BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! THE WORD OF KALIMAH ALLAH !!! SIGNS OF LEADERSHIP OF THE DEVIL !!! MUST READ !!!

Posted: 22 Jan 2013 03:00 PM PST


The issue of kalimah Allah which still stirs around PR still yet to show any sign that it might stop.DAP's natural kiasu-ness would never let the party give anything up.Meanwhile,AS is desperate to convince the party's supporters that they are still able to defend Islam. And PKR took the same stand as DAP with the excuse that they have earlier agreed upon the matter in the pact, and that includes PAS.Thus,the U-turn which is taken by PAS based on the decision made by its Syura Council will not be put under consideration due to the excuse where PAS did not refer to the Syura Council before agreeing to the matter and the burden should not be put against PR and in the end,the ones who had to suffer the consequences on PAS's mistakes would be none other than Islam and Muslims.However,as Muslims,we have been taught to understanding the blessing in disguise.The blessing from this 'tragedy' is that we could see how chaotic PR really is.Just look at how this issue still goes on even though it has been around for weeks.DAP and PKR held on to their original agreement and ignored PAS and the party's Syura Council. 


Whatever the factor is,we do not see any consistency in PAS's fight on this matter because even in the official media reports such as Harakah or Harakahdaily,PAS still denies the fact that the decision made by the Syura Council is a U-turn.Instead,they are telling people that they are consistent in now allowing the kalimah Allah to be used by non-Muslims.Harakah lied to its readers by saying that the U-turn is just a twist made by UMNO media.However,the ones who criticized PAS's U-turn are DAP and PKR,not just UMNO.Sadly,Harakah is too scared to criticize DAP or PKR and they only have the guys to attack on UMNO.It is clear that PR has no one on top.If not,obviously the leader would have ordered to put a stop to this issue.That did not happen because Anwar Ibrahim,who plays the role as the General Leader,is just a symbol of Malay leadership.Because the fact is,Anwar's rank is even lower than regular officers in DAP such as Zairil,a Chinese who uses a Malay name. The only thing which Anwar can do is making statements, and his statement would just be as same as the Syura Council's statement, worthless. 


In Barisan Nasional,all component parties accepts BN Chairman as their leader where all decisions are made collectively and in a democratic way,but,the highest power is still in the hand of the Chairman.If some issues begin to go on for quite some time,the Chairman could provide orders to them to stop the issue, by giving the final say.With that,party could remain stable and it could move alongside the government in providing its service to rakyat as well as managing the country.PR do not have such thing.We are aware that DAP would never bow down to Anwar or anyone else and PAS is already 'shying away' from Anwar but the party is still scared of DAP.When the leader does not get any respect he deserves,what would happen to the party once it begins to rule the country ??? What would happen to this kalimah Allah issue once PR leads the country ??? We can imagine how while Karpal Singh debates with PAS in the media, Malay-language Bibles,with kalimah Allah in it,will kept on being distributed to schools.When UMNO criticize,PAS would defend DAP by saying that DAP is innocent because the party does not understand Islam.As the debate gets deeper,'Prime Minister Anwar Ibrahim' would only watch and gives sign to PAS to give up.Perhaps one of two of PAS leaders would,but a few other would not back down and as they keep on fighting one another, Malay language Bibles has been spread all over the country,confusing Muslims.Thus, to those who can think,this kalimah Allah issue is a sign given by Allah,showing the status of Islam and Muslim under Pakatan Rakyat. it is clear that we would end up being in hell if we are to be led by devils.

GAZE-PONDERS

HOT NEWS !!! #LISTEN !!! BAWANI BUAT APA BERSAMA NIK AZIZ ???

Posted: 22 Jan 2013 11:00 AM PST


ANDA RENUNGKAN GAMBAR INI !!! 

NIK AZIZ SIGN APA ???

CEK ??? 

SAYA TAK NAK TUDUH MACAM-MACAM !!!

NANTI PUAK PAKATAN MEMEKAK PULA !!!

SEMUANYA MEREKA JERR BETUL !!!

PEMIMPIN MEREKA YANG ADA MASALAH MORAL DAN BANYAK LAGI TAK FIKIR PULAK !!!

MUNGKIN INI SEBABNYA LISTEN,LISTEN TERCIPTA !!! 

APA KATA ANDA ??? 

 RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! HARUN DIN AKAN PERTAHAN KALIMAH ALLAH SEHINGGA PRU ??? LEPAS TU ??? WAJIB BACA !!!

Posted: 22 Jan 2013 07:30 AM PST


Apabila PAS buat hal,maka DAP pun akan melepaskan anjingnya yang paling garang untuk menundukkan anjing-anjing kurap yang tak henti-henti menyalak walaupun telah setuju untuk berdiam diri asalkan diberi makan dan dijanjikan rumah yang cantik di Putrajaya.Begitulah pandangan DAP terhadap PAS dan Karpal Singh,yang diarahkan atau dibiarkan untuk bertelagah sesama sendiri dalam isu Kalimah Allah,sementara menunggu pilihanraya.Kita faham bahawa PAS terpaksa menunjuk tegas bagi memastikan sokongan Melayu terus mantap dan DAP juga perlu menunjuk garang bagi memastikan sokongan Cina kekal.Meletakkan Karpal Singh sebagai 'anjing-sabung' merupakan strategi untuk menutup chauvinisme kaum Tokong Lim. Ini samalah dengan meletakkan Zairil,si anak Cina sebagai wakil Melayu.Maka,salak menyalak sesama sendiri dan lolongan akan berlarutan sehingga pilihanraya walaupun kata putus telah pun dibuat iaitu segala keputusan Majlis Syura PAS hanyalah sampah yang tidak bernilai.Malah,Majlis Syura juga pada hakikatnya, tiada hak untuk bermesyuarat pun mengenai isu ini kerana kepimpinan PAS telah lebih awal memberikan persetujuan membenarkan agama lain menggunakan kalimah Allah. 

Justeru,mengambilkira etika,professionalisme dan moral,PAS adalah terikat kepada persetujuan asal dan tidak akan terlepas darinya dengan hanya menyatakan perubahan fikiran.Jika PAS ingin melepaskan diri dari ikatan persetujuan ini,maka satu-satunya cara ialah keluar dari PR.Jika tidak,segala penafian dan U-turn yang dibuat adalah tidak bermakna sama sekali.Oleh kerana itu,ketegasan Harun Din,Harun Taib atau Hadi Awang dalam mempertahankan Kalimah Allah tetap diragui,selagi mereka masih berada di dalam PAS.Apatah lagi apabila mereka hanya mengeluarkan kenyataan 'lembik' dan berlapik,meminta Karpal Singh jangan mempertikaikan keputusan Dewan Ulama,berbanding kenyataan Karpal yang berbentuk herdikan atau tempelak terhadap PAS.Lebih-lebih lagi,apabila Hadi Awang belum menyatakan ketegasannya secara langsung.Ini kerana kenyataannya yang dipaparkan oleh Utusan Malaysia hanyalah pendapat Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar,iaitu setiausaha politik Hadi,mengenai pendirian Hadi.Laporan tersebut memetik Dr. Ahmad sebagai 'yakin' dan 'pasti' bahawa Hadi Awang tidak akan berganjak dari keputusan Majlis Syura,tetapi apakah jaminan yang keyakinan dan kepastian Dr. Ahmad tersebut benar-benar berasas ??? 

Sedangkan,secara dasarnya,hakikat bahawa PAS tidak sanggup keluar atau sekadar mengugut untuk keluar dari PR kerana mempertahankan Kalimah Allah adalah satu kekalahan yang nyata di pihak PAS.Hakikatnya juga bahawa Harun Din,seorang Ulama dan Harun Taib,Ketua Dewan Ulama,telah kalah di tangan Karpal Singh.saya menjangkakan pertengkaran PAS-Karpal Singh akan terus berlarutan sehingga isu ini ditenggelami isu lain atau sehingga pilihanraya.Namun,saya tidak menjangkakan apa-apa penyelesaian kerana walaupun apabila ia dianggap selesai,tidak mustahil PAS akan menafikannya pula suatu hari nanti apabila keadaan mendesak mereka berbuat demikian.Umum sedia maklum bahawa PAS telah pun mengambil sikap yang sama dalam isu hudud dan Negara Islam yang sehingga kini masih tiada noktahnya.Nampaknya,bertengkar dan kemudian melupakannya dan bertengkar lagi dan kemudian melupakannya lagi merupakan 'cara pemerintahan' PR yang mana rakyat sudah faham benar. 

