House PK |
- PANAS BERAPI! AGAMA ISLAM DICABAR SECARA TERBUKA DI PULAU PINANG! APA NAK JADI DENGAN NEGARA KITA NI?
- FUYOH! NIK AZIZ SAMBUT BESDAY SAMBIL DIRAIKAN OLEH KARPAL SI ANTI ISLAM! WAJIB BACA
- CILI KASI TARUK! BLOGGER PAKATAN SYAITAN SANGGUP IKUT TELUNJUK ZIONIS ISRAEL DEMI ANWAR!
- FUYOH! PM BALIK KE NEGARA DISAMBUT RIBUAN RAKYAT!
- GEMPAR!SAH! NASHARUDDIN MAT ISA TELAH DIPECAT DARI MAJLIS SYURA!
Posted: 28 Jan 2013 12:00 AM PST Dari jam 12:00 tengah hari tadi sehinggalah ketika artikel ini ditulis, sebuah kumpulan bebas (kononnya) yang amat dikenali mempunyai hubungan yang rapat dengan SUARAM dan ALIRAN telah menganjurkan sesi 'Holly Book Reading' di mana penganut-penganut agama Kristian, Hindu, Buddha dan Islam dijemput membawa kitab masing-masing dan 'bermuzakarah' bagi mencari persamaan antara agama-agama berkenaan. Sesi berkenaan diadakan di Dataran Pidato, Padang Kota Lama atau lebih tepat lagi di Speaker's Square, Esplanade, Pulau Pinang. Ketua kumpulan tersebut dikenali sebagai Kevin dengan nombor telefonnya adalah 016-5515429, mendakwa sesi tersebut adalah untuk memahami agama antara satu sama lain. Ketiadaan Akta Keselamatan Dalam Negeri telah dipergunakan oleh pihak musuh dengan menyusup masuk bagi melemahkan fundamental negara ini iaitu ajaran Islam. Untuk berperang secara berdepan-depan dengan Islam, pihak musuh berasa gerun apatah lagi sekiranya sebuah Negara Islam berjaya mewujudkan kedamaian di kalangan rakyatnya. Lantas, pendoktrinan dan serangan bagi tujuan melakukan pelumpuhan adalah dengan menyerang saraf dan tunjang. Islam diserang dari pelbagai penjuru. Acapkali Islam dan penganut diperlihatkan sebagai sasaran akademik dan kecendikiawanan yang lebih mudah berbanding mengangkat senjata. Salah satu kaedah terbaik untuk memperlekehkan Islam adalah dengan MENYAMAKAN ISLAM dengan agama-agama lain di dalam sebuah negara yang terang-terang mengangkat Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan, seperti Malaysia. Baca seterusnya di SEL13.COM |
FUYOH! NIK AZIZ SAMBUT BESDAY SAMBIL DIRAIKAN OLEH KARPAL SI ANTI ISLAM! WAJIB BACA Posted: 27 Jan 2013 08:00 PM PST Dengar cerita tentang bidaah, bukan main lagi hebat. Pendek kata, orang lain semuanya bidaah. Tak boleh buat. Sampaikan sambutan Maulidur Rasul pun, tak boleh. Kononnya zaman Nabi tak buat. Bila Nabi s.a.w tak buat, maknanya kita tak boleh buatlah. Kalau buat, namanya BIDAAH. Dan bagi kaum Wahabi, tidak ada BIDAAH HASANAH sebaliknya semua BIDAAH adalah DHOLALAH. Punyalah nak membidaahkan orang lain, dan menunjukkan kononnya dia lebih tahu tentang Islam, maka dikatakan bahawa Muhammad s.a.w bin Abdullah adalah MAMAT KAMPUNG yang mulianya hanya keranalah JAWATAN RASULULLAH dan NABI. Kalau tak ada JAWATAN itu, maknanya Muhammad s.a.w hanyalah si penggembala kambing yang tidak ada apa-apa. Bila orang nak sambut HARI JADI NABI MUHAMMAD S.A.W, dikatakan orang berkenaan tidak tahu bab agama dan gemarkan bidaah. Kononnya jahillah sangat bila memperingati hari kelahiran Junjungan Mulia itu. Tapi bila dia sendiri sambut harijadi, siap dengan potong kek dan dihadap pula dek Karpal Singh dan puak-puak DAP serta PKR, sengih bukan main, senyum pun sampai ke telinga. Seronok rupa-rupanya bila sambut harijadi sambil potong kek. Hilang sudah segala BIDAAH. Hilang sudah segala kejahilan dan hilang sudah segala perkara yang menyalahi agama. Sebabnya mudah... TERKENA KAT BATANG HIDUNG SENDIRI, semuanya boleh. Orang lain sahaja yang tak boleh... Lebih-lebih lagi ORANG UMNO!!! House PK: Ini artikel ditulis oleh Kickers, memang cantik dan tepat sekali apa yang dia balun. Aku nak tamnah sikit lagi gambar keakraban manusia yang nak dilangkah mayaynya kalau nak buat negara Islam kat bawah ni! Tengoklah gambar ini, betapa gembiranya Nik Aziz meminta maaf dengan manusia yang nak mayatnya dilangkah dulu kalau nak buat negara Islam! Korang tengok la politik apa ynag mereka mainkan ini? Hancur Islam kerana PAS! Oh ya, aku lupa plak, masa nak celebrate birthday tu, mesti depa nyanyi lagu kan? Agak-agak korang la lagu apa yang depa nyanyikan siap bertepuk tangan tu? Lagu Happy Birthday ka lagu Allah Selamatkan Kamu? Jenis manusia apa Nik Aziz ni? Maulidur Rasul tak mau sambut tapi birthday sendiri dia sambut siap diraikan golongan anti Islam!? |
CILI KASI TARUK! BLOGGER PAKATAN SYAITAN SANGGUP IKUT TELUNJUK ZIONIS ISRAEL DEMI ANWAR! Posted: 27 Jan 2013 06:00 PM PST Memang kecoh di laman-lama blog Pakatan Rakyat yang mendakwa kononnya Presiden Palestine, Mahmood Abbas kurang senang dengan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke bumi Palestin, atau lebih tepat lagi ke Gaza. "Meriah" sungguh mereka menyerang dan menyebarkan cerita itu ke seluruh negara bagi memperlekehkan lawatan Datuk Seri Najib ke sana. Harapan mereka agar rakyat kononnya akan turut memandang serong kepada beliau… Tapi secara logiknya jika difikirkan, apakah masuk akal dakwaan mereka bahawa Mahmood Abbas tidak tahu tentang lawatan Najib itu ke Gaza? Sedangkan Najib merupakan seorang Perdana Menteri yang sudah semestinya tahu tentang protokol dan menghormati "tuan rumah". Rupa-rupanya, berita itu adalah fitnah semata-mata dan Najib sendiri menegaskan bahawa beliau telah memaklumkan lawatannya ke Gaza kepada Mahmood sebelum melawat ke kawasan yang ditindas Israel itu. Selidik punya selidik, rupanya pihak pertama yang melaporkan berita "kemarahan Mahmood Abbas" itu ialah sebuah media di Israel, The Times Of Israel, di dalam kolum khas, Israel & The Region. Dari situlah para blogger Pakatan Rakyat kutip berita rupanya… Persoalan terbaik kepada tindakan blogger-blogger itu, sejak bila pula mereka percaya kepada puak-puak rejim Zionis Yahudi Israel itu? Di antara kenyataan dari pihak Yahudi yang menyokong kezaliman terhadap umat Islam di Palestin, dibandingkan dengan kenyataan dari seorang Perdana Menteri beragama Islam yang sering membantu umat Islam di Palestin, yang mana satukah yang kita percaya? Percaya kepada media propaganda Yahudi atau seorang muslim yang begitu ikhlas melawat saudara seagamanya yang tertindas? Baca seterusnya di Perak Today... |
FUYOH! PM BALIK KE NEGARA DISAMBUT RIBUAN RAKYAT! Posted: 27 Jan 2013 04:00 PM PST Kepulangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor serta rombongannya dari lawatan bersejarah ke bumi Gaza, Palestin disambut sebagai wirawan negara sebaik mereka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, kira-kira jam 11 pagi tadi. Sambil menyatakan rasa terharu di atas perhimpunan yang diadakan bagi menyambut kepulangannya, Perdana Menteri menjelaskan perhimpunan itu yang dihadiri kira-kira 7,000 penyokong itu bukanlah untuk meraikannya kepulangannya, tetapi sebagai bukti komitmen rakyat yang tidak berbelah bahagi dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin yang menderita akibat ditindas oleh rejim Zionis. "Saya mengambil keputusan untuk melawat dan pergi ke Gaza kerana saya tahu isu rakyat Palestin amat dekat di hati kita semua. Selama ini, kita sudah kutip derma untuk mereka dan badan bukan kerajaan (NGO) juga sudah pergi ke sana untuk membantu rakyat Palestin. "Tetapi, lawatan atas nama kerajaan Malaysia, atas nama rakyat Malaysia dan atas nama bangsa Malaysia masih belum dilakukan. Maka, saya ambil keputusan untuk ke sana dan selain menyampaikan pendirian rakyat Malaysia, saya juga ingin melihat keadaan sebenar di Gaza, Palestin," kata Perdana Menteri lagi. Walaupun diberi tempoh tidak lebih dari enam jam, Najib berkata, Perdana Menteri Gaza dan rakannya telah membawa beliau dan rombongannya melihat keadaan sebenar yang berlaku di Gaza, Palestin. Di sana, saya bimbang musibah lain yang bakal mendatang tetapi Alhamdulillah dengan izin Allah kami semua dapat pulang ke tanah air dengan selamat," katanya lagi. Perdana Menteri memaklumkan, lawatan kemanusiaan ke Palestin itu bukan atas dasar ingin campur tangan urusan dalaman negara atau memihak kepada pihak tertentu. Sebaliknya, Malaysia katanya, ingin membawa mesej kemanusiaan bahawa jika rakyat Palestin tidak bersatu dan pihak bertelagah iaitu Hamas dan Fatah gagal mewujudkan kerajaan perpaduan, maka rakyat Palestin tidak ada masa depan yang jelas. Itulah realiti yang akan dihadapi rakyat Palestin dan perkara itu kata Perdana Menteri, telah dinyatakan ketika pertemuannya dengan Perdana Menteri Gaza agar rundingan dapat diteruskan oleh kedua-dua pihak berkenaan. "Bagi rakyat Malaysia dan Barisan Nasional (BN), yang penting ialah rakyat Palestin mesti mendapatkan hak asasi dan kedaulatan negara mereka," katanya lagi. Perdana Menteri sempat berkongsi pengalamannya melawat Gaza, satu kawasan yang berkeluasan kira-kira 360 km persegi, separuh keluasan negeri Perlis. Kawasan itu katanya, padat dengan penduduk dan mereka hidup dalam keadaan sengsara dan terhimpit dalam rumah yang amat daif lagi menyedihkan. Serangan bertubi-tubi regim Zionis selama lapan hari berturut-turut dengan senjata canggih menyebabkan banyak nyawa tidak berdosa terkorban. "Saya melihat sendiri foto kanak-kanak yang mati dalam keadaan menyayat hati dan isteri saya pula melawat ke hospital yang menempatkan kanak-kanak yang menghidap penyakit luekimia. "Kanak-kanak ini mendapat penyakit luekimia kerana pihak Israel menggunakan bom mengandungi unsur uranium yang menyebabkan radiasi dan seterusnya golongan kecil yang tidak berdosa ini menjadi mangsa," katanya. Perdana Menteri menjelaskan, regim Zionis melakukan penindasan dan kekejaman kepada rakyat Palestin untuk melemahkan semangat mereka daripada terus berjuang mendapatkan kebebasan dan kedaulatan negara mereka. "Oleh itu, amat penting bagi kita untuk ke sana dan menyampaikan mesej bahawa rakyat Palestin tidak keseorangan dalam usaha memperjuangkan hak asasi dan kedaulatan negara mereka," tambahnya. Apa yang berlaku di Palestin katanya, wajar menjadi pengajaran buat Malaysia agar mengutamakan perpaduan yang terjalin erat selama ini. Katanya, walaupun rakyat mendapat sokongan moral dan kewangan, kesudahannya rakyat Palestin perlu mengambil langkah bersatu dan inilah mesej yang ingin Malaysia sampaikan kepada dunia. "Rakyat Malaysia merupakan pejuang yang sentiasa berdiri teguh di belakang rakyat Palestin dalam meneruskan perjuangan mereka," katanya lagi. Menyentuh kehadirannya di Forum Ekonomi Dunia di Davos, Perdana Menteri, berkata dunia semakin mengiktiraf Malaysia hasil agenda transformasi negara yang dilaksanakan oleh BN. "Majlis makan malam yang dihoskan oleh Malaysia mendapat sambutan luar biasa kerana kita jangka yang hadir sekitar 400 tetamu sahaja tetapi lebih 1,000 orang berpengaruh telah hadir untuk mendengar kisah kejayaan Malaysia. "Malaysia dilihat sebagai 'bright spot' di sebalik ketidaktentuan ekonomi yang berlaku di seluruh dunia. "Dunia kini mengiktiraf kerajaan Malaysia hasil agenda transformasi yang dilakukan oleh BN dan saya bersama barisan kepimpinan dan menteri kabinet akan berusaha gigih untuk mencapai wawasan negara maju menjelang 2020," katanya lagi. Apa yang dilakukan kerajaan BN katanya, adalah untuk menjulang nama Malaysia dan bukannya untuk pilihan raya dan rakyat seharusnya memilih pemimpin terbaik agar bumi Malaysia terus dirahmati. Untuk galeri gambar – KLIK SINI |
GEMPAR!SAH! NASHARUDDIN MAT ISA TELAH DIPECAT DARI MAJLIS SYURA! Posted: 27 Jan 2013 05:03 AM PST UPDATE-SUA PAS Datuk Mustapha Ali dihubungi tadi sahkan Nasharudin Mat Isa dipecat Ahli Majlis Syura 13 Jan.Dia kini ahli biasa,- agenda daily. Kesian.... Tu lah realiti dalam pas. Nasaruddin yang buat amal dipecat. Mat sabu yang khalwat dijulang. Hancur lah pas hendakNya. Amin. Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile. |
You are subscribed to email updates from House PK To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment