BADUT RAKYAT |
- WORLD DEBT CRISIS !!! MALAYSIA IS THE BEST COUNTRY !!! MUST READ !!!
- HOT NEWS !!! TUN MAHATHIR MEMBELASAH ANWAR IBRAHIM KAW-KAW !!!
- HOT NEWS !!! HADI AWANG KAFIRKAN DIRI SENDIRI ??? BIAR BETUL ??? APA CERITA NI ???
- KANTOI !!! BARANG KEMAS RM13 JUTA !!! DEEPAK ATAU RAFIZI YANG MENIPU RAKYAT MALAYSIA ??? MEH BR JAWAB !!!
- HOT NEWS !!! SIAPA YANG AMALKAN POLITIK SUKU AGAMA SUKU ??? PAS ATAU UMNO ??? WAJIB BACA !!!
- FAKTA !!! CINA KUASAI LADANG RAKYAT DI KELANTAN !!! MANA UNTUK KAUM MELAYU DAN ORANG ASLI ???
- ISU AIR !!! DATUK SERI @NOHOMAR BANTAI KERAJAAN NEGERI SELANGOR KAW-KAW !!!
WORLD DEBT CRISIS !!! MALAYSIA IS THE BEST COUNTRY !!! MUST READ !!! Posted: 04 Jan 2013 03:00 PM PST The global economic crisis which we faced during 1997/98 has recovered on the third quarter of 2009.However, the growth is beginning to slow down this year, 2012.The global economy often depend on the status of developed countries and as for state economy, that usually depend on debt crisis as well as market confidence.Today, global debt has increased to USD1 trillion with only slow growth. According to the report from the Global Wealth 2012 ran by Credit Suisse Research Institute,the total household debt rose to more than U.S. $ 1 trillion,debt to asset ratio increased on average by 50 cent from 2000 to 2008.In a way,countries which has a comfortable economic status tend to have higher household debt. Position on ratio of debt to assets in developed countries like the United States and United Kingdom shows the same pattern where they increase drastically from 2008 and it went down to around 20% in 2011-2012.The Economist reported that the record percentage of U.S. public debt from the GDP is at 74.2% or USD36,873.70 per capita and UK at 90.6% or USD35,325.24 per capita. In Europe, taking Italy as an example, recorded debt to assets ratio of 11.1% in 2012, one of the lowest in the world but it is a substantial increase since it started on a low base. However, the total public debt in Italy registered a 120.7% percentage of GDP or USD40,590.48 per capita. Spain debt to asset ratio,however,recorded a 90% higher than in 2000 and there are no signs of decline while public debt percentage of GDP is 73.2% or about USD21, 837.18 per capita.France recorded a debt to asset ratio of 12.8%,representing a decrease of 10% from ten years ago for improving assets. French public debt figures recorded 89.8% of GDP or USD36, 723.23 per capita.Germany also succeeded in lowering the ratio of 24.3% in 2000 to just 16.4% this year. German public debt position stood at 82.8% of GDP or USD34, 224.93 per capita.Singapore is reported to almost achieve the same performance as Germany in decreasing their debt while Malaysia and Philippine, according to Credit Suisse Research Institute's report,was not clear,but both the countries probably have good records. However, according to The Economist, position of Malaysia's public debt to GDP is 56.7%, or USD5, 903.21 per capita, the Philippines 46.6% or USD1, 209.84 per capita, and Singapore 96.4% or USD50, 074.83 per capita. Just like any other countries,Malaysia also could not avoid from getting the impact from the debt and economic crisis from America and Europe.The economic status in those developed countries has resulted in a decrease in the global market. Malaysia was affected with the situation through international trade and commodity prices. It also caused the global financial uncertainty,thus,affecting the financial position for Malaysia which made its impact on household income. Due to that,the various warnings about the high debt position was never been taken for granted by the government. Malaysia is lucky because the government often ensure that we would have various exports and we do not only depend on electrical components alone. Instead, the government even covers other manufacturing industries,other than commodity.This also means that Malaysia has greater trading partners and it does not have to depend too much on developed countries. In 2011, 47% of Malaysia's exports goes to Asian countries, while only 30.2% to the U.S. and Europe. Taking note from the decrease in private investments since the Asian economic crisis in 1997 probably became an obstacle for economic growth, the government began to outline several strategic transformation to revitalize the private sector under the New Economic Model.They include developing a quality workforce and reducing foreign labor, building basic infrastructures, increasing resources and others. To date, the measures taken by Malaysia has already demonstrated success in the Economic Report 2012/2013 by the Ministry of Finance where funds raised by the private sector through private sector debt securities increased significantly by 97.9 per cent to RM70.9 billion for the first seven months of 2012 compared to 67.7 per cent increase to RM35.8 billion previously. Gross funds raised in the capital market increased significantly by 46.3 per cent to RM155.5 billion in the first seven months of this year and it has been supported mainly by the needs on infrastructure financing compared with 31.8 per cent increase to RM106.3 billion in the same period last year. Funds raised by the public sector also grew 3.3 per cent to RM64.3 billion in the first seven months of 2012 compared with RM62.2 billion, an increase of 47.6 percent for the same period last year. That is why, Malaysia could expect consistent growth even if the global economy became unstable. The Malaysian government's ability to look forward and making early preparations to face the world debt issue should be complimented. Without such performance, Malaysia might not have been able to achieve such great record. Even though some still question the abilities and performance by the government, but the fact is, entrepreneurs around the world knows best.This is proven through the increase in foreign direct investment which came from the confidence of investors.The record on foreign direct investment which fell from RM24.1 billion in 2008 to RM5 billion in 2009 went up to RM29 billion in 2010 and to RM33 billion in 2011. Malaysia is in second as the most competitive countries in Asia, 6th in Asia Pacific and 25th in the world. Malaysia is currently ranked 10th in the list of most reliable country for foreign investment, a huge leap from 21st back in 2010. GAZE-PONDER |
HOT NEWS !!! TUN MAHATHIR MEMBELASAH ANWAR IBRAHIM KAW-KAW !!! Posted: 04 Jan 2013 11:00 AM PST Jangan beri peluang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri walaupun hanya untuk lima tahun jika tidak mahu melihat negara dimusnahkan.Itulah ingatan bekas Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad ketika rakyat mula meramal tarikh pilihan raya yang semakin hampir kerana tempoh penggal Parlimen sekarang akan berakhir pada April depan.Beliau yang memerintah negara selama 22 tahun,berkata Anwar tidak boleh diberikan ruang memerintah kerana ia berbahaya kepada negara yang akan membawa banyak kemusnahan dalam tempoh berkenaan Jangan beri peluang Dr Mahathir menegaskan pakatan pembangkang yang diketuai Anwar akan menggunakan apa saja bagi memastikan Barisan Nasional (BN) tidak kembali berkuasa,malah pegawai kerajaan akan digunakan untuk 'gemparkan' bagi menakutkan sesiapa saja yang cuba mengubah kembali kerajaan. "Sekarang ini pun, kita lihat individu (Anwar) yang mendakwa memperjuangkan kebebasan bersuara tetapi mengambil tindakan saman untuk menutup mulut pengkritiknya. "Kuasa lain dalam kerajaan juga akan disalahgunakan.Nepotisme dan kronisme akan berlaku seperti dalam parti beliau (Anwar) ketuai," katanya dalam entri terkini bertajuk 'Perubahan' dalam blog chedet.cc semalam.Justeru,Dr Mahathir meminta rakyat membandingkan rekod cemerlang BN sepanjang memerintah negara dengan rekod Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, terutama ketika ketika Krisis Kewangan 1997-1998. Ancaman muflis "Bank dan syarikat berdepan ancaman muflis kerana hutang tak berbayar.Kos import meningkat,begitu juga kos hidup. Rekod Menteri Kewangan ketika itu amat teruk dan mempunyai kecenderungan mendakwa kejayaan individu lain sebagai kejayaannya.PNB (Permodalan Nasional Berhad), UIA (Universiti Islam Antarabangsa) dan Perbankan Islam adalah sebahagian dakwaan itu.Sekarang sebagai ketua pembangkang beliau mendakwa mahu membawa perubahan. Apakah perubahan baik yang beliau bawa ketika berada dalam kerajaan? Apa yang menjadi minatnya (ketika itu) adalah untuk naik dalam UMNO dan menjadi Perdana Menteri dengan apa cara sekalipun," kata Mahathir. Jangan terpedaya Beliau juga mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan janji perubahan yang dicanangkan pakatan pembangkang untuk memerintah negara. Katanya, mereka hanya meniru janji perubahan yang dibawa Barack Obama dalam kempen Presiden Amerika Syarikat (AS) bagi menarik sokongan pengundi – BH RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! HADI AWANG KAFIRKAN DIRI SENDIRI ??? BIAR BETUL ??? APA CERITA NI ??? Posted: 04 Jan 2013 07:27 AM PST Suatu ketika dahulu pada 7 April 1981,berlangsunglah satu ceramah umum di Kampung Banggol,Peradong,Kuala Terengganu yang menampilkan Hadi Awang sebagai penceramah utama yang kemudiannya telah mencipta sejarah perpecahan ummah yang berpanjangan sehingga lebih dua dekad.Semuanya gara-gara sebuah Amanat atau Fatwa yang disampaikannya,yang antaranya berbunyi : Saudara-saudara sekelian percayalah,Kita menentang UMNO,bukan kerana nama dia UMNO.Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan.Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah,mengekalkan undang-undang kafir,mengekalkan peraturan jahiliyah.Oleh kerana itulah kita menentang mereka.Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka.Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka. Percayalah saudara-saudara sekelian,Perjuangan kita adalah jihad,ucapan kita adalah jihad,derma kita adalah jihad.Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini,mati kita adalah syahid.Mati kita adalah Islam.Kita tidak perlu masuk Buddha,Kita tidak perlu masuk Hindu,Kita tidak perlu masuk Kristian,Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku,agama suku'. Daripada Amanat Hadi di atas,adalah jelas bahawa beliau menyeru pengikutnya menentang UMNO kerana mengamalkan perlembagaan penjajah,undang-undang kafir dan peraturan jahiliyah. Beliau kemudian merujuk kepada penentangan itu sebagai jihad di mana sekiranya terkorban dalam keadaan menentang UMNO adalah syahid kerana UMNO itu kafir akibat mengambil sikap 'politik suku,agama suku' iaitu mengamalkan perlembagaan penjajah,undang-undang kafir dan peraturan jahiliyah yang seperti yang disebut sebelum itu.Menurut Islam,dalam konteks di atas,sebuah penentangan yang dipanggil jihad adalah penentangan yang bersifat peperangan atau pertempuran antara orang Islam dengan pihak yang memerangi Islam dan orang Islam.Syahid pula adalah kematian dalam ketika sedang berjuang ke jalan Allah SWT iaitu memerangi pihak yang memerangi Islam dan orang Islam itu tadi.Kafir pula adalah merujuk kepada mereka yang tidak mengucap kalimah syahadah iaitu tidak beriman kepada Allah SWT. Justeru Itu,anda tidak perlu pergi jauh untuk melihat betapa Amanat Hadi itu adalah bercanggah dengan ajaran Islam kerana terbukti UMNO langsung tidak menepati ciri-ciri kafir sepertimana yang digariskan oleh Al-Quran.Malang bagi kita kerana ramai juga umat Islam di Malaysia yang terlalu mudah terpengaruh dan menjadi taksub dengan Amanat Hadi kerana enggan menggunakan akal yang dikurniakan Allah SWT untuk mengupas intipati Al-Quran.Kerana itu terjadilah perpecahan yang teruk dan berpanjangan di kalangan umat Islam iaitu antara jiran tetangga,saudara mara,adik beradik,keluarga dan suami-isteri. Walaupun zaman telah berubah,namun ketaksuban segelintir mereka masih kekal sama selagi Hadi sendiri tidak meletakkan titik noktah mahupun memadamkan amanatnya.Dari perkembangan semasa,nampaknya Hadi tidak akan sekali-kali menarik balik Amanatnya atau dalam ertikata lain,masih inginkan pengikutnya berpegang kepada kepercayaan bahawa UMNO itu kafir kerana masih mengamalkan perlembagaan penjajah,undang-undang kafir dan peraturan jahiliyah.Namun,yang menggerunkan kita ialah dalam keghairahan 'berjihad' menentang UMNO yang 'kafir',Hadi telah tidak semena-mena telah 'mengkafirkan' diri sendiri apabila turut menjunjung perlembagaan penjajah, undang-undang kafir dan peraturan jahiliyah yang diamalkan UMNO.Untuk itu, Buku Jingga yang menjadi Dasar Bersama PR merupakan dokumen rasmi yang merekodkan bagaimana Hadi mengkafirkan diri sendiri kerana di dalamnya terdapat ikrar PR yang berbunyi : "Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153." (Buku Jingga PR) Ini diperkuatkanlagi dengan Ucapan Dasar Hadi sebagai Presiden PAS di dalam Muktamar PAS 2012 yang bertajuk, Negara Berkebajikan Teras Perpaduan.Antara kandungan ucapan ini ialah : "Selain dari melaksanakan tekad kita bersama Pakatan Rakyat sebagaimana yang sama-sama kita rangkakan dalam Buku Jingga,PAS juga ingin melebarkan 20 komitmen untuk membaiki kerosakan yang ada dalam negara kita sekiranya diberi ruang untuk ke Putrajaya,selain dari iltizam untuk sama-sama membangunkan negara kita ke arah yang lebih baik menerusi MANIFESTO khusus yang akan dibentangkan kepada rakyat bila tiba masanya yang sesuai nanti." dan 79.Antara intipati terpenting komitmen PAS ialah untuk memartabatkan Islam sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, mengiktiraf dan mengupayakan peranan generasi muda,meningkatkan dan mengiktiraf peranan wanita,membela dan memajukan golongan petani,meningkatkan kebolehcapaian perkhidmatan kesihatan tanpa membebankan rakyat,agenda khas ekonomi dan pengurusan kewangan,memperkenalkan keadilan sistem pendidikan,memperkenalkan seni-budaya yang memartabatkan nilai hidup insan dan sebagainya. Sebenarnya,Hadi telah lama mengkafirkan dirinya iaitu ketika menuju PRU-11 lagi,iaitu ketika PAS mencari formula untuk mengekalkan kemenangan dan meluaskan kejayaan pilihan raya.PAS kemudian membuat perkiraan politik bahawa kerjasama dengan DAP adalah wajib.persekongkolan dengan Anwar adalah perlu.Maka demi mencapai formula kemenangan itu,Hadi berkata; "Justeru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan Hudud dan syariat menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif (DAP-PKR-Pas) dahulu,maka Pas perlu membuat satu pengorbanan dan (ijtihad besar) untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan pelaksanaan hudud di peringkat persekutuan.Peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan kini.Seandai menang dalam pilihan raya akan datang,pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil di peringkat Pusat, yang akan mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada!" Justeru,apa sudah jadi Hadi ??? Akhirnya,perlembagaan dan undang-undang yang dahulunya dikatakan menjadi punca UMNO jatuh kafir kini turut dijunjung dan dipegang oleh Hadi.Nampaknya,begitu tinggi sekali riak,takbur dan egonya manusia yang mengangkat diri sendiri sebagai Ulama ini,sehingga sanggup mengkafirkan diri sendiri daripada menarik balik amanatnya.MasyaAllah !!! Apa lagi yang nak dikata wahai pembaca Badut Rakyat Dr PAS ??? RENUNG-RENUNGKAN |
Posted: 04 Jan 2013 04:00 AM PST Rafizi Ramli,Pengarah Strategi PKR sekali lagi menimbulkan kontroversi apabila mendesak Datin Seri Rosmah Mansor menjawab dakwaan bahawa Deepak Jaishikin telah membayar sejumlah RM13 juta untuk membeli 19 jenis barang kemas khas untuk beliau,dari dua firma di Hong Kong kononnya untuk melicinkan satu urusniaga hartanah.Dakwaan Rafizi ini disokong oleh dokumen pembelian seperti invois dan email dan disebar secara meluas di laman-laman web pembangkang.Bagaimanapun,isu yang baru sahaja mula dijerang dan belum sempat hangat,menjadi sejuk tiba-tiba apabila Deepak muncul dalam youtube yang membuatkan Rafizi dan bosnya,Anwar Ibrahim pula yang kepanasan.Rakaman percakapan Deepak tersebut dilihat bagaikan satu lagi bom atom yang menimpa kepala Anwar Ibrahim kerana ia mengingatkan kita kepada skrip lama,iaitu scorpene.Sebelum ini,Raja Petra Kamaruddin,blogger upahan pembangkang yang separa gila perasan diri sebagai seorang yang berintegriti,telah pun mendedahkan bagaimana beliau diarahkan oleh pihak tertentu untuk memburukkan Datuk Seri Najib dengan mereka cerita penglibatan beliau dalam rasuah dan pembunuhan yang berkait dengan urusniaga kapal selam scorpene.Pendedahan ini konsisten dengan kronologi akuan bersumpah oleh Bala yang mengambil U-turn sebelum lari mengikut jejak blogger tersebut. Fitnah scorpene ini kemudiannya diambil alih oleh SUARAM,sebelum mereka semuanya kantoi terduduk dan terbarai secara besar-besaran apabila pihak Perancis sendiri tampil memberi kenyataan yang menyangkal semua dakwaan mereka.Oleh itu,saya melihat pendedahan Deepak ini sebagai tepat dengan jangkaan awal kita iaitu beliau hanyalah satu lagi usaha terdesak pembangkang untuk menyambung apa yang telah gagal dilakukan oleh SUARAM.Apa yang diperkatakan Deepak mengenai hubungannya dengan Anwar Ibrahim adalah konsisten dengan modus operandi pembangkang dalam isu scorpene iaitu,diarahkan membalas budi dengan cara memburukkan kerajaan bagi pihak pembangkang.Sekali gus,pendedahan Deepak telah membantu kita melengkapkan gambaran mengenai strategi Anwar Ibrahim untuk berkuasa.Namun timbul juga persoalan mengenai kredibiliti Deepak dalam kisah barang kemas yang dibangkitkan oleh Rafizi.Setakat ini,isu barang kemas ini begitu mudah ia dipatahkan oleh blog-blog pro-kerajaan kerana ia langsung tidak membuktikan penglibatan Datin Seri Rosmah di mana-mana.Malah,invois tersebut pula begitu mudah ditiru manakala email boleh direka pada bila-bila masa.Jika ada apa-apa yang boleh dibuktikan dari dokumen yang dicanangkan Rafizi hanyalah bahawa Syarikat Carpet Plus telah membuat bayaran kepada syarikat Dehres dan Firestone atas pembelian barang kemas,itu saja. Pemilik syarikat dan kepada siapa barang kemas tersebut diberikan tidak dapat dibuktikan.Ia mungkin untuk dijual kembali,mungkin untuk hadiah perkahwinan seorang taikun besar,mungkin juga untuk Rafizi sendiri, siapa tahu ??? Dengan 'serangan' yang begitu lemah,sepatutnya Anwar Ibrahim pecat sahaja si Rafizi.Ini kerana sudah amat jelas sekali bahawa jawatan Pengarah Strategi yang dipegang oleh Rafizi, adalah tidak layak baginya.Ini bukan kali pertama Rafizi kantoi,sebelum ini beliau telah kantoi dalam percubaan menipu seolah-olah ICAC Hong Kong akan menyiasat Musa Aman,atas kerjasama pihak pembangkang.(Modus Operandinya adalah lebih kurang sama dengan kes pembelian kapal selam scorpene di mana SUARAM menipu kononnya mahkamah Perancis sedang menyiasat sedangkan kes tersebut langsung tidak wujud).Rafizi juga pernah kantoi dalam isu NFC setelah melanggar 21 undang-undang BAFIA apabila mendapat akses kepada dokumen-dokumen sulit bank dengan cara mengelirukan pegawai bank. Tidak cukup dengan itu,Rafizi juga terkantoi menipu mempunyai bukti mengenai kononnya LRT Ampang tidak selamat dan diberi kepada syarikat yang tidak berwibawa.Begitu juga apabila Rafizi bergandingan dengan Nurul Izzah membawa isu kononnya projek KLIA2 Air Traffic Control (ATC) sistem kepada syarikat yang tidak berwibawa sedangkan syarikat tersebut telah 17 tahun berkhidmat di KLIA tanpa sebarang masalah.Memandangkan rekod Rafizi yang begitu banyak sekali menipu dan terkantoi,manakala Deepak pula merupakan ahli perniagaan yang berjaya,maka persoalan mengenai siapa yang menipu atau siapa yang cuba menipu siapa rasanya tidak sukar untuk dijawab.Apa yang pasti, pendedahan Deepak kelihatannya 'masuk akal' atau 'muat elok' jika kita menjejak kembali jalan yang 'dilalui' oleh isu scorpene, terus kepada SUARAM,Bala dan Raja Petra Kamaruddin di mana akhirnya ia tetap membawa kita kepada satu nama,iaitu Anwar Ibrahim. RENUNG-RENUNGKAN |
HOT NEWS !!! SIAPA YANG AMALKAN POLITIK SUKU AGAMA SUKU ??? PAS ATAU UMNO ??? WAJIB BACA !!! Posted: 04 Jan 2013 01:00 AM PST Salah satu intipati utama dalam Amanat Hadi yang mendorong ramai pengikut PAS percaya dan yakini yang UMNO adalah kafir ialah ungkapan "politik suku agama suku" yang difahami oleh penyokong PAS ia merujuk pada fahaman yang kononnya menjadi pegangan UMNO.Rentetan dari situ,para penyokong PAS beriktikad dalam hati dan tutur katanya bahawa menyokong UMNO adalah haram di sisi Islam dan jika mengundi BN hukumnya kafir atau akan gugur akidahnya.Kepercayaan songsang sebegini berlaku kerana wujudnya sikap taksub buta tuli yang dikembang biak oleh pemimpin PAS dan ia bertambah parah apabila dalam mana-mana ceramah di pentas politik PAS tidak pernah lupa memainkan propagandanya bahawa UMNO juga menolak Islam.Kesan daripada doktrin sedemikian akhirnya terus terpahat kukuh di sanubari ramai pengikut PAS tanpa sekelumit pun timbul persoalan sejauh mana benarnya dakwaan songsang pemimpin-pemimpin PAS yang hanya bermodalkan air liur itu. Langsung tak terdetik di hati mereka betulkah pemimpin UMNO mengemudi parti dengan bersandarkan pegangan bahawa politik suku dan agama suku atau dengan maksud lain politik dan agama Islam mesti diasingkan? Tak terlintas di benak mereka untuk bertanya lebih lanjut apakah menyokong UMNO benar-benar akan menyebabkan akidah gugur atau terpesong seterusnya menjadi kafir dan tak termungkin mencium bau syurga di akhirat kelak ??? Jawapan-jawapan kepada persoalan tersebut sebenarnya tidak sukar untuk ditemui jika pengikut PAS dan pemimpinnya ikhlas meletakkan kebenaran hakiki melampaui kepentingan politik kepartian. Sebetulnya, sebagaimana penganut Islam yang lain,para pemimpin UMNO,ahli dan penyokongnya senantiasa berpegang teguh bahawa politik adalah sebahagian daripada Islam. Bezanya antara UMNO dan PAS ialah,UMNO memperalatkan kuasa politik demi kepentingan agama serta memartabatkan Islam, di masa yang sama memanfaatkan kuasa yang diperolehi untuk manfaat orang Melayu Islam.Manakala PAS pula,mempergunakan agama Islam untuk mengejar laba politik duniawi demi memenuhi selera peribadi. Dek kerana itulah walaupun kalimah Allah S.W.T dituntut oleh mubaligh dan paderi Kristian,Mursyidul Am PAS,Nik Abdul Aziz Nik Mat tanpa berselindung telah mempersetujui tuntutan tersebut.UMNO sejak ia ditubuhkan hingga sekarang sentiasa peka dengan tuntutan ummah apabila berjaya memperjuangkan martabat agama Islam sebagai agama Persekutuan dalam Perlembagaan Negara dan Perlembagaan Negara yang terbentuk dari hasil perjuangan UMNO itulah yang kini mahu dipertahankan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang melalui Buku Jingga yang ditandatanganinya sendiri. Walhal lebih 3 dekad lalu dalam Amanat Hadi pada 1981,beliau mengajak penyokong PAS menentang Perlembagaan Negara yang didakwanya adalah perlembagaan jahiliah,sekular dan kafir.Jika benar UMNO mengamalkan fahaman "politik suku agama suku" sebagaimana dipropagandakan oleh PAS,nescaya jadi sekularlah negara kita sebagaimana Indonesia yang menetapkan Pancasila sebagai roh negaranya ataupun menjadi seperti Turki yang menetapkan agenda sekular sebagai pegangan negara.Dalam hal "politik suku agama suku" para pengikut PAS sepatutnya menuntut pemimpin mereka supaya mencerminkan muka sendiri untuk mengetahui siapa sebenarnya mengamalkan pegangan songsang itu.Bukankah Nik Aziz pernah memperlekehkan teguran Mufti Perak,Ustaz Harussani Zakaria dengan meminta Tuan Mufti yang lantang bersuara itu supaya menjauhi politik ??? Tidakkah itu bermakna Mursyidul Am PAS tanpa sedar mahu mengasingkan politik dan agama ??? Begitu juga apabila Naib Presiden PAS,Salehuddin Ayub menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menjauhi unsur politik,bukankah gesaan itu bermatlamat menghalang teguran pihak JAKIM berkaitan politik sekaligus memberi gambaran PAS menolak campurtangan Jabatan Agama dalam hal politik ??? Malah Ketua Dewan Ulama PAS,Haron Taib juga pernah dengan lagak egonya mempersoalkan campurtangan Mufti Perak dan Mufti Wilayah Persekutuan berikutan teguran mereka berdua berhubung kesesatan Amanat Hadi.Kesemua tingkah laku pemimpin-pemimpin PAS itu segalanya menjurus kepada "politik suku agama suku".Bukan begitu wahai pembaca Badut Rakyat Dari PAS ??? RENUNG-RENUNGKAN |
FAKTA !!! CINA KUASAI LADANG RAKYAT DI KELANTAN !!! MANA UNTUK KAUM MELAYU DAN ORANG ASLI ??? Posted: 03 Jan 2013 09:54 PM PST Projek Ladang Rakyat pada asasnya bermatlamat untuk membantu Kerajaan PAS Kelantan dalam usahanya mengurangkan masalah kemiskinan tegar serta meningkatkan keupayaan sosio-ekonomi Negeri dan menaikkan taraf hidup penduduk.Ladang Rakyat yang berkeluasan 81,095 ekar merangkumi Jajahan Gua Musang,Kuala Krai, Jeli dan Tanah Merah ini bagaimana pun sehingga kini gagal membantu seramai 4,767 orang penduduk miskin yang telah dipilih sebagai Peserta Ladang Rakyat itu.Ini terbukti sebagaimana dalam Laporan Audit Negara 2011 (LAN 2011) beberapa bulan lepas yang telah membuat beberapa teguran terhadap projek Ladang Rakyat anjuran Kerajaan PAS Kelantan yang didapati gagal mencapai objektifnya. Para peserta hanya memperolehi dividen RM200.00 sebulan manakala hak milik tanah dinafikan,jauh berbeza sekali dengan nasib peneroka FELDA yang bukan sahaja memiliki hak milik tanah sekurang-kurangnya 10 ekar seorang malah turut menerima elaun bulan dan rumah sendiri.Sementara itu peluang bekerja menambah pendapatan di Ladang Rakyat pula hanya memanfaatkan 282 penduduk tempatan sahaja,selebihnya seramai 639 orang pekerja adalah warga asing. Ternyata projek Ladang Rakyat telah gagal menjayakan misi yang diamanahkan untuk membantu rakyat miskin sebaliknya tauke-tauke Cina DAP dan Cina Singapura lebih mendahulukan soal keuntungan dalam mengenyangkan perut sendiri.Kerajaan PAS Kelantan rupanya seperti sengaja membiarkan sahaja perkara ini berlanjutan tanpa mengambil langkah pembetulan.Tauke-tauke Cina yang lebih terangsang untuk mengaut kekayaan hasil bumi Kelantan tetap terus diberi keutamaan berbanding anak negeri sendiri. Malah sebahagian besar tanah Ladang Rakyat dan hasil bumi kayu balaknya hanya berlegar dikalangan tauke-tauke Cina dan syarikat proksi mereka dengan tempoh pajakan berpuluh tahun ke hadapan. Lebih 50,000 ekar daripada keluasan 81,095 ekar tanah Ladang Rakyat dikuasai tauke-tauke Cina ini.Termasuklah 10,526 ekar (4,259 hektar) tanah hutan balak di Gua Musang yang dimiliki secara bersama oleh pemimpin bersaudara dari DAP Perak, Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Min melalui syarikat Upaya Padu Sdn Bhd. Selain syarikat milik pemimpin DAP itu, beberapa syarikat milik tauke Cina seperti Leong Hup Holding Sdn Bhd(LHH) turut menguasai pajakan tanah yang luasnya mencecah 10,095 ekar selama 99 tahun juga di Gua Musang. Manakala tanah seluas 7,500 ekar tanah Ladang Keruing Teknik yang asalnya milik Yayasan Islam Kelantan (YIK) di Relai, Gua Musang juga kini telah dipajakkan kepada syarikat Suurban Sdn Bhd,milik tauke Cina dari Johor.Mengikut sumber dalaman PAS,hasil traksaksi melibatkan syarikat Suurban Sdn Bhd yang disempurnakan oleh seorang wanita Melayu sebagai orang tengahnya turut memberi manfaat jutaan ringgit kepada seorang pemimpin PAS Kelantan yang sepatutnya sumbangan itu asalnya untuk tabung parti.adakah ini semuanya benar ??? Apapun,melihat pada pelbagai urusan pajakan dan pemilikan tanah yang banyak berkisar dikalangan tauke-tauke Cina sahaja,nampak jelas Ladang Rakyat yang sinonim dengan gelaran Ladang Air Mata Rakyat ini wujud khusus untuk kepentingan para kroni Kerajaan PAS Kelantan sahaja.Penguasaan tanah-tanah di Selatan Kelantan termasuklah di Ladang Rakyat oleh tauke Cina dari DAP dan Cina Singapura ini kian lama akan jadi umpama "Belanda dapat tanah",hasil kekayaan yang sepatutnya untuk kepentingan pribumi akhirnya hanya menguntungkan orang lain sahaja.Maka ada benarnya lirik yang tertulis dalam lagu Warisan, "anak kecil main api,terbakar hatinya yang sepi,air mata darah bercampur keringat,bumi dipijak milik orang." Penuh nasihat dan membangkitkan jatidiri serta merintis kesedaran ramai.Patutlah para pemimpin PAS amat fobia bagaikan ketakutan dan meroyan hilang akal bila lagu Warisan mendapat perhatian ramai,rupanya mereka tahu lagu itu membawa mesej kesedaran yang jika dihayati oleh rakyat Kelantan natijahnya menyebabkan pemimpin PAS tak cukup tanah lari bertempiaran. RENUNG-RENUNGKAN |
ISU AIR !!! DATUK SERI @NOHOMAR BANTAI KERAJAAN NEGERI SELANGOR KAW-KAW !!! Posted: 03 Jan 2013 06:00 PM PST Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor,Datuk Seri Noh Omar,berkata Selangor dikhuatiri akan menjadi negeri yang mundur berikutan ketiadaan pelabur yang berani melabur dalam jangka masa panjang akibat krisis air yang semakin kritikal.Beliau berkata,kerajaan negeri seolah-olah menganggap isu air bukan masalah serius dan tidak memandang jauh setiap perancangan yang dibuat.Katanya,ini jauh berbeza dengan kerajaan BN yang lebih fokus untuk menjadikan Malaysia sebagai negara maju pada 2020. "Jika kerajaan negeri tetap berdegil dengan isu air ini kita khuatir akibat tiada jaminan air bersih yang cukup untuk tempoh panjang, ia boleh menyebabkan kilang-kilang menutup operasinya dan mengakibatkan kira -kira 12,000 peluang pekerjaan hilang," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin melawat Sekolah Kebangsaan Alam Megah Dua, di sini, sebentar tadi. Sementara itu,ditanya mengenai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13(PRU-13),Noh berkata jentera BN negeri sudah bersiap sedia seolah-olah PRU akan dilaksanakan esok."Saya yakin,dengan program dan aktiviti yang kita laksanakan, kita mampu menang 30 kerusi dan Selangor kembali ke tangan kita (BN)," katanya. - BH Bab menuding jari dan melemparkan tuduhan secara sembrono,tak dinafikan Pakatan Pembangkang memang handal. Tetapi bila bab membuat perancangan jangka panjang untuk menangani krisis,seperti air, mereka ternyata gabra dan berfikiran singkat. Bab pengurusan risiko pun nampak gaya tidak timbul dalam diari Pakatan Pembangkang.Mereka lebih suka buat pelan jangka pendek atau adakalanya tak masuk akal. Contohnya mereka tak merancang untuk menang Pilihanraya Umum (PRU) yang lalu.Akibatnya,apabila menang,mereka tak tahu apa nak buat sehingga janji-janji yang ditaburi semasa berkempen, tidak ditepati, sebaliknya diubah jadi manifesto.Malah untuk menghadapi PRU akan datang pun dalam menyediakan kabinet bayangan,sudah macam-macam versi kita lihat disebabkan banyak isu dalaman dan rasa tak puashati apabila calon bermasalah dicadangkan menjadi menteri.Terkini,isu air di Selangor.Kerajaan Pusat sudah memberikan pelbagai jalan penyelesaian tetapi mereka enggan bekerjasama, malah mahu buat perancangan sendiri yang antaranya yang tidak logikal, seperti menggunakan air lombong untuk dirawat dan dibekalkan sebagai air bersih kepada rakyat. Soalnya, air lombong bukan tadahan kekal. Jadi berapa lama air lombong boleh bertahan? Malah beberapa pakar sudah mengatakan air lombong tidak selamat di segi kesihatan dan kosnya lebih tinggi. "Kerajaan Barisan Nasional (BN) merancang untuk 10 hingga 20 tahun akan datang,tetapi Kerajaan Negeri Selangor fikirkan untuk 2-3 hari akan datang.Inilah bezanya perjuangan pembangunan Kerajaan BN dan Pakatan yang hanya fikirkan rancangan jangka pendek dan kepentingan politik," kata Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor,Datuk Seri Noh Omar ketika diminta mengulas isu air yang melanda Selangor. "Semasa taklimat Majlis Air Negara,kami dimaklumkan perancangan untuk membuat Langat 2 telah bermula 16 tahun lalu.Ia dirancang oleh pakar-pakar negara dan projek ini dibuat dengan kerajaan Jepun. Kerajaan Jepun kalau dia tengok projek ini tak berdaya maju,sudah pasti tak akan sanggup bekerjasama dengan kita," katanya ketika ditemui di Shah Alam,pada Rabu. Projek Langat 2 tidak dilaksanakan pada ketika itu kerana terdapat lebihan bekalan dan tiada keperluan. Hanya pada 2008, kerajaan menerusi Kementerian Tenaga,Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA),telah meramalkan defisit bekalan air dan menjangkakan ia akan menjadi kritikal menjelang 2014.Antara tindakan proaktif yang diambil kerajaan ialah melaksanakan Skim Penyaluran Air Mentah dari Pahang ke Selangor yang dijangka dapat menampung permintaan bekalan air pengguna-pengguna di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga tahun 2025.Di samping itu KeTTHA juga telah mencadangkan Projek Loji Rawatan Air Langat 2 yang telah dirancang lama itu dimulakan.Tetapi malangnya projek berkenaan mengalami kelewatan disebabkan kedegilan Selangor memberikan kerjasama.Berikutan itu,pada 2010 Kerajaan Persekutuan terpaksa mengambil tindakan alternatif dengan meluluskan Program Mitigasi Fasa 1 dengan peruntukan berjumlah RM285 juta bagi meningkatkan kapasiti bekalan air tambahan sebanyak 320 juta liter sehari untuk menampung permintaan bekalan air sehingga tahun 2014.Ia diikuti dengan langkah untuk meluluskan Program Mitigasi Fasa 2 yang dapat meningkatkan kapasiti bekalan air sebanyak 541 juta liter sehari dan dijangka dapat menampung permintaan bekalan air di negeri Selangor,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sehingga tahun 2017. Pada Ogos 2011, Menteri KeTTHA, Dato' Sri Peter Chin Fah Kui sekali lagi mengumumkan bekalan air di Selangor,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya akan mencapai tahap defisit sekitar 10 peratus menjelang 2014 sekiranya langkah segera tidak diambil bagi menanganinya,malah ia akan lebih teruk daripada krisis air pada tahun 1998. Pada September tahun lalu pula,Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan dia sedia berbincang dengan Kerajaan Negeri Selangor tetapi malangnya tawarannya tidak diendahkan.Kini,sejak sebulan lalu,kira-kira 400 ribu rakyat Selangor menderita menghadapi masalah bekalan air. Hampir setiap hari mereka terpaksa mengangkat tong atau baldi sambil menunggu di tepi jalan untuk lori pembekal air. "Saya harap rakyat Selangor fikir dan buat perbezaan di antara peranan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.Kerajaan Persekutuan merancang sehingga 2020 pelbagai program untuk pastikan negara terus maju dan peluang pekerjaan untuk generasi muda.Tetapi Kerajaan Negeri Selangor tidak berpandangan jauh. Di segi ekonomi, saya bimbang Selangor akan terus mundur kerana pelabur-pelabur tidak akan datang ke negeri ini jika air tidak ada.Saya difahamkan beratus kilang yang sepatutnya mula beroperasi, tidak dapat berbuat demikian kerana tidak mendapat jaminan air yang mencukupi.Ini telah menutup peluang pekerjaan kepada kira-kira 12,000 generasi muda di Negeri Selangor. Bayangkan kalau masalah ini berterusan dan Kerajaan Selangor masih berdegil kerana kepentingan politik, negeri yang maju ini akhirnya akan mundur.Yang jelas,Kerajaan Pusat cukup ikhlas dalam memberi bantuan air,contohnya apabila loji baru dibuat di Sungai Labu,kita keluarkan duit beratus juta Ringgit,tetapi menyerahkan kepada Kerajaan Negeri untuk menguruskannya.Yang penting loji mesti dibuat.Soal mengurus kita boleh bincang kemudian.Bayangkan jika loji sedia ada rosak dan bekalan air tak cukup,apa akan jadi kepada rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan?" - Agenda Daily KEPADA MENTERI BESAR SELANGOR !!! BILA NAK SETTLE KAN MASALAH AIR NI ??? TAKKAN NAK TUNGGU 2014 ??? JANGAN SAMPAI AIR KERING !!! RENUNG-RENUNGKAN |
You are subscribed to email updates from BADUT RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment