BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! KALIMAH ALLAH !!! DATUK HASAN ALI MEMBELASAH ANWAR IBRAHIM KAW-KAW !!!

Posted: 24 Jan 2013 03:00 PM PST


Presiden Jalur Tiga (Jati),Datuk Hasan Ali mempertikaikan sikap Ketua Pembangkang,Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih berkeras dan mempertahankan keputusan mesyuarat majlis Pimpinan PR 8 Januari membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu.Menurutnya,sikap Anwar itu bertentangan dengan keputusan Majlis Syura Pas yang bermesyuarat pada 13 Januari.

 "Adakah ini pemimpin yang mahu dianggat sebagai ketua. Jika isu kalimah ALLAH pun tidak mampu ditangani dan diperjelaskan kepada rakan PR lain, inikan pula nak mentadbir negara.Adakah kita mahu memberi sokongan kepada pemimpin yang mengamalkan pluralisme agama dan LGBT (lesbian,biseksual,gay dan transeksual) untuk memerintah Malaysia," katanya kepada media selepas menyertai forum sempena Maulidur Rasul di Masjid Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) di Bandar Perda,Bukit Mertajam semalam. 

Menurutnya,media luar sudah mengangkat Anwar sebagai "penghulu" untuk menjayakan agenda pluralisme dan LGBT di negara ini dan maklumat mengenainya sudah tersebar luas di merata tempat.Sehubungan itu,rakyat negara ini perlu menolak fahaman ini dan pengamalnya agar akidah umat Islam tidak terus terpesong dengan amalan karut dan dimurkai Allah. 

"Kita kena tentang habis-habisan dakyah jahat ini.Kita kena fikir nasib anak cucu kita pada masa akan datang.Jika kita lalai, maka masa depan mereka akan dipenuhi dengan gejala yang menyimpang jauh dari ajaran Islam," katanya. 

Hasan juga turut memuji pendirian Timbalan Mursyidul Am Pas,Datuk Harun Din yang konsisten sejak dua tahun lalu hingga hari ini yang berpendapat menyokong penggunaan kalimah Allah untuk penganut agama lain atau menggantikannya dengan nama tuhan adalah satu perbuatan syirik.

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! JANJI RM50 SEBULAN MURID PRA SEKOLAH !!! KHALID GAGAP MUNGKIR JANJI !!! APA CERITA NI ???

Posted: 24 Jan 2013 11:08 AM PST


Manifesto merupakan janji hitam putih yang patut ditunaikan.Janji manifesto pakatan haram yang menipu tanpa batasan sememangnya telah memakan diri mereka sendiri. Pada PRU12 yang lepas mereka berjanji akan memberi RM50 setiap bulan kepada semua murid pra sekolah selama sebelas bulan setahun. Hampir lima tahun berlalu namun janji pakatan haram tinggal janji kosong sahaja. RM50 x 11bulan x dari tahun 2008.


Malahan mereka meneruskan lagi pembohongan kononnya mahu menubuhkan TUNAS dengan sombongnya.Mereka mendabik dada dengan dana sebanyak RM 6 juta.Kajian telah dibuat berkenaan pemberian bantuan awal persekolahan RM100 untuk murid-murid sekolah telah terbukti 60% ibubapa penerima merupakan dari pakatan haram. Maka rakyat Selangor dengan bantuan BTR Badan Bertindak rakyat di bawah Datuk Syed Anuar yang mahu menuntut hak dan janji PRU12 pakatan haram ditunaikan.


Pada 26 Januari 2013 ini para ibubapa yang belum menerima RM 50 sebulan untuk anak-anak pra sekolah di alu-alukan untuk menyertai demo aman menuntut hak ke atas pakatan haram Selangor.Dalam jam 8.30 pagi kami akan berkumpul di Dewan Orang Ramai Mentari Court Business Centre PJS 8.Sila hubungi Din Gombak 011-12881611 untuk keterangan lanjut.Rakyat Selangor harus tuntut hak mereka.Sepenggal pemerintahan pakatan haram di Selangor telah mengajar rakyat hakikat siapa sebenarnya pakatan haram ini. Sikap pakatan haram yang cukup mirip dengan sikap para munafik seharusnya menyedarkan rakyat untuk menolak pakatan haram dari persada politik negara.

ANDA NAK LAGI ???


UNTUK  SELANJUTNYA 

BUDIMAN DAN SERANG MEROYAN !!! RUMAH MURAH NEGERI SELANGOR MEMANG WUJUD ??? BIAR BETUL ???

Posted: 24 Jan 2013 07:30 AM PST


Akhirnya, perjuangan NGO bernama SERANG atau Sekretariat Orang Muda Selangor mengenai perumahan anak muda atau rumah rumah Selangor merupakan satu perjuangan yang sia-sia kerana memang wujud rumah murah yang dibina oleh kerajaan Selangor KHAS UNTUK RAKYAT SELANGOR ….



Tapi keratan akhbar di atas membuktikan bahawa memang wujud rumah murah .... 
mungkin anak Selangor yang menetap di SARAWAK ….. 


Lokasinya di Saratok …. 


Wahai Khalid Gagap …. Apa ke jadahnya ko buat rumah kat sana sedangkan rakyat ko sendiri tak dapat nikmat atau projek perumahan kos rendah seperti yang korang dakwa ….. 

Nie ibarat pepatah Melayu mengatakan …. "Kera di hutan di susukan,anak di buaian mati kebuluran....." - Sahabat Gunung

RENUNG-RENUNGKAN 

EKSKLUSIF !!! LGBT !!! ADAKAH INI SEMUA HANYA MASALAH BAGI UMAT ISLAM DI MALAYSIA ???

Posted: 24 Jan 2013 04:00 AM PST


Dunia kini kian berubah.Walaubagaimanapun,saya rasakan bahawa tiada siapa pun yang tahu akan faktor yang mengubah dunia kita.Ada yang mengatakan bahawa segalanya adalah lebih baik berbanding dahulu dengan segala perjuangan untuk mendapatkan kebebasan,hak sama rata dan juga hak asasi manusia.dan ada juga yang menyatakan bahawa mereka bimbang akan segala perjuangan untuk mendapatkan kebebasan,hak sama rata dan juga hak asasi manusia,akan menjejaskan nilai-nilai keagamaan,budaya dan juga keluarga.Antara perkara yang menjadi faktor kepada perubahan dunia kini adalah psikologi.Istilah Islamphobia (fobia kepada agama Islam) sebagai contohnya,telah berubah daripada fobia kepada perasaan marah dan ianya telah menyebabkan masyarakat berfikir bahawa apa jua perkara yang mempunyai kaitan dengan Islam,adalah konservatif dan sesuatu yang salah.Namun,sedar atau tidak,agama yang mempunyai sejarah yang hampir sama seperti Islam adalah agama Kristian (Nabi).Walaupun sama,namun kisah di sebalik sejarah tersebut adalah jauh antara satu sama lain.Bagi subjek ketuhanan Islam mengagungkan Allah S.W.T sebagai tuhan yang satu dan Nabi Isa hanyalah seorang Nabi.Bagi Kristian pula,Nabi Isa dianggap sebagai tuhan atau anak kepada tuhan.Apa pun persamaan yang terdapat pada kedua-dua agama ini,semuanya kini menjadi semakin kabur kerana kitab Bible telah diolah beberapa kali,manakala Al-Quran kekal sama sejak dari hari ianya diutuskan.

Walaubagaimanapun,kedua-dua Umat Islam dan juga Kristian kini sering menyampaikan dakwah antara satu sama lain yang boleh dilihat melalui laman rangkaian sosial yang sering dapat dilihat di Malaysia.saya dapat lihat bagaimana kebanyakan umat Islam menggalakkan masyarakat supaya kembali kepada al-Quran dan Sunnah.Namun,'kaum Kristian yang baik' pula sering mengajak masyarakat supaya melakukan perkara yang bertentangan dengan apa yang tertulis di dalam Bible.Kebanyakan Kristian kini sering memperjuangkan liberalisme dan hampir kesemuanya menyokong LGBT dan pada masa yang sama,mengutuk umat Islam kerana segala tentangan yang diberikan terhadap kumpulan tersebut.Namun,perkara ini hanya mungkin berkaitan dengan Kristian di Malaysia sahaja kerana saya rasakan bahawa kaum LGBT tidak diterima oleh mana-mana agama,bukan Islam sahaja.Gereja Katolik,Gereja Presbyterian,Gereja United Methodist,Southern Baptist Convention,Church of Jesus Christ of Latter-day Saints,National Association of Evangelicals dan American Baptist Churches USA turut membantah terhadap perkahwinan sejenis. 

Pada 31 Julai 2003,kenyataan dari Congregation for the Doctrine of the Faith yang diluluskan oleh Paus John Paul II,menyatakan bahawa "perkahwinan adalah sesuatu yang diciptakan oleh tuhan dengan ciri-ciri tersendiri dan sebab.Tiada ideologi yang boleh mengelirukan mana-mana pihak bahawa perkahwinan adalah sentiasa melibatkan antara lelaki dan perempuan." Jadi,saya berasa pelik apabila rakyat Malaysia,pihak Kristian terutamanya,menyokong kumpulan LGBT kerana tindakan tersebut bukan sahaja menunjukkan penentangan terhadap budaya timur,ia juga adalah sesuatu yang bertentangan dengan agama mereka sendiri.Rakyat seperti mereka berfikir bahawa penentangan tersebut adalah sesuatu yang konservatif dan bodoh,terutamanya segala kenyataan yang dikeluarkan oleh badan-badan Islam terhadap perkara tersebut.LGBT tidak dilahirkan sebagai LGBT.Mereka kesemuanya berubah setelah 'mencuba' sama ada secara sukarela atau secara paksa.Kebanyakan kes-kes yang melibatkan golongan LGBT sering mempunyai kenyataan seperti 'dirogol oleh rakan-rakan di kolej'.Perkara tersebut bukanlah sesuatu yang boleh dilupakan begitu sahaja, dan itulah perkara yang mungkin mengubah seseorang untuk menjadi LGBT.

Jadi,LGBT bukanlah sesuatu yang semulajadi ia hanyalah masalah psikologi yang boleh 'dirawat'.Jika Islam dilihat sebagai agama yang mundur dan konservatif,Kristian Malaysia juga perlu mengaku bahawa agama mereka sebagai agama yang mundur dan konservatif, termasuklah setengah juta rakyat Perancis yang mengadakan demonstrasi anti-LGBT di negara tersebut pada 14 Januari.Pihak Vatican sendiri mengesahkan keberkesanan demonstrasi tersebut di laman sesawang mereka dan juga rakyat di Rusia yang mengadakan demonstrasi yang sama pada 22 Januari ??? Adakah mereka sama bodoh seperti umat Islam di Malaysia ??? Fakta terkini terhadap LGBT : 55 negara menentang LGBT,93 menyokong,27 enggan mengundi dan 17 tidak hadir untuk mengundi.Bagaimanapun,sehingga 12 September 2012,hanya 11 negara dari 194 negara di dunia membenarkan perkahwinan sejenis: Belanda (2000), Belgium (2003), Kanada (2005), Spain (2005), Afrika Selatan (2006), Norway (2009), Sweden (2009), Argentina (2010), Iceland (2010), dan Portugal (2010). Adalah 194 negara tersebut bodoh? Dan di Amerika, hanya 9 negeri daripada keseluruhan 50 negeri di negara tersebut membenarkan perkahwinan sejenis. 

Adakah 39 negeri-negeri tersebut bodoh ??? Pada April 2001,satu kajian yang diterbitkan oleh American Sociological Review berpendapat bahawa kanak-kanak yang membesar dengan LGBT sebagai ibu bapa mereka,lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam homoseksualiti. Pada tahun 1997, sebuah buku yang bertajuk Growing up in a Lesbian Family: Effects on Child Development, Fiona Tasker, PhD dan Susan Golombok,PhD,mendapati bahawa 25% golongan remaja yang membesar bersama ibu dari golongan lesbian,telah terlibat dalam hubungan homoerotic berbanding dengan 0% remaja bagi mereka yang dibesarkan oleh ibu-ibu heterosexual dan tidak perlu saya ingatkan bahawa penyakit seperti HIV dan AIDS datang dari aktiviti homoseksual.Allah S.W.T telah menciptakan alam lengkap dengan peraturan-peraturan semulajadi.Bulan sentiasa perlu mengelilingi bumi pada masa yang tepat dan jantung perlu berdegup pada rentak yang sama untuk memastikan badan dapat berfungsi dengan baik.Jika bumi berganjak walaupun 1mm,pasti dunia akan hancur dan juga bagi hubungan, peraturan alam telah menyatakan bahawa lelaki sentiasa akan berpasangan dengan perempuan, dan mereka pasti akan dikurniakan cahayamata yang akan memberikan lebih warna dalam kehidupan mereka. Allah SWT telah berjanji bahawa jika alam diubah walaupun sedikit,segalanya akan hancur.Membuat sesuatu yang tidak selari dengan peraturan alam hanyalah sesuatu yang bodoh.namun,mengutuk Islam kerana mengecam LGBT,hanyalah satu perbuatan munafik.

RENUNG-RENUNGKAN

KALIMAH ALLAH TAK PERLU KEBENARAN !!! NAMA PENANG PERLU KEBENARAN OLEH LIM GUAN ENG ??? APA CERITA NI ???

Posted: 24 Jan 2013 12:30 AM PST


Ramai yang terkejut dengan laporan akhbar yang menyatakan bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang,Tokong Lim Guan Eng,sekali lagi mengulangi bahawa apa jua acara baru atau yang pertama kali diadakan yang ingin menggunakan perkataan 'Penang',perlu mendapat kelulusan daripada kerajaan negeri lebih dahulu.Alasannya ialah untuk memastikan penglibatan parti politik mana agar tidak disalahguna.Kenyataan tersebut dibuat sebagai membidas penganjuran Penang Run 2013 pada Hari Thaipusam.Memandangkan acara tersebut disokong oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri,maka kenyataan Tokong Lim ini dengan sendirinya membawa maksud bahawa Jabatan tersebut telah dinafikan kuasa untuk meluluskan sesuatu acara,sekali gus menunjukkan cengkaman kuat kuku besi sang Tokong.Tidak pernah dalam sejarah,seorang Ketua Negeri mengambil langkah sebegitu angkuh dengan memilik-sendirikan nama negerinya bagaikan hak mutlak keturunannya.Bagaimana jika kerajaan persekutuan meletakkan syarat agar parti pembangkang mendapatkan kelulusan sebelum menggunakan nama Malaysia di dalam acara mereka ??? Bagaimana pula dengan PR menyalahgunakan nama 'Rakyat' dalam nama parti itu dan juga dalam acara-acara anjuran mereka,seperti Himpunan Kebangkitan Rakyat ??? 'Rakyat' dalam konteks PR hanya membawa satu maksud,iaitu 'rakyat Malaysia' sedangkan parti itu tidak mewakili semua rakyat.Malah majoriti rakyat menolak PR sepertimana yang dapat dilihat dengan jelas dalam HKR#112 di mana hanya 45,000 sahaja 'rakyat' yang terlibat. 

Jika mengikut logik Tokong Lim yang tak tahu mengira atau sengaja menipu undi,PR wajib mendapatkan kebenaran dari seluruh rakyat sebelum menggunakan nama Rakyat dalam setiap program mereka.Ini kerana,penyalahgunaan nama 'rakyat' boleh menimbulkan salahfaham kononnya semua rakyat terlibat dalam program PR tersebut.Nampaknya,semakin dekat pilihanraya,semakin terserlah pula segala perangai buruk si Tokong Lim Guan Eng ini.Tidak cukup dengan ingin merampas hak agama Islam,iaitu Kalimah Allah,untuk diguna di dalam kitab Kristian,kini beliau ingin menafikan hak rakyat Pulau Pinang ke atas nama negeri mereka sendiri.Tindakan Guan Eng ini dilihat sebagai satu paranoia,iaitu takutkan bayang-bayang sendiri,sentiasa merasa tidak selamat dan tidak percaya kepada sesiapa sahaja.Seorang Ketua Menteri yang mendapat sokongan rakyat tidak mungkin akan mengalami paranoia sebegini. Jelaslah,bahawa Guan Eng cukup sedar bahawa rakyat Pulau Pinang membencinya.Bukan kita tidak tahu yang Guan Eng membenci kaum lain,maka adalah perkara biasa jika benci dibalas benci.Bagaimana rakyat boleh menghormati dan menyayangi Ketua Menteri yang tidak mempercayai mereka dan sentiasa merancang untuk 'menghalau' mereka ??? Inilah dikatakan bahawa politik DAP adalah politik rasis.Sikap rasis membawa rasa benci yang ekstrem dan ekstremisme pula membawa kepada tindakan tidak rasional dan seterusnya, bodoh.Hanya politikus yang bodoh sahaja yang dengan sengaja mencabar umat Islam dengan isu Kalimah Allah,terutama di ambang pilihanraya.Kononnya ingin melihat umat Islam semakin berpecah,tetapi keangkuhannya menyebabkan beliau gagal mencongak kemungkinan yang sebaliknya, iaitu umat Islam semakin membuka mata dan mula bersatu. 

Oleh kerana Guan Eng langsung tidak menghormati kaum dan agama lain,maka beliau juga tidak berhak untuk menuntut penghormatan kepada diri,kaum dan agamanya.Beliau menuntut kebebasan menghentam dan menyalahgunakan hak kaum dan agama lain maka beliau tidak berhak menentang perbuatan yang sama dilakukan ke atas dirinya.Apapun,beliau bernasib baik kerana masih ramai umat Islam negara ini yang waras dan bijak.Kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada Guan Eng jika sikap yang sama ditunjukkan di negara-negara Islam lain.Oleh itu,hari ini anda hanya menyaksikan bagaimana beberapa orang puak PAS telah berani memijak bendera DAP walaupun mereka masih terikat sebagai balaci DAP.Namun,hari esok belum tentu,jika Guan Eng meneruskan kebiadapan dan keangkuhan ini,mungkin kepalanya juga akan dipijak akhirnya.Justeru,eloklah Guan Eng belajar cara menghormati orang lain,yang mana nampaknya tidak pernah diajar oleh ibunya.Skil menghormati orang adalah penting bukan sahaja untuk berkomunikasi dengan berkesan atau untuk berpolitik,tetapi juga untuk keselamatan diri.Sekadar peringatan untuk Guan Eng,paranoia atau takutkan bayang-bayang sendiri adalah sebahagian dari masalah psikologi.Cukuplah rakyat Pulau Pinang terpaksa bertahan dengan Ketua Menteri yang rasis,chauvinis,kiasu,bodoh,tidak telus dan tidak cekap,janganlah di tambah kekusutan ini dengan masalah psikologi lagi.

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! PM @NAJIBRAZAK PERGI KE PALESTIN KERANA PROGANDA POLITIK DAN PRU 13 ??? MEH BR JAWAB !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 23 Jan 2013 09:00 PM PST


ketika ini Perdana Menteri,Datuk Seri Najib dan anggota rombongannya sedang berada di Semenanjung Gaza,Palestin bagi memenuhi jemputan rasmi Presiden Palestin,Mahmoud Abbas dan undangan peribadi daripada Perdana Menteri Palestin,Ismail Haniyeh.Jemputan dari Mahmoud Abbas itu disampaikan kepada Datuk Seri Najib pada 3 Disember 2012 melalui Timbalan Pesuruhjaya Hubungan Antarabangsa Al Fatah Palestin,Dr Abdullah M.I. Abdullah.Manakala undangan daripada Ismail Haniyeh diterima pada 11 Disember 2012.Akhirnya 22 Januari 2013 sekitar 4.40 petang waktu Malaysia,Datuk Seri Najib dan anggota rombongannya tiba di Semenanjung Gaza,Palestin.Turut serta ialah isteri PM,Datin Seri Rosmah Mansor.Buat julung kalinya lagu NegaraKu berkumandang di Palestin sebagai meraikan detik bersejarah itu,sesuatu yang agak membanggakan ramai rakyat Malaysia setelah berpuluh tahun negara ini menjadi rakan setia menyokong perjuangan rakyat Palestin dalam menghadapi keganasan Israel. 


Tapi bagi segelintir penyokong pembangkang khususnya dari PAS dan PKR,mereka melihat keberanian PM melawat Palestin hanyalah satu propaganda politik untuk mencapai kelebihan sempenan PRU 13.Samada dalam media sosial seperti facebook,twitter,portal mahupun di dunia nyata itulah yang mereka perkatakan.Ada sebabnya mereka memfokuskan hal demikian,salah satunya bertujuan untuk menghalang perhatian umum daripada mengimbas kembali kenyataan Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim yang pernah berikrar untuk menjamin dan menjaga keselamatan negara Israel.Bagi sebahagian besar rakyat negara ini pula,mereka melihat langkah berani Datuk Seri Najib memijak bumi Palestin khususnya Semenanjung Gaza sebagai sejarah besar yang tidak mungkin dilupakan, lebih-lebih lagi baru sahaja 2 bulan yang lalu rakyat negara itu diancam kekejaman tentera Israel.Lagipun keprihatinan Datuk Seri Najib dengan nasib umat Islam di wilayah bergolak sudah terbukti keikhlasannya dan ini bukanlah kali pertama Datuk Seri Najib sanggup berdepan dengan risiko kehilangan nyawa di wilayah yang sedang dilanda keganasan perang. 

saya ceritakan kembali sejarah.Sekitar Disember 2009 dulu,PM juga pernah mengambil risiko yang sama apabila melawat Selatan Thailand bagi mengusahakan rundingan gencatan senjata diantara anggota pemisah Selatan Thai dengan Kerajaan Thailand,sekalipun ketika itu letupan bom dan serangan hendap masih belum reda.Sedangkan Menteri Besar Kelantan merangkap Mursyidul Am PAS,Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri pun pernah mengakui ketakutannya untuk memijak bumi Selatan Thai kerana bimbang terkena tembakan.Nampak sangat kebaculannya.Memalukan.PAS yang sering menanam semangat perjuangan kepada ahli dan penyokongnya untuk mengejar ganjaran mati syahid,sedar tak sedar rupa-rupanya pemimpin utamanya sendiri tak sanggup menempuh risiko demikian kerana takut mati syahid serta terlampau sayangkan pangkat dan darjat duniawi.Sedangkan UMNO yang saban hari dituduh anti Islam dan tidak Islamik oleh PAS,namun para pemimpinnya tidak pula dilanda gundah atau ketakutan untuk menempuh cabaran besar kehilangan nyawa dan syahid tatkala membantu umat Islam di wilayah yang sedang bergolak.Inilah perbezaan nyata antara pemimpin UMNO dengan PAS.

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! 7 PROJEK PEMBANGUNAN KELANTAN !!! HUSAM MUSA BELASAH PM @NAJIBRAZAK KAW-KAW !!! JANJI UNTUK RAKYAT KELANTAN DAH TUNAI KER ???

Posted: 23 Jan 2013 06:00 PM PST


Naib Presiden PAS merangkap Exco kanan Kerajaan PAS kelantan,Husam Musa nampaknya seperti tidak dapat menahan diri untuk turut sama tampil mempertikaikan pengumuman Perdana Menteri,Datuk Seri Najib berhubung 7 projek pembangunan di Kelantan sekiranya negeri itu kembali diperintah oleh Barisan Nasional (BN).Menurut Husam,pengumuman tersebut dilihat sengaja meniru projek pembangunan yang pernah dijanjikan oleh Kerajaan PAS Kelantan terutama melibatkan pembinaan lebuhraya dan stadium baru.

"Kita sudah memberitahu kepada rakyat di negeri ini sudah lama,kerajaan negeri mahu membina stadium baru dan wujudkan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai,tetapi Najib baru umumkan sebagai manifesto," katanya sebagaimana dipetik oleh Sinar Harian. 

Rupanya Husam agak tersinggung dan tentunya resah bila mana janji manisnya yang ditaburi kepada rakyat Kelantan untuk membina Lebuhraya Rakyat yang menghubungkan Kuala krai dan Kota Bharu serta sebuah stadium baru telah 'diciplak' oleh BN.Tapi bagi majoriti rakyat negeri ini rata-ratanya tidak pernah ambil serius pun dengan janji pembangunan yang ditaburi Husam dan parti PAS yang didukungnya itu,apatah lagi selama ini khalayak sudah semakin sedar antara janji dicapati oleh PAS bila dibandingkan dengan janji oleh BN,banyak jurang bezanya.BN yang sudah sekian lama terkenal dengan reputasi menepati janji tentunya lebih diyakini kredibilitinya di mata rakyat.Lebih-lebih lagi selama ini pun sudah terlalu banyak banyak yang mengarut ditabur oleh PAS dari hal lebuhraya,stadium,keretapi laju,kompleks petrokimia,jambatan palekbang,Jambatan Berkembar Sultan Yahya Petra dan bermacam lagi janji politik lain yang kesemuanya hanya gah semasa perlancaran namun sampai sekarang tiada satu pun yang menjadi realiti.Sebaliknya dalam isu Jambatan Berkembar Sultan Yahya Petra,Kerajaan Pusat pimpinan BN pula yang terpaksa mengambil alih pembinaannya disebabkan ketidakmampuan Kerajaan PAS Kelantan untuk membangunkannya. 

Itulah hakikatnya bila Kerajaan PAS Kelantan hanya sekadar bijak berkata-kata dan menabur janji sahaja, namun bila sampai diperingkat untuk perlaksanaannya ada sahaja alasan untuk mengelakkan diri dari menepati janji.Dalam hal pembinaan stadium baru untuk menyokong perkembangan bolasepak Kelantan begitu juga,Husam dan PAS hanya pandai berjanji sama seperti janjinya untuk membina Lebuhraya Rakyat.Sehingga kini tiada satu yang kelihatan walau sebatang tiang konkrit pun,kalau ada pun cuma batu asas perlancaran yang semakin dimamah usia.Sewajarnya,sebelum Husam sibuk untuk mempertikaikan pengumuman dan janji pembangunan yang dibuat oleh PM tempohari, eloklah Husam cuba berlapang dada cermin muka sendiri.Dah tahu parti sendiri hanya tahu propagandakan janji sambil mengaut wang derma rakyat jelata tanpa berusaha untuk menepatinya,eloklah duduk diam-diam sahaja.Rakyat Kelantan sudah cukup muak dengan permainan politik PAS yang asyik berjanji siang dan malam.

Berjanji kemudian kerap memungkiri janji tidak pun membantu rakyat ke arah meningkat taraf hidup keluarga dan juga negeri.Daripada terus ditipu hidup-hidup oleh lamunan janji manis PAS,lebih baik rakyat Kelantan memegang teguh pada janji pembangunan yang diumumkan oleh PM,ada juga kredibiliti dan reputasinya yang terbukti benar menepati janji.Untuk itu,PRU 13 kelak eloklah sama-sama kita semua rakyat Kelantan melupakan Husam dan PAS serta janji politik mereka yang satu sen pun tidak berguna.Lebih baik pakat-pakat semua memilih BN,dengan demikian BN berpeluang membuktikan janji yang mereka kemukakan adalah janji yang ditepati dan memberi manfaat untuk sekalian rakyat jelata.

RENUNG-RENUNGKAN 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...