Kedah Ke KL - MctHeory

Kedah Ke KL - MctHeory


TUDIAA!! Bila Jep Sepah dan Johan Marah Betul Dengan Pasukan Bola Sepak Malaysia!!

Posted: 27 Nov 2012 07:19 AM PST


Biasa la, bila kalah bising, bila menang puji.. memang dah resam rasanya macam tu.. hehe

#IsuAirSgor: Hannah Yeoh dan LUAS Memalukan Khalid Gagap!!

Posted: 27 Nov 2012 04:37 AM PST



Khalid Gagap dimalukan sekali lagi!

Kenyataan dan pengiktirafan Khalid terhadap LUAS (Lembaga Urus Air Selangor) dalam Sidang Dun Selangor, akhirnya memakan dirinya sendiri. Khalid yang sebelum ini berbangga dengan hasil kerja LUAS, dimalukan oleh rakan sepakatannya iaitu Hannah Yeoh Adun Dap Subang Jaya.

Khalid sebelum ini semasa ditemubual oleh pemberita, dia dengan yakin dan selamber mengatakan LUAS (Lembaga Urus Air Selangor) berjaya menjalankan tanggungjawab dengan baik sebagai agensi yang bertanggungjawab menyelia dan memantau bekalan air bagi penduduk Lembah Klang.

Kiranya Khalid sangat yakin dengan LUAS yang dikuasai oleh Kerajaan Negeri. Malah Khalid sendiri memuji LUAS kononnya berjaya dalam tugasnya.

"Luas merupakan sebuah agensi pertama di Malaysia yang ditugaskan menjaga jumlah air di Negeri Selangor.

"Jadi ia adalah sebuah agensi yang bertanggungjawab yang tidak ada di negeri lain lagi di Malaysia, sebab itulah saya berani bercakap mengenai air mentah sebab kita ada agensi khas," kata Khalid.

Sedangkan pada hakikat sebenar!



Selang beberapa jam selepas itu. Hannah Yeoh, dalam twitternya mempersoalkan Khalid, kenapa sering di kawasan SS12 - SS19 berlaku gangguan air. Malah Hannah Yeoh sendiri mendapat aduan dari rakyat Subang Jaya yang mengatakan gangguan air kerap berlaku.

'Twitt' Hannah membuktikan LUAS tidak sehebat seperti mana yang Khalid katakan. Malah pengiktirafan Khalid terhadap LUAS menunjukkan Khalid sebenarnya tidak tahu, apa kerja yang LUAS buat. Atau Khalid sebenarnya, sembunyikan fakta sebenar mengenai LUAS.

LUAS bagaikan tidak relevan apabila Hannah Yeoh sendiri melaporkan krisis gangguan air kepada Puspel bahagian khidmat pelanggan SYABAS untuk memantau gangguan air di Selangor. Khalid janganlah tak tahu Puspel nanti pulak! Tak masuk akal kalau kerajaan negeri empunya Syabas tak tahu Puspel. Kalau Khalid dan rakyat Selangor tak percaya, boleh lihat sendiri 'timeline' Puspel yang sentiasa memantau dan melaporkan gangguan air disekitar Selangor.

Ni musim hujan pun orang boleh lapur ada gangguan air. Musim kemarau kalau tak silap mula Jan atau Feb nanti, macam mane? Bersiap sedia lah rakyat Selangor!!!

Ha yang ni kata ada "water level drop at Tmn Wawasan Reservoir" – sekarang ni musim hujan, boleh drop lagi? Mane pergi air? Tulah lagi dulu dah cakap permintaan melebihi bekalan air terawat yang ada, tapi Khalid tak korek telinga lagi.



Betul ke LUAS buat keja? Atau Khalid sengaja menipu dalam Sidang Dun, malah pemberita mengenai perkara ini, semata-mata mahu memperlihatkan Kerajaan Negeri Selangor mengambil berat tentang permasalahan air di Selangor?

Jika fakta mengenai Langat 2 pun Khalid boleh kelentong! Inikan pula hal LUAS yang Mc anggap lebih kecil dari Langat 2.

Khalid ohh Khalid, semakin hari semakin jelas kebodohan dan ketidak relevan dia menjadi MB Selangor. Kes air bukan boleh dibuat main-main, ia keperluan rakyat.

Katakan ia benar, walaupun pahit, kerana ia merupakan tugas dan tanggung jawab sebagai pemimpin. Khalid dikantoikan sendiri oleh rakan sePakatan, yang mungkin rasa lebih bertanggung jawab untuk membela rakyat mengenai masalah air.

Kalau LUAS yang teruk dia boleh kata bagus, apa la sangat Langat 2 yang amat penting tu dia boleh abaikan begitu saja demi kepentingan politik?

Orang macam ni rakyat Selangor boleh percaya untuk jaga negeri? Memang habis la Selangor nanti!!

McTheory:
To Khalid Gagap! Siakap, senohong, gelama, ikan keli, bercakap bohong, lama-lama jadi MB!!

TUDIAA!! Geng Pas Royalty Nik Aziz Cuba Buat Kacau Kat Perhimpunan Agung UMNO!! #PAU2012

Posted: 27 Nov 2012 02:29 AM PST



Giler panas hati gua dengan cacing kerawit geng-geng Tuntut Royalti Minyak Kelantan datang buat onar kat Perhimpunan Agung UMNO petang ini.

Berani geng haram jadah nie masuk rumah UMNO buat onar cari pasal masa PM sedang buat taklimat presiden kepada perwakilan yang datang.


Mujurlah Naib Pengerusi Unit PIDATO Pemuda Barisan Nasional, Sdr Armand datang menenangkan suasana yang pada mulanya hampir tegang. Armand dengan secara baik meminta kumpulan Royalti ini ke Restoren Riverside jika ingin membuat "Press Con" tetapi kedegilan kumpulan Royalti ini tetap mahu buat Press Con kat luar dewan ketika PM sedang memberi taklimat.


Hasil perbincangan antara Armand dan wakil kumpulan akhirnya mereka akur dan setuju untuk keluar dari mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, perancangan dan persetujuan asal antara wakil Royalti dan pihak pwtc adalah perjumpaan dibuat di sebuah restoren tetapi geng bangang ni tetap jugak nak buat onar cari pasal.

Kat sini gua share kan skit gambar-gambar bibit-bibit yang hampir mencetuskan rusuhan gak tadi cuma lebih banyak gambar-gambar eksklusif dan panas dalam entri jam 8 malam ini.


Cerita asal Mc ambil kat SINI

TUDIAA!! Apabila Pakatan Haram Bakal Bagi Mahfuz Jadi PM??

Posted: 27 Nov 2012 01:17 AM PST

bakal PM?? hehe..
 Isu siapa calon Perdana Menteri sekiranya pakatan pembangkang dapat menguasai Kerajaan Pusat benar-benar merunsingkan fikiran ramai pemimpin PR, silap langkah ia bakal menjadi api dalam sekam yang membahayakan gabungan parti tidak berdaftar yang baru berusia setahun jagung itu.

Kehangatan isu ini dimulakan oleh Dewan Ulama PAS dan disokong kuat oleh beberapa pemimpin PAS yang sepakat menamakan Hadi Awang sebagai bakal PM. Cadangan itu kemudiannya mendapat reaksi baik dari ahli dan perwakilan parti semasa Muktamar PAS Ke 58 di Kota Bharu baru-baru ini.

Jika tidak kerana cadangan tersebut, kekalutan sekarang tidak akan timbul sama sekali memandangkan pimpinan tertinggi PR sudah sepakat bahawa Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim adalah satu-satunya pemimpin pembangkang yang diktiraf sebagai calon PM seandainya mereka menang dalam PRU 13.

Apabila polemik ini semakin hangat hari demi hari, mahu tidak mahu ramai pemimpin PR terutama dari PKR dan DAP seboleh mungkin cuba menanam kembali keyakinan penyokong pembangkang supaya hanya fokus pada Anwar sahaja.

Menangnya belum tentu, nak kekalkan semua empat negeri yang PR perintah sekarang pun dah tercunggap-cunggap dibuatnya, inikan pula asyik berebut dan bertelagah siapa yang layak jadi calon PM. Kalah angan-angan Mat Jenin.

Angka empat bagi masyarakat Cina amat tak digemari, kata mereka suwey. Jadinya, bukahkah elok daripada PR sibuk nak ke Purtrajaya lebih baik cari jalan macam mana nak kekalkan empat negeri yang sedang mereka kuasai sekarang.

Tapi kalau pemimpin PR percaya pepatah "yang dikendong berciciran dan yang dikejar tak dapat" itu hanyalah peribahasa karut dan tahyul, apa kata namakan sahaja Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar sebagai calon PM, habis cerita.

Jangan pandang lekeh pada Mahfuz, walaupun dirinya terkenal sebagai Mr Bean Malaysia yang tersohor dengan kenyataan lawak bodohnya, namun sehingga kini imej peribadinya masih bersih disebabkan belum ada lagi isu skandal seksnya yang terdedah pada umum.

Cuba bandingkan dengan Anwar yang terbelit dengan isu cinadoll di atas katil berpijat sampai tergaru-garu badan si amoi dari depan ke belakang, kan ada bezanya dengan imej suci murni Mahfuz Bean, tak gitu?

Hadi pula terbelenggu dengan masalahnya yang terkenal lembap dalam memimpin PAS serta terbukti gagal membawa halatuju parti itu sehingga akibatnya merendahkan kedudukan PAS di mata pemimpin PKR dan DAP.

Jadinya, berdasarkan situasi rumit yang sedang membelit dua pemimpin besar PR dari PKR dan PAS itu, logiklah Mahfuz lebih layak untuk diketengahkan.

Dengar ura-uranya tinggi juga cita-cita Mahfuz. Dia bukan sahaja pernah berangan nak jadi PM, malah sekarang ini pun sedang menyusun langkah untuk menikmati keempukan kerusi Menteri Besar Kedah dengan mengambil kesempatan dari perbalahan Ustaz Azizan dengan geng Phahrolrazi.

Sekalipun Mahfuz tidak memiliki taraf pendidikan yang tinggi dan hanya sekadar lulus SRP namun beliau berpegang pada mottonya yang tersendiri iaitu pendidikan sepanjang hayat. Tampak memukau keinteklektualannya sesuai dengan tahap pendidikan sehingga lulus SRP.

Ini sekaligus melayakkannya tergolong dalam kumpulan professional atas sifatnya sebagai bekas pengangkut beg di lapangan terbang. Nampak lagi hebat berbanding Anwar dan Hadi.

Lagipun dari segi fahaman mazhab Islam, Mahfuz tidakpun tergolong sebagai Syiah mahupun Wahabi, itu satu kelebihan besar berbanding Anwar Ibrahim yang kini masih sebati dengan fahaman pluralisme dan liberalisme yang bercanggah dengan Islam.

Berdasarkan beberapa sebab di atas, sukalah dicadangkan supaya pemimpin PR kembali bermanis muka dengan mempertimbangkan kelayakan Mahfuz sebagai calon rasmi PM. Dua bekas calon PM iaitu Anwar dan Hadi lupakan saja, kedua-duanya hanya menyebabkan penyokong PR makin pening kepala.

GEMPAR!! Perkara Paling Terkejut Yang Akan Berlaku Pada Perhimpunan Agung UMNO!! #PAU2012

Posted: 26 Nov 2012 10:17 PM PST


 Nampaknya angin ribut bertiup kencang! Entah la angin betul atau tidak. Biasa la manusia, perkara sedap didengar memang lancar jadi sebutan.

Sila baca :

Khabar Angin - iya atau tidak bergantung kepada keadaan. Satu maklumat yang baru saya terima perhimpunan agung Umno yang akan bermula esok bakal mencatat sejarah dan berlaku sedikit kejutan.

Kejutan bakal berlaku ini disambut dengan penuh kegembiraan oleh Umno. Umno tentu akan gembira dengan perkembangan ini. Diberitakan beberapa orang politik yang sebelum ini bersama Pas akan mengumumkan penyertaan mereka ke dalam Umno pada perhimpunan tersebut.

Antara orang yang bakal menyertai Umno ialah bekas dua pemimpin tertinggi Pas.

Sebelum ini mereka berdua menafikan bahawa tidak sesekali akan menyertai Umno tetapi akan kekal berjuang atas Ngo kononnya untuk membela Islam, Melayu dan Raja-raja Melayu. seterusnya
 Betul tak betul, kita tunggu apa akan jadi pada PAU ni. Dengar kata, banyak cerita yang mengemparkan!!

McTheory:
UMNO terus mara, Untuk Rakyat Malaysia!!

TUDIAA!! PM @NajibRazak Bagi 'HINT' Bila Nak PRU?

Posted: 26 Nov 2012 07:17 PM PST


 Nampaknya PM sedang bermain dengan tarikh PRU. Mungkin ini satu pembayang yang boleh kita jangkakan? Atau PM sengaja mahu lawannya berteka-teki lagi?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) boleh diadakan pada Disember ini, walaupun negara dilanda musim tengkujuh.

Beliau yakin walaupun musim tengkujuh, jentera parti politik yang bertanding mampu menghadapi sebarang kemungkinan.

"Kalau hujan atau banjir, boleh naik sampan, naik bot," katanya dengan nada berseloroh ketika ditanya sama ada PRU-13 akan diadakan dalam masa terdekat atau Parlimen akan dibiarkan terbubar dengan sendirinya.

Beliau berkata demikian dalam temubual eksklusif bersama para pengarang Bernama dan Utusan Malaysia sempena Perhimpunan Agung Umno 2012 di pejabatnya di Parlimen baru-baru ini.

Najib, yang juga Presiden Umno, bagaimanapun tidak menolak kemungkinan pilihan raya boleh diadakan pada tahun depan jika ia tidak diadakan pada bulan depan.

"Kalau bulan Disember tak ada pilihan raya umum, tahun depanlah. Melainkan kita buat bulan Disember ini," katanya.

Ha ha ha.. memang best la PM buat tarik tali, tak kisah la bila pun. Jentera Unit Media Baru sentiasa bersiap siaga!! 

Tak sabar nak tumbangkan Pas kat Kedah ni.. dah menyampah sangat tengok 'malaun-malaun' Pas dok bermaharajalela kat atas wisma tu.

McTheory:
PRU ke 13, masa untuk #TukarKedah

PANASS!! Himpunan Hijau Lynas Patut Datang Demo Kat Tasik Pedu!!

Posted: 26 Nov 2012 04:36 PM PST

Mc rasa cadangan yang Medan Tempur nak panggil peserta himpunan hijau datang ke Tasik Pedu, adalah cadangan yang sangat bernas! Memang patut puak tu datang dan tengok sendiri bagaimana kawasan hutan simpan dan tadahan air yang besar dimusnahkan oleh Pas Kedah!




Kemusnahan alam paling dahsyat yang pernah berlaku di Kedah dalam pemerintahan Pas ini, wajar diberi perhatian oleh peserta demonstrasi himpunan hijau..

Lebih baik datang ke hutan yang sedang dan telah dimusnahkan oleh regim Pas ini dari buat perkara yang telah disahkan selamat dan dibenarkan operasi oleh Mahkamah (LYNAS)..

Kerajaan Pas Kedah secara terang terangan lakukan kesalahan dimana pembalakan di kawasan tasik Pedu dan Gunung Inas tidak mendapat kelulusan EIA dari Jabatan Alam Sekitar..

Pas mengunakan alasan untuk menjadikan ladang rakyat bagi membolehkan pembalakkan di hutan simpan bernilai tinggi di Kedah dihalalkan untuk ditebang..

Sepatutnya peserta himpunan hijau perlu lebih prihatin terhadap kemusnahan hutan di Kedah bukannya tunjuk hero kepada rakyat kononnya LYNAS tidak selamat..

Dari pemantauan Mc kemusnahan kawasan flora dan fauna di hutan Pedu dan Gunung Inas di Kedah yang ditadbir oleh Pakatan Republik langsung tidak diberi perhatian oleh NGO pakatan republik.. Mereka lebih menyerang projek projek yang memberi faedah kepada rakyat seperti LYNAS dan Rapid Pengerang..

Mc mencabar dorang supaya datang ke Kedah untuk membuktikan bahawa mereka benar-benar pejuang alam sekitar. Jangan cakap saja!!


McTheory:
Yang tak berbahaya di bantah! Yang sedang dimusnahkan, tak pula nampak!
-------------------------------------------------------------------------------

Jom berjuang bersama rakan bloggers di Facebook!

Tunjukkan sokongan anda! Sila Like.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...