BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! PAS SETUJU ISU KALIMAH ALLAH DI GUNA OLEH AGAMA LAIN !!! DATUK DR HASAN ALI BELASAH PAS KAW-KAW !!!

Posted: 08 Jan 2013 03:00 PM PST


Keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat membenarkan penggunaan kalimah Allah digunakan oleh penganut agama Kristian pada hari ini memang telah dijangkakan.Kenyataan Timbalan Presiden PAS,Mohamad Sabu dua hari yang lalu yang mengesahkan bahawa PAS bersetuju kalimah Allah digunakan oleh masyarakat bukan Islam menjadi petanda yang memudahkan lagi proses membuat keputusan di kalangan ketiga-tiga komponen parti gabungan Pakatan Rakyat.Lebih mendukacitakan keputusan yang dibuat terang-terang menyanggah dan tidak menghormati titah Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor yang bertindak sebagai Ketua Agama atas nasihat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) yang menyelar pihak-pihak yang cuba mengganggu-gugat kesucian Islam dengan membawa Isu kalimah Allah itu.Logiknya masalah ini terbeban kepada PAS disebabkan parti inilah sejak penubuhannya 60 tahun yang lalu memperjuangkan Islam termasuk hal yang menyentuh persoalan Aqidah.Sikap PAS yang sanggup menggadaikan maruah perjuangannya amat disanjung oleh DAP dan PKR.Seingat saya belum ada lagi perkara-perkara yang membabitkan Islam dalamana PAS dapat mempertahankannya.Kes-kes kecil seperti tukang gunting rambut wanita di Kota Bharu, papan iklan dan penutupan pusat-pusat hiburan dalam buan Ramadhan di Kedah membuktikan pandangan ini. 

Tindakan yang saya ambil semasa di amanahkan memegang portfolio Hal Ehwal Islam dalam barisan Exco Kerajaan Negeri Selangor seperti arak, judi, rumah urut, hotel bajet dan terakhir peristiwa DUMC menserlahkan betapa PAS sudah hilang maruah akibat tunduk dengan kehendak DAP dan PKR. Dalam isu kalimah Allah yang menyentuh persolan pokok dalam Islam iaitu Aqidah menyerlahkan ketidakupayaan PAS mempertahankan dirinya. PAS terpaksa memilih DAP dan PKR bukan ulama-ulama besar mereka seperti Ketua Dewan Ulama, Dato Harun Taib, Timbalan Mursyidul Am, Dato Dr Haron Din, Ketua Penerangan, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man dan ramai lagi yang telah menyuarakan pandangan mereka bila isu ini timbul dua tahun yang lalu. Jelas kepada kita ulama dalam PAS semakin terpinggir, suara mereka tidak lagi didengar dan tidak hairan kalau golongan ini terus dipencilkan. Bagi saya inilah kerja golongan parasit dalam PAS. Setakat ini mereka begitu berjaya mengubah halatuju PAS. Atas pengaruh mereka PAS telah membuat keputusan yang berkaitan dengan dasar parti tanpa merujuk kepada Majlis Syura Ulama. Apa yang ada lagi kepada parti ini bila Majlis Syura Ulama pun tidak lagi diberi penghormatan yang selayaknya.Saya berharap sejuta ahli PAS dan ramai lagi penyokong mereka akan dapat segera merenung apakah mereka akan terus berada dan menyokong sebuah parti yang sudah hilang wibawa dan kredibiliti akibat daripada keghairahan yang tidak terperi untuk ke Putrajaya dan untuk melihat Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri dengan apa cara sekalipun. 

YB DATO DR HASAN MOHAMED ALI 
Presiden JATI Malaysia 
TTDI KL 
8 Januari 2013

HOT NEWS !!! CHANGE IN RESULT !!! STILL NO MALAYS IN DAP CENTRAL EXECUTIVE COMMITTEE !!! WHAT IS THIS ???

Posted: 08 Jan 2013 11:00 AM PST


The thing which we can say about the voting result for members of DAP's central executive committee (CEC) during the party's 16th National Congress in mid December 2012 is that this chauvinist Chinese party still love their spirit of racism.This is proven to be true because not even a single Malay out of all eight Muslim Malay candidates managed to become part of CEC which is chosen by DAP representatives.Meanwhile,only one Indian representative was chosen,while another two leaders who are Sikh who were chosen,are father and son,while the other 17 are Chinese leaders and four of them are family members.Looking at the CEC's new list,it clearly violated DAP's propaganda which often state that the party focuses on the interest of all races and that it is committed in fighting for equality and an open policy.Realizing the negative impact from the scenario,other than criticisms from rakyat,DAP then decided to appoint two Malay leaders as CEC's new members including a 'pirated' Malay, Zairil Khir Johari. 

The measure could not really help to cover DAP's racism because the appointment of these two appointments are not from the choice of DAP members.Instead,it is seen as a desperate move which is given to mere followers and not leaders.Due to the bad impact,DAP then broke a new record after changing their own official voting numbers just so that they could cover the original result of the election. All of the sudden,two weeks after the election,Zairil's name went up from 60th to 20th to show as if he is a Malay leader which is voted by DAP representatives to join CEC.DAP's effort to manipulate and cheat the number of votes just to bring Zairil's name up,did not even help the party.Just imagine how bad it would be if DAP and friends are to lead this country.The excuse saying that Zairil was victimized during the counting process other than the mistake during transferring the election result would definitely be accepted by Malay supporters in PAS and PKR. However, such excuses can never change rakyat's perception on DAP,the party has always and will always be racist. Even though Zairil is known as a Melayu Celup where he is 100% Chinese as he is the son of Christine Lim Bin Abdullah and his status to former UMNO Secretary General,Mohammad Khir Johari, is just as his stepson.Using the name Zairil Khir Johari is just another tactic to achieve his personal interest by using his stepfather's name, all just so he could bring up DAP's propaganda.The reality is in front of us, not even a single Muslim Malay was voted by majority of DAP members,because in their racist mind,Muslim Malays are never qualified to become DAP main leaders.

GAZE-PONDERS 

KANTOI !!! KISAH SEBENAR KENAPA PAS SOKONG KALIMAH ALLAH BOLEH DI GUNAKAN OLEH BUKAN ISLAM AKHIRNYA TERBONGKAR !!!

Posted: 08 Jan 2013 07:26 AM PST


Presiden Pas,Datuk Seri Hadi Awang di dakwa mengarahkan pemimpin kanan parti itu supaya 'menutup mulut' berhubung isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi Melayu.Arahan itu dikatakan dikeluarkan pada mesyuarat Dewan Harian Pas Pusat di sini malam kelmarin,dipercayai untuk meredakan ketidaksepakatan pemimpin Pas berhubung isu berkenaan.Difahamkan,arahan itu ada kaitan kenyataan bercanggah Ketua Dewan Ulama Pas,Datuk Harun Taib dengan Timbalan Presiden Pas,Mohamad Sabu dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat,Datuk Dr Mujahid Rawa.Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar pada sidang media berasingan di Ibu Pejabat Pas,disini semalam,turut keberatan mengulas kenyataan Harun bahawa penggunaan kalimah Allah hanya khusus untuk umat Islam.Salahuddin pada sidang media mengenai tindakan undang-undang bakal diambil terhadap projek Pembangunan Bersepadu Petrokimia (RAPID) di Pengerang,Johor,berkata Abdul Hadi yang mempengerusikan mesyuarat itu akan menyatakan pendirian Pas mengenai kalimah Allah tidak lama lagi.

"Malam tadi (kelmarin) kami ada mesyuarat.Hanya Presiden akan bercakap mengenai hal ini.Presiden akan mengeluarkan kenyataan tidak lama lagi.Anda tunggulah beliau membuat kenyataan itu," katanya.

BH semalam memetik Harun sebagai berkata,agama lain termasuk Kristian tidak berhak menggunakan Kalimah Allah,manakala Mohamad berkata Hadi sudah memberi kenyataan pada 2010 untuk tidak melarang agama lain menggunakan kalimah suci itu. Mujahid pula dalam sesi dialog di sebuah gereja di Prai,Pulau Pinang,dua tahun lalau turut dilaporkan berkata,beliau tiada masalah dengan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah kerana Allah membenarkan ia digunakan orang bukan Islam. Sementara itu Mahfuz ketika diminta mengulas berkata,isu berkenaan hanya boleh diulas Hadi sejajar keputusan mesyuarat malam kelmarin.

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA 

LIHAT VIDEO DI BAWAH 



Dr Haron Din tidak lagi perlu terkilan dengan tindakan Presiden beliau.Biar berbuih mulutnya,ternyata Anwar Ibrahim lebih mulia dan tinggi darjat berbanding dengan mana-mana ulama di dunia ini.

KLIK DI SINI 

UNTUK SELANJUTNYA 




KENAPA HADI AWANG SOKONG KALIMAH ALLAH BOLEH DI GUNA OLEH BUKAN ISLAM ??? 

CUBA LIHAT BETUL-BETUL VIDEO DI ATAS KEADAAN HADI AWANG !!!

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan parti itu kekal dengan pendirian yang dibuat sebelum ini bahawa golongan bukan Islam menggunakan kalimah Allah sebagai rujukan terhadap Tuhan bagi Agama masing-masing. Beliau berkata demikian sewaktu sidang media di ibupejabat PKR yang turut dihadiri oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim,Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu. Abdul Hadi turut memberitahu kenyataan beliau pada 7 Januari 2010 dan buku bertajuk "Allah: Kalimah Yang Benar, Tujuan Yang Salah" adalah konsisten sepertimana pendirian parti itu pada hari ini.Beliau turut berkata isu ini tidak sepatutnya disalahguna sehingga menimbulkan kekeliruan.


UNTUK SELANJUTNYA 

APA CERITA NI ???

RENUNG-RENUNGKAN 

HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT 12 JANUARI !!! PAKATAN HARAM TERDESAK PANCING UNDI RAKYAT MALAYSIA !!! APA CERITA NI ???

Posted: 08 Jan 2013 04:00 AM PST



Ketika Barisan Nasional menggarapkan perlaksanaan Pelan Transformasi dalam usaha memastikan negara kekal berada dalam keadaan teguh dan rakyat sentiasa di dalam kesejahteraan,pembangkang pula meneruskan usaha menghuru-harakan negara,menghasut dan mengganggu fokus kerajaan BN.Saban hari ada saja perancangan yang dilakukan pembangkang untuk mencari publisiti murahan.Himpunan dan demonstrasi diadakan seboleh-bolehnya setiap bulan atau beberapa kali sebulan yang mana menunjukkan yang pemimpin pembangkang benar-benar tiada kerja lain selain berpolitik siang dan malam.Himpunan dan demonstrasi tersebut pula diadakan di atas berbagai-bagai alasan dengan menggunakan berbagai-bagai penyamaran antaranya,Himpunan Hijau dan Himpunan Oren.Bagaimanapun,himpunan yang menjadi tonggak penting kepada PR diberi nama Himpunan Kebangkitan Rakyat.Himpunan ini diadakan secara bersiri,bermula dari 3 November tahun lalu di Seremban dan menjelajah ke negeri-negeri lain hingga yang terakhir di Perlis pada 17 Disember lalu.Kemuncaknya adalah pada 12 Januari 2013 depan,jam 2 – 5 petang,iaitu penutup kepada siri himpunan ini yang dicadang diadakan di Stadium Merdeka dengan mensasarkan rakyat sekitar Selangor dan Kuala Lumpur.Nampaknya,politik pembangkang ini benar-benar jenis politik hampas iaitu berhimpun ke sana ke mari,bercakap tak henti-henti tanpa membawa hasil apa-apa selain dari menyemarakkan kebencian,semangat perkauman dan perpecahan di kalangan masyarakat. 

Ia juga mengganggu rutin harian orang ramai dengan menghalang lalulintas,selain memberi gambaran negatif sekali gus membawa risiko buruk kepada ekonomi negara.Maka tidak hairanlah apabila sokongan terhadap pembangkang semakin hari semakin berkurangan kerana rakyat di kawasan dan negeri yang diwakili mereka merasa tidak puas hati dan sangsi apabila kawasan sendiri tidak terjaga.Walaupun kewujudan pihak pembangkang dalam sesebuah negara demokrasi sepatutnya membawa kebaikan kepada rakyat,tetapi pembangkang Malaysia nampaknya hanya membawa kemusnahan. Malah mereka langsung tidak berguna,sepanjang masa menyemak dan menghabiskan wang negara semata-mata. Tidak cukup dengan gaji dan elaun buta, beberapa wakil rakyat mereka juga menjadi kaya secara tiba-tiba sejurus selepas menang pilihanraya iaitu dalam masa beberapa bulan sahaja. Lebih buruk lagi apabila mereka juga meminta derma dari rakyat untuk membiayai politik gila mereka sedangkan mereka terbukti menerima dana asing melalui berbagai-bagai NGO yang bekerja untuk mereka. Adalah difahamkan bahawa Himpunan 12 Januari ini adalah bertitik tolak dari kegagalan BERSIH sebelum ini.Memandangkan nama BERSIH telah pun kotor dan memalukan,maka pembangkang memilih nama lain untuk meneruskan agenda mereka untuk menghuru-harakan negara.Walaupun mereka menyatakan akan mengadakannya di dalam stadium namun kita tidak harus mengenepikan kemungkinan mereka menggunakan Modus Operandi yang sama dengan semua himpunan sebelum ini iaitu berarak dari jalanraya ke stadium dan bukannya terus berhimpun di dalam stadium.


Kita sedia maklum bahawa bagi mendapatkan impak yang diinginkan,pembangkang perlu mencipta drama, dan drama tidak akan tercipta jika hanya berhimpun dan berucap di stadium kerana itu adalah terlalu biasa, malah menjadi rutin hidup mereka yang tidak membawa faedah kepada sesiapa.Justeru,tidak mustahil pembangkang akan mengadakan drama seram ganas sama sepertimana yang berlaku dalam BERSIH 3.0.Bagaimanapun,ini hanyalah cadangan atau perancangan pemimpin PR.Dari perkembangan semasa,nampaknya cadangan dan perancangan ini agak sukar direalisasikan.Ini kerana terdapat berbagai masalah dalaman yang melanda setiap satu dari parti-parti sekutu PR yang berpunca dari isu-isu semasa yang berbangkit dari tindakan dan kenyataan pemimpin-pemimipin PR sendiri.Akibatnya,kelihatan semangat untuk berhimpun kali ini begitu hambar sekali di kalangan penyokong ketiga-tiga parti.Hari ini,laungan BN zalim,UMNO rasis,kerajaan tidak telus,mahkamah tidak adil sudah tidak laku lagi.Segala puji-pujian ke hadhrat Allah SWT yang memenangkan PR di beberapa negeri dalam PRU yang lalu yang telah membolehkan rakyat melihat siapa sebenarnya yang zalim,rasis,tidak telus dan tidak adil selama ini.Setelah menang maka terbarailah sudah bahawa PAS yang memecahbelahkan ummah dan enggan bertanggungjawab pula ke atas tindakan penyokong mereka yang mengkafirkan sanak saudara,malah ibu bapa sendiri.Terserlah sudah bahawa DAPlah yang rasis sehingga tidak sanggup meletakkan Melayu bagi mewakili orang Melayu di dalam partinya. DAP juga tidak telus,korup dan bodoh kerana tidak mampu mengira undi yang beberapa ribu sahaja.PKR pula tidak perlulah diceritakan lagi kerana parti itu sudah lama telanjang bulat menampakkan segala panau, kurap dan cacat celanya,sepertimana Anwar di dalam video dengan China-dollnya.Himpunan Kebangkitan Rakyat adalah tidak lebih dari kemuncak usaha PR untuk menghancurkan Malaysia.Oleh itu,rakyat Malaysia wajar menjauhkan diri dari terlibat dengan Himpunan ini, demi kejahteraan negara dan juga keselamatan diri sendiri.Belajarlah dari kesilapan negara-negara yang telah melalui 'kebangkitan' seperti ini,di mana kini setelah berjaya menggulingkan kepimpinan lama atas alasan tiada kebebasan bersuara,mereka kini ada yang disumbat ke penjara hanya kerana mengkritik kepimpinan baru.Sudah elok hidup di selesa,kenapa ingin merasai sengsara ??? kenapa nak bodohkan diri huru hara kan malaysia yang sudah aman ini ???

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! KRISTIAN MALAYSIA GEMBIRA PAS SOKONG KALIMAH ALLAH ??? BIAR BETUL ???

Posted: 08 Jan 2013 12:30 AM PST


Bishop Katholik,Dr Paul Tan Chee dan ramai penganut Kristian yang lain mempunyai asas kukuh untuk bergembira dan berasa lega bila mana Timbalan Presiden PAS,Mat Sabu memberi jaminan bahawa parti itu kekal dengan pendirian menyokong penggunaan kalimah suci Allah S.W.T oleh orang bukan Islam.Lebih-lebih lagi jaminan oleh Mat Sabu itu timbul tepat pada masanya selepas beberapa pemimpin PAS yang lain cuba bersandiwara dengan mempertikaikan pengunaan kalimah Allah s.w.t untuk kegunaan Kristian khususnya dalam kitab Bible versi Bahasa Melayu.

"Jaminan Mohamad Sabu bahawa pendirian yang dibuat tiga tahun lalu masih kekal adalah satu kelegaan yang besar," demikian kata Bishop Kristian itu,merujuk pada keputusan muktamad PAS pada 2010 yang bersetuju penganut Kristian menggunakan kalimah Allah s.a.t bagi merujuk pada Tuhan Jesus.Pada 15 Mei 2010,Mursyidul Am PAS,Nik Abdul Aziz Nik Mat tanpa berselindung telah bersetuju yang DAP boleh mengguna pakai kalimah Allah s.w.t demi mencapai kepentingan politik mereka termasuklah memasukkan kalimah itu dalam Bible versi Bahasa Melayu. Kenyataan Nik Aziz itu bagaimanapun bercanggah dengan pandangan Timbalan Mursyidul PAS,Dr Haron Din yang membantah sebarang usaha oleh DAP ataupun pihak gereja Kristian daripada memanipulasi kalimah suci tersebut.Pun begitu,pendapat Nik Aziz itu disokong kuat oleh Presiden PAS,Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR,Anwar Ibrahim yang berpendapat penganut Kristian atau agama lain tidak wajar disekat daripada menggunakan kalimah Allah s.w.t untuk apa tujuan sekalipun. Kira-kira seminggu lepas, Ketua Penerangan PAS Pusat,Tuan Ibrahim Tuan Man bersama Setiausa Agung PAS, Mustafa Ali dan Pesuruhajaya PAS Selangor, Dr Rani Osman telah tampil menegaskan kalimah Allah hanya terpakai untuk orang Islam sahaja. 

Ketiga-ketiga mereka sepakat perkataan GOD di dalam kitab Bible Inggeris hanya sesuai diterjemahkan kepada kata ganti nama TUHAN untuk kitab Bible versi Bahasa Melayu dan bukannya kalimah Allah sebagaimana dituntut oleh paderi dan gereja Kristian.Namun dengan penegasan terbaru oleh Mat Sabu bermakna sia-sialah usaha segelintir pimpinan PAS ini dalam cubaan mereka untuk menonjolkan kejaguhan demi mempertahankan kalimah suci Allah s.w.t daripada agama lain. Dengan percanggahan terbuka yang sedang membelenggu PAS tika ini, ramai pemimpin PAS yang lain terpinga-pinga bengong sendirian manakala penyokong PAS diperingkat akar umbi pula sekejap angguk sekejap geleng tanpa mengetahui ke mana hala sebenar yang nak dituju.Yang pastinya dengan kecelaruan yang timbul ini,para penganut Kristian dan DAP sendiri sudah boleh mendabik dada dan berbangga kerana hasil keampuhan kerjasama mereka,sekali lagi PAS berjaya ditundukkan.

RENUNG-RENUNGKAN 

KANTOI !!! @CHEGUBARD DAN @KHALIDISMATH NI BENGAP ATAU SAJA BUAT BENGAP ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 07 Jan 2013 09:00 PM PST


KANG SAYA KATA BENGAP MARAH !!!

APA MAKNA DAP ???

APA MAKNA MIC ???

APA MAKNA MCA ???

CUBA BERITAHU SAYA WAHAI PEMBACA BADUT RAKYAT !!!

DAH TERDESAK KER CHEGU BARD NI ???

SAMPAI MAKNA PARTI A.K.A DAP,MIC DAN MCA PUN TAK TAHU ???

NAMPAK SANGAT NAK PANCING UNDI UNTUK PRU 13 !!!



ANDA LIHAT SENDIRI BETAPA ANGKUHNYA KHALID ISMATH NI ???

SAMPAI ISLAM PUN DI POLITIKKAN !!!

INI CONTOH ORANG TAK RETI BERSYUKUR !!!

KAT AKHIRAT NANTI ADA KER ALLAH TANYA KITA ORANG UMNO ATAU PAS ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! CEC DAP !!! MANA NAMA MELAYU DALAM JAWATANKUASA PUSAT ??? KATA DAH UBAH KEPUTUSAN ???

Posted: 07 Jan 2013 06:00 PM PST


Rumusan yang dapat disimpulkan hasil dari pemilihan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) semasa Kongres Kebangsaan DAP Ke-16 pada pertengahan Disember 2012 lepas ialah parti chauvinist Cina itu masih tebal dengan sikap perkauman.Ia terbukti benar kerana tiada seorang pun daripada 8 orang calon keturunan Melayu Islam termasuk seorang Melayu Celup yang berjaya menempatkan diri sebagai anggota CEC yang dipilih oleh perwakilan DAP.Manakala wakil dari kaum India hanya seorang sahaja yang terpilih,sementara dua lagi pemimpin keturunan Sikh yang terpilih pula adalah anak beranak,selebihnya 17 orang lagi ialah pemimpin keturunan Cina termasuklah empat orang daripanya mempunyai hubungan kekeluargaan.Melihat pada senarai baru anggota CEC yang terpilih itu jelas sekali ia bertentangan dengan propaganda DAP yang selama ini sering mendabik dada kononnya parti itu memfokuskan kepentingan berbilang kaum serta komited memperjuangkan dasar terbuka dan sama rata.Menyedari impak negatif dari senario itu disamping kecaman oleh orang ramai, akhirnya DAP memutuskan untuk melantik dua orang pemimpin Melayu sebagai anggota baru CEC termasuk seorang Melayu Celup bernama Zairil Khir Johari.Satu langkah yang tidak pun membantu memulihkan imej rasis DAP kerana lantikan itu bukannya pilihan majoriti ahli DAP,sebaliknya ia dilihat sebagai tindakan terdesak dengan mengangkat dua orang pemimpin Yes Bos dan Yes Sir yang akan senantiasa angguk-angguk sahaja. Gagal dengan idea lantikan tersebut,akhirnya DAP mencipta rekod tersendiri apabila pergi lebih jauh dengan mengubah keputusan pemilihan rasmi oleh perwakilan parti semata-mata untuk menutup kritikan umum terhadap keputusan asal yang jelas menonjolkan sikap perkauman parti itu.

Tiba-tiba sahaja selepas dua minggu proses pemilihan berakhir,nama Zairil dipindah naik mencanak dari tempat ke 65 ke kedudukan 20 bagi memperlihatkan kononnya ada juga seorang pemimpin Melayu yang menjadi pilihan ahli dan perwakilan DAP untuk menduduki CEC.Usaha songsang DAP memanipulasi dan menipu proses pengiraan undi demi menaikkan nama Zairil tidak pun membantu parti itu. Macam tikus baiki labu jadinya.Dalam keadaan baru berpeluang memerintah beberapa negeri sudah pandai meminda keputusan rasmi pemilihan,tak sukar dibayangkan kelak betapa buruknya nanti proses pilihanraya negara ini jika DAP dan kuncunya dalam PR diberi peluang memerintah.Alasan kononnya Zairil menjadi mangsa semasa proses pengiraan undi disamping ralat dan kesilapan ketika memindahkan keputusan pemilihan tentunya akan diterima bulat-bulat dan ditelan begitu sahaja oleh penyokong dan pemimpin Melayu dalam PAS dan PKR.Tapi alasan yang setara dengan pemikiran kanak-kanak tadika PASTI ini tidak pun berupaya mengubah pandangan umum terhadap DAP,dulu dan kini DAP tetap rasis sama ada dalam tindakannya mahupun dasarnya. Lagipun Zairil yang dikenali sebagai Melayu Celup itu darah keturunannya 100% Cina,merupakan anak kandung kepada Christine Lim Bin Abdullah dan statusnya yang betul ialah anak tiri kepada bekas Setiausaha Agung UMNO,Mohammad Khir Johari.Penggunaan nama Zairil Khir Johari hanyalah satu taktikal strategik untuk mencapai kepentingan peribadi dengan memperalatkan populariti dan jasa bakti ayah tirinya disamping dilihat bermanfaat untuk menjayakan propaganda DAP yang mahu mengabui mata masyarakat Melayu Islam. Hakikat dan realiti sudah terbentang di depan mata,tiada seorang pemimpin Melayu Islam pun yang menjadi pilihan majoriti ahli DAP kerana pada fikiran mereka yang rasis itu,orang Melayu Islam tidak layak untuk menjadi pemimpin utama DAP apatah lagi terlibat langsung untuk memandu arah tuju parti.

RENUNG-RENUNGKAN 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...