Biarpun isu yang berbangkit adalah isu agama,yakni yang melibatkan akidah dan membawa kepada syirik,namun bagi PAS ia hanyalah isu politik yang boleh dipertelagahkan dan dilupakan mengikut keadaan semasa.Maka,tidak ada keraguan lagi bahawa Ulama-ulama PAS inilah yang disebut sebagai Ulama-ulama jahat yang akhirnya menjadi bingung akibat fitnah dan belitan mereka sendiri,sepertimana hadith berikut : Daripada Abu Hurairah ra. berkata : Rasulullah SAW bersabda ; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai dan percakapan mereka lebih manis daripada gula.Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka,"Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku ???, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku ???. Demi kebesaran Ku,Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)". H.R Termizi

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! ISU KLIMAH ALLAH !!! HINANYA MAJLIS SYURA PAS DI MATA PR !!! APA CERITA NI ??? KATA KERJASAMA ???

Posted: 22 Jan 2013 04:00 AM PST


Pengerusi DAP Pusat,Karpal Singh tanpa berselindung meneruskan asakannya kali ini dengan nada 'merayu' menuntut PAS supaya menarik balik keputusan Majlis Syura Ulama parti itu untuk menghalang penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam khususnya dalam Bible versi Bahasa Melayu.Bunyinya seperti mendayu-dayu memujuk,tapi ramai yang faham itu hanya isyarat bernada 'lembut' yang jelas kehendaknya.Suka atau tidak,PAS terhimpit antara memartabatkan pendirian rasmi Majlis Syura ataupun mendahulukan kepentingan politiknya dalam PR.Sebelum itu Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali telah tampil dengan kenyataan tegas bahawa pakatan pembangkang,PR tetap kekal dengan keputusan Majlis Pimpinan Tetinggi PR pada 8 Januari 2013 yang membenarkan penganut Kristian menggunakan kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible. 

"Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (Pas) tidak berkaitan dengannya," kata Azmin dalam sidang akhbar di ibu pejabat PKR pada 17 Januari lepas.Demikian hinanya kedudukan Majlis Syura Ulama PAS di mata PKR,sedangkan sebagai rakan sepakatan sepatutnya PKR dan DAP perlu belajar menghormati rakan sendiri sekalipun mereka sudah masak sangat dengan sikap lalang PAS yang kerap berubah pendirian mengikut kehendak politik kepartian. Jika dilihat dari segi struktur organisasi PAS,kedudukan Majlis Syura adalah yang tertinggi dalam parti berlabel Islam itu. Seandainya PAS mendominasi pengaruh dan kedudukannya dalam PR, tentunya desakan mendayu dari DAP dan kenyataan tegas yang memperlekehkan taraf Majlis Syura oleh PKR tidak akan timbul.

Tapi disebabkan kedudukan PAS dalam PR sekarang hanyalah setaraf balaci yang terdesak mahu mencapai angan-angan untuk sama-sama ke Putrajaya bersama PR,maka senanglah DAP dan PKR memanfaatkannya untuk kepentingan mereka.Lagipun Karpal Singh dan Azmin Ali yang diketahui ramai adalah suara rasmi PR dalam isu-isu sensitif, kedua-duanya amat faham benar selagi PAS kekal bersama PR,mahu tidak mahu PAS perlu menurut keputusan muktamad yang telah lama dipersetujui. Kalau PAS benar-benar jantan dan bermaruah,sudah lama mereka tinggalkan PR dan tidaklah termalu sendiri dengan pendirian flip flop Mursyidul Am dan Presiden PAS sekejap patuh kehendak PR dan kemudiannya bila teruk dikecam khalayak barulah menyerahkan keputusan selanjutnya kepada Majlis Syura pula. Antara kemahuan politiknya utk kekal dengan PR dan kesucian kalimah Allah S.W.T yang wajib dipertahankan,telah meletakkan PAS dalam keadaan tersepit dan terhimpit.Inilah bahananya apabila satu kerjasama politik yang longgar hanya ditemukan dengan titik persamaan berkongsi musuh yang sama sahaja.Tatkala kerjasama dalam BN wujud demi membangunkan negara dan rakyat,PR pula yang menggabungkan DAP,PKR dan PAS atas asas rapuh seringkali diselubungi isu-isu yang tidak berkesudahan dan masing-masing pula langsung tiada sikap hormat menghormati sesama sendiri.Bila sudah demikian,tak sukar untuk rakyat jangkakan yang negara ini akan berantakan sepanjang masa sekiranya PR diberi peluang walau sepenggal pun untuk memerintah tanahair tercinta ini.

RENUNG-RENUNGKAN

PAS KANTOI !!! PM @NAJIBRAZAK MENYUNTIK KEBANGKITAN RAKYAT KELANTAN DAN MENUNAIKAN JANJI !!! PAS APA CERITA ???

Posted: 22 Jan 2013 12:30 AM PST


Kehadiran Perdana Menteri,Datuk Seri Najib ke negeri Kelantan sehari kelmarin rupanya telah mengundang kerisauan dan rasa tertekan dikalangan pemimpin PAS Kelantan sehingga memaksa mereka tergesa-gesa mengadakan mesyuarat tergempar pada sebelah malamnya.Kerisauan mereka ada asasnya bila mengetahui sekitar 50,000 orang rakyat Kelantan yang bagaikan mendapat suntikan semangat tambahan telah hadir beramai-ramai di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong,Kota Bharu semata-mata untuk meraikan kehadiran Datuk Seri Najib.Cubaan jentera propaganda PAS Kelantan untuk mensabotaj majlis tersebut dengan menaikkan beberapa papan iklan besar bertulis "Listen! Listen! Listen! Mana Royalti Kami" tidak pun meninggalkan kesan apabila rata-rata rakyat Kelantan yang celik minda langsung tidak mempedulikannya.Rakyat negeri ini ternyata lebih menyenangi kaedah pengagihan wang ehsan yang diamalkan sekarang kerana ia lebih telus dan dinikmati terus oleh khalayak berbanding propaganda royalti yang diselit dengan sentimen kenegerian dan kepartian sempit. 

Sementara itu,semasa PM merasmikan program Jelajah Janji Ditepati di RTC Tunjong itu,beliau turut mengumumkan 7 projek pembangunan bersaiz mega yang kesemuanya cukup dekat dengan nurani rakyat Kelantan.Projek tersebut meliputi pembinaan lebuh raya Kuala Krai-Kota Bharu,stadium baru yang lebih besar,masjid terbesar di Kelantan untuk menyemarakkan program dakwah Islamiah dan juga perumahan rakyat.Manakala bagi mengatasi masalah kesesakan lalulintas dalam bandar kota Bharu dengan mewujudkan sistem pengangkutan Rapid Kota Bharu,diikuti pembinaan kampus baru Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan projek bersepadu untuk menyelesaikan permasalahan bekalan air bersih.Semua 7 projek pembangunan yang diumumkan oleh PM ini diyakini mampu membawa Kelantan seiring dengan pembangunan negara dan ia bukan satu masalah untuk disempurnakan sekiranya dalam PRU 13 kelak majoriti pengundi Kelantan memilih BN untuk mengurus tadbir semula negeri ini. Khalayak yang hadir nyata teruja dengan pengumuman itu,tambahan pula BN sememangnya sudah terbukti sentiasa berusaha menepati janji. 

Jauh bezanya dengan janji propaganda PAS dan PR yang lebih banyak menabur janji manis tapi bila diminta untuk melaksanakannya,pelbagai alasan diberikan.Ambil contoh janji PAS Kelantan untuk membina Lebuhraya Rakyat,sampai sekarang tak terbuat walau satu tiang konkrit pun,tapi duit rakyat sudah berkoyan-koyan dipungutnya.Orang lain mengenakan kutipan tol selepas lebuhraya siap dibina, tapi PAS dah mula 'kutip tol' walaupun bayang lebuhraya langsung tak kelihatan.Begitu juga dalam hal janji PAS untuk membina stadium,kecohnya bukan main lagi semata-mata untuk menarik perhatian peminat bolasepak The Red Warrior,alih-alih janji tinggal janji. Hanya kelihatan dalam bayangan bila mata dipejam rapat,tapi semuanya hilang tanpa kesan bila mata dicelik kembali.Hatta kesesakan lalulintas di pusat bandar Kota Bharu yang sepatutnya merupakan tanggungjawab Kerajaan PAS Kelantan,tapi hampir 23 tahun PAS memerintah negeri ini macam itu jugalah masalahnya tak berkesudahan.Balik-balik Kerajaan Pusat juga yang kena campurtangan untuk membantu menyelesaikannya.Akibatnya menyebabkan kian ramai rakyat negeri ini hilang kepercayaan pada urus tadbir negeri oleh pemimpin PAS dan tidaklah menghairankan bila ia diganti pula dengan kebangkitan semangat Gelombang Merah yang makin membuak-buak.Justeru itu,usahlah PAS terkejut andainya dalam PRU 13 nanti majoriti rakyat Kelantan beramai-ramai merealisasikan kebangkitan semangat Gelombang Merah ini dengan menobatkan kembali BN ke tampuk pemerintahan dan menghanyutkan terus PAS dari peta politik negeri ini kelak.

RENUNG-RENUNGKAN 

PR KANTOI LAGI !!! SURAT KELULUSAN KITAB BIBLE BAHASA MELAYU OLEH PM @NAJIBRAZAK ADALAH PALSU !!! WAJIB BACA !!!

Posted: 21 Jan 2013 09:00 PM PST


Teramat mudah untuk memfitnah dan menipu… Cukup sekadar mereka-cipta sepucuk surat mengatakan Bible dalam Bahasa Melayu diluluskan oleh Datuk Seri Najib dengan menggunakan kepala surat yang cukup simple… Kemudian disertakan dengan tandatangan Datuk Seri Najib maka sudah cukup membuatkan orang yang melihatnya terus percaya…Fitnah ini lebih kurang sama dengan surat-surat dan memo palsu berkaitan Isu Pampasan Buruh Keretapi Jepun dimana dokumen-dokumen tersebut dipalsukan. Walau bagaimanapun setiap tipu muslihat itu akan ada kecacatannya.Terdapat beberapa kecacatan pada surat tersebut yang akan dedahkan.Kecacatan yang cukup mudah membuktikan surat ini adalah surat palsu…



Pertama,surat dirujukkan kepada unit PEMANDU… Apa dia unit PEMANDU dan apakah fungsi sebenarnya unit PEMANDU itu?, 

Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan @ PEMANDU ditubuhkan dengan rasminya pada 16 September, 2009 yang merupakan satu unit di bawah seliaan Jabatan Perdana Menteri. Tujuan utama dan objektif PEMANDU adalah menyelia pelaksanaan, menilai kemajuan, memudahcara serta menyokong penyampaian dan memacu kemajuan Program Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan secara keseluruhannya menyelia Indeks Prestasi Utama (KPI) semua Menteri. Pengerusi bagi PEMANDU ialah YB Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi portfolio Perpaduan Kebangsaan dan Pengurusan Prestasi.Jawatan sebagai Naib Pengerusi dan Ketua Eksekutif pula disandang oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri,YB Senator Dato' Sri Idris Jala. 

Sementara tanggungjawab penyampaian menyeluruh untuk keberhasilan Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) dan Bidang Keberhasilan Utama Kementerian (MKRA) bergantung kepada Menteri yang berkaitan, dan kejayaan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) bergantung kepada sektor swasta. PEMANDU telah diberi mandat untuk menjadi pemangkin perubahan dalam penyampaian sektor awam dan swasta, menyokong kementerian dalam proses perancangan penyampaian dan menyediakan pandangan bebas berkaitan dengan prestasi dan kemajuan kepada Perdana Menteri dan menteri-menteri. Melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) dalam NKEA, PEMANDU telah ditugaskan untuk memudahcara pelaksanaan Projek Permulaan (EPP) dan Peluang Perniagaan (BO) yang telah dikenalpasti untuk memastikan Malaysia menjadi negara berpendapatan tinggi pada tahun 2020. Untuk membolehkan PEMANDU menjalankan tugasnya dengan lebih efektif, sumber manusianya menggabungkan kepakaran yang terbaik dari sektor swasta dan juga perkhidmatan awam. 

LIHAT… Di sini terdapat satu kecacatan yang terdedah…Fungsi PEMANDU tidak ada kena mengena langsung dengan isu bible Bahasa Melayu … Jelaslah bahawa ianya satu bentuk fitnah…Fitnah yang menjadi satu makanan ruji pembangkang di Malaysia. Sementara itu kepala surat juga terlalu ringkas yang hanya mempunyai jata negara dan perkataan Prime Minister Malaysia…Sepatutnya kepala surat rasmi kerajaan selain mempunyai jata negara,ianya juga memaparkan alamat pejabat yang mengeluarkan surat tersebut. 

Manakala kecacatan yang lain ialah tulisan tangan 'Dear Bishop Ng,', seolah-olah ianya tertinggal dan tergesa-gesa membetulkan dengan menulisnya secara tulisan tangan. Adakah beginikah bentuk-rupa Surat Rasmi seorang Perdana Menteri? Dan ditambah lagi dengan perkataan 'Dear Bishop Ng,' yang amat jarang digunakan dalam surat-surat rasmi… Sepatutnya digunakan 'Attn: Bishop Ng'. Malah di atas tandatangan Datuk Seri Najib juga terdapat perkataan 'Yours sincerely,' ataupun 'Yours truly.'; juga teramat jarang digunakan dalam surat-surat rasmi kerana ia biasa digunakan dalam surat tidak rasmi.Kebiasaannya dalam surat rasmi Jabatan Kerajaan akan diletakkan motto sebagai contoh,'Majulah Sukan Untuk Negara', 'Bersatu, Bersetia, Berkhidmat','Berkhidmat Untuk Negara' dan diikuti dengan 'Saya Yang Menurut Perintah' yang menandakan semua kakitangan awam menurut titah perintah SPB YDP Agong dalam menjalankan tugas.

lihat surat di bawah


CONTOH



Jelas sekali surat yang didakwa dari Datuk Seri Najib itu merupakan satu rekaan fitnah semata-mata… Tujuannya hanya satu, untuk membuat korner baring yang terbaring-baring terguling-guling diatas isu penggunaan kalimah Allah dalam bible… Ia bertujuan mengalihkan perhatian rakyat terhadap kelemahan pemimpin parti tersebut. Maka dengan cara ini, rakyat akan mengalihkan perhatian dari isu penggunaan kalimah Allah dalam bible oleh oleh Pakatan Rakyat. Betapa hinanya puak-puak ini terutamanya Pas yang sedang bersilat sesama sendiri. - Megat Panji Alam

APA KATA ANDA ???

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! JAIS GPMS DI UGUT PUNCA TARIK DIRI BERTANDING UNTUK JAWATAN MBM ??? BETUL KER ???

Posted: 21 Jan 2013 06:00 PM PST


Perghhh....pagi- pagi lagi aku dah ditunjukkan sms dari Jais Abd Karim,Presiden GPMS berhubung penarikan dirinya dari bertanding jawatan Presiden MBM semalam.....Wah....nie satu kenyataan yang dashyat.....ibarat rumah dah siap,pahat masih berbunyi....


Persoalannya, siapa yang ugut Jais? Undi blok ..... apa maksudnya undi blok ...... kita tunggu penjelasan Maliki dalam soal kenyataan Jais nie........ - Sahabat Gunung 

APA CERITA NI ???

BELUM APA-APA LAGI DAH TARIK DIRI !!!

APA MAKSUD UNDI BLOK TU !!!

CUBA CERITA SIKIT !!!

RENUNG-RENUNGKAN 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...