Gelombang Rakyat |
- VIDEO PANAS DEEPAK SERANG RAFIZI BUDAK HINGUSAN ANWAR.
- CONFIRM - REBAT SMARTPHONE KINI UNTUK SEMUA HARGA..
- KES SAMAN UTUSAN - KARPAL BAKAL 'UGUT' TAMPIL SAKSI LIWAT ANWAR?
VIDEO PANAS DEEPAK SERANG RAFIZI BUDAK HINGUSAN ANWAR. Posted: 02 Jan 2013 06:23 PM PST Ahli perniagaan Deepak Jaikishan berkata beliau tidak tahu menahu mengenai dokumen yang dikemukakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli hari ini berhubung dakwaan pembelian barang kemas - didakwa sebahagian daripada sogokan untuk melicinkan satu urusniaga tanah. Tonton VIDEO KENYATAAN DEEPAK berkaitan penafian fitnah Rafizi tersebut. |
CONFIRM - REBAT SMARTPHONE KINI UNTUK SEMUA HARGA.. Posted: 02 Jan 2013 03:01 PM PST Jemaah Menteri telah bersetuju agar belia berumur 21 hingga 30 tahun berpendapatan RM3,000 ke bawah boleh membeli apa jua jenis telefon pintar dengan rebat RM200 yang diumumkan kerajaan. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dalam satu kenyataan di sini, berkata perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementerian tersebut hari ini. Pemberian rebat RM200 itu dilaksanakan di bawah Pakej Komunikasi Belia (PKB) selaras dengan ucapan Belanjawan 2013 yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada September lepas. Menurut kenyataan itu, pelaksanaan skim tersebut ialah atas prinsip 'siapa cepat dia dapat'. Tujuh syarikat telekomunikasi yang melaksanakan skim PKB di bawah koordinasi SKMM adalah Celcom, Clixster, DiGi, Maxis, Tune Talk, U Mobile dan YTL Communications. SKMM memperjelaskan bahawa semua pihak yang terlibat dalam pelaksanaan PKB sama ada penjual atau peruncit dikenakan syarat harga patut. Dalam kenyataan terdahulu, SKMM memaklumkan hampir 5,500 belia yang layak telah mendaftar untuk mendapatkan rebat itu selepas pendaftarannya dibuka semalam. SKMM turut menasihati para belia yang telah berdaftar untuk membuat pilihan dengan bijak serta meninjau pasaran terlebih dahulu sebelum membeli peranti pilihan berdasarkan tahap kemampuan masing-masing. Pendaftaran di bawah PKB boleh dilakukan secara online dari pukul 7 pagi hingga 11 malam di laman sesawang komunikasibelia.skmm.gov.my. Orang ramai boleh menghubungi hotline SKMM di 1800-88-4040 dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang, Isnin hingga Jumaat kecuali cuti umum jika terdapat sebarang pertanyaan. |
KES SAMAN UTUSAN - KARPAL BAKAL 'UGUT' TAMPIL SAKSI LIWAT ANWAR? Posted: 02 Jan 2013 04:33 AM PST Karpal Singh perlu tampil secara sukarela walaupun tidak dipanggil untuk menjadi saksi dalam perbicaraan kes saman fitnah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ahli Dewan Negara, Datuk S. Nallakaruppan dan Utusan Melayu (M) Bhd. Tindakan tersebut wajar sekiranya Pengerusi DAP itu adalah seorang peguam atau pemimpin yang mempunyai kredibiliti dan berintegriti. Bekas Exco Angkatan Muda Keadilan (AMK), Abdul Ghani Haron berkata, Karpal tidak seharusnya mengambil sikap 'menikus' jika tidak mahu orang ramai melihat beliau sebaliknya. "Sebagai seorang peguam berpengalaman, Karpal tidak perlu takut membantu mengemukakan bukti dimilikinya tentang kegiatan liwat Anwar seperti dinyatakan di Parlimen pada tahun 1997. "Walaupun Karpal dan Anwar kini sudah 'bersaudara', namun kenyataan tersebut tidak pernah ditarik balik menunjukkan bukti yang dikatakan sebelum ini benar-benar wujud," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Beliau mengulas desakan pemimpin Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Kedah, Zamil Ibrahim agar Nallakaruppan memanggil Karpal sebagai saksi defendan kerana mempunyai peranan yang sama penting dengan isteri Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali iaitu Shamsidar Taharin. Anwar memfailkan saman fitnah itu pada 26 Mac lalu ekoran petikan ringkas yang disiarkan akhbar Utusan Malaysia di muka hadapan bertajuk Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla dan berita penuh di muka surat enam bertajuk Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual. Mengulas lanjut, Zamil yakin penglibatan Karpal sebagai saksi dan dengan segala bukti kukuh yang dimilikinya, pasti tidak akan menyenangkan ramai pihak khususnya rakan pakatan pembangkang. "Saya rasa Karpal akan sedaya upaya mengelak daripada menyerahkan segala bukti kukuh yang dimilikinya supaya Anwar terselamat. "Apa pun, keputusan Anwar menyaman Nalla adalah tindakan yang akan memakan diri dan seterusnya memusnahkan segala reputasinya jika Karpal terpaksa mendedahkan bukti yang dimiliki tentang kegiatan liwat Anwar," ujarnya. KLIK DI SINI untuk baca hansard penuh Karpal Singh yang mendakwa ada fakta mengenai penglibatan Anwar dalam kegiatan liwat pada Disember 1997. |
You are subscribed to email updates from Gelombang Rakyat To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment