UMNO Online - “Jangan Campur Adukkan Agama Dengan Politik, Titah Sultan Selangor” plus 9 more | |
- Jangan Campur Adukkan Agama Dengan Politik, Titah Sultan Selangor
- BN Boleh Capai Kemenangan PRU-13 Untuk Terus Terajui Negara – Ku Li
- Selangor BN Radio To Take Off On Nov 17
- Nurul Izzah Told To Repent, Retract Statement
- MB Selangor Dicabar Untuk Nafikan Dakwaan Luluskan Pengambilan Tanah Lebih Awal
- MBM Minta Janji Percuma Dibuktikan Dulu Di Negeri Pakatan Pembangkang
- Tiada Kompromi Anggota Terbabit Dalam Jenayah – KPN
- Kaji Semula Semua Jenis Elaun, Insentif Penjawat Awam – Cuepacs
- “…Kalaulah Kenyataan Nurul Izzah Datangnya Dari Pemimpin UMNO…”
- Umat Islam Disaran Perbaharui Azam Untuk Kejayaan
| Jangan Campur Adukkan Agama Dengan Politik, Titah Sultan Selangor Posted: 14 Nov 2012 08:56 AM PST SHAH ALAM, 15 Nov - Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah mengingatkan supaya Islam tidak dicampuradukkan dengan politik kerana ia boleh mengeliru dan memecahbelahkan masyarakat Melayu. Baginda bertitah, kebelakangan ini kesucian Islam dinodai apabila hukum-hakam agama dan tafsiran Al-Quran telah sewenang-wenangnya menjadi modal politik bagi meraih sokongan. Kekeliruan timbul apabila orang yang tidak berilmu atau orang tidak layak mentafsir ayat-ayat Al-Quran melakukan tafsiran mengikut fahaman dan kehendak masing-masing yang tidak menepati makna yang sebenarnya, titah baginda di Majlis Sambutan Maal Hijrah 1434 Peringkat Negeri di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, malam Rabu. “Ayat-ayat Al-Quran bukanlah seperti sepotong sajak yang boleh ditafsirkan mengikut selera dan fahaman sendiri,” titah baginda. Justeru, baginda menyeru supaya orang Melayu bersatu padu, membantu antara satu sama lain dan mengeratkan silaturahim sesama Islam serta mempertahankan Islam. “Beta tidak rela orang Melayu meninggalkan Islam yang maha suci ini, sebaliknya beta mahukan orang Melayu mempertahankan kesucian agama Islam ini dengan kekuatan dan kebijaksanaan seperti yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW, para sahabat, para mujahid dan pemimpin-pemimpin Islam terdahulu,” titah baginda. Sultan Sharafuddin bertitah jika orang Melayu dengan sewenang-wenangnya menukar agama atau murtad, maka pepatah Melayu lama ‘Tidak Melayu hilang di dunia’ tidak boleh digunapakai lagi kerana bangsa Melayu akan lenyap dari muka bumi ini. “Pemimpin-pemimpin Melayu dahulu yang bijaksana telah mendefinasikan dengan jelas ciri orang Melayu sebagaimana dalam Perkara 160 (2) Perlembagaan Persekutuan iaitu mereka hendaklah mengamalkan budaya Melayu, bertutur Bahasa Melayu dan beragama Islam. “Jika satu daripada perkara di atas tidak diamalkan oleh seseorang, maka ia bukanlah ditafsirkan atau dianggap sebagai orang Melayu,” titah baginda. Sultan Sharafuddin bertitah sebagai Ketua Agama Islam dan pelindung kepada kepentingan serta hak-hak orang Melayu di Selangor, baginda bertanggungjawab sepenuhnya pada setiap masa untuk menentukan bahawa agama Islam yang suci dan kepentingan orang Melayu terpelihara dan dijaga dengan sempurna. Sultan Sharafuddin turut bertitah sudah tiba masanya umat Islam khususnya orang Melayu di Selangor supaya berwaspada dan menilai semula kedudukan mereka supaya tidak terpengaruh dengan hasutan dan dakyah oleh pemikiran bebas, liberalisme atau pluralisme yang boleh merosakkan akidah seseorang dan seterusnya boleh menjadi syirik terhadap Allah. Pada majlis itu, baginda berkenan menyampaikan anugerah Tokoh Maal Hijrah Selangor 1434/2012 kepada Hakim Rayuan Syarie Persekutuan Datuk Johdi Toha, yang menerima wang tunai RM20,000, sijil penghargaan, trofi, sepersalinan pakaian dan pakej mengerjakan umrah. Johdi, 65, yang ditemui para wartawan berkata beliau tidak menyangka menerima anugerah yang beliau sifatkan sebagai istimewa kerana kontraknya sebagai Hakim Rayuan Syarie Persekutuan tamat esok. Anugerah Pertubuhan/Badan Dakwah Sukarela Selangor dimenangi oleh Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Selangor; Anugerah Tokoh Saudara Kita pensyarah Universiti Putra Malaysia Prof Taufiq Yap Yun Hin; Tokoh Aktivis Masyarakat Setiausaha PERKIM Selangor Harun Hasan. Tokoh Keluarga Mithali dianugerahkan kepada pasangan Mohd Yaakop Zakaria, ahli perniagaan dan isterinya, Rusnah Jamali seorang guru. Baginda turut menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Tengku Idris Shah kepada 12 pelajar cemerlang sekolah rendah dan menengah. |
| BN Boleh Capai Kemenangan PRU-13 Untuk Terus Terajui Negara – Ku Li Posted: 14 Nov 2012 05:22 AM PST GUA MUSANG, 14 Nov – Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah yakin Barisan Nasional (BN) mampu mencapai kemenangan dan kekal menerajui negara pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13). Katanya, ini kerana rakyat menerima banyak pembaharuan yang dilaksanakan kerajaan BN bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi transformasi yang diperkenalkan. “BN tidak menghadapi masalah untuk mencapai kemenangan pada PRU-13 berikutan rakyat berada dalam keadaan selesa selepas banyak pelaksanaan kemajuan yang dicurahkan kerajaan sebelum ini. “Memang sebelum ini sebilangan kecil mereka yang tidak menerima transformasi yang diperkenalkan Perdana Menteri itu, tetapi sejak kebelakangan ini mereka telah memahami perkara sebenar mengenai perkara itu,” katanya kepada pemberita selepas penyampaian bantuan Titik Sentuhan kepada masyarakat Orang Asli di Pos Hendrop, di sini pada Rabu. Ditanya mengenai banyak tanah di kawasan penempatan Orang Asli diambil balik kerajaan negeri untuk pembangunan ladang, Tengku Razaleigh berkata, perkara itu perlu diadakan rundingan bagi menyelesaikannya. Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang berkata, JAKOA bersama Orang Asli perlu berbincang secara telus mengenai masalah yang dihadapi kaum berkenaan kerana jika tidak berbuat demikian akan menimbulkan banyak masalah untuk masa depan mereka. “Kita (pemimpin) tempatan juga boleh campur tangan bagi menyelesaikan perkara itu, tetapi kita mahu melihat sejauh mana perbincangan jabatan terbabit dengan kerajaan negeri. “Memanglah Kelantan lain daripada Negeri Pahang, Perak dan Selangor yang menyediakan tanah rizab kepada masyarakat Orang Asli, tetapi (di) Kelantan perlu berunding bagi mencari jalan penyelesaiannya,” katanya. |
| Selangor BN Radio To Take Off On Nov 17 Posted: 14 Nov 2012 05:19 AM PST SHAH ALAM, Nov 14 – Selangor Barisan Nasional (BN) will start an Internet radio channel called Radio BN Selangor which can be accessed via the website, www.selangorbn.fm. Selangor BN coordinator Datuk Seri Mohd Zin Mohamed said the Internet radio channal would begin its round-the-clock operations on Nov 17 and could be accessed through the computer or smartphone. “For smartphone users, the radio application can be downloaded via Tune In to listen in,” he told reporters at the pre-launch of Radio BN Selangor by state Umno liaison deputy chief, Datuk Seri Noh Omar, here, today. He said the radio channel would provide an alternative for the people of Selangor to give their views or to forward their complaints and problems, as well as to obtain the latest information on programmes organised by Selangor BN. He said there would be slots such as “Aduan Rakyat” and “Bersama Pemimpin” for replies to be given directly to the complaints and questions raised. Mohd Zin said the radio channel would also be an avenue for BN to explain arising issues in Selangor. He said the “Resepi Selebriti” programme would have invited politicians, elected representatives and artistes sharing their special recipes while the ”Bakat Selangor” segment would provide an opportunity for the public to show their talents. Meanwhile, Mohd Zin said the BN People’s Service Centre (Pakar) had received reports on the drastic increase in the price of houses in Selangor. He said Selangor BN would look into this matter which it viewed seriously, and that the problem was actually due to the state government’s inability to effectively control and manage the housing issue in the state. “I can assure the people that if BN wins back Selangor, the issue of affordable houses will be given special attention, and this will be included in BN’s election manifesto,” he said. |
| Nurul Izzah Told To Repent, Retract Statement Posted: 14 Nov 2012 05:16 AM PST IPOH, Nov 14 – Perak mufti Tan Sri Harussani Zakaria has advised Member of Parliament for Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar to repent and ask God for forgiveness, and retract her statement on religious freedom, recently. He also advised the followers of the Parti Keadilan Rakyat (PKR) leader, who supported and agreed with her statement, to do likewise for it was a great sin to do so. “She (Nurul Izzah) had gone overboard in making such statement. Ask all quarters for forgiveness. To err is human. “The followers of the opposition leader had conspired in the action or act which is a great sin and prohibited in Islam. These people must repent. They need to use common sense. Don’t make fun of religion,” Harussani said when contacted today. He said if Nurul Izzah knew, realised and understood what she had uttered, her faith had been tainted for she had violated the Islamic creed. A pro-opposition news portal, in a report on Nov 3, had quoted Nurul Izzah as saying that people should not be compelled to adopt a particular religion, and that this should also apply to Malays. “When you ask me, there is no compulsion in religion… how can anyone say sorry, this (religious freedom) only applies to non-Malays, it has to apply equally,” she was quoted as saying when speaking at a forum on “Islamic State: Which version; Who’s responsibility?” in Subang Jaya on that date. |
| MB Selangor Dicabar Untuk Nafikan Dakwaan Luluskan Pengambilan Tanah Lebih Awal Posted: 14 Nov 2012 04:18 AM PST SHAH ALAM, 14 Nov – Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar hari ini mencabar Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya menafikan dakwaan bahawa beliau telah membuat keputusan pengambilalihan tanah milik Yayasan Selangor di Klang lebih awal sebelum dipersetujui mesyuarat exco Kerajaan Negeri. Noh mendakwa pihaknya mempunyai bukti dan kronologi surat yang dihantar oleh Abdul Khalid pada Mac tahun lepas meminta Pengurus Besar Yayasan Selangor Ilham Marzuki supaya menguruskan proses pengambilalihan tanah itu kerana telah dibincangkan di peringkat lembaga pengarah. “Mesyuarat exco memutuskan mengenai perkara itu pada Mei tahun lepas iaitu hanya beberapa bulan selepas Abdul Khalid memutuskan perkara itu. Ini bermakna Abdul Khadid telah membuat keputusan lebih awal sebelum mesyuarat exco,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Noh yang juga Menteri Pertanian dan Idustri Asas Tani turut mendakwa Abdul Khalid langsung tidak mempertimbangkan rayuan pengurusan Yayasan Selangor yang tidak bersetuju dengan keputusan Menteri Besar Selangor itu. Sebelum ini, Abdul Khalid memberitahu sidang akhbar bahawa tanah itu bukan lagi di bawah kuasa Yayasan Selangor kerana ia telah diserah kepada sebuah syarikat persendirian pada 2002 oleh kerajaan negeri BN. Beliau menafikan dakwaan kononnya tanah itu akan dibangunkan sebagai Pusat Kebudayaan Cina dan buat masa ini lot tanah itu masih kosong. |
| MBM Minta Janji Percuma Dibuktikan Dulu Di Negeri Pakatan Pembangkang Posted: 14 Nov 2012 04:06 AM PST KUALA LUMPUR 14 Nov – 'Atas Kertas' memang cantik dan kata-kata pula memang menarik namun apakah segala janji dan yang ditabur menerusi kata-kata yang indah dari pembangkang khususnya PKR benar-benar direalisasikan. Dengan mengambil contoh pentadbiran Selangor yang diterajui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim daripada PKR yang dikongsi bersama DAP dan Pas, banyak janji yang terkandung di dalam manifesto mereka sebelum ini tidak tertunai dan apakah segala janji baru mereka khususnya menerusi poster yang bertemakan ‘Pakatan Harapan Rakyat’ baru-baru ini benar-benar realistik. Bagi Presiden Majlis Belia Malaysia, Mohamed Maliki Mohd Rapiee, semua itu hanyalah daya penarik semata-mata dan bukannya dijual berpaksikan kepada 'track record' setelah diberikan mandat oleh rakyat di beberapa negeri pada pilihan raya umum yang lalu. "Nak turunkan harga kereta…nak bagi pendidikan percuma…tol pula pelbagai janjinya…Apakah ini benar-benar realistik. Beginilah..Sepatutnya sebelum diwar-warkan perkara itu apalah salahnya mereka mempraktikkan segala yang percuma di negeri yang diperintah mereka. "Contohnya di Selangor …Turunkan segala cukai yang ada…Pendidikan percuma pula boleh dipraktikkan menerusi Unisel.. Kawasan letak kereta berilah percuma. Ini adalah yang sepatutnya dijadikan contoh sebelum mereka mewar-warkan sepertimana yang di atas. "Di negeri yang diperintah pun belum terlaksana segala benda yang percuma boleh pula dijanjikan yang lain. Malah lebih teruk segala janji dalam maniefsto lalu belum terlaksana. Ya betul…. mereka beri alasan kononnya segala yang dijanjikan itu akan dilaksanakan setelah menawan Putrajaya. Tetapi bukankah itu alasan yang sama sebelum mereka mendapat kuasa di beberapa negeri," katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini. Kata beliau lagi bercakap kosong dan membuat pelbagai tawaran bukanlah satu perkara yang susah apatah lagi ianya sekadar keluar daripada mulut dan ditulis serta dihias dengan kata-kata yang menarik dengan tujuan serta matlamat untuk mendapatkan undi semata-mata. Maliki seterusnya percaya pembangkang akan terperangkap dengan segala janji mereka dan perkara itu dapat dilihat dalam sekelip mata setelah mereka diberikan amanah oleh rakyat di beberapa negeri pada pilihan raya umum yang lalu. Beliau seterusnya menambah bagi golongan belia, berbeza pendapat bukanlah satu halangan besar namun apa yang penting adalah untuk melihat segala tawaran yang menjelma denga penuh matang serta bijaksana. "Perkara itu boleh dibezakan khususnya dalam soal janji ini…. Janji ditepati amat jauh berbeza dengan janji untuk tarik undi semata-mata. Atas dasar itulah rakyat perlu berhati-hati dalam memilih janji yang sebenar kerana ini adalah masa depan kita bersama dan masa depan negara," katanya. -MediaUMNO |
| Tiada Kompromi Anggota Terbabit Dalam Jenayah – KPN Posted: 14 Nov 2012 04:00 AM PST SEPANG, 14 Nov – Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menegaskan pihaknya tidak akan berkompromi terhadap anggota dan pegawainya terbabit dalam jenayah termasuk rogol. Mengulas mengenai tiga anggota polis yang didakwa merogol seorang wanita rakyat Indonesia di Perai, Pulau Pinang, Jumaat lalu, Ismail berkata pihaknya telah menggantung tugas ketiga-tiga anggota berkenaan sementara menunggu pendakwaan. Ketiga-tiga mereka kini ditahan reman dan laporan siasatan ke atas mereka telah diserahkan kepada pendakwa raya, katanya. “Kita ambil tindakan segera terhadap anggota dan pegawai yang cuba memburukkan reputasi Polis DiRaja Malaysia. Malah kita tidak mahu negara jiran kita menganggap ia satu perbuatan yang dibenarkan, kita tegas dalam tindakan kita,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, di sini hari ini. Ismail berkata kini tindakan lanjut diserahkan kepada pendakwa raya untuk menentukan bila mereka akan didakwa di mahkamah. Terdahulu, Ismail merasmikan majlis sambutan kepulangan 76 anggota polis, dan dua anggota perubatan Angkatan Tentera Malaysia yang selesai menjalankan misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Timor Leste. |
| Kaji Semula Semua Jenis Elaun, Insentif Penjawat Awam – Cuepacs Posted: 14 Nov 2012 03:43 AM PST KOTA KINABALU, 14 Nov – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mahu semua jenis elaun dan insentif penjawat awam di seluruh negara termasuk imbuhan tetap perumahan dan bayaran insentif wilayah untuk Sabah dan Sarawak dikaji semula. Presidennya Datuk Omar Osman berkata perkara itu perlu memandangkan harga rumah dan kos sara hidup rakyat di negara ini semakin meningkat. “Di mana-mana negeri, elaun tidak boleh dibeza-bezakan seperti dahulu sebab sekarang ini harga rumah dan kos sara hidup terlalu tinggi. “Sebab itu Cuepacs menyuarakan supaya semua jenis elaun, insentif dan imbuhan tetap perumahan perlu dikaji semula bersama dengan kajian suruhanjaya transformasi perkhidmatan awam,” katanya pada sidang akhbar di Kompleks Bersepadu Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, di sini Rabu. Omar berkata demikian ketika diminta mengulas cadangan pelbagai pihak agar elaun perumahan penjawat awam dari Sabah dan Sarawak yang bertugas di semenanjung atau sebaliknya diseragamkan. Beliau berkata pihaknya telah menyuarakan perkara itu kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan berharap JPA mengambil tindakan yang sewajarnya. “Misalnya kalau elaun perumahan di Sememanjung RM800, sini (Sabah/Sarawak)pun RM800, pasal rumah ini tiada (harga rumah) Sabah murah, Sarawak mahal dan sememanjung murah. “Kita bimbang bila pekerja baru masuk, kalau gaji masih kecil, masalahnya mereka mahu tinggal di mana? Sewa mahal, beli rumah pun tidak mampu,” katanya. Beliau berkata keadaan itu akan menjejaskan produktiviti, tanggungjawab sosial dan keluarga kepada penjawat awam terutama yang baru bekerja. Sementara itu, Omar berkata Cuepacs belum bersetuju mengenai cadangan Kementerian Kewangan untuk menjalin kerjasama dengan bank bagi menguruskan skim pinjaman perumahan penjawat awam. |
| “…Kalaulah Kenyataan Nurul Izzah Datangnya Dari Pemimpin UMNO…” Posted: 14 Nov 2012 03:40 AM PST KUALA LUMPUR, 14 Nov. – Sikap berdiam diri para pemimpin Pas dalam isu membabitkan rakan sekutu mereka dalam pakatan pembangkang iaitu Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar adalah antara bukti bahawa parti terbabit gagal dalam mempertahankan agama Islam. Setiausaha Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub mengganggap bahawa parti yang menggunakan nama Islam terbabit secara sedar melindungi perbuatan mungkar yang dilakukan oleh pemimpin PKR demi untuk menjaga hati dan kepentingan mereka menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13. "Bukan hanya Nik Aziz yang tertutup rapat mulutnya, malah keseluruhan pemimpin Pas sama ada yang bergelar 'ulama’ atau 'ustaz kopiah putih' mendiamkan diri, lidah menjadi kelu tak terkata," katanya. Kenyataan Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai disiarkan portal berita propembangkang pada 3 Nov lepas memetik Nurul Izzah sebagai berkata: "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu. "Saya yakin, kalaulah kenyataan Nurul Izzah itu dikeluarkan oleh pemimpin UMNO, maka sudah pasti seluruh kepimpinan Pas akan menyerang. "Amat terang lagi bersuluh, Pas bukanlah pembela Islam. Jangan harapkan Pas untuk mendaulatkan Islam kerana Pas selama ini menggunakan Islam untuk kepentingan politik dan mendapat kuasa." Tegas beliau lagi, slogan 'membangun bersama Islam', menjadikan negara Islam, hukum hudud dan lain-lain adalah pembohongan dan penipuan semata-mata kerana hari ini Pas sudah jauh tersasar dari matlamat perjuangan asalnya. "Pas hanya mampu menjadi ‘barua’ kepada DAP dan PKR kerana parti ini telah tercemar, kotor dan menjijikkan." Sehubungan itu, beliau menyeru penyokong Pas supaya meninggalkan parti terbabit dan kembali ke pangkal jalan dengan bersama-sama menegakkan syiar Islam. "Hanya UMNO yang mampu memperjuangkan dan memartabatkan Islam sebagai agama persekutuan dan rasmi negara ini. "Cukuplah ditipu dan dibohongi oleh pemimpin Pas selama ini sebaliknya kembalilah bersatu di bawah payung parti yang benar-benar memperjuangkan agama, bangsa dan negara. - MediaUMNO |
| Umat Islam Disaran Perbaharui Azam Untuk Kejayaan Posted: 14 Nov 2012 03:34 AM PST KUALA LUMPUR, 14 Nov – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyarankan umat Islam di negara ini supaya bersama-sama memperbaharui azam untuk terus menempa kejayaan dan kemajuan sempena bermulanya tahun baru Hijrah 1434. Beliau berkata Islam tidak menggalakkan umatnya berpeluk tubuh dan hanya berdoa mengharapkan rezeki datang menggolek tanpa berusaha. “Sesungguhnya ajaran Islam tidak pernah menyuruh umatnya menyerahkan segala-gala kepada takdir tanpa berusaha untuk memperbaiki diri dan mengorak langkah ke arah kesejahteraan hidup,” katanya dalam perutusan Maal Hijrah 1434H yang disambut esok. Muhyiddin berkata ajaran Islam juga menuntut umatnya supaya memelihara silaturrahim dan tidak melemparkan fitnah sesama sendiri atau melakukan tindakan yang akan melemahkan umat Islam. “Justeru, marilah kita bersatu sebagai satu ummah dalam menghadapi segala cabaran dan rintangan,” katanya. Sambil mengucapkan Selamat Menyambut Awal Muharram 1434H kepada umat Islam, Muhyiddin berharap segala usaha yang dilaksanakan mereka mendapat keredaan Allah S.W.T dan Malaysia terus terpelihara. Beliau berkata Awal Muharam merupakan pembuka kepada tahun hijrah yang membawa erti sangat besar kepada seluruh umat Islam di dunia. Menurutnya keseluruhan perjuangan Rasulullah SAW adalah gabungan tindakan yang berasaskan kepada prinsip-prinsip Islam sejati dengan sentiasa berikhtiar, sabar dan tidak putus asa serta sentiasa berserah kepada Allah S.W.T. Sambutan Maal Hijrah 1434 Peringkat Kebangsaan bertemakan ‘Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah’ akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. |
| You are subscribed to email updates from UMNO Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!
Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.
No comments:
Post a Comment