Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


INFO SERAM!! Roh Ibu Datang Mencari Anaknya di Hospital!!

Posted: 03 Jan 2013 07:16 AM PST



Setiap hari tanpa jemu Saripah akan melakukan kerja menjaga bayi di wad penjagaan bayi yang baru dilahirkan. Apa yang membuatkan Saripah seronok dengan tugas tersebut kerana sikap yang menyukai kanak-kanak yang memang tersemat di dalam dirinya. Tambahan pula Saripah turut mempunyai seorang cahaya mata yang baru sahaja berusia setahun membuatkan naluri keibuannya terserlah.

Jika sesetengah orang tidak akan selesa dengan tangisan bayi yang laparkan susu atau kerana lampinnya sudah basah, namun bagi Saripah tangisan tersebut seakan satu bunyi yang sudah sebati dalam dirinya. Sebagai ibu dia pernah merasai keadaan tersebut. Memang tidak dapat dinafikan pada mulanya dia juga tidak selesa dengan keadaan tersebut tetapi lama kelamaan dia telah biasa dan lali.

Setelah 2 bulan ditugaskan bekerja syift siang, kini tiba gilirannya pula untuk bertugas pada syift malam. Sebagai kakitangan baru, Saripah hanya mampu mengikut jadual tanpa banyak soal. Nasib baik jugalah suaminya bekerja bekerja dari jam 9 pagi hingga 5 petang, maka Saripah tidak risau akan penjagaan anaknya di rumah.

Jadual kerja Saripah memerlukannya sentiasa memeriksa bayi-bayi di wad berkenaan agar segala-galanya berjalan dengan sempurna. Selain Saripah, terdapat juga 3 orang jururawat yang bertugas menjaga bayi ini secara bergilir-gilir. Dengan cara ini dapat jugalah mereka berehat sambil melakukan kerja-kerja lain.

Hari pertama bekerja malam,segala-galanya berjalan lancer. Cuma kadang-kadang Saripah dan rakan sekerjanya sibuk sedikit apabila terdapatnya kelahiran baru pada waktu itu. Namun disebabkan diri masing-masing sudah dilatih untuk mengatasi sebarang masalah, setiap tugas mampu dilakukan dengan baik sekali.

TANGISAN KUAT

Begitu juga hari kedua. Segala-galanya baik dan ini membuatkan Saripah berasa senang walaupun ditugaskan pada waktu malam. Namun begitu pada malam yang ke-3, sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku ketika tiba giliran Saripah member minum susu kepada bayi-bayi yang terjaga pada pukul 2 pagi.

Tangisan seorang bayi lelaki yang agak kuat memecah keheningan awal pagi membuatkan Saripah yang baru bertukar giliran berasa amat terkejut. Sepanjang pengalamannya bekerja, tidak pernah dia mendengar bunyi tangisan yang sebegitu.

Sedang Saripah tergesa-gesa mahu menuju ke bilik yang menempatkan katil bayi tersebut, tiba-tiba dia mendengar suara seorang wanita yang mahukannya agar cepat ke sana. Terkejut juga Saripah mendengar suara itu, sebab setahunya pada waktu begini tiada ibu-ibu yang terjaga. Mungkin itu hanya khayalannya. Fikir Saripah dalam hati.

Sebaik sahaja Saripah sampai ke dalam bilik tersebut, dia berasa amat terkejut apabila melihat bayangan seorang wanita berada di luar cermin bilik itu. Tambah menghairankannya ialah cermin tersebut pula menghala ke balkoni luar dan tidak ada tempat berpijak yang cukup walaupun untuk seorang insan.

Saripah agak kaget, tasingan bayi tersebut tidak diendahkan. Apa yang terdetik di hatinya ketika itu ialah menyelamatkan wanita tersebut dari terjatuh. Tanpa membuang masa Sarimah pun menuju ke cermin tingkap yang boleh dibuka bersebelahan dengan balkoni tersebut. Namun belum sempat Saripah tiba di situ, tiba-tiba bayangan tersebut terbang dengan pantas. Saripah berasa terkejut dan menjerit ketakutan.

Apabila mendengar jeritan Saripah itu, dua orang rakannya yang berada berhampiran bergegas mendapatkannya. Sebaik sahaja mereka sampai di bilik tersebut, segera mereka mendapatkan Saripah. Beberapa ketika kemudian Saripah tersedar dari terkejut lalu mendapatkan bayi yang menangis itu. Nasib baik tiada apa-apa yang berlaku pada bayi lelaki itu.

Setelah berpuas hati dengan keadaan bayi itu, barulah Saripah menceritakan keadaan yang berlaku pada rakannya. Terkejut juga mereka sebab sewaktu mereka bertugas tiada apa-apa yang berlaku.

Saripah tidak berpuas hati dengan kejadian tersebut. Terus sahaja dia mengambil keputusan untuk menyiasat bayi siapa yang menangis dan mengapa bayangan tersebut berada di sana. Setelah disiasat barulah Saripah faham apa yang berlaku.

Ibu bayi tersebut sebenarnya telah meninggal dunia sebaik sahaja bayi tersebut dilahirkan. Mungkin disebabkan rindu dan kasihan dengan anaknya, roh wanita tersebut datang melawat anaknya pada malam itu.

VIDEO EKSKLUSIF!! Pemimpin PAS Kedah Pasti Menangis Dengar Penjelasan Ustaz Fathul Bari!! #TukarKedah

Posted: 03 Jan 2013 04:39 AM PST


Penjelasan Ustaz Fathul Bari ni patut di dengar oleh Ustaz Azizan. Bagaimana dosa pentadbir sebuah negeri yang gagal tunaikan janji!! Sama sebijik macam apa yang Pas Kedah lakukan sekarang!

TUDIAA!! Lepas Kafirkan UMNO, Hadi Awang Kafirkan Azizan dan Jamil KUIN??! #TukarKedah

Posted: 03 Jan 2013 01:17 AM PST


Lawak pun ada Mc baca amanat Haji Hadi version KUIN yang Mc ambil dari blog Adik Wak. Memang kena sebijik muka Azizan dan Jamil. Malah Mc percaya amanat Hadi Awang versi KUIN ni patut dihafal dan dipegang oleh setiap staff KUIN.

Apa yang dilakukan oleh Azizan dan Jamil, itu barulah dinamakan kejam!! Menjaga kroni, hingga menganggu periuk nasi staff KUIN yang lain.

Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang Jamil dan Azizan, bukan kerana nama dia Jamil dan Azizan. Kita menentang PAS bukan kerana dia Kerajaan yang memerintah sekarang. Kita menentang mereka ialah kerana mereka menumpukan pengajian lain dari pengajian Islam, menjatuhkan martabat Islam, menipu, menafikan hak kita, membela kroni, jahil dan lain-lain lagi kejahatan. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi bacul dengan mengamalkan 'Jamil suku, Azizan suku'.

PANASS!! Pas Wajibkan Ahlinya Turun Himpunan Bangang Cai Ayam Makan Dedak!! #KL112

Posted: 02 Jan 2013 10:17 PM PST


Nampaknya Pas sudah mengeluarkan surat kerahan tenaga untuk semua ahli Pas turun ke Stadium Merdeka pada 12 hb nanti. Sahabat Mc, blogger Keris7Lok, membongkarkan perkara tersebut.

Selepas mereka menyewa Stadium Merdeka, mengikut rakan yang berada didalam PAS, mereka bimbang orang yang hadir kurang daripada apa yang telah mereka hebahkan. Justeru itu, satu mesyuarat khas telah dibuat.

Lawaknya apabila SUA PAS diminta untuk menggunakan kuasa veto mengerah semua ahli PAS untuk hadir. Kat situ dah nampak yang mereka nak buat bukannya rakyat tetapi ahli PAS. Jangan risau sebab ramai yang akan jadi keldai untuk dengar cakap DAP akan datang.


Nak buat himpunan macam ini tapi keluarkan surat yang seakan mewajibkan ahlinya hadir memang tak gentleman. Sengaja mahu cetuskan huru-hara. Tak percaya nanti tunggu. Video pecahkan kereta polis masih ada lagi.

Puak ni selalu kutuk UMNO kononnya buat kerahan tenaga, tetapi bila kita baca surat ni. Mereka juga mengunakan taktik yang sama, malah lebih kejam hingga mewajibkan ahli turun padang. Nampaknya ini kerahan turun padang yang terakhir sebelum PRU.

Perhimpunan menghimpunkan cai cai mangkuk ayam makan dedak!!

McTheory:
Perhimpunan yang nak menghuru-harakan Malaysia!

HOT!! #IsuAirSgor: Khalid Perlu Gembira Kerana Rakyat Selangor Hadapi Lagi Masalah Gangguan Air!!

Posted: 02 Jan 2013 07:38 PM PST


Sejak sebulan lepas sampailah ke tahun baru ni, rasanya dah berapa kali cerita gangguan air berlaku di sekitar Selangor dan Lembah Kelang. Semakin hari, semakin kerap pula berlaku. Agak-agakla apa punca sebenar gangguan bekalan air ni ya?

Mc taktau apa perasaan Khalid, bila mengetahui rakyat Selangor sering mengalami gangguan air. Apakah Khalid berasa gembira bila mengetahui gangguan air ini berpunca kerana tidak cukup sumber, atau disebabkan masalah teknikal apabila paip atau pam yang lama dan tidak sesuai, masih diguna, tak diganti baru, kerana tak ada bajet.

Mc tak pasti pula la kalau Khalid dan exco Selangor lain, boleh bersukaria bila mendengar berita ini, namun sebagai Menteri Besar, sepatutnya beliau lebih terasa kesusahan rakyat. Setitik air mata rakyat mengalir akibat kesusahan, berkali-kali dia akan dipersoalkan diakhirat kelak.

Kalau tak salah Mc, dua minggu lepas berlaku kekurangan sumber air di sekitar Cheras, yang melibatkan sekitar Taman Bukit Segar dan Taman Connought. Puncanya ialah, kawasan bersebelahan mengunakan air dengan jumlah yang banyak, lalu kawasan sekitarnya terpaksa dicatu untuk stabilkan semula sumber air.

Lalu Khalid cuba menjadi hero dengan menghantar berlori-lori air percuma untuk redakan kemarahan rakyat kepada Kerajaan Negeri Selangor. Kiranya semua ini akan berulang-ulang sehinggalah masalah sumber air dapat diselesaikan.

Terbaru, gangguan air berlaku di Wangsa Maju, melibatkan kumpulan penduduk yang agak besar. Ni betul-betul tengah KL, kawasan yang aktiviti ekonominya memanglah pesat. Punca gangguan air berlaku disebabkan rumah pam di Wangsa Maju telah mengalami kerosakkan kerana "overload"

Untuk lihat senarai gangguan boleh klik link kat bawah ni,

http://www.facebook.com/#!/notes/puspel-syabas/gangguan-bekalan-air-tidak-berjadual-di-wilayah-kuala-lumpur-dan-gombak-berterus/542277219118825

Macam computer lah, kalau dah di overloadkan dengan program dan bagai, mahu tak respon computer perlahan. Silap hari boleh jadi arwah.

Dalam kes air pula, pam kat Wangsa Maju tu telah bekerja lebih had ataupun di luar kemampuan. Macam lori angkut beras, kalau muatannya hanya untuk 5 ton and setiap hari dok ulang-alik Kedah – JB dengan 8 ton sebab penduduk kat JB dah bertambah, mahu tak lori tu semput dan akhirnya menyerah kalah.

Sama juga dengan pam tu, ada tahapnya. Cuba tengok kawasan kat Wangsa Maju dan Gombak, kalau dulu hutan sekarang dah banyak kawasan perumahan dan perindustrian. Kalau dulu satu taman katakan ada 2,000 penduduk, tapi kini dah banyak taman and bertambahlah penduduk kat kawasan tu. Larat ke pam tu nak proses air – macam enjin Kancil tapi nak kena buat kerja macam Porche, boleh tak?

Sebab tu awal-awal lagi Mc kata, Khalid mesti tengah gembira dan berparti sekarang ni, apabila mengetahui Wangsa Maju pula yang takdak air. Khalid kan suka air di Selangor bermasalah, kalau tidak dia takkan sekat CAPEX dan tangguhkan Langat 2 sampai sekarang.

Kenapa tak ada media yang pergi menyoal Khalid tentang gangguan-gangguan air yang sering berlaku sekarang ni? Tapi peliklah kan.. Selangor Times, SelangorKu dan Selangor Kini tak pulak buat reporting macam reporting masa empangan penuh dulu. Mc nak tengok juga apa yang Khalid nak jawab. Kalau dah tergagap-gagap tu, sahh la memang dia mula nak menipu.

Baru kita masuk tahun 2013, pelbagai masalah telah timbul. Air Selangor tersekat-sekat macam percakapan MB dia juga, tergagap-gagap. Kalau masalah air tak dipandang serius, Mc rasa bukan saja air tergagap-gagap, takut nanti, air terus tak ada lagi. Kalau dah sampai tahap macam tu, Mc rasa rakyat Selangor terpaksa la cari perigi atau sungai yang berdekatan untuk kegunaan air harian.

Sebab apa, selagi Khalid dan Pakatan Haram jadi Kerajaan Negeri Selangor, Mc tak rasa mereka akan teruskan pembinaan Langat 2. Jadi apa yang perlu rakyat Selangor lakukan sekarang adalah, tukar Kerajaan Negeri, jika mahu keperluan air anda selamat!

Selagi mereka Pakatan Haram jadi Kerajaan Negeri, air di Selangor akan terus dipolitikkan. Bermakna, nasib rakyat Selangor dipolitikkan demi menjaga periuk nasi mereka sendiri. Mana ADUN-ADUN Pakatan? Mana Ronnie, mana Xavier, mana Elizabeth Wong? Apakah anda semua mahu situasi itu berlaku?


McTheory:
Kalau tak mahu, Sokong Langat 2, Tolak Pakatan Haram, azam tahun 2013!

PANASS!! Fitnah keatas DS Rosmah, Rafizi Bakal Di Pecat Anwar?

Posted: 02 Jan 2013 05:16 PM PST


Pagi semalam Mc diberitahu, Rafizi Ramli Pengarah Strategik PKR yang pendek gemuk tu, mendedahkan sesuatu yang mengemparkan.

Rafizi Ramli 'mendedahkan' satu emel yang beliau dakwa ada kaitannya dengan DS Rosmah Mansor, barang kemas dan Deepak. Penjelasan detail ini Mc ambil dari blog DrMiM,

Lihat di bawah :



Yang sangat meragukan kita ialah isi kandungan emel itu yang merujuk kepada 'invoice Datin Rosmah Mansor'.

Padahal, invois yang disertakan oleh Rafizi pula tidak langsung mengandungi nama 'Rosmah Mansor'! Invois itu merujuk kepada 'Carpet Raya Sdn Bhd.'

Lihat di bawah :



Jika invois itu merujuk kepada 'Carpet Raya Sdn Bhd', apakah kita boleh percaya dengan isi kandungan emel tersebut?

Transaksi pembelian dan invoisnya hanyalah di antara dua pihak iaitu Dehres Limited dan Carpet Raya Sdn Bhd. Itu sahaja.

Dan sebagai syarikat besar, Dehres Limited tidak mungkin akan merujuk kepada imvois yang tidak wujud di atas nama 'Rosmah Mansor' kecuali jika ada anasir jahat yang sengaja tampered atau meletakkan nama Rosmah Mansor untuk dijadikan alasan dan kaitannya dengan Deepak.

Hujah di atas sudah cukup untuk menangkis permainan politik murahan Rafizi Ramli. Dalam masa yang sama, kita tunggu ulasan terbaru beliau. Mungkin ada lagi.

Tetapi jika beliau tidak mampu untuk mengeluarkan dokumen dan invois yang lebih masuk akal dan ada kredibiliti, Mc sarankan beliau meletakkan jawatan.. Buat malu PKR sahaja.


Pendedahan dari Deepak buat Rafizi kencing dalam seluar!

Ahli perniagaan Deepak Jaikishan berkata beliau tidak tahu menahu mengenai dokumen yang dikemukakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini berhubung dakwaan pembelian barang kemas - didakwa sebahagian daripada sogokan untuk melicinkan satu urusniaga tanah.

Menurut Deepak lagi, beliau juga tidak pernah menyerahkan apa-apa dokumen sama ada kepada Rafizi mahupun Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung dakwaan pembelian barang kemas tersebut.

"Saya tak pernah beri (Rafizi) apa-apa dokumen."Saya juga tidak pernah melalui seseorang (proksi) memberikan sebarang dokumen itu kepadanya. Saya sendiri tidak pernah lihat dokumen yang dikatakan," katanya.

Beliau yang ditanya pemberita meluahkan kekecewaan terhadap Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwanya menggunakan Rafizi Ramli untuk mendedahkan dokumen-dokumen yang bukan miliknya.

"Secara jujur saya tidak tahu apa yang dikatakan oleh Rafizi. Saya rasa ianya bertujuan untuk mensensasikan isu (urusniaga tanah) dan saya sekali lagi berkata tidak pernah melihat dokumen itu.

"Oleh itu saya bersama peguam akan meneliti tentang perkara ini," katanya pada sidang media di ibu negara petang ini.Deepak juga berkata beliau dinasihatkan peguam supaya tidak mengulas lanjut mengenai dakwaan bahawa beliau membeli barang kemas tersebut.

Beliau juga mahu Rafizi tampil untuk menunjukkan dokumen-dokumen tersebut yang dipaparkan dalam blog beliau rafiziramli.com. Ditanya lagi mengenai kesahihan dokumen-dokumen tersebut yang turut memperlihatkan nama syarikat Carpet Raya Sdn Bhd, Deepak berkata

"Syarikat itu memang milik saya, namun dokumen-dokumen yang didakwa Rafizi bukan milik syarikat saya."

 Sebelum itu, Pengarah Strategi PKR itu mendakwa dokumen-dokumen pembelian 19 keping barang kemas tersebut dari dua firma di Hong Kong bernilai RM13 juta adalah untuk isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.


McTheory:
Kita tunggu apa pulak Rafizi nak kelentong!!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...