BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! ISU KALIMAH ALLAH !!! MILO SUAM PERTIKAI KEPUTUSAN MAJLIS SYURA ULAMA PAS ??? APA CERITA NI ???

Posted: 20 Jan 2013 03:10 PM PST


apa cerita ni ??? takkan pertikai isu Kalimah Allah pun salah UMNO ??? bukan ker majlis syura dah setuju kata Kalimah Allah tidak boleh digunakan oleh bukan islam ??? kenapa nak salahkan UMNO ??? siapa yang mulakan cerita ni ??? jom lihat apa yang milo suam kata


RENUNG-RENUNGKAN

KANTOI !!! ISU AIR !!! CERITA SEBENAR ANTARA AZIZAN DAN LIM GUAN ENG TERBONGKAR !!!

Posted: 20 Jan 2013 04:00 AM PST


Belanjawan Kedah 2013 yang dibentangkan baru-baru ini,menunjukkan anggaran hasil sebanyak RM640.55 juta manakala perbelanjaan pula dianggar berjumlah RM656.5 juta.Ini menjadikan menjadikan anggaran defisit fiskal negeri berjumlah RM15.95 juta.Bagaimanapun,anggaran ini dibuat secara 'mimpi' iaitu mungkin dicongak-congak sendiri oleh kepimpinan negeri tanpa mengambilkira faktor realiti.Jumlah defisit tersebut mengambilkira anggaran hasil dari jualan air mentah kepada Syarikat Air Darul Aman (SADA) berjumlah RM33.8 juta dan juga kepada kerajaan negeri Pulau Pinang berjumlah RM20 juta.Seperti yang dikatakan,semua ini hanyalah 'mimpi' Datuk Seri Azizan Razak,Menteri Besar Kedah semata-mata.saya menyatakan ia sebuah mimpi kerana sehingga bajet tersebut dibentangkan,Azizan hanya syok sendiri tersenyum-senyum mengenangkan hasil yang bakal diperolehi tanpa mengambil langkah untuk merealisasikannya.Mungkin Azizan tidak tahu bahawa bajet negeri bukannya untuk syok sendiri,tetapi untuk kesejahteraan rakyat.Apabila kita bermain dengan angka maka ia perlu ada logiknya kerana angka matematik atau ekonomi bukannya perkara seni yang boleh dibentangkan berdasarkan imaginasi. Kiraannya perlu tepat dan bersandarkan fakta yang nyata. 

Sekiranya ia diletakkan sebagai anggaran,maka anggaran juga perlu dibuat berdasarkan logik.Justeru,di manakah logik bajet yang dibentangkan Azizan jika tiada sepatah perbincangan,tiada satu pun pertemuan atau sehelai pun surat yang boleh dijadikan sandaran bagi anggaran hasil yang dibentangkan ??? Amatlah menghairankan apabila selepas bajet tersebut dibentangkan serta dikritik hebat,kerajaan negeri Kedah masih tidak mengambil langkah untuk berbincang dengan kerajaan negeri Pulau Pinang berkenaan hasrat untuk mengenakan bayaran kepada air yang dibekalkan kepada negeri tersebut.Sebaliknya,Ketua Menteri Pulau Pinang,Lim Guan Eng atau gelaran terhormatnya,Tokong,hanya mengetahui akan hasrat Kedah ini melalui pembentangan bajet tersebut.Tentu sekali,Tokong Lim amat terkejut dan marah dan sudah tentu sekali beliau tidak bersetuju kerana ia melibatkan kerugian di pihaknya.Amalan manusia biasa dalam berurusan jual beli, haruslah melalui proses pertemuan atau perbincangan dan mungkin juga tawar menawar.Jika kedua-dua pihak bersetuju,barulah urusan tersebut boleh diteruskan dan barulah proses anggaran jumlah kewangan yang bakal terlibat boleh dibuat.Apabila semua pihak berpuas hati, wang dan barangan pun bertukar tangan, barulah ia dianggap selesai. 

Selagi tidak selesai,ia masih dirujuk sebagai anggaran.Namun,satu pun dari proses di atas tidak berlaku dalam isu penjualan air ini,melainkan dalam mimpi Azizan.Tindakan kerajaan negeri Kedah ini seolah-olah tidak beradab,tidak beretika dan tidak professional.Nampak benar yang Azizan dan pegawai-pegawainya kekok serta tidak tahu di mana kedudukan mereka.Azizan bukannya pegawai bawahan dan exco-exco negeri bukannya pekerja kilang atau kerani kerajaan.Azizan wajib mengadakan pertemuan dengan kepimpinan negeri Pulau Pinang apatah lagi apabila kepimpinan negeri tersebut telah menempelak Azizan secara terbuka kerana isu ini.Apakah Azizan takut dengan Tokong Lim ??? Ini tidak mustahil kerana sudah termaklum bahawa PAS amat takut kepada Tokong-tokong DAP serta rela memperhambakan diri kepada mereka asalkan Tokong tidak menyepak PAS keluar dari PR.Jika kita lihat Azizan begitu garang dengan wartawan dan orang-orang UMNO, kenapa Azizan tidak mampu membawa sikap yang sama dalam bekerja ??? Di manakah keberanian Azizan yang kita lihat di dalam televisyen itu ???

Justeru benarlah desas-desus yang didengar mengenai Azizan yang mempunyai masalah 'inferiority complex'.Buktinya,setelah empat tahun memerintah,Azizan langsung tidak pernah mengambil masa untuk membuat perjumpaan dengan para pelabur asing di negeri tersebut.Jika di bawah BN,Menteri Besar Kedah mengunjungi pelabur beberapa kali setahun bagi mendengar sendiri masalah mereka,tetapi kini pelabur hanya berpeluang bertemu dengan wakil MB sahaja,atas alasan MB sekarang bukan lagi Pengerusi kepada Kulim Technology Park Corporation,syarikat pemaju projek tersebut.Nampaknya,Azizan tidak tahu skop dan kapasitinya sebagai seorang MB,jauh sekali memahami nilai signifikan satu-satu pelaburan langsung asing kepada sebuah negeri. Ramai yang berkata bahawa Azizan enggan berjumpa pelabur asing kerana takut kelemahan beliau mengenai ekonomi dan pentadbiran negeri terserlah. 

Begitu juga kesnya dengan Tokong Lim,di mana Azizan bimbang beliau tidak mampu menangani proses tawar-menawar yang bakal berlangsung dan Tokong akan melihat sendiri bahawa Azizan tidaklah sehebat mana.Sebenarnya,masalah 'inferiority complex' wujud dengan segar di dalam PAS. Masalah itulah yang menjadi akar kepada sifat mengalah PAS tatkala bersemuka dengan DAP.PAS tidak mampu berhujah dengan baik dan dengan yakin,kerana tidak punya pergaulan,pengetahuan dan pengalaman yang luas, selain sifat rendah diri semulajadi yang ada di dalam diri orang Melayu.Kerana itu,PAS hanya berani dengan UMNO,iaitu yang satu bangsa dengannya.PAS berdengki dengan UMNO kerana walaupun sebangsa tetapi UMNO tampak lebih yakin dan bergaya serta tidak kekok untuk bersaing.Bukan seperti PAS yang hanya mampu bermegah soal agama,itupun separuh masak saja. Justeru, secara tidak langsung rakyat di bawah kerajaan pimpinan PAS juga terpaksa menurut jejak MB mereka melutut kepada Tokong.Jika di Kelantan mereka melutut pada Tokong Ngeh dan Nga,di Kedah terpaksa berhadapan dengan Tokong segala Tokong iaitu Lim Guan Eng.Bak kata seorang bekas pemimpin DAP,seseorang tidak tentu lagi akan selamat dengan menyembah begitu banyak tokong tetapi tidak menyembah Tokong yang satu ini.Jika beginilah keadannya,nampaknya jika PR menjadi kerajaan,kita tidak mungkin akan berpeluang menyaksikan pemerintahan Ulama,tetapi pemerintahan Tokong.

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! ISU KALIMAH ALLAH !!! KARPAL SINGH BELASAH PAS !!! APA CERITA NI ??? MANA ISLAM PAS ???

Posted: 20 Jan 2013 12:30 AM PST


Pengerusi DAP Kebangsaan,Karpal Singh akan meminta Presiden Pas,Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya mengubah semula pendirian Majlis Syura Ulama Pas yang memutuskan kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh orang bukan Islam termasuk Bible versi Bahasa Melayu.Karpal dilaporkan Sinar Harian berkata Hadi perlu melakukan perkara itu supaya keputusan Majlis Syura Ulama Pas yang bermesyuarat pada 13 Jan tidak bercanggah dengan keputusan yang dicapai Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) pada 8 Januari lalu. 

"Adalah penting untuk Majlis Syura Ulama Pas mengambil satu pendirian yang sama dengan PR dan saya harap Abdul Hadi dapat menentukan pendirian Majlis Syura.Saya merayu kepada Abdul Hadi agar dapat menentukan semula pendirian Majlis Syura ini," kata beliau pada sidang media di Georgetown hari ini.Ahad lalu,Majlis Syura Ulama Pas yang dianggotai 15 anggota memutuskan sebulat suara bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu selepas isu berkenaan dibantah pelbagai pihak. 

Mesyuarat yang dipengerusikan Mursyidul Am Pas,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan bahawa menterjemah perkataan 'God' atau 'Lord' dari mana-mana kitab agama bukan Islam adalah salah dari segi makna,tidak menepati kehendak sebenar dan perlu dicegah kerana membawa kekeliruan yang nyata.Hadi juga termasuk salah seorang ahli Majlis Syura Pas yang bersetuju dengan keputusan tersebut.Isu penggunaan kalimah ALLAH timbul selepas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam perutusan sambutan Krismas lalu meminta kerajaan membenarkan kalimah ALLAH digunakan dalam Bible Bahasa Melayu. 

Semalam,Nik Aziz secara tegasnya mahu semua pihak termasuk pemimpin PR menerima keputusan Majlis Syura Ulama iaitu kalimah ALLAH tidak boleh digunakan bukan Islam.Nik Aziz berkata,perkara itu tidak perlu ditimbulkan semula setelah Majlis Syura Ulama menetapkan larangan penggunaan kalimah yang eksklusif bagi orang Islam itu diterjemahkan mana-mana kitab agama bukan Islam kerana salah dari segi maknanya. 

Khamis lalu, Timbalan Presiden PKR, Azmi Ali berkata,pihaknya berpegang kepada pendirian dibuat oleh Hadi pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan pada 8 Januari lalu. Diminta mengulas tindakan Guan Eng yang enggan mengulas mengenai isu itu, Karpal berkata: "Bukan Guan Eng tidak mahu mengulas… dia tidak tukar pendirian dia. Itu maksudnya apabila dia tidak mahu mengulas." Di Sabah dan Sarawak, katanya, ia diamalkan sejak sekian lama dan tidak pula timbul sebarang masalah atau tentangan. "Jadi saya rasa ia juga boleh dilaksanakan di Semenanjung kerana tidak akan menjejaskan mana-mana kuasa dan pihak," katanya.

LIHAT VIDEO DI BAWAH !!!


RENUNG-RENUNGKAN

ISU KALIMAH ALLAH !!! PAS AKAN UMUM KELUAR DARI PAKATAN ??? WOWWW !!!

Posted: 19 Jan 2013 09:00 PM PST


Suka atau tidak,PAS perlu menerima hakikat kehadirannya dalam gabungan longgar pakatan pembangkang,PR tidak membawa sebarang kesan signifikan yang bermanfaat untuk kepentingan agama Islam dan umatnya di negara ini.Dalam banyak keadaan,PAS lebih banyak beralah dan terpaksa menggadaikan prinsip perjuangannya sendiri semata-mata untuk menjaga hati rakan sepakatan.Di masa yang sama DAP dan PKR berterusan menuntut PAS berubah mengikut corak yang mereka tentukan.Demikian halnya dalam isu tuntutan kalimah Allah S.W.T untuk diguna pakai dalam kitab Bible versi Bahasa melayu yang kembali dihangatkan oleh Setiausaha Agung DAP,Lim Guan Eng semasa beliau menyampaikan perutusan Kristmas 2012 tempohari.lepas itu mereka salahkan UMNO.apa cerita ni ??? siapa yang mulakan dulu ??? Gara-gara isu itu PAS bagaikan tersepit diantara keperluan menjaga kesucian agama Islam dengan tuntutan politik PR.Bagaikan lembu yang dicucuk hidung akhirnya PAS mengalah lagi dan menurut sahaja tuntutan itu untuk dijadikan dasar rasmi PR. 

Berikutan desakan demi desakan bertali arus dari luar dan dalam parti,PAS kemudiannya cuba menunjukkan kejantanannya kepada DAP dan PKR dengan merubah semula keputusan dari setuju kepada sebaliknya.Namun langkah PAS melalui Majlis Syura Ulamanya yang bersidang pada 13 Januari 2013 itu bagaimanapun dipandang sepi seolah-olah tiada nilainya di mata PR apabila Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali menegaskan PR tetap berpegang pada keputusan 8 Januari 2013. "Isu Allah telah selesai dan tidak pernah berubah.Baru-baru ini,Presiden Pas mengesahkan kedudukan Pas dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat pada 8 Jan, dan ia adalah sama seperti pada tahun 2010.Kami terikat dengan dasar-dasar Pakatan Rakyat yang telah dibincangkan semasa mesyuarat. Dan kerana terikat kepada dasar-dasar itu, kami akan berpegang kepada keputusan itu. Majlis Syura (Pas) tidak berkaitan dengannya," tegas Azmin ketika sidang akhbar di ibu pejabat PKR pada 17 Januari lepas

Maksudnya,apa sahaja keputusan Majlis Syura Ulama PAS,ia tidak mengubah pendirian PR yang telahpun dipersetujui oleh Presiden PAS pada 8 Januari 2013 untuk membenarkan orang bukan Islam khususnya penganut Kristian menggunapakai kalimah Allah s.w.t dalam kitab Bible.Pendirian PR seperti yang ditegaskan oleh Azmin itu tentunya meletakkan PAS sekali lagi terumbang ambing dan serba salah,namun itulah akibat yang perlu diterima bila mana PAS selama ini terlampau mendahulukan kepentingan politik berbanding keutamaan pada agama.Menyedari situasi semasa PAS dalam gabungan PR sudah sama seperti balaci dan pencacai yang sering diarah itu dan ini,muncullah suara-suara lantang di kalangan kepimpinan PAS menuntut parti itu mengambil keputusan tegas demi kepentingan agama dan maruah parti. 

Golongan pendesak ini mahukan PAS segera keluar daripada gabungan liberal PR dan kembali bergerak sendirian kerana percaya itulah langkah terbaik untuk mengembalikan semula jatidiri PAS sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.Mereka sudah selangkah di hadapan apabila desakan merubah keputusan dan pendirian PAS dalam isu kalimah Allah S.W.T sudah membuahkan sedikit hasil.Sekiranya desakan drastik yang diusulkan itu turut mendapat sokongan meluas,berkemungkinan PAS bakal mengumumkan langkah drastik keluar dari PR.Namun demikian,selama mana golongan pendesak perubahan ini mampu bertahan sukar ditentukan memandangkan hampir di setiap peringkat kepimpinan PAS dari bawah ke atas sebahagian besarnya sudah dikuasai oleh pemimpin PAS yang berkiblatkan ideologi Anwarinas.

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! ISU KALIMAH ALLAH !!! HARON DIN DAH BERSUARA !!! PEMIMPIN PAS YANG LAIN APA CERITA ???

Posted: 19 Jan 2013 06:00 PM PST


Timbalan Mursyidul Am PAS,Datuk Dr Haron Din mahu undang-undang diperkenalkan supaya penggunaan kalimah Allah hanya untuk Muslim dan tidak boleh digunakan dalam kitab agama bukan Islam."Saya nak menyarankan perlu ada protection (perlindungan) kalimah Allah itu melalui kekuatan undang-undang," kata beliau pada satu kuliah di Masjid Negeri Shah Alam malam tadi. 

"Pihak berkuasa agama daripada atas sampai ke bawah harus buat satu peraturan yang jelas (bahawa) Allah adalah eksklusif untuk orang Islam dan tidak boleh mana-mana orang (bukan Islam) menggunakan nama Allah dalam kitab agama mereka," tegas beliau. 

Cadangan pemimpin tertinggi PAS itu dilontar dua hari selepas PKR menolak pendirian Majlis Syura PAS bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu.Timbalan Presiden PKR,Azmin Ali menegaskan partinya hanya menerima perakuan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa bukan Muslim boleh menggunakan kalimah itu.Perakuan Hadi itu diangkat sebagai pendirian rasmi Pakatan Rakyat susulan desakan DAP mahukan kalimah Allah dibenarkan dalam Bible Bahasa Melayu yang digunakan di Semenanjung.Tuntutan Setiausaha Agung DAP,Lim Guan Eng itu ditegur oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang bertitah bahawa kalimah Allah hanya untuk penganut Islam. 

Haron tidak mengulas bantahan PKR atau Pakatan terhadap ketetapan Majlis Syura yang dianggotai beliau,namun berkata "orang yang menyetujui Allah yang Maha Suci diterjemahkan kepada Allah yang berbilang-bilang adalah syirik.PAS tidak menolak hak bukan Islam menggunakan kalimah Allah dalam pertuturan namun bukan sebagai terjemahan daripada perkataan 'God' dalam mana-mana kitab bukan Islam.Kalau mereka sekadar mahu menyebut Allah sahaja yang menjadikan langit dan bumi,yang disembah oleh orang Islam, itu betul tetapi dengan mengatakan 'God' itu Allah adalah tidak benar," tegas beliau. 

"Umat Islam wajib menjaga iman dan agama mereka. Jaga iman jangan sampai tercemar dengan kesyirikkan dengan Allah," ujarnya.Menjaga agama dengan memelihara titah perintah Allah.Dengan itulah Islam terjaga,nama Allah akan terpelihara," kata Haron.Haron kemudian mengupas rasional disebalik keputusan Majlis Syura Ahad lalu. 

 "Allah yang pilih nama dia,Allah Yang Esa,'Yang Satu' maka namanya pun satu, dia tidak macam perkataan God. Ada Gods,satu Tuhan,dua Tuhan, lima Tuhan Dan God ini pula ada Goddess,iaitu Tuhan betina itu memang sesuai kerana mereka (penganut bukan Islam) berpegang dengan Tuhan yang banyak," jelas beliau. "Allah tidak beranak,Allah tidak ada anak,Allah tidak diperanakkan,Allah tidak ada bapa dan tidak ada ibu.tidak mungkin Allah itu ada kumpulan atau pasangan," katanya. "Allah dalam Islam itu selama-lamanya, dulu, sekarang dan selama-lamanya satu, dan Allah ini tidak boleh diterjemahkan kepada mana-mana bahasa," tambah beliau. 

Haron menegaskan bahawa konsep yang dipegang oleh agama-agama lain tentang Tuhan amat berbeza dengan konsep Allah yang diiman oleh orang Islam. "Kalau orang Islam, Tuhan itu selama-lamanya Esa sedangkan dalam agama Hindu bila sebut Tuhan amat ramai Tuhan mereka. "Tuhan dalam Kristian ialah Triniti iaitu tiga dalam satu dan satu dalam tiga iaitu bukan ada satu Tuhan,sekurang-kurangnya ada tiga," kata beliau. "Jika God yang mereka (orang bukan Islam) faham begitu diterjemahkan kepada Allah orang Islam pun rosak, mereka orang Kristian pun rosak," tegas beliau. "Orang Islam rosak kerana telah mencemarkan nama Allah daripada Allah yang Maha Esa, Maha Tunggal kepada Tuhan yang ada anak jika dibenarkan mereka (bukan Islam menggunakan kalimah Allah) berbuat demikian," kata Haron. "Dan mereka (orang bukan Islam) juga mungkin tidak sedar dikatakan bahawa Allah yang mereka faham selama ini iaitu Allah tiga itu disebut God dalam Allah, Allah jadi tidak ada anak untuk mereka (bukan Islam), rosak akidah mereka. - Antarapos

RENUNG-RENUNGKAN 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...