara bangsa hamba-Nya ini daripada sifat-sifat yang keji dan menjadikan mereka bangsa yang mulia dan berjaya, yang mematuhi segala ajaran agama suci Engkau, ajaran yang menyuruh berusaha bersungguh-sungguh memelihara dan memajukan bangsa ini untuk dijadikan contoh sebagai umat Islam yang tunduk kepada segala perintah Engkau Ya Allah. Amin Dengan doa ini, saya dengan hati yang berat tetapi gembira, merasmikan Perhimpunan Agung UMNO yang ke 54 ini" Sumber : Pejabat Perdana Menteri McTheory: Dalam maksudnya tu.. tak faham juga sila terjun lombong la oii.. | ||
GEMPAR!! 3000 Pengundi Sungai Limau Tolak Undi Azizan Pada PRU 13 nanti!! #TukarKedah Posted: 04 Jan 2013 04:39 PM PST Mc sambung lagi cerita mengenai Dun Sungai Limau, kubu kuat Ustaz Azizan Menteri Besar Pas Kedah yang pertama dan bakal yang terakhir kelak. Insyallah. Terdahulu Mc pernah bercerita mengenai orang kuat Azizan di Sungai Limau, telah dibeli oleh Phahrolrazi untuk membuat gerakan bawah tanah tumbangkan Ustaz Azizan dalam diam. Kemudian Mc pernah ceritakan bahawa 3000 pengundi luar yang diimport oleh Pas untuk membantu Azizan memenangi kerusi Dun Sungai Limau pada PRU yang ke 12. Lepas tu, Mc juga pernah ceritakan mengenai Azizan yang mengabaikan orang kampung di Sungai Limau, tidak tepati janji dan sombong. Malah Sekolah Pondok Pak ya yang terletak berhampiran juga sudah 'isytihar' untuk tolak Pas serta Azizan pada PRU kali ini. Semua cerita ini bersangkutan diantara satu sama lain. Malah cerita bersiri ini akan membongkarkan misteri siapa Azizan Razak di Sungai Limau secara detailnya kelak. Disebabkan Azizan yang tidak ambil peduli dan kisah akan orang yang membantunya memenangi kerusi Dun Sungai Limau. Individu yang menguruskan pengundi import tersebut, bertekad untuk 'memulaukan' undi untuk Pas supaya Pas kalah dikawasan tersebut. Beliau berani jamin bahawa 3000 pengundi yang beliau bawa untuk bantu Azizan dulu, takkan turun seorang pun bagi mengundi Pas serta Azizan. Semua ini, hanyalah untuk mengajar Azizan supaya berterima kasih serta sedar diri setelah kalah nanti. Itu 3000 pengundi yang diimport, bagaimana pula dengan pengundi asal di Sungai Limau yang selama ini terpinggir dengan perbuatan Azizan yang sombong dan lupa diri tu? Semua ini akan Mc huraikan kelak. Banyak cerita lagi ni.. McTheory: Habis la Azizan, bungkuih la lepas ni. |
You are subscribed to email updates from Kedah Ke KL To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment