Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Pendedahan Nik Nazmi, Aidil Zafuan Bersekedudukan Dengan Girlfriendnya?

Posted: 28 Jan 2013 10:34 AM PST



BERITA yang sedang hangat di laman Twitter malam ini, kekasih kepada pemain bolasepak negara yang sedang bermain di Liga Portugal, Nazmi Faiz Mansor telah 'disailang' oleh seseorang yang juga dalam bidang bolasepak.

Gadis manis berasal dari Kelantan, Tengku Fiella dikatakan kini mempunyai hubungan intim dengan pemain bolasepak kebangsaan yang juga bekas suami kepada pelakon Rita Rudaini - Aidil Zafuan.




Berita ini kecoh selepas Nazmi Faiz meluahkan perasaan di akaun Twitter miliknya.. - Media-PjO

Mc siarkan berita ini disebabkan terkilan dengan tingkah laku Aidil yang dikatakan bersekedudukan dengan perempuan yang bernama Tengku Fiela.

Sudahla merampas GF rakan, hidupnya pula tak serupa orang Islam. Ketika kita menyambut maulidur rasul, ada pula orang yang berparti sampai pagi bergelimpangan dengan minuman keras dan maksiat.

Aidil Zafuan perlu memperjelaskan semua ini, kerana beliau adalah seorang Ikon Bola Sepak yang terkenal dinegara kita. Jika benar beliau berkelakuan seperti zaman jahilliah, Mc harap pihak Johor DT melakukan sesuatu. Walaupun ia peribadi, namun ia melibatkan imej bola sepak dinegara kita.

McTheory:
Nampak sangat Islam hanya pada IC!!

PANASS!! Komen PM @NajibRazak Berkenaan Pemecatan Ustaz Nasha Dari Majlis Syura Pas!

Posted: 28 Jan 2013 04:42 AM PST


Sebentar tadi TV3 ada menemubual Perdana Menteri mengenai Ustaz Nasharudin yang dipecat dari majlis syura Pas. Ustaz Nasha dipecat atas alasan gagal menghadiri mesyuarat. Namun bagi Perdana Menteri, alasan gagal menghadiri mesyuarat itu adalah alasan yang dicipta khas untuk memecat Ustaz Nasha.


Ustaz Nasha digugur, apabila Ustaz Nasha mengikut Perdana Menteri ke Gaza. Kunjungan Perdana Menteri ke Gaza bersama Ustaz Nasha semuanya dibuat atas perjuangan dan melawat sahabat sesama Islam.

Mungkin disebabkan wujudnya persepsi diantara dua belah pihak dan Pas menganggap kejadian tersebut tidak menguntungkan politik mereka. Lalu mereka marah dan mengambil tindakan keatas Ustaz Nasha, kata Perdana Menteri lagi.

Bagi Mc, Ustaz Nasha kena gugur disebabkan Karpal yang suruh. Nik Aziz bila Karpal suruh saja, terus bertindak mengikut arahan. Biasa la.. Karpal kan bos, Nik Aziz pencacai saja. heh..

Apa pun penguguran Ustaz Nasha dari majlis syura Pas adalah seribu rahmat buat kita semua. Barulah kita nampak apa warna sebenar Pas. Pejuang Islam di gugur, pengadai Islam di bela! Itulah Pas!!

McTheory:
Buang saja la nama Islam kat nama parti tu.. buat malu saja!

PANASS!! Komen Ustaz Nasha Selepas Beliau di gugurkan dari Majlis Syura Pas!

Posted: 28 Jan 2013 01:15 AM PST


Tentu kita tertanya-tanya apa komen dari Ustaz Nasha setelah beliau digugurkan dari majlis syura Pas. Satu jawatankuasa tertinggi parti Pas.

Baca komen beliau,

Terima kasih semua rakan rakan saya.Saya menerima ratusan sms,email dan panggilan talipon.Sehingga disaat saya hantar sms ini saya masih belum menerima sebarang surat menyatakan perlucutan jawatan tersebut.

Walau apa pun,perjuangan untuk mendaulatkan Islam mesti diteruskan,berjawatan atau tidak. Jawatan tersebut adalah lantikan Parti, bukan pilihan saya, jika Parti ambil kembali jawatan itu, itu adalah hak Parti.

Cuma setakat ini saya hanya tahu tentang pemecatan tersebut melalui media dan tidak melalui saluran rasmi Parti.Berorganisasi hanya lah wadah tetapi berpegang pada prinsip adalah satu tuntutan. Saya akan terus berikan sumbangan terbaik kepada mana mana pihak yang ingin mendaulatkan Islam.

Nasharudin Mat Isa

PANASS!! Haron Din Halang Majlis Syura Pas dari Memecatan Ustaz Nasha?

Posted: 27 Jan 2013 11:17 PM PST


Jika sebelum ini parti PAS diselubungi krisis 'u-turn' dan 'cakap pusing' tentang nama Allah, isu pemecatan Nasharuddin Mat Isa dari jawatan Majlis Syura PAS menimbulkan konflik terbaru di dalam parti tersebut.

Tidak diberitahu dengan jelas tentang sebab-sebab pemecatan tersebut tetapi akhbar melaporkan di antaranya ialah kerana Nasharuddin 'tidak hadir mesyuarat'.

Kita tidak percaya 'tidak hadir mesyuarat' merupakan sebab utama pemecatan tersebut tetapi ianya dilihat bersangkut paut dengan lawatan bantuan kemanusiaan PM Najib Razak ke Gaza, Palestine yang turut disertai oleh Ahli Parlimen Bachok itu.

For what ever reasons, keputusan Majlis Syura PAS itu seperti bercanggah dengan kenyataan Dr Haron Din sebelum ini.

Seperti yang kita tahu, isu Nasharuddin Mat Isa ini pernah hangat apabila beliau menggesa PAS mempertimbang semula kerjasama dalam Pakatan Rakyat berikutan pendirian Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dalam isu hudud.

Tetapi Dr Haron Din pernah berkata,
"Pemecatan ahli ini bukan kerja Syura (Majlis Ulama Syura). 
Kita ada sistem dalam parti kita. Kita ada Lajnah Displin dan ia sepatutnya dibincangkan di peringkat itu jika ada berlaku kesalahan"
Sila baca laporan pada 7hb September tahun lepas :
KUALA LUMPUR, 7 Sept - Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din berkata, beliau tidak nampak mengapa perlu Nasharudin Mat Isa dipecat daripada Pas ekoran gesaan bekas Timbalan Presiden tersebut supaya parti itu mempertimbangkan semula hubungan dengan pakatan pembangkang sebelum ini. 
Beliau yang tetap bersetuju dengan saranan Nasharudin berkata, apa yang disarankan oleh Ahli Parlimen Bachok itu dianggap sebagai bukan satu perkara besar sehingga boleh menyebabkan berlakunya pemecatan terhadap ahli parti itu. 
"Seperti saya katakan dahulu, saya tidak nampak itu sebagai satu perkara besar sehingga boleh berlaku pemecatan semata-mata kerana adanya pandangan peribadi yang mungkin dilihat sebagai bertentangan dengan perjuangan parti. 
"Tidak ada sebab mengapa Nasharudin perlu dipecat melainkan ia hanya cakap-cakap pihak luar semata-mata," katanya. 
Berhubung dengan dakwaan ada sumber dalaman mengatakan golongan 'Anwarinas' akan cuba mempengaruhi Majlis Ulama Syura yang mahukan Nasharudin Mat Isa dipecat, Haron Din berkata beliau sendiri tidak tahu sama ada isu tersebut akan dibincang di dalam mesyuarat tersebut pada Ahad ini 9 Sept 2012. 
"Kalaupun nak sampai kepada pemecatan, ia bergantung kepada sejauh mana perkara itu serius atau pun tidak. 
"Pemecatan ahli ini bukan kerja Syura (Majlis Ulama Syura). Kita ada sistem dalam parti kita. Kita ada Lajnah Displin dan ia sepatutnya dibincangkan di peringkat itu jika ada berlaku kesalahan," katanya. - SH

Jika benar bukan kerja Majlis Syura PAS memecat ahlinya, bagaimana pula dengan keputusan terbaru Majlis memecat Nasharuddin Mat Isa?

Sila baca di bawah :

KUALA LUMPUR 27 Jan. - Majlis Syura Ulama' PAS Pusat memutuskan untuk menggugurkan jawatan menggugurkan bekas Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa dari jawatan anggota badan tersebut. 
Setiausaha Majlis Syura PAS Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, ianya berdasarkan rekod Nasharuddin yang telah melanggar beberapa peraturan jawatankuasa berkenaan. 
"Keputusan mengenai perkara itu dibuat pada mesyuarat 13 Januari lalu yang dipengerusikan oleh Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. 
"Antara sebab keputusan itu diambil kerana beliau (Nasharudin) telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan parti. Antaranya tidak hadir mesyuarat...," katanya dalam satu kenyataan kepada pemberita di sini hari ini. 
Pengesahan ini diumumkan sejurus Nasharudin menyertai rombongan bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Misi Kemanusiaan Gaza baru- baru ini.
Sebelum ini, Nasharudin dan Majlis Syura dilaporkan menjadi tumpuan dengan membincangkan nasib dirinya. 
Ianya berikutan kenyataan beliau yang menggesa PAS mempertimbang semula kerjasama dalam Pakatan Rakyat berikutan pendirian Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh dalam isu hudud. 
Bagaimanapun mesyuarat 9 September itu bersidang tanpa membincangkan isu berkaitan dengan beliau.
Sambung baca SINI

Mc tak percaya Nasha dipecat semata-mata tidak hadir mesyuarat. Semalam Nik Aziz ada bersama Karpal Singh di Pulau Pinang untuk menyambut hari jadinya. Selepas itu, Majlis Syura membuat kenyataan memecat Nasha dari menjadi ahli majlis. Apa maksudnya itu?

Apakah Nasha di pecat atas saranan Karpal Singh yang sememangnya bencikan beliau?

McTheory:
Segalanya menjadi tanda tanya??

PANASS!! Tun Dr Mahathir Bercakap Tentang 'Masa Depan Orang Melayu'!!

Posted: 27 Jan 2013 10:19 PM PST



Benar apa yang Tun katakan itu, ada diantara kita belum sedar apa yang sedang terjadi sekarang ni. Apakah kita mahu perkara yang buruk berlaku pada kita jika kita tidak bersatu? fikirkanlah..

VIDEO EKSKLUSIF!! Adun Pas Tipu Geran Tanah, Boleh Di dakwa di Mahkamah! - Peguam UMB @TunFaisal #SlmtknGngInas #TukarKedah

Posted: 27 Jan 2013 07:38 PM PST





Pada yang belum baca kisah penipuan YB Pas yang ambil duit orang kampung, kononnya boleh keluarkan geran. Boleh baca kat SINI dan SINI. Rugi woo.. tak baca, sebab Pas ni selalu berlakon zuhud, Islam terlajak, tetapi sebenarnya penipu!

Sedih Mc dengar cerita yang di sampaikan orang kampung di Baling apabila terpaksa membayar duit beribu-ribu ringgit untuk membuat geran tanah di Pejabat ADUN.

Belum pernah terjadi lagi dalam sejarah di Kedah apabila pemohonan geran tanah perlu di buat di Pejabat ADUN seperti mana yang di lakukan Pejabat ADUN Kupang.

BALING  - Kerajaan Pas Kedah didakwa gagal menunaikan janji untuk memberi geran hak milik tanah kepada 119 peneroka tanah hutan di 11 buah kampung di sekitar peti undi Kampung Iboi, Kupang di sini.
Difahamkan pada 2011 dan 2012, peneroka tersebut juga membuat bayaran di pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kupang, Johari Abdullah antara RM1,000 hingga RM10,000 mengikut keluasan tanah bagi tujuan mendapatkan geran, namun sehingga kini tiada maklum balas yang diterima.

Seorang peneroka terlibat, Tahak Lahmad, 70, berkata, dia mengusahakan tanah seluas 12 hektar di kawasan Kampung Iboi sejak 50 tahun dahulu dengan mengusahakan tanaman getah dan durian.

"Sejak dahulu memang tanah yang kami teroka tiada geran dan pelbagai usaha dilakukan untuk mendapatkan geran tanah ini.

"Apabila Pas berjaya mentadbir negeri ini, pemimpin mereka berjanji mahu memberi geran tanah kepada kami, namun sehingga sekarang tiada apa-apa berita mengenainya.

"Saya juga sudah bayar RM10,000 untuk urusan mendapatkan geran ini di pejabat ADUN Kupang tetapi tiada apa berlaku dan saya rasa ditipu," katanya kepada pemberita selepas sesi dialog bersama ADUN Bayu, Datuk Azmi Che Husin dan penasihat undang-undang Unit Media Baru Pemuda UMNO, Tun Mohd. Amar Aziz di Dewan Orang Ramai Kampung Iboi, di sini hari ini.

Seorang lagi peneroka, Leha Seman, 60 yang merupakan ibu tunggal berkata, dia juga membayar RM1,000 untuk urusan mendapatkan geran tersebut dan sehingga kini geran itu masih gagal diperoleh.

"Saya terpaksa mengeluarkan wang simpanan saya untuk mendapatkan geran tetapi sehingga sekarang tiada maklum balas diterima," katanya.

Dalam pada itu, Azmi berkata, peneroka yang terlibat disaran menubuhkan jawatankuasa bertindak dengan segera bagi menangani masalah tersebut dan membuat laporan polis tentang kemungkinan wujudnya penyelewengan.

"Kita bukan hendak tuduh ada penyelewengan tetapi kita percaya berlaku hal sedemikian berdasarkan bukti dan resit yang dibawa oleh mereka yang terlibat hari ini.

"Kita hendak tahu ke mana duit yang diberikan kepada pejabat ADUN Kupang kerana sampai sekarang tiada geran dikeluarkan oleh kerajaan negeri," katanya.

Dalam pada itu, Tun Mohd. Amar berkata, satu memorandum berkaitan hal tersebut akan dihantar kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam masa terdekat dan pihaknya akan melihat perkara itu dari sudut undang-undang. - Utusan


PANASS!! Nik Aziz Sambut Birthday Potong Kek Dengan Karpal Singh!!

Posted: 27 Jan 2013 04:38 PM PST



Happy birthday Pok Nik. Happy birthday Pok Nik. Happy birthday to you. Happy birthday to you. Sambutan Maulidul Rasul Pok Nik tak benarkan. Alasan terikut-ikut dengan budaya Kristian. Potong Kek memang budaya Islam kan Pok Nik? Suka hati hangpalah juak-juak PAS!

Juak-juak Pakatan Haram hari ini gembira apabila Nik Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS sudi untuk bertandang rumah Karpal Singh dan memotong kek hari jadi. Salah seorang daripadanya adalah penulis blog dan politik terkenal, Mohd Sayuti Omar (MSO) yang menulis di laman sosial Twitter seperti di bawah:



Nak sambung baca kisah Pok Nik potong kek sambut besday boleh sambung baca kat SINI. 

Apa agaknya yang Pok Nik fikir masa potong kek tu. Dia rasa bangga atau rasa bersalah? Kalaulah yang potong tu DS Najib, dah tentu pengikut Pas sudah jatuhkan pelbagai hukum terhadap beliau. Tetapi disebabkan Nik Aziz, mereka telan saja apa saja kelakuan buruk yang orang tua tu buat.

Pas ohh Pas.. sampai bila kamu nak permainkan agama? Sampai bila?

McTheory:
Sayangkan ISLAM? TOLAK PAS!!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...