PISAU.NET

PISAU.NET

PISAU.NET


SkyBar Dan Disko Di Tkt 60 Komtar,PAS Tak Berani Bantah DAP.

Posted: 27 Nov 2012 05:00 AM PST

Dibawah kerajaan pimpinan khalifah dan tokong kesayangan pakatan,Pulau Pinang sekali lagi diberi kejutan.Dalam fasa membangunkan kerajaan yang mementingkan kerohanian dan moral regim DAP Pulau Pinang yang amat disayangi oleh PAS telah melancarkan disko dan pub yang tertinggi di Asia Tenggara.


Kaedah mencucuk langit sebelum ini dikatakan tidak berapa menarik kerana disko dan pub hanya di tempat yang rendah,maka regim DAP berasakan mencucuk langit harus ditempat yang tinggi maka memilih banggunan Komtar sebagai lokasi yang paling afdal.
SkyBar
"The rooftop of level 65(Komtar) will be turned into a sky lounge" OWG chairman & group CEO Datuk Richard Koh.

Regim DAP hari ini menganugerahkan kontrak pemilikan selama 45 tahun kepada satu syarikat untuk membangunkan sky lounge dan diberi pilihan untuk menyambung 15 tahun. Syarikat kroni DAP ini yang kononnya memperolehi secara tender dikatakan mendapat tingkat 59,60,64 dan 65 secara percuma untuk 45 tahun dengan hanya bermodalkan kertas cadangan.


Sumber dari PDC khabarnya ada kaitan dengan beberapa pemimpin DAP yang memperolehi keuntungan daripada kontrak ini.  :-)






MalaysianInsider

 GEORGE TOWN, Nov 22 — Penang's iconic Komtar will get a RM40 million facelift in a 30-month project.


The project, to be carried out by World Equipment Sdn Bhd, will see levels five, 59, 60, 64 and 65 being upgraded, refurbished and transformed within that period.


This exercise is one of the initiatives undertaken by the state government and
Penang Development Corporation (PDC) to bring shine and glory back to Komtar.


PDC signed an agreement with World Equipment after the latter won a bid in PDC's Request For Proposal in 2010.


World Equipment is a subsidiary of Only World Group (OWG), a theme park consultancy and builder.


In the revitalisation project, the premises will be leased to OWG at a reasonable rate for a 45-year period with an option to renew for another 15 years.

The project will include four phases; The Boulevard which encompassed the whole of level five.
OWG chairman and group chief executive officer Datuk Richard Koh said level five will consist of 30,000 sq ft of retail and commercial space.


There will also be a banquet hall with a 1000 pax capacity.
"We will have themed restaurants on levels 59, 60 and 64," he said after the signing ceremony at level 65 at Komtar today.
The rooftop of level 65 will be turned into a sky lounge.
There will also be a viewing deck at level 64, he said.


The highlight of the project will be the two bubble lifts linking level five to levels 59, 60, 64 and 65.
"The RM6 million lifts will afford the guests a panoramic view of the city as they go up to the top floors of Komtar," Koh said.


The four other existing lifts will also be refurbished and upgraded.
Penang chief minister Lim Guan Eng, who witnessed the signing ceremony, said this revitalisation project will complement the state government's efforts to promote Komtar as a business hub and tourist destination.


Pisau kata " PAS mesti sokong kuat DAP"

Kenapa Hamas Tak Pergi Muktamar Hargai PAS?

Posted: 26 Nov 2012 09:35 PM PST

Hamas tahu peranan Umno sejak sekian lama membantu rakyat Palestin. Seluruh rakyat Palestin juga tahu bagaimana kerajaan BN tidak pernah lupa akan kesusahan dan kejerihan mereka dan sentiasa menghantar pelbagai jenis bantuan.



Namun kerajaan BN ini dikatakan zalim dan didoakan kehancuran oleh sekelompok khawarij.Khawarij ini menanam sifat kebencian didalam hati para penyokong mereka seolah melawan BN bererti jihad fisabillilah. Khawarij ini meletak diri mereka sebagai pejuang Palestin yang melawan kerajaan Zionis.
Apa kena mengena bendera Palestin dengan demo khawarij terhadap kerajaan Perak?
Apa yang menariknya,apabila seruan jihad atau untuk menghantar para sukarelawan ke Palestin tak ada pula khawarij berduyun duyun turun ke Gaza untuk berjihad lawan Zionis.


Hamas hargai sokongan UMNO


Hamas menghargai peranan dan sokongan UMNO terhadap perjuangan rakyat Palestin untuk membebaskan negara itu daripada cengkaman rejim Zionis Israel. Ketua Perhubungan Awam Hamas, Osama Hamdan berkata, UMNO juga banyak menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang hidup dalam keadaan serba kekurangan.


Jelas beliau, UMNO sentiasa berpegang teguh dengan pendirian menyokong perjuangan rakyat Palestin walaupun setelah Hamas mengambil alih pentadbiran negara bergolak itu daripada Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).


"Dalam serangan terbaru Israel ke atas Gaza baru-baru ini, kita dapat melihat kerajaan Malaysia dan UMNO menyatakan kecaman terhadap Israel. "Kami amat menghargai sokongan pemimpin Malaysia khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas majlis Forum Antarabangsa UMNO 2012 yang dirasmikan Najib di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini hari ini. -Utusan
 Kenapa Hamas hargai UMNO, Bukan PAS?

Peranan Malaysia sebagai agen pengaman telah diiktiraf dunia.  Malaysia dipandang tinggi kerana komitmen dan konsistensi dalam memperjuangkan dan menyokong keamanan dunia.


Apabila dikatakan Malaysia, maka ia secara automatik membawa erti kepimpinan dan kerajaan Barisan Nasional yang bertindak mewakili suara rakyat Malaysia keseluruhannya.   Justeru,  secara tidak langsung, tidak salah jika dikatakan bahawa penghargaan tersebut juga dituju kepada Barisan Nasional juga.


Sebagai sebuah parti yang mewakili masyarakat Melayu Islam di Malaysia, UMNO, sebagai salah satu komponen BN turut memainkan peranan dalam memperjuangkan keamanan di dunia, terutamanya, dunia Islam.   Alhamdulillah, atas segala khidmat bakti itu, hari ini, bukan sahaja Malaysia yang mendapat pengiktirafan, tetapi UMNO juga telah mula dipandang tinggi sebagai pihak yang memainkan peranan penting dalam memperjuangkan keamanan di negara-negara Islam.


Ini terbukti apabila Ketua Perhubungan Awam Hamas, Osama Hamdan, iaitu salah seorang daripada ahli panel dalam forum bertajuk Konflik dan Perdamaian Dalam Politik Rakyat - Memandang ke Hadapan atau ke Belakang, yang diadakan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2012 yang akan bermula esok, menyatakan penghargaannya terhadap UMNO kerana banyak menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang hidup dalam keadaan serba kekurangan.


UMNO juga, kata beliau, sentiasa berpegang teguh dengan pendirian menyokong perjuangan rakyat Palestin walaupun setelah Hamas mengambil alih pentadbiran negara bergolak itu daripada Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO).


Beliau juga secara khusus menghargai kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menangani isu Palestine dan mengecam keganasan Israel.   Antaranya, dalam Sidang Kemuncak ASEAN Ke-21 di Phnom Penh baru-baru ini, Datuk Seri Najib telah membangkitkan isu mengenai Palestin dan secara spesifik, meminta Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama agar mengambil tindakan segera untuk menghentikan konflik yang berlarutan di Gaza.


Pendirian Malaysia dalam mengiktiraf Palestine sebagai negara berdaulat adalah jelas dan konsisten.  Dalam kenyataan Datuk Seri Najib di Sidang Kemuncak Luarbiasa OIC di Mekah, Ogos lalu, beliau menyatakan hal ini secara tuntas.  Pendirian ini adalah yang sama yang dipegang oleh kepimpinan UMNO, BN dan Malaysia sejak sekian lama.


Di masa yang sama, beliau sentiasa memastikan UMNO melakukan apa jua yang terdaya untuk membantu Palestine sama ada secara bersendirian ataupun kerjasama dengan pihak-pihak tertentu.   Antaranya menghantar bantuan makanan dan keperluan pakaian serta ubat-ubatan bagi mengurangkan beban rakyat Palestine.


Walaubagaimana seluruh dunia cukup maklum akan pendirian Malaysia dalam isu Palestin-Israel, kita dan juga Palestin, harus bersedia menghadapi risiko perubahan dalam pendirian itu sekiranya Pakatan Rakyat berjaya mengambil-alih kuasa dalam PRU nanti.


Bukan rahsia lagi, bahawa bakal Perdana Menteri Pakatan Rakyat, iaitu Anwar Ibrahim adalah antara penandatangan Annapolis Summit yang menyokong penubuhan negara Israel.  


Malah, tidak berapa lama dahulu beliau juga mengulangi pendirian ini dengan membuat  kenyataan menyokong untuk melindungi keselamatan Israel.  Kenyataan yang disiarkan oleh the Wall Street Journal itu menimbulkan kejutan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.   Rasa terkejut dan kecewa terhadap kenyataan Ketua Pembangkang Malaysia itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Ismail Haniyah kepada Pengerusi Lembaga Pengurusan Yayasan Al-Quds Malaysia, iaitu Nasharudin Mat Isa ketika kunjungan beliau ke Kuwait.


Nasharudin, sebagai pemimpin PAS walaupun berkongsi sentimen yang sama dengan umat Islam di seluruh dunia gagal menjelaskan pendirian partinya mahupun pendirian PR dalam isu tersebut.   Ini kerana, menyatakan bahawa PAS tidak bersetuju dengan Anwar dalam isu ini adalah tidak cukup, kerana PAS nampaknya sebulat suara bersetuju agar Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri sekiranya pakatan mereka menang dalam PRU nanti.


Justeru, pendirian Anwar pasti akan menjadi pendirian parti PR iaitu pendirian kerajaan Malaysia.  Sekali gus pendirian peribadi PAS yang mungkin bertentangan, tidak akan membawa makna apa-apa.   Malah, pada hari ini juga PAS boleh dikatakan tidak bermakna apa-apa lagi kerana secara realitinya ia sudah terangkum dalam sebuah pakatan di bawah teraju Anwar.


Walaupun PAS menuduh UMNO kafir dan murtad serta mendabik dada konon hanya parti itu yang layak dan ikhlas memperjuangkan Islam tetapi keIslaman PAS nampaknya tidak diiktiraf dunia.   Manakan tidak, PAS bukan sahaja bersekongkol dan berusaha menobatkan talibarut Zionis pembunuh rakyat Palestin sebagai Perdana Menteri, tetapi PAS juga tidak pernah punya apa-apa jasa kepada umat Islam di dalam negara ini, jauh sekali di negara lain.


Hakikatnya, PAS, sebuah parti yang hidup dengan wang derma ahli sendiri, serta wang sumbangan Zionis melalui PKR tidak mampu walaupun untuk mendirikan masjid untuk umat Islam beribadah selain dari masjid rumahtangga dengan masing-masing punya dua hingga empat orang isteri.  Selama 2 dekad memerintah Kelantan, PAS hanya mampu mendirikan sebuah masjid sahaja.  PAS gagal secara total untuk menaikkan taraf ekonomi rakyat Kelantan dan tidak mampu menjana ekonomi negeri sehinggakan negeri yang diperintah mereka mundur dari segala segi.


Dari segi Islam pula, ulama-ulama PAS langsung tidak layak untuk duduk sebaris dengan ulama-ulama tersohor dunia.  Ini kerana mereka hanya tahu berceramah di tahap kampungan serta tidak pernah membuat kajian atau apa-apa sumbangan akademik mahupun pembangunan kepada dunia Islam. 


Justeru, kita tidak hairan apabila Hamas menghargai UMNO dan bukan PAS, dalam menangani isu Palestine yang disifatkan paling genting dan palilng dekat di hati umat Islam pada hari ini.
 

Yang kita hairan ialah kenapa PAS masih tidak malu merasakan parti itu lebih Islam dari UMNO?


Pisau kata "Hamas tahu puak pakatan pro Amerika"


Konspirasi Anwar Mahu Dirinya Di Tembak Untuk Menang PRU13

Posted: 26 Nov 2012 05:00 PM PST

Yang dinanti nantikan oleh gerembolan haprak pakatan untuk mengulingkan kerajaan secara kudeta pasti akan tiba,perancangan mereka berjalan lancar.Setiap penentangan gerakan mereka digambarkan satu serangan terhadap parti parti mereka.


Mindset dan persepsi digarap dengan baik,menghancurkan keharmonian dan keamanan negara menjadi intipati penting untuk meruntuhkan sesebuah kerajaan.Tidak ada cara lain selain daripada melakukan kekacauan.Matlamat menyelamatkan Anwar menjadi keutamaan ,malah didalam mesyuarat sulit pakatan yang dibuat di Indonesia tahun lepas mereka telah merancang untuk melakukan kekacauan "at all cost" .


Ini bertepatan dengan laporan sulit semasa pembentangan oleh mesyuarat pimpinan tertinggi pakatan bahawa sokongan terhadap pakatan menyusut begitu teruk.Malah didalam mesyuarat tersebut turut mengakui mereka pasti akan kehilangan beberapa negeri dan pasti akan gagal didalam PRU13 untuk mengambil alih PutrajayaJusteru persepsi palsu harus dimainkan kononnya mereka mendapat sokongan daripada rakyat.



Kita dapat lihat bagaimana umpan sudah mengena,himpunan Bersih yang kononnya mahu diadakan secara aman sebenarnya tak lebih daripada wayang. Kit Siang pernah menyeru agar satu revolusi diadakan. Pemimpin khawarij PAS turut menyuarakan hal yang sama,malah Anwar turut menghasut anak anak muda agar mengikuti contoh rakyat Mesir berkumpul di medan Tahrin menjatuhkan kerajaan.Hasilnya seperti semua orang tahu berlaku keganasan ketika himpunan Bersih 3.0,apa yang dirancang selepas ini adalah mereka mahu melakukan revolusi pada petang hari mengundi PRU13 sebelum keputusan dikeluarkan.


Resepi revolusi garapan kuasa asing dijadikan panduan,tetapi mereka terlupa selama ini majoriti rakyat memerhatikan tindak tanduk mereka.Selama ini penyokong dan majoriti rakyat mendiamkan diri.Mereka sudah terlupa seluruh rakyat Malaysia tidak mewakili suara mereka.Jangan sampai berlakunya pertembungan yang kita sendiri tidak mahu lihat seperti mana berlakunya di Iran.


Haprak pakatan sanggup bersekongkol dengan sesiapa saja asalkan dapat meraih kuasa,anasir anasir asing malah fahaman komunisme turut disokong asalkan mereka berjaya mendapatkan sokongan daripada pelbagai fahaman anutan politik.


Modus operandinya sama seperti berlaku di Iran,Mesir,Yaman,Thailand atau pun Libya. Nyawa menjadi taruhan.Anwar pernah membayangkan bahawa beliau bakal ditembak dalam satu ceramah roadtour beliau di Alor Star baru baru ini,kita juga tahu bagaimana pada kehangatan reformasi dahulu Anwar mendakwa diri beliau disuntik dengan virus HIV dan Arsenik.


Modus operandinya tak ubah seperti bekas presiden Taiwan Chen Shui Bian yang didedahkan berkonspirasi kononnya nyawa beliau terancam dalam satu insiden tembakan pada 2004 ketika berkempen semasa pilihanraya umum. Chen Shui Bian juga mendakwa beliau diracun pada 1985 pada ketika itu untuk mendapatkan sokongan pengundi.Kesemua ini dibuktikan oleh pihak polis sebagai satu penipuan dan konspirasi terancang untuk meraih undi simpati pada ketika itu.


Dalam konspirasi penipuan ini CNN melaporkan Chen ditembak dan gambar beliau berlumuran darah didedahkan keseluruh dunia.

CNN Botches and Bungles News Coverage of the 319 Shooting Incident



CNN.com: Suicide man 'shot Taiwan leader'
Gambar CNN menunjukkan Chen Shui-bian pada  March 19, 2004, kesan darah di jaket.
Apa yang mengejutkan konspirasi ini terdedah dengan sendirinya setahun kemudian apabila pada 7 March 2005 apabila CNN secara tidak sengaja menyiarkan kembali gambar yang sama tetapi tiada kesan darah dalam artikel "Suice Man 'shot Taiwan Leader" (artikel ini sudah dipadam oleh CNN)

Faktanya tidak ada kesan darah dan pada ketika itu memang tidak ada cubaan membunuh seperti mana yang didakwa oleh Chen dan konspiratornya. Kesemuanya digarap menjadi satu skrip drama dan lakonan seperti mana semua orang tahu seperti filem Hollywood "Wag the Dog"

Menurut penganalisis yang dikatakan kesan darah dijaket Chen sebenarnya adalah tali pinggang keledar nylon yang dipasang di roll bar kereta Jeep. Didalam gambar anda dapat lihat tali pinggang yang sama berada disebelah kiri roll bar dihadapan isteri Chen.


Dalam gambar bukti dari suruhanjaya penyiasat turut mendedahkan gambar dari sudut lain menunjukkan kedudukan tali pingang yang lebih jelas


yang dikatakan kesan darah sebenarnya adalah tali pingang nylon berwarna oren
Satu lagi bukti penipuan Chen adalah gambar ini,beliau digegaskan ke Hospital tetap anda dapat lihat tiada kesan darah atau pun kesan tembakan dijaket beliau.Kesudahannya Chen menang dalam pilihanraya tersebut dan diangkat menjadi presiden Taiwan.
Chen Shui Bian digegaskan ke Chi Mei Hospital tanpa kesan tembakan dan darah
 Pisau mendapat maklumat skrip yang sama akan dimainkan seolah nyawa Anwar menjadi taruhan  untuk dijadikan semangat kebangkitan dan kemarahan penyokong pakatan.Kita dapat melihat bagaimana berlaku lakonan kematian semasa demo Bersih,tujuannya untuk membakar sentimen kebencian kononnya kerajaan adalah zalim.Sebaliknya ia adalah taktik dan skrip yang sudah digarap rapi oleh IRI dan NED yang dibiayai oleh CIA.


Adalah tidak mengejutkan jika Anwar dilihat cuba mendesak kerajaan Australia untuk masuk campur semasa pilihanraya ke 13 nanti.Pisau perhatikan dalam teknik psywar dan propaganda ,operatif pakatan telah berjaya memainkan persepsi kononnya barisan pimpinan telah mengatur barisan kepimpinan kabinet bayangan dan dalam masa yang sama siapa yang layak menjadi PM dan kembali menjadi panas ketika muktamar PAS baru baru ini.Kesemua ini diulang ulang seolah mereka membayangkan sekarang ini Putrajaya sudah didalam gengaman dan sedang berkira kira siapa menjadi apa dan jawatan apa.

Dalam analisis Pisau, sekarang ini haprak pakatan memainkan sentimen mereka dizalimi dan dianayai. Daripada kereta Anwar diserang hinggalah kepada bas dan yang terbaru Anwar dakwa beliau bakal ditembak.Undi simpati kononnya kerajaan BN zalim.


Provokasi jahat,fitnah dan pembohongan yang dilakukan terhadap kerajaan BN ternyata menjadi,mereka mengharapkan tindak balas daripada para penyokong BN dan mahu tunjukkan seolah mereka dizalimi .



Pisau kata " kem pakatan dah hasut mereka sanggup berperang,pihak kementerian tunggu apa lagi?"
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...