Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


PANASS!! Hukum Hudud Bagi Pengertian Pas Sebenarnya Adalah Salah!

Posted: 24 Jan 2013 07:18 AM PST



Ketika menerajui Terengganu sebagai Menteri Besar pernah menyatakan bahawa hudud hanyalah 0.001% dalam kenegaraan Islam walaupun sebelum itu PAS pernah mendabik dada yang mereka akan melaksanakan hudud, sejurus ayam berkokok sekiranya mereka memerintah.

Setelah bekerjasama dengan DAP dan PKR dalam Pakatan Rakyat, PAS telah bersetuju untuk melupakan terus hudud dan Negara Islam serta mengambil sikap terbuka terhadap arak, judi dan pusat-pusat hiburan di seluruh negara.

Cakap tak boleh pakai, itulah Hadi Awang, Presiden Pas!!

PANASS!! Ambiga Srerasasau Rancang Untuk Ugut Kerajaan Dengan DEMO BERSIH!!

Posted: 24 Jan 2013 04:38 AM PST


Tak sudah-sudah puak ni nak buat kacau di ibu negara. Selepas gagal dengan perhimpunan KL112 yang tak mendapat sambutan hangat. Mereka merancang untuk buat lagi demo di ibu kota.

Motif mereka ini bukan untuk pantau pilihanraya, itu semua bullshit, nothing. Apa yang mereka buat hanyalah mahu menunjukkan Malaysia negara yang tidak aman dan tidak stabil dimata luar.

Ambiga Sreenevasan ditanya hari ini mengenai kemungkinan pergerakkan tersebut menganjurkan satu lagi perhimpunan untuk memastikan mesej mereka didengari.


"Berapa banyak perhimpunan yang anda anjurkan sebelum mereka menerima mesej? Tetapi saya tidak menolak kemungkinan, tolong jangan silap faham.

"Ia benar-benar bergantung kepada respon yang kami terima akan tetapi buat masa ini masih belum ada rancangan untuk menganjurkan perhimpunan," katanya kepada pemberita disini.

Beliau menambah, buat masa ini Bersih 2.0 hanya fokus kepada mobilisasi rakyat untuk memantau pilihan raya dan menggalakkan jumlah keluar mengundi tinggi bagi mengelakkan penipuan pilihan raya.

"Rancangan kami adalah untuk turun kebawah, sampaikan mesej tentang pentingnya turun mengundi dan memastikan pemantau kami bersedia," kata Ambiga merujuk kepada PEMANTAU Bersih 2.0.

 Kenyataan Ambiga ni seolah-olah dia mengugut kerajaan. Macam la hebat sangat, siapa dia nak buat pantauan pada PRU ini? Kalau benar hebat, patutnya Ambiga buat pantauan pada pemilihan PKR dan Dap dulu. Kemudian baru fikir buat pantauan pada PRU.

Diri sendiri penuh taik, lagi nak tuduh orang busuk. Haprak punya orang!


McTheory:
Cakap pun berbelit, 5,6 kali baca baru faham. ha ha ha..

TUDIAA!! Ustaz Fathul Bari Kata Sumpah Cincin 24juta DS Rosmah Mansor Tidak Sah??

Posted: 24 Jan 2013 01:17 AM PST


Terkejut? Nak tau apa cerita, apa kata tengok sendiri. he he he.. Orang dah bagi video tengok saja la...

PANASS!! Video Abby Abadi Memurtadkan Ibu Bapanya!!

Posted: 23 Jan 2013 10:19 PM PST


Ini apa kena si Abby ni. Pasal politik kau nak 'murtadkan' mereka sebab mereka sokong UMNO? Subhanallah. Apa yang ada dalam kepala otak si Abby ni. Dah kemaruk sangat nak jadi Ahli Parlimen PAS ke?

Biarpun ideologi politik tak sama, ibu tetap ibu dan ayah tetap ayah. Ini dah boleh masuk dalam status anak derhaka beb. Parti politik bukan agama! Ini akibatnya jika ikut tarbiah PAS dan Amanat Haji Hadi.

Mungkin Abby perlu tahu tentang cerita seorang anak yang soleh menjaga kedua ibubapanya yang telah bertukar menjadi babi :

Nabi Musa adalah satu-satunya Nabi yang boleh bercakap terus dengan Allah S.W.T Setiap kali dia hendak bermunajat, Nabi Musa akan naik ke Bukit Tursina. Di atas bukit itulah dia akan bercakap dengan Allah.Nabi Musa sering bertanya dan Allah akan menjawab pada waktu itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain.

Suatu hari Nabi Musa telah bertanya kepada Allah. "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?".

Allah pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan.

Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu.

Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa. Dia masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Musa terkejut melihatnya. "Apa hal ini?, kata Nabi Musa berbisik dalam hatinya penuh kehairanan.

Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang. Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik.

Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Musa. "Wahai saudara! Apa agama kamu?". "Aku agama Tauhid", jawab pemuda itu iaitu agama Islam. "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu." Kata Nabi Musa.

"Wahai tuan hamba", kata pemuda itu. "Sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah. Aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku.", sambungnya.

"Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi.", tambah pemuda itu lagi.

Maka ketika itu juga Allah menurunkan wahyu kepada Nabi Musa a.s. 'Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepada kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami."

Allah juga berfirman lagi yang bermaksud : "Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."

Itulah berkat anak yang soleh. Doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak.

Abby kena tahu walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Bukan sebab dia UMNO terus nak 'murtadkan' mereka.

Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T.

Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur.

Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.

Betul la kata blogger Keris7Lok,kasih sayang pada ibu bapa tiada hadnya. Doa seorang anak boleh membawa ke syurga. Begitu juga dengan doa ibu-bapa kita, boleh bawa kita ke neraka jahanam.

Penghinaa Abby terhadap ibu-bapanya bukan satu perkara yang main-main. Kebodohan dan kebebalan Abby sudah sampai kemuncaknya!


McTheory:
Derhaka pada ibu bapa dosanya tidak dapat digambarkan

EKSKLUSIF!! Gambar Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Kedah! #MaulidurRasul

Posted: 23 Jan 2013 09:37 PM PST




Sungai Petani - Sempena sambutan Maulidur Rasul esok, lebih dari 3,000 peserta yang terdiri dari pelbagai agensi kerajaan, NGO Sungai Petani dan kumpulan-kumpulan persendirian yang terdiri daripada anak-anak muda menyertai sambutan Maulidur Rasul peringkat Parlimen Sungai Petani petang tadi di Masjid Muzaffar Shah Sungai Petani dengan bertemakan " Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah ".

Pada permulaan sambutan Maulidur Rasul yang di adakan dengan bertemakan " Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah " , peserta yang di ketuai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Dato' Paduka Ahmad Bashah, telah berarak beramai-ramai sejauh 3 kilometer sambil berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W. - Media Kedah











































PANASS!! Saham FELDA #FGVH Akan Terus Menjunam Jatuh? - Dr Pakar Jiwa

Posted: 23 Jan 2013 07:17 PM PST


Sudah lama kita tak berceritakan mengenai felda, dengar cerita FGVH sudah berkembang maju dengan penyenaraian di bursa saham. Namun disebalik kejayaan tersebut masih ada kedengaran suara-suara sumbang membenci kejayaan felda dengan pelbagai tohmahan.

Dulu kita ada ANAK 'haram' Mazlan Aliman yang sentiasa mengeluarkan kenyataan dan masuk kampung felda untuk buat kacau. Namun kali ni ada pulak seorang Doktor yang mengaku pakar dalam bursa saham dan kerjanya hanya mengkritik felda.

Siapa doktor ni? Namanya Dr. Rosli Yaakub, dulu dia kerja di Bank Negara selama 18 tahun dan sekarang dia CEO kepada sebuah syarikat kewangan di Dhaka, Bangladesh. Jauhnya dia cari makan sampai ke Bangladesh sana nu.

Dia dulu pernah menjadi timbalan gabenor bank negara, tapi itu tidak menjadikan dia seorang pakar analisis pasaran saham. Tambahan pula Dr. Rosli ni kelihatan memang 'hardcore' Pas. Jadi tak mustahil lah dia akan tentang segala usaha kerajaan untuk memajukan negara.

Puak ni kalau benda baik pun dikatakan buruk, contohnya macam pembinaan jambatan Pulau Pinang dulu. Punyalah bantah kata membazirkan duit rakyat, tetapi sekarang, siap minta satu lagi. Nampak sangat bantahan awal mereka tak guna otak.

Samalah dengan apa yang terjadi sekarang ni, apa saja yang felda (FGVH) buat semuanya salah dan tak berguna.

Contoh macam kenyataan dia kata "Saham FGVH akan jatuh merudum". Padahal, semua saham time tu jatuh disebabkan khabar angin yang mengatakan Parlimen akan dibubarkan pada 22 Feb.

Jadi sudah tentulah khabar angin itu akan memberi kesan sedikit pada pasaran saham. Dia kata dia pakar pasaran saham, takkanlah benda macam tu pun dia taktau kot. Pakar apa macam tu? Pakar menipu?

Paling malang bagi Dr. Rosli ni apabila dia salah dalam analisis terbarunya dan saham FGVH dah naik balik dalam 2-3 hari ni dan semalam terus naik kepada RM4.51. Jadi, analisis doktor pakar jiwa tu memang lari langsung. Tak boleh pakai!

Bak kata orang, kalau tak pakar dalam sesuatu bidang, jangan mengaku pakar. Sebab ianya akan memalukan diri sendiri.

Contoh paling bebal apabila dia kata para peneroka akan tanggung rugi sebab nak kena bayar pinjaman bank beli saham FGVH dulu. Padahal, PM awal-awal lagi (september tahun lepas) dah umum bahawa Felda akan take over semua hutang, kadar faedah bank dan sebagainya. Maknanya, peneroka hanya bayar harga 800 unit saham tu je la. Tak payah tanggung apa-apa pun.

Dr. Rosli kena tahu, kerajaan Malaysia tidak akan aniaya para peneroka yang melabur dalam saham FGVH. Mereka dijaga baik oleh kerajaan. Jangan risau la pasal peneroka sebab dari dulu sampai sekarang selama mereka dengan felda, tak pernah mereka rugi. Dari zero become to hero!

Jadi kepada peneroka atau sahabat yang ada kena mengena dengan felda, tak payah risau pasal Dr. Rosli ni, atau doktor yang Mc gelarkan sebagai doktor pakar jiwa. Sebab dia taktau apa pun, apa yang dia tau hanya bantah apa saja yang kerajaan buat untuk felda. Mungkin itu tugasnya sekarang, bantah la apa pun, janji bantah!

Sebab tu sekarang ni dia hanya layak menjadi CEO kat Bangla sana tu. Orang Malaysia dah tak yakin dengan doktor pakar jiwa ni, siapa nak percaya dia ni, analisis semua gagal, hancur!

Jadi, dengan orang macam ni, tak usahla percaya, kalau kita layan, dengan kita sekali pun sakit jiwa. hehe..


McTheory:
Bila si bodoh nak jadi pandai, inilah jadinya!

PANASS!! Kenyataan Terbaru Haron Din Berkaitan Isu #KalimahAllah

Posted: 23 Jan 2013 05:46 PM PST




Antarapos – Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din mahu undang-undang diperkenalkan supaya penggunaan kalimah Allah hanya untuk Muslim dan tidak boleh digunakan dalam kitab agama bukan Islam.

"Saya nak menyarankan perlu ada protection (perlindungan) kalimah Allah itu melalui kekuatan undang-undang," kata beliau pada satu kuliah di Masjid Negeri Shah Alam malam tadi.

"Pihak berkuasa agama daripada atas sampai ke bawah harus buat satu peraturan yang jelas (bahawa) Allah adalah eksklusif untuk orang Islam dan tidak boleh mana-mana orang (bukan Islam) menggunakan nama Allah dalam kitab agama mereka," tegas beliau.

Cadangan pemimpin tertinggi PAS itu dilontar dua hari selepas PKR menolak pendirian Majlis Syura PAS bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menegaskan partinya hanya menerima perakuan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa bukan Muslim boleh menggunakan kalimah itu.

Perakuan Hadi itu diangkat sebagai pendirian rasmi Pakatan Rakyat susulan desakan DAP mahukan kalimah Allah dibenarkan dalam Bible Bahasa Melayu yang digunakan di Semenanjung.

Tuntutan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng itu ditegur oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang bertitah bahawa kalimah Allah hanya untuk penganut Islam.

Haron tidak mengulas bantahan PKR atau Pakatan terhadap ketetapan Majlis Syura yang dianggotai beliau, namun berkata "orang yang menyetujui Allah yang Maha Suci diterjemahkan kepada Allah yang berbilang-bilang adalah syirik."

PAS tidak menolak hak bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam pertuturan namun bukan sebagai terjemahan daripada perkataan 'God' dalam mana-mana kitab bukan Islam.

"Kalau mereka sekadar mahu menyebut Allah sahaja yang menjadikan langit dan bumi, yang disembah oleh orang Islam, itu betul tetapi dengan mengatakan 'God' itu Allah adalah tidak benar," tegas beliau.

"Umat Islam wajib menjaga iman dan agama mereka. Jaga iman jangan sampai tercemar dengan kesyirikkan dengan Allah," ujarnya.

Menjaga agama dengan memelihara titah perintah Allah. Dengan itulah Islam terjaga, nama Allah akan terpelihara," kata Haron.

Haron kemudian mengupas rasional disebalik keputusan Majlis Syura Ahad lalu.

"Allah yang pilih nama dia, Allah Yang Esa, 'Yang Satu' maka namanya pun satu, dia tidak macam perkataan God. Ada Gods, satu Tuhan, dua Tuhan, lima Tuhan.

"Dan God ini pula ada Goddess, iaitu Tuhan betina itu memang sesuai kerana mereka (penganut bukan Islam) berpegang dengan Tuhan yang banyak," jelas beliau.

"Allah tidak beranak, Allah tidak ada anak, Allah tidak diperanakkan, Allah tidak ada bapa dan tidak ada ibu…tidak mungkin Allah itu ada kumpulan atau pasangan," katanya.

"Allah dalam Islam itu selama-lamanya, dulu, sekarang dan selama-lamanya satu, dan Allah ini tidak boleh diterjemahkan kepada mana-mana bahasa," tambah beliau.

Haron menegaskan bahawa konsep yang dipegang oleh agama-agama lain tentang Tuhan amat berbeza dengan konsep Allah yang diiman oleh orang Islam.

"Kalau orang Islam, Tuhan itu selama-lamanya Esa sedangkan dalam agama Hindu bila sebut Tuhan amat ramai Tuhan mereka.

"Tuhan dalam Kristian ialah Triniti iaitu tiga dalam satu dan satu dalam tiga iaitu bukan ada satu Tuhan, sekurang-kurangnya ada tiga," kata beliau.

"Jika God yang mereka (orang bukan Islam) faham begitu diterjemahkan kepada Allah orang Islam pun rosak, mereka orang Kristian pun rosak," tegas beliau.

"Orang Islam rosak kerana telah mencemarkan nama Allah daripada Allah yang Maha Esa, Maha Tunggal kepada Tuhan yang ada anak jika dibenarkan mereka (bukan Islam menggunakan kalimah Allah) berbuat demikian," kata Haron.

"Dan mereka (orang bukan Islam) juga mungkin tidak sedar dikatakan bahawa Allah yang mereka faham selama ini iaitu Allah tiga itu disebut God dalam Allah, Allah jadi tidak ada anak untuk mereka (bukan Islam), rosak akidah mereka.
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...