BADUT RAKYAT

BADUT RAKYAT


HOT NEWS !!! ISU MURTAD AKAN MENAMATKAN KARIER POLITIK NURUL IZZAH ??? ADAKAH BENAR SEMUA INI ???

Posted: 14 Nov 2012 03:00 PM PST


Sudah lebih seminggu kontroversi kenyataan Naib Presiden PKR,Nurul Izzah yang menyokong kebebasan beragama bagi orang Melayu meletus dan masih belum reda lagi.Kebodohan Ahli Parlimen Lembah Pantai itu cuba menunjuk pandai dalam mentafsir ayat suci Al-Qur'an akhirnya memakan dirinya sendiri.Lebih buruk lagi sikap bermuka-muka anak Ketua Pembangkang itu terserlah apabila kenyataan yang menggalakkan orang Melayu murtad dibuat pada forum yang dianjur oleh pihak gereja.Truth Matters Forum bertajuk "Negara Islam : Versi mana?, Tanggungjawab Siapa?" adalah anjuran Oriental Hearts and MInd Study Institute (OHMSI) dan diadakan di Full Gospel Tabernacle,Subang Jaya pada 3 November lalu.Apabila ditanya oleh seorang peserta forum bernama Siti Kasim yang merupakan ahli Majlis Peguam serta menganggotai jawatankuasa hak asasi manusia berhubung isu kebebasan beragama,Nurul menjawab,"Apabila anda bertanya saya,tiada paksaan dalam beragama,mengapa sesetengah pihak rasa bersalah,perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu,sepatutnya diguna pakai secara sama rata.Melayu sepatutnya bebas beragama.".

Perbahasan yang berlaku selepas itu sudah banyak dilaporkan di dalam semua saluran media termasuk media arus perdana,media elektronik,laman sesawang,blog,twitter, facebook dan laman media sosial yang lain. Yang menjadi kemusykilan sehingga mengapa Biro Agama PKR yang dipengerusikan oleh kroni Anwar Ibrahim bernama Dr Muhammad Nor Manuty tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi mahupun komen peribadi mengenai perkara ini.Sikap membisu ini membawa kesimpulan bahawa ustaz-ustaz PKR hanya terkenal dengan skandal peribadi seperti Dr Badrolamin Bahron yang ditangkap berkhalwat dengan isteri orang di dalam bilik hotel.Golongan intelektual agama di dalam PKR sebenarnya tidak berani menegur apa lagi mempertahankan Islam apabila salah seorang pemimpinnya membuat kenyataan yang bercanggah dengan Islam.Jika mereka berdiam,dua pengertian boleh dibuat daripada sikap itu,samada mereka bersetuju dengan kenyataan Nurul Izzah ataupun takut untuk bercanggah pendapat dengan Anwar yang agresif mempertahan anaknya itu.

Apapun PKR bukanlah satu parti yang boleh diharapkan oleh umat Melayu-Islam untuk membela hak mereka atau kedudukan Islam sebagai agama persekutuan di dalam Perlembagaan. Kuliah mingguan yang diadakan di kediaman Ketua Umum PKR tanpa putus dengan menjemput ulama luar negara dan para ustaz rupa-rupanya hanyalah satu lakonan Anwar semata-mata untuk menunjukkan dirinya Islamik.Begitu juga majlis tazkirah yang diadakan di surau dan masjid oleh Anwar di setiap persinggahan dalam siri jelajahnya hanyalah sandiwara Anwar untuk menutup sikap hipokritnya. Anwar bercakap mengenai isu-isu besar seperti ketelusan,keadilan sosial,memartabatkan Islam dan melawan rasuah tetapi apabila terkena batang hidung sendiri,beliau gagal melakukan muhasabah diri tetapi seperti kebiasaan meletakkan kesalahan kepada pihak lain. Anwar anggap dirinya suci dan tergolong dalam kategori mazlum atau orang yang dizalimi tetapi hakikatnya beliau hanya menggunakan Islam untuk menegakkan idealogi politiknya songsang. Kenyataan Nurul Izzah secara terang dan dibuat di khalayak ramai yang jelas bertentangan dengan pengertian sebenar ayat al-Qur'an yang dirujuk dan pendirian Islam dalam isu murtad tetap mahu dipertahankan oleh Anwar hanya kerana yang menyuarakan pendapat sedemikian adalah darah daging sendiri. Jadi bagi Anwar Islam adalah kuda tunggangannya yang boleh dimanipulasi sekehendaknya dalam apa-apa keadaan sekalipun asalkan ia memberi manfaat politik kepada beliau. Kelemahan yang ditunjukkan oleh biro agama PKR yang disebut sebagai Biro Pemahaman Dan Pemantapan Agama (BiPPA) dalam menangani kemelut yang dicetuskan oleh Nurul Izzah amat memalukan sekali. 

Nama biro yang diberikan sungguh gah sekali tetapi malangnya apabila situasi timbul di mana Islam perlu dipertahankan, BiPPA hanya pandai menikus dan membenamkan kepalanya dalam pasir seperti seekor burung kasawari (ostrich).Peristiwa di Gereja Full Gospel Tabernacle akan tercatat di dalam memori Nurul Izzah sebagai sejarah hitam sehingga akhirnya hayatnya. Dari segi karier politik Nurul Izzah, ia sudahpun tamat sebelum pun ianya bermula,jadi eloklah beliau bersara sahaja daripada bidang yang bukan menjadi kepakarannya.Pastinya orang Melayu di Lembah Pantai yang diwakilinya akan berfikir sepuluh kali sebelum memberi undi kepada Nurul Izzah pada Pilihan Raya Umum ke 13 nanti.Pengundi Islam akan terfikir apakah mereka akan terus menyokong seorang yang tidak sayangkan Islam dan merelakan orang Islam murtad dengan mudah sekali ataupun mengundi pihak yang sekian lama telah membela dan menaikkan syiar Islam sejak merdeka.

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! DAP MULA EDAR RISALAH "HAPUSKAN POLITIK MELAYU" ??? APA CERITA NI ???

Posted: 14 Nov 2012 11:00 AM PST


Mungkin Melayu tidak faham apa yang terkandung dalam risalah yang diedarkan oleh DAP tetapi maknanya adalah : "Kita dah monopoli ekonomi.Ayuh! DAP, MCA, Gerakan! Mari kita kawal politik Malaysia. Sekarang atau tidak.."


Risalah risalah yang diedarkan ini dengan jelas mengajak kaum Cina tanpa mengira fahaman politik sama ada disebelah pihak Kerajaan BN iaitu MCA ataupun GERAKAN untuk bersatu bagi memastikan kuasa politik orang Melayu tersungkur pada PRU 13 ini.


ANDA NAK LAGI ??? 

KLIK DI SINI 

UNTUK SELANJUTNYA 

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! DARJAT NURUL IZZAH LEBIH TINGGI DARI DEWAN ULAMA PAS ???

Posted: 14 Nov 2012 07:30 AM PST


Selama ini,PAS sering menganggap bahawa Islam adalah hak ekslusif parti mereka.Kononnya,hanya Ulama mereka yang layak bercakap mengenai Islam dan hukum hakam.Kata-kata Tok Guru mereka mengatasi keputusan dan pandangan para mufti mahupun Majlis Fatwa.Malah,seorang yang jahil juga,jika menjadi ahli PAS akan secara automatik dianggap alim.Yang berzina,meliwat,berkhalwat,menipu, rasuah dan apa saja maksiat di dunia ini tidak menjadi soal sekiranya yang terlibat itu adalah ahli atau sekutu PAS.Menentang Islam juga tidak salah,sekiranya bekerjasama dengan PAS untuk menjatuhkan UMNO.Memperjuangkan hak untuk murtad juga boleh dijulang menjadi pejuang Islam,sekiranya tindakan individu tersebut mampu membantu politik PAS dan menjatuhkan UMNO.Ertinya,sekiranya anda menjadi ahli PAS atau berbaik-baik dengan PAS atau memusuhi UMNO,maka anda boleh melakukan apa saja kejahatan atau maksiat di dunia ini dan akan tetap dipandang mulia atau jauh lebih Islam dari UMNO.Malah orang kafir yang menyokong atau bekerjasama dengan PAS juga adalah lebih Islam dari UMNO. 

Berdasarkan hakikat ini,maka saya merasa amat terkejut apabila dengan tidak semena-mena,Dewan Ulama PAS enggan mengambil pusing akan isu terbaru yang melibatkan agama,hukum Islam dan juga akidah umat Islam.Malah,Dewan Ulama PAS menyerahkan kepada orang ramai untuk memutuskan sendiri akan perkara ini.Mungkin kerana yang mengeluarkan kenyataan yang kontroversi itu adalah Nurul Izzah,maka Ketua Dewan Ulama PAS,Datuk Harun Taib tiba-tiba kelu,tidak mampu mengeluarkan pendapat,pandangan mahupun hukuman dalam isu kebebasan memilih agama bagi Umat Islam.Menurut beliau,Nurul Izzah mempunyai pengetahuan yang tinggi dan tahu apa yang terbaik untuk semua pihak.Secara tidak langsung,Harun Taib meletakkan Nurul Izzah lebih tinggi dari Ulama dalam memperkatakan isu berkenaan agama sehinggakan beliau sebagai Ketua Dewan Ulama sendiri tidak layak untuk mengulas kenyataan Izzah.Kata-kata Nurul Izzah adalah terang dan jelas,lengkap dengan rakaman video dan transkrip.Kata beliau, "Bila anda bertanya saya,tiada paksaan dalam agama,bagaimana saya boleh berkata,maaf ini hanya termaktub kepada bukan Melayu,sedangkan ia bersifat sama rata." 

Maksudnya juga mudah untuk ditafsirkan iaitu Melayu atau Umat Islam juga berhak untuk menukar agama.Benar,agama Islam adalah berakar tunjang dari hati atau roh dan tidak boleh diterjemahkan di atas kertas kad pengenalan mahupun tudung dan serban.Namun,bagi Nurul Izzah untuk menyatakan bahawa Umat Islam berhak menukar agama adalah merupakan satu kesalahan secara spiritual,syariat Islam dan perlembagaan negara. "Untukku agamaku dan untuk mu agamamu." Jelas,Islam tidak memaksa,tetapi Islam meletakkan kesempadanan yang tegas terhadap murtad.Murtad atau keluar Islam atau menukar agama adalah satu kesalahan besar dalam Islam.Murtad tidak boleh dimaafkan,dengan kata lain Umat Islam tiada hak untuk murtad.Umat Islam murtad bukan kerana beliau berhak tetapi kerana jahil atau sesat.Namun,Izzah melihat 'murtad' sebagai hak asasi,sama seperti puak penyokong IFC dan penganut fahaman liberal dan pengamal pluralisme.Sedangkan,Islam mengatasi semua agama ciptaan manusia.Oleh itu,'hak asasi' untuk murtad adalah tidak relevan sama sekali bagi mereka yang benar-benar memahami Islam. Memandangkan Izzah bukan Ulama,maka tidak hairanlah jika beliau melihat Islam dari sudut mata kasar.Tetapi,apabila Ulama PAS sendiri angkat tangan mengaku kalah dengan Izzah,serta membiarkan orang ramai yang membuat keputusan sendiri, maka tidak salah jika kita menyatakan bahawa Ulama PAS bersetuju dengan Nurul Izzah iaitu Umat Islam berhak menukar agama.Dalam kata lain,Ulama PAS juga melihat Islam dari mata kasar sepertimana Izzah, dan bukan memahaminya secara rohaniah Dan ini juga tidak mengejutkan kerana telah terbukti bahawa Ketua Dewan Ulama PAS sendiri meletakkan dirinya lebih rendah dari Nurul Izzah dalam soal agama.Justeru,wajarkah jika penyokong PAS terus menyokong parti itu atas alasan agama ??? Sedangkan Nurul Izzah seorang yang tidak pernah mendalami agama juga diletakkan lebih tinggi dari Dewan Ulama ???

RENUNG-RENUNGKAN

HOT NEWS !!! KISAH SEBENAR KENAPA #AES HARUS DILAKSANAKAN TERSEBAR !!!

Posted: 14 Nov 2012 04:00 AM PST


Disebalik bantahan dari beberapa pihak termasuk parti politik terhadap perlaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) sebenarnya,jika kita sedikit berlapang dada pasti dari sudut tertentu dapat melihat kebaikannya.Di pihak keselamatan jalanraya,persoalan nyawa manusia seringkali menjadi prioriti pertimbangan mereka,untuk menyelamatkan nyawa bermakna perlu ada pemantauan,pendidikan dan pengajaran.Dengan adanya kamera-kamera AES di pelbagai lokasi tertentu termasuklah di kawasan yang sering berlaku kemalangan,sedikit sebanyak mampu mengurangkan kadar kemalangan akibat pemanduan laju dan cuai oleh sesetengah pengguna jalanraya.Itu salah satu sebab yang membawa kepada kewujudan AES. 

Manakala di pihak pengguna jalanraya,ramai dikalangan kita selesa memandu laju kerana ia lebih menjimatkan masa sesuai dengan kehebatan kenderaan yang di bawa.Lebih laju ia dipandu lebih pendek masa dibazirkan di atas jalanraya.Akan tetapi bila tiba-tiba disaman,persoalan wang ringgit pula lebih menghantui kepala.Persoalan risiko nyawa melayang atau berlakunya kecederaan akibat kemalangan membabitkan diri atau orang lain hanya sesekali sahaja menjadi perkiraan.Ini hakikat.Selain itu,bukankah selama ini sebahagian kita sering merungut kemarahan dengan dakwaan kewujudan kegiatan rasuah membabitkan segelintir anggota polis terutama sekali di sekatan-sekatan jalanraya ??? Cuba kita renung sejenak,bukankah dengan adanya AES maka interaksi pengguna jalanraya dengan polis trafik akan dapat diminimakan,dengan demikian peluang untuk berlakunya rasuah dapat dikurangkan.Sekalipun dengan adanya AES tak semestinya kesalahan rasuah membabitkan anggota trafik serta kadar kemalangan maut akan jatuh hingga angka kosong, setidak-tidaknya satu yang pasti ia dapat mengurangkannya. Betul tak pembaca Badut Rakyat ???

RENUNG-RENUNGKAN 

HOT NEWS !!! #AES AKAN DILAKSANAKAN SELEPAS 10,000 RAKYAT MALAYSIA MENINGGAL DUNIA ???

Posted: 14 Nov 2012 12:30 AM PST


Ramai yang komplen perlaksanaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) akan membebankan pengguna jalanraya dengan saman yang bertimbun serta hanya menguntungkan pihak swasta yang terlibat dengan kontrak AES sahaja.Betul atau tidak bukan lagi persoalan,kerana bila melibatkan wang ringgit ramai yang agak sensitif sekalipun sebahagian besar daripada kita sejak mengetahui kewujudan kamera di AES di sesuatu lokasi seringkali kita memperlahankan kenderaan mengikut halaju yang ditetapkan.Boleh jadi keprihatinan kita memperlahankan kenderaan berdasarkan halaju itu berlaku secara spontan,mungkin kerana takut wang ringgit melayang atau barangkali juga kerana bimbang ditimpa kecelakaan.Mana-mana satu di atas tetap betul,kerana naluri manusia agak risau jika kehilangan wang ringgit dan dari sudut lain pula ramai yang belum bersedia untuk menghuni liang lahad Atau barangkali sudah ramai pengguna jalanraya bersepakat untuk memufliskan syarikat swasta yang terlibat dengan kontrak AES,maka dengan demikian masing-masing memandu ikut peraturan halaju,boleh jadi juga begitu. 

Saban hari satu hakikat yang pasti banyak nyawa yang tidak berdosa menjadi korban di atas jalanraya.Ia boleh berlaku secara tidak sengaja atau sebaliknya,tiap kali berlakunya kemalangan maut,nyawa yang melayang tidak lagi dapat ditukar ganti.Andai berlaku kejadian tidak diingini misal kata sewaktu pulang dari bekerja,anak isteri di rumah sabar menanti namun kelibat si suami atau ayah belum kelihatan.Bila datang kenderaan polis membawa berita kematian si arwah,bayangkan betapa terkejut ahli keluarga di rumah.Malang tak berbau,itu hakikat.Kemalangan maut atau kecederaan akibat perlanggaran di atas jalanraya boleh berlaku bila-bila masa,sama ada kita telah berhati-hati dalam pemanduan atau sebaliknya.Namun setidak-tidaknya dengan adanya AES,kita dapat mengurangkan sang pemandu pelesit di atas jalanraya dan mengajar mereka untuk menghargai nyawa orang lain,sekaligus mengurangkan kadar kematian atau kecederaan akibat faktor kelajuan dan kecuaian Atau jika persoalan nyawa dan kebahagiaan kaum keluarga mahu diabaikan atas sebab apa sekalipun,mungkinkah kita perlu menunggu kadar kematian akibat kemalangan jalanraya meningkat kepada 10,000 kematian setahun barulah kita semua bersetuju untuk menyokong perlaksanaan AES.Pada masa sekarang secara purata lebih kurang 6,000 nyawa melayang setiap tahun,untuk mencukupkan angka 10,000 hanya berbaki lagi kira-kira 4,000 nyawa lagi yang perlu dimatikan.Perlukah kita menunggu angka 10,000 itu genap atau meningkat kepada 20,000 orang maut setiap tahun,barulah terdetik sekelumit kesedaran dalam hati kita untuk membantu kerajaan menurunkan angka kematian di atas jalanraya sekarang ??? Tepuk kepala tanya akal.Jika wang ringgit jadi perkiraannya,maka memandulah dengan kelajuan yang telah ditetapkan dengan demikian anda tidak perlu pening kepala membayar saman.Seandainya persoalan nyawa dan kasih sayang keluarga diutamakan,teruskan pemanduan berhemah demi orang yang tersayang.

RENUNG-RENUNGKAN

BONGKAR !!! 55 TAHUN BAHASA MELAYU DIANAKTIRIKAN DI SJKC !!! APA CERITA NI ???

Posted: 13 Nov 2012 09:00 PM PST


Seperti yang dijangka,cadangan kerajaan untuk melaksanakan kurikulum Bahasa Malaysia di Sekolah Vernakular bermula tahun 2014 mendapat tentangan hebat dari majoriti kaum Cina.Tentangan ini disuarakan melalui berbagai pihak mereka melalui NGO,termasuklah Kesatuan Guru Besar Kebangsaan.Tiada siapa dapat menafikan bahawa Malaysia mempunyai sistem pendidikan yang pelik kerana ia adalah satu-satunya negara di dunia yang mengamalkan sistem persekolahan berasingan mengikut kaum.Seolah-olah itu belum cukup pelik,maka sistem persekolahan kita juga membenarkan bahasa ibunda kaum-kaum minoriti dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah mereka Dan seolah-olah itu juga masih belum cukup pelik,maka bagi memastikan anak-anak kaum minoriti ini dapat menyaingi anak-anak kaum penduduk asal iaitu Melayu dalam matapelajaran Bahasa Kebangsaan,tahap pembelajaran dan peperiksaan matapelajaran Bahasa Melayu di sekolah vernakular juga telah direndahkan.

Selama ini,kaum Cina begitu lantang mengkritik sistem kuota sebagai satu bentuk diskriminasi terhadap mereka kerana membantu anak Melayu melanjutkan pelajaran dengan mudah,tetapi di masa yang sama mereka enggan mengakui bahawa mereka juga mendapat keistimewaan apabila kerajaan merendahkan tahap matapelajaran Bahasa Melayu agar anak-anak Cina mudah mendapat keputusan yang 'sempurna' dalam peperiksaan Dan apabila kerajaan ingin menghapuskan keistimewaan ini atas dasar perpaduan dan jatidiri negara,mereka pantas membuat bantahan keras.Tindakan kaum Cina ini bolehlah ditafsirkan sebagai sengaja mencabar dan merendah-rendahkan kerajaan, perkauman serta menolak perpaduan,pentingkan diri serta angkuh,khianat serta tidak setia pada negara.Alasan yang diberikan ialah tahap Bahasa Melayu adalah terlalu tinggi untuk anak-anak kaum Cina menguasainya dan bahawa masanya belum tiba untuk menyeragamkan kurikulum antara Sekolah Kebangsaan dengan Sekolah Vernakular.

Justeru itu,saya tertanya-tanya,bengap sangatkah anak-anak kaum Cina ??? Atau apakah lidah mereka terlalu keras kerana masih belum dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik walaupun lahir dan membesar di Malaysia ??? apa pun saya dah tahu jawapannya,iaitu yang keras bukannya lidah,tetapi hati mereka.Hati kering atau bahasa pasarnya,hati komunis,amat sukar untuk berprasangka baik apatah lagi untuk menerima dan menjadi sebahagian dari masyarakat mahupun persekitaran.Secara tuntas,masalah mereka sebenarnya ialah,mereka tidak boleh menerima hakikat bahawa pemimpin negara ini bukanlah dari kaum mereka.Tentangan sebegini adalah antara kejadian aneh yang hanya boleh berlaku di negara yang bernama Malaysia.Hanya di Malaysia di mana kaum minoriti mengawal 80% dari ekonomi negara tetapi masih melaungkan diskriminasi dan ketidakadilan terhadap mereka Dan hanya di Malaysia,kaum minoriti ini terus menuntut lebih lagi dan lagi dan lagi dan tidak pernah berhenti sehinggakan begitu tega menolak sebarang usaha ke arah perpaduan serta begitu kurang ajar dengan enggan menobatkan Bahasa Kebangsaan. 

Sedangkan,Singapura yang terkenal dengan sikap kiasu kaum Cina itu juga sejak dari awal lagi mengamalkan sistem satu sekolah dan satu bahasa pengantar.Mengimbas kembali sejarah negara,Sekolah Vernakular pada awalnya adalah dibenarkan atas tujuan memenuhi keperluan anak-anak pendatang Cina dan India yang bekerja di negara ini.Ia dilihat sebagai keputusan 'menang-menang' dalam proses kemerdekaan. Pada ketika itu, rata-rata kaum Cina dan India melihat kedatangan mereka sebagai sementara,iaitu sentiasa menyimpan hasrat untuk pulang ke negara asal bila tiba masanya.Justeru,sekolah dengan menggunakan bahasa pengantar bahasa ibunda masing-masing adalah wajar bagi memudahkan kesinambungan hidup anak-anak mereka di negara asal nanti.Dalam bahasa mudah,konsepnya, adalah lebih kurang sama dengan Sekolah Antarabangsa.Walaubagaimanapun,ternyata kaum-kaum ini tidak kembali ke negara asal.Malah,mereka mengambil kesempatan pula atas kelembutan dan sikap toleransi penduduk asal.Akibatnya,setelah 55 tahun berlalu,sekolah vernakular terus wujud dan semakin teguh serta berkembang Dan selama 55 tahun jugalah Bahasa Kebangsaan telah diabaikan atau dianaktirikan oleh sekolah vernakular. Lalu semakin berkembang biaklah kaum minoriti yang tiada jatidiri sebagai warga Malaysia.

Dengan sikap kiasu semulajadi ditambah dengan kuasa ekonomi yang ada pada mereka,maka semakin tega dan degillah mereka menolak segala usaha ke arah membentuk jatidiri sebagai warga negara ini.saya tidak perlukan seorang pakar politik,sosiologi, psikologi atau sejarah untuk memberitahu kita bahawa ini adalah satu perkembangan yang tidak sihat,malah amat merbahaya bagi sesebuah negara.Namun,malang bagi Malaysia,selagi satu pihak enggan mengambil sikap praktikal dan matang dan satu pihak lagi pula tidak mampu mengambil keputusan tegas dan berani, maka negara ini akan terus bergerak mengikut jarum bom jangka yang dibiarkan terpasang.Tidak boleh tidak,kita perlu memastikan bahawa seluruh kaum Cina menerima hakikat bahawa identiti Malaysia adalah secara semulajadinya berasaskan kaum Melayu.Ia bukan satu pilihan bagi seseorang yang mengaku sebagai warga negara ini

RENUNG-RENUNGKAN 

KANTOI !!! PEMBANGKANG DALANG GEJALA HINA INSTITUSI RAJA MELAYU ??? APA CERITA NI ???

Posted: 13 Nov 2012 06:00 PM PST


Pendakwaan juruukur bahan,Ahmad Abd Jalil atas dua pertuduhan menghina Sultan Johor Sultan Ibrahim menerusi laman sosial Facebook bukanlah satu kejutan mahupun suatu perkara baru.Gejala menghina institusi raja-raja Melayu sudah menular di kalangan penyokong-penyokong pakatan pembangkang sejak mutakhir ini.Mereka giat menjalankan kegiatan anti-raja melalui ruang-ruang siber yang sediada seperti facebook,blog,twitter dan sebagainya.Jika dibaca komen-komen yang menghina peribadi raja-raja dan institusi yang mereka wakili,tidak disangka kebanyakannya datang dari individu-individu Melayu yang sudah tersimpang jauh daripada nilai-nilai jati diri bangsa mereka sendiri.Kalau sebelum munculnya PR pada Pilihan Raya Umum 2008,amat jarang sekali didengari suara-suara sumbang mempertikaikan kedudukan dan kuasa raja-raja.Namun penyakit ini nampaknya berleluasa dan menjadi ikutan pendokong pembangkang setelah mereka melihat gelagat beberapa tokoh pembangkang yang begitu berani menyanggah sultan secara terbuka dan terang-terangan.apa cerita ni ??? ini semua pemimpin pembangkang punya pasal.kalau tak,tak akan berlaku macam ini.

cuba anda ingat kembali peristiwa yang lepas,saya rasa mesti anda tidak lupa episod hitam di hadapan Masjid Ubudiah,Kuala Kangsar pada 6 Februari 2009 apabila sekumpulan penyokong PR menahan,menyerbu dan menyergah kereta rasmi Raja Di Hilir Perak dengan cara kasar.Ini terjadi berikutan seruan sembah derhaka Nizar Jamaluddin kepada Sultan Perak ketika kerajaan negeri PR di ambang kejatuhan akibat tindakan tiga ADUN mereka melompat meninggalkan parti masing-masing.Perbuatan menghina Sultan Perak diteruskan pula oleh Pengerusi Kebangsaan DAP,Karpal Singh yang dituduh mengeluarkan kata-kata berbaur hasutan terhadap baginda di pejabat firma guamannya di Jalan Pudu Lama,Kuala Lumpur,pada 6 Februari 2009.Karpal didakwa berkata pemecatan Nizar sebagai Menteri Besar Perak dan pelantikan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ke jawatan itu oleh Sultan Azlan Shah boleh dipertikai di mahkamah.Gejala menghina serta mempertikaikan bidang kuasa sultan juga merebak di Selangor apabila Ahli Dewan Undangan PKR kawasan Sri Muda,Shuhaimi Shafiei didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam di bawah Akta Hasutan kerana tulisan di blognya pada 30 Disember 2010 lalu yang menyentuh sultan.Tidak cukup dengan itu profesor undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia,Aziz Bari yang pro-pembangkang menyerang institusi raja apabila mempertikakan kuasa Sultan Selangor berkaitan urusan undang undang Islam.Aziz bari menyifatkan Sultan Selangor telah memperluaskan kuasanya dalam mengawal hal ehwal Islam berhubung pemerikasaan JAIS ke atas gereja DUMC di Damansara Utama Ogos 2011.Sebelum kes menghina Sultan Johor membabitkan Ahmad,pengamal paranormal,Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers juga ditahan polis untuk siasatan berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan baginda.Melakui blognya,uncleseekers.blogspot.com, Syed Abdullah bukan sahaja mengaibkan sultan malah turut membabitkan Tunku Mahkota Johor,pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor.

Sebelum itu juga polis telah menahan pemilik akaun facebook "Sultan Yang Setan" pada 22 Disember 2010 yang diburu selama empat bulan kerana menyiarkan komen menghina institusi diraja Johor. Menurut pihak polis akaun facebook itu diwujudkan selepas kemangkatan Sultan Johor Sultan Iskandar Almarhum Sultan Ismail pada Januari 2010.Penulis blog Aduka Taruna melalui blognya adukataruna.blogspot.com juga telah didakwa menghina Almarhum Sultan Iskandar Shah selepas pihak istana mengumumkan kemangkatan baginda. Tidak serik dengan sembah derhakanya kepada Sultan Perak, Nizar pula celupar memberi komen dalam akaun twitternya yang mendakwa Sultan Johor melakukan pembaziran membeli sekeping plat kenderaan bernombor WWW1.Kesemua kes yang disebutkan merupakan sebahagian kecil daripada banyak insiden yang tersebar luas di dalam dunia siber yang mempermain-main dan memperkecilkan institusi beraja di Malaysia.Baca sahaja laman blog tukartiub kendalian sahabat baik Anwar Ibrahim yang bernama Hishammudin Rais yang penuh dengan kata-kata kesat dan menghina raja-raja Melayu.Mungkin memori seorang pemuda Cina yang berasal dari Muar,Johor bernama Namawee yang menghina lagu kebangsaan Negaraku pada 2007 di youtube masih segar di minda rakyat.Empat tahun kemudian apa yang terjadi ??? Universiti Malaysia Terengganu (UMT) pula membuat laporan polis berhubung dakwaan seorang pelajarnya mengubah lirik lagu Negaraku,menghina Raja dan juga Perdana Menteri di dalam laman sosial Facebooknya.Pelajar yang mengguna nama Mohd Farizal dalam statusnya,didakwa mengubah lirik lagu kebangsaan dengan mencerca,mempersendakan lagu negara,Raja Melayu dan juga Perdana Menteri.Jika perbuatan ini tidak dibendung segera,dikhuatiri orang bukan Melayu akan juga terangsang untuk turut serta bersama-sama penyokong-penyokong pembangkang memperlekehkan institusi raja yang sudah sebati dengan sejarah panjang dunia Melayu dan banyak berjasa dalam perkembangan Islam di rantau ini.Di manakah letaknya nilai jati diri seorang yang bernama Melayu jika tidak mendokong dan mempertahankan institusi yang memberi pengertian sebenar dalam hidupnya ??? Hanya penyokong pembangkang yang hilang pedoman dan mempunyai jiwa yang rosak sahaja yang sanggup meletakkan emosi mereka dikawal nafsu untuk melakukan penghinaan terhadap raja-raja Melayu.

RENUNG-RENUNGKAN 
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